BAB 1
JAM di dinding hospital berdenting sebanyak 2 kali. Sudah pukul 2.00 pagi. Menunjukkan waktu sudah menganjak ke pagi. Mata Qaseh masih lagi tidak mahu terlelap. Dia mahu sentiasa berada di sisi datuk kesayangannya. Hembusan nafas datuknya yang lemah membuatkan Qaseh tidak langsung berasa mengantuk. Datuk bergantung hidup pada saluran pernafasan yang diberikan. Air matanya menitis lagi tatkala menatap wajah lesu Datuk. Kenapa dia diuji sebegini? Tetapi dia tidak harus cepat mengalah. Teringat pesanan arwah Mama sebelum Mama pergi dijemput Illahi.
"Qaseh, bila Mama tak ada nanti, Qaseh jagalah Atuk dan Papa. Mereka dah tua. Qaseh kena dengar cakap mereka." Pesan Mama Qaseh, Puan Yasmin. Qaseh menganggukkan kepalanya.
"Qaseh janji akan dengar cakap Atuk dan Papa. Tapi Mama jangan cakap bila Mama nak pergi. Qaseh tak nak dengar." Qaseh menekup telinganya dengan kedua belah tapak tangan. Puan Yasmin menarik tangan halus itu dari terus menekup telinganya.
"Qaseh…Mama akan pergi bila-bila masa saja. Sakit Mama dah teruk. Mungkin malam ni atau esok. Mama tak tahu." Puan Yasmin menggenggam erat jari jemari anak tunggal kesayangannya itu.
"Mama jangan cakap macam tu. Qaseh dah tak ada kawan kalau Mama pergi." Qaseh mula menitiskan air mata. Puan Yasmin adalah satu-satunya teman rapat Qaseh. Mendengar masalah anak yang semakin meningkat remaja. Menolongnya melalui zaman remaja yang banyak ranjau dan liku-liku yang perlu ditempuhi. Sedang dia bahagia dengan situasi hidupnya sekarang, mereka sekeluarga dikejutkan dengan berita penyakit Puan Yasmin. Puan Yasmin menghidap penyakit Barah Payudara. Sudah di tahap kritikal. Setiap minggu, Puan Yasmin membuat rawatan yang dicadangkan oleh doktor yang bertanggungjawab ke atas kes Puan Yasmin.
"Mama rasa dah tak lama Mama akan hidup, Qaseh. Berjanjilah pada Mama yang Qaseh akan sentiasa menjaga Atuk dan Papa." Puan Yasmin memegang wajah Qaseh. Cepat sahaja kepala Qaseh mengiakan kata-kata Mamanya. Mata Puan Yasmin memandang ke sekeliling. Kemudian, dia asyik memandang ke siling sahaja. Puan Yasmin menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya. Itulah hembusan nafas terakhir Puan Yasmin.
"Mama…Mama…" panggil Qaseh. Puan Yasmin kaku. Tidak bergerak. Qaseh meraung disisi Mamanya. Datuk yang terdengar raungan Qaseh, bergegas ke dalam kamar menantunya. Tersandar Datuk pada pintu bilik apabila terlihat menantunya terkulai layu. Air matanya juga turut menitis melihat cucu kesayangan. Datuk masih ingat akan janji yang dibuat kepada Puan Yasmin. Datuk berjanji pada Puan Yasmin. Dia akan menjaga Qaseh sebaiknya. Tidak akan dibiarkan sesiapa pun menyakitinya walaupun sebesar kuman. Datuk segera menelefon anaknya.
"Zam, kau kat mana sekarang?"
"Zam kat pejabat, Ayah. Kenapa? Ada apa-apa terjadi pada Min?" tanya Tuan Nizam, cemas.
"Zam balik sekarang juga." Datuk masih cuba berselindung. Tuan Nizam sudah tidak senang duduk.
"Kenapa, Ayah?" Tuan Nizam cemas.
"Kau lekas-lekaslah balik."
"Zam tengah mesyuarat ni. Ada apa-apa yang berlaku ke, Ayah?" tanya Tuan Nizam. Dia tidak boleh meninggalkan mesyuarat yang sudah banyak kali tertangguh kerana Tuan Nizam menemani Puan Yasmin membuat rawatan. Tuan Nizam tidak boleh mengharap kepada Ayahnya untuk membawa Puan Yasmin ke hospital. Datuk pun sudah tua. Kesihatan juga perlu dijaga. Semenjak kebelakangan ini, Datuk seringkali sakit dada. Risau juga Tuan Nizam melihatnya.
"Min dah tak ada, Zam." Tuan Nizam jatuh terduduk pada kerusi dalam bilik mesyuarat. Setiausahanya bergegas ke arah Tuan Nizam. Terlepas telefon bimbit. Kesemua pekerja-pekerjanya memandang Tuan Nizam dengan tanda tanya di benak mereka. Tuan Nizam sudah tidak tentu arah. Dia mahu segera sampai ke rumah.
"Tuan…Tuan tak apa-apa ke?" tanya setiausaha Tuan Nizam, Sakinah. Tuan Nizam memandang muka Sakinah dan kemudian menggeleng. Tuan Nizam berdiri.
"I’m sorry. I have to go now. Next meeting, I will inform Kinah. Meeting adjourned." Pekerja-pekerja Tuan Nizam mengangguk dan mereka bersurai. Tuan Nizam berjalan ke arah bilik pejabatnya. Sakinah membuntuti Tuan Nizam sehingga ke biliknya.
"Kinah, awak tolong fax kan dokumen ni kepada Datuk Yap." Arah Tuan Nizam sambil meletakkan dokumen tersebut di atas mejanya.
"Baik, Tuan." Sakinah berlalu ke tempatnya semula. Tuan Nizam mengemas mejanya dan bersiap untuk pulang ke rumah. Min… Kenapa tak tunggu Abang balik? hatinya berkata-kata. Tetapi cepat-cepat dia mengucap. Ajal dan maut semuanya ketentuan Illahi. Dia tidak boleh melawan takdir. Tuan Nizam cukup bersyukur bertemu dengan Puan Yasmin. Dia seorang yang penyayang dan baik hati.
Tuan Nizam mengambil keretanya di tempat letak kereta. Dia menghidupkan enjin dan menderum pergi. Tuan Nizam asyik berangan sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya. Senyuman, gelak ketawa dan tangisan Puan Yasmin bermain-main di fikiran. Bagaimana hidupnya nanti tanpa Puan Yasmin?
Tiba-tiba, ada sebuah kereta yang datang dari arah belakang dengan laju. Kereta tersebut terbabas dan melanggar kereta Tuan Nizam. Kereta Tuan Nizam berpusing sehingga ke tepi jalanraya. Ada sebuah lori membawa muatan yang datang dari arah yang sama berlanggar dengan kereta Tuan Nizam dan menyebabkan kereta Tuan Nizam diheret sejauh 10 meter. Tuan Nizam masih hidup tetapi badannya berlumuran darah. Dia berdarah dengan banyak. Mulutnya terkumat kamit mengucapkan kalimah Allah s.w.t. Diselang seli dengan menyebut nama Puan Yasmin. Beberapa kereta yang lalu-lalang di situ segera melaporkan tentang kejadian yang berlaku.
Datuk asyik melihat jam di tangannya. Di mana anaknya? Belum sampai lagi. Orang ramai mula mengerumuni rumahnya. Jenazah Puan Yasmin diletakkan di ruang tamu. Memudahkan tetamu yang datang melihat wajahnya buat kali terakhir. Bacaan Yasiin bergema di seluruh ruang. Qaseh tersandar lesu di dinding. Matanya tidak lepas dari menatap wajah Mamanya. Air matanya juga tidak henti mengalir. Saudara-mara yang datang juga tidak mampu melenyapkan rasa sedihnya. Sahabat baik Datuk datang. Mereka berpelukan seketika. Pelukan dileraikan. Datuk berasa sedikit lega dengan kedatangan sahabatnya itu. Tan Sri Firdaus bersalaman dengan Datuk.
"Zam tak balik lagi, Uncle?" tanya Tan Sri Firdaus. Tuan Nizam dan Tan Sri Firdaus berkawan sejak kecil lagi. Tan Sri Firdaus amat memahami perangai Tuan Nizam. Kalau hal penting berkaitan keluarga, kerjanya sanggup ditinggalkan.
"Entahlah, Fir. Uncle dah call dia awal-awal lagi. Tapi sampai sekarang tak balik lagi. Ke mana pula dia pergi?" Datuk risau dengan anaknya. Masih juga tidak muncul.
"Uncle, mana Qaseh?" Tanya Puan Sri Marlisa pada Datuk. Datuk mengarahkan ibu jarinya ke arah Qaseh yang berada di tepi dinding. Puan Sri Marlisa menuju ke arah Qaseh. Puan Sri Marlisa melangkah masuk ke dalam rumah. Kesemua mata memandang ke arah tetamu yang baru sahaja masuk itu. Tetapi tidak Qaseh.
"Qaseh…" panggil Puan Sri Marlisa. Qaseh berpaling ke arah orang yang memanggil namanya.
"Auntie." Qaseh memeluk Puan Sri Marlisa. Lama mereka berpelukan. Puan Sri Marlisa mengusap rambut Qaseh yang mengurai panjang. Dari kecil dia melihat anak ini sehinggalah dia meningkat remaja. Hatinya sudah menganggap Qaseh sebagai anak kandungnya.
Sebuah kereta polis berhenti dihadapan rumah Tuan Nizam. Datuk mengerutkan dahinya. Hatinya mula berasa kurang enak.
"Saya pergi tengok, Uncle." Kata Tan Sri Firdaus dan berjalan ke arah dua orang anggota polis.
"Assalamualaikum." Salah seorang daripada anggota polis tersebut memberi salam. Datuk hanya memandang dari jauh. Hatinya berasa tidak enak.
"Waalaikumussalam." Tan Sri Firdaus menyambut salam mereka.
"Eh! Pak Long." Nampaknya anggota polis itu mengenalinya.
"Rizwan." Mereka bersalaman. Begitu juga dengan anggota polis yang seorang lagi. Tan Sri Firdaus tersenyum ke arah mereka berdua. Senyuman itu dibalas.
"Kenapa ni, Riz?"
"Macam ni, Pak Long. Hmm…ini rumah Tuan Nizam bin Rashid?" tanya anggota polis yang bernama Rizwan itu.
"Ya, kenapa?" Tan Sri Firdaus memandang muka mereka dengan serius.
"Tuan Nizam terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Kami harap warisnya dapat menuntut jenazah di hospital." terang anggota polis tersebut.
"Innalillah…." Ucap Tan Sri Firdaus. Tidak menyangka Tuan Nizam juga pergi meninggalkan anak daranya yang keseorangan. Qaseh tidak ada adik beradik yang lain. Dia anak tunggal. Qaseh adalah racun dan dia jugalah madu kepada Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Bagaimana hidup anak itu nanti setelah mengetahui kedua-dua orang tersayang pergi meninggalkannya pada hari yang sama.
"Nanti Pak Long beritahu keluarganya."
"Kalau macam tu kami balik dululah, Pak Long."
"Baiklah. Terima kasih." ucap Tan Sri Firdaus. Dua anggota polis itu bersalaman dengan Tan Sri Firdaus. Lemah sahaja Tan Sri Firdaus berjalan ke arah Datuk dan bapanya.
"Kenapa, Fir?" tanya bapa Tan Sri Firdaus, Tuan Syed. Tan Sri Firdaus hanya senyap. Tidak berkata apa-apa. Dia mengurut tengkuknya.
"Kenapa, Fir? Ada apa yang tak kena?" tanya Tuan Syed kurang sabar.
"Zam dah tak ada." Kata-kata Tan Sri Firdaus membuatkan kaki datuk lemah. Anaknya juga pergi meninggalkan dia dan cucunya itu.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" tanya Tuan Syed tidak puas hati. Baru sahaja sebentar tadi Tuan Nizam menelefonnya untuk memberitahu tentang Puan Yasmin.
"Accident." ringkas jawapan Tan Sri Firdaus. Datuk runsing. Bagaimana dia hendak memberitahu Qaseh? Anak itu mesti tidak boleh menerima dua kematian serentak. Tuan Syed menepuk bahu Datuk.
"Kalau kau tak boleh beritahu, biar Fir beritahu." Datuk memandang muka Tuan Syed dan segera menggeleng.
"Tak apa, Syed. Aku boleh." Datuk mengumpul kekuatannya daripada Tuan Syed. Datuk berjalan perlahan-lahan sehingga ke muka pintu. Dijenguknya ke dalam rumah.
"Idah…" panggil datuk. Anaknya, Rafidah berpaling memandang muka Ayahnya.
"Ya, Ayah."
"Tolong panggilkan Qaseh." Arah datuk. Rafidah segera bangun dan menuju ke arah anak adiknya.
"Qaseh…Atuk panggil." Kata Rafidah. Puan Sri Marlisa memimpin Qaseh untuk bangun. Rafidah memimpin tangan Qaseh dan dibawa ke arah datuknya. Datuk mencapai tangan Qaseh dan dibawa keluar dari rumah yang semakin sesak. Digenggam erat jari jemari cucunya.
"Kenapa, Atuk?" tanya Qaseh. Pelik dengan sikap datuk. Air mata Datuk menitis. Qaseh semakin pelik. Qaseh memandang ke sekeliling. Mencari Tuan Nizam.
"Atuk, mana Papa?" pertanyaan Qaseh membuatkan Datuk semakin sebak. Tuan Syed memegang bahu Datuk.
"Atuk….Qaseh tanya ni. Mana Papa?" air matanya menitis. Qaseh sendiri tidak tahu mengapa air matanya mengalir.
"Papa dah tak ada, sayang."
"Papa pergi mana?" Qaseh bertanya seperti orang keliru. Tetapi air matanya turun dengan laju. Datuk hanya mendiamkan dirinya. Qaseh melepaskan tangan Datuk. Dia berjalan sehingga ke pintu pagar. Tan Sri Firdaus mengejar Qaseh.
"Qaseh nak pergi mana ni?" Tan Sri Firdaus risau melihat keadaan Qaseh yang tidak terurus dan berjalan tanpa kasut. Hanya berkaki ayam.
"Qaseh nak Papa. Qaseh nak Papa. Uncle bawaklah Qaseh jumpa Papa." Qaseh memegang lengan Tan Sri Firdaus dengan kuat.
"Qaseh. Bawak bersabar." Tan Sri Firdaus cuba menyedarkan Qaseh kembali. Digoncangkan badan Qaseh. Tiba-tiba sahaja, Qaseh jatuh pengsan. Tan Sri Firdaus sempat menyambut Qaseh. Datuk berlari ke arah mereka.
"Kita bawa dia masuk ke dalam rumah dulu." saran Tuan Syed. Cepat-cepat Tan Sri Firdaus mengendong Qaseh masuk ke dalam rumah.
"Ya ALLAH. Kenapa ni, Bang?" tanya Puan Sri Marlisa.
"Kita bawak dia ke bilik dulu." Tan Sri Firdaus mengendong Qaseh sehingga ke biliknya. Puan Sri Marlisa membukakan pintu bilik Qaseh. Dibaringkan Qaseh ke atas katil. Kasihan melihat anak itu lemah sahaja semenjak pemergian ibu tersayang. Kini, dia sekali lagi menerima tamparan apabila ayahnya juga pergi meninggalkan dia keseorangan di dunia ini.
"Lisa jaga Qaseh." arah Tan Sri Firdaus. Puan Sri Marlisa duduk di atas katil sebelah Qaseh. Tan Sri Firdaus turun semula ke bawah.
"Uncle jangan risau. Lisa tengah jaga Qaseh." Datuk mengangguk. Rafidah menerpa ke arah Ayahnya.
"Kenapa dengan Qaseh, Ayah?"
"Idah. Ayah harap kau bersabarlah, ya." Datuk tidak mahu Rafidah terkejut kerana Rafidah sedang mengandungkan anak keduanya.
"Kenapa ni, Ayah? Idah tak faham." Rafidah memandang muka datuk. Datuk tidak sampai hati hendak memberitahu Rafidah. Dia tahu Rafidah rapat dengan Tuan Nizam. Sejak kecil lagi, Rafidah yang menjaga Tuan Nizam selepas ibu mereka meninggal dunia. Tuan Nizam adalah anak bongsu daripada 3 adik beradik. Apa sahaja kata Rafidah, Tuan Nizam akan mematuhinya. Rombongan peminangan Puan Yasmin pun diketuai oleh Rafidah. Daripada Tuan Nizam kecil sehinggalah meningkat dewasa, semuanya diuruskan oleh Rafidah.
"Zam..."
"Kenapa dengan Zam, Ayah?" Datuk tidak berkata apa-apa. Dia membisu.
"Ayah, kenapa dengan Zam? Ayah cakaplah. Kenapa dengan Zam?" Rafidah mengoncangkan badan Datuk. Datuk menangis. Rafidah tergamam. Pertama kali melihat Ayahnya menitiskan air mata selepas 20 tahun ibu mereka meninggalkan mereka semua.
"Zam dah tak ada, Idah. Dia dah pergi tinggalkan kita." Kata-kata Datuk membuatkan kaki Rafidah lemah.
"Apa yang berlaku?" Rafidah memandang wajah Datuk dengan tenang. Walaupun hatinya tidak setenang wajahnya.
"Kemalangan jalanraya." Mata Datuk kemerah-merahan menahan tangis. Rafidah terduduk. Saudara mara mereka mengerumuni Rafidah. Mereka menyabarkan Rafidah yang sedang menangis teresak-esak. Khairudin memeluk isterinya. Datuk juga menangis melihat keadaan anaknya itu.
BAB 2
MALAM itu genaplah 100 hari Tuan Nizam dan Puan Yasmin pergi meninggalkan anak yang tiada tempat bergantung. Rafidah mengadakan kenduri untuk Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Qaseh seperti orang yang hilang kewarasan. Berhari-hari mengurungkan diri di dalam bilik. Berjumpa dengan saudara mara tidak mahu. Makan pun tidak mahu. Dia hanya menerima kunjungan Puan Sri Marlisa sahaja. Ini kerana Puan Sri Marlisa ada iras-iras wajah Puan Yasmin. Qaseh tidak lagi menangis. Semuanya dipendamkan di dalam hati. Air matanya bagaikan sudah kering. Puan Sri Marlisa memandikan Qaseh. Dia menyikat rambut Qaseh. Lembutnya rambut Qaseh, hati Puan Sri Marlisa berkata-kata di dalam hati. Qaseh memegang gambar ibu dan bapanya. Dilekapkan di dada. Kemudian diciumnya gambar itu. Dia melakukan perbuatan itu berulangkali.
"Qaseh..." panggil Puan Sri Marlisa. Qaseh memandang wajah Puan Sri Marlisa tanpa sebarang reaksi. Perasaan dan emosinya pergi bersama kedua ibubapanya. Dia seperti ‘mayat hidup’.
"Qaseh tak boleh macam ni tau. Ramai orang risaukan Qaseh. Mak Ngah Idah, Pak Ngah Din, auntie, uncle dan terutama sekali Atuk. Qaseh tak kesiankan Atuk? Atuk tak tidur malam. Asyik jaga Qaseh." Puan Sri Marlisa separuh berbisik di telinga Qaseh. Qaseh memandang wajahnya di cermin solek. Dia seperti tersedar dari tidurnya yang panjang. Selama ini, matanya terbuka tetapi jiwanya tidur. Hatinya mati. Entah kenapa dia tidak memikirkan Datuk.
Agak lama kemudian dia tersenyum. Perlahan-lahan diletakkan gambar Tuan Nizam dan Puan Yasmin ke atas meja solek. Puan Sri Marlisa sedikit lega dengan perbuatan Qaseh.
"Jom kita turun, auntie." Qaseh beralih ke arah Puan Sri Marlisa. Senyuman terukir di bibir mungil Qaseh. Mereka berpegang tangan dan berjalan keluar dari bilik Qaseh. Perlahan-lahan mereka menuruni anak tangga. Kesemua tetamu yang berada di situ hanya tersenyum melihat perubahan diri Qaseh. Qaseh ternampak Datuk tersenyum ke arahnya. Dia berlari mendapatkan Datuk. Dipeluk seeratnya. Air mata Datuk tumpah jua apabila melihat cucu kesayangannya sudah pulih.
"Qaseh minta maaf, Atuk." Qaseh meleraikan pelukannya. Datuk mengerutkan dahi. Dia bersyukur cucu kesayangannya telah kembali semula kepada dia.
"Kenapa Qaseh minta maaf?"
"Qaseh banyak menyusahkan Atuk. Banyak buat Atuk risau. Qaseh janji Qaseh tak buat lagi." Air matanya mengalir. Datuk mengesat air mata Qaseh.
"Cukuplah, Qaseh. Jangan menangis lagi." Mereka berpelukan sekali lagi. Puan Sri Marlisa dan Rafidah turut mengalirkan air mata.
DATUK terbatuk kecil. Mengejutkan Qaseh dari lamunannya yang panjang. Sudah 14 tahun kejadian itu berlaku namun ingatannya tetap segar. Qaseh memandang wajah Datuk yang lemah. Hampir 7 tahun Qaseh pergi melanjutkan pelajarannya di Luxembourg. Pergi membawa hati yang perlu ditenangkan. Ditinggalkan Datuk keseorangan di Malaysia. Semenjak kebelakangan ini kesihatan Datuk kurang baik. Qaseh risaukan Datuk. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia. Rafidah pula sibuk dengan anak-anaknya yang masih bersekolah. Sudah tentu tidak ada masa terluang dengan Datuk. Tuan Syed, Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa bukanlah selalu datang menjenguk Datuk. Mereka pun sibuk dengan kerja mereka.
Datuk membuka matanya sedikit. Dipandang ke sekeliling bilik. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu wajah. Tersenyum.
"Atuk, Qaseh ni." Datuk cuba untuk bangun. Tetapi Qaseh melarangnya.
"Atuk rehatlah. Doktor kata Atuk jangan banyak bergerak." Datuk mematuhi kata-kata Qaseh. Dia kembali memejamkan matanya. Qaseh menyandarkan badannya di atas sofa yang disediakan di dalam wad tersebut.
Letih kerana perjalanan yang memakan masa selama 14 jam, belum lagi hilang. Kemudian dia berkejar pula ke hospital setelah mendapat panggilan daripada Rafidah. Qaseh mahu membuat kejutan kepada datuknya tetapi sebaliknya dia yang menerima kejutan daripada Datuk.
Pintu bilik wad dikuak. Qaseh memandang ke arah pintu tersebut. Rafidah masuk ke dalam perlahan-lahan. Tidak mahu menganggu Datuk. Dia berjalan menuju ke arah Qaseh. Qaseh melihat jam ditangan. Sudah pukul 8 pagi. Lama juga dia berangan! Desis hatinya.
"Awalnya Mak Ngah datang."
"Macam nilah selalu. Atuk macam mana?"
"Atuk dah sedar. Tapi dia masih lemah. Dia dah tidur balik." Rafidah mengangguk mendengar kata Qaseh. Qaseh menyalami tangan Rafidah.
"Mak Ngah sihat?"
"Macam nilah, Qaseh. Nak kata sihat sangat pun tak. Nak kata sakit pun tak. Qaseh macam mana? How’s Luxembourg?" Rafidah sudah lama tidak berjumpa dengan anak saudaranya itu. Terasa rindu pula.
"Cold. A bit windy. But I like it there. So beautiful. It’s undescribable. Qaseh paling suka pergi Canton Grevenmacher." Qaseh bercerita sambil membayangkan keindahan negeri yang menjadi tempatnya menyambung pelajaran. Melupakan segala kedukaan.
"Canton Grevenmacher tu kat mana?"
"Dalam area Dutch juga. Tapi antara banyak-banyak Canton, Qaseh suka Canton Wiltz dan Grevenmacher lah." Dia terasa rindu pula pada tempat yang banyak menyimpan kenangan manisnya. Tempat yang banyak mendengar kisah hidupnya sebagai seorang anak yatim piatu. Dia bersyukur Datuk masih hidup. Hilang sedikit derita di hatinya.
"Apa yang ada kat Grevenmacher tu?" Rafidah terasa seronok pula mendengar cerita anak saudaranya. Dia ingin mengajak suaminya pergi ke sana satu hari nanti. Dia akan memaksa suaminya mengambil cuti. Semenjak suaminya memulakan perniagaan sendiri, masa yang diluangkan untuk keluarga semakin terhad.
"Bourglinster, a castle. Very beautiful castle. Uhh! I like it there. And then, a little village named Ehnen. Actually, it’s a wine museum lah. Lepas tu ada perkampungan untuk pertanian. Kampung tu lebih kurang macam leisuring park. Kita boleh berekreasi kat situ. Nama kampung tu, tak silap Sarah lah, Masthum ke Machtum. Tak pasti. Sebab pelik sangat nama tu. Lepas tu ada tempat nama Wormeldange dan Wasserbillig. It’s very beautiful. Tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Mak Ngah kena pergi sana dan saksikan sendiri keindahan negara tu. It’s so amazing. Dalam satu hari, I have toured the canton. Tapi kat sana banyak church." Rafidah terlalu seronok mendengar cerita Qaseh sehinggakan lupa tujuannya ke hospital.
"One day, I have to go there." Rafidah berjanji akan pergi ke tempat yang diceritakan oleh Qaseh. Qaseh tersenyum melihat Mak Ngahnya.
"Ajaklah Pak Ngah Din."
"Huh! Pak Ngah kau tu? Jangan haraplah. Sampai Mak Ngah tua pun belum tentu dia nak pergi melancong. Kalau pergi haji, nak lah dia." Rafidah mendengus. Qaseh ketawa kecil.
"Pergi haji pun apa salahnya, Mak Ngah." Qaseh menghabiskan sisa tawanya.
"Betul jugak tu. Mak Ngah pun dah teringin sangat nak tengok keindahan Mekah tu. Bila Mak Ngah ajak, ada je alasan Pak Ngah kau tu. Dahlah. Kalau bercakap dengan Qaseh, satu kerja pun tak jadi." Rafidah mengambil buah-buahan yang dibawanya dan dibasuh dengan air. Dikupas kulit buah oren dan dipotongnya. Disuakan kepada Qaseh. Qaseh mengambil satu ulas buah oren. Kemudian, Rafidah mengambil jambangan bunga yang dibawanya dan ditukarnya dengan yang lama.
"Hari-hari ke Mak Ngah buat macam ni?"
"A’ah, Qaseh. Bila Atuk bangun, mesti dia nak makan buah. Lepas tu, Atuk kan suka tengok bunga yang segar. Sebab tulah, hari-hari Mak Ngah kena bawak bunga." Qaseh hanya mengangguk mendengar penjelasan Mak Ngahnya. Datuk tersedar apabila mendengar mulut Rafidah yang tidak henti-henti bercakap.
"Ayah..." panggil Rafidah. Dia menaikkan sedikit katil Datuk. Senang untuk Datuk makan buah-buahan. Qaseh berjalan mendekati Datuk. Tersenyum memandang ‘kekasih lamanya’.
"Atuk... Atuk apa khabar?" Qaseh hampir menitiskan air matanya melihat keadaan Datuk yang semakin lemah.
"Atuk sihat sikit. Bila Qaseh balik?" kata Datuk dengan lemah. Qaseh duduk di atas katil Datuk dan menghadap wajah orang yang amat dirinduinya.
"Semalam. Qaseh sampai pukul 6.30 petang. Dari KLIA, terus datang ke hospital. Sebabnya, Qaseh dah tak sabar nak jumpa kekasih lama Qaseh. Tapi...Atuk tak bangun pun. Terpaksalah Qaseh tunggu lagi satu hari." Datuk tersenyum mendengar kata-kata Qaseh. Leka dia bersembang dengan datuknya. Banyak pengalaman dan cerita yang hendak dikhabarkan kepada Datuk. Datuk sekali-sekala tergelak mendengar cerita Qaseh. Rafidah juga tidak ketinggalan.
HARI ini Qaseh memulakan kerja di syarikat pengiklanan, W&S Advertising Company. Setelah sebulan dia bercuti untuk menjaga Datuk, kini dia kembali dengan aktiviti asalnya. Mereka iklan untuk pelanggannya. Hari ini adalah hari pertama dia bekerja. Penampilannya mestilah nampak menarik. Pekerja-pekerja lelaki di syarikat itu memandangnya seperti hendak memakan orang. Pekerja-pekerja wanita pula, hanya menjeling kepadanya. Tetapi dia tidak ambil peduli. Dia datang ke situ dengan niat untuk bekerja. Bukan mencari pasal.
"Ok, Qaseh. Inilah tempat awak." Bosnya menunjukkan bilik pejabatnya. Dia memegang jawatan sebagai Pengarah Seni di syarikat tersebut.
"Cah…Nanti tolong kenalkan Cik Qaseh pada semua pekerja kita." Arah bosnya, Encik Sulaiman Akhlaken, kepada Aishah, setiausahanya.
"Baik, bos." Aishah berjalan ke arah Qaseh.
"Mari, Cik Qaseh. Saya kenalkan rakan-rakan kita." Mereka berjalan beriringan dan Qaseh diperkenalkan kepada semua orang.
"Tak payahlah bercik-cik dengan saya. Panggil saja saya Qaseh." Kata Qaseh. Aishah hanya tersenyum. Tidaklah sombong seperti Pengarah Seni sebelum ini. Hatinya berkata-kata.
"Kenapa dia orang semua pandang saya macam nak telan saya saja?" Qaseh bertanya kepada Aishah. Tergelak gadis itu apabila mendengar soalan daripada Qaseh.
"Mungkin rupa awak ni macam orang putih. Sebab tulah, agaknya." Jelas Aishah. Qaseh terangguk-angguk.
"Hah! Ini kawan baik saya, Raheyla." Kata Aishah apabila mereka berhenti dihadapan satu meja.
"How are you? Just call me Eyla." Raheyla bersalaman dengan Qaseh. Raheyla segera menarik Aishah jauh daripada Qaseh.
"Orang putih mana kau dapat ni?" tanya Raheyla. Tergelak besar kawannya itu.
"Dia bukan orang putih lah. Mukanya saja macam orang putih. Kacukan, agaknya." Aishah menggeleng melihat gelagat kawannya itu.
"Kenapa, Cah?" tanya Qaseh kebingungan.
"Awak ni berdarah kacukan ke?" Aishah mendapatkan kepastian daripada Qaseh. Gadis itu tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.
"Ya. Sebelah mak saya. Atuk saya Melayu. Nenek saya French. Tapi kalau sebelah bapa saya, ada campuran Bugis-Arab dan Melayu." Terang Qaseh. Ternganga mereka berdua mendengarnya. Banyak betul campurannya. Mereka senang dengan Qaseh. Raheyla meneruskan kerjanya kembali. Qaseh berjalan ke arah bilik pejabatnya. Aishah sudah kembali ke tempatnya. Interkom di tempat Aishah berbunyi.
"Cah…Tolong panggilkan Cik Qaseh masuk ke bilik mesyuarat." Arah Encik Sulaiman.
"Baik, bos." Aishah segera berjalan ke arah bilik Sarah. Diketuk pintu bilik tersebut. Arahan masuk diberikan.
"Kenapa, Cah?"
"Encik Sulaiman nak jumpa Cik Qaseh."
"Kan saya dah kata. Tak payah bercik-cik dengan saya. Panggil Qaseh saja dahlah. Saya tak biasa orang panggil saya Cik. Lain kali, Ecah panggil saya Qaseh. Paham? Ini arahan daripada saya." Kata Qaseh sambil tersenyum. Aishah hanya mengangguk. Kemudian mereka sama-sama tersenyum. Qaseh keluar dari biliknya dan berjalan menuju ke bilik mesyuarat. Perlahan-lahan pintu itu diketuk.
"Masuk." Encik Sulaiman memberikan arahan. Qaseh menguak pintu bilik mesyuarat itu. Dilihatnya Encik Sulaiman tersenyum dan disebelah Encik Sulaiman ada seorang lelaki juga tersenyum kepadanya.
"Mari saya kenalkan." Encik Sulaiman dan lelaki tersebut bangun. Qaseh berjalan menuju ke arah Encik Sulaiman.
"Qaseh, kenalkan inilah pelanggan kita yang paling penting, Encik Fareez. Encik Fareez, ini Pengarah Seni kami yang terbaru, Cik Qaseh Soraya." Mereka berdua bersalaman. Sama-sama tersenyum. Hati Qaseh berdegup laju. Kacaknya dia ini. Untung betul siapa dapat dia. Tetapi cepat-cepat Qaseh menangkis perasaan tersebut. Aku ke sini untuk kerja, bukannya menggatal. Kata hati kecilnya.
"Mulai sekarang, Qaseh akan uruskan tentang pengiklanan syarikat Encik Fareez." Terbeliak biji mata Qaseh mendengar kata-kata Encik Sulaiman. Baru hari pertama bekerja, sudah diberikan pelanggan yang paling penting untuk diuruskan.
"Encik Sulaiman yakin yang dia dapat uruskan iklan syarikat saya?" Fareez memandang Encik Sulaiman. Qaseh memandang wajah Fareez. Adakah Fareez hendak memperkecilkan bakatnya sebagai seorang Pengarah Seni? Dia akan tunjukkan dirinya yang sebenar. Ini Qasehlah. Tiada orang boleh melawannya dalam bidang pengiklanan.
"Nampaknya Encik Fareez tak yakin dengan saya." Qaseh berkata. Serius dia memandang Fareez. Berlagaknya mamat ni, hati Qaseh berdetik. Dengan muka yang sinis, Fareez memandang Qaseh.
"Bukan saya tak yakin dengan awak cuma saya tak yakin dengan perempuan. Sebelum ini pun, Pengarah Seni syarikat pengiklanan yang lain pun perempuan. Bukannya nak buat kerja, hanya kaki menggoda. Kata pandai sangat mereka iklan tapi semuanya, rubbish. Ada hati nak jadi isteri orang kaya, konon." Kata-kata Fareez tajam menghiris pendengaran Qaseh. Qaseh memandang muka Fareez dengan penuh kebencian. Dia berjanji tidak akan jatuh cinta kepada Fareez selagi dia terpaksa bekerjasama dengan Fareez. Walaupun Fareez semacho Christopher Plummer.
"Nanti dulu, Encik Fareez. Saya yakin Qaseh bukan macam tu. Encik Fareez cubalah bekerjasama dengan dia dulu." Encik Sulaiman menenangkan suasana yang semakin tegang. Kalau Qaseh tahulah dia terpaksa bekerja dengan manusia macam ini pada hari pertama dia memulakan pekerjaannya, sudah pasti dia tidak akan menerima jawatan tersebut. Biarlah datang bergolek depan mata. Akan ditolaknya bulat-bulat.
BAB 3
"Kita cuba dulu, Encik Fareez. Kalau Encik Fareez tak suka dengan kerja saya, Encik Fareez boleh pecat saya. Deal?" Qaseh menghulurkan tangannya. Fareez memandang sepi tangan itu. Tidak lama kemudian, dia menyambut huluran tangan itu.
"Deal." Mereka seperti sudah membuat perjanjian. Walaupun tidak rasmi, tetapi kata-kata yang dijanji harus ditunaikan sekiranya Qaseh tidak menjalankan kerjanya dengan betul. Encik Sulaiman menggeleng. Qaseh belum tahu lagi tentang perangai pelanggan mereka yang seorang ini. Cerewet. Nampaknya, dia kena cari pengganti Pengarah Seninya dengan segera. Qaseh pasti tidak tahan dengan perangai Fareez.
"Awak baca dulu tentang syarikat saya. Saya bagi awak 3 hari untuk siapkan storyboard. By Thursday, I want to see the storyboard. Whether you ready or not, you have to show it to me. Understood?" Fareez seperti memberikan arahan kepada Qaseh.
"Ok." Qaseh keluar dari bilik mesyuarat dan menuju ke arah Aishah.
"Hii…Geramnya." Qaseh melepaskan geram kepada Aishah. Terkejut Aishah dengan dengusan nafas Qaseh. Marah benar si Qaseh.
"Kenapa ni, Qaseh?"
"Tak pernah aku jumpa client macam manusia ni." Aishah tergelak dengan kata-kata Qaseh. Pasti Fareez yang dimaksudkannya. Pintu bilik mesyuarat terkuak. Encik Sulaiman dan Fareez sedang ketawa. Tentulah ada perkara lucu yang diceritakan itu. Fareez melihat Qaseh sedang berdiri dihadapan meja Aishah.
"Saya dengar ada orang tu nak bekerja bersungguh-sungguh dan nak buktikan pada saya yang dia tu berbakat. Tapi saya tengok dia siap bersembang lagi." Qaseh tahu kata-kata Fareez itu ditujukan kepadanya.
"Cah, mana data syarikat manusia tu?" perlahan sahaja Qaseh berkata-kata. Dia tidak mahu Fareez mendengarnya. Nanti apa pula kata Fareez. Walau apapun, pelanggan adalah keutamaan sesebuah syarikat. Dia tidak boleh melepaskan pelanggan yang banyak memberikan keuntungan pada syarikat dia bekerja. Dia tidak mahu kerananya pelanggan itu berhenti menggunakan perkhidmatan syarikat itu. Tahan sahajalah.
"Kejap. Ecah pergi cari. Nanti Ecah hantar kat bilik Qaseh." Aishah bangun dan menuju ke kabinet di belakangnya.
"Encik Fareez dah nak balik? Selamat sampai!" Qaseh segera berlalu ke bilik pejabatnya. Encik Sulaiman tersenyum. Dari mula lagi dia mengambil Qaseh bekerja, dia tahu gadis itu seorang yang keras kepala.
"Encik Fareez jangan ambil hati dengan Qaseh. Dia bergurau saja tu." Encik Sulaiman tidak mahu mereka berterus-terusan bertegang urat. Fareez mengangguk. Fareez meminta diri untuk pulang. Fareez melintas dihadapan bilik Qaseh. Gadis itu langsung tidak memandang mukanya. Tetapi wajahnya ceria sahaja. Tidak langsung muram. Walaupun baru sahaja gadis itu kena tegur dengan Fareez. Fareez kagum dengan Qaseh. Kalau perempuan lain, kena tegur sikit sudah hendak menangis.
Aishah memasuki bilik Qaseh dengan membawa data syarikat Fareez yang diperlukan oleh Qaseh. Diletaknya fail tersebut di atas meja.
"Terima kasih, Ecah."
"Kenapa, Qaseh? Gaduh dengan Encik Fareez ke? Kau jangan ambil hati. Dia memang macam tu. Kalau dengan perempuan, ada saja benda yang dia tidak puas hati." Aishah cuba menenangkan hati Qaseh yang sedang membara. Qaseh mendengus perlahan.
"Aku tak taulah macam mana girlfriend dia boleh tahan dengan perangai dia." Qaseh menyelak fail tersebut. Syarikat Fareez berkembang maju. Bangga dia dengan anak Melayu yang dapat bersaing dalam arus pembangunan yang semakin membangun.
"Kau tak tau tahu cerita ke?" Aishah berbisik. Dipandangnya ke kiri dan ke kanan. Seperti ada rahsia besar sahaja.
"Cerita apa?" Qaseh pun turut meniru perbuatan Aishah. Kemudian mereka sama-sama tergelak.
"Encik Fareez tu pernah kahwin. Tapi wife dia lari dengan kawan baik Encik Fareez sendiri." Aishah duduk dihadapan Qaseh. Terangguk-angguk kepala Qaseh mendengar cerita daripada Aishah. Macam wartawan pula kawannya ini. Baru sehari dia memulakan kerja, dia rasa senang dengan suasana baru.
"Patutlah aku rasa tak hairan." Qaseh kembali menyemak fail yang tebal itu. Mahu dia baca dalam 3 hari? Tak tidurlah, jawabnya.
"Kenapa?"
"Sebab dengan perangai dia macam tu. Dia ada anak ke dengan wife dia tu?" Qaseh pula yang seperti mengalahkan seorang wartawan.
"Ada. Tapi dia hantar ke Luxembourg. Duduk dengan kakak Encik Fareez yang belajar kat sana. Sebulan sekali Encik Fareez pergilah jenguk anak dia kat sana." Macam Joyah pula Qaseh melihat Aishah.
"Berapa umur Encik Fareez?"
"Tahun ni masuklah 28."
"Hmm…patutlah pun."
"Apa yang patut?"
"Dah tua. Kakak dia tak kahwin ke?" tergelak Aishah mendengar kata-kata Qaseh. Ada sahaja si Qaseh ini.
"Tak."
"Macam mana Ecah boleh tahu tentang semua hal ni?" Qaseh pelik dengan maklumat yang Aishah dapat. Seperti ada sumber yang memberikan maklumat.
"Hehe… Sepupu aku kerja kat syarikat Encik Fareez. Setiausaha dia." Aishah tersengih. Qaseh tersenyum.
"Eh! Tak apalah. Aku balik ke tempat dulu. Nanti Encik Sulaiman cari, nahas pula." Aishah keluar dari bilik Qaseh. Qaseh menyandarkan badannya ke kerusi empuk. Diselaknya satu persatu. Macam mana dia nak baca? Hanya 3 hari diberikan kepadanya. Siap kena buat storyboard sekali. Pening kepalanya. Tiba-tiba Qaseh terfikir satu cara. Dia berjalan keluar dari biliknya dan berjalan menuju ke arah Aishah.
"Cah…. Siapa yang uruskan Encik Fareez sebelum ni?" tanya Qaseh. Aishah berfikir sebentar. Kemudian dia teringat.
"Kevin. Kenapa?"
"Tak ada apa-apa." Qaseh segera berjalan ke arah Kevin, lelaki cina yang dimaksudkan oleh Aishah. Qaseh berdiri dihadapan meja Kevin. Tekun sekali Kevin melakukan kerjanya. Dia terperasan ada orang dihadapannya. Kevin mendongak memandang pegawai atasannya itu.
"Cik Qaseh. Ada apa yang boleh saya tolong Cik Qaseh? Duduklah Cik Qaseh." tanya Kevin. Fasih berbahasa Melayu. Terkejut juga Qaseh pada mulanya.
"Saya nak tanya Kevin. Sebelum ini Kevin yang uruskan syarikat Encik Fareez, ya?" Qaseh duduk bertentangan dengan Kevin. Pekerjanya itu mengangguk.
"Tentu Kevin tahu selok belok tentang perjalanan syarikat Encik Fareez. Saya nak minta tolong Kevin terangkan pada saya tentang syarikat tu. Tolonglah saya, Kevin. Dia bagi saya masa 3 hari untuk siapkan storyboard dia. Kalau saya baca semua pasal syarikat dia, lepas tu nak fikir pula pasal storyboard. Pening saya. Tolong saya, Kevin." rayu Qaseh. Dia amat berharap Kevin akan menolongnya.
"Baiklah, Cik Qaseh." Kevin bersetuju dan dia mula bercerita tentang perjalanan syarikat Fareez. Qaseh sudah tahu serba sedikit. Kalau ada yang dia tidak faham, dia akan merujuk kepada Kevin. Hanya Kevinlah harapannya sekarang.
"Terima kasih, Kevin. Kalau ada apa-apa yang saya tak faham, saya akan rujuk kepada awak. Saya harap kita dapat bekerjasama. Maklumlah, saya baru saja memegang jawatan sebesar ini. Jadi, belum ada apa-apa pengalaman. Saya minta tunjuk ajar awak, Kevin." kata Qaseh. Kevin tersenyum mendengar kata-kata ketuanya.
"Boleh saya tanya awak sesuatu, Kevin?"
"Boleh, Cik Qaseh. Apa yang Cik Qaseh nak tanya?"
"Kenapa awak dah tak uruskan iklan syarikat Encik Fareez? Saya ke yang menjadi penyebabnya awak tidak menguruskan lagi projek ini?" tanya Qaseh. Risau juga jika kerana dia Kevin ditolak ketepi.
"Saya yang minta tukar dengan Encik Sulaiman. Sepatutnya saya uruskan sampai habis. Tapi tak tahanlah, Cik Qaseh. Encik Fareez tu cerewet. Leceh bekerja dengan dia. Memang kerja kita ni susah dan remeh. Tapi kerja dengan dia, lagi remeh. Benda kecil pun yang orang tak boleh nampak dengan mata kasar, dia boleh nampak. Itulah sebabnya bila saya tahu akan ada Pengarah Seni yang baru, saya minta tukar dengan Encik Sulaiman. Encik Sulaiman setuju." Jelas Kevin panjang lebar. Qaseh nampaknya kena bersedia dari segi mental dan fizikal.
"Oh, ye ke? Terima kasihlah, Kevin. Kerana menakutkan saya." Seloroh Qaseh. Kevin tertawa kecil dengan kata-kata ketuanya.
"Tak apalah, Kevin. Saya masuk dulu." Ujar Qaseh. Kevin mengangguk perlahan sambil tersenyum. Qaseh berjalan masuk semula ke dalam bilik pejabatnya. Dia memeluk tubuh. Sedang memikirkan iklan yang sesuai untuk syarikat Fareez.
SUDAH 2 hari Qaseh memikirkan iklan yang sesuai. Tetapi otaknya buntu. Macam mana dia hendak buat sekarang? Tinggal lagi 1 hari untuk dia menyiapkan storyboard. Ke hulur ke hilir Qaseh di dalam bilik pejabatnya. Aishah mengetuk pintu biliknya dan terus masuk ke dalam.
"Kenapa dengan kau ni, Qaseh? Macam kucing nak beranak je." gurau Aishah. Qaseh kembali duduk di kerusinya.
"Aku tak dapat fikir lagi pasal iklan syarikat tu. Tinggal 1 hari je lagi. Aku risaulah." Qaseh mengeluh. Kemudian diletakkan kepalanya ke atas meja. Mengeluh lagi.
"Aku tak dapat tolong kau. Sebab aku tak tau sangat pasal syarikat Encik Fareez." Aishah pun turut mengeluh. Sebentar kemudian Qaseh mengangkat kepalanya dan memandang Aishah.
"Kau memang boleh tolong aku." Qaseh tersenyum nakal. Aishah pelik dengan perangai Qaseh. Sekejap muram, sekejap ceria. Aishah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Apa maksud kau?"
"Kau pernah kata kat aku yang sepupu kau bekerja sebagai setiausaha ‘harimau tua’ tu kan?" Aishah mengangguk sambil tergelak mendengar kata-kata Qaseh. Harimau tua. Belum pernah orang menggelar Fareez sebagai harimau tua.
"Tentu dia tahu apa si tua tu nak. Kau ajak sepupu kau keluar lunch. Aku belanja." Kata Qaseh. Aishah mengangguk dan segera menelefon sepupunya melalui telefon Qaseh. Selepas itu, dia meletakkan gagang telefon.
"Dia kata ok." Aishah memberikan jawapan yang diberikan oleh sepupunya. Qaseh meyandarkan badan dan memeluk tubuhnya. Tersenyum. Aishah pelik dengan Qaseh. Dia keluar dari bilik Qaseh dan menuju ke tempatnya.
Tepat jam 12.00 tengah hari, Qaseh mengemaskan mejanya. Dia harus pergi berjumpa dengan sepupu Aishah dengan kadar segera. Aishah sudah siap menunggunya di lobi.
"Dia nak jumpa kat mana?"
"Hotspot dialah. Let me be the driver." Aishah menghulurkan tangannya meminta kunci kereta. Tanpa teragak-agak, Qaseh menyerahkan kunci kereta ke tangan sahabat yang hanya baru dikenali selama 3 hari. Kereta Qaseh meluncur laju membelah jalanraya yang semakin sesak dengan kereta yang berpusu-pusu keluar untuk ke bandaraya. Apa lagi yang boleh dibuat kalau tengah hari? Makanlah, jawabnya. 45 minit kemudian, kereta Qaseh berhenti di hadapan sebuah kompleks membeli belah. Aishah memarkirkan kereta Qaseh dan mereka berdua turun dari kereta dan berjalan ke arah kompleks Atria. Belum pernah Qaseh sampai ke situ lagi.
"Jauhnya kompleks ni daripada ofis kita." kata Qaseh. Aishah tersenyum.
"Inilah hotspot dia." Aishah menuju ke arah sebuah restoran. Sepupu Aishah melambai ke arah mereka. Qaseh dan Aishah menuju ke arah orang tersebut.
"Dah lama ka hang sampai?" terkeluar sudah loghat Kedah Aishah. Qaseh memerhati seluruh restoran. Restoran ini melakukan konsep secara terbuka. Kalau pelanggan ingin mengambil angin, bolehlah duduk di luar.
"Lama, tak lama. Baghu ja. Hang nak makan ka nak minum ka, pi lah order. Ini self service." Kata sepupu Aishah sambil menghirup minumannya.
"Ni aku kenai kan. Qaseh. Bos aku jugaklah." Aishah memperkenalkan mereka berdua. Qaseh bersalaman dengan sepupu Aishah. Mereka sama-sama tersenyum. Manisnya sepupu Aishah ini. Bertudung lagi. Qaseh duduk bertentangan dengan Aishah.
"Aii! Bukan ka bos hang Encik Sulaiman Akhlaken tu? Hang dah tukaq bos ka?" Hadirah tertanya-tanya.
"Dak aih. Bos aku still Encik Sulaiman. Ni Pengarah Seni kat syarikat aku. Pangkat lagi tinggi daripada aku, beb. Kiranya bos aku lah." Terang Aishah. Hadirah hanya mengangguk. Aishah berpaling pada Qaseh.
"Qaseh, kenalkan Hadirah. Qaseh boleh panggil dia Didi." Aishah memperkenalkan pula Hadirah kepada Qaseh. Lawanya bos Aishah ini. Rambut yang panjang ikal mayang, mata yang bundar, pipi kemerah-merahan dan lesung pipit yang dalam. Sebenarnya, itulah yang paling mahal. Pasti membuatkan ramai lelaki tertawan padanya. Aishah memesan makanan dan minuman untuk mereka berdua.
"Qaseh nak minum apa?" tanya Aishah.
"Apa speciality kat sini?"
"Of courselah, coffee." Aishah berkata sambil memandang wajah bosnya itu. Qaseh berfikir sebentar.
"Bagi Kopi ‘O."
"Makan?"
"Hmm… Assam Laksa." Selepas mendapat pesanan daripada Qaseh, Aishah segera memesan makanan. Aishah duduk kembali ke tempat mereka.
"Didi, kita orang nak mintak tolong hang sikit. Buleh ke dak?" Aishah memandang muka Hadirah. Selamba sahaja wajah sepupunya itu.
"Hang ni pun. Sabaq-sabaq lah sikit. Makanlah dulu. Nanti baghu ceghita. Kesian kat Qaseh. Nak makan." Hadirah memarahi Aishah kerana perangainya yang kurang sabar. Aishah tersengih seperti kerang busuk. 20 minit kemudian, makanan yang dipesan sampai.
"Makanlah, Cik Qaseh." Jemput Hadirah. Aishah sudah lama menjamu selera. Tanpa dijemput.
"Usahlah bercik-cik dengan saya. Qaseh saja. Saya tak biasa orang panggil Cik." kata Qaseh sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit. Hadirah mengangguk. Mereka bercerita perihal lain dahulu sebelum mereka ke perkara yang sebenarnya.
"Kenapa, Cik…Ermm…maksud saya kenapa Qaseh ajak saya keluar makan?" tanya Hadirah. Qaseh memandang wajah Aishah. Tersenyum.
"Pasal syarikat Encik Fareez. Saya nak tahu Encik Fareez pernah tak kata apa-apa mengenai iklan yang dia mahu untuk syarikat dia?" Qaseh memandang wajah Hadirah penuh mengharap. Hadirah seperti memikir sesuatu.
"Ada hari tu dia cakap dengan orang yang mereka iklan untuk syarikat dia dulu. Saya adalah juga terdengar. Tapi orang tu tak nak ikut cakap dia. Jadi, dia pecat saja perempuan tu. Kesian saya tengok. Dia nak iklan yang susah-susah saja. Cadangan orang dia tak nak dengar." marah Hadirah. Tapi marahnya itu disimpan. Sakit hati dia melihat bosnya itu. Perangai tidak pernah berubah. Patutlah isterinya lari tinggalkan dia. Kemudian, mereka berbincang tentang iklan yang patut dibuat.
BAB 4
SETELAH diberi masa selama 3 hari, Fareez datang ke syarikat W&S Advertising Company untuk melihat hasil storyboard. Qaseh menunggu di dalam bilik mesyuarat. Fareez masuk bersama Encik Sulaiman. Mereka bersembang sambil ketawa. Qaseh berdiri dan tersenyum manis dihadapan Fareez. Fareez senyum kembali tetapi hanya sekejap. Dialihkan mukanya semula ke arah Encik Sulaiman. Qaseh menyampah dengan perangai Fareez yang berlagak bagus.
"Encik Fareez bolehlah tengok iklan yang direka oleh Qaseh. Saya pasti Encik Fareez akan menyukainya." Encik Sulaiman memuji-muji Qaseh dihadapan Fareez. Fareez mencebikkan bibir. Dilihatnya storyboard yang terletak di atas meja. Jalan cerita yang menarik. Dia tertarik dengan hasil kerja Qaseh. Dia kagum dengan Qaseh. Hanya 3 hari sahaja, dia boleh menyiapkan jalan cerita iklan yang sebagus ini.
"Awak ada spy ke kat ofis saya?" Fareez sengaja hendak menguji Qaseh. Fareez seperti pernah lihat iklan ini. Qaseh mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan maksud Fareez.
"Apa maksud Encik Fareez?"
"Macam iklan yang saya suruh orang yang dulu tu lukis. Ada sesiapa beritahu awak ke? Iklan macam mana yang saya nak." Fareez memandang tajam ke arah Qaseh. Qaseh menelan air liur. Dipandang ke tempat lain. Tidak sanggup menentang wajah Fareez. Qaseh mematahkan jari jemarinya.
"Walau apapun, saya suka. Mulai sekarang, awak akan bekerja dengan saya." Kata-kata Fareez membuatkan Qaseh lega. Lepas sudah satu bala.
"Tapi, jangan tiru iklan orang." Amaran yang diberikan oleh Fareez. Qaseh mengangguk lemah. Fareez bersalaman dengan Encik Sulaiman. Dia meminta diri untuk pulang ke pejabat.
"Good job." Encik Sulaiman menepuk bahunya. Qaseh tersenyum. Baru pertama kali dia mendapat pujian. Dia berjalan ke arah bilik pejabatnya. Ada seorang pekerja wanita yang seakan-akan tidak berpuas hati dengannya. Pekerja wanita itu hanya memandang ke tempat lain apabila Qaseh tersenyum kepadanya. Apa kena dengan perempuan ini? Hati Qaseh tertanya-tanya. Qaseh masuk ke dalam bilik dan duduk di kerusi empuk miliknya. Dia menyandarkan badan. Memejamkan mata sebentar. Letih. Satu malam dia tidak tidur kerana menyiapkan storyboard tersebut. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Qaseh terjaga dan segera membetulkan pakaiannya yang kedut. Membetulkan duduknya. Arahan masuk diberikan.
"So, how?" tanya Aishah.
"Tired." Kata Qaseh.
"I mean, the meeting."
"Great. He likes it. Encik Sulaiman say good job. Tapi Encik Fareez dah bagi warning. Jangan tiru iklan orang." Qaseh meniru gaya Fareez. Tergelak besar Aishah. Mereka sama-sama tergelak.
"So, lunch?"
"Ajak Didi sekali, ya."
"Aku pergi telefon dia." Aishah keluar dari bilik Qaseh dan menuju ke tempatnya. Dia segera menelefon Hadirah. Mereka telah membuat temujanji untuk keluar makan tengahari bersama.
MEREKA keluar makan di tempat kegemaran Qaseh pula kali ini. Semasa melintasi meja pekerja wanita yang dikenali sebagai Tina, wanita itu hanya menjelingnya.
"Kenapa dengan dia tu, Cah? Macam tak suka dengan aku je." Qaseh bertanya. Aishah memandang Qaseh.
"Siapa?" Aishah memandang ke sekeliling. Cuba mengenal pasti orang yang dimaksudkan oleh Qaseh.
"Tina."
"Ah! Kau buat tak tahu je dengan dia. Dia memang macam tu. Aku pun menyampah juga dengan dia. Bila ada perempuan lawa sikit daripada dia, mulalah nak buat musuh. Asyik nak melawa dan ‘menggetek’ dengan Encik Sulaiman. Nak jadi bini nombor dua lah tu. Tapi dia tak tahu, Encik Sulaiman pun meluat dengan dia. Mentang-mentanglah Encik Sulaiman tu pemilik syarikat kita kerja ni. Bukan saja bapaknya nak digoda, dengan anak dia pun nak digodanya." Mereka menuju ke arah lif. Qaseh menekan butang lif. Pintu lif terbuka dan mereka berdua masuk ke dalam lif.
"Siapa nama anak dia?"
"Zahrien. Memang handsomelah. Wa cakap lu. But he’s so arrogant." Aishah terbayangkan kekacakan wajah Zahrien. Dia hanya boleh berangan. Tidak mungkin Zahrien akan memandangnya. Dia tidaklah secantik Camelia atau semanis Siti Nurhaliza. Dia juga berbadan gempal. Tapi ada perkara yang boleh membuatkan orang tertarik dengan dirinya. Perangai menyombong Zahrien juga membuatkan Aishah meluat dengan anak lelaki Encik Sulaiman itu.
Qaseh menaiki keretanya dan menuju ke tempat yang menjadi pilihannya untuk makan tengahari. Qaseh memarkirkan keretanya di Maju Junction. Mereka menaiki lif untuk menuju ke restoran kegemaran Qaseh, Restoran Mejaku. Makanan kegemaran Qaseh ialah laksa. Kesemua laksa dia pernah rasa tetapi laksa yang paling digemarinya ialah Laksa Kedah dan Laksa Sarawak. Semasa mereka turun dari kereta, Aishah melihat wajah Qaseh yang seperti memikirkan sesuatu.
"Kenapa dengan kau ni, Qaseh? Kau tak payahlah pikir pasal si Tina. Bukan ada faedah pun." Aishah membetulkan bajunya. Mereka sama-sama jalan menuju ke arah lif yang disediakan.
"Aku nak tanya kau satu soalan ni."
"Apa dia?" Aishah pelik dengan Qaseh. Apakah benda yang hendak ditanyanya sehingga dia seperti tidak menumpukan fikirannya di situ.
"Menggetek tu apa?"
"Laa….itu je ke yang kau nak tanya. Maksudnya, gatal...gedik…tergolong lah perkataan semua tu." Aishah lihat Qaseh terangguk-angguk tanda faham. Tersenyum memandang sahabatnya itu. Aishah cuba menelefon Hadirah. Tetapi telefon bimbitnya tidak berjawab. Aishah cuba pula menelefon pejabatnya.
"Hello." Kata satu suara. Lembut.
"Boleh saya bercakap dengan Hadirah?"
"Maaf, Cik. Hadirah tak ada. Dia keluar mesyuarat dengan bos dia, Encik Fareez." Kata penyambut tetamu tersebut. Lemah lembut sahaja pertuturannya. Aishah terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh penyambut tetamu tersebut.
"Ermm…tak apalah kalau macam tu."
"Cik nak tinggalkan apa-apa pesanan ke?"
"Mmm…tak apalah. Terima kasih."
"Sama-sama." Jawab penyambut tetamu itu. Aishah mematikan talian telefonnya segera.
"Kenapa, Cah?" tanya Qaseh.
"Didi keluar mesyuarat dengan Encik Fareez."
"Tapi takkan nak batalkan lunch kita ni. Jomlah lekas. Aku dah lapar ni." Ajak Qaseh dan segera menuju ke lif yang berdekatan.
QASEH memilih meja bersudut tepi yang menghadap pemandangan luar. Pelayan restoran tersebut datang menghampiri meja mereka sambil datang membawa menu di tangannya. Mereka memesan makanan.
"Bagi saya Laksa Sarawak." Tanpa melihat menu, Qaseh memesan makanan kegemarannya. Pelayan tersebut mencatit sesuatu di kertasnya.
"Bagi saya, Chicken Chop." Aishah memesan makanannya pula. Sekali lagi pelayan tersebut mencatit sesuatu.
"Air, Cik?" tanya pelayan tersebut.
"Bagi saya Apple juice." Qaseh menyerahkan kembali menu kepada pelayan tersebut. Terangguk-angguk pelayan itu mengambil pesanan.
"Samalah untuk saya." Aishah juga menyerahkan kembali menu tersebut. Mereka bersembang sesama sendiri. Tiba-tiba mata Aishah tertancap pada seseorang yang amat dikenalinya. Orang itu memandangnya. Aishah tersenyum kepadanya tetapi dibalas dengan jelingan.
"Meluat aku tengok." Aishah mengalihkan pandangannya ke arah luar jendela. Hatinya panas membara.
"Kenapa, Cah?" Qaseh tidak faham apa yang sedang berlaku.
"Kau nampak tak lelaki yang ada di tengah-tengah restoran tu? Itulah anak Encik Sulaiman, Zahrien." Aishah hanya menunjukkan tempat lelaki itu duduk tetapi tidak dipandang langsung ke arah tersebut. Qaseh memusingkan kepalanya ke arah yang ditunjukkan oleh Aishah.
"Ooo…itu ke? Handsome ye."
"Handsome memanglah handsome tapi perangainya membuatkan aku meluat." Aishah menjelirkan lidahnya. Qaseh menggelengkan kepalanya. Dipandang semula ke arah Zahrien. Zahrien tersenyum menawan ke arahnya. Qaseh membalas kembali senyuman tersebut.
"Dia senyum je dengan aku, Cah." Qaseh memandang muka Aishah.
"Dengan kau memanglah dia nak senyum sebab kau cantik. Dengan aku tak hingin lah dia. Aku ni dah la tak lawa. Gemuk pulak tu." Aishah seperti merendah diri. Qaseh menggelengkan kepalanya sekali lagi.
"Kau jangan cakap macam tu. Setiap ciptaan Tuhan ni ada keistimewaannya yang tersendiri." Pujuk Qaseh.
"Hye, girls!" Zahrien menyapa mereka berdua. Aishah menjadi semakin meluat. Dipandangnya ke tempat lain.
"Assalamualaikum." Qaseh memperbetulkan ayat Zahrien. Terasa tebal kulit muka Zahrien.
"Waalaikumussalam." Zahrien menjawab kembali. Zahrien berdiri di kepala meja. Memandang ke arah Qaseh.
"Saya, Zahrien. Nama awak apa?" tanya Zahrien kepada Qaseh. Zahrien mengulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Qaseh. Berterus-terang betul lelaki ini.
"Saya, Qaseh. Dan ini Aishah." Qaseh menyambut huluran tangan Zahrien. Qaseh turut memperkenalkan Aishah kepada Zahrien.
"Saya dah kenal dia. May I have a sit?" Zahrien segera duduk bersebelahan dengan Qaseh. Belum sempat Qaseh berkata apa-apa.
"Awak ni kerja satu ofis dengan dia ke?" tanya Zarien kepada Qaseh.
"Ya. Saya Pengarah Seni yang baru."
"Oh, nilah Art Director yang baru. Papa selalu cerita pasal awak kat rumah. Tapi belum berkesempatan nak berjumpa dengan awak." Terang Zahrien. Qaseh tersenyum. Bangga apabila dipuji.
"Encik Sulaiman cerita yang baik-baik ke yang buruk pasal saya?"
"Mestilah yang baik-baik. Macam mana awak handle client yang cerewet tu. Papa betul-betul kagum dengan awak." Kata Zahrien. Qaseh mengangguk. Aishah mendengus kuat. Qaseh tersenyum kecil. Zahrien memandang Aishah sambil menjungkit keningnya.
Qaseh dan Zahrien masih lagi bersembang sesama sendiri. Kemudian, sama-sama tergelak. Entah apa yang seronok sangat. Aishah tidak ambil peduli pun. Hatinya masih geram dengan perbuatan Zahrien. Tiba-tiba Zahrien ditegur oleh seorang lelaki. Aishah seperti mengenali suara itu. Dia beralih ke arah orang itu. Zahrien dan lelaki itu bersalaman. Lelaki itu memandang Aishah. Dia seperti terkejut dengan kehadiran Aishah.
"Shah?"
"Ghazi?" dia seperti tidak percaya berjumpa semula dengan abang kawan rapatnya semasa di sekolah dahulu. Ghazi lah orang yang selalu menghantar adiknya, Sofiya dan sahabat baik adiknya, Aishah ke sekolah. Muka Aishah semakin berseri-seri apabila dapat berjumpa dengan Ghazi Iskandar, lelaki yang berjaya mencuri hatinya satu waktu dahulu.
"Is, kau kenal ke dia?" tanya Zahrien yang sedikit keliru. Kadangkala orang memanggilnya Iskandar dan kadangkala pula, Ghazi. Hanya sesetengah orang sahaja yang memanggilnya Ghazi. Orang yang teristimewa di hatinya.
"Kenal. More than you think." Ghazi memandang wajah Aishah. Tertunduk malu gadis itu. Aishah berharap Ghazi tidak membocorkan rahsia mereka. Dia belum lagi bersedia cerita lama diungkit kembali.
"Apa maksud kau? Aku tak paham." Zahrien mengerutkan dahinya. Qaseh pun turut mengerutkan dahinya. Nampaknya, ada rahsia di antara mereka. Ghazi ubah tajuk. Tidak mahu mereka tahu apa-apa mengenai hubungan dahulu.
"Siapa yang di sebelah kau tu? Girlfriend?" Ghazi kenal sangat dengan citarasa Zahrien. Hanya berkehendakkan perempuan yang cantik sahaja. Zahrien tersenyum. Qaseh juga turut tersenyum.
"I wish she is. But she’s not. Dia kerja dengan Papa aku. Is, kenalkan Qaseh. Qaseh…Is." Sarah bersalaman dengan Ghazi. Mereka sama-sama tersenyum.
"Qaseh? Sedap nama tu." Kata Ghazi.
"Thanks." Ucap Qaseh. Ada tanda tanya di benak Qaseh. Siapa Ghazi ini dengan Aishah? Orangnya hendak dikatakan kacak, tidaklah sangat. Tetapi ada tarikan pada wajah itu. Dia harus bertanya kepada Aishah nanti. Aishah seperti dalam kegelisahan.
"So, join us?" tanya Qaseh. Ghazi memandang wajah Zahrien.
"Ya, sure." Zahrien tersenyum memandang Qaseh. Tetapi Zahrien memandang Aishah dengan mata yang tajam. Ghazi menarik kerusi di sebelah Aishah.
"Is, apa kata awak duduk tempat saya dan saya duduk sebelah Ecah? Bolehlah awak menghadap muka Ecah." Qaseh memberi cadangan. Ghazi berfikir sebentar.
"That’s a good idea." Ghazi berjalan ke arah tempat Qaseh. Aishah seperti malu-malu berhadapan dengan Ghazi. Qaseh dapat menangkap apa yang sedang berlaku. Tapi dia masih mahukan kepastian.
"So, apa hubungan kau orang berdua?" Zahrien seperti dapat membaca apa yang ada di fikiran Qaseh. Qaseh tersenyum nakal. Zahrien masih cuba mencungkil rahsia hati mereka berdua. Ghazi tersenyum.
"Kawan." Cepat sahaja mulut Aishah berkata. Ghazi mengangguk. Zahrien malas hendak ambil peduli. Dia bersembang semula dengan Qaseh. Tetapi telinganya tetap mendengar perbualan mereka berdua. Qaseh juga memasang telinga. Sesekali mata tajam Zahrien melekap pada seraut wajah Aishah. Qaseh perasan akan perbuatan Zahrien. Tetapi dia hanya tersenyum di dalam hati.
"Ecah, apa khabar?" tanya Ghazi. Sudah lama tidak mendengar berita daripada Aishah setelah adiknya berpindah dan mengikut suaminya ke London. Adik Ghazi adalah penghubung mereka berdua.
"Baik. Ghazi?"
"Sihat. Pia ada call hari tu." Ghazi memulakan perbualan dengan perasaan sedikit kekok. Sudah lama tidak berjumpa dengan gadis yang menjadi pujaan hatinya. Pia, nama manja adik Ghazi.
"Pia macam mana? Sihat ke? Dah lama tak dengar cerita dia." Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Aishah. Sudah lama dia tidak ketemu dengan Sofiya.
"Fine, but she’s going to be a mother." Ghazi menyampaikan berita gembira kepada Aishah. Sofiya juga pernah berpesan kepada abangnya supaya menyampaikan perkhabaran tentang diri dia kepada Aishah jika terserempak dengan sahabat baiknya itu.
"Really? Tak sangka. Setomboy-tomboy Pia tu, dah nak jadik ibu juga. At last." Aishah tergelak. Ghazi turut tergelak. Menahan gelodak di hati.
"Dia kirim salam pada Ecah." Ghazi memandang Aishah dengan matanya yang menawan. Salam itu hanya dijawab di dalam hati. Pandangannya terus menusuk ke hati Aishah. Sudah lama dia tidak nampak renungan itu. Mereka berdiam diri lagi.
"Saya ada benda nak beri pada Ecah." Ghazi berkata sambil berdiri. Aishah hanya memandang perbuatan Ghazi.
"Tapi saya tertinggal kat dalam kereta. Saya pergi ambil kejap."
"Kau nak kemana ni?" tanya Zahrien.
"Nak ambil barang dalam kereta kejap." Ghazi berlalu pergi. Aishah memandang belakang Ghazi. Ghazi memusingkan kepalanya dan tersenyum kepada Aishah. Itulah selalunya kebiasaan yang dilakukan oleh Ghazi semasa mereka mempunyai hubungan yang istimewa dahulu. Sekarang sudah tidak bermakna lagi. Aishah hanya menganggapnya kawan. 15 minit kemudian, Ghazi datang semula dengan bungkusan di tangannya.
"Sebelum Pia nak pindah, Pia ada serahkan bungkusan ni pada Ghazi. Suruh beri pada Ecah." Ghazi menyerahkan bungkusan kepada Aishah. Aishah menyambutnya dengan senyuman tidak pernah lekang di bibirnya.
"Apa ni?" tanya Aishah dengan tanda tanya dibenaknya.
"Bukalah." Ghazi berkata. Aishah segera merungkaikan tali bungkusan tersebut. Dilihatnya ada bingkai gambar yang amat cantik. Berkilau. Gambar Aishah bersama-sama Sofiya, Razman, suami Sofiya dan Ghazi. Mereka bergambar pada hari terakhir persekolahan. Pada masa itu, Ghazi di tingkatan 6 Atas. Manakala Aishah di tingkatan 5. Mereka bergambar dihadapan dewan peperiksaan. Masih diingat lagi masa itu Ghazi memeluk pinggangnya. Kenangan manis itu tidak akan dilupakan.
"Apa dia, Ecah? Hmm…frame. Wow! It’s so beautiful." Qaseh terpegun melihat bingkai gambar itu. Aishah tersenyum sambil menahan tangis. Senyuman Aishah yang membuatkan Ghazi kadangkala tidak tidur malam memikirkannya. Zahrien hanya memandang Ghazi dan Aishah bersilih ganti. Ada cemburu bersarang di hatinya. Kenapa dia mesti berasa cemburu sedangkan dia tidak pernah menyukai Aishah? Qaseh asyik memuji gambar itu. Kadangkala matanya menuju ke arah Zahrien. Dia perasan Zahrien hanya memerhatikan wajah Aishah agak lama. Kemudian dialihkan pula kepada Ghazi. Cemburu ke? Hati Qaseh tertanya-tanya. Ada cerita menarik akan berlaku tidak lama lagi. Dia hanya perlu menunggu dengan sabar.
Makanan yang dipesan oleh mereka berempat telah dihidangkan dihadapan mereka. Masing-masing menjamu selera. Mereka bercerita tentang pengalaman masing-masing dalam bidang pengiklanan cuma Aishah dan Ghazi sahaja yang berdiam diri. Ghazi mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu terbang tinggi di langit. Menjadi juruterbang. Impiannya telah pun tercapai. Aishah berminat ke arah belakang tabir dalam sesebuah produksi tetapi kerana dia bertubuh besar, dia lebih cenderung ke arah pengiklanan. Nasib baik Aishah mempunyai kemahiran melukis.
Aishah hanya menikmati makanan tengah harinya sahaja. Ghazi pula kadangkala masuk campur dalam perbualan Zahrien dan Qaseh.
"Kenapa diam saja ni? Ecah…Ghazi…" Qaseh memandang ke arah mereka. Aishah tersenyum.
"Tak ada benda nak dicakapkan." Aishah tunduk menghadap hidangannya. Terus mati seleranya apabila ditegur begitu.
"Ada. Tapi kau orang je tak nak cakap." Aishah memandang Qaseh dengan kerutan di dahinya. Tidak faham dengan apa yang cuba diperkatakan oleh Qaseh.
"Apa dia?" Aishah bertanya kembali.
"Tentang hubungan kamu berdua." Qaseh tersenyum simpul. Muka Aishah merona merah. Ghazi tersenyum tetapi Zahrien hanya memasamkan mukanya sahaja.
"Kau orang nak tahu sangat ke?" tanya Ghazi. Qaseh mengangguk laju. Zahrien tidak lepas matanya daripada menatap wajah Aishah. Hati Aishah berdegup laju.
"Oklah. Kita orang pernah bertunang." Ghazi akhirnya berterus terang. Aishah hanya menundukkan mukanya. Tidak berani menatap wajah Qaseh.
"What?! Are you serious?" tanya Qaseh.
"Ya. Tapi tak ada siapa yang tahu kecuali immediate family." Ujar Ghazi. Qaseh dan Zahrien seperti tidak percaya dengan apa yang mereka dengar.
"Ooo…inilah rahsia kau orang." Qaseh menyuap Laksa Sarawak ke mulutnya. Zahrien hanya memandang Aishah. Aishah menjadi tidak selesa dengan renungan Zahrien. Kenapalah dengan dia ni? Hati Aishah gusar. Zahrien tidak suka kepadanya tetapi kenapa Zahrien rasa tidak selesa apabila dia dan Ghazi bersembang sesama mereka tentang masa silam.
"Kenapa putus?" tanya Qaseh lagi.
"Aku nak sambung belajar. Ghazi pun nak sambung belajar. Tahu jelah. Duduk jauh-jauh, macam-macam boleh jadi. Kami ambil keputusan untuk beri sedikit ruang. Tapi tak sangka sampai…terputus." Kata Aishah perlahan.
"I’m so sorry." Sela Qaseh.
"It’s ok. Kalau dah ada jodoh, tak kemana, kan?" kata Ghazi. Qaseh mengangguk dan tersenyum.
"Makan…makan….Aku tak nak usiklah kau orang." Qaseh menghirup sedikit jus epalnya. Zahrien yang seakan-akan tersedar dengan suara Qaseh segera menyuap Nasi Goreng Ikan Masin ke mulut. Hatinya membara.
BAB 5
SELEPAS makan tengah hari, Aishah dan Qaseh berkira-kira untuk beredar pulang semula ke pejabat. Tetapi Zahrien berkeras hendak mengikut mereka berdua pulang ke pejabat. Ghazi pelik. Sepatutnya mereka balik bersama kerana Ghazi yang menjemput Zahrien di pejabatnya tadi. Dia tidak membawa kereta. Takkanlah Zahrien hendak menyusahkan Qaseh.
"Zahrien, kau kan datang dengan aku? Kenapa kau nak balik dengan Qaseh dan Aishah?" tanya Ghazi. Zahrien bersikap pelik semenjak dari makan tengah hari tadi.
"Aku nak pergi jumpa Papa aku. Kejap lagi aku balik pejabat. Kau balik dululah." Alasan yang dicipta oleh Zahrien.
"Betul ni?" tanya Ghazi lagi.
"Betul." Jawab Zahrien ringkas.
"Ok. Aku balik dulu. Kalau ada apa-apa, call aku." Kata Ghazi. Kemudiannya dia beralih ke arah Aishah. Gadis tu hanya tersenyum manis memandangnya.
"Kalau senang nanti, kita berjumpa?" tanya Ghazi.
"Ok. Ghazi call Aishah lah."
"Ok." Mereka sama-sama membalas senyuman. Hati Zahrien semakin membara dengan perbuatan mereka berdua.
Qaseh, Aishah dan Zahrien menuju ke tempat letak kereta di dalam Maju Junction itu. Qaseh menekan remote keretanya. Mereka bertiga masuk ke dalam kereta. Mereka dihiburkan dengan alunan radio sepanjang perjalanan. Tiada sesiapapun yang berkata-kata. Qaseh mengetuk stereng keretanya mengikut alunan lagu.
Tiba sahaja dihadapan bangunan W & S Advertising Company, mereka bertiga turun dari kereta Qaseh.
"Saya nak bercakap sikit dengan awak, Aishah." Kata Zahrien tiba-tiba. Qaseh seperti dapat mengagak apa yang hendak dikatakan oleh Zahrien itu. Dia segera meminta diri untuk naik ke pejabatnya.
"Kenapa Encik Zahrien?" tanya Aishah selepas Qaseh beredar.
"Dah berapa lama awak berkawan dengan Ghazi?"
"Hah?" Aishah terkejut dengan pertanyaan Zahrien.
"Awak tak dengar soalan saya ke?" tanya Zahrien kasar.
"Ermm…dari sekolah menengah lagi."
"Awak rapat dengan dia dulu?"
"Mestilah, Encik Zahrien. Kalau tidak, takkanlah kita orang bertunang. Kenapa Encik Zahrien tanya soalan ni semua? Saya rasa Encik Zahrien tak patut tanya." Aishah sedikit bengang. Dia berkira-kira hendak melangkah. Dia tidak suka hal peribadinya dijadikan isu.
"Saya tak suka awak berkawan dengan dia." Kata-kata Zahrien itu membuatkan Aishah tidak jadi melangkah. Aishah berpaling semula.
"Apa masalah Encik Zahrien? Suka hati sayalah."
"Saya tak suka awak berkawan dengan dia sebab….saya…saya…sukakan awak." Kata-kata Zahrien itu benar-benar membuatkan Aishah terkejut besar. Kemudian, dia ketawa seakan-akan mengejek. Tetapi apabila dia lihat Zahrien berwajah serius, terus mati ketawanya.
"Apa maksud Encik Zahrien?"
"Saya sukakan awak sejak kali pertama saya jumpa awak kat ofis Papa."
"Encik Zahrien jangan main-main. Encik Zahrien bermain dengan perasaan orang." Kata Aishah. Dia mahukan kepastian. Dia tidak mahu Zahrien hanya berniat untuk melukakan perasaannya.
"Saya tak main-main, Aishah."
"Apa yang menyebabkan Encik Zahrien berkata begitu?" tanya Aishah lagi.
"Awak lain. Lain daripada perempuan-perempuan yang saya kenal."
"Lain macam mana? Saya tak faham."
"Awak mempunyai sesuatu yang saya rasa tak terdapat pada perempuan lain." Kata Zahrien. Aishah menjungkitkan keningnya.
"Tapi saya tak cantik, Encik Zahrien. Tak secantik kekasih-kekasih Encik Zahrien." Aishah merendah diri. Zahrien melepaskan satu keluhan.
"Kecantikan itu hanyalah luaran. Awak ada sesuatu istimewa yang membuatkan saya terpikat pada awak." Jelas Zahrien bersungguh-sungguh.
"Tapi Encik Zahrien bencikan saya."
"Saya tak bencikan awak. Saya cuma tak berani nak luahkan perasaan saya. Jadi, saya berpura-pura bencikan awak. Lagipun, saya tak berani nak berdepan dengan perasaan saya." Terang Zahrien lagi.
"Kenapa Encik Zahrien tak berani nak berhadapan dengan perasaan sendiri? Saya tak fahamlah dengan Encik Zahrien ni." Aishah berkata-kata. Pelik apabila seorang lelaki tidak berani berhadapan dengan perasaannya sendiri. Sangat pelik.
"Sebab saya tak pernah jatuh cinta pada….pada…" ayat Zahrien tergantung.
"Pada perempuan gemuk macam saya?"
"Jangan cakap macam tu, Aishah."
"Memang itu hakikatnya, Encik Zahrien. Saya sedar diri saya ni siapa dengan Encik Zahrien. Memang tak boleh dibandingkan. Macam langit dengan bumi." Kata Aishah lagi.
"Jangan cakap macam tu, Aishah. Saya tak suka." Zahrien meninggikan suaranya sedikit. Aishah terkejut. Pertama kali, dia dimarahi oleh lelaki yang menyukainya. Zahrien memang tidak suka Aishah berkata begitu. Seolah-olah Aishah tidak bersyukur kerana Zahrien menyukai dirinya.
"Aishah, tolonglah faham kenapa saya ambil masa yang lama untuk luahkan perasaan saya pada awak." Zahrien berkata. Barulah Aishah faham kini. Dia juga sememangnya ada perasaan kepada Zahrien. Tetapi apabila Zahrien melayaninya begitu, dipendamkan sahaja perasaan itu. Zahrien mengambil jari-jemari Aishah dan digenggam.
"Saya harap awak boleh jadi kekasih hati saya."
"Tapi…"
"Tapi apa?"
"Encik Zahrien ada rupa. Saya takut Encik Zahrien dirampas orang. Ada lagi perempuan yang lebih cantik dari saya." Terang Aishah sebenar-benarnya. Dia belum bersedia untuk terluka.
"Saya janji dengan awak. Saya takkan memandang perempuan lain. Saya akan setia dengan awak. Sampai bila-bila." Ucap Zahrien tulus dari hati yang ikhlas. Aishah tersenyum. Pertama kali Zahrien bercakap lembut dengannya.
"Ucap melalui mulut Encik Zahrien, memang senang. Nak melakukannya, itu yang susah." Aishah sengaja hendak menguji Zahrien.
"Awak nak saya buat macam mana lagi?"
"Saya akan berikan peluang kepada Encik Zahrien untuk buktikan."
"Terima kasih, Aishah. Sebagai permulaan, saya tak nak awak panggil saya Encik Zahrien lagi dah. Zahrien je dah cukup." Semakin erat Zahrien menggenggam jari jemari Aishah. Mereka sama-sama tersenyum.
FAREEZ sedang tekun menyiapkan kerjanya. Tarikh akhir untuk projek yang diusahakan semakin hampir. Tekanan juga semakin meningkat. Daripada Walid dan juga pelanggannya. Sesekali Fareez mengurut kepalanya. Pening. Interkom berbunyi.
"Ya, Didi." Fareez menekan butang merah yang menyala.
"Puan Shilea nak jumpa bos." Kata Hadirah, setiausaha yang sangat setia kepada majikannya. Walaupun macam-macam sudah dihambur oleh Fareez kepada Hadirah, dia tetap bersabar. Kadangkala dipekakkan telinganya. Buat-buat sahaja tidak dengar. Habis cerita.
"Apalagi perempuan ni nak?" tanya Fareez tidak puas hati. Dia tidak faham ke yang aku tak suka nak jumpa dia, getus hati Fareez.
"Saya tak tahu, bos." Hadirah berterus terang. Dia memang seorang yang lurus. Itu yang membuatkan Fareez senang bekerja dengan Hadirah.
"Send her in." Fareez menekan semula butang interkom. Hadirah bangun dari kerusinya dan menuju ke arah meja operator. Operator yang bernama Nazira itu tersenyum manis ke arah Hadirah.
"Puan Shilea…Bos panggil." Hadirah berkata dengan sopan. Shilea bangun dan menuju ke arah Hadirah.
"Kau tak tahu ke aku ni bekas isteri bos kau. Panggil aku Cik Shilea." Shilea berjalan lenggang-lenggok meninggalkan Hadirah. Nazira mengangkat kening. Hadirah hanya menjungkitkan bahunya. Jari telunjuk di tujukan ke kepala kemudian dipusingkan jari tersebut. Menunjukkan si Shilea itu gila. Nazira tergelak. Hadirah membuntuti Shilea. Pintu bilik Fareez diketuk. Arahan masuk diberikan. Terjengul muka Hadirah di pintu bilik. Fareez memandang Hadirah.
"Puan Shilea dah datang." Lembut Hadirah berkata.
"Hmm…" itu sahaja yang Fareez berkata. Hadirah tahu bosnya tidak suka dengan kedatangan Shilea. Hadirah memberi laluan kepada Shilea untuk masuk. Shilea mendengus sombong. Dia menyampah dengan perbuatan Shilea itu.
"Hai, B." Shilea tersenyum manja sambil berjalan menuju ke arah Fareez. Fareez hanya mendiamkan diri. Tidak berminat untuk bercakap dengan Shilea.
"B…" Shilea merengek manja. Masih tiada respon. Fareez tidak peduli dengan Shilea. Fareez mengangkat gagang telefon dan segera mendail nombor telefon pelanggannya. Lama dia bersembang dengan pelanggan tersebut. Shilea naik berang. Dia berjalan mendekati meja kerja Fareez dan mematikan talian telefon tersebut. Fareez merenung tajam ke arah Shilea. Dia menghempas gagang telefon. Shilea menelan air liur. Selama dia berkahwin dengan Fareez, belum pernah dia lihat Fareez meradang. Belaiannya pun penuh lembutan. Shilea berundur sedikit ke belakang. Takut menjadi mangsa ‘terkaman’ si Fareez.
"Kau tahu tak? Itu pelanggan penting aku. Stupid!" Fareez berkata dalam nada yang tinggi. Dia mendengus marah. Dia menekan interkom. Memanggil Hadirah. Tergesa-gesa Hadirah masuk ke bilik Fareez. Tercungap-cungap dia seketika. Kalau lambat sikit, mesti mengamuk lagilah bos. Tambah-tambah dengan kehadiran perempuan senget ni.
"Awak tolong call balik Encik Zuki. Saya terputus talian dia tadi. Awak cakap dengan Encik Zuki, saya nak jumpa dia esok pukul 4.30 petang kat tempat biasa." Hadirah mendengar arahan Fareez dengan teliti. Terangguk-angguk setiausahanya itu. Hadirah meminta diri untuk keluar. Dia hendak segera meninggalkan bilik yang sudah terasa bahangnya walaupun bilik itu dilengkapi dengan penghawa dingin.
"Apahal kau nak jumpa aku ni?" tanya Fareez. Straight to the point. Dia tidak mahu perbualan mereka berbengkang-bengkok. Shilea duduk di atas sofa yang disediakan di dalam bilik itu. Menyilangkan kakinya untuk menampakkan betis yang putih gebu. Mentang-mentanglah Shilea memakai skirt separas lutut. Getiknya, sempat hati Fareez mengutuk. Fareez duduk berhadapan dengan Shilea.
"I nak jumpa Mirul. I nak bawak dia balik tinggal dengan I." Shilea berterus-terang dengan hajatnya datang berjumpa Fareez.
"You nak bawak Mirul tinggal dengan you? No way, jose. No way." Fareez menggeleng-gelengkan kepala serta menggawangkan tangan tanda tidak bersetuju. Shilea sengaja memakai baju yang mendedahkan sebahagian daripada tubuhnya. Bertujuan untuk menggoda Fareez. Tetapi Fareez sedikit pun tidak rasa imannya goyah.
"Please….just for a year." Rayu Shilea. Hati Fareez digeletek satu perasaan. Terhambur ketawa yang sengaja dibuat.
"A year? One whole year?" Fareez seolah-olah bertanyakan soalan kepada Shilea. Dia lihat perempuan itu menganggukkan kepalanya. Sekali lagi Fareez ketawa kuat. Shilea mendengus geram.
"What? This isn’t funny." Shilea agak tersinggung dengan perbuatan Fareez. Dia tidak mahu Fareez fikir dia main-main. Dia serius hendak menjaga anaknya. Fareez memeluk tubuhnya.
"This is funny. You know what? I nak tanya you satu soalan saja. Hanya satu saja. Kalau you boleh jawab, I akan fikirkan perkara ini." Fareez sengaja hendak menguji Shilea. Sebenarnya, Fareez awal lagi sudah membuat keputusan. Dia nekad tidak akan memberikan Amirul kepada ibunya walaupun dia tahu Shilea berhak menjaga Amirul. Amirul dibawah umur dan kalau mereka berebutkan hak penjagaan, Shilea sudah tentu akan menang kerana Shilea adalah ibu kandung kepada Amirul.
"Shoot." Shilea bersedia untuk mendengar soalan daripada Fareez. Dia memandang Fareez dengan wajah yang menggoda.
"Dimanakah tanggungjawab you sebagai seorang isteri dan ibu bila kami berdua perlukan perhatian dan kasih sayang you?" Fareez memandang muka Shilea dengan serius. Tergagau-gagau Shilea mencari jawapan. Sekejap diselak rambut, sekejap dibetulkan baju. Dia tidak ada jawapan untuk soalan Fareez. Fareez benar-benar menduganya kali ini. Shilea membetulkan duduknya. Fareez tahu Shilea gelabah. Dia bangun dari sofa. Menuju ke arah meja kerjanya. Banyak lagi kerjanya yang harus diselesaikan. Daripada melayan perempuan tak betul ini, lebih baik dia siapkan kerja yang bertimbun di atas meja.
"Tapi you pun salah jugak." Shilea masih tidak mahu mengalah. Dia bangun dan berdiri menghadap Fareez.
"Apa salah I?"
"You tanya I apa salah you? You selalu sibuk dengan kerja dan client you saja. Langsung tak ada masa untuk I. You ingat I apa? Tunggul? I pun kerja jugak. Tapi taklah busy all the time. I ada masa nak spend dengan family masa hari Sabtu dan Ahad. Tapi you? Asyik-asyik nak jumpa pelanggan. I bosanlah. Sabtu dan Ahad, I naklah jugak spend time dengan you. Keluar jalan-jalan macam couple lain." Shilea meluahkan segala rasa tidak puas hatinya. Fareez tahu dia bersalah.
"OK. I tahu I salah. Tapi kalau kadangkala kita keluar bersama, you nak jalan sorang-sorang. You tinggalkan I dan Mirul jalan berdua. Orang sekeliling ingat I tak ada wife. I tengok couple lain berjalan mesti sama-sama. Tapi, kita….We have a children. You have to accept the fact. I tengok perempuan lain jalan dengan anak dan husband. Dia orang tak kisah pun. I jealous tengok lelaki lain bahagia. You tak nak jalan dengan I dan Mirul sebab you takut nanti saham you jatuh. Hello…you dah kahwin dengan I. Saham you nak jatuh apa lagi?" memang kemarahan Fareez sudah memuncak. Asyik-asyik hendak menyalahkannya sahaja. Itulah sebab Fareez malas hendak keluar berdua dengan Shilea. Hendak menjaga saham, konon!
"Well….I want to be free sometime. I want to be single like I used to be. Sesekali I nak bebas dari jadi isteri dan ibu." Silap besar Shilea berkata begitu. Fareez tersenyum sinis.
"You are free from me now. You can go anywhere you want." Fareez menyelak kertas kerja dihadapannya. Satu benda pun tidak masuk dalam kepalanya. Dia hendak mengawal perasaan marahnya.
"Tapi I masih sayangkan you." Shilea berjalan menuju ke arah Fareez. Dia berdiri di sebelah meja Fareez. Dia memainkan tali leher bekas suaminya itu dengan jari.
"I dah tak percayakan you." Fareez menepis kasar tangan Shilea. Fareez keluar dari bilik itu dan menuju ke arah Hadirah.
"So, Didi macam mana? Dapat Encik Zuki?" tanya Fareez. Hadirah bangun untuk bercakap dengan Fareez. Dia begitu menghormati bosnya itu.
"Dapat, bos. Dia nak bos ada kat sana pukul 4.30 petang tepat. Dia tak nak bos lewat." Fareez menganggukkan kepala apabila mendengar kata-kata Hadirah. Dia berjalan semula masuk ke dalam bilik. Fareez bercekak pinggang. Shilea duduk di atas meja dan menyilangkan kakinya sambil menjawab panggilan telefon daripada telefon bimbit Fareez. Pantang Fareez orang duduk di atas meja. Meja untuk tempat menulis bukannya untuk diduduk.
"Hah! B.There’s…" Shilea terperasan dengan kehadiran Fareez.
"Bangun dari meja I, sekarang." Jari telunjuk Fareez dituju tepat ke muka Shilea. Perempuan itu gugup.
"B, ada perempuan call you ni. Perempuan mana pulak ni? Semenjak I tinggalkan you, you dah pandai cari perempuan lain." Disuakan telefon kepada Fareez. Dirampas telefon daripada tangan Shilea.
"Berapa kali I kata? Jangan panggil I, B. I tak suka. We doesn’t have any relationship anymore. I dengan you dah divorce. I’m not your hubby and you’re not my wife. We’re finish. Understood? So, panggil I Fareez. And one more thing. Suka hati I lah nak cari perempuan lain. Kenapa? Tak boleh? You boleh pulak cari lelaki lain semasa you jadi wife I." Fareez berkata dalam nada marah. Dia menjawab panggilan tersebut. Shilea melabuhkan punggung di sofa.
Setelah beberapa minit bercakap dengan si pemanggil, Fareez mematikan talian telefonnya. Fareez duduk semula di tempatnya. Shilea hanya duduk merenung wajah Fareez. Dia masih tidak puas hati dengan cara Fareez melayannya. Fareez tidak seperti kawan-kawan Shilea yang lain. Walaupun mereka sudah bercerai, tetapi hubungan mereka dengan bekas suami masih baik. Seperti kawan baik.
"Apa you buat kat sini lagi? Apasal tak berambus." Kasar bahasa Fareez. Dia sudah geram dengan perangai Shilea yang mengada-ngada itu.
"Kita tak habis bincang lagi." Shilea bangun dan menuju ke arah meja kerja Fareez. Dia menarik kerusi dihadapan Fareez dan melabuhkan punggung di situ.
"Apa yang nak dibincangkan lagi?" Fareez seakan-akan bosan dengan Shilea. Dia hendak menamatkan perbualannya dengan Shilea secepat mungkin.
"Pasal Mirul."
"Kita dah tak ada apa-apa nak bincang pasal Mirul. He’s mine." Fareez bertegas. Tidak faham bahasakah perempuan ini?
"He’s also mine. I lebih berhak kepada Mirul sebab I yang melahirkan dia. I dan Fauzi boleh jaga dia. Fauzi kata dia boleh anggap Mirul macam anak dia sendiri. Walaupun dia zuriat you." Shilea bersungguh-sungguh hendak mendapatkan Amirul. Dia akan membuktikan kepada Fareez yang dia boleh menjaga Amirul sebaik Fareez menjaga anak kecil itu.
"Aku tak sangka kau bodoh sangat percaya cakap si Fauzi tu. Apa yang ada pada Fauzi? Hebat sangatkah dia?" Fareez rasa tercabar mendengar nama Fauzi yang menjadi sebutan Shilea. Hebat sangatkah lelaki itu? Dasar lelaki tak kenang budi. Kalau tidak kerana Fareez yang memperkenalkan Fauzi kepada dunia perniagaan, pasti lelaki itu masih berada di takuk lama. Inilah dinamakan kawan makan kawan.
Fauzi adalah kawan baik Fareez semasa di zaman persekolahan lagi. Kerana hidup Fauzi yang seakan-akan kais pagi makan pagi, Fareez berasa simpati dan menolong Fauzi. Tetapi apabila perniagaan Fauzi sudah berjaya, Fauzi menikam dari belakang dengan merampas isterinya. Fareez tidak pernah meminta balasan atas semua pertolongannya. Tetapi ini yang dibalas oleh Fauzi sebagai tanda terima kasihnya kepada Fareez. Ternyata kawan makan kawan. Semenjak kejadian itu, dia sudah tidak percaya lagi akan manusia yang bernama perempuan. Baginya, semua perempuan sama sahaja.
"Dah tentu lah dia hebat. Bukan macam you. Dia boleh puaskan nafsu I bila-bila masa saja. FYI, masa I jadik wife you, dah banyak kali I tidur dengan dia." Shilea menyakiti hati Fareez. Naik turun dada Fareez menahan marah. Memang perempuan ini sekejap lagi makan penampar sulung.
"Di atas katil you tidur sekarang." Shilea berkata. Berbisik di telinga Fareez. Fareez menghentam mejanya sehingga berdentum kuat. Shilea berundur sedikit menjauhi Fareez. Takut Fareez menghayun penumbuknya. Kalau kena muka Shilea, pasti lebam teruk ini. Tangan Fareez sahaja hampir menutupi wajah Shilea.
"Arghh…." Fareez sudah mengangkat tangannya tinggi untuk menampar Shilea. Dia sudah hilang sabar.
"Tamparlah kalau you berani." Shilea menyuakan mukanya kepada Fareez. Fareez menghentikan perbuatannnya itu dan mengurut dadanya. Shilea menelan air liur. Dia juga khuatir Fareez akan menamparnya betul-betul. Tapi dia yakin Fareez bukanlah lelaki dayus untuk menampar perempuan. Dia bukan Fauzi. Fareez duduk semula di kerusi. Dia tidak akan menjadi bodoh dengan menampar perempuan.
"Kenapa you kata I bodoh sebab percaya cakap Fauzi? Any reasons? Or you jealous?" Shilea memandang wajah Fareez tajam. Fareez ingin menceritakan segala-galanya tentang Fauzi kepada Shilea. Bukan hendak memburukkan Fauzi. Tapi Shilea perlu diajar.
"Me? Jealous? Aku cemburu pada perogol? Please…my standard is much more higher than him." Fareez tidak suka dikatakan cemburu.
"Kenapa you kata dia perogol?" pelik dengan ayat yang dituturkan oleh Fareez. Fareez tersenyum sinis. Nampaknya Shilea tidak tahu perkara sebenar. Inilah masanya untuk memecah tembelang lelaki itu.
"Kalau you nak tahu, Fauzi tu dah merogol adik perempuan dia sendiri. Adik kandung yang keluar dari perut ibu yang sama. Menyusu dari susu badan yang sama. I ingatkan selama ni abanglah tempat untuk adik perempuan meminta perlindungan tetapi tak sangka, abangnya penyangak. Sampai mengandung pulak tu. You ingat kenapa dia nak ada business sendiri? Sebab dia nak tanggung adik perempuan dia tu. Orang kampung kalau dah tengok perempuan suci kena tebuk, mesti orang kampung fikir perempuan tu perempuan tak baik. Jadi, untuk menutup perbuatan kotornya, dia sangguplah nak menanggung adik dia tu. Satu lagi, dia tu kaki perempuan. Hati-hatilah dengan dia. Dia tak puas dengan seorang sahaja." Terang Fareez mengenai perangai Fauzi yang sebenarnya. Fauzi juga yang bercerita kepada Fareez perkara sebenar. Disebabkan rasa simpati yang menebal di dalam diri Fareez, ditolongnya juga kawannya itu. Memang dasar penyangak.
"I tak percaya. You mesti jealous." Shilea tersenyum. Meluat Fareez melihat muka Shilea.
"You better get out from my office. I don’t want to see your face anymore. Never." Fareez berkata perlahan. Shilea bangun dan berjalan menuju ke arah pintu bilik Fareez.
"You jangan ingat I takut dengan you." Tangan Shilea memegang tombol pintu. Dipulasnya tombol itu.
"Get out." Fareez menjerkah. Matanya mencerlang ke arah Shilea. Bekas isterinya itu terkejut dengan jerkahan itu dan segera membuka pintu bilik. Tetapi dia memaling semula ke arah Fareez.
"And one more thing, B. My lawyer will send you a letter about Mirul’s custody. I will see you in court…. I mean, Fauzi and I will see you in court." Sempat lagi Shilea hendak menyakiti hati Fareez. Shilea memberi flying kiss dan kenyitan mata kepada Fareez. Dia segera menutup pintu bilik apabila dia melihat Fareez telah mengangkat puncher dan dibaling ke arah Shilea. Puncher tersebut terkena pintu bilik. Bunyi yang berdentum itu mengejutkan Hadirah. Nasib baik tak gugur jantungnya. Fareez memegang kepala. Pening dengan perangai Shilea yang tak habis-habis itu dan projek yang harus diselesaikan dengan segera.
BAB 6
QASEH dan Aishah sampai di pejabat. Namira lari terkedek-kedek ke arah mereka. Aishah kembali ke mejanya.
" Cik Qaseh…Encik Fareez cari tadi. Dia nak Cik Qaseh call dia sekarang juga. Urgent." Kata Namira, setiausaha kepada Qaseh. Qaseh mengangguk dan segera masuk ke dalam biliknya. Dia mengangkat telefon dan segera mendail telefon bimbit Fareez. Lama dia menunggu. Ada orang menjawab panggilan di sebelah sana.
" Hello?" suara itu bertanya. Lembut. Tidak seperti suara lelaki. Qaseh segera meletakkan gagang telefon dan mendail semula nombor Fareez. Suara yang tadi juga menjawabnya.
" Hello? Awak ni main-main ke?" marah suara itu. Qaseh tersenyum. Dia segera menjawab.
" Boleh saya bercakap dengan Encik Fareez?" tanya Qaseh. Dia yakin ini telefon bimbit Fareez kerana sebelum mendailnya Qaseh memeriksa semula nombor tersebut dari skrin telefon pejabatnya.
" Fareez? Sekejap."
" B, ada perempuan call you ni. Perempuan mana pulak ni? Semenjak I tinggalkan you, you dah pandai cari perempuan lain." Kata suara itu manja. Meluat Qaseh mendengarnya. Sengaja perempuan itu berkata kuat supaya Qaseh mendengar. Macamlah Qaseh tergila-gilakan lelaki itu.
" Berapa kali I kata? Jangan panggil I, B. I tak suka. We doesn’t have any relationship any more. I dengan you dah divorce. I’m not your hubby and you’re not my wife. We’re finish. Understood? So, panggil I Fareez. And one more thing. Suka hati I lah nak cari perempuan lain. Kenapa? Tak boleh? You boleh pulak cari lelaki lain semasa you jadi wife I." Qaseh mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Fareez. Kuat juga Fareez berkata-kata. Ex-wife dia, hati Qaseh berdetik. Qaseh terdengar perempuan itu merengek manja. Qaseh mengetuk jari jemarinya di atas meja. Dia ingat bil telefon pejabat ni, dia yang bayar. Hati Qaseh bergetus geram. Fareez menjawab panggilan telefon tersebut.
" Hello?" jawab Fareez dengan nada marah.
" Encik Fareez? Saya, Qaseh. Secretary saya kata Encik Fareez cari saya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu Encik Fareez?" kata Qaseh sopan. Geram juga dia apabila orang telefon dengan cara baik tetapi disambut dengan kasar. Fareez berdehem.
" Hmm… saya nak jumpa awak petang ni. Pukul 4.00 petang di Kopi Club, Plaza Low Yatt." Belum sempat Qaseh berkata apa-apa, Fareez meletakkan gagang telefonnya. Qaseh menggenggam gagang telefon dengan kuat. Dihempasnya gagang telefon tersebut. Macam mana dengan janjinya petang ini? Dia sudah berjanji dengan Datuk untuk makan malam di rumah Mak Ngah. Datuk sekarang tinggal di rumah Mak Ngah semenjak Datuk keluar dari hospital. Qaseh selalu sibuk dengan kerjanya dan jarang dapat meluangkan masa bersama Datuk. Dia tidak sanggup membiarkan Datuk keseorangan di rumah. Takut apa-apa terjadi. Qaseh memeluk tubuhnya. Dia beranikan diri untuk menelefon rumah Mak Ngah. Didailnya nombor rumah itu perlahan-lahan.
" Hello?" satu suara menjawab.
" Midi, Akak ni. Atuk ada?"
" Atuk solat. Kenapa, Kak?"
" Mama ada?" tanya Qaseh lagi.
" Ada. Kat dapur."
" Panggil Mama kejap." Qaseh menyuruh sepupunya, Hamidi, memanggil Mak Ngah. Hamidi meletakkan gagang telefon di atas meja telefon dan berlari ke arah dapur untuk memanggil Mamanya. Sebentar kemudian, Mak Ngah menjawab panggilan telefon itu. Qaseh tersenyum kecil.
" Hah! Qaseh. Kenapa Qaseh telefon ni?"
" Mak Ngah cakap dengan Atuk, Qaseh tak dapat balik makan malam kat rumah sebab Qaseh kena jumpa pelanggan. Cakap dengan Atuk, Qaseh minta maaf sangat-sangat. Lepas jumpa pelanggan, Qaseh akan terus balik rumah." Qaseh menerangkan perkara sebenar kepada Mak Ngah.
" Tak apalah, Qaseh. Nak buat macam mana, kan? Qaseh pun ada kerja jugak."
" Tolong ye, Mak Ngah."
" Qaseh jangan risaulah. Atuk mesti faham punya." Qaseh berasa lega mendengar kata-kata Mak Ngah. Dia menghelakan nafasnya. Setelah mendapat keizinan daripada Mak Ngah, Qaseh meletakkan gagang telefon. Qaseh menyambung semula kerjanya.
TEPAT pukul 3.30 petang, Qaseh mengemas mejanya. Dia harus tiba sebelum Fareez. Kalau dia sampai lambat daripada pelanggan, nanti akan adalah aduan yang sampai ke telinga bosnya, Encik Sulaiman. Dia sudah pernah terkena dengan pelanggan lamanya di Luxembourg dahulu. Qaseh tidak memberitahu sesiapapun yang dia pernah bekerja di sana selama setahun setengah. Kalau Datuk tahu, tentu Datuk mengamuk. Duit yang Datuk kirim, semuanya disimpan. Tidak digunakan langsung. Duit gaji yang dia dapat sudah cukup untuk menampung hidupnya selama dia berada di sana. Qaseh mengumpul duit gajinya dan bercadang untuk membina impiannya dengan duit itu. Tidak selama-lamanya dia akan bekerja dengan syarikat orang. Dia juga ingin membuka syarikat milik dia sendiri. Dia mengimpikan impian ini semasa dia berada di Luxembourg. Dia bekerja dengan sebuah syarikat yang diusahakan oleh bumiputera Malaysia. Qaseh amat berbangga dengan kejayaan rakyat Malaysia. Pemilik syarikat itu seorang perempuan. Dia bercita-cita hendak menjadi seperti wanita itu tetapi dia hendak membuka syarikatnya di tanah air. Tidak perlulah jauh-jauh. Di dalam Malaysia pun, kebanyakan syarikat pengiklanan diusahakan oleh kaum Adam. Dia mahu menjadi kaum Hawa yang pertama mengusahakan syarikat pengiklanan yang terbesar dan maju.
Tergesa-gesa Qaseh menuruni ke tempat letak kereta. Keadaan jalanraya di dalam bandar Kuala Lumpur ini tidak tentu. Kadangkala sibuk dan kadangkala berjalan lancar. Kena pada hari hujan, lagilah tidak berjalan langsung. Qaseh pun pening. Selalu lewat malam dia akan tiba di rumah. Disebabkan itulah, Qaseh membawa datuknya tinggal dengan Rafidah. Keluarga Mak Ngah memang tidak kisah. Mereka amat menyayangi Datuk. Pak Ngah Din seorang suami dan menantu yang baik. Beliau sangat suka kalau Datuk tinggal bersama-sama mereka. Bolehlah mereka menjaga Datuk sebaik mungkin sehingga Datuk sembuh seperti sediakala. Tetapi Datuk lebih rela tinggal di rumah peninggalan arwah Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Qaseh telah membuat perjanjian dengan Datuk. Sekali-sekala Datuk akan tinggal di rumah Tuan Nizam tetapi selalunya Datuk akan menghabiskan masa di rumah Mak Ngah Idah.
Kereta Qaseh berada ditengah-tengah jalanraya. Kenapalah dia pilih Plaza Low Yatt? Dia tak tahu ke kawasan tu sibuk, desis hati Qaseh. Dia memarkirkan Honda Jazznya di tempat letak kereta yang disediakan. Diletakkan di sebelah BMW 7 series, kereta kegemaran Qaseh dari kecil lagi. Nombor platnya pun cantik, WNS 9889. Kalau mengikut orang cina, itu mesti ong punya. Qaseh turun dari keretanya dan menuju ke arah lif. Qaseh sudah tiba di hadapan Kopi Club. Dia mencari kelibat Fareez. Masih tidak kelihatan. Qaseh melihat jam ditangan. Dia terlewat 7 minit. Takkan Fareez sudah pergi? Hatinya gusar. Qaseh mundar mandir di hadapan restoran tersebut. Sekali-sekala matanya meliar ke sekeliling. Manalah tahu Fareez sekadar ingin menguji dia. Qaseh melihat jam ditangan sekali lagi. Sudah 15 minit berlalu. Bayang-bayang Fareez masih tidak kelihatan. Nanti mesti dia kena marah dengan Encik Sulaiman kerana terlewat tiba di tempat yang dijanjikan oleh pelanggan. Qaseh mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula mendail nombor telefon Fareez. Tidak berjawab. Sah! Fareez marah dengannya. Tapi takkanlah tidak boleh bertimbang rasa. Dia baru terlewat 7 minit. Qaseh baru berkira-kira hendak meninggalkan tempat itu.
Tiba-tiba namanya dipanggil. Dia beralih ke arah suara tersebut. Fareez! Hatinya geram dengan Fareez. Ada bungkusan di tangannya. Fareez mendekati Qaseh.
" Baru sampai?" tanya Fareez sambil menarik kerusi dan duduk di Restoran Kopi Club. Qaseh tersenyum sinis.
" Baru. Adalah dalam 20 minit." Kata Qaseh. Fareez memandang Qaseh. Dipandangnya ke atas dan ke bawah.
" Duduklah. Apasal awak berdiri?" Fareez membuka bungkusan yang ada di tangannya perlahan-lahan. Sebuah komputer riba. Sempat lagi dia pergi membeli-belah. Yang aku, penat-penat berdiri macam tunggul kat sini, getus hati Qaseh, geram. Mahu sahaja dipelangkungnya si Fareez ini. Qaseh menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Fareez. Pelayan restoran tersebut datang dengan membawa menu. Fareez membelek-belek menu. Nak makan apa, ye? Hati Fareez berkata-kata.
" Hmm…Bagi saya Assam Laksa dan Ice Lemon Tea." makanan kegemaran Fareez yang juga merupakan makanan kegemaran Qaseh. Qaseh memanggung kepalanya memandang Fareez.
" Awak nak makan apa?"
" Tak apalah, Encik Fareez. Saya dah kenyang." Qaseh menolak pelawaan Fareez dengan lembut.
" Makanlah sikit. Buat apa saya ajak awak ke restoran kalau awak tak makan. Bincang kat ofis lagi baik." Fareez berkata sambil menyerahkan menu kepada pelayan itu semula. Mahu tak mahu, Qaseh memesan juga makanan. Aku sudah kenyang, disuruhnya makan juga. Kalau buncit, siapa yang nak sukakan aku? Detik hati kecil Qaseh.
" Samalah untuk saya." Pelayan itu berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. Fareez masih asyik membelek komputer ribanya. Fareez tidak menyangka komputer riba yang berjenama Sony VAIO boleh didapati dengan murah di Plaza Low Yatt. Nasib baik dia tidak membeli komputer itu di tempat lain. Pasti lebih mahal harganya. Dia mendengar kata-kata sahabat baiknya yang selalu mengunjungi Plaza Low Yatt jika ingin mendapatkan barangan seperti komputer dan peralatan lain dengan harga yang murah.
" Kenapa Encik Fareez nak jumpa saya?" Qaseh segera bertanya kerana dilihatnya Fareez sedang leka dengan komputer barunya itu.
" Pasal iklan syarikat saya tu." Mendengarkan kata-kata Fareez, laju sahaja jantung Qaseh berdegup.
" Kenapa dengan iklan tu? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Qaseh menelan air liur. Janganlah ditukarnya lagi. Iklan itupun pening dia memikirkannya. Kalau Fareez berhasrat hendak menukar iklan itu, maknanya tidak tidur malamlah dia.
" Tak ada apa-apa. Cuma awak boleh mula buat iklan tu." Makanan yang dipesan sampai. Fareez makan Assam Laksanya dengan selera sekali. Dia tengah lapar. Qaseh menyuap Assam Laksa perlahan-lahan ke mulut. Panas. Tebal betul lidah dia ni! Desis hati Qaseh. Qaseh menghirup airnya. Tawar. Qaseh memanggil semula pelayan tersebut. Pelayan itu datang menghampiri meja yang mereka berdua duduki.
" Ya, Cik?"
" Tolong tambah sikit limau. Bagi masam sikit." Qaseh menyerahkan gelas kepada pelayan tersebut. Fareez memandang wajah Qaseh.
" Awak suka yang masam-masam ke?" tanya Fareez. Qaseh tersenyum dan mengangguk. Pelayan itu menuju semula ke arah meja yang diduduki oleh Fareez dan Qaseh.
" Cik nak tambah gula sikit ke?" tanya pelayan itu.
" Hmm…tak payahlah." Pelayan itu berlalu semula ke dapur restoran. 5 minit kemudian, pelayan tersebut datang semula membawa air minuman Qaseh. Mereka menjamu selera. Fareez senyap sahaja sewaktu makan. Memang itu perangai Fareez. Dia tidak suka bercakap depan rezeki.
" Jadi, bila nak mulakan penggambaran iklan tu, Encik Fareez?" tanya Qaseh. Dia rasa tidak sabar lagi untuk melihat bagaimana penggambaran iklan dijalankan.
" Boleh bagi saya habis makan dulu tak?" Fareez memandang tajam ke arah Qaseh. Segera Qaseh mengangguk. Perlahan-lahan dia menghabiskan makanannya. Makanan tengah hari tadi belum lagi habis dihadam, kini dia makan lagi. Bagus juga dia menaikkan beberapa kilo.
Sambil makan, mata Fareez sesekali melirik ke arah gadis dihadapannya. Cantik. Dengan alis mata yang lentik, mata yang redup serta anak mata berwarna Hazel, hidung yang mancung ala-ala Arab, rambut yang ikal mayang, berkulit sawo matang. Menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada pada gadis itu. Bersih sahaja wajahnya. Wajah yang tenang. Setenang lautan. Bibir merah merekah. Dia tidak ubah seperti seseorang yang Fareez cukup kenali. Wajah seakan-akan seseorang yang Fareez anggap seperti ibu. Seseorang yang telah lama pergi meninggalkan mereka semua. Auntie Min! Hati Fareez berdetik. Anak Auntie Min kah? Tapi tidak mungkin. Anak Auntie Min belum balik lagi ke Malaysia, Fareez bermain dengan kata hatinya. Walaupun dia tidak begitu mengenali anak Tuan Nizam dan Puan Yasmin tetapi dia pernah melihat gambar anak Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Dia cuma mengetahui anak mereka berdua sedang melanjutkan pelajarannya di luar negara. Dia tua 6 tahun daripada anak Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Apa khabar Qaseh sekarang? Tiba-tiba sahaja hatinya teringat pada si gadis bernama Qaseh itu. Gadis yang berada di depannya pun bernama Qaseh. Tetapi tidak mungkin Qaseh anak Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Tak mungkin! Kata Ummi, anak Auntie Min lemah lembut dan tak pandai menjawab, hati kecil Fareez berbisik sendirian.
" Encik Fareez…. Encik Fareez…." Qaseh menggawang-gawangkan tangannya dihadapan muka Fareez. Fareez tersedar dari lamunan.
" Boleh kita mulakan sekarang?" tanya Fareez. Tiba-tiba sahaja dia tidak berselera. Ditolak mangkuk Assam Laksa ketepi. Qaseh mengangguk. Pelik dia melihat Fareez. Sekejap ceria, sekejap muram.
Qaseh menerangkan satu persatu kepada Fareez. Warna iklannya juga cukup menarik hati Fareez. Pandai Qaseh memilih warna yang sesuai. Dia tahu Qaseh berbakat. Tetapi hari itu Fareez cuma mahu menguji kesabaran Qaseh. Berapa lama dia boleh bertahan dengan sikap panas baran Fareez.
BAB 7
FAREEZ pulang ke pejabat semula selepas berjumpa dengan Qaseh. Dia harus menyiapkan projeknya hari itu juga. Dia meneliti semula pelan bangunan yang sudah siap direka. Tetapi Fareez seolah-olah tidak berpuas hati dengan kerjanya itu. Dia mengambil kertas khas untuk mereka bangunan. Direkanya bangunan itu semula. Esok adalah tarikh akhir untuk dia menunjukkan pelan itu kepada pelanggan sebelum dia mula membina bangunan tersebut.
Fareez menutup mulut yang terbuka luas. Menguap. Sangapnya! Hati Fareez berkata-kata. Diurut tengkuk yang keletihan. Dipatah-patahkan jari jemarinya. Sesekali diraup mukanya. Keletihan yang amat sangat begitu ketara diwajahnya. Dia melihat jam ditangan. Sudah hampir pukul 2.30 pagi. Fareez baru teringat dia belum menunaikan solat Isyak. Fareez mengambil air wuduk di dalam bilik air yang disediakan khas di dalam bilik pejabatnya dan bersolat di dalam bilik pejabat itu. Selesai bersolat Isyak, Fareez melipat sejadah dan disangkutkan ke atas sofa. Dia memasang Hi-Fi yang berada di dalam bilik pejabatnya. Dipasang siaran radio Hotfm. Lagu kegemarannya ke udara, Dealova yang dinyanyikan oleh Once. Hanya lagu ini dan lagu Hapus Aku yang dinyanyikan oleh Nidji, menjadi lagu melayu kegemaran Fareez. Yang selebihnya, dia lebih meminati lagu Inggeris. Dia bernyanyi kecil untuk menghilangkan tekanan yang sedang dirasai. Fikirannya melayang kepada anak tersayang. Apa khabar Mirul sekarang? Ayah rindukan Mirul. Ayah takkan bagi Mirul pada Mama. Itu janji Ayah pada Mirul, hatinya merintih. Dia menyambung kembali kerja yang terbengkalai. Fikiran Fareez masih tidak tertumpu pada kerjanya. Ingatan Fareez sentiasa melayang-melayang pada anak kecilnya, Amirul Farhan.
Dicapai gagang telefon dan mula mendail nombor telefon kakaknya di Luxembourg. Ada bunyi deringan. Ada seseorang menjawab panggilannya. Waktu di Luxembourg sekarang ialah hampir tengah hari.
" Hello?"
" Assalamualaikum, Kak. Fareez ni."
" Waalaikumussalam. Baru Akak dan Mirul teringatkan kau. Kau dah telefon." Kakaknya, Fitri Azharina bersuara ceria. Fareez tersenyum. Tiba-tiba, dia teringat tujuan dia menelefon.
" Mirul ada, Kak?"
" Ada, kat sini. Tengah main. Kejap Akak panggil dia." Fitri Azharina memanggil Amirul. Terdengar suara kanak-kanak menjerit. Tentu suara Amirul. Kedengaran suaranya begitu gembira sekali.
" Assalamualaikum, Ayah." Comel anak kecil itu memberi salam kepada Ayahnya. Fareez tersenyum lebar. Walaupun Amirul membesar dengan kakaknya di luar negara, Amirul masih tidak lupa akan adat orang Islam dan memberi salam kepada Ayahnya.
" Waalaikumussalam. Mirul apa khabar? Sihat?"
" Mirul sihat. Ayah pulak macam mana?" petah anak kecil itu berbicara.
" Ayah sihat. Mirul ada susahkan Ibu tak?" tanya Fareez. Sekadar ingin menduga anak kecil itu.
" Taklah. Mirul baik. Ibu sayang Mirul." Fitri Azharina tergelak besar mendengar kata-kata anak saudaranya itu. Amirul turut tergelak. Lama Fareez dan Amirul bersembang. Fareez melihat jam ditangan. Sudah pukul 4 pagi. Lama juga dia bersembang dengan anaknya itu. Sedar tak sedar, hampir 1 jam mereka bersembang.
" Mirul, Ayah kena letak telefon sekarang. Nanti bila Ayah senang, Ayah telefon Mirul lagi, ya." Janji Fareez kepada anaknya. Sebak rasanya hendak meletakkan gagang telefon. Anak kecil itu faham akan keadaan Ayah yang sedang berjuang untuk memperbetulkan hidupnya sebelum mengambil dia kembali ke pangkuan.
" Ayah janji tau?"
" Ayah janji. Mirul panggilkan Ibu. Ayah nak cakap dengan Ibu." Amirul menurut perintah Fareez. Dia segera memanggil Fitri Azharina. Fitri Azharina yang sedang memasak di dapur terkocoh-kocoh mendapatkan Amirul apabila namanya dilaungkan oleh anak itu.
" Ada apa, Fareez?"
" Hujung bulan ni saya akan pergi sana. Tapi Akak jangan beritahu Mirul. Saya nak buat surprise kat dia." Fareez sudah lama merancang hendak pergi bercuti selama seminggu dua di Luxembourg. Pada mulanya dia ingat hendak bercuti sahaja tetapi disebabkan masalah dan tekanan yang dihadapinya, dia mengambil keputusan untuk bercuti sambil melepaskan tekanan. Tekanan daripada bekas isteri dan pembinaan bangunan yang direkanya hendak dimulakan pada bulan Jun.
Setelah dia meletakkan gagang telefon, Fareez melihat kalendar yang berada di atas meja. Melihat tarikh yang sesuai untuk dia keluar negara. Fareez meneruskan semula kerjanya sehingga pukul 5.30 pagi. Kemudian, dia mengambil keputusan untuk berehat seketika. Rekaannya hampir siap. Dia akan berjumpa dengan pelanggannya pada pukul 11 pagi. Sempatlah dia merehatkan badan. Berjumpa pelanggan, mestilah segar. Tidak boleh mengantuk dan layu sahaja. Nanti pelanggan tidak yakin dengan kredibilitinya. Fareez merebahkan dirinya ke atas sofa. Dipejamkan mata. Dia terlelap. Agak lama.
Fareez membuka kelopak mata perlahan-lahan apabila dia terdengar namanya dipanggil. Hadirah berdiri di hadapan Fareez. Dia meletakkan secawan kopi pekat kegemaran Fareez dihadapan bosnya itu.
" Mmm… Didi. Pukul berapa sekarang ni?" dia menggosok-gosok mata yang masih kabur. Menatap wajah setiausahanya dengan mata yang kecil. Kelopaknya tidak boleh dibuka dengan luas apabila matahari menerjah masuk ke dalam bilik pejabatnya dan menyuluh mata.
" Pukul 10.30 pagi, bos." Mendengarkan kata-kata setiausahanya itu, Fareez melompat bangun daripada sofa yang dijadikan katil tidurnya malam tadi. Kelam-kabut Fareez. Hadirah hanya memandang perbuatan Fareez tidak berkelip. Kenapa dengan dia ni? Hati Hadirah berdetik. Fareez mengemas semua rekaannya dan dimasukkan ke dalam beg. Kemudian, dibetulkan baju yang berkedut.
" Bos nak ke mana?" tanya Hadirah sambil mengerutkan dahi. Setahu Hadirah, sebelum masuk berjumpa dengan Fareez, Hadirah sudah membaca sekali lagi temujanji Fareez untuk hari itu yang ditulis di dalam diari. Tidak ada pula temujanji. Tetapi kenapa kelam-kabut lelaki itu?
" Saya kan kena berjumpa dengan wakil De-Vil Motion Pictures." Kata Fareez. Sudah lupakah Hadirah? Getus hati Fareez.
" Lupa saya nak beritahu bos. Wakil De-Vil ada telefon tadi. Dia orang tak dapat jumpa dengan bos. Minggu depan baru dia orang ada masa lapang. Minggu ni sibuk sikit sebab nak buat apa tu….Alamak! Lupa pulak." Hadirah menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Pelupa betullah dia ini.
" Buat apa, Didi?"
" Su..sun…suntingan. Haa…Apa orang putih panggil? E..edit…editing. Saya tak tahu sangat tentang broadcasting ni. Kalau pasal architecture, saya tahulah." Fareez tergelak dengan kelakuan Hadirah. Fareez rasa terhibur mempunyai setiausahanya seperti Hadirah. Kemudian, dia melepaskan keluhan lega. Tidak ada temujanji. Bolehlah dia balik ke rumah untuk merehatkan diri.
" Tak apalah kalau macam tu. Saya nak ambil cuti hari ni. Nak balik rehat. Petang nanti saya ada appointment tak?" Fareez memandang tepat ke arah Hadirah. Setiausahanya itu mengangguk.
" Dengan Encik Zuki. Pukul 4.30 petang."
" Oklah, saya balik dulu."
FAREEZ memarkirkan keretanya, BMW 7 series ke dalam garaj. Dia membuka pintu belakang kereta dan mengambil barang-barang seperti kot, fail dan kertas-kertas kerjanya. Dia menutup semula pintu kereta. Perlahan-lahan Fareez menapak masuk ke dalam rumah. Dia terus menuju ke tangga. Kakinya berhenti melangkah apabila namanya dilaungkan. Dia beralih semula memandang orang yang memanggil namanya.
" Fareez? Baru balik?" tanya Ummi, Puan Sri Marlisa. Fareez memusingkan badan dan menuju ke arah Ummi. Tunduk menyalami Umminya adalah satu amalan yang tidak pernah ditinggalkan walaupun dia sudah berkahwin. Puan Sri Marlisa tersenyum. Itulah ajaran yang selalu diterapkan di dalam diri anak-anaknya.
" Ya, Ummi."
" Fareez dah makan?" tanya Puan Sri Marlisa. Sikap ambil berat Puan Sri Marlisa membuatkan Fareez berat hati untuk meninggalkan Umminya di rumah keseorangan. Kalau tidak, masa ini dia sudah berada di Luxembourg. Bekerja dengan kakaknya di sana. Fitri Azharina juga membuka syarikat sendiri. Syarikat pengiklanan. Fareez ada kemahiran melukis. Dia juga berfikiran kreatif. Tidak mustahil dia bekerja dengan kakaknya itu. Dia mengambil bidang kejuruteraan ini pun kerana hendak menolong Walidnya menguruskan syarikat. Tetapi dia lebih berminat kepada pengiklanan.
" Belum lagi. Ummi masak apa?" laju sahaja kakinya melangkah ke dapur. Aroma masakan yang begitu menusuk hidung. Dibuka tudung saji. Nasi lemak dan macaroni goreng. Fareez menarik kerusi dan duduk di meja.
" Dah basuh tangan ke belum ni?" tanya Puan Sri Marlisa. Fareez tersengih. Dia segera bangun dan menuju ke sinki untuk membasuh tangan. Kemudian, dia duduk semula di kerusi meja makan. Puan Sri Marlisa sudah siap mencedok nasi lemak ke dalam pinggan anaknya. Diceduk sedikit sambal sotong, ikan bilis dan kacang, timun serta telur goreng. Daripada anak yang sulung sehinggalah kepada Fareez, Puan Sri Marlisa masih lagi melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Walaupun kesemua anak-anaknya sudah berkahwin kecuali Fitri Azharina.
Anak-anak Puan Sri Marlisa kesemua perempuan kecuali anak bongsunya, lelaki. Anak sulung, Fitri Shaliza, berpindah ke Sarawak kerana mengikuti suami yang bekerja di situ. Anak keduanya, Fitri Marlis, berada di Langkawi. Dia juga mengikuti suami yang bekerja dan juga berasal dari pulau helang itu. Hanya Fitri Azharina sahaja yang berada nun jauh di sana. Begitu juga dengan cucu tersayang. Rindunya menggunung pada Amirul. Satu-satunya cucu lelaki. Yang lain semuanya perempuan. Dan yang paling dekat dengannya ialah anak bongsu yang juga merupakan satu-satunya anak lelaki, Amer Fareez. Fitri Marlis baru sahaja disahkan mengandung. Belum tahu lagi jantina anaknya. Kalau perempuan juga, memang pembawa rezeki dalam keluarga mereka. Nampaknya ramailah dia mendapat cucu menantu lelaki. Belum pun besar anak-anak itu. Sudah jauh pemikirannya. Bagaimana agaknya dengan Fitri Marlis? Anak yang seorang ini memang merisaukan Puan Sri Marlisa kerana Fitri Marlis kalau mengandung akan mendapat morning sickness yang teruk. Kadangkala, tidak boleh bangun dari katil.
Suara Fareez mematikan lamunan Puan Sri Marlisa. Dia menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan Fareez. Dia hanya melihat anak bongsunya itu menjamah makanan hasil buatan tangannya.
" Ummi makan sekali dengan Fareez." Ajak Fareez. Puan Sri Marlisa tersenyum dan menggeleng.
" Ummi dah makan. Dengan Walid." Tolak Puan Sri Marlisa lembut.
" Alaa…Ummi tak sayang Fareez. Tu sebabnya Ummi tak nak makan dengan Fareez." Dibuat-buat rajuknya. Dia memang manja dengan Umminya. Perangai itulah yang menyebabkan kakak-kakaknya berasa cemburu kerana pasti Puan Sri Marlisa akan melebihkan Fareez dalam segala hal. Anak-anak perempuan pasti akan mengadu pada suaminya. Mereka lebih manja dengan Walid mereka. Seperti kata orang-orang tua. ‘Anak emak, lelaki. Anak ayah, perempuan.’ Tetapi segala masalah yang berkaitan hal-hal perempuan akan di ceritakan kepada Puan Sri Marlisa.
" Bukan Ummi tak sayangkan Fareez, Ummi dah kenyang makan dengan Walid tadi." Puan Sri Marlisa memandang wajah Fareez.
" Kalau Ummi tak nak makan, Fareez pun tak nak makan." Ditolak pinggan nasi lemak ketepi. Puan Sri Marlisa menjadi serba salah. Dia mengeluh. Memang manja sangat anak lelakinya ini.
" Anak Ummi ni." Puan Sri Marlisa bangun dan mencapai pinggan yang tersidai elok di atas rak pinggan. Dibawa menuju ke arah meja makan. Puan Sri Marlisa menceduk sedikit macaroni goreng. Cukuplah untuk membuat syarat makan bersama Fareez. Fareez tersenyum girang seperti anak-anak kecil. Dia menarik semula pinggan nasi lemaknya dan menjamu selera bersama Ummi tersayang.
Sambil menjamu selera, mereka bersembang tentang hal Fareez. Sudah lama Puan Sri Marlisa tidak bersua muka dengan Fareez. Walaupun hanya 5 hari. Dia menjadi rindu hendak mendengar cerita dan celoteh anaknya itu. Macam-macam cerita yang keluar dari mulut Fareez termasuk projek yang sedang diusahakan dan juga kedatangan Shilea mengenai Amirul. Apabila timbul soal pasal Shilea mengenai Amirul, terhenti suapan Puan Sri Marlisa.
" Dia nak tuntut Mirul, Ummi. Fareez dah buntu. Fareez tak tahu nak buat apa." Ujar Fareez. Fikirannya benar-benar buntu. Kesian Puan Sri Marlisa melihat wajah anaknya itu. Ya Allah, janganlah Kau ambil Mirul dari hidup Fareez. Mirul hanya berhak bersama Ayahnya. Bukan bersama perempuan yang curang itu. Doa Puan Sri Marlisa di dalam hati. Hanya kepada Allah sahaja Puan Sri Marlisa meminta pertolongan.
" Banyak-banyaklah berdoa pada Allah, Fareez. Mohon petunjuk daripadaNya. Semoga ada jalan untuk Fareez menyelesaikan masalah ini." Puan Sri Marlisa mengurut belakang Fareez. Fareez terasa ada semangat baru yang meresap dalam dirinya. Dia yakin dengan pertolongan Allah dan doa Umminya, Amirul akan tetap berada di sisinya. Jika Shilea menganggap Fareez lemah, dia ternyata silap. Dia bukan selemah yang orang sangkakan. Dia akan berlawan dengan Shilea. Jika itu yang Shilea mahu. Dia tidak akan berputus asa. Dia akan berlawan habis-habisan.
" Tapi Ummi… Pihak mahkamah pasti akan berikan hak penjagaan Mirul kepada hantu tu." Dia bergurau untuk menenangkan hati yang keresahan. Fareez semakin runsing. Sekejap sahaja dia rasa tuah akan menyebelahinya. Tetapi sebentar kemudian dia rasa peluangnya semakin tipis. Entah kenapa dia berasa begitu pun, dia sendiri kurang pasti. Puan Sri Marlisa memandang Fareez.
" Sebabnya?"
" Banyak sebab. Pertama, Fareez ni lelaki. Kedua, Shilea dah kahwin. Dan yang terutama sekali, dia seorang ibu yang melahirkan Mirul." Puan Sri Marlisa mengiakan kebenaran kata-kata anaknya itu. Dia juga takut akan kehilangan cucu lelakinya itu.
" Tunggu Walid balik. Nanti kita bincang dengan Walid. Sabarlah, Fareez. Pasti ada jalan." Pujuk Puan Sri Marlisa. Dia tahu anaknya gelisah. Dia juga gelisah tetapi dia harus berlagak tenang untuk tidak merunsingkan anaknya. Dia tidak mahu menyesakkan lagi fikiran Fareez.
" UMMI….Ummi…"laung Fareez. Tergesa-gesa Puan Sri Marlisa mendapatkan anaknya.
" Kenapa ni?"
" Fareez nak keluar jumpa client. Nanti malam Fareez balik." Kata Fareez. Puan Sri Marlisa terangguk-angguk mendengar kata-kata anaknya itu. Fareez tunduk menyalami Puan Sri Marlisa.
" Balik cepat sikit. Boleh kita bincang masalah ni dengan Walid." Kata-kata Puan Sri Marlisa disambut oleh anggukan Fareez.
Fareez menghidupkan enjin kereta dan menderum pergi meninggalkan perkarangan rumah banglo tersebut. Puan Sri Marlisa masuk semula ke dalam. Belum pun sempat Puan Sri Marlisa menutup pintu rumah, terdengar deruman enjin kereta. Patah balikkah si Fareez? Detik hati Puan Sri Marlisa. Dia membuka semula pintu. Kereta Tan Sri Firdaus yang memasuki perkarangan rumah. Puan Sri Marlisa mengerutkan dahi. Tan Sri Firdaus masuk ke dalam rumah selepas memarkirkan kereta di garaj. Tan Sri Firdaus membawa turun beg bimbitnya dari kereta.
" Awal Abang balik hari ni?"
" Hmm… tak ada kerja. Abang baliklah. Lagipun, Abang dah jumpa client sebelah pagi. Jadi, petang ni free lah sikit." Tan Sri Firdaus menyerahkan beg bimbit kepada Puan Sri Marlisa. Isterinya menyambut beg tersebut. Tan Sri Firdaus menyandarkan badan yang keletihan di sofa di ruang tamu. Dia melepaskan satu keluhan. Terasa lega dapat pulang ke rumah.
" Tadi Fit telefon. Wan kena transfer ke K.L." kata Tan Sri Firdaus sambil memandang wajah isteri yang dicintai sepenuh hati.
" Ye ke, Bang?" Puan Sri Marlisa seperti tidak percaya dengan perkhabaran yang baru sahaja didengarinya. Tan Sri Firdaus mengangguk. Dia tahu isterinya gembira mendengar berita itu.
" Fit try call awak. Tapi dia kata tak dapat. Awak ke mana?" Puan Sri Marlisa melabuhkan punggung di sebelah suaminya. Dia memandang Tan Sri Firdaus tidak berkedip.
" Saya ada kat rumah lah. Nak pergi mana lagi." Pelik dengan ayat yang baru sahaja dihamburkan oleh Tan Sri Firdaus. Mata Tan Sri Firdaus melilau ke sekeliling. Tidak nampak bayangan orang yang dicari.
" Budak bertuah tu balik tak?"
" Budak bertuah mana pulak ni, Bang?"
" Anak manja awak tu lah." Puan Sri Marlisa tersenyum. Disandarkan badan ke sofa tersebut.
" Dah balik. Tapi keluar jumpa client pulak. Kejap lagi dia baliklah." Puan Sri Marlisa melihat Tan Sri Firdaus terangguk-angguk. Puan Sri Marlisa seperti orang termenung jauh. Memikirkan sesuatu yang berat sahaja lagaknya. Tan Sri Firdaus memandang wajah isterinya itu. Kejap-kejap mengeluh. Tan Sri Firdaus pelik. Tidak pernah isterinya bersikap begitu.
" Kenapa dengan awak ni?" tanya Tan Sri Firdaus.
" Pasal Fareez, Bang."
" Hah! Kenapa pulak?"
" Shilea…"
" Kejap kata pasal Fareez. Ini Shilea pulak. Awak ni mana satu yang betul?" pening kepala Tan Sri Firdaus. Puan Sri Marlisa mengeluh.
" Shilea cuba nak menuntut Mirul daripada Fareez. Kesian saya tengok dia, Bang." Puan Sri Marlisa memandang muka suaminya yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
" Itulah dari dulu lagi saya cakap saya tak suka dengan perempuan tu. Tapi awak yang beria-ia nak kahwinkan Fareez dengan dia. Fareez pulak dah mabuk bercinta sampai dah tak nampak belang sebenar perempuan tu." Tan Sri Firdaus memulangkan paku buah keras. Puan Sri Marlisa membisu. Dia tahu dia bersalah kerana bertindak terburu-buru. Tidak dengar nasihat suaminya. Hampir sebulan selepas Fareez bercerai, Tan Sri Firdaus berleter. Sudah dinasihatkan kepada Fareez dan Puan Sri Marlisa. Mereka tidak mahu mendengar. Inilah padahnya.
" Yang sudah tu sudahlah, Bang. Benda pun dah jadik. Saya tahu saya salah." Puan Sri Marlisa akhirnya mengalah dan mengaku kesalahan sendiri.
" Tahu pulak awak benda dah jadik. Saya marah sangat tu, bukannya apa. Fareez muda lagi waktu tu. Baru umur 23 tahun. Belajar pun tak habis lagi. Tak sampai 25 dah ada anak seorang. Lepas tu, perempuan tu boleh tinggalkan dua beranak, terkontang-kanteng. Kalau tak kita pergi tengok dia orang, entah apalah jadik. Ini bukan menantu tapi anak hantu." Tan Sri Firdaus berkata-kata. Dari dahulu lagi dia memang tidak menyukai Shilea. Sudah dinasihatkan isterinya untuk menyiasat latar belakang Shilea. Memanglah Shilea berasal dari keluarga yang kaya tetapi keluarganya terlalu sosial. Lihat sajalah ibubapa Shilea. Tidak pernah lekat di rumah. Ada sahaja aktiviti sosial di luar.
Pernah satu hari, Tan Sri Firdaus terserempak dengan Datuk Hisham berkepit dengan seorang wanita muda. Bila Tan Sri Firdaus melihat wanita tersebut betul-betul itu bukanlah isterinya, Datin Norma. Wanita itu terlalu muda. Berpakaian juga terdedah. Datuk Hisham memeluk pinggang wanita itu dan wanita itu tergelak manja di Datuk Hisham. Tan Sri Firdaus hanya menggelengkan kepala. Beristighfar dengan perbuatan Datuk Hisham. Datin Norma juga tidak ketinggalan untuk berkepit dengan lelaki yang lebih muda. Perbuatan mereka berdua sungguh menjijikkan Tan Sri Firdaus. Semenjak daripada itu, Tan Sri Firdaus tidak pernah menyukai keluarga bekas besannya.
" Bang." Panggilan Puan Sri Marlisa mengembalikan Tan Sri Firdaus ke dunia nyata. Dipandang ke arah isterinya.
" Kita cakap dengan dia. Dia berangan pulak." Puan Sri Marlisa merajuk dengan suami yang seperti tidak ambil peduli dengan apa yang dikatakan olehnya. Tan Sri Firdaus mendengus perlahan.
" Apa dia?"
" Awak cakap seolah-olah awak tak kesian pada Fareez." Puan Sri Marlisa hanya memandang muka suaminya itu.
" Saya bukan tak kesian kat Fareez. Tapi Fareez kena berdiri atas kakinya sendiri untuk mendapatkan hak penjagaan anaknya itu. Jangan harapkan kita. Dia dah umur 28. Dah matang pun pemikiran. Kahwin sorang lagi pun boleh. Kalau Fareez rasa dia tak boleh nak jaga anaknya tu, suruhlah dia bagi pada Shilea." Tan Sri Firdaus memandang isterinya sambil memeluk tubuh. Lega kerana meluahkan perasaan tidak puas hatinya.
" Tak ada cara lain lagi ke, Bang?"
" Ada."
" Apa dia?"
" Satu je caranya. Suruh dia kahwin lagi. Dengan cara itu, Shilea tak boleh berebutkan Mirul. Sebabnya, Fareez dah kahwin baru dan selama ini dia yang menjaga Mirul. Saya pun tak nak Mirul duduk dengan maknya tu. Entah apa akan jadik pulak pada cucu saya nanti. Dahlah dia seorang je cucu lelaki. Saya pun sayangkan Mirul." Kata-kata Tan Sri Firdaus bermain-main di benak Puan Sri Marlisa. Tidak terfikir pula dia akan cadangan ini. Dia hanya menunggu Fareez pulang sahaja daripada berjumpa dengan pelanggannya. Kemudian, dia akan usulkan cadangan ini.
BAB 8
" ASSALAMUALAIKUM. Ummi…Walid…." Laung Fareez. Tidak ada seorang pun kelibat manusia di dalam rumah itu. Kemana mereka semua pergi? Fareez berjalan ke arah ruang tamu. Dia merebahkan diri di atas sofa yang terletak di ruang tamu. Dia memejamkan mata yang keletihan selepas semalaman berjaga menyiapkan rekaan bangunan yang diperlukan untuk projek terbarunya. Pagi ini, dia berjumpa dengan wakil dari Mawar Holdings. Mereka begitu sukakan rekaan Fareez. Otaknya juga asyik berputar tentang cadangan yang diusulkan oleh Puan Sri Marlisa. Bila ada peluang sahaja untuk pulang awal, dia terus sahaja meninggalkan FAF Architecture Sdn Bhd.
" Baru balik, Fareez?" kata satu suara. Fareez mencelikkan mata. Itu bukan suara Ummi, hatinya berdetik. Tetapi suara itu seperti dia pernah dengar. Fareez terus bangun dari perbaringannya untuk melihat siapakah empunya suara. Orang itu tersenyum lebar memandangnya.
" Kak Fit." Jerit Fareez. Fitri Marlis tersenyum melihat gelagat adik bongsunya itu. Dahulu, Fareezlah yang paling manja dengan Fitri Marlis. Apa pun kata kakak keduanya itu, diturutkan sahaja. Tanpa bantahan. Kalau kakaknya yang sulung bersuara pun, tidak mahu di dengarinya. Fareez terus sahaja memeluk kakaknya itu. Fitri Marlis menggelengkan kepala. Dibalas pelukan Fareez. Fareez tidak pernah berubah semenjak dari kecil lagi. Manja. Walaupun sudah beranak satu. Itu juga salah satu penyebab Shilea cemburu dengan bekas kakak iparnya itu. Fareez tidak segan untuk memeluk atau memaut pinggang Fitri Marlis di depan ahli keluarga yang lain. Dia begitu menyayangi Fitri Marlis. Kadangkala, suami Fitri Marlis, Ikhwan juga berasa cemburu dengan Fareez. Pelukan dilepaskan. Fareez tunduk menyalami Fitri Marlis.
" Kak Fit datang seorang saja ke? Mana Abang Wan dan Bell?" tanya Fareez. Matanya meliar. Tercari-cari wajah yang terpenting di dalam hidup Fitri Marlis. Mata Fareez jatuh pada perut Fitri Marlis yang sedang memboyot. Kesian kakaknya itu.
" Ada. Abang Wan mandi. Bell ada kat luar. Tengah main dengan Busyuk." Kata Fitri Marlis. Fitri Marlis sendiri hairan mengapa Fareez menamakan kucingnya itu Busyuk. Nak kata busuk, taklah pula. Selalu Fareez memandikannya. Bila ditanya Fareez akan berkata, senang nak ingat nama kucingnya itu. Fareez menjengahkan kepala keluar. Anak saudaranya itu leka bermain bersama Busyuk, kucing kesayangan Fareez. Kucing itu berlari sekeliling rumah apabila dikejar oleh Fitri Annabella. Terjerit-jerit anak kecil itu mengejar Busyuk. Seronok dapat bermain. Fareez juga terfikir kadangkala lebih baik jadi kanak-kanak. Tidak ada masalah yang akan membebankan fikiran. Main sahaja sepanjang masa. Fareez memimpin kakaknya itu ke sofa. Termengah-mengah Fitri Marlis berjalan mengikut rentak Fareez.
" Fareez." Namanya dilaungkan. Fareez beralih ke arah tangga. Abang iparnya tersenyum ke arah Fareez. Ikhwan berjalan ke arah mereka berdua. Bersalaman dan berpelukan dengan Fareez.
" Abang Wan sihat?"
" Macam mana Fareez nak kata Abang Wan sihat?" Ikhwan memandang muka adik iparnya. Fareez pelik dengan kata-kata Ikhwan. Dikerutkan dahi sedikit. Tanda tidak faham.
" Kenapa?"
" Daripada Abang Wan sihat boleh terus jadik sakit, tau. Tengoklah kakak kamu ni. Asyik nak berjalan je kerjanya. Naik pening Abang Wan." Kata-kata Ikhwan itu disambut oleh ketawa Fareez. Fitri Marlis mencebikkan bibir. Dia memang kuat merajuk semenjak mengandungkan anak kedua.
" Tengoklah. Muncungnya panjang sedepa." Ikhwan dan Fareez sama-sama ketawa besar. Fitri Marlis menjeling ke arah mereka berdua.
Enjin kereta yang baru sahaja memasuki perkarangan rumah menarik perhatian mereka bertiga. Fareez mengintai dari jendela yang terbuka. Dia seperti pernah lihat kereta itu. Tetapi dimana, ya? Hatinya berkata-kata. Mungkinkah…? Fareez berlari keluar.
" Kak Liza." Fitri Marlis dan Ikhwan menjenguk keluar hendak melihat kehadiran tetamu mereka. Fitri Shaliza dan anak-anaknya keluar dari perut kereta. Fareez menyalami kakak yang sulung dan berpelukan dengan anak-anak saudaranya, Fitri Adriana dan Fitri Amelya. Pucat muka Fitri Shaliza. Seperti dia ada masalah yang besar sedang dihadapinya. Kesemua mereka masuk ke dalam.
" Bell… masuk." Laung Ikhwan. Fitri Annabella berlari-lari anak ke arah Daddynya. Ikhwan mendukung anaknya itu dan mereka masuk ke dalam rumah. Fitri Shaliza dan Fitri Marlis duduk di ruang tamu. Mereka yang lain juga turut serta.
" Mana Abang Azri? Dia tak datang ke?" pertanyaan Fitri Marlis membuatkan ketiga beranak itu tersentak. Tiba-tiba Fitri Shaliza menangis. Yang lain, gelabah. Hanya anak-anak Fitri Shaliza sahaja yang kelihatan tenang. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tetapi hati mereka tidak setenang wajah.
" Kak, sabar. Kenapa ni, Kak?" tanya Fitri Marlis. Risau dengan keadaan kakaknya. Air mata Fitri Shaliza merembes laju. Mereka makin gelabah.
" Ana…Mia…Kenapa ni? Cuba beritahu Mummy. Apa masalahnya ni?" Fitri Marlis begitu mengambil berat akan keadaan mereka. Dia memandang muka adik beradik itu. Fitri Marlis berasa lebih dekat dengan anak-anak kakaknya itu jika mereka memanggilnya Mummy. Bukan setakat panggilan itu kepada Fitri Marlis tetapi kepada Fareez dan Fitri Azharina juga mereka memanggil dengan nama panggilan yang lebih kepada anak dan ibubapa. Ikhwan juga mereka memanggilnya daddy.
" Mia… Pandang muka Ayah." Fareez yang duduk di sebelah Fitri Amelya bersuara. Perlahan-lahan Fitri Amelya memusingkan kepalanya ke arah Fareez. Fitri Amelya tidak tahan melihat muka Fareez dan terus sahaja menangis teresak-esak di situ juga. Fitri Adriana cuba mengesat air mata.
" Kalau Mia senyap sahaja, macam mana Ayah nak tolong?" Fareez mengesat air mata anak saudaranya itu.
" Dah jangan nangis. Kalau Mia sayangkan Mak, Mia beritahu Ayah." Fareez masih lagi cuba memujuk.
" Abah nak kahwin lain." Akhirnya Fitri Amelya bersuara. Terkejut Fareez dan juga yang lain-lain. Mereka tidak sangka. Azri adalah seorang yang pendiam. Rupa-rupanya, diam-diam ubi berisi, getus hati Fareez.
" Kalau Mak tak izinkan, Abah pukul Mak. Ana dan Mia kesiankan Mak. Abah jahat." Fitri Adriana menyambung. Lagi laju air mata Fitri Shaliza. Air mata Fitri Marlis juga turut keluar. Mengasihani perjalanan hidup kakak dan juga anak-anaknya.
" Ana jangan cakap Abah jahat. Abah tak jahat. Abah seorang bapa yang baik. Walau apapun, dia tetap Abah Ana." Fitri Shaliza masih cuba membela suaminya itu walaupun si suami curang dengannya.
Kata hendak berjumpa pelanggan, tetapi berjumpa pelanggan apa sehingga pukul 3 pagi. Balik sahaja dalam keadaan mabuk dan gincu pasti ada yang melekat di baju Azri. Kerana tidak mahu anak-anak melihat perangai tidak senonoh bapa mereka, dia segera mencuci baju kerja Azri. Dia sudah lali dengan keadaan itu. Tetapi permintaan ini sahaja yang dia rasakan dia tidak boleh terima. Iaitu hidup bermadu. Dengan kawan baiknya sendiri. Lagilah dia tidak sanggup.
" Kalau Abah tak jahat, takkanlah Abah pukul Mak." Jerit Fitri Adriana. Yang lain hanya menjadi pemerhati.
" Ana!!!" Fitri Shaliza meninggikan sedikit suaranya. Fitri Adriana terkejut dengan jeritan Maknya dan air matanya turun semakin laju. Fitri Shaliza sudah bangun dan hendak memukul anaknya. Semenjak dia selalu menjadi mangsa deraan suaminya, anak-anaknya juga turut menjadi mangsa suami.
" Kak…" Fareez sudah bangun dan memeluk Fitri Adriana. Menghalang daripada anak saudaranya itu menjadi tempat kakaknya melepaskan geram. Ikhwan memegang kakak iparnya itu. Dia menghalang Fitri Shaliza daripada bertindak lebih jauh. Fitri Marlis bangun dari sofa dalam kepayahan. Dia cuba untuk menyabarkan Fitri Shaliza.
" Kak, sudahlah tu. Kita tunggu Ummi dan Walid balik. Nanti kita bincang dalam keadaan tenang. Akak dah bersolat Asar?" tanya Fitri Marlis. Kakak sulungnya menggelengkan kepala. Segera dikesat air mata yang jatuh. Berbulan-bulan, dia hidup dalam kesedihan. Kini, dia berharap agar sengsara itu pergi jauh dari hidupnya dengan mendekatkan diri kepada Pencipta-Nya.
" Akak pergi solat dan minta doa supaya Akak diberikan petunjuk daripada Allah." Arah Fitri Marlis. Fitri Shaliza hanya mengikut kata-kata adiknya itu. Fitri Adriana masih menangis. Begitu juga dengan Fitri Amelya. Ikhwan melabuhkan punggungnya di sebelah Fitri Marlis. Dia juga kesian dengan nasib kakak iparnya.
DERUMAN enjin kereta yang baru sahaja kedengaran mengejutkan mereka yang sedang mengelamun. Ikhwan yang baru sahaja turun ke ruang tamu selepas menidurkan anaknya, melihat pemilik kereta yang baru pulang. Ibubapa mentuanya sudah pulang. Dia melihat jam yang tergantung di dinding. Hampir pukul 9 malam. Ikhwan lihat Fitri Adriana dan Fitri Amelya sedang menonton televisyen semasa dia melintasi bilik yang dikhaskan untuk menonton televisyen ataupun mendengar radio.
" Ummi dan Walid dah balik." kata-kata Ikhwan itu mematikan lamunan mereka. Fitri Shaliza mengelap air matanya. Ikhwan duduk di sebelah Fitri Marlis. Memeluk bahu isterinya itu. Fitri Shaliza sempat melihat kemesraan itu. Timbul perasaan cemburu di hatinya. Bahagianya adik dia. Tidak seperti dia. Menanggung derita sepanjang perkahwinannya.
Ikhwan berbeza dengan Azri. Ikhwan kalau bercakap, lemah lembut. Azri pula suka bercakap kasar dengannya. Kalau tangan atau kakinya tidak hinggap di badan Fitri Shaliza, tidak sah. Walaupun Ikhwan tidak sekacak Azri tetapi hati adik iparnya itu baik. Penyayang. Fitri Marlis juga seperti dirinya. Jodoh di tentukan oleh keluarga. Hanya Fareez sahaja yang mengikut pilihan hati. Fitri Shaliza dan Fitri Marlis masing-masing tidak mempunyai teman istimewa. Jadi, mereka mengikut sahaja kata-kata Ummi mereka. Untuk tidak mengecilkan hati orang tua. Beruntungnya Fit, hati Fitri Shaliza berbisik.
Lamunan Fitri Shaliza serta-merta hilang apabila ada orang yang menyentuh bahunya. Dia memandang ke arah orang itu. Fitri Marlis tersenyum. Begitu juga dengan Ikhwan. Fitri Shaliza tersenyum pahit. Puan Sri Marlisa masuk ke dalam rumah. Diikuti oleh Tan Sri Firdaus. Seorang demi seorang anak-anak mereka menyalami kedua orang tua mereka. Kegembiraan jelas terpampang di wajah Puan Sri Marlisa. Fitri Marlis sudah berpindah ke Kuala Lumpur. Fitri Shaliza pula pulang untuk berkumpul bersama keluarga. Setiap hujung bulan, Puan Sri Marlisa selalu membuat perjumpaan keluarga. Tetapi seperti ada yang tidak kena dengan anak sulungnya ini. Fitri Shaliza duduk semula di tempatnya.
" Kenapa ni?" Puan Sri Marlisa memandang wajah mereka semua yang muram. Fitri Marlis mengangkat wajahnya dan memandang Umminya. Fitri Shaliza tidak berkata apa-apa. Hanya dia membisu.
" Liza, kenapa ni? Liza tak sihat ke? Azri mana? Dari tadi lagi Ummi tak nampak." Tanya Puan Sri Marlisa. Matanya memandang ke sekeliling. Fitri Shaliza menundukkan muka.
" Abang Azri tak dapat datang, Ummi." Ringkas jawapan Fitri Shaliza.
" Oh…itu sebabnya kamu sedih?" tanya Puan Sri Marlisa sekali lagi dengan senyuman kecil. Fitri Shaliza masih lagi diam.
" Kamu tak apa-apa ke, Liza?" tanya Tan Sri Firdaus.
" Abang Azri nak kahwin lain, Ummi…Walid…." Terpempan Puan Sri Marlisa apabila mendengar kata-kata Fitri Marlis. Terduduk dia di situ juga. Senyumannya hilang begitu sahaja. Nasib baik Tan Sri Firdaus sempat menyambut isterinya itu. Kesemua anak-anaknya menyerbu ke arah Puan Sri Marlisa termasuk menantunya.
" Ummi….Ummi tak apa-apa ke?" tanya Fareez. Puan Sri Marlisa mengangguk. Tan Sri Firdaus memimpin isterinya ke sofa.
" Macam mana boleh jadik macam ni?" tanya Tan Sri Firdaus. Puan Sri Marlisa membuka tudung yang dipakai. Tiba-tiba dia terasa pening.
" Azri kata dia dah pernah tidur dengan perempuan tu. Jadi untuk mengelakkan maksiat, dia nak kahwin dengan perempuan tu." Teresak-esak Fitri Shaliza menceritakan perkara sebenarnya kepada keluarganya. Cis! Hati Fareez membentak keras. Begitu juga yang dikatakan oleh Shilea kepadanya dahulu. Kalau Azri ada di depannya, mahu sahaja dia membelasah abang iparnya itu hingga masuk ICU.
" Azri ni dah melampau." Kata Tan Sri Firdaus.
" Ummi minta maaf pada Liza. Kalau tak kerana Ummi, Liza tak jadik macam ni." Kata-kata Puan Sri Marlisa menyentuh hati Fitri Shaliza. Umminya mengelap air mata yang turun dengan laju. Fitri Shaliza melutut di hadapan Puan Sri Marlisa dan menggengam erat jari jemari Umminya.
" Kalau Ummi tak arrange marriage Liza, mesti tak jadik macam ni, kan?" kata Puan Sri Marlisa lagi. Fitri Shaliza menggelengkan kepalanya.
" Ummi tak salah. Ummi buat semua ni untuk kebaikan kami. Kalau Ummi tak pilihkan jodoh kami, taklah Fit bahagia seperti sekarang. Cuma nasib Liza tak sebaik Fit." Kata-kata Fitri Shaliza membuatkan Puan Sri Marlisa sedikit lega. Tetapi perasaan bersalah tetap ada.
Ikhwan adalah anak saudara Tan Sri Firdaus. Ikhwan dan Fitri Marlis ditunangkan sewaktu Fitri Marlis masih belajar di universiti. Mereka kahwin sebaik sahaja Ikhwan pulang daripada New Zealand. Sehingga kini, Fitri Marlis dan Ikhwan bahagia dengan perkahwinan mereka. Tidak seperti Fitri Shaliza. Suami Fitri Shaliza, Azri, anak saudara kepada Puan Sri Marlisa. Mereka berdua dikahwinkan selepas Azri habis belajar. Belum sempat Fitri Shaliza hendak menikmati alam pekerjaan, dia terpaksa berhenti dan menjadi surirumah sepenuh masa atas rasa tanggungjawabnya terhadap suami tersayang. Tetapi inikah balasan Azri terhadap Fitri Shaliza yang mengorbankan segala-galanya? Hidup ini tidak adil. Tidak berlaku adil kepada Fitri Shaliza. Fikir Puan Sri Marlisa. Tetapi dia tahu. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya.
" Kalau Kak Liza pilih jodoh sendiri pun, belum tentu bahagia. Tengok ajelah macam Fareez." Fitri Shaliza beralih ke arah Fareez. Tersenyum kepada adik bongsunya. Puan Sri Marlisa mengesat air mata anaknya.
" Sudah sudahlah tu. Mari kita makan. Walid dah lapar ni." Kata-kata Tan Sri Firdaus di sambut oleh Ikhwan.
" A’ah lah, Walid. Wan pun dah lapar ni." Tan Sri Firdaus menepuk bahu menantunya dan mereka berjalan beriringan menuju ke arah dapur. Sama-sama tersenyum. Mereka yang lain turut membuntuti mereka berdua.
BEGITU berselera mereka semua menjamu selera. Fareez mencedok sedikit sambal ikan bilis bersama petai ke dalam pinggan. Itulah makanan kegemarannya. Masakan yang senang dibuat pun, Shilea tidak boleh melakukannya. Bukanlah susah hendak membuat makanannya. Samada ikan bilis masak sambal atau telur masak sambal. Dia pasti tidak akan cerewet. Kadangkala dengan lauk yang simple macam itu pun, dua pinggan dia akan menambah nasi.
" Dah lama Ummi tak jumpa Qaseh." Puan Sri Marlisa berkata tiba-tiba. Fareez tersentak. Segera memandang wajah Umminya. Dia seperti pernah dengar nama itu. Tetapi dimana, ya?
" Siapa Qaseh tu Ummi?" tanya Fitri Marlis.
" Anak arwah Uncle Zam dan arwah Auntie Min." jawab Puan Sri Marlisa sambil menyuap keladi masak asam pedas ke mulutnya.
" Bukan ke dia tak balik ke Malaysia lagi?" tanya Fitri Shaliza. Fitri Adriana dan Fitri Amelya hanya mendengar perbualan orang-orang tua. Mereka tidak mahu masuk campur. Masing-masing leka dengan makanan yang terhidang di hadapan mereka.
" Dah lama dia balik. Dengar kata dekat 7 bulan. Kita langsung tak tahu, Bang." Puan Sri Marlisa memandang muka suaminya. Terangguk-angguk sahaja Tan Sri Firdaus.
" Mana Ummi tahu?" tanya Fareez. Dia juga berminat untuk mengetahui perkembangan diri Qaseh.
" Ummi ada jumpa Mak Ngah Idah. Dia yang beritahu kat Ummi." Jawab Puan Sri Marlisa.
" Siti, lawa ke Qaseh tu?" tanya Fitri Amelya. Siti, adalah panggilan kepada Puan Sri Marlisa. Siti bermaksud nenek dalam bahasa Arab. Yang lain tersenyum mendengar soalan Fitri Amelya.
" Lawa, Mia. Kalau Mia tengok, mesti Mia berkenan. Rupanya tak macam Melayu. Lebih kepada wajah Pan Asian. Dengan hidung mancung, bulu mata lentik, kulit sawo matang, rambut ikal mayang. Sesiapa je yang tengok dia, mesti terpikat. Kenapa Mia tanya?" tanya Puan Sri Marlisa. Semua mata terarah kepada Fitri Amelya. Fareez menghirup sedikit air sirapnya.
" Bolehlah Ayah kahwin dengan Sarah." Selamba sahaja kata-kata yang keluar dari mulut yang comel itu. Tersedak Fareez dibuatnya. Hampir tersembur air yang diminum. Mereka semua tergelak dengan kata-kata Fitri Amelya. Tidak disangkakan budak sekecil itu, dapat memikirkan idea untuk Puan Sri Marlisa. Termenung sebentar wanita itu memikirkan cadangan Fitri Amelya.
" Kenapa Mia cakap macam tu?" tanya Tan Sri Firdaus. Sengaja ingin menduga cucunya. Fitri Amelya menyuap nasi ke mulutnya.
" Takkan nak kahwin dengan Mak. Mak perempuan. Kahwin dengan Ayahlah. Ayah lelaki." Terang Fitri Amelya. Sekali lagi ketawa bergema di ruang makan.
" Dengan Tok Wan boleh. Tok Wan kan lelaki." Puan Sri Marlisa memandang Tan Sri Firdaus dengan jelingan. Tersenyum sahaja mereka yang melihat gelagat tersebut.
" Ooo…gatal Abang ni." Puan Sri Marlisa mencubit peha suaminya.
" Abang main-main je." Usik Tan Sri Firdaus. Puan Sri Marlisa pura-pura merajuk.
" Dengan Tok Wan tak boleh. Tok Wan dah ada Siti." Puan Sri Marlisa tersenyum lebar mendengar jawapan Fitri Amelya.
" Dengan Daddy?" Ikhwan pula menguji Fitri Amelya.
" Daddy pun tak boleh. Sebab Daddy dah ada Mummy. Kecuali Ayah saja yang tak ada sapa-sapa." Fareez menggelengkan kepalanya kecil. Petah betul kanak-kanak ini berkata-kata. Tergelak besar mereka semua.
Mereka menyambung kembali menjamu selera.
PUAN Sri Marlisa sedang membaca buku novel penulis kegemarannya, mendiang Sidney Sheldon. Apabila Tan Sri Firdaus melangkah masuk ke dalam bilik, Puan Sri Marlisa menutup buku novel tersebut dan dibuka cermin matanya. Tan Sri Firdaus terus masuk ke dalam bilik air. Selepas beberapa minit, Tan Sri Firdaus keluar dari bilik air. Dia merebahkan badannya ke atas katil. Dia menarik selimut menutupi sebahagian badannya yang kesejukan.
" Bang, saya rasa apa yang Mia cakapkan tu, ada betulnya."
" Apa yang betulnya?" Tan Sri Firdaus memandang isterinya.
" Tentang menjodohkan Fareez dan Qaseh."
" Apa yang bermain di fikiran awak ni?"
" Abang ingat lagi tak pasal surat perjanjian yang kita buat dengan arwah-arwah?" tanya Puan Sri Marlisa sambil memutarkan kembali memori suaminya. Tan Sri Firdaus mengangguk perlahan.
" Kan surat tu mengatakan…" ayat Puan Sri Marlisa tergantung.
" Kita mesti menjodohkan Qaseh dan Fareez." Barulah Tan Sri Firdaus ingat kembali. Mukanya bersinar. Tetapi tiba-tiba sahaja mukanya kembali keruh. Puan Sri Marlisa mengerutkan dahi.
" Kenapa, Bang?"
" Bagaimana kalau Qaseh dah ada pilihan hati dia sendiri?"
" Kita tanyalah pada Uncle Rashid."
" Betul jugak tu. Tak apalah. Nanti saya telefon Uncle Rashid."
" Kena cepat-cepat sikit, Bang. Si Qaseh tu lawa. Nanti disambar dek orang. Kita jugak yang melopong. Saya cakap macam ni bukanlah sebab saya nakkan harta arwah-arwah tu. Tapi saya terlalu sayangkan Qaseh. Saya tak sanggup nak tengok dia jadi menantu orang lain." Jelas Puan Sri Marlisa.
" Yelah. Saya faham. Awak tak usah risau. Esok jugak saya call." ujar Tan Sri Firdaus. Puan Sri Marlisa tersenyum lebar.
BAB 9
SHILEA menghempaskan punggungnya ke atas sofa. Geramnya hati dia. Dia memasang televisyen. Dikeluarkan sekotak rokok daripada tas tangannya. Diketuk-ketuk kotak rokok itu supaya mampat sebelum dia mengambil sebatang daripada paket yang berbungkus elok itu. Dihidupkan api rokok tersebut. Dihisap dalam-dalam. Kemudian, dihembuskan asap rokok ke atas. Shilea melakukan perkara tersebut berkali-kali. Seolah-olah dengan berbuat begitu segala masalahnya akan pergi bersama asap rokok itu.
" Aku takkan lepaskan dia. Dia musnahkan hidup aku. Aku akan musnahkan hidup dia." Shilea berkata sendirian. Dia membaringkan dirinya di atas sofa tetapi rokok masih berada di tangannya. Sebatang demi sebatang rokok dihisapnya. Sampai habis satu kotak. Fikirannya melayang-layang kepada kejadian yang disaksikan tengah hari tadi. Sepasang kekasih yang sedang bermesra. Tetapi Shilea lebih mengenali lelakinya. Ditenyeh-tenyeh rokok itu ke atas karpet.
SHILEA yang baru sahaja keluar dari kedai makanan terserempak dengan sepasang kekasih. Mereka bergelak ketawa. Begitu mesra pada pandangan Shilea. Dia memeluk tubuh. Hatinya ditumbuk-tumbuk. Tiba-tiba telinganya terngiang-ngiang ayat yang pernah dihamburkan oleh Fareez.
" Dia tu kaki perempuan. Dia tak pernah puas dengan seorang saja." Kata-kata Fareez bergayut di telinga.
" Eh, Lea! Itu bukan ke laki kau?" Suara Diyan bergema di gegendang telinga Shilea. Shilea mendengus geram. Dia terus sahaja berlalu dari tempat tersebut. Diyan hanya mengangkatkan bahu. Dia pun hairan dengan kawannya itu. Suami sendiri berjalan dengan perempuan lain, boleh lagi dia buat tidak tahu. Kalau dia, sudah tentu perempuan itu lumat dikerjakan.
Sepanjang dia berada di pejabat, hatinya tidak tenteram. Kerja yang dilakukan satu pun tidak menjadi. Dia segera mengambil tas tangan dan berjalan keluar dari bilik pejabatnya. Dia perlu berada di rumah. Siaplah kau, Fauzi. Hatinya menjerit.
" Cik Lea…" panggil setiausahanya, Alina. Shilea memandang muka Alina. Gadis itu manis sekali berbaju kurung. Bilalah dia hendak menyarungkan baju kurung ke tubuhnya. Shilea tidak pernah memakai pakaian yang menutup auratnya. Selalu dia lebih selesa memakai skirt dan baju yang terdedah. Dia rasa selesa dengan berpakaian begitu. Baju kurung? Shilea rimas. Pernah berkali-kali Diyan menasihatinya supaya memakai baju kurung semasa hari Jumaat. Tetapi dipekakkan sahaja telinga. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Alina bukan sahaja hari Jumaat dia memakai baju kurung. Tetapi Shilea perhatikan setiausahanya itu, setiap hari Isnin dan Rabu pun dia memakai baju kurung. Jarang sekali Alina memakai skirt. Kalau hari Selasa dan Khamis, dia lebih selesa berseluar. Mungkin senang untuk menyudahkan kerja-kerjanya.
" Ada apa Cik Lea panggil saya?" pertanyaan Alina itu mengejutkan Shilea dari lamunannya.
" Saya nak ambil cuti hari ni. Awak tolong saya." Alina mengangguk mendengar permintaan Shilea. Tersenyum hambar pada setiausahanya. Dia berlalu pergi ke tempat letak kereta. Dihidupkan enjin kereta Toyota Altisnya. Menderum kereta itu pergi meninggalkan bangunan Mawar Holdings yang tersergam indah.
Setengah jam kemudian, dia sampai di apartmentnya yang terletak di Damansara. Fikirannya ligat berfikir. Lama dia bertafakur di dalam kereta. Dia masih tidak dapat idea. Dia berjalan ke arah lif dan ditekan butang untuk naik ke tingkat atas. Pintu lif terbuka. Dia berjalan masuk dan ditekan butang bernombor 8. Lif berhenti di tingkat 8. Shilea keluar dari lif dan menuju ke pintu rumah yang tertera nombor 8-2-15. Dikeluarkan kunci dari tas tangannya dan membuka pintu rumah tersebut. Fikirannya masih ligat berfikir. Apa yang perlu dilakukan apabila Fauzi pulang nanti?
" Jahanam. Dia permainkan aku." Hatinya membentak geram.
" Hai, Lea. Termenung jauh nampak." Tegur jiran lelaki yang tinggal di sebelah rumahnya.
" Eh, Joe. Sorry lah I tak perasan you. I banyak problem sekarang ni. So…jadi ke malam besok?" Shilea berjalan mendekati Joe dan memainkan rambutnya dengan jari jemari. Lenggang lenggoknya yang menggoda turut membuatkan Joe tertarik kepadanya.
" I boleh hilangkan problem you sekelip mata. Kenapa esok? Sekarang pun I tak kisah." Kata Joe sambil berbisik di telinga Shilea.
" Sekarang tak bolehlah. I pun kalau boleh nak sekarang. Tapi Fauzi balik nanti, macam mana?" ada betul juga kata Shilea. Kalau dia tertangkap oleh Fauzi, bagaimana? Fauzi seorang yang panas baran.
" Are you sure that he’s going outstation tomorrow?"
" Ya, of course I’m sure." Shilea berdiri dekat dengan Joe sehingga Joe tersandar pada dinding rumahnya. Joe tersenyum menggoda. Shilea tersenyum di dalam hati. Bukan sahaja Fauzi tidak puas dengan seorang. Dia juga begitu.
" Make sure you coming tomorrow. I’ll wait for you. Tak sabarnya nak tunggu esok." Shilea mengenyitkan mata. Sempat dihadiahkan kucupan di mulut buat lelaki itu. Shilea masuk ke dalam rumah. Dilemparkan tas tangan ke atas meja. Penghawa dingin yang berada di ruang tamu itu tidak dapat menyejukkan badannya. Terasa panas. Dipasang televisyen tetapi matanya tidak tertumpu di situ. Dikeluarkan sekotak rokok. Dinyalakan dan dihisapnya rokok tersebut. Dia perlu menenangkan fikiran. Dia bangun dari perbaringannya di sofa. Shilea berjalan ke arah bilik mandi. Dia membuka pili air dan membiarkan air mengalir ke dalam bath tub. Kemudian, direndamkan badannya ke dalam bath tub tersebut. Dia terasa sedikit lega.
PINTU rumah dikuak dari luar. Shilea tahu siapa yang pulang. Dibuat tidak tahu sahaja. Shilea sedang asyik mengunyah snek. Fauzi menghampiri Shilea dan duduk di sebelah isterinya. Shilea menjarakkan sedikit badan. Tanda marah.
" Kenapa dengan you ni?" Fauzi yang terperasan dengan perubahan isterinya, bertanya. Shilea hanya mendiamkan diri. Tidak dijawab persoalan Fauzi. Hatinya masih membara. Fauzi memeluk bahu Shilea. Dipandang tajam ke arah lelaki itu.
" You ke mana tadi?"
" I jumpa pelanggan lah." Fauzi sedikit sangsi dengan pertanyaan Shilea. Dipandang wajah Shilea. Matanya jatuh pada pakaian Shilea yang agak terdedah. Ditelan air liurnya. Mahu sahaja diterkamnya.
" You jangan nak tipu I. I nampak you dengan perempuan. You better be frank with me." Desak Shilea. Fauzi tersenyum.
" Memang I keluar dengan perempuan. So?" kata-kata Fauzi membuatkan Shilea semakin membara.
" How dare you!!" jerit Shilea lantang. Shilea bingkas berdiri. Mundar mandir depan Fauzi.
" Memang betul kata Fareez. You ni jenis lelaki yang tak pernah puas dengan seorang." Fauzi memandang muka Shilea yang kemerah-merahan menahan marah. Terkejut dengan kata-kata isterinya.
" You jumpa Fareez?" tanya Fauzi. Mengangkat keningnya. Seolah-olah tidak senang dengan percakapan Shilea. Kenapa dia berjumpa dengan bekas suaminya? Hatinya terdetik.
" So?" tanya Shilea kembali.
" I tak tahu pulak yang you so desperate." Fauzi tergelak. Seperti mengejek sahaja bunyinya di pendengaran Shilea. Fauzi tidak peduli dengan Shilea dan dia menonton televisyen yang sedang terpasang. Satu habuk pun tidak masuk di kepalanya apabila Shilea berleter. Asyik menonton televisyen. Shilea geram. Dia berjalan ke arah televisyen dan ditutup televisyen tersebut.
" I tengah tengok tu." Fauzi memandang tajam ke arah Shilea. Geram apabila tengah seronok menonton tiba-tiba diganggu pula.
" I nak minta cerai." Kata putus daripada Shilea. Fauzi tersenyum sinis. Dia bangun dari sofa tersebut.
" You nak minta cerai? Boleh. Tak ada masalah. Tapi you kena ingat. Kalau you cerai dengan I, you takkan dapat anak you." Ugut Fauzi. Shilea terduduk. Ada benar juga kata Fauzi. Fauzi tergelak dan berjalan masuk ke dalam bilik. Dia nak cerai dengan aku? Aku akan kenakan dia dulu, hati Fauzi berbisik. Shilea mencapai sebatang rokok dan dihidupkan api. Dihisap dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan.
LOCENG rumah Shilea berdering. Shilea membetulkan baju tidur yang jarang. Dijenguk tetamu yang datang melalui lubang yang ada di pintu rumah. Tetamu yang ditunggu-tunggu. Dibuka pintu rumah. Tersenyum kepada lelaki tersebut.
" Come in." jemput Shilea. Joe hanya tersenyum melihat Shilea. Tergoda dia melihat Shilea berpakaian seperti itu. Dress tidur yang jarang dan pendek. Menampakkan bentuk tubuhnya yang montok dan putih. Terjenguk-jenguk dia sebelum menjejakkan kaki ke dalam rumah Shilea.
" You jangan risaulah. Dia dah berambus." Shilea tahu apa yang bermain di fikiran Joe. Lega hatinya apabila mendengar Shilea berkata-kata. Joe duduk di atas sofa di ruang tamu.
" Are you sure his gone?" tanya Joe.
" Ya."
" Are you sure he’s not spying on us?" Joe seperti curiga dengan perangai Fauzi. Bukan boleh dijangka dengan lelaki seperti itu. Hari itu, Joe hanya tersenyum sahaja kepada Shilea tetapi Fauzi memandang Joe seperti hendak membunuhnya. Takut dia melihat wajah bengis lelaki itu.
" Ya. You jangan risau. Dahlah kita cerita pasal lain. Bosanlah cerita pasal dia." Shilea berjalan ke arah dapur. Joe hanya memerhatikan lenggang lenggok perempuan itu.
" You want something to drink?" tanya Shilea. Joe mengangguk. Shilea menyediakan gelas dan menuangkan air yang menjadi santapan dia dan Fauzi hari-hari. Dia mahu mabuk-semabuknya hari ini. Shilea membawa gelas tersebut ke ruang tamu. Diletakkan dua gelas tersebut di atas meja yang tersedia. Shilea melabuhkan punggungnya di atas peha Joe. Shilea mencapai gelas tersebut dan satu lagi disuakan kepada Joe.
" Cheers." Gelas mereka berlaga. Berdenting bunyinya.
" Bila lagi? I dah tak sabar ni." tanya Shilea. Joe mengangguk laju. Itulah saat-saat yang ditunggunya. Shilea menarik Joe untuk berdiri. Dia hendak menarik Joe ke biliknya tetapi dengan pantas Joe mendukung badan Shilea dan membawanya masuk ke dalam bilik. Shilea tergelak manja. Joe melempar badan Shilea ke atas katil. Dia membuka bajunya dan turut menghempaskan badannya ke atas katil. Malam itu, menyaksikan sepasang manusia bergelumang dengan dosa. Syaitan tergelak besar apabila ada lagi sepasang kaum Adam dan Hawa terjatuh ke dalam gaung maksiat.
SHILEA tersandar keletihan di kepala katilnya. Pandai Joe melayan nafsunya. Joe terlena. Shilea tersenyum sinis. Lelaki ini tidak tahu dia ada agenda tersendiri. Dibaring ke atas badan Joe yang sasa. Diusap-usap badan yang berpeluh itu. Joe terjaga apabila ada belaian yang lembut. Dibuka matanya perlahan-lahan. Shilea tersenyum menggoda memandangnya. Dicium bibir basah lelaki itu. Sekali lagi mereka melakukan perbuatan terkutuk itu. Malam itu sahaja, sudah berkali-kali mereka melakukannya.
Pagi esoknya, Shilea terjaga. Joe sedang menyarungkan semula T-shirt dan Jeansnya. Shilea memandang lelaki itu dengan senyuman.
" Awalnya you nak balik?" tanya Shilea. Badannya diselimutkan separa dada. Tidak berbaju. Semalam dia benar-benar puas. Fauzi pun tidak sehebat Joe. Disangkakan Fauzi sangat hebat. Hebat dari Fareez. Rupa-rupanya ada lagi yang lebih hebat. Joe mengucup dahi Shilea. Gelihati Shilea dengan perbuatan Joe. Seperti suami isteri, lagaknya.
" You datang lagi tau malam ni. I tak puaslah." Kata Shilea. Joe mengangguk. Shilea menghantar Joe sehingga keluar. Dia menutup pintu rumahnya dan bersandar pada pintu.
" Bila aku mengandung nanti, kau boleh jalan dari hidup aku, Joe. Kau dan Fauzi sama saja. Isteri orang pun kau nak. Binatang." Shilea berkata sendirian. Dia mahu Fauzi sentiasa berada dengannya. Fauzi jarang berada di rumah. Dan mereka juga jarang bersama. Dia mahu memerangkap Fauzi dengan anak yang bakal dikandungnya. Diusap-usap perut. Walaupun dia sendiri tidak tahu samada benih yang ditaburkan sudah bercambah atau tidak. Dia mahu Fauzi bertanggungjawab terhadap dirinya walaupun itu adalah anak lelaki lain. Entah siapalah bapa kepada anak yang bakal dikandungkannya nanti. Dia tergelak besar. Shilea berjalan ke dalam biliknya dan membaringkan diri di atas katil yang menjadi tempatnya melawan nafsu dengan lelaki. Bukan sahaja setakat dengan Fauzi dan Joe tetapi ramai lagi lelaki lain.
" Padan dengan muka kau, Fauzi." Ketawanya bergema di dalam bilik yang besar itu. Shilea memandang sekilas ke arah jam loceng di tepi katilnya. Hampir pukul 10 pagi. Dia mesti bersiap segera untuk berjumpa dengan Peter, lelaki Cina yang selalu dia jadikan tempat pelepas nafsunya dengan bangsa asing. Mereka berjanji hendak berjumpa pada pukul 12 tengah hari.
Shilea bingkas bangun dari katilnya dan terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Selesai mandi, dia segera bersiap. Dipakai skirt yang baru dibelinya semalam. Skirt pendek dan ketat atas lutut, hanging tube yang menampakkan perutnya. Disemburkan minyak wangi yang dihadiahkan oleh Peter. Lelaki itu suka dia memakai minyak wangi yang dibeli olehnya untuk Shilea. Walaupun Shilea tidak suka akan baunya, tetapi untuk memuaskan hati Peter dipakainya juga. Shilea menghidupkan enjin keretanya dan terus menderum pergi ke hotel 5 bintang yang terkemuka di ibukota.
45 minit kemudian, kereta Shilea tiba dihadapan lobi hotel tersebut. Setelah menyerahkan kunci kereta kepada car jockey, Shilea melangkah masuk ke dalam. Tercari-cari wajah Peter di lobi hotel. Lelaki itu melambai ke arahnya. Shilea tersenyum menggoda dan menuju ke arah lelaki itu.
" Kenapa you lambat?" tanya Peter sebaik sahaja Shilea melabuhkan punggungnya ke atas sofa yang disediakan di lobi itu untuk pelanggan-pelanggannya. Dia duduk di sebelah Peter. Disilangkan kakinya.
" Sorrylah, sayang. I ada kerja sikit." Shilea berkata manja sambil mengusap wajah lelaki Cina itu. Shilea tergelak di dalam hati. Kelakar pula rasanya. Umur Peter sebaya dengan Papanya, Datuk Hisham. Tetapi dia tidak kisah itu semua. Selepas mereka ‘bersama’, Peter pasti akan membelikannya dia hadiah-hadiah mahal. Membawanya keluar makan malam di restoran mewah. Membelai dirinya. Peter pandai melayan. Peter tidak seperti Joe atau Fauzi. Berlainan benar mereka itu semua.
Shilea tergelak manja apabila Peter mencium lehernya dengan rakus. Pelanggan-pelanggan hotel itu yang lalu-lalang hanya memerhatikan gelagat mereka berdua. Ada yang menggeleng dan ada yang berbisik sesama sendiri. Tetapi Shilea tidak mempedulikan itu semua. Yang penting, nafsunya terisi.
" Janganlah, sayang. Ramai orang kat sini. Kenapa kita tak naik ke atas je?" tanya Shilea. Kepalanya sengaja dilentokkan ke badan sasa Peter.
" You tak lapar ke?" tanya Peter. Shilea pantas menggeleng.
" Tak nak makan dulu?" tanya Peter sekali lagi.
" Tak nak. Cepatlah, sayang. I dah tak sabar ni." Shilea berkata sambil berbisik ke telinga Peter.
" Ok. I’ll go get the key." Peter bangun dari duduknya dan menuju ke arah kaunter yang bertulis Concierge. Shilea tersenyum sinis dan memandang Peter dengan satu senyuman yang sukar ditafsirkan.
" Let’s go, sayang." Kata Peter. Shilea menghulurkan tangan dan Peter menarik tangan mulus itu. Peter memeluk pinggang Shilea. Peter menekan butang lif dan pintu lif terbuka. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam lif. Tiada orang yang bersama mereka di dalam lif. Sebaik sahaja pintu lif tertutup, Peter mencium mulut Shilea dengan rakus. Shilea menolak lelaki itu perlahan.
" Sabarlah, sayang. Kita dah nak sampai bilik. You ni…gelojoh."
" Apa itu gelojoh?" tanya Peter. Digaru-garu kepalanya. Shilea tergelak kecil. Bodoh juga orang tua ini, kata hatinya.
" Tak sabar."
" Ohh…" pintu lif terbuka. Peter mendukung Shilea ke bilik mereka. Shilea sekali lagi tergelak manja. Sebaik sahaja pintu bilik yang bernombor 324 itu tertutup, perbuatan maksiat Shilea berulang kembali.
DIBIARKAN lelaki Cina tua itu terdampar keletihan di dalam bilik hotel yang menyaksikan perbuatan maksiat itu berlaku. Memang begitulah setiap kali Shilea melakukan perbuatan terkutuk itu dengan Peter. Sengaja dia meninggalkan Peter begitu. Dia mencapai hadiah set barangan kemas yang dibuat daripada kristal. Hadiah pemberian Peter kepadanya. Peter sanggup terbang ke Paris untuk membeli set barangan itu kerana Shilea kerapkali mengatakan yang dia menginginkan set barangan kemas itu semasa dia bercuti ke Paris bersama Peter setahun yang lepas.
Sepanjang perjalanan Shilea pulang ke rumah, dia asyik menguap. Malam ini dia bertemu janji dengan Joe. Dia harus mendapatkan tidur yang secukupnya untuk kelihatan segar buat Joe. Entah kenapa dia harus berbuat demikian. Joe dan Peter bukanlah lelaki yang sah dikahwininya.
Kunci berlaga diluar pintu rumah. Shilea membuka pintu rumahnya. Terkejut dia melihat Fauzi berada di dalam rumah. Tidak disangkakan Fauzi akan balik secepat itu. Dia menyangka Fauzi akan balik pada minggu hadapan. Itulah yang dikatakan oleh Fauzi kepadanya.
" Awalnya you balik? You kata you nak balik minggu depan."
" Kenapa? You tak suka I balik? Ohh…baru I teringat. Susah untuk you ‘main’ dengan jantan lain kan?" kata Fauzi pedas. Shilea agak menggelabah.
" Apa yang you cakapkan ni?"
" You jangan ingat I tak tahu apa aktiviti you yang you buat belakang I." Fauzi bangun dan menuju ke dapur. Dia kembali semula ke ruang tamu dengan membawa segelas air jus oren.
" You pun jangan ingat I tak tahu apa yang you buat belakang I. Kerap sangat you melakukan aktiviti you tu. Bertukar-tukar perempuan setiap malam." kata Shilea pula. Fauzi hanya hendak menuduhnya seorang sahaja. Fauzi melabuhkan punggung ke atas sofa itu.
" Aktiviti I? Memang you pun dah sedia maklum. Tapi, takkanlah dengan client I pun you nak ‘main’ jugak." Fauzi meninggikan suaranya. Shilea terkejut.
" Apa maksud you?"
" Do you know anyone by the name of Peter?"
" Peter?!" Shilea terkejut besar apabila mendengar nama itu menjadi sebutan Fauzi. Adakah Peter pelanggan Fauzi?
" I tahu you pernah dengar nama ni kan?"
" Siapa Peter? Entah nama cina mana yang you sebut, I pun tak tahu."
" I tak pernah pun cakap pada you yang Peter itu cina. Mana you tahu Peter yang I sebutkan ni orang cina?" pertanyaan Fauzi benar-benar menduga Shilea. Shilea tahu dia sudah terperangkap.
" You sebutkan nama Peter pun orang boleh agak yang Peter tu orang cina." Shilea cuba berdalih.
" Peter tak semestinya nama orang cina. Boleh jadi nama orang india. Boleh jadi orang putih. Client I kan berbagai-bagai bangsa." Ujar Fauzi. Dia memandang muka Shilea sambil mengangkat keningnya sebelah. Shilea tidak tahu hendak berbohong apa lagi. Dia sudah buntu.
" Sudahlah. I malas nak layan you. Masuk mandi pun lagi bagus." Shilea terus sahaja menuju ke bilik tidur dan menutup pintu bilik itu. Fauzi memerhatikan gerak-geri isterinya. Dia tergelak kecil. Dia tahu Shilea sudah tidak tahu hendak berkata apa-apa.
BAB 10
KERTAS-kertas yang berselerak di atas meja amat merunsingkan kepala Qaseh. Dia tidak tahu apa yang hendak dibuatnya. Kepalanya bingung. Sudah 2 tahun dia bekerja dengan syarikat Encik Sulaiman. Pengalamannya pun sudah cukup. Sudah tiba masanya dia membina syarikatnya sendiri. Sebenarnya, dia sudah mempunyai pengalaman apabila pernah bekerja dengan syarikat pengiklanan semasa di Luxembourg. Tetapi dia mahu mencari pengalaman dan melihat bagaimana orang Malaysia melakukan kerja mereka. Kertas-kertas dihadapannya adalah cetakan biru kepada pengubahsuaian syarikatnya. Pintu bilik pejabatnya diketuk. Segera dia menyorok cetakan biru itu di bawah meja. Arahan masuk diberikan. Pintu dibuka. Terjengul wajah Aishah. Dia masuk dan menutup pintu itu semula.
" Macam mana? Dah ready nak jadik bos?" hanya Aishah sahaja yang mengetahui mengenai perancangannya. Qaseh tersenyum. Kemudian dianggukkan kepalanya.
" Dah mulakan pembinaan?" Aishah bertanya lagi. Dia begitu mengambil berat akan impian sahabatnya itu.
" Sikit lagi nak siaplah tu." Qaseh mengeluarkan semula cetakan birunya. Aishah meneliti cetakan biru itu walaupun dia tidak faham apa yang tercatit di situ. Qaseh hanya membeli sebuah kedai untuk dijadikan syarikatnya tetapi dia masih membuat ubahsuaian supaya sesuai dengan bentuk syarikat yang menjadi idamannya.
" Lunch?" tanya Qaseh. Aishah memandang wajah sahabatnya itu. Tersenyum. Kemudian menggeleng.
" Sorry. Aku dah ada date." Ujar Aishah dengan senyuman semakin melebar. Tidak Qaseh menyangka bahawa teman lelaki Aishah sekarang adalah Zahrien.
Pada mulanya, Aishah cuba berselindung tetapi lama-kelamaan dia yang memberitahu Qaseh yang dia sedang berpacaran dengan anak majikan mereka. Zahrien sudah masuk meminang Aishah. Kemungkinan besar majlisnya akan diadakan pada hujung tahun. Tak lama lagi merasalah dia nasi minyak sahabatnya itu.
" Hii… kau orang ni walaupun dah bertunang pun still dating lagi." Aishah tersenyum simpul. Dia hanya memandang wajah tenang dihadapannya. Qaseh bukanlah tidak cantik tetapi kenapa sampai sekarang Aishah tidak pernah nampak kekasihnya. Dia sudah berpunya atau belum? Kadangkala persoalan inilah yang selalu bermain di fikiran Aishah.
" Kau tu bila lagi?"
" Aku? Tunggulah. Bila kau dah beranak lima, mungkin kot. Who knows?" Qaseh tergelak dengan kata-katanya. Dia hendak kahwin. Siapalah yang berkehendakkan dia. Dingin sahaja dengan lelaki.
" Encik Fareez?"
" Aku dengan Encik Fareez? Choy…" Aishah tergelak apabila wajah Qaseh merona merah. Menahan malu. Aishah tahu Qaseh ada perasaan pada Fareez. Tetapi sengaja dirahsiakan. Mana mungkin tidak ada perasaan apabila setiap hari dan setiap waktu berurusan dengan pelanggannya yang satu itu. Aishah tahu Qaseh mempunyai perasaan yang pernah dirasainya pada satu ketika dahulu. Meminati pada orang yang tidak menyukai dirinya. Qaseh juga pernah berkata tidak akan menyukai orang seperti Fareez. Dia menyembunyikan perasaannya kerana takut ditempelak oleh Aishah.
" Eleh… Dengan aku pun nak berahsia. Aku taulah yang kau selalu keluar dengan Encik Fareez." Aishah memasang perangkap. Berharap jeratnya akan mengena. Tetapi Qaseh seorang yang berfikiran tenang. Dia tidak mudah melatah.
" Kau intip aku ke?" Qaseh bertanya kembali kepada Aishah. Tersipu-sipu malu sahabatnya itu. Tidak menyangka dia pula yang akan disoal.
" Taklah. Aku ada spy." Qaseh tergelak dengan kata-kata Aishah. Ada-ada sahaja Aishah ni, getus hatinya.
" Aku keluar dengan Encik Fareez sebab kami bekerja. Bukannya berdating. Macam kau." Aishah rasa tersindir dengan kata-kata Qaseh. Sengaja mukanya dimasamkan. Qaseh yang terperasan akan perubahan wajah Aishah terus tergelak besar.
" Muka kau daripada comel macam teddy bear terus masam macam mangga kecut." Gurau Qaseh. Aishah tersenyum kecil.
" Kau ni. Tak boleh aku nak buat-buat marah." Aishah menjeling sahabatnya. Encik Sulaiman melintasi bilik Qaseh dan terlihat Aishah dan Qaseh berada di dalam bilik itu. Pintu bilik pejabat Qaseh diketuk.
" Masuk." Muncul wajah Encik Sulaiman di sebalik pintu kayu tersebut. Seperti terkena kejutan elektrik, mereka berdua bangun dari kerusi.
" Encik Sulaiman, tak payah lah ketuk pintu bilik saya kalau nak masuk. Ini bos pulak kena ketuk." Kata Qaseh. Encik Sulaiman tersenyum. Dia tidak biasa jika tidak mengetuk pintu bilik seseorang pekerjanya. Itu akan menandakan dia tidak menghormati privasi pekerjanya jika tidak mengetuk terlebih dahulu.
" Dah menjadi kebiasaan saya. Apa berdiri ni? Duduklah." Mereka berdua tetap berdiri tegak.
" Tak apalah, Encik Sulaiman. Kami lebih selesa berdiri." Kata Qaseh. Aishah mengangguk. Takut untuk bertentang mata dengan bakal bapa mentuanya. Dia sendiri tidak pernah bermimpi bahawa Encik Sulaiman akan menjadi bakal mentuanya. Encik Sulaiman berjalan mendekati meja Qaseh. Dia memandang dua orang pekerjanya yang salah seorang akan menjadi menantunya tidak lama lagi.
Encik Sulaiman memang suka Zahrien bersama Aishah kerana dia dan isterinya merasakan Aishah dapat membentuk perangai Zahrien yang gemar berpeleseran dengan ramai wanita.
" Sabtu ni, Auntie ajak Aishah datang makan kat rumah." Kata-kata Encik Sulaiman membuatkan Aishah terkejut. Qaseh tersenyum di dalam hati melihatkan wajah Aishah yang kelat.
" A..a..apa…apa dia?" tergagap-gagap Aishah bertanya.
" Hmm… I assume he forgot to tell you." Encik Sulaiman tersenyum. Aishah tertunduk malu. Qaseh hanya menahan tawanya.
" Qaseh jemputlah datang sekali." Ajak Encik Sulaiman. Qaseh memandang wajah majikannya.
" Tak menyusahkan wife Encik Sulaiman ke?"
" Taklah. Dia sendiri yang suruh jemput. Lagipun, dia nak jumpa dengan pekerja terbaik syarikat ni." Kembang telinga Qaseh mendengar pujian sebegitu. Lama kemudian barulah dia mengangguk. Tanda persetujuan. Encik Sulaiman keluar dari bilik pejabat Qaseh. Mereka serentak duduk di keusi. Aishah melepaskan keluhan. Qaseh memandang wajah Aishah.
" Kenapa?" tanya Qaseh.
" Zahrien tak beritahu kat aku pun." Akhirnya ketawa Qaseh terhambur juga. Aishah mengerutkan dahinya.
" Kenapa kau ketawa?"
" Kelakarlah muka kau." Aishah memanjangkan muncungnya. Lagi kuat ketawa yang keluar dari mulut Qaseh.
" Kau tak perasan ke muka bodoh aku depan Encik Sulaiman? Alaa… jatuh saham aku. Kurang seribu." Aishah seperti mengeluh. Qaseh memandang wajah Aishah tidak berkelip. Tidak faham dengan kata-kata Aishah. Qaseh mengerutkan dahi.
" Apa yang kurang seribu?"
" Duit hantaran."
" Sebab apa?"
" Sebab aku buat muka toya." Sekali lagi Qaseh menghamburkan ketawanya. Aishah juga turut tergelak.
Tiba-tiba telefon bimbit Aishah berdering. Dijawabnya panggilan telefon tersebut. Tersenyum-senyum. Qaseh dapat mengagak siapa yang memanggil Aishah. Dimatikan talian.
" Oklah. Aku blah dulu." Aishah melambai pada Qaseh. Dibalas lambaian itu. Dia mengeluh. Aishah sudah ada orang yang menjaganya tetapi dia? Menjaga diri sendiri dan Datuk yang sakit. Dia teringatkan ‘kekasih’nya. Segera dia mengangkat gagang telefon dan mendail nombor telefon ‘kekasih’nya. Ada nada deringan. Telefon diangkat.
" Hello?" tanya satu suara.
" Assalamualaikum, Atuk." Ceria suara Qaseh.
" Waalaikumussalam. Qaseh kat mana ni?"
" Kat pejabat. Atukk… kita lunch sama nak tak?" tanya Qaseh manja. Semenjak kematian kedua ibu bapanya, hanya Datuk tempat untuknya bermanja. Hanya Datuk sahaja tempat untuk dia bergantung harap.
" Boleh jugak. Nak jumpa kat mana?" Datuk juga ingin bertemu dengan cucunya itu. Rindunya semakin mengunung. Sudah hampir sebulan tidak bersua muka. Setiap hari Datuk meminta Rafidah menghantarnya pulang ke rumah Tuan Nizam. Datuk ingin bertemu dengan Qaseh. Walaupun sekejap. Rafidah membantah. Begitu juga Qaseh. Mereka tidak ingin Datuk berada di rumah banglo itu seorang diri. Kalau terjadi apa-apa, mereka juga yang risau. Khairudin turut menyokong kata-kata Rafidah dan anak saudaranya.
" Qaseh datang ambil atuk lah. Atuk cuma siap dan tunggu."
" Yalah." Mereka sama-sama mematikan talian telefon.
Qaseh mengemas mejanya yang berselerak. Disimpan cetakan biru itu di tempat yang selamat. Dia tidak mahu orang datang menyelongkar biliknya dan terjumpa cetakan biru itu. Dia tidak mahu rahsianya terbongkar. Qaseh mencapai tas tangan dan berlalu pergi. Rahsia biarlah ianya tetap menjadi rahsia. Apabila dia sudah bersedia, satu hari nanti akan ada juga orang yang tahu mengenai kewujudan syarikatnya.
SETENGAH jam kemudian, dia tiba di hadapan rumah Mak Ngahnya. Loceng rumah Rafidah dibunyikan. Hamidi keluar mendapatkan kakak sepupunya.
" Akak." Hamidi membuka pintu pagar automatik. Dia menyalami Qaseh yang berjalan masuk ke dalam perkarangan rumah.
" Midi sihat?"
" Sihat."
" Macam mana? Dah baca buku untuk SPM?" Qaseh mengambil berat akan sepupunya.
" Akak jangan risaulah pasal Midi. Akak tolong nasihatkan sikit si Tash tu. Asyik tengok t.v je. Bukan nak baca buku." Hamidi mengadu. Qaseh tersenyum. Dia memeluk bahu Hamidi dan berjalan masuk ke dalam rumah. Qaseh memang baik dengan anak-anak Rafidah.
" Bukan ke Tash PMR tahun ni?"
" Yalah tu. Tapi Mama tak marah pun kalau Tash tengok t.v. Kalau Midi, mesti dah kena sembur." Hamidi mengadu lagi. Qaseh menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Mama takut Midi tak baca buku. Kan tahun ni penentu hidup Midi." Qaseh membela Mak Ngahnya daripada dituduh oleh sepupu lelakinya itu. Qaseh memijakkan kakinya ke dalam rumah. Matanya teralih ke arah televisyen yang terpasang. Natashya sedang berbaring di hadapan televisyen yang terbuka. Ditangannya gadis itu langsung tidak ada buku.
" Akak tengoklah tu." Muncung Hamidi menghala ke arah Natashya. Qaseh menggeleng geram. Apa nak jadi dengan budak seorang ni? Hatinya berdetik. Qaseh melepaskan keluhan perlahan.
" Tash." Panggil Qaseh. Natashya masih tidak dengar atau buat-buat tidak dengar, Qaseh sendiri tidak pasti.
" Tashya…" panggil Qaseh buat kali kedua. Masih tiada respon dari gadis itu. Qaseh semakin bengang.
" Tashya." Kali ini lebih kuat panggilannya. Pantas Natashya bangun dari perbaringannya dan memandang wajah yang memanggil namanya.
" Akak." Natashya berjalan ke arah Qaseh dan tunduk menyalami kakak sepupunya. Bila masa Qaseh sampai pun, Natashya tidak menyedarinya kerana begitu asyik menonton televisyen.
" Apasal Tash tak baca buku?"
" Tash baru lepas baca buku, Kak. Ni saja nak lepas tension." Kata Natashya. Takut-takut untuk memandang wajah Qaseh.
" Akak jangan percaya cakap dia. Menipu." Adu Hamidi. Natashya menjeling geram kepada abangnya. Tak boleh simpan rahsia langsung! Hatinya bergetus geram. Qaseh memandang Natashya dengan tajam.
" Sibuk je dia ni." Marah Natashya.
" Sudah. Midi…Tash….Akak nak kamu berdua pergi naik atas baca buku." Arah Qaseh. Mereka takut dengan Qaseh. Walaupun dilihat wajah luarannya memanglah tenang tetapi Qaseh seorang yang tegas. Kesemua anak-anak Rafidah takut dengannya. Daripada yang sulung sehinggalah yang bongsu. Rafidah begitu senang sekali apabila Qaseh datang tolong mengajar anak-anaknya mengulangkaji pelajaran.
Anak Rafidah yang sulung mengikuti jejaknya dan melanjutkan pelajaran ke Luxembourg. Kecuali anak kedua Rafidah yang melanjutkan pelajaran di Malaysia Institute of Integrative Media (MIIM) atau lebih dikenali sebagai Akademi TV3. Dia lebih berminat dengan bidang penyiaran. Hamidi di tingkatan 5 dan Natashya di tingkatan 3. Anak Rafidah yang bongsu masih bersekolah rendah tetapi sedang menghadapi ujian UPSR. Kesian Mak Ngahnya pada tahun ini. 3 orang anaknya menghadapi ujian yang besar. Yang akan menentukan hidup masing-masing.
" Ala, Kak. Bagilah Tash tengok cerita tu sekejap." Rayu Natashya. Qaseh memandang wajah Natashya.
" Akak kata sekarang, maknanya sekarang." Lembut sahaja Qaseh berkata. Natashya memandang wajah Qaseh dengan muka sepuluh sennya.
" Kak, pleaseee…..Sekejap je." Masih berusaha memujuk Qaseh. Qaseh mendengus. Rafidah yang baru keluar dari dapur melihat gelagat Qaseh dan anak-anaknya.
" Nuradina Natashya Khairudin. When I said now, I mean it. Now." Natashya tahu. Apabila Qaseh memanggil namanya penuh siap nama Papanya sekali, mesti Qaseh tidak boleh bertolak ansur. Tetapi dia masih mencuba. Dirayunya lagi. Dia fikir dia mesti dapat melembutkan hati Qaseh.
" Bolehlah, Kak."
" Tashya…Tashya faham tak apa yang Akak cakap ni? Akak bukan cakap bahasa India atau Cina. Jauh sekali Spanish atau Korea." Sengaja Qaseh melontarkan kata-kata itu. Dia tahu Natashya begitu meminati cerita dari dua buah negara itu.
" Mama…" panggil Natashya. Cuba memancing simpati Rafidah. Qaseh memandang Rafidah yang sedang menatang mangkuk berisi tom yam. Tersenyum sahaja pada Qaseh. Biarlah budak ni sesekali rasakan kemarahan Qaseh. Kalau aku dan Papanya marah tak jalan, apatah lagi datuknya, bisik Rafidah sendirian.
" Betul cakap Kak Qaseh kamu tu, Tash. Mama tengok dari tadi lagi kamu melingkar depan t.v. Bila masa kamu baca buku?" Bidas Rafidah. Natashya terdiam. Dia tahu Rafidah tidak akan memihak kepadanya.
" Mama ni tak pernah nak sebelahkan orang." Natashya terus berjalan ke tangga untuk menuju ke tingkat atas. Hamidi mengangkat ibu jarinya kepada Mamanya. Tersenyum dan menggeleng sahaja Rafidah.
" Kamu pun pergi naik atas Midi." Qaseh berkata. Hamidi terus menuju ke biliknya. Puas hatinya dapat membuatkan Natashya masuk ke dalam bilik. Selagi tidak kena tengking, tidak bergeraklah. Terlekat sahaja punggungnya di hadapan televisyen.
Qaseh berjalan ke arah meja makan. Masakan Mak Ngahnya menusuk ke dalam hidung. Terliur pula dia. Tetapi dia sudah berjanji dengan Datuk hendak makan tengah hari di luar.
" Atuk dah siap. Jomlah." Qaseh mengalihkan pandangannya ke arah Datuk. Ada kerutan di dahinya. Dipandang Datuk ke atas dan bawah. Pelik.
" Kenapa? Tak elok Atuk pakai macam ni?"
" Bu..bukan tak elok. Cuma…." Ayatnya tergantung di situ.
" Kenapa Ayah pakai macam ni? Bukan ke Ayah nak keluar makan dengan Qaseh?" Rafidah pun sedikit pelik dengan Datuk.
" Memang Ayah nak keluar makan dengan Qaseh."
" Dengan kain pelikat dan baju panas?" tanya Rafidah sekali lagi. Datuk tersenyum. Qaseh memandang datuknya tidak berkedip.
" Qaseh kata nak keluar makan, kan? Jomlah." Ajak Datuk.
" Tapi Atuk…"
" Ini keluar makanlah jugak. Atuk keluar dari bilik dan Qaseh keluar dari pejabat." Qaseh faham dengan kata-kata datuknya. Mereka bertiga ketawa serentak. Qaseh melabuhkan punggungnya menghadap Rafidah.
" Midi dengan Tashya tak turun makan sekali ke, Mak Ngah?" tanya Qaseh. Rafidah menceduk kuah Tom Yam ke dalam mangkuk. Dihulurkan kepada Datuk. Dengan pantas sekali, Datuk menghirup kuah yang masih berasap itu. Terjelir-jelir lidah Datuk. Kuah itu masih panas. Ditambah pula dengan kepedasannya di tahap maksimum.
" Kejap-kejap lagilah baru panggil dia orang makan. Qaseh lekaslah makan. Nanti nak balik pejabat. Karang jam pulak. Dahlah pejabat kamu tu tengah-tengah area K.L." Rafidah berkata-kata. Qaseh mengangguk. Dia menceduk nasi dari mangkuk nasi yang jernih dihadapan Datuk. Memang dia lapar. Dari pagi lagi, dia hanya sempat menjamah roti sardin goreng. Itu pun hanya dua gulung sahaja.
" Alis tak balik makan tengahari hari ni, Mak Ngah?"
" Tak. Dia kata kawan dia dapat tiket free pergi tengok wayang. Makan kat luar lah tu." Rafidah turut menceduk nasi untuk dirinya.
Tengah hari itu mereka menjamu selera dengan begitu berselera. Tambah-tambah ada pula masakan kegemaran Qaseh iaitu ikan bakar Pari dan air asam. Kalau air asam yang dibuat Mak Ngahnya, memang tidak ada orang boleh lawan. Kecuali Puan Yasmin. Terasa rindu pula pada air tangan Mamanya. Selepas selesai menjamu selera, Qaseh meminta diri untuk pulang ke pejabat. Dia harus pulang dengan kadar segera kerana dia harus berjumpa dengan pelanggannya di pejabat.
BAB 11
SETAHUN KEMUDIAN…..
QASEH menuju ke bilik Encik Sulaiman. Bilik yang tertera CEO itu diketuk perlahan. Arahan masuk diberikan. Qaseh membuka pintu bilik tersebut dan perlahan-lahan masuk ke dalam bilik majikannya. Encik Sulaiman membuka kacamata dan memandang wajah Qaseh.
" Duduklah." Qaseh duduk di kerusi di hadapan Encik Sulaiman. Bosnya itu memakai semula cermin mata dan meneliti storyboard yang ada di hadapannya. Qaseh gelisah dalam duduk. Macam mana dia nak beritahu ni? Hati Qaseh bergumam sendirian.
" Kenapa Qaseh nak jumpa saya?" tanya Encik Sulaiman. Cermin matanya diturunkan sedikit supaya dapat memandang wajah Qaseh. Lambat-lambat Qaseh menyerahkan surat yang bersampul putih kepada Encik Sulaiman. Encik Sulaiman mengambil surat itu lalu membuka dan membaca. Surat perletakan jawatan. Encik Sulaiman agak terkejut dengan keputusan Qaseh.
" Kenapa Qaseh nak resign? Position Qaseh sekarang tak bagus ke? Atau gaji tak cukup? Kenapa tak beritahu saya? Boleh lah saya uruskan." Encik Sulaiman tidak mahu kehilangan pekerja terbaiknya. Qaseh menggelengkan kepalanya pantas. Encik Sulaiman terlalu baik kepada Qaseh. Bukan sahaja kepada Qaseh, pekerja-pekerjanya yang lain pun Encik Sulaiman tidak sanggup melepaskan mereka pergi.
" Bukan macam tu, Encik Sulaiman. Encik Sulaiman jangan salah anggap. Cuma…cuma…sekarang saya tengah bina syarikat saya sendiri." Qaseh menerangkan perkara sebenar. Dia menceritakan satu persatu. Kadang-kadang, Encik Sulaiman menganggukkan kepalanya yang separuh botak itu.
" Barulah saya faham sekarang. Baguslah awak nak buka syarikat sendiri." Qaseh memandang muka Encik Sulaiman tidak berkedip apabila mendengar kata-kata Encik Sulaiman.
" Encik Sulaiman tak marah?"
" Buat apa nak marah? Kan bagus anak bangsa sendiri nak buka syarikat. Lebih banyak saingan, barulah dunia perniagaan ni mencabar." Qaseh lega dengan penerimaan Encik Sulaiman. Disangkanya Encik Sulaiman akan melenting. Encik Sulaiman melipat kembali surat itu dan memasukkan surat tersebut ke dalam sampul surat.
" Ok. I’ll accept your resignation letter." Encik Sulaiman berkata-kata sambil berdiri. Qaseh juga turut berdiri. Encik Sulaiman menghulurkan tangannya. Qaseh menyambut huluran tangan tersebut.
" I hope you will always succeed. And I hope you can compete with my company." Mereka berjabat tangan. Qaseh mengerutkan dahi.
" I can’t compete with your company. It’s already established." Qaseh bercakap dalam loghat King Englishnya. Qaseh selalu masuk pidato dalam bahasa Inggeris semasa di sekolahnya dahulu dan muncul sebagai juara. Guru-gurunya juga amat menyukai cara Qaseh bercakap dalam bahasa Inggeris. Kalau orang tidak melihat mukanya, pasti orang akan mengatakan dia minah bermata biru.
" Take my words as a challenge…for you." Qaseh tersenyum dan mengangguk. Kata-kata Encik Sulaiman selama 2 tahun akan dijadikan pendorong semangatnya untuk menjadikan syarikatnya terkenal di dalam bidang pengiklanan.
Setelah mengucapkan selamat tinggal, Qaseh berjalan keluar dari bilik Encik Sulaiman. Dia terus menuju ke biliknya. Mengemas apa yang patut. Satu persatu barangnya disimpan di dalam kotak. Kemudian, dia menutup lampu di dalam bilik tersebut. Sebelum dia melangkah keluar, sempat dia memandang seluruh biliknya sekali imbas. Dia akan simpan segala kenangannya di dalam bilik ini ke dalam ingatannya. Qaseh menuju ke arah meja Aishah.
" Kalau kau nak mintak tolong, jangan lupa call aku." Kata-kata Aishah disambut oleh anggukan kepala Qaseh. Dia meletakkan kotak yang berisi barang-barangnya di atas meja Aishah. Qaseh bersalaman dengan semua pekerja-pekerja yang ada di syarikat Encik Sulaiman itu.
" Thanks, Kev for all your help."
" It’s my job to help you, Cik Qaseh." Qaseh tersenyum dengan kata-kata Kevin. Dia menyusuri satu persatu meja yang tersusun di dalam pejabat itu. Razif, Melah, Putri, Farzana, Mirza, Dewi, Radja, Ratana dan Fidel. Qaseh suka nama penuh Fidel iaitu Fidel Castro. Seperti nama Presiden Negara Cuba. Seorang demi seorang bersalaman dengan Qaseh.
" Fid, jaga Zana." Pesan Qaseh. Qaseh tahu Fidel menyukai Farzana. Tersipu-sipu Farzana. Yang lain hanya tergelak.
" Chief….Jaga anak-anak." Qaseh sempat berpesan kepada Razif. Semasa mula-mula Qaseh bekerja, Razif pernah memberitahu Qaseh bahawa dia sudah berkahwin dengan Ratana. Dan yang lain-lain adalah anak-anaknya. Mereka hanya bermain-main. Agaknya bosan duduk di pejabat. Seperti zaman kanak-kanak pula.
Teringat Qaseh semasa zaman kanak-kanaknya. Zaman itu tidak seindah yang disangkakan orang.
Ratana memukul lembut di lengan Razif. Razif tersenyum dan mengangguk. Qaseh tiba di meja Tina. Tina bangun dan bersalaman dengan Qaseh. Yang lain tercengang apabila Tina memeluk Qaseh. Aishah juga terpinga-pinga. Mereka semua tahu Tina tidak berapa menyukai Qaseh. Sudah banyak berita buruk mengenai Qaseh tersebar di bangunan itu. Siapa lagi kalau bukan Tina, tukang pembawa cerita. Semenjak dua menjak ini, Tina mula berubah. Dia tidak mengata Qaseh lagi. Tersenyum kepada bos perempuannya itu. Mereka juga ingin tahu apakah penyebab utama Tina berubah. Setiap kali ditanya kepada Qaseh, hanya tersenyum atau jawapannya, no comment. Qaseh berjalan semula ke arah Aishah. Berpelukan dengan sahabat baiknya itu.
" Kirim salam pada Eyla." Qaseh berbisik kepada Aishah. Aishah mengangguk. Raheyla, salah seorang rakan pejabat mereka telah ke luar negara atas urusan kerjanya. Bulan depan, barulah Raheyla pulang.
" Ok, guys. Bye." Kata Qaseh sambil melambai kepada rakan-rakan pejabatnya. Dia rasa tidak sanggup untuk berhenti kerja kerana suasana pejabatnya sekarang, sangat menyenangkan. Tetapi dia harus melaksanakan cita-cita yang pernah dibuat sewaktu dia di Luxembourg lagi.
" Cik Qaseh…Cik Qaseh…Nanti dulu." Qaseh berpaling. Namira menuju ke arahnya. Masih seperti dulu. Suka berlari-lari.
" Kenapa awak ni, Mira?"
" Encik Sulaiman nak jumpa dengan Cik Qaseh di bilik mesyuarat. Dia kata ada hal sikit. Dia lupa nak beritahu." Ujar Namira. Qaseh meletakkan semula kotak yang dibawanya dan menuju ke bilik mesyuarat. Namira berkata sesuatu ke arah teman sepejabatnya. Mereka semua menuju ke bilik mesyuarat. Qaseh membuka pintu bilik mesyuarat.
" Surprise." Jeritan pekerja-pekerja bergema di seluruh pejabat. Qaseh terkejut. Makanan tersedia di atas meja. Bihun goreng, macaroni goreng dan macam-macam snek serta bermacam-macam air bergas. Dia mengerutkan dahinya. Memandang ke arah Aishah yang tersengih. Zahrien turut hadir. Begitu juga dengan isteri Encik Sulaiman, Puan Widya.
" Macam mana boleh tahu saya nak letak jawatan hari ni?" Qaseh pelik. Semua menghalakan jari telunjuk masing-masing ke arah Aishah. Termasuk Encik Sulaiman. Puan Widya tersenyum. Qaseh bercekak pinggang. Kemudian, dia tersenyum. Ada bagusnya Aishah memberitahu tarikh dia meletakkan jawatan. Tidaklah hambar sahaja perpisahannya.
" Cik Qaseh, potonglah kek tu. Puan Widya buat khas untuk Cik Qaseh." Kata Ratana. Puan Widya tersenyum.
" Menyusahkan Puan saja." Ujar Qaseh. Dia paling tidak suka menyusahkan orang lain.
" Tak ada susahlah, Qaseh. Kek ni senang je nak buat. Potonglah kek tu." Puan Widya berkata. Dia juga tidak sanggup melepaskan Qaseh pergi. Sudah dianggap gadis itu sebagai anaknya. Tetapi, apakan daya. Qaseh juga mempunyai impiannya sendiri. Impian yang harus digapai.
Qaseh memotong kek tersebut. Mereka makan dengan begitu selera. Selepas selesai mereka menjamu selera, Qaseh menolong mereka berkemas. Sudah dihalang tetapi Qaseh tetap bertegas untuk menolong.
Selesai berkemas, Qaseh sekali lagi bersalaman dengan mereka. Puan Widya mencium pipi Qaseh. Qaseh terkejut dengan tindakan Puan Widya. Tetapi dia tetap tersenyum.
" Good luck." Puan Widya mengucapkan selamat berjaya kepada Qaseh.
" Terima kasih, Puan Widya."
" Tak payahlah Puan Widya. Auntie Widie, cukup." Qaseh tersenyum dan mengangguk. Dia senang dengan keramahan yang ditunjukkan oleh Puan Widya. Isteri bekas ketuanya itu memang peramah orangnya. Sesiapa sahaja yang bercakap dengannya, memang terasa seperti bercakap dengan kawan. Bertuah bakal-bakal menantunya. Terutama sekali Aishah.
" Aishah, saya bagi kamu cuti hari ni dan esok. Pergilah tolong Qaseh, apa-apa yang patut." Arah Encik Sulaiman.
" Eh! Tak payahlah, Encik Sulaiman. Nanti Encik Sulaiman tak ada secretary pulak." Qaseh menolak pertolongan Encik Sulaiman.
" Tak apa. Buat 2 hari ni, Mira boleh tolong saya."
" Terima kasih, Encik Sulaiman."
" Kalau dengan Puan Widya, awak panggil Auntie Widie. Dengan saya, panggil Uncle Man lah." Encik Sulaiman juga sudah menganggap Qaseh sebahagian daripada keluarganya. Qaseh tersenyum.
" Zahrien, pergi ikut dia orang."
" Hari ni dan esok jugak ke, Pa?"
" Hari ni je. Esok pergi kerja."
" Yalah, Pa." Aishah tertawa kecil melihat wajah tunangnya yang memuncung. Mereka bertiga menuju ke lif. Qaseh sempat berpaling dan melambai. Pejabat ini terlalu banyak kenangan manis daripada pahit. Akan disimpan kenangan ini buat selama-lamanya.
" Senang-senang nanti. Datanglah jenguk kami." Namira bersuara. Qaseh mengangguk. Mereka bertiga hilang ke dalam perut lif.
KERETA yang dipandu oleh Zahrien dan Qaseh, tiba di destinasi. Mereka membawa kereta masing-masing. Kecuali Aishah menaiki kereta Zahrien. Mereka memarkirkan kereta bersebelahan. Masing-masing keluar dari perut kereta. Aishah menolong Qaseh mengangkat kotak-kotaknya. Zahrien juga turut menolong.
" Jom." Ajak Qaseh. Aishah dan Zahrien membuntuti Qaseh. Mereka berjalan masuk ke dalam bangunan yang sudah siap diubahsuai. Aishah dan Zahrien terpegun dengan rekaan yang menghiasi ruang pejabat. Ruang pejabat nampak begitu luas dan ceria. Qaseh memang sukakan suasana yang dapat membangkitkan moodnya untuk bekerja. Mereka berjalan ke arah bilik pejabat Qaseh.
" Silalah, masuk. Taklah besar macam pejabat aku kat sana." Kata Qaseh merendah diri. Zahrien duduk di sofa sementara Aishah menarik kerusi dihadapan Qaseh dan duduk.
" Macam ni kau kata tak besar?" tanya Zahrien. Matanya masih memerhati sekeliling pejabat.
" Yalah. Kalau nak dibandingkan dengan bilik pejabat aku dulu. Memang tak setandingnya." Qaseh masih merendah diri. Zahrien masih lagi tidak puas hati dengan kata-kata Qaseh.
" Bilik kau ni dah macam bilik Papa aku, tau."
" Tapi…" belum sempat Qaseh menyudahkan ayatnya, sudah dipintas oleh Aishah.
" Apa-apa je lah. Apasal nak bertekak pasal bilik pejabat pulak?" tanya Aishah. Bingit telinga apabila mereka berdua ini mula bertelingkah. Ada sahaja yang tidak kena.
" Ok….ok…saya minta maaf." Kata Zahrien.
" Apa nama syarikat kau ni?" Aishah bertanya. Mengamati hiasan yang ada di dalam bilik pejabat. Simple. Seperti tuannya juga.
" Fragile Advertising Company." Jawab Qaseh sambil meneliti kertas-kertas dihadapannya. Zahrien berjalan mendekati mereka berdua dan duduk di sebelah tunangnya.
" Kenapa namakan Fragile?" tanya Zahrien. Dia sendiri tidak faham. Banyak lagi nama lain. Kenapa mesti memilih nama itu?
" Kau orang tengoklah syarikat aku ni. Kebanyakan terdiri daripada kaca. So, kaca fragile kan?" Qaseh menggawangkan tangannya ke seluruh bilik. Menunjukkan bilik serta syarikatnya di kelilingi oleh kaca.
" Tapi aku still tak paham. Kenapa nak pilih nama Fragile? Kau boleh letak, Qaseh Advertising Company. Ataupun Soraya Advertising Company." Cadang Aishah. Qaseh tergelak. Zahrien hanya mengiakan kata-kata Aishah.
" Kalau aku letak nama perempuan, mestilah pelanggan aku tak yakin. Sebab pemilik syarikat ni perempuan." Kata Qaseh sambil matanya menatap kembali kertas dihadapannya.
" Apasal pulak? Zaman sekarang ni, lebih ramai perempuan success daripada lelaki, tau. Kau tengok dekat universiti. Lebih ramai perempuan. Disebabkan perempuan terlebih daripada jangkaan dia orang, kuota untuk pelajar perempuan melanjutkan pelajaran ke universiti lebih tinggi. Bukan macam lelaki. Yang lulus setakat nyawa-nyawa ikan pun, boleh masuk. Sebab lelaki kurang." Aishah memberikan hujahnya. Qaseh tahu kalau Aishah sudah membuka hujahannya, ini bermakna panjanglah syarahannya nanti. Zahrien hanya memandang wajah Aishah sambil tersenyum kecil.
" Apasal, Ecah? Kau macam tak puas hati je." tanya Qaseh.
" Aku patutnya masuk universiti. Tapi disebabkan gred aku tak layak, tak dapatlah masuk. Masa zaman aku dulu, memanglah kuota untuk perempuan lebih tinggi. Tak tahulah zaman sekarang." Luah Aishah. Kesal apabila diingati kembali permohonannya untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti tidak layak.
" Dan kuota untuk lelaki jugak ada empat." Kata-kata Zahrien disambut jelingan tajam oleh Aishah. Qaseh tergelak besar.
" Beranilah awak nak tambah. Kahwin pun belum lagi." Zahrien cepat-cepat memujuk Aishah. Kalau Aishah sudah merajuk, mahu seminggu dia makan seorang diri. Aishah susah merajuk. Sekali dia merajuk, lamalah juga baru Zahrien dapat melembutkan hatinya. Qaseh tersenyum. Senang dengan pasangan di hadapannya. Aishah sudah tersenyum kembali. Sebenarnya, dia sengaja hendak menguji kesabaran Zahrien memujuknya.
" Kalau kau tak nak letak nama kau, kau letaklah nama parents atau nama atuk kau. Macam Encik Sulaiman. Dia letak nama W&S. Widya and Sulaiman. Orang tak tahu pun yang W tu nama perempuan. Kau letak QS. Qaseh Soraya." Aishah masih mencadangkan nama-nama untuk syarikat Qaseh. Qaseh masih belum mendaftar nama syarikatnya. Mana tahu, mungkin tergerak hati Qaseh untuk menukarnya. Qaseh seperti berfikir sesuatu. Tetapi sebenarnya dia sudah nekad hendak menggunakan nama itu.
" Kau tak payahlah nak cakap apa lagi. Aku tetap dengan pendirian aku. Nama Fragile mempunyai nilai sentimen kepada aku." Qaseh tetap dengan keputusannya. Tidak usahlah menghalangnya lagi. Qaseh seorang yang berpendirian tetap. Apa pun yang terjadi, dia tidak akan mengubah fikirannya. Dia menundukkan kembali wajahnya. Melakukan kerjanya.
" Sama dengan perasaan dan emosi tuannya?" tanya Aishah sambil memerhati seraut wajah yang tenang itu. Qaseh mengangkat muka memandang wajah Aishah. Diperhatinya sekeliling. Patutlah dia bercakap terus terang. Zahrien sudah lama menghilangkan diri. Ke tandas agaknya, fikir Qaseh. Aishah memeluk tubuh. Masih menanti jawapan yang keluar dari bibir merah merekah itu.
Aishah masih ingat lagi. Qaseh pernah bercerita kepadanya yang dia pernah bercinta dan juga dikecewakan semasa di zaman sekolahnya. Selepas 4 tahun kedua ibubapanya meninggalkannya, dia bercinta. Dia perlukan seseorang untuk mengisi kekosongan hatinya. Separuh mati dia cintakan lelaki itu. Tetapi akhirnya lelaki itu curang kepadanya. Dia hampir membunuh diri kerana kebodohannya ketika itu. Selepas itu dia sedar. Dia mula mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Dan semenjak daripada itu, dia kurang percaya kepada lelaki yang datang menghulurkan cinta. Baginya, semua lelaki sama sahaja.
" Perasaan aku rapuh, Ecah. Kau nampak aku kuat, tabah. Sebenarnya, tak. Masa parents aku meninggal, aku terasa seperti tak guna aku hidup. Aku nak ikut dia orang. Tapi keluarga mak cik aku dan kawan parents aku serta atuk, banyak memberi semangat dan dorongan kepada aku untuk teruskan hidup. Aku masih teruskan kehidupan aku sekarang ni disebabkan atuk. Kalau tak, aku memang tak balik Malaysia lagi ni. Balik sini, mengundang derita." Akhirnya terluah juga segala yang bersarang di dalam kepala Qaseh. Aishah menggengam erat jari jemari Qaseh. Dia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabat baiknya itu. Qaseh mengelap air matanya yang menitis.
" Aku dah lama nak tanya kau ni, Qaseh. Kau tak ada best friend lain ke selain aku?" teringin juga dia mengetahuinya. Qaseh selalu bersamanya. Kalau tidak dapat makan bersama Aishah, dia akan makan bersendirian. Seperti Aishah sahaja sahabat baiknya. Kesian juga Aishah melihatnya.
" Ada. Nama dia Tengku Nadirah. She’s so nice. Dia tak menunjuk dan sombong. Walaupun dia kerabat diraja, tapi dia dan family dia, treat aku macam aku ni salah seorang daripada dia orang. Tapi aku dah lost contact dengan dia. Sorang lagi kawan aku…dia duduk kat Luxembourg. Nama dia Maria." Aishah mengangguk dan mula berdiri. Dia berjalan di seluruh bilik. Meninjau keadaan jalan raya yang sesak daripada cermin bilik pejabat Qaseh.
Qaseh menundukkan mukanya semula. Menghadap bil-bil yang ada dihadapannya. Banyak betul belanja yang harus dikeluarkan untuk pembaikan pejabat ini.
" Ohh…"
" Kenapa kau tanya?"
" Saja je. Haa…Aku lupa nak beritahu kau sesuatu." Qaseh mengangkat wajahnya dan memandang Aishah yang masih memandang pemandangan di luar. Dialihkan mukanya ke arah Qaseh.
" Encik Sulaiman bagi Encik Fareez kat kau."
" Bagi Encik Fareez kat aku?" Qaseh tidak memahami maksud Aishah. Aishah tergelak. Pemikiran Qaseh mungkin tidak sama dengan pemikirannya.
" Kau ni otak biru lah. Encik Sulaiman bagi Encik Fareez kat kau sebab selama ni kan kau yang uruskan Encik Fareez." Qaseh bercekak pinggang. Buat-buat marah. Aishah seperti hendak mengenakannya.
" Siapa yang otak biru kat sini?" mereka sama-sama tergelak.
" Lagi satu, Encik Sulaiman bagi semua pelanggan yang pernah berurusan dengan kau untuk syarikat kau ni uruskan." Aishah berkata. Sudah lama dia memberitahu Zahrien akan syarikat yang dibina oleh Qaseh. Dia tidak menyangka Zahrien tidak boleh menyimpan rahsia dan memberitahu Encik Sulaiman. Encik Sulaiman telah membuat keputusan untuk menyerahkan semua pelanggannya yang pernah diuruskan oleh Qaseh kepada pekerjanya itu. Qaseh terkejut.
" Seganlah aku dengan Encik Sulaiman. Banyak dah dia tolong aku." Aishah berjalan semula dan duduk menghadap Qaseh.
" Terima sajalah. Encik Sulaiman kata, kalau kau tak nak uruskan, dia suruh aku cari syarikat lain untuk uruskan. Syarikat saya tak nak uruskan." Aishah mengajuk percakapan Encik Sulaiman. Perlahan-lahan Qaseh menganggukkan kepalanya bererti dia menerima pemberian Encik Sulaiman itu. Tetapi perasaan serba salahnya tetap ada.
" Ok. Jom pergi makan. Aku dah lapar ni." Ajak Aishah.
" Mana Zahrien?"
" Dia pergi solat."
" Wah! Semenjak dengan kau, aku tengok dia jarang tinggal sejadah." Usik Qaseh. Aishah mencapai beg tangannya di atas kerusi.
" Well…see the leg lah." Aishah membangga diri. Qaseh mencebik. Zahrien membuka pintu bilik pejabat Qaseh dan memandang ke arah mereka berdua. Entah apalah yang disembangkan oleh mereka berdua.
" Mengutuk saya ke?" tanya Zahrien. Mereka berdua tertawa kecil sambil melankah keluar dari pejabat Qaseh. Kemudian berjalan beriringan menuju ke kereta Zahrien.
Semasa di dalam restoran, Zahrien memesan makanan untuk mereka bertiga. Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan sampai. Mereka menjamu selera dengan begitu enak sekali.
" Kau orang jangan lupa datang kenduri kesyukuran kat rumah aku esok." Pesan Qaseh. Pasangan itu mengangguk tanda faham.
" Kau nak suruh aku bawak apa-apa ke?" tanya Aishah.
" Tak payah. Esok kau bawak diri je. Makanan semua sudah disediakan."
" Ok. Pukul berapa, yeh?"
" Pukul 8 malam. Zahrien pun jangan lupa datang tau?"
" Iya." mereka menyambung semula menjamu selera.
BAB 12
TETAMU mula memenuhi ruang tamu rumah Qaseh. Tidak ketinggalan bekas teman-teman pejabatnya turut hadir. Aishah dan Zahrien sudah lama sampai. Puan Sri Marlisa yang menguruskan catering untuk tetamu menjamu selera. Tan Sri Firdaus juga sibuk menguruskan kerja-kerjanya. Mereka tidak kisah dengan gelaran mereka sebagai orang yang berpangkat. Mereka berpuas hati dapat menolong Qaseh.
Qaseh duduk dalam biliknya. Dia duduk di meja solek. Sudah siap berpakaian. Memakai baju kurung yang dibeli oleh datuknya pada hari raya tahun lepas serta tudung untuk menutupi kepala. Matanya asyik menatap gambar ibubapanya yang terletak di atas meja solek. Diambil gambar itu dan dilekapkan di dada. Qaseh rindukan Mama dan Papa, hatinya merintih. Setitik air matanya jatuh. Lama-lama menjadi laju.
Pintu bilik diketuk. Segera dilap air mata yang berjuraian. Diletakkan semula gambar Tuan Nizam dan Puan Yasmin ke atas meja solek. Terjengul wajah Aishah yang tersenyum ke arahnya.
" Masuklah." Jemput Qaseh. Aishah masuk ke dalam bilik Qaseh. Terpegun Aishah melihat hiasan di dalam bilik itu. Bilik itu sangat simple tetapi sesiapa yang melihatnya pasti terpegun. Katil polster yang terletak elok di tengah-tengah bilik. Kain selendang tergantung di polster tersebut. Teddy bear diletakkan di tengah-tengah katil. Cadar berwarna hijau pucuk pisang. Meja solek yang diletakkan di sudut tepi katil. Meja sisi yang terletak di sebelah katil. Telefon cordless yang terletak di atas meja sisi itu juga berwarna hijau. Dua buah kerusi dan sebuah meja kecil yang diletakkan di tepi tingkap. Sesuai untuk orang yang gemar membaca novel, suratkhabar dan lain-lain bahan bacaan boleh duduk di situ sambil menenangkan fikiran. Bilik itu bercat hijau muda. Warna kegemaran Qaseh.
" Apasal kau ternganga ni?" tanya Qaseh. Lucu dia melihat wajah sahabat baiknya itu. Dia tergelak kecil.
" Lawa bilik kau, Qaseh." Puji Aishah. Qaseh tersenyum.
" Siapa hias bilik kau ni?"
" Arwah Mama aku." Perlahan sahaja Qaseh berkata-kata. Bilik itu tidak pernah berubah semenjak Puan Yasmin meninggal dunia. Qaseh mahu mengekalkan kenangan bersama Mamanya. Aishah yang terperasan perubahan wajah Qaseh segera menceriakan suasana.
" Eh, dahlah tu. Jom turun. Didi pun dah sampai. Encik Fareez pun ada jugak." Usik Aishah. Qaseh mencubit pinggang sahabatnya itu. Aishah melatah. Qaseh tergelak. Mereka beriringan turun ke bawah. Fareez dan tetamu yang hadir terpegun dengan kecantikan Qaseh memakai tudung. Qaseh tersenyum pada Fareez. Senyuman itu dibalas. Qaseh bersalaman dengan rakan-rakan pejabatnya.
Bacaan Yasiin bergema di seluruh ruang tamu dengan suara hadirin yang memenuhi ruang tamu. Qaseh duduk di sudut tepi dinding. Sambil membaca ayat-ayat yang terdapat di dalam surah Yasiin, air matanya turun dengan laju. Tangan Qaseh mengelap air mata yang seperti tidak mahu berhenti. Fareez yang duduk di sebelah Walidnya turut membaca surah Yasiin. Sesekali mata hitam itu bertembung dengan mata redup Qaseh. Tetapi hatinya tidak berdebar. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Qaseh bukanlah tidak cantik. Kalau nak diikutkan, dia lebih cantik dari bekas isteri Fareez. Setiap kali bertembung mata dengan Fareez, Qaseh menundukkan wajah. Hatinya bergetar hebat. Aishah di sebelah menyiku lengan Qaseh.
Selepas tahlil arwah dan doa kesyukuran untuk syarikat Qaseh dilakukan, Puan Sri Marlisa dan Tan Sri Firdaus menjemput tetamu-tetamu menjamu selera. Diantara tetamu-tetamu itu, Qaseh sempat melihat kelibat Encik Sulaiman dan Puan Widya. Aishah dan Zahrien turut menjamu selera.
" Qaseh tak makan?" entah bila masa Datuk berdiri di sebelah Qaseh. Dia sendiri tidak perasan.
" Kejap lagilah, Atuk. Atuk pergilah makan dulu." Datuk menuju ke kanopi yang tersedia di luar rumah. Qaseh lihat Rafidah dan suami serta anak-anaknya juga berada di dalam kanopi tersebut. Fikirannya menerawang.
" Qaseh tak makan?"
" Qaseh kata kejap lagi, kejap lagilah. Atuk pergi makan dulu sebab Atuk nak makan ubat. Nanti Qaseh pergi makan." Kata Qaseh lembut sambil matanya masih tidak melihat wajah datuknya.
" Kenapa kejap lagi?"
" Qaseh tak ada mood ni."
" Cik Qaseh tak ada mood?" Qaseh berasa pelik. Datuknya tidak pernah memanggilnya Cik Qaseh. Dipusingkan kepalanya menghadap wajah orang yang berkata-kata itu. Terkejut. Orang dihadapannya itu tersenyum menawan.
" En…cik…Encik Fareez…"
" Cik Qaseh tak jawab soalan saya lagi. Kenapa tak ada mood?" Fareez menyelukkan tangan ke dalam kocek seluar. Qaseh memeluk tubuh. Tersenyum. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan itu.
" Tak lalu nak makan." Ringkas jawapan Qaseh. Fareez tersenyum dan menggeleng.
" Tak lalu makan ke diet?" tanya Fareez. Qaseh tergelak. Fareez juga tergelak. Ada sepasang mata yang asyik memerhatikan mereka berdua dari jauh. Aishah menyiku Zahrien. Zahrien memandang wajah tunangnya. Dijuihkan mulut ke arah Qaseh dan Fareez. Kemudian, mereka saling berpandangan dan tersenyum. Puan Sri Marlisa tersenyum senang melihat perubahan Fareez yang semakin banyak tersenyum dan juga perangainya kembali seperti sebelum dia berkahwin. Hatinya tersenyum. Ada peluanglah Qaseh hendak menjadi menantunya. Memang itu impiannya dan arwah Puan Yasmin.
Dari dahulu lagi, dia memang suka kalau Fareez dijodohkan dengan Qaseh. Tetapi selepas Qaseh berlepas ke luar negara, Fareez terus berkahwin. Saat itu, Puan Sri Marlisa merasakan sudah tidak ada harapan untuk Qaseh menjadi menantunya. Tetapi kini, Yang Maha Berkuasa telah mempertemukan mereka untuk dijodohkan.
Seorang kanak-kanak lelaki berlari ke arah Fareez dan memeluk Fareez. Qaseh terkejut. Dia mengerutkan dahinya. Fareez perasan perubahan wajah Qaseh. Segera diperkenalkan Amirul kepada Qaseh.
" Qaseh, kenalkan Amirul. Anak saya. Mirul, ni Auntie Qaseh." Fareez menurunkan Amirul. Amirul bersalaman dan mencium tangan Qaseh. Qaseh mencangkung supaya pandangan Qaseh dan Amirul sekata.
" Amirul…"
" Auntie…" anak kecil itu terus memeluk Qaseh. Fareez terpinga-pinga tidak faham. Bagaimana anak kecil itu mengenali Qaseh? Sedangkan sebelum ini Fareez tidak pernah memperkenalkan mereka berdua.
" Mirul sihat?" tanya Qaseh.
" Sihat. Kenapa muka Auntie pucat?" petahnya anak itu berkata-kata. Qaseh tersenyum hambar.
" Auntie kurang sihat." Terang Qaseh.
" Biar Mirul cium pipi Auntie. Nanti Auntie sihatlah." Qaseh tersenyum. Dipandangnya Fareez sekilas. Kemudian, disuakan pipinya kepada anak kecil itu. Fareez tersenyum melihat telatah anaknya itu. Qaseh memeluk Amirul. Tan Sri Firdaus mendekati Puan Sri Marlisa yang masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri.
" Abang tengoklah tu. Kan bagus kalau apa yang kita lihat tu jadi kenyataan. Tentu arwah-arwah pun suka, kan Bang?" Puan Sri Marlisa masih lagi melihat adegan-adegan tersebut. Tan Sri Firdaus mengangguk perlahan. Fitri Azharina menuju ke arah Qaseh dan Fareez.
" Fareez, ada call." Fitri Azharina menyerahkan telefon bimbit adiknya itu. Fareez mencapain ya dan menjawab panggilan tersebut. Dia berdiri agak jauh daripada mereka. Fitri Azharina memandang sekilas ke arah Qaseh. Tetapi dipandangnya sekali lagi ke arah Qaseh.
" Qaseh?" tanya Fitri Azharina. Qaseh mendongak memandang wajah Fitri Azharina. Qaseh berdiri. Cuba untuk mengecam wanita yang memang selalu elegan dihadapannya. Terkerut-kerut dahi Qaseh memikirkan nama gerangan dihadapannya itu.
" Cik Rina?" Fitri Azharina mengangguk apabila namanya disebut oleh gadis dihadapannya.
" Tak payahlah panggil saya Cik Rina. Tak perlu formal sangat. Kita kan kat rumah Qaseh sekarang. Tak sangka Walid dan Ummi Kak Rina kenal Qaseh." Kata Fitri Azharina ramah. Kerana keramahannya itulah, kesemua pekerja-pekerjanya senang untuk berkomunikasi dengan bos mereka.
" Qaseh pun tak sangka."
" Qaseh bila balik Malaysia? Tak sangka Qaseh yang selalu dikatakan oleh Walid dan Ummi Kak Rina adalah Qaseh yang sama. Bekas pekerja terbaik Kak Rina. Qaseh dah bina syarikat sendiri pun. Baguslah macam tu." Ujar Fitri Azharina. Mereka berpelukan sebentar. Fareez terpinga-pinga. Tidak faham keadaan sebenar. Bagaimana Fitri Azharina kenal dengan Qaseh? Sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah berjumpa. Fareez mematikan talian telefon. Dia menuju semula ke arah kakaknya.
" Macam mana Kak Rina boleh kenal dengan Qaseh?" tanya Fareez setelah Fitri Azharina dan Qaseh meleraikan pelukan mereka.
" She’s my best employee." Kata Fitri Azharina sambil memandang Qaseh. Mereka sama-sama tersenyum. Fareez menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
" Best employee?" Fareez bertanya lagi. Fitri Azharina mengangguk.
" Qaseh pernah kerja dengan Akak masa kat Luxembourg. Dialah pekerja Akak yang terbaik. Susah Akak nak cari ganti dia bila dia berhenti. Bukan saja rekaan dia selalu mendapat pujian daripada pelanggan malahan pandai mereka iklan yang menepati citarasa pelanggan-pelanggan Akak yang cerewet tu." Pujian demi pujian yang keluar daripada mulut Fitri Azharina. Qaseh tersenyum. Memang begitulah perangai bekas majikannya itu. Kalau pekerjanya buat silap yang besar, masih tidak dimarahnya. Baik sungguh hati Fitri Azharina. Susah hendak mencari majikan sepertinya.
" Qaseh, mari makan." Rafidah berdiri dihadapan mereka bertiga. Amirul sudah hilang entah kemana. Mungkin terjumpa dengan rakan-rakan sebayanya dan bermain bersama mereka.
" Tak apalah, Mak Ngah. Kejap lagi Qaseh makan." Tolak Qaseh.
" Qaseh kan ada penyakit gastrik. Pergilah makan." Kata-kata Fitri Azharina itu mengejutkan Mak Ngahnya. Tiba-tiba Qaseh menjadi tidak keruan. Habislah kalau Mak Ngah tahu, desis hati Qaseh sendirian. Rahsia yang cuba diselindungkan kini terbongkar.
" Qaseh ada gastrik?" tanya Rafidah. Fitri Azharina pelik.
" Mak Ngah Idah tak tahu ke?" soal Fitri Azharina kembali.
" Tak." Pendek jawapan Rafidah. Cukup membuatkan Qaseh tidak sedap hati. Dia tidak mahu Rafidah memberitahu rahsia itu kepada Datuk. Fitri Azharina diam. Dia tidak tahu Qaseh menyembunyikan penyakitnya itu.
" Tak apalah, Mak Ngah. Qaseh dah lapar. Qaseh pergi makan, ya?" cepat sahaja kaki Qaseh melangkah menuju ke arah kanopi.
Semasa melintas dihadapan Rafidah, tiba-tiba kaki Qaseh tersadung batu. Nasib baik Fareez sempat menyambutnya. Kalau tidak, tersungkurlah dia. Qaseh cuba mengimbangi badannya kembali. Matanya bertembung dengan sepasang mata milik lelaki yang pernah dibenci dahulu. Ada kedamaian di dalam mata itu. Keselamatan yang tidak pernah dirasainya. Yang tidak mungkin dirasai pada lelaki lain.
Bunyi bising di kelilingnya membuatkan Qaseh tersedar yang mereka berada di depan orang ramai. Dia cepat-cepat berdiri kembali. Wajahnya merona merah. Aishah yang memerhati dari jauh hanya tersenyum. Qaseh membetulkan bajunya.
" Terima kasih, Encik Fareez." Qaseh meninggalkan mereka semua dan menuju ke arah kanopi. Aishah melambai ke arah Qaseh. Sahabatnya itu menuju ke arah Aishah. Qaseh menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Aishah dan Zahrien.
" Wah! Romantiknya scene tu." Usik Aishah.
" Hish, kau ni. Tak ada kerja lain ke? Asyik mengintip orang je. Patutnya kau kena jadi wartawan. Baru sesuai dengan kau." Aishah tergelak dengan kata-kata Qaseh. Qaseh bangun dan mengambil makanan yang terhidang secara buffet. Mereka menjamu selera.
Hampir kesemua tetamu mula meminta diri untuk beredar. Kecuali keluarga Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa sahaja yang tinggal. Mereka semua berada di ruang tamu. Aishah dan Zahrien juga sudah pulang. Qaseh, Fitri Shaliza dan Fitri Azharina berada di dapur. Menyediakan pencuci mulut dan memotong buah-buahan. Mereka menyusun piring buah-buahan dan pencuci mulut di atas dulang. Fitri Azharina menatangnya dan membawa ke ruang tamu untuk mereka semua mencuci mulut setelah kenyang menjamu selera. Qaseh menatang dulang yang membawa air kopi. Dia menyusun cawan-cawan tersebut di atas meja yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. Dituang air kopi ke dalam cawan-cawan dengan perlahan-lahan. Puan Sri Marlisa hanya memerhatikan Qaseh melakukan kerjanya. Kemudian, dia beralih memandang suaminya yang duduk di sebelah Datuk. Tan Sri Firdaus faham akan pandangan itu, mengangguk perlahan dan tersenyum. Anggukan kepala Tan Sri Firdaus itu benar-benar melegakannya. Puan Sri Marlisa pasti Qaseh akan menjadi menantunya. Akan ditunaikan janji yang telah dibuat bersama arwah-arwah.
" Liza ingat, Liza nak buat birthday party untuk Mya. Minggu depan birthday Mya." Kata-kata Fitri Shaliza itu memecahkan lamunan Puan Sri Marlisa. Dia memandang anak sulungnya itu.
" Lis pun ingat nak buat birthday party untuk Bell. Kita buat sekalilah, Kak. Kan tarikh lahir Mya dan Bell dekat-dekat." Fitri Shaliza terangguk-angguk mendengar kata-kata adiknya itu. Qaseh melabuhkan punggung di atas karpet sebelah Puan Sri Marlisa. Qaseh mendengar dengan penuh minat. Kaum lelaki hanya bercerita mengenai perihal mereka. Tidak dipedulikan apa yang diceritakan oleh kaum perempuan. Mereka masih asyik merancang apa yang patut dilakukan pada hari itu nanti.
" Boleh Qaseh tolong?" tanya Qaseh tiba-tiba. Puan Sri Marlisa, Fitri Shaliza, Fitri Marlis dan Fitri Azharina memandang ke arahnya.
" Qaseh tak payah buat apa-apa. Qaseh datang sebagai tetamu saja." Puan Sri Marlisa berkata. Qaseh tidak senang kalau tidak menolong mereka. Sudah banyak yang mereka lakukan untuk dirinya. Dia hendak menolong mereka pula. Dia berasa tidak senang hati kalau tidak pula menolong melakukan persiapan untuk hari majlis harijadi itu nanti.
" Tak boleh macam tu, Auntie. Dah banyak keluarga Auntie dan Uncle tolong Qaseh. Apa salahnya sekali sekala Qaseh tolong Auntie pulak." Ujar Qaseh. Mereka semua memandang wajah Qaseh yang seperti berharap dapat menolong mereka.
" Oklah. Apa yang Qaseh boleh tolong kami?" kata-kata Fitri Marlis melegakan perasaannya.
" Qaseh pandai buat kek. Biar Qaseh saja yang buat kek. Tak payah Kak Liza, Kak Lis nak beli pulak. Barang makanan lagi Kak Liza dan Kak Lis nak beli. Boleh?" cadang Qaseh. Mereka bersetuju dengan rancangan Qaseh. Akhirnya, mereka berdua mengangguk tanda bersetuju.
Setelah malam menganjak ke angka sepuluh, tetamu yang masih berada di rumah Qaseh meminta diri untuk pulang.
" Qaseh jangan lupa apa yang Qaseh janji, ok?" Fitri Marlis mengingatkan Qaseh kembali. Qaseh mengangguk. Dia bersalam-salaman dengan tetamu-tetamunya. Enjin kereta Fareez dihidupkan. Fareez mengendong Amirul yang sudah terlelap kerana terlalu keletihan. Cuma 5 buah kereta sahaja berada di perkarangan rumah Qaseh. Termasuk kereta Qaseh dan Rafidah yang masih tersadai di halaman rumah. Mereka semua sempat melambai ke arah Datuk, Rafidah, Khairudin dan Qaseh yang tercegat di depan pintu rumah. Mereka berempat masuk semula ke dalam rumah apabila kereta tetamu-tetamunya yang sebanyak 3 buah mula hilang dari pandangan. Mereka masuk semula ke dalam dan menutup pintu pagar serta menutup kesemua lampu. Rafidah dan suami serta anak-anaknya itu tidur di rumah Qaseh pada malam itu.
Qaseh masuk ke dalam kamar tidurnya. Dibuka pintu jendela dengan luas. Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus ke mukanya. Dipaling semula dan masuk ke dalam. Qaseh duduk di meja solek. Diperhatikan wajahnya. Memang ada iras-iras wajah Puan Yasmin. Dia tidak langsung seiras wajah Tuan Nizam tetapi perangainya serupa. Qaseh mengambil gambar Tuan Nizam dan Puan Yasmin yang sedang bergelak ketawa semasa menyambut hari jadi Qaseh yang ke-13. Hari jadi terakhir yang disambut bersama-sama kedua ibubapanya itu.
Qaseh keluar dari kamar tidurnya. Menuju ke bilik tidur Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Dikuak pintu kamar itu perlahan-lahan. Tidak mahu mengejutkan Datuk yang sedang tidur di bilik sebelah. Air matanya tumpah sebaik sahaja melihat gambar kahwin yang diambil oleh Tuan Nizam dan Puan Yasmin yang diletakkan di kepala katil. Gambar mereka yang sedang tersenyum bahagia. Keadaan kamar itu masih sama. Tidak ada yang berubah. Rafidah mengemas kamar itu sebelum majlis tahlil. Membersihkan habuk-habuk yang ada di dalam bilik itu. Dia cuba mengubah serba sedikit barang yang ada di dalam bilik itu. Tetapi segera dihalang oleh Qaseh. Dia mahu kenangannya bersama-sama Tuan Nizam dan Puan Yasmin senantiasa tersemat di dalam bilik itu. Dia tidak mahu mengubah satu perabot pun kerana cara susunan perabot-perabot itu adalah daripada ilham Puan Yasmin. Qaseh mahu sentiasa kekal sebegitu.
KEESOKAN paginya, Datuk mengetuk pintu kamar Qaseh. Tiada jawapan. Kemana pula dia ini pergi? Datuk memulas tombol. Tombol itu bergerak-gerak. Menandakan pintu kamar tersebut tidak terkunci. Datuk menguak pintu kamar itu perlahan-lahan. Katil Qaseh kemas. Seperti tidak ada orang yang tidur di atas katil itu. Datuk membuka pintu bilik air apabila tidak dengar ada bunyi air. Datuk semakin risau. Tiada kelibat Qaseh di dalam kamar itu. Semasa Datuk keluar dari bilik Qaseh, Datuk bertembung dengan Rafidah yang baru sahaja hendak turun ke tingkat bawah untuk menyediakan sarapan. Rafidah mengerutkan dahi apabila dilihatnya nafas Datuk turun naik. Rafidah semakin risau apabila Datuk menekan dadanya.
" Ayah…Ayah tak apa-apa ke? Ayah kena serangan lagi ke?"
" Tak…tak…Ayah risau, Idah. Ayah tak nampak Qaseh dari tadi."
" Dia tak ada dalam bilik?"
" Kalau ada dalam bilik, takkanlah Ayah risau macam ni." Ujar Datuk. Rafidah menggaru kepalanya. Kenapalah anaknya yang seorang ini menanyakan soalan begitu?
" Ayah tak cari dalam bilik lain?"
" Tak pulak." Kata Datuk ringkas. Rafidah memandang ke arah bilik-bilik tetamu. Tiba-tiba matanya terhenti di bilik adiknya.
" Ayah cuba cari Qaseh dalam bilik Zam."
" Betul jugak kan."
" Tak apalah, Ayah. Idah turun masak breakfast dulu. Ayah ada pesanan istimewa ke?" tanya Rafidah.
" Pesanan istimewa?"
" Yalah. Ayah teringin nak makan apa-apa ke?"
" Ayah makan je apa yang Idah masak."
" Baiklah, Ayah. Idah turun dulu." Kata Rafidah dan berlalu pergi.
Kaki Datuk menuju bilik Tuan Nizam. Dikuaknya perlahan. Datuk ternampak sekujur tubuh yang terbaring lesu di dalam bilik Tuan Nizam. Mata Qaseh nampak bengkak. Mungkin semalaman menangis terkenangkan Tuan Nizam dan Puan Yasmin.
Datuk perlahan-lahan melangkah masuk. Dia duduk di birai katil dan memandang wajah cucunya itu. Sudah lama Qaseh menanggung derita. Dapatkah Qaseh menerima perkara yang cuba dirahsiakan oleh Tuan Nizam, Datuk dan Rafidah? Adakah dia akan marah? Sedih? Datuk tidak mahu memikirkan kemungkinan itu. Dia tidak mahu Qaseh marah akannya. Dia terlalu sayangkan Qaseh. Datuk tidak sanggup kehilangan cucu yang dibelanya semenjak dari kecil lagi.
Qaseh membuka mata luas. Matanya kembali mengecil apabila matahari menyuluh mata. Digosok sedikit mata. Masih ada sisa kantuknya. Dilihatnya di birai katil. Air mata Datuk mengalir. Belum pernah dia melihat Datuk menangis. Inilah kali pertama.
Qaseh bangun dari katil itu dan duduk di sebelah Datuk. Dipeluknya Datuk kesayangan.
" Kenapa Atuk menangis?"
" Atuk rindukan Papa dan Mama."
" Qaseh pun rindukan Papa dan Mama. Qaseh terlalu rindukan mereka. Tapi, Qaseh tahu. Qaseh menangis macam mana pun, Papa dan Mama takkan kembali ke pangkuan Qaseh. Qaseh redha, Atuk. Qaseh relakan pemergian mereka." Kata-kata Qaseh cukup menyentuh hati Datuk.
" Atuk juga relakan pemergian mereka." Ujar Datuk. Mereka masih lagi begitu sehinggalah dikejutkan dengan panggilan Rafidah yang lantang.
" Sarjan dah panggil makan breakfast. Qaseh pergilah mandi." Qaseh tergelak besar dengan kata Datuk. Dia mengangguk. Datuk meninggalkan Qaseh dan keluar dari kamar arwah anaknya itu.
Semasa Datuk keluar dari bilik Tuan Nizam, dia bertembung dengan Khairudin yang juga baru hendak turun ke tingkat bawah.
" Warden dah panggil turun makan, Ayah."
" Ayah dengar. Kuat sungguh suara si Idah ni."
" Itu tak kuat lagi, Ayah. Kalau kadangkala lepas Subuh, Din tidur balik tapi terlajak sikit, lagi kuat suara Idah." Kata Khairudin. Qaseh terdengar kata-kata itu. Untung Rafidah mempunyai suami seperti Khairudin.
Qaseh keluar dari kamar tidur arwah ibubapanya dan menuju ke kamarnya sendiri. Dia harus membersihkan diri.
BAB 13
1 MAC 2006, harijadi Fitri Amelya dan Fitri Annabella. Qaseh tidak lupa dengan janjinya. Pagi lagi Qaseh sudah bangun. Dia sibuk mengacau adunan kek di dalam mixer. Cheese Cake dan Tiramisu Cake adalah kepakaran Qaseh. Memang tiada tandingannya di dalam kepakaran membuat dua jenis kek ini. Rafidah yang masuk ke dapur pun dihalaunya keluar. Tidak mahu ada gangguan semasa membakar kek. Itu kata Qaseh. Rafidah duduk di meja makan sambil memerhati anak saudaranya membakar kek. Setelah siap membakar dan menghias, Qaseh meletakkan kek-kek tersebut ke dalam peti sejuk. Dia berjalan ke arah bilik bacaan. Diambilnya stick note yang diletakkan di dalam laci menulis. Kemudian, dia menulis sesuatu dan dilekatkan di peti sejuk. Qaseh menarik kerusi dan duduk menghadap Mak Ngahnya. Dia langsung tidak terasa letih. Seronok dapat membakar kek sekali sekala. Qaseh bangun dari duduknya dan menuju ke rak membuat air. Dibancuhnya air oren sunkist dua gelas. Satu dihulurkan kepada Rafidah dan satu lagi dihirupnya.
“ Kek-kek tu untuk siapa?” tanya Rafidah. Dia meletakkan gelas ke atas meja. Dia tidak pernah tahu anak saudaranya yang satu itu mempunyai kepakaran membuat kek.
“ Untuk keluarga Auntie Marlisa. Kan, hari ni birthday Mya dan Bell.” Rafidah hampir terlupa. Nasib baik Qaseh mengingatkannya.
“ Kenapa baru buat hari ni?”
“ Kalau buat semalam, nanti tak segarlah kek tu. Lepas tu, cepat naik fungus. Qaseh buat hari ni supaya tahan lama.” Rafidah terangguk-angguk mendengar penjelasan Qaseh. Rafidah bangun untuk meletakkan gelas yang diminumnya itu ke dalam sinki. Semasa dia berjalan ke arah sinki, matanya sempat menatap nota yang dilekatkan di peti sejuk tersebut.
‘ AMARAN KERAS! Jangan sesiapa pun menyentuh kek-kek
yang berada di dalam peti sejuk ini. Kalau tercuit sedikit,
NAHASLAH KAMU….’
Tergelak Rafidah membacanya. Ada-ada saja Qaseh ni, fikir Rafidah.
RAFIDAH sudah siap berpakaian. Khairudin serta anak-anak mereka juga sudah siap berpakaian. Datuk juga sudah lama menunggu di bawah. Qaseh masih lagi tidak turun. Mereka semua menunggu Qaseh dengan sabar. Rafidah turun ke tingkat bawah. Terpegun Khairudin melihat isterinya.
“ Amboi! Wanginya awak.” Puji Pak Ngah Din.
“ Salah ke sekali sekala saya nak melawa?”
“ Saya tak kata pulak salah. Cuma awak terlalu wangi hari ni.” Usik Khairudin. Datuk tersenyum. Ketawa kecil anak-anaknya apabila melihat telatah ibubapa mereka.
“ Ooo… selama ni saya busuklah. Gitu?” marah Rafidah. Khairudin tahu isterinya itu pura-pura marah. Dipeluknya bahu isteri tersayang.
“ Awak busuk macam mana pun, bagi saya awak tetap wangi.” Usik Khairudin. Rafidah menerima lagi usikan daripada suaminya. Dicuit hidung Rafidah. Mereka suka bermanja walaupun dihadapan anak-anak.
“ Ah, sudahlah. Malas nak melayan awak. Alis, pergi panggil Kak Qaseh.” Arah Rafidah pada anak keduanya, Nuralis Balqish. Anak itu hanya menurut perintah dan menuju ke tingkat atas untuk memanggil kakak saudaranya itu.
Pintu bilik diketuk perlahan-lahan. Qaseh membuka pintu bilik dan Nuralis berdiri dihadapan pintu biliknya sambil tersenyum. Qaseh menjemputnya masuk. Nuralis melabuhkan punggungnya ke atas katil empuk Qaseh.
“ Kak, Mama dah panggil tu.” Nuralis memandang ke arah Qaseh. Tidak berkelip matanya. Qaseh nampak ayu walaupun hanya berseluar. Dia tidak mengenakan make up. Cukuplah sekadar berbedak dan berlipstik. Bukan hendak pergi berjumpa dengan kekasih hati, fikir Qaseh.
“ Ok tak?” tanya Qaseh. Nuralis mengangguk dan mengangkat ibu jarinya. Qaseh tersenyum. Mereka sama-sama menuju ke bawah. Qaseh menuju ke peti sejuk untuk mengambil kek-kek yang disejukbekukan. Qaseh membawa keretanya sendiri. Nuralis dan Hamidi menaiki kereta Qaseh. Dua buah kereta tersebut menuju ke destinasi yang sama iaitu rumah Puan Sri Marlisa.
“ SILALAH masuk…” jemput Puan Sri Marlisa. Qaseh masuk ke dalam banglo dua tingkat itu dan meletakkan kek-kek buatannya di atas meja di ruang makan.
“ Sampai dua Qaseh buat. Cukuplah satu.” Kata Fitri Shaliza.
“ Tak apalah, Kak Liza. Seingat Qaseh, Kak Fit pernah beritahu Qaseh yang Mya suka Tiramisu Cake dan Bell suka Cheese Cake. Lagipun, Qaseh reti buat dua jenis kek ni.” Fitri Shaliza tersenyum. Fitri Marlis menuju ke arah mereka dengan perut boyotnya. Dihidu makanan yang dihidangkan di atas meja makan.
“ Hmm…. Cheese Cake.” Kata Fitri Marlis. Memang dia menyukai kek itu. Tiba-tiba dia terasa ingin mencuit kek itu sedikit.
“ Fit…” tegur Ikhwan. Terhenti perbuatan Fitri Marlis. Dipandang muka suaminya. Dia begitu mengidamkan kek itu.
“ Tunggulah kejap. Sampai budak-budak tu potong kek dulu.” Fitri Marlis seperti merajuk dengan Ikhwan.
“ Akak tengoklah ni. Tak habis-habis. Macam budak-budak.” Ikhwan memeluk bahu isterinya. Memujuk supaya rajuk isterinya tidak berpanjangan. Fitri Marlis masih tidak makan dengan pujukan Ikhwan.
“ Sabarlah, Fit. Kejap lagi kita makan. Akak tahu. Fit lapar, kan?” tanya Fitri Shaliza. Adiknya mengangguk. Selera makannya bertambah semenjak berbadan dua ini.
“ Fit pergi duduk depan dulu. Wan, tolong bawak Fit ke depan.” Fitri Shaliza menyuruh Ikhwan membawa adiknya ke ruang tamu. Fitri Marlis masih tercegat di situ.
“ Fit nak Abang dukung ke? Tak laratlah Abang. Boleh patah bahu macam ni. Nak bawak dua beban.” Seloroh Ikhwan. Fitri Shaliza dan Qaseh sudah tergelak dengan lawak Ikhwan. Fitri Marlis tersenyum kecil tetapi dia cepat-cepat memasamkan mukanya kembali. Tidak mahu bagi muka kepada Ikhwan untuk mempermainkannya. Fitri Marlis meninggalkan Ikhwan dan kakaknya serta Qaseh. Dia menuju ke ruang tamu. Ikhwan masih berada di ruang makan. Bersembang bersama Qaseh dan kakak iparnya.
“ Abanggg…..” jerit Fitri Marlis tiba-tiba.
“ Ada-ada je lah Fit ni.” Ikhwan berlari ke ruang tamu. Fitri Marlis duduk di atas sofa sambil memegang perut. Wajahnya berkerut-kerut menahan sakit yang teramat sangat.
“ Ya Allah. Fit, kenapa ni?” tanya Ikhwan sambil duduk melutut dihadapan Fitri Marlis.
“ Sakit, Bang.” Ikhwan melihat kaki Fitri Marlis yang sudah dibasahi oleh darah. Mesti ada sesuatu yang berlaku pada kandungannya.
“ Kak….Kak….” laung Ikhwan. Fitri Shaliza dan Qaseh tergesa-gesa menuju ke ruang tamu.
“ Kenapa, Wan?”
“ Saya tak tahulah, Kak.” Ikhwan cemas. Walaupun ini anak keduanya tetapi sikap gelabah Ikhwan sewaktu Fitri Marlis melahirkan anak pertamanya, masih ada.
“ Air ketuban Fit dah pecah ke?” masih sempat Fitri Shaliza bertanya soalan. Fitri Marlis mengangguk dalam kesakitan.
“ Arghh….” Fitri Marlis hampir menjerit.
“ Jom kita ke hospital cepat.” Ikhwan mencapai kunci keretanya dan mengendong Fitri Marlis masuk ke dalam kereta.
“ Mummy…Mummy….” Panggil Fitri Annabella.
“ Daddy nak bawak Mummy pergi hospital. Bell tinggal dengan Mak dan Auntie, ye?” Ikhwan berkata kepada anaknya. Fitri Annabella mengangguk pantas.
“ Wan, kalau ada apa-apa call Akak tau.” Pesan Fitri Shaliza. Ikhwan mengangguk pantas. Kereta Ikhwan memecut laju. Fitri Shaliza risau akan keadaan adiknya.
SAMPAI sahaja di hospital, Ikhwan memarkirkan keretanya dihadapan pintu masuk hospital.
“ Encik, sini dilarang meletakkan kereta. Ini untuk kegunaan ambulans.” Kata seorang atendan hospital yang berada di hadapan pintu masuk hospital tersebut. Ikhwan tidak mempedulikan kata-kata atendan lelaki itu.
“ Encik, tolong saya. Isteri saya nak bersalin.” Kata Ikhwan dalam nada cemas. Atendan lelaki itu segera berlari ke dalam dan mengambil kerusi roda. Atendan lelaki tersebut membawa seorang pembantu untuk menolongnya mengangkat Fitri Marlis.
“ Encik, tolong alihkan kereta. Isteri Encik kami akan hantar ke wad bersalin.” kata atendan lelaki itu. Ikhwan mengangguk. Hatinya berdoa. Berharap Fitri Marlis akan selamat. Dia segera mengalihkan keretanya dan meletakkan di tempat yang sepatutnya.
Selepas itu, dia berjalan ke wad bersalin dan menunggu Fitri Marlis. Tetapi sudah hampir 3 jam Fitri Marlis berada di dalam. Ikhwan masih tidak tahu keadaan sebenar isterinya. Apabila setiap kali doktor atau jururawat yang keluar dari wad tersebut, dia akan bertanya. Jawapan mereka tetap sama. Masih belum bersalin.
“ Daddy…” laung suara seorang kanak-kanak. Ikhwan beralih kepada kanak-kanak itu. Anaknya, Fitri Annabella.
“ Bell datang dengan siapa ni?” tanya Ikhwan.
“ Tu.” Juih Fitri Annabella kepada orang-orang yang menuju ke arah mereka. Puan Sri Marlisa tergesa-gesa ke arah menantunya.
“ Ummi…Walid…Kak Liza…” mereka semua tersenyum ke arah Ikhwan. Tan Sri Firdaus menepuk bahu Ikhwan. Dia faham perasaan menantunya. Begitu juga perasaannya setiap kali isteri tersayang hendak bersalin. Paling dirisaukan ialah sewaktu Puan Sri Marlisa melahirkan Fareez. Sejak kandungannya dua bulan, dia sudah tinggal di hospital kerana menghidap penyakit darah tinggi. Hari-hari dia berulang ke hospital.
“ Eh! Kalau semua datang hospital, macam mana dengan birthday party tu?” tanya Ikhwan. Dia tidak mahu party itu tertangguh kerana Fitri Marlis.
“ Wan jangan risau. Qaseh, Fareez dan Rina akan uruskan birthday party tu.” Kata-kata Fitri Shaliza sedikit melegakan Ikhwan.
“ Macam mana keadaan Fit, Wan?” tanya Puan Sri Marlisa.
“ Entahlah, Ummi. Wan sendiri tak tahu. Tak ada orang beritahu pun macam mana keadaan Fit. Wan risaulah, Ummi.” Puan Sri Marlisa mengurut belakang Ikhwan. Puan Sri Marlisa begitu sayangkan menantu-menantunya tidak termasuk Shilea.
Seorang doktor yang berpakaian serba hijau menuju ke arah mereka. Bersama-sama doktor tersebut, seorang jururawat yang mungkin pembantu doktor tersebut menjinjing kertas yang diklipkan di atas kad yang keras.
“ Boleh saya tahu? Siapa suami Puan Fitri Marlis?” tanya doktor perempuan itu. Lemah lembut sahaja pertanyaannya. Diiringi dengan sebuah senyuman. Kesemua mata yang berada di ruang menunggu memandang ke arah doktor tersebut.
“ Saya suami dia.” Kata Ikhwan seraya bangun dari duduknya.
“ Saya Dr. Anyza. Saya bawak satu berita untuk Encik….” Kata-kata doktor itu menimbulkan rasa tidak sedap hati di hati semua yang berada di situ. Mereka juga turut berdiri dan menantikan butir-butir bicara seterusnya yang akan keluar dari mulut doktor itu.
“ Ikhwan.”
“ Encik Ikhwan…Saya terpaksa melakukan pembedahan Caesarean ke atas kandungan Puan Marlis.” Ikhwan hanya memejamkan matanya. Tidak sanggup untuk mendengar ayat seterusnya yang meluncur daripada mulut doktor itu. Tan Sri Firdaus memeluk bahu Ikhwan.
“ Kenapa, Dr.? Ada apa-apa yang tak kena dengan anak saya?” tanya Puan Sri Marlisa cemas.
“ Kandungan Puan Marlis songsang. Dia tidak boleh bersalin secara normal. Jadi, untuk menyelamatkan isteri dan anak Encik Ikhwan, saya terpaksa melakukan pembedahan Caesarean. Saya perlukan kebenaran daripada Encik Ikhwan untuk melakukan surgery dengan segera.” Kata doktor itu. Ikhwan terduduk semula di kerusinya.
“ Dr., patient kat dalam mengalami pendarahan yang banyak.” Kata jururawat itu. Terpampang perasaan cemas di wajah jururawat itu.
“ Encik Ikhwan, kita kena cepat. Kalau tidak, ini akan memudaratkan isteri dan anak Encik Ikhwan.” Ikhwan meraup mukanya.
“ Baiklah, saya setuju.” Akhirnya Ikhwan memberikan kebenarannya.
“ Janet, bagi kertas tu kat Encik Ikhwan untuk dia tandatangan.” Jururawat itu mengangguk apabila mendengar arahan daripada Dr. Anyza.
“ Ita, sediakan peralatan surgery.” Jururawat yang bernama Ita itu segera berlalu pergi. Dr. Anyza segera masuk ke dalam bilik pembedahan. Ikhwan berdoa di dalam hatinya. Dia harap isterinya selamat.
5 jam kemudian, Dr. Anyza keluar dari bilik pembedahan dengan senyuman lebar.
“ Tahniah, Encik Ikhwan. Isteri Encik Ikhwan telah selamat dibedah.” Doktor itu bersalaman dengan Ikhwan, Tan Sri Firdaus, Puan Sri Marlisa dan Fitri Shaliza. Dr. Anyza juga turut tersenyum. Dia dapat rasakan bahang kegembiraan yang dialami oleh orang-orang dihadapannya kini.
“ Cucu saya?” tanya Puan Sri Marlisa. Kegembiraan terserlah di wajahnya. Dia begitu bersyukur kerana anaknya selamat dibedah.
“ Perempuan. 3.2 kg.” Mereka semua tersenyum. Rezeki keluarga itu hendak mendapat anak perempuan lagi. Ikhwan tidak kisah. Baginya, itu adalah rezeki dan isteri. Yang dirisaukan adalah Fitri Marlis. Bagaimana dengan dia selepas pembedahan itu nanti?
Mereka berempat menuju ke wad yang Fitri Marlis ditempatkan. Keletihan. Terdengar deruan nafasnya yang perlahan. Ikhwan duduk di sebelah Fitri Marlis.
“ Terima kasih, Fit. Abang bangga dengan Fit. Fit tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran. Terima kasih sekali lagi kerana melahirkan anak perempuan yang sihat.” Sambil Ikhwan berkata-kata, tangannya menggengam erat jari jemari Fitri Marlis. Mata yang ada disitu menggambarkan kegembiraan yang teramat.
Fitri Shaliza terbayangkan sewaktu dia mula-mula melahirkan Fitri Adriana. Begitu jugalah kata-kata yang diluahkan oleh Azri. Kehangatan pelukannya masih terasa. Apabila dia melahirkan Fitri Amelya, semuanya berubah. Azri sudah tidak seperti dahulu. Tiada kasih sayang yang ditunjukkan kepada anak yang baru dilahirkan. Entah kenapa Azri begitu cepat berubah. Dia sendiri tidak tahu jawapannya dahulu. Kini, semua persoalan sudah terungkap. Fitri Shaliza nekad. Dia tidak akan melepaskan Azri dengan senang. Dia tidak akan membiarkan perempuan itu mengambil hati dan cinta suaminya yang pernah diberikan kepadanya satu masa dahulu. Fitri Shaliza benar-benar nekad kali ini. Biar apapun yang terjadi. Azri tetap dan selamanya akan menjadi hak milik kekal Fitri Shaliza. Itu janjinya pada anak-anak. Azri akan selamanya menjadi ayah mereka sahaja. Kasih seorang ayah tidak akan dibahagi-bahagikan.
Sentuhan Puan Sri Marlisa mengejutkan Fitri Shaliza. Dia memandang Umminya. Fitri Shaliza tahu. Puan Sri Marlisa tidak habis-habis menyalahkan dirinya sahaja. Penyebab Fitri Shaliza mengalami nasib sebegitu. Fitri Shaliza tidak pernah menyalahkan Umminya. Cuma sudah tertulis bahawa dia akan mengalami nasib seperti itu. Fitri Shaliza juga tidak menyalahkan takdir. Mungkin ini adalah salah satu cara Allah s.w.t ingin menguji hamba-Nya. Ingin menilai sejauh mana hamba-Nya tahan dengan dugaan dan cabaran yang mendatang.
Lamunan Fitri Shaliza berkecai apabila tangisan bayi kedengaran di dalam bilik wad kelas pertama itu. Fitri Shaliza masih ingat lagi semasa dia melahirkan Fitri Adriana, kelahiran bayi itu juga disambut di hospital swasta dan di bilik kelas pertama. Azri juga turut berada di sisi. Tetapi semasa Ftri Amelya, hanya hospital kerajaan dan bilik kelas kedua. Fitri Shaliza masih tidak kisah dengan itu tetapi Azri sudah tidak ada di sisinya. Menemaninya untuk menerima kehadiran ‘orang baru’. Azri sudah keluar pergi mencari perempuan yang lebih cantik dan lebih anggun untuk dibawa ke hulu ke hilir. Menayang kekasih barunya kepada kawan-kawan yang sekepala dengannya. Kesemua kawan-kawan Azri itu adalah kaki perempuan. Fitri Shaliza tidak suka Azri berkawan dengan mereka. Tetapi hendak dikata bagaimana lagi. Kawan-kawannya itu yang menghasut Azri untuk tidak mempedulikan isteri di rumah sebaliknya mencari kekasih baru.
Panggilan Fitri Marlis sekali lagi membelahkan lamunan Fitri Shaliza. Adiknya itu masih lemah. Tetapi masih mampu tersenyum bahagia dan gembira. Untung Fitri Marlis berkahwin dengan Ikhwan. Ikhwan mengqamatkan azan di telinga anak yang baru dilahirkan itu. Puan Sri Marlisa mengambil cucunya dan dicium kedua belah pipi kecil itu. Fitri Annabella terjerit kecil mahu melihat adiknya.
Ikhwan seorang suami yang penyayang. Fitri Shaliza sangat berharap Ikhwan akan menjaga Fitri Marlis sehingga ke akhir hayat. Mencurahkan sepenuh kasih sayang buat anak-anaknya. Menjaga dan melindungi mereka bertiga. Fitri Sueraya percaya, Ikhwan tidak akan melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah kepada dua orang puterinya. Fitri Shaliza tersenyum memandang Puan Sri Marlisa yang sedang memangku cucunya.
Fitri Shaliza menuju ke arah adiknya dan dicium kedua belah pipi Fitri Marlis. Kemudian, dia mengambil anak kecil itu dari pangkuan neneknya dan menciumi kedua belah pipi anak saudaranya. Puan Sri Marlisa menggenggam erat jari jemari Fitri Marlis. Dia senang hati melihat Fitri Shaliza sudah mula tersenyum. Dengan lebih ikhlas.
“ Kak Liza harap, Wan akan jaga Fit dengan baik. Dia telah berusaha menjadi isteri yang terbaik untuk Wan. Kak Liza nak kau orang berdua bahagia sehingga ke akhir hayat. Jangan jadi macam Akak.” Kata-kata nasihat dari Fitri Shaliza akan Ikhwan ingat sampai bila-bila. Itu juga janjinya. Puan Sri Marlisa menggenggam erat tangan Fitri Shaliza.
“ Akak, jangan cakap macam tu. Fit yakin, Abang Azri akan kembali dalam hidup Akak.” Fitri Marlis tidak mahu Fitri Shaliza berputus asa dalam memperjuangkan hidupnya.
“ Akak pun harap macam tu.”
“ Sudahlah tu. Bila kita nak buat kenduri cukur jambul untuk Shiqeen ni?” tanya Tan Sri Firdaus.
“ Apalah, Abang ni. Budak ni sebulan pun belum. Tali pusat pun belum gugur. Tunggulah seminggu dua lagi.” Ujar Puan Sri Marlisa.
“ A’ahlah, Walid. Dah tak sabar nak cukur jambul ke?” Ikhwan bertanya sambil tergelak kecil.
“ Iyalah tu. Dah lama Walid tak buat kenduri cukur jambul.” Mereka sama-sama tergelak. Fitri Shaliza turut tergelak. Puan Sri Marlisa lega dengan perubahan anaknya itu. Tidak lagi berwajah muram.
BAB 14
“ HELLO…Qaseh?” satu suara bertanya.
“ Qaseh bercakap di sini. Boleh saya tahu siapa di sana?” tanya Qaseh kembali. Dia tidak begitu mengenali suara yang menelefonnya.
“ Auntie Lisa ni.” Orang itu memperkenalkan dirinya.
“ Oh! Auntie. Kenapa Auntie call Qaseh?” lemah lembut Qaseh bertanya. Dia tidak mahu mengecilkan hati Puan Sri Marlisa. Sebenarnya dia banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan. Urusan itu terganggu kerana panggilan telefon tersebut.
“ Hujung minggu ni Auntie ada buat kenduri cukur jambul. Qaseh datanglah dengan Atuk dan ajak sekali family Mak Ngah Idah.” Qaseh meneliti diari yang berada di atas mejanya. Dia harap hujung minggu ini dia tidak begitu sibuk dengan urusannya. Nampaknya tidak ada apa-apa.
“ Insya-ALLAH, Auntie. Qaseh tak janji. Tapi kalau Atuk, mesti dia pergi.”
“ Qaseh sibuk ke?”
“ Sekarang ni agak sibuk. Qaseh baru dapat projek. Jadi, busy sangat. Tapi Qaseh akan cuba pergi ke rumah Auntie.” Jelas Qaseh perkara sebenar.
“ Kalau Qaseh tak boleh pergi, tak apalah. Nak buat macam mana. Tapi jangan lupa beritahu pada Atuk dan Mak Ngah, ya?” kata Puan Sri Marlisa. Dia benar-benar mengharap Qaseh dapat menghadirkan diri. Tetapi dia juga tahu anak muda itu baru sahaja memulakan syarikatnya. Dia tidak boleh leka dalam menjalankan tugasnya.
“ Insya-ALLAH, Auntie.” Selepas itu mereka mematikan talian telefon. Qaseh bersandar pada kerusi empuknya. Kemudian dia teringat sesuatu dan segera menekan interkom.
“ Fern, masuk sekejap.” Arah Qaseh pada setiausahanya, Fernaizza. Selepas menerima arahan daripada ketuanya, Fernaizza segera masuk ke dalam bilik pejabat Qaseh dengan membawa buku catitan dan sebatang pen untuk menulis arahan daripada ketuanya.
“ Hari ni saya ada temu janji dengan Raja Zikri. So, saya nak awak tolong informkan pada Mutiara Idaman. Katakan saya nak berjumpa dengan wakil mereka secepat mungkin sebelum saya buat storyboard. Dan…satu lagi. Tolong beritahu Encik Fareez yang saya tak dapat lunch dengan dia hari ni.” Segala arahan yang baru sahaja diberikan, dicatit ke dalam buku catitan. Memang Qaseh sukakan cara Fernaizza bekerja. Kemas dan teratur. Terangguk-angguk dia menerima arahan daripada Qaseh.
“ Itu saja, Cik Qaseh?” tanya Fernaizza. Mahukan kepastian. Dia tidak mahu kerjanya tidak selesai.
“ Itu saja.” Fernaizza menuju ke pintu untuk keluar. Tetapi dia berpusing semula ke arah Qaseh apabila namanya dipanggil.
“ Saya nak keluar sekarang. Kalau ada sesiapa telefon saya, suruh dia tinggalkan pesanan.” Arah Qaseh. Tersenyum pada setiausahanya yang satu itu. Qaseh berdiri dari kerusi empuknya.
“ Baiklah, Cik Qaseh.” Fernaizza menuju semula ke pintu dan keluar daripada bilik tersebut. Dia menuju ke mejanya dan mula melakukan tugas-tugas yang baru sahaja diberikan oleh Qaseh.
Qaseh mengambil tas tangan dan beg bimbitnya yang berisi storyboard di bawah meja. Qaseh keluar dari bilik dan melintasi meja Fernaizza.
“ Cik Qaseh, wakil Mutiara Idaman nak berjumpa dengan Cik Qaseh esok pada pukul 10.00 pagi.” Fernaizza memberitahu ketuanya itu. Terkejut Qaseh. Pantasnya Fernaizza melakukan arahan yang diberikan. Tidak rugi dia mengambil Fernaizza bekerja dengannya.
“ Cepatnya awak dapat bercakap dengan wakil Mutiara Idaman.” Kata Qaseh. Fernaizza tersenyum.
“ Mungkin talian Mutiara Idaman tak sibuk.” Fernaizza bergurau. Dia senang dengan Qaseh. Boleh bergurau. Kalau dengan majikannya dahulu, bergurau sahaja sedikit sudah pasti akan ditempelak.
“ Ada-ada saja awak ni. Tolong catit dalam kalendar. Takut terlupa.” Kata Qaseh. Fernaizza mencatit temu janji untuk esok di dalam kalendar dihadapannya. Qaseh pun turut mencatit temu janji tersebut di dalam diarinya. Dia tidak mahu terlepas satu pun pelanggan-pelanggan baru. Inilah masa untuk syarikatnya kukuh berdiri. Setanding dengan syarikat-syarikat pengiklanan yang sudah sedia ada.
“ Dia nak jumpa saya kat mana?”
“ Kat Intekma Resort, UiTM Shah Alam.” Jawab Fernaizza. Qaseh mencatit di dalam diari. Kemudian, disimpan diari tersebut.
“ Oklah, saya pergi dulu.” Qaseh berjalan meninggalkan Fernaizza. Setelah kelibat Qaseh hilang dari pandangan, Fernaizza meneruskan semula kerjanya. Banyak lagi tugasan yang harus diselesaikan.
Oleh kerana syarikat Qaseh baru sahaja beroperasi, pekerjanya juga tidak ramai. Jadi, Fernaizza terpaksa melakukan bermacam-macam kerja. Dialah setiausaha, dialah pereka iklan dan dia jugalah penyambut tetamu.
QASEH memarkirkan keretanya di tempat letak kereta di KLCC. Sambil meletakkan keretanya, sempat lagi Qaseh mengomel seorang diri.
“ Nak parking sekejap pun mahal.” Qaseh keluar dari keretanya dan menuju ke arah eskalator yang disediakan. Menuju ke arah Ground Floor. Qaseh terasa malas hendak naik eskalator. Dia memilih untuk naik lif. Qaseh menekan butang untuk naik ke tingkat atas. Pintu lif tersebut terbuka dan Qaseh masuk ke dalam. Lif itu sesak dengan orang ramai yang datang ke KLCC pada waktu tengah hari untuk menjamu selera. Tangannya tidak sampai. Dia terpaksa meminta tolong kepada orang yang paling hampir dengan butang lif tersebut. Diucapkan terima kasih. Sebaik sahaja lif itu sampai di tingkat 1, berpusu-pusu orang ramai keluar daripada lif tersebut. Qaseh juga turut berebut untuk keluar. Belum sempat Qaseh keluar, pengunjung-pengunjung kompleks membeli-belah itu yang sedang menunggu di luar menolak Qaseh dan dia tertolak semula ke dalam lif tersebut. Qaseh tidak ada cara lain lagi. Kalau bercakap elok, tentu mereka tidak dengar. Satu sahaja caranya.
“ Boleh tak bagi orang lain keluar dulu? Tak larinya lif ni.” Qaseh berkata separuh menjerit. Semua mata yang ada di situ memandangnya. Termasuk pelancong-pelancong asing. Tebal mukanya. Hilang sudah keayuannya. Mereka memberi laluan kepada Qaseh untuk keluar. Ada yang berbisik, ada yang ketawa dan tidak kurang juga ada yang mencebik pada Qaseh. Tetapi dia buat tidak tahu sahaja. Buat apa dilayan mereka semua. Buek habih beras ajo, bisik Qaseh di dalam hati.
Pantas kakinya menuju ke arah Restoran Chinoz In The Park yang terletak di pintu keluar KLCC. Tercari-cari wajah pelanggannya. Jumpa. Dia segera menuju ke arah pelanggan yang sedang menunggunya. Dia terasa segan. Sepatutnya dialah sampai dahulu. Ini tidak, pelanggan sampai dahulu sebelum dia.
“ Sorry, Raja. Lambat sikit.” Qaseh meminta maaf. Dia tahu itu silapnya.
“ It’s ok. Saya pun baru sampai.” Kata-kata Raja Zikri itu melegakan hatinya. Dia tercari-cari wajah seseorang.
“ Raja kata Raja bawak isteri sekali. Dimana dia? Tak nampak pun.” Mata Qaseh melilau ke sekeliling restoran tersebut.
“ Kejap lagi dia sampailah tu.” Qaseh meletakkan beg bimbitnya di atas kerusi. Raja Zikri tersenyum memandangnya.
“ Silakan duduk.” Pelawa Raja Zikri.
“ Terima kasih.” Qaseh terus sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Raja Zikri mengangguk perlahan.
“ Shall we begin?” tanya Qaseh. Membuka zip beg bimbitnya.
“ Kita order dulu makanan.” Raja Zikri melambai ke arah seorang pelayan. Pelayan tersebut menuju ke arah mereka.
“ Macam biasa, Raja?” tanya pelayan tersebut. Qaseh memandang pelayan itu. Pelik dengan pertanyaan pelayan itu. Raja Zikri yang terperasan riak wajah Qaseh segera menerangkan perkara sebenar.
“ Saya dan isteri saya selalu makan kat sini.” Kata Raja Zikri. Qaseh memandang wajah Raja Zikri dan mengangguk. Kemudian tersenyum. Pelayan tersebut memegang menu di tangannya. Diserahkan kepada Raja Zikri dan Qaseh. Qaseh meneliti menu tersebut. Mahalnya makanan di sini. Dia menelan air liur seketika. Tak apalah. Sekali-sekala, kata Qaseh sendirian.
“ Hari ni saya nak tukar selera. Bagi saya Sirloin Steak.” Raja Zikri menyerahkan semula menu tersebut. Qaseh masih lagi tercari-cari makanan yang sedap dan boleh melalui ‘tekak’ Melayunya. Dia jarang menjamu makanan Barat. Selalunya masakan kampung dan Laksa sahaja menjadi santapannya.
“ Drinks?” memang kebiasaan pelayan itu akan bertanya soalan yang sama kepada setiap pelanggannya.
“ Mocha Ice.”
“ Untuk Tengku?” tanya pelayan itu lagi.
“ Macam biasa.” Ujar Raja Zikri. Pelayan itu mencatit sesuatu di atas kertas memesan makanan.
“ Cik?” pelayan itu menanya kepada Qaseh.
“ Bagi saya Chicken Chop.” Itu sahaja yang rasanya mampu mengenyangkan seleranya. Diserahkan semula menu tersebut kepada pelayan itu.
“ Drinks?”
“ Apple juice.” Pelayan tersebut hendak beredar untuk memberi pesanan pelanggan kepada tukang masak di dapur.
“ Chicken Chop?” tanya Raja Zikri. Pelayan itu tidak jadi hendak beredar. Dia memaling semula ke arah mereka berdua.
“ That’s a normal dish. Kenapa tak order sesuatu yang tak dapat kat restoran lain?” tanya Raja Zikri. Qaseh tersenyum sumbing.
“ Saya memang suka Chicken Chop.” Kata Qaseh. Dia tidak mahu memilih makanan lain. Kalau dia pilih lain, takut nanti tidak terhabis pula. Pelayan tersebut segera beredar.
“ Sekarang ni, Chicken Chop boleh dapat kat mana-mana saja. Even the mamak’s stall also you can get it.” Ujar Raja Zikri. Qaseh terasa kerdil dihadapan Raja Zikri. Mungkin kerabat diraja yang seorang ini selalu makan makanan yang mewah. Qaseh makan ala kadar sahaja. Janji dapat mengalas perut. Qaseh memandang ke sekeliling restoran.
“ Itu isteri saya dah sampai.” Tuding Raja Zikri ke arah seorang perempuan. Qaseh mengalihkan pandangannya ke arah yang ditunjukkan oleh Raja Zikri. Dia seperti pernah nampak perempuan tersebut. Tetapi dimana, ya? Tergaru-garu Qaseh mencari jawapan.
“ Sorry, Yang. Lambat. Jalan jam.” Isteri Raja Zikri duduk disebelahnya. Wanita itu penuh elegan. Berjalannya pun ada gaya. Dia memang seperti pernah berjumpa perempuan itu. Dia masih tidak dapat jawapannya lagi.
“ Qaseh, kenalkan isteri saya, Tengku Nadirah. Nad, this is the designer for our company.” Raja Zikri memperkenalkan Qaseh kepada Tengku Nadirah. Mereka bersalaman. Seketika kemudian, Tengku Nadirah terpana.
“ Qaseh?” tanya Tengku Nadirah tidak percaya.
“ Nad…” mereka berpelukan. Raja Zikri terpinga-pinga. Tidak faham dengan kejadian yang berlaku dihadapannya. Orang ramai yang menjamu selera di dalam kedai tersebut turut menyaksikan mereka berdua. Mereka meleraikan pelukan. Duduk di tempat masing-masing.
“ Lama tak jumpa kau. Kau kemana sebenarnya?” tanya Tengku Nadirah. Dia sudah lama tidak berjumpa dengan rakan baiknya sewaktu zaman persekolahan. Selalu tertanya-tanya di dalam fikirannya. Kemanakah menghilang Qaseh selama ini? Tidak sangka dia akan berjumpa dengan Qaseh kembali. Setelah beberapa lama.
“ Aku tak kemana. Aku kat sinilah.”
“ Aku try call kau. Tapi Atuk cakap kau ada kat Luxembourg. Kau buat apa kat sana, hah?” becok mulut Tengku Nadirah bertanya.
“ Aku tak buat apa. Cuci mata. Kata ramai orang kulit putih kat sana. Manalah tahu, kalau sangkut sorang.” Qaseh berseloroh. Tengku Nadirah memasamkan mukanya.
“ Kau ni, main-main tau.” Tengku Nadirah pura-pura merajuk.
“ Aku gurau sikit pun tak boleh. Aku nak buat apa lagi. Belajarlah. Aku ambil advertising.” Qaseh menjawab soalan Tengku Nadirah dengan gaya percakapannya sewaktu di zaman persekolahan. Manja dan periang. Lupa sebentar dia pada Raja Zikri. Seronok dapat berjumpa Tengku Nadirah. Mereka asyik bersembang sehingga lupa akan tujuan mereka berjumpa. Makanan yang dipesan pun sampai. Lagilah rancak mereka bersembang.
“ Wei, Zeke…Nad…” panggil satu suara. Terhenti perbualan Qaseh dan Tengku Nadirah. Mereka berdua mengalihkan pandangan ke arah tetamu yang baru sahaja tiba.
“ Syukur, Alhamdulillah. Kau dah sampai, Fareez. Kalau tak, aku macam orang bodohlah kat sini. Tercongok sorang-sorang.” Kata-kata Raja Zikri meledakkan tawa Tengku Nadirah dan Qaseh.
“ Awak tengok. Saya pun dah ada orang nak bersembang.” Ujar Raja Zikri. Tengku Nadirah mencebikkan bibirnya.
“ Eh, Qaseh?” Fareez cuba mengecam gadis dihadapannya. Qaseh tersenyum manis ke arah Fareez.
“ Kau kenal dia ke?” tanya Raja Zikri.
“ Kenal. Dialah yang commercialise syarikat aku.” Raja Zikri mengangguk mendengar penjelasan Fareez. Fareez duduk disebelah Qaseh.
“ Qaseh kata tak dapat lunch dengan saya.”
“ Sebab saya nak berjumpa dengan pelanggan saya.” Ujar Qaseh. Fareez memesan makanan. Seketika kemudian, makanan yang dipesan sampai. Leka mereka berempat bersembang. Selesai menjamu selera, Raja Zikri memesan pencuci mulut.
“ Hmm….Raja, boleh kita mulakan sekarang?” tanya Qaseh. Raja Zikri mengangguk memandang Qaseh. Qaseh mengeluarkan storyboard yang sudah disiapkan untuk ditunjukkan kepada Raja Zikri dan Tengku Nadirah. Satu persatu storyboard dilihat oleh Raja Zikri.
“ I like your creative mind. This is perfect. What do you think, honey?” tanya Raja Zikri kepada Tengku Nadirah. Ditunjukkan storyboard tersebut kepada isteri di sebelahnya.
“ Awak sajalah yang buat keputusan. Saya tak pandai sangat tentang benda-benda ni semua.” Tengku Nadirah menyerahkan semua keputusan kepada suaminya. Raja Zikri lebih mahir dalam soal-soal komersial ini.
“ I want to change the colour. It’s too…dull.” Raja Zikri sukakan warna-warna cerah.
“ Ok. Lepas saya perbaiki, nanti saya tunjukkan pada Raja.”
“ Ok. Mmm…Qaseh kawan dengan Nad, kan?”
“ Ya. Kenapa, Raja?”
“ Kalau dengan Nad, Qaseh tak panggil Tengku. Dengan saya pun tak payahlah Raja. Panggil saja Zeke….Z.E.K.E…Zeke.” Raja Zikri peramah orangnya. Qaseh tersenyum dan mengangguk.
“ Awak tak ingat ke?” tanya Tengku Nadirah. Raja Zikri memandang wajah isterinya dengan kerutan di dahi.
“ Ingat apa?”
“ Masa awak dan Fareez datang KLCC untuk makan. Lea pun ada sekali. And then, saya datang dan kita bercakap-cakap. Lepas tu, baru saya introduce Qaseh pada you guys. Ingat tak?” Tengku Nadirah memutarkan kembali memori mereka berdua. Fareez teringat sesuatu.
“ Ooo…yang pakai baju kurung tu?” Fareez bertanya inginkan kepastian. Tengku Nadirah mengangguk pantas.
“ Patutlah macam pernah tengok. Saya ingatkan girlfriend lama saya.” Kata-kata Raja Zikri dibalas dengan cubitan lembut dipahanya oleh isteri tersayang.
“ Gatal.” Getus Tengku Nadirah. Geram. Ketawa Raja Zikri dan Fareez meledak. Qaseh tersenyum kecil. Masih teringat lagi di zaman sekolahnya dahulu. Tidak ada yang berubah pada diri Tengku Nadirah.
Tengku Nadirah terkenal dengan gelaran playgirlnya semasa di sekolah kerana berkawan dengan pelajar-pelajar lelaki di sekolah tersebut. Qaseh pula lebih dikenali sebagai sidekick Tengku Nadirah. Dimana ada Tengku Nadirah, di situlah akan ada Qaseh. Ada juga antara rakan-rakan lelaki Tengku Nadirah meminati Qaseh, tetapi dibuat endah tak endah sahaja. Pernah cuba diperkenalkan tetapi jawapan Qaseh tetap sama, masih belajar. Belum sampai masanya untuk bercinta. Tetapi akhirnya, Qaseh tertewas pada seorang lelaki sahaja di zaman persekolahan. Ashwad. Nama yang sentiasa melekat di bibir Qaseh sewaktu mereka sedang hangat memadu kasih. Naik menyampah Tengku Nadirah mendengar nama itu. Asyik-asyik Ashwad. Bosanlah dia. Selepas putus cinta dengan Ashwad, hati Qaseh seolah-olah tertutup untuk menyambut huluran cinta daripada lelaki. Baginya, semua lelaki sama sahaja. Tengku Nadirah cuba memujuk Qaseh untuk berkawan dengan sepupu Tengku Nadirah yang tergila-gilakannya. Qaseh buat tidak layan. Sudah lama perkara itu berlaku tetapi Qaseh masih lagi bersendirian. Entah siapalah yang ditunggunya. Mungkin putera raja dari kayangan, agaknya.
Gelak ketawa mereka bertiga memecahkan lamunan Qaseh. Tersenyum Qaseh pada Tengku Nadirah. Ketawa Tengku Nadirah masih seperti dahulu. Kuat. Lagaknya tidak seperti kerabat diraja. Dipandang wajah Fareez yang menghabiskan sisa-sisa tawanya. Wajah Fareez yang putih itu menjadi kemerah-merahan kerana terlalu banyak ketawa. Leka Qaseh meneliti wajah di sebelahnya. Tengku Nadirah menendang kaki Qaseh dengan perlahan. Terjaga dari lamunannya. Nasib baik Fareez tidak perasan. Memandang Tengku Nadirah. Tengku Nadirah tersenyum sinis. Qaseh mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia melihat sekilas jam di tangan.
“ Aku minta diri dulu, Nad.” Kata Qaseh sambil mengemas storyboard dan dimasukkan ke dalam beg bimbitnya.
“ Awal lagi ni. Kau ambil je cuti half day.” Ujar Tengku Nadirah.
“ Tak bolehlah, Nad. Aku ketua kat syarikat sekarang. Kalau aku tunjukkan prestasi yang tak bagus, macam mana aku nak jadikan diri aku teladan kepada pekerja-pekerja aku.” Ada benarnya kata Qaseh.
“ Kau tahu nombor phone aku, kan? Sesenang call lah aku.” Kata Tengku Nadirah. Akhirnya mengalah pada Qaseh.
“ Kau masih pakai nombor lama?”
“ Yup. Cuma kau tu aje yang malas nak call aku. Yalah. Mana nak ingat kita lagi. Dah buka syarikat baru pun tak nak beritahu kita. Siapalah aku.” Kata Tengku Nadirah. Seperti merajuk sahaja bunyinya. Qaseh dan Tengku Nadirah berdiri. Mereka berpelukan sebentar sebelum Qaseh beredar dari situ. Pelukan dileraikan. Qaseh menggenggam jari jemari Tengku Nadirah.
“ Kau jangan merajuk. Aku janji, aku akan call kau.” Janji Qaseh.
“ Kau jangan tak call aku.” Pesan Tengku Nadirah sekali lagi. Qaseh tersenyum dan mengangguk.
BAB 15
QASEH mengenakan baju kurung berbunga kuning dan tanahnya berwarna coklat. Sesuai dengan warna kulit Qaseh. Dia sudah berjanji akan menghadiri kenduri cukur jambul anak Fitri Marlis. Pada mulanya Puan Sri Marlisa menelefon Qaseh tetapi dia tidak janji untuk menghadirinya. Apabila Fitri Marlis dan Fitri Shaliza turut menelefonnya dan mendesak dia datang, akhirnya dia berjanji kepada mereka berdua bahawa dia akan menghadiri kenduri tersebut. Qaseh turun ke tingkat bawah. Datuk sudah siap berpakaian. Rafidah berada di dapur juga sudah siap berpakaian. Khairudin baru sahaja melangkah turun ke tingkat bawah.
“ Alis, Midi, Tash, Leya….” Laung Khairudin. Anak-anaknya berlumba turun tangga dan mendapatkan Papa mereka.
“ Dah siap semua? Jomlah. Nanti lambat pulak.” Mereka semua menuju ke pintu rumah untuk keluar. Seperti biasa, Alis dan Midi akan menaiki kereta Qaseh. Mereka menuju ke rumah Puan Sri Marlisa. Kenduri cukur jambul diadakan di sana.
Sepatutnya di rumah baru Fitri Marlis. Dia hendak membuat sekali kenduri doa selamat masuk ke rumah baru tetapi dia terpaksa membatalkan niat tersebut. Puan Sri Marlisa tidak membenarkan Fitri Marlis membuat perancangan itu kerana Fitri Marlis sedang berpantang. Nanti bentan, kata Puan Sri Marlisa. Fitri Marlis terpaksa akur dengan kata-kata Umminya. Almaklumlah. Orang tua lebih berpengalaman daripada mereka.
TETAMU mula mengerumuni rumah Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa. Qaseh mencelah di antara tetamu yang berada di situ. Fitri Adriana dan Fitri Amelya ternampak kehadiran Qaseh di tengah-tengah arus tetamu yang semakin ramai. Mereka menarik tangan Qaseh dan membawanya masuk ke dalam rumah. Acara dimulakan dengan Marhaban. Yang diketuai oleh Puan Sri Marlisa sendiri. Sedapnya suara Auntie Lisa, hati Qaseh berdesis. Alunan ayat-ayat suci Al-Quran bergema di seluruh ruang tamu. Qaseh duduk berteleku di sebelah Fitri Shaliza. Cuba menghayati ayat-ayat tersebut. Teringat dia sebentar pada Mama tersayang. Kalau Mama ada, kan bagus, detik hati kecil Qaseh. Puan Yasmin juga turut aktif dalam kumpulan Marhaban. Puan Yasmin yang banyak menyumbang dalam kumpulan tersebut. Daripada pakaian hinggalah peruntukan. Air matanya menitis. Segera dikesat. Tidak mahu orang lain perasan akan perasaannya yang duka. Ada sepasang mata dapat menangkap perbuatan Qaseh. Selepas itu, acara Marhaban itu sudah selesai. Fitri Marlis mendukung anaknya. Kesakitan masih dirasainya. Kesan daripada pembedahannya masih belum sembuh. Dicuba untuk bangun. Segera dihalang oleh Fitri Shaliza. Fitri Marlis masih berkeras. Puan Sri Marlisa mendekati anaknya itu.
“ Fit duduk. Biar Ummi yang angkat Shiqeen.” Puan Sri Marlisa mengambil cucunya daripada dukungan Fitri Marlis. Ahli kumpulan Marhaban tersebut beratur menunggu giliran masing-masing untuk mencukur rambut anak Fitri Marlis. Puan Sri Marlisa berjalan ke arah seorang perempuan sambil mendukung cucunya. Perempuan itu mengambil gunting dan mencukur sedikit rambut cucu Puan Sri Marlisa. Seorang demi seorang mencukur rambut anak Fitri Marlis.
“ Apa nama cucu, Puan Sri?” tanya salah seorang ahli kumpulan itu, Puan Rajnah. Kesemua mata memandang ke arah Puan Sri Marlisa.
“ Fitri Nadia Nurashiqeen.” Kata Puan Sri Marlisa sambil mengucup pipi Fitri Nadia. Fitri Marlis tersenyum. Nama Nurashiqeen itu diambil sempena nama nenek Ikhwan. Ikhwan amat menyayangi neneknya itu. Nadia pula nama sahabat baik Fitri Marlis yang menghilangkan diri sejak 6 tahun lalu kerana disahkan menghidap penyakit barah. Mungkin membawa diri. Sehingga sekarang, jejak Nadia masih tidak dapat dikesan.
“ Amboi…Panjangnya nama.” Sahut seorang lagi ahli kumpulan mereka, Puan Che Yatimah. Mereka semua tergelak. Puan Sri Marlisa mengedarkan beg-beg yang berisi bunga telur, kuih-muih, cawan dan duit kepada setiap ahli kumpulan tersebut.
“ Jemputlah makan.” Puan Sri Marlisa mengajak mereka semua menjamu selera setelah mengedarkan beg-beg tersebut. Mereka semua menuju ke arah khemah yang telah disediakan untuk tetamu menjamu selera.
Kesemua ahli keluarga Puan Sri Marlisa sibuk melayan tetmau. Qaseh juga tidak ketinggalan. Seperti dia juga sebahagian daripada keluarga tersebut.
“ Q….” kata satu suara. Qaseh seperti mengenali suara itu. Tiada siapa yang tahu namanya itu. Hanya rakan-rakannya di Luxembourg dahulu memanggilnya dengan nama Q. Singkatan untuk Qaseh. Perlahan-lahan dia memalingkan mukanya ke arah orang tersebut. Terkejut dia dengan kehadiran orang yang amat dikenalinya itu dihadapannya.
“ Adib?” tanya Qaseh kembali. Orang dihadapannya itu menganggukkan kepalanya. Dia hampir-hampir tidak cam dengan perubahan Adib kini.
“ Wei! Dah lama tak jumpa kau. Makin cantik pulak aku tengok.” Puji Adib. Qaseh berasa segan.
Adib adalah kawan sekursus dengannya semasa di Luxembourg. Tetapi Adib lebih tua daripadanya. Adib pernah cuba memikat Qaseh tetapi Qaseh kata mereka lebih sesuai menjadi seorang kawan. Semenjak daripada itu, mereka berkawan sehingga kini. Cuma semenjak Qaseh pulang ke Malaysia, mereka sudah jarang bertanyakan khabar. Sehingga mereka terputus hubungan. Baru hari ini mereka berjumpa kembali.
“ Kau buat apa kat sini?” tanya Qaseh.
“ Main hoki.” Gurau Adib.
“ Kau ni main-mainlah. Aku cakap betul-betul ni.”
“ Aku anak saudara tuan rumah ni. Kau kenal Tan Sri Firdaus? Aku anak adik Tan Sri Firdaus lah.” terang Adib. Barulah Qaseh faham. Bermakna Adib sepupu Fareez? Fareez mendekati mereka berdua.
“ Dib…” panggil Fareez. Adib bersalaman dan berpelukan dengan Fareez. Masing-masing tersenyum.
“ Lama tak jumpa kau. Baru hari ni kau datang.” Ujar Fareez sambil matanya memandang wajah disebelah.
“ Kau kenal Qaseh?” tanya Fareez apabila Adib memandang Qaseh dan tersenyum kepadanya.
“ Taklah. Aku ternampak gadis cantik tadi. Ni yang aku nak berkenalan dengan dia.” Qaseh tertunduk malu dengan ayat yang dituturkan oleh Adib.
“ Ada-ada jelah Adib ni.” Ujar Qaseh. Dia segera meninggalkan mereka berdua di situ. Adib tergelak besar. Fareez seperti orang bingung. Tidak faham dengan situasi yang berlaku dihadapannya.
“ Aku gurau je tadi. Aku kenal dengan Qaseh masa kat Luxembourg dulu. Akulah yang introduce Qaseh bekerja dengan Kak Rina.” Kata Adib. Mereka berdua berjalan menuju ke arah khemah yang telah disediakan di dalam perkarangan rumah banglo itu. Adib bersalaman dengan setiap ahli keluarga Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa. Sempat dia mendukung Fitri Nadia. Adib nampak tidak kekok dengan bayi walaupun dia belum berumahtangga. Qaseh masih berdiri dihadapan khemah dan menjemput tetamu-tetamu yang baru sahaja tiba untuk makan. Adib sedang mengacah Fitri Nadia. Sesekali matanya memandang wajah Qaseh. Masih seperti dulu. Kesedihan tetap bertamu dihatinya.
Adib pernah cuba mengorek rahsia hatinya tetapi Qaseh berdiam sahaja. Apabila Adib bertanya, hanya senyuman sebagai jawapan kepada persoalan Adib. Qaseh tidak akan menceritakan kesedihan yang ditanggungnya. Wajahnya sentiasa ceria. Tidak menunjukkan riak-riak kesedihan. Adib kadangkala tidak faham dengan Qaseh. Fareez perasan akan perbuatan Adib tetapi dia buat tidak tahu sahaja. Dia tidak mahu mengambil tahu akan kisah silam mereka. Buat apa? Dia pun bukannya ada kaitan dengan hidup Qaseh. Tetapi riak wajah Qaseh tidak pernah menunjukkan kesedihan dihatinya. Setiap kali Fareez melihat wajah itu, hanya lirikan mata yang redup diiringi dengan senyuman manis sehingga menampakkan lesung pipitnya. Akan tetapi, bila tiba masa untuk dia meluahkan segala kesedihannya dengan menitiskan air mata, Fareez turut merasakan kesedihan Qaseh dapat dihilangkan dengan keadaan sebegitu.
BUNYI deringan jam loceng mengejutkan Fareez dari lenanya. Dia menekan punat dan menutup kembali jam locengnya. Sebentar kemudian, ketukan di pintunya bertalu-talu. Dengan malas, dia bangun dari katilnya dan menuju ke arah pintu. Membuka selak pintu perlahan-lahan. Terjengul wajah Puan Sri Marlisa.
“ Kenapa, Ummi? Pagi-pagi buta lagi dah kejutkan Fareez ni.” Kata Fareez sambil menutup mulutnya yang terbuka luas kerana menguap. Dia menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Kacau saja orang pagi-pagi ni. Nak rehat pun tak senang, bisik hati Fareez.
“ Fareez tak nak pergi kerja?” tanya Puan Sri Marlisa. Mengerutkan dahinya. Fareez pelik. Pergi kerja apa hari-hari minggu macam ini.
“ Hari ni kan hari Ahad, Ummi.” Fareez berjalan semula ke arah katilnya dan merebahkan badan yang keletihan. Penat melayan tetamu masih bersisa. Puan Sri Marlisa melangkah masuk ke dalam bilik anaknya yang kembali ‘bujang’ itu.
“ Hari Ahad? Bukan ke hari ni hari Isnin?” Puan Sri Marlisa melihat kalendar yang berada di atas meja tulis. Betullah hari ini hari Isnin.
“ Hari Isnin apa pulak, Ummi. Kan semalam kita buat kenduri cukur jambul?” Fareez memeluk bantalnya dan menyambung kembali tidurnya yang terganggu. Nampaknya Fareez tersilap tengok haribulan.
“ Hari ni berapa haribulan?” tanya Puan Sri Marlisa sambil matanya tidak lepas menatap kalendar tersebut.
“ 21. Kenapa?”
“ 21 hari Isnin, sayang.” Kata Puan Sri Marlisa lembut. Mata Fareez yang terpejam terus terbeliak.
“ Hari Isnin?” tanya Fareez meminta kepastian.
“ Kita buat kenduri hari Ahad.”
“ Alamak! Fareez dah lewat ni.” Sempat dia mengerling sekilas ke arah jam locengnya. 8.45 pagi. Fareez terus sahaja menuju masuk ke dalam bilik air. Mandi ala kadar sahaja. Tidak perlu teruk-teruk. Sembur sahaja minyak wangi. Selesai berpakaian dan menyembur hampir setengah botol minyak wangi, Fareez turun ke tingkat bawah.
“ Fareez tak makan?” tanya Puan Sri Marlisa dari dalam dapur.
“ Taklah, Ummi. Fareez dah lambat.” Fareez menyarungkan sarung kaki dan kasut. Puan Sri Marlisa menuju ke arah anak lelaki tunggalnya.
“ Makanlah sikit.” Pujuk Puan Sri Marlisa.
“ Tak apalah, Ummi. Walid dah pergi pejabat ke, Ummi?” tanya Fareez pada Umminya apabila kereta Tan Sri Firdaus tidak kelihatan di garaj.
“ Dah. Pukul 7.00 pagi lagi Walid dah keluar ke pejabat.” Kata-kata Puan Sri Marlisa itu menimbulkan rasa bersalahnya kerana tidak bangun awal. Kadangkala, dialah yang memandu Walid ke tempat kerja. Tan Sri Firdaus hanya sesekali menggunakan keretanya. Apabila dia hendak pulang ke rumah, pemandu yang berada di pejabat akan menghantarnya pulang.
“ Fareez pergi dulu, Ummi.” Dia bersalaman dengan Puan Sri Marlisa. Fareez menuju ke arah keretanya dan mula menghidupkan enjin. Dia menderum pergi. Menuju ke destinasinya.
SETENGAH jam kemudian, dia tiba dihadapan bangunan FAF Architecture Sdn Bhd. Sampai sahaja dia meletakkan kereta di tempat letak kereta yang disediakan khas untuk pegawai-pegawai yang berjawatan besar. Termasuklah dirinya. Tergesa-gesa dia menuju ke arah pintu lif yang terbuka. Ditahan pintu lif tersebut. Fareez masuk ke dalam lif dan membetulkan baju kot yang berkedut sedikit. Pekerja-pekerja bawahannya yang berada di dalam lif yang sama dengannya, memandang Fareez dari atas hinggalah ke bawah. Fareez tidak peduli akan pandangan itu. Dia masih dengan muka selambanya.
“ Hai, Encik Fareez.” Sapa satu suara. Fareez berpaling. Ifah tersenyum menggoda ke arahnya. Fareez membalas kembali senyumannya itu dengan perasaan jengkel. Menyampah dia dengan Ifah, kaki penggoda. Boleh dikatakan semua pegawai di syarikat itu hendak digodanya. Setakat yang muda, tidak apalah lagi. Ini yang tua sudah bercucu pun dia berkehendakkan. Ifah juga mempunyai pangkat yang tinggi di FAF Architercture.
Ifah memandang Fareez dari atas ke bawah. Dia pernah cuba membuat Fareez sangkut padanya tetapi jerat tidak mengena. Fareez semakin meluat adalah. Dia hampir kehilangan jawatannya di syarikat itu. Dirayu kepada Tan Sri Firdaus dan majikanya itu memberikan Ifah satu lagi peluang tetapi bersyarat. Ifah hanya boleh duduk di biliknya sahaja. Tidak boleh buat kerja lain. Setiausahanya sahaja yang melakukan berbagai-bagai kerja untuk Ifah.
Lif tersebut berhenti di tingkat 6. Fareez keluar dari lif tersebut. Dia sempat memandang sekilas pada Ifah. Bajunya tidak pernah elok. Singkat sana, terdedah sini. Macam manalah Walidnya boleh membenarkan Ifah bekerja di syarikat mereka. Tetapi Fareez tidak menafikan bahawa Ifah memang cekap apabila timbul pasal kerja. Semua kerjanya mesti selesai tepat pada masa yang diberikan. Tidak pernah terlewat.
Fareez melintas di hadapan meja Hadirah. Setiausahanya itu mengangkat kepala dan memandang ketuanya. Fareez membuka pintu bilik pejabat dan terus menuju ke arah meja yang berselerak dengan kertas kerja. Diletaknya beg bimbit itu ke atas meja. Dibuka penutup kole air yang terletak di atas meja. Air itu masih berasap. Hadirah memang tahu kegemarannya di waktu pagi. Dihirup sedikit air kopi pekat itu. Pintu bilik pejabat Fareez diketuk.
“ Masuk.” Fareez memberi arahan. Hadirah membuka pintu perlahan-lahan dan masuk ke dalam bilik tersebut. Dia menuju ke arah meja ketuanya. Dihulurkan sampul surat yang agak besar berwarna coklat. Fareez mencapai surat tersebut. Dikerutkan dahinya.
“ Surat apa ni, Didi?” tanya Fareez.
“ Saya tak tahu, Bos.” Jawapan ringkas daripada Hadirah. Fareez membuka surat itu dengan rakus. Ingin tahu apa isi di dalamnya.
“ Bila sampai?” tanya Fareez lagi.
“ Baru sekejap tadi. Bos perlukan apa-apa lagi?” Hadirah bertanya soalan ‘harian’ yang selalu ditanya kepada ketuanya.
“ Tak ada apa-apa.” Fareez masih cuba membuka sampul surat itu.
“ Kalau macam tu, saya keluar dulu.”
“ Baiklah, terima kasih.” Setelah Hadirah pasti ketuanya itu tidak memerlukan apa-apa, Hadirah keluar dari bilik tersebut dan menuju semula ke mejanya.
Bertimbun fail-fail di atas meja. Ini mesti kerja Darina. Kerja yang tidak boleh diselesaikan atau dia merasakan kerja itu terlalu berat, dia pasti akan menyerahkan tugasan tersebut kepada Hadirah. Gadis itu yang terpaksa selalu menolongnya menyelesaikan tugasan itu. Pernah Hadirah dimarahi oleh Fareez kerana dia tidak menyiapkan kerja sebaliknya kerja Darina yang disiapkan. Kadangkala, dia naik bengang dengan sikap Darina. Tapi, hendak buat macam mana lagi. Darina sepupu dengan Hadirah. Kalau Hadirah tidak menolong Darina, pasti gadis itu akan menelefon ibunya. Dan, ibu Darina akan menelefon pula ibu Hadirah. Balik sahaja dari kerja, sudah tentu Hadirah akan kena marah. Aishah paling banyak melindunginya daripada Darina. Pantang berjumpa, Aishah pasti akan bertengkar dengan Darina. Hadirah melepaskan satu keluhan. Apa-apapun, dia mesti selesaikan kerja yang diberikan oleh Fareez sebelum pulang. Fareez sudah memberinya amaran semalam.
Di dalam bilik, Fareez sedang membaca isi kandungan surat yang diterimanya itu. Surat hak penjagaan anak. Matanya terbeliak. Shilea benar-benar mengotakan janji yang pernah dilafazkan dahulu. Fareez bersandar pada kerusi empuk. Akhirnya hari yang ingin dielakkan selama-lamanya, muncul jua. Fikiran Fareez semakin kusut. Sepanjang hari di pejabat, Fareez hanya termenung. Satu kerja yang dilakukan tidak jalan. Mesyuarat bersama pelanggan dibatalkan. Sehinggakan dia dimarah oleh Tan Sri Firdaus kerana tidak menyelesaikan kerjanya. Dia tidak peduli. Norman terpaksa menguruskan mesyuarat bersama pelanggannya. Hari itu Fareez pulang sangat lewat.
Puan Sri Marlisa yang berada di rumah risau akan keadaan anaknya yang masih belum pulang. Mundar mandir di ruang tamu.
“ Awak ni kenapa, Lisa?” tanya Tan Sri Firdaus.
“ Saya risau, Bang. Fareez tak balik-balik lagi ni.” Puan Sri Marlisa meluahkan kerisauannya.
“ Kejap lagi baliklah tu. Dahlah. Saya nak naik tidur. Esok saya banyak kerja.” Tan Sri Firdaus bangun dan mendaki anak-anak tangga tersebut untuk menuju ke biliknya yang terletak di tingkat atas. Puan Sri Marlisa menjenguk ke luar. Manalah tahu anak lelakinya itu pulang. Kemudian, dia pun mengambil keputusan untuk naik tidur.
Fareez tiba di perkarangan rumahnya. Dimatikan enjin. Lama dia duduk di dalam keretanya. Seketika kemudian, dia keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Lampu rumah itu sudah terpadam. Fareez pasti penghuninya sudah tidur. Dia jalan berjengket-jengket menuju ke tangga untuk naik ke biliknya. Fareez merebahkan diri ke atas katil. Memandang kipas yang berputar perlahan. Entah macam mana dia terlelap.
PAGI esoknya Fareez dikejutkan dengan bunyi deringan jam loceng. Fareez terpisat-pisat. Dia menutup semula jam loceng tersebut. Tetapi ketukan yang betalu-talu di pintu mengejutkan dia yang kembali memejamkan mata kerana mengantuknya masih bersisa. Fareez membuka pintu bilik. Terjengul wajah Ummi kesayangan.
“ Fareez, lekas bangun. Nanti lewat macam semalam.” Kata Puan Sri Marlisa. Fareez mengangguk perlahan. Selepas Puan Sri Marlisa beredar dari situ, dia segera masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Sebentar kemudian, dia turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama ahli keluarganya.
“ Fareez ke mana semalam? Lambat balik.” Tanya Tan Sri Firdaus semasa Fareez melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
“ Fareez ada hal sikit.” Kata Fareez lemah. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengungkit akan hal semalam. Biarlah ianya berlalu menjadi mimpi buruk. Biarlah perkara semalam tidak pernah terjadi.
“ Makanlah.” Puan Sri Marlisa menghulurkan pinggan yang berisi bihun goreng kepada Fareez. Puan Sri Marlisa dapat mengesan sesuatu daripada perubahan wajah Fareez. Lebih banyak termenung. Kalau tidak, ada sahajalah perkara yang hendak dibualnya.
“ Abang pergi dulu.” Kata Tan Sri Firdaus bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah ruang tamu. Dia menyarungkan kasutnya dan berjalan ke arah kereta yang tersadai di luar rumah.
“ Ummi, Fareez pergi dulu.” Kata Fareez hambar. Apa guna dia makan kalau apa yang dimakan terasa tidak dapat melalui tekaknya. Dia harus selesaikan perkara ini terlebih dahulu. Dia tidak mahu Amirul terlepas dari tangannya. Dia mesti melakukan sesuatu. Dia mahu Amirul terus kekal menjadi hak miliknya. Selama ini pun, Shilea tidak pernah ambil tahu akan kewujudan anaknya. Tetapi kenapa kini? Apakah yang bermain di fikiran perempuan itu? Dia tidak mahu Amirul tinggal dengan Shilea. Fareez tidak tahu, ajaran apakah yang akan diberikan kepada anaknya kelak nanti. Fareez tidak mahu Amirul menjadi seperti Fauzi. Kaki perempuan. Fikirannya tidak ada di situ. Dia harus pergi mencari ikhtiar.
Fareez bersalaman dengan Puan Sri Marlisa dan dia juga turut menuju ke destinasi yang sama dengan Walidnya.
BAB 16
PETANG itu, Rafidah berjanji hendak memasakkan makanan kegemaran Qaseh dan Datuk. Qaseh sedang leka mengemas bilik arwah Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Dikemas almari baju. Album-album lama yang berada di dalam almari itu dikeluarkan. Satu persatu dibeleknya. Gambar dia daripada kecil hinggalah dia meningkat remaja. Qaseh memang gemar bergambar dari kecil. Cuma semenjak pemergian kedua ibubapanya, dia jarang mengambil gambar. Betapa mesra mereka bertiga dahulu. Mereka selalu bergambar bertiga. Benarlah kata-kata orang tua dahulu. Jangan ambil gambar bertiga, nanti ada yang pergi meninggalkan kita. Air mata Qaseh menuruni pipinya dengan laju. Menitik di atas album yang sudah usang. Gambar Papa dan Mama tersenyum riang semasa menyambut kelahirannya jelas tergambar di dalam gambar tersebut walaupun warna semakin pudar. Sewaktu menyambut hari lahir Qaseh yang ke-6, dia pernah di masukkan ke hospital dan menerima 6 jahitan di dahi.
Zaman kanak-kanak Qaseh memang menarik. Dia pernah memanjat pokok rambutan di kebun Datuk. Jadi, Qaseh mahu mencuba bakatnya memanjat pokok di hadapan rumah. Tetapi entah apa silapnya, dia terjatuh. Nasib baik dia terjatuh ke atas rumput. Pokok itu lagi rendah daripada pokok rambutan yang dipanjatnya di kebun Datuk. Dia tergelincir. Seminggu dia tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah. Masih ada bekas parut jahitan di dahinya. Tetapi dia menutupnya dengan rambut. Tidak mahu orang bertanyakan peristiwa parut itu. Cukuplah dia, Datuk, Papa dan Mama sahaja yang tahu. Masih diselak lagi album tersebut. Gambar-gambar di dalam album itu ditatapnya sepuas hati. Ditutup album tersebut. Diletakkan di atas lantai dan diambil album kedua daripada dalam almari tersebut.
Tiba-tiba, matanya tertancap pada satu sampul surat berwarna coklat yang berada di bawah album-album tersebut. Diambil sampul surat itu. Hatinya tertanya-tanya. Apakah isi kandungan surat tersebut? Qaseh menghampiri katil Papa dan Mama. Dia duduk di birai katil sambil tangannya masih lagi memegang sampul surat tersebut. Perlahan-lahan dikoyak sampul surat itu. Dikeluarkan isi kandungan sampul surat. Sebuah surat perjanjian. Ditandatangani oleh Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Saksinya juga turut menurunkan tandatangan di atas surat perjanjian itu. Mata Qaseh terbeliak. Dia kenal dengan saksi tersebut. Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa. Segera dibaca isi kandungan surat itu. Dia ingin tahu apakah isi kandungan surat wasiat itu.
Qaseh terpana. Dia tidak sangka. Papa dan Mama telah membuat satu perjanjian semenjak dia berusia 2 tahun lagi. Berulangkali isi kandungan surat itu dibaca. Memang tidak silap lagi. Papa dan Mamanya telah berjanji akan mengahwinkan anak-anak mereka berdua setelah umur Qaseh mencecah 25 tahun. Dan surat itu juga menyatakan sebahagian daripada harta Tuan Nizam dan Puan Yasmin akan diberikan kepada Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa setelah kedua ibubapa Qaseh tiada lagi. Harta itu adalah sebagai bayaran kepada Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa setelah Qaseh dijadikan menantu mereka. Perjanjian apakah ini? Air mata Qaseh menitis laju. Lebih laju dari tadi.
Datuk yang melintas di hadapan bilik anak dan menantunya berhenti sebentar di hadapan pintu bilik itu. Dijenguk ke dalam bilik yang pintunya terbuka sedikit. Qaseh berada di dalam. Pintu bilik Tuan Nizam dan Puan Yasmin terkuak. Qaseh mengalihkan pandangan ke arah pintu tersebut. Datuk tercegat di hadapan pintu bilik itu. Datuk melihat wajah Qaseh yang kuyup. Matanya jatuh pada tangan Qaseh yang memegang surat itu dengan erat. Nampaknya, Qaseh sudah tahu akan hal itu. Hal yang disembunyikan selama ini. Datuk berjalan ke arah Qaseh. Punggung Qaseh masih melekat di katil itu. Datuk duduk bersebelahan Qaseh. Diserahkan surat itu kepada Datuk. Dia masih lagi menunggu penjelasan dari mulut Datuk. Dia mahukan kepastian. Datuk memegang surat itu. Dia memandang wajah cucunya. Kesian anak ini. Tidak tahu apa-apa, bisik hati kecil Datuk.
“ Surat apa ni, Atuk?” tanya Qaseh. Datuk hanya bertindak mendiamkan diri. Datuk tidak memberikan sebarang reaksi positif.
“ Atuk…Qaseh tanya ni. Ini surat apa?” berkerut-kerut dahi Datuk cuba menjawab pertanyaan cucunya.
“ Apa yang Qaseh baca dalam surat ni adalah benar.” Akhirnya Datuk memberi jawapan yang pasti. Qaseh terpempan. Air matanya turun lagi.
“ Uncle Fir dan Auntie Lisa….” Tergantung pertanyaan Qaseh. Datuk memandang ke arah jendela yang terbuka luas. Ditarik nafas dalam-dalam. Dia mahu menceritakan perkara sebenar.
“ Betulkah dia orang akan ambil harta peninggalan Papa dan Mama bila Qaseh dah menjadi menantu mereka?” pertanyaan Qaseh kali ini benar-benar membuatkan Datuk yakin dia harus menceritakan perkara sebenar.
“ Dia orang tak ambil harta Papa dan Mama. Dia orang nakkan Qaseh jadi menantu mereka tanpa apa-apa bayaran. Mereka berdua sayangkan Qaseh macam anak mereka sendiri. Qaseh jangan salah sangka di atas kebaikan mereka.” Terang Datuk. Qaseh semakin jelas dengan keadaan sebenar. Dia menantikan butir bicara seterusnya dari Datuk.
“ Sebenarnya…” Datuk mula menceritakan perihal sebenar kepada Qaseh.
“ Papa kawan dengan Uncle Fir sejak kecil lagi. Sebab Atuk kawan dengan Atuk Syed. Jadi, secara tak langsung mereka pun menjadi kawan baik. Segala hal diceritakan kepada Uncle Fir. Uncle Fir sangat memahami Papa. Selepas Papa dan Mama berkahwin, mereka masih lagi menjadi kawan baik. Mama dan Auntie Lisa juga berkawan. Satu hari, Papa dan Mama ajak Uncle Fir dan Auntie Lisa pergi pejabat peguam tanpa pengetahuan Atuk. Mereka buat wasiat inilah. Mahu tak mahu, kawan punya pasal. Uncle Fir dan Auntie Lisa terpaksa menandatangani perjanjian ini. Bukan kemahuan mereka. Hanya sesetengah syarat saja yang Uncle Fir dan Auntie Lisa ikut.” Jelas Datuk panjang lebar. Terangguk-angguk Qaseh mendengar cerita Datuk. Ditatap lagi wajah tua itu.
“ Siapa yang tahu kewujudan surat ni?” tanya Qaseh lagi.
“ Hanya Papa, Mama, Uncle Fir dan Auntie Lisa. Sekarang, Qaseh.”
“ Termasuk Atuk?”
“ Termasuk Atuk.” Datuk tersenyum kepada Qaseh. Qaseh memeluk datuknya, erat. Datuk melepaskan keluhan besar.
“ Mak Ngah Idah?”
“ Mak Ngah Idah tahu Papa buat wasiat tapi tak tahu isi kandungan surat ni.”
“ Baguslah! Atuk jangan beritahu orang lain tentang surat ni. Biar jadi rahsia kita berdua.” Ujar Qaseh. Datuk mengangguk.
“ Yalah.”
“ Atuk janji dulu.” Kata Qaseh. Datuk tergelak dengan perangai kanak-kanak yang ditunjukkan Qaseh.
“ Iya. Atuk janji.” Mereka berpelukan sekali lagi. Sedang mereka berpelukan, Rafidah masuk ke bilik arwah adiknya. Sudah seminggu, Rafidah sekeluarga bermalam di rumah Tuan Nizam dan Puan Yasmin.
“ Ayah…Fir dan Lisa datang.” Kata Rafidah. Datuk memandang Qaseh. Mereka sama-sama berdiri. Datuk dan Qaseh jalan beriringan menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu dimana tetamu-tetamu mereka sedang menunggu. Mereka tidak mahu tetamu-tetamu itu menunggu dengan lebih lama lagi.
PUAN SRI MARLISA bersalaman dengan Qaseh dan datuk. Qaseh tersenyum kepada Puan Sri Marlisa. Tetapi Qaseh terkesan sesuatu. Puan Sri Marlisa nampak gelisah tetapi Tan Sri Firdaus nampak lebih tenang.
“ Apa hajat Fir dan Lisa datang?” tanya Datuk, lembut. Mematikan lamunan Qaseh. Qaseh memandang wajah Datuk yang duduk di sebelahnya.
“ Saja nak melawat, Uncle.” Tan Sri Firdaus tersenyum. Perbualan mereka terhenti sebentar apabila Rafidah datang membawa sejag air oren. Rafidah menyusun gelas-gelas tersebut dihadapan tetamu-tetamu mereka itu. Qaseh menuangkan air ke dalam gelas-gelas tersebut. Rafidah melabuhkan punggungnya di sebelah Qaseh.
“ Uncle tak percaya Fir saja datang nak melawat Uncle. Ni mesti ada sebab lain. Ah! Tak usahlah berahsia dengan Uncle. Cakap sajalah. Lisa?” Datuk mengalihkan pandangannya ke arah Puan Sri Marlisa. Puan Sri Marlisa membalas pandangan Datuk kembali.
“ Kami datang ni memang ada hajat.” Ayat Puan Sri Marlisa terhenti. Dia cuba mencari kekuatan untuk terus menyampaikan niat mereka kepada orang-orang dihadapannya. Memandang suami disebelah. Tan Sri Firdaus tersenyum dan mengangguk. Puan Sri Marlisa menarik nafas dalam-dalam dan mengatur ayat supaya sedap di pendengaran mereka semua tentang apa yang cuba disampaikannya.
“ Kami nak meminang Qaseh untuk Fareez.” Akhirnya terluah juga ayat-ayat yang dipendamkan selama ini. Rafidah terkejut. Datuk dan Qaseh nampak tenang. Syarat terakhir di dalam wasiat. Qaseh teringat kembali akan wasiat yang baru dijumpainya sebentar tadi.
“ Qaseh minta diri dulu.” Terus sahaja kaki Qaseh melangkah ke arah tangga dan didaki tangga itu untuk menuju ke biliknya yang terletak di tingkat atas.
“ Kenapa, Bang? Kita salah cakap ke?” tanya Puan Sri Marlisa, gelisah. Tan Sri Firdaus menyabarkan Puan Sri Marlisa. Dia tahu isterinya amat risau kalau-kalau Qaseh menolak lamaran mereka.
“ Qaseh dah ada yang punya ke, Uncle?” pertanyaan Tan Sri Firdaus menimbulkan rasa kasihan di hati Datuk. Dia tidak sampai hati hendak menolak peminangan tersebut. Tetapi dia harus bertanya kepada Qaseh terlebih dahulu.
“ Macam nilah, Fir. Fir dan Lisa balik dulu. Bagi Qaseh masa. Biar dia fikirkan.” Kata Datuk. Mereka berdua mengangguk.
“ Jemputlah minum, Fir…Lisa..” kata Datuk.
Selepas tetamu-tetamu tersebut beredar, Datuk terus menuju ke bilik Qaseh. Diketuknya pintu bilik Qaseh. Tiada jawapan. Diketuk sekali lagi. Mungkin Qaseh tidak dengar. Masih tiada jawapan. Datuk mengetuk sekali lagi. Kali ini lebih kuat. Diharapnya Qaseh akan dengar.
“ Qaseh…” panggil Datuk sambil memulas tombol pintu bilik Qaseh. Tidak berkunci. Datuk segera masuk. Tiada kelibat Qaseh di dalam bilik itu. Datuk memeriksa bilik air. Masih tiada tanda-tanda Qaseh berada di dalam bilik itu. Datuk berjalan keluar dari bilik Qaseh. Datuk melintasi bilik arwah anak dan menantunya. Datuk menjenguknya sekali lalu. Tiba-tiba, matanya menangkap sesusuk tubuh yang berada di atas katil tersebut. Disini rupanya, desis hati Datuk.
“ Qaseh…” panggil Datuk. Qaseh yang pada mulanya membaringkan diri segera duduk apabila perasan akan kehadiran Datuk.
“ Apa Atuk cakap pada Uncle Fir dan Auntie Lisa?” tanya Qaseh. Dia ingin tahu perkembangan daripada perbincangan itu.
“ Atuk cakap, beri masa pada Qaseh.” Datuk duduk di sebelah cucunya di birai katil. Qaseh mengeluh.
“ Qaseh dah fikir masak-masak. Qaseh…terima.” Kata-kata Qaseh begitu mengejutkan Datuk. Dipandangnya wajah cucu itu. Tidak berkelip.
“ Betul ke apa yang Qaseh buat ni?” tanya Datuk. Inginkan kepastian daripada Qaseh. Dia tidak mahu Qaseh menyesal di kemudian hari. Qaseh mengangguk perlahan.
“ Qaseh tak menyesal?” tanya Datuk lagi. Qaseh menggelengkan kepalanya. Datuk juga turut mengeluh.
“ Jangan kerana wasiat Qaseh turutkan. Ikut kata hati Qaseh. Kalau Qaseh rasa apa yang Qaseh buat ni betul, Atuk akan menerima lamaran mereka. Tapi kalau akan membuatkan hati Qaseh merana di kemudian hari, Atuk tak setuju.” Panjang lebar Datuk cuba menyakinkan cucunya itu supaya tidak silap membuat keputusan. Qaseh menarik nafas dan dilepaskannya perlahan-lahan. Dia mengumpul segala kekuatan.
“ Qaseh yakin Qaseh tak menyesal.” Kata Qaseh tegas. Penuh keyakinan dan semangat. Datuk tersenyum memandang Qaseh. Perangai cucunya itu serupa Tuan Nizam. Tidak akan berpaling ke belakang setelah membuat sesuatu keputusan. Mereka memang tegas. Datuk tersenyum. Qaseh membalas senyuman itu dengan hati yang gusar. Adakah keputusannya betul mengahwini Fareez? Kemudian hatinya mengeluh. Dia tidak patut meragui keputusannya. Dia harus tegas dengan segala keputusan yang diambilnya.
ROMBONGAN peminangan dilakukan cara yang penuh dengan adab Melayu. Acara peminangan sekali dengan bertunang dibuat di rumah arwah Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Itu permintaan Qaseh.
Aishah membetulkan selendang yang melitupi sebahagian rambut Qaseh. Wajah Qaseh dirias oleh Aishah sendiri kerana Aishah mempunyai kepakaran dalam mengandam. Nampak kecantikan Qaseh semulajadi. Mengatasi mekap yang dipakainya. Qaseh terduduk malu di birai katil. Menanti kehadiran keluarga bakal mentuanya. Rombongan pihak lelaki masih belum sampai. Qaseh sudah resah menanti. Datuk yang berada di bawah juga resah menanti. Sebagaimana perasaan cucunya, begitu jugalah perasaan Datuk.
“ Mana dia orang ni?” kata Datuk. Mundar mandir dia di ruang tamu. Risau jika pertunangan itu tidak berjalan seperti yang dirancang.
“ Itu pun dia orang, Ayah.” Kata Rafidah sambil berjalan ke arah pintu rumah. Dia menjemput tetamu-tetamu yang baru tiba itu masuk ke dalam rumah. Keluarga pihak lelaki membawa barang hantaran masuk.
“ Uncle Fir dan Auntie Lisa dah sampai, Kak.” Kata Nuralis sambil menjenguk ke tingkat bawah. Melihat tetamu-tetamu yang mula memenuhi ruang. Qaseh yang berada di dalam bilik hanya menundukkan mukanya. Aishah tersenyum. Dia juga seperti Nuralis. Terjenguk-jenguk ke bawah. Keriuhan suara di bawah membuatkan Qaseh tidak senang duduk. Apa yang dibincangkan? Dia ingat majlis pertunangan, senang. Rupanya, rumit juga.
“ Hajat kami ingin memetik bunga di taman larangan Tuan Rashid. Adakah bunga itu sudah dimiliki oleh sang kumbang?” tanya Tuan Syed, berkias. Datuk tersenyum. Memang sahabatnya itu pandai berkata-kata dalam kiasan.
“ Bunga yang berada di taman larangan saya, belum ada kumbang yang ter‘sangkut’.” Kata Datuk yang juga berkias.
“ Kalau begitu, bunga Tuan Rashid sudilah menerima sang kumbang kami?” tanya Tuan Syed. Walaupun sebelum ini dia tahu Datuk sudah menerima pinangan itu tetapi dia ingin bertanya sekali lagi. Manalah tahu Qaseh berubah fikiran. Datuk mengangguk sambil tersenyum. Mereka semua lega dengan anggukan yang diberikan oleh Datuk.
“ Tuan Rashid bolehlah tetapkan syarat.” Ujar Tuan Syed.
“ Apa pulak bertuan dengan aku ni, Syed. Idah?” Datuk beralih ke arah anaknya yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Rafidah yang tahu mengenai syarat yang diperkatakan oleh Tuan Syed. Datuk tidaklah arif sangat bila berkaitan hal-hal syarat ini. Rafidah mengengsot sedikit ke hadapan supaya tetamu-tetamunya dapat mendengar dengan jelas syarat-syarat mereka. Rafidah menelan air liur apabila semua mata memandang ke arahnya. Dia menyusun ayat untuk dituturkan dengan senang supaya keluarga pihak lelaki faham akan permintaan mereka.
“ 15 dulang berbalas 12 dulang. Hantaran RM 15,555.55 sen. Bagaimana? Setuju?” tanya Rafidah. Antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh Rafidah. Mereka yang mendengar terangguk-angguk.
“ Kalau hantaran mahal sangat, kami boleh kurangkan.” Kata Rafidah. Dia tidak mahu keluarga pihak lelaki fikir mereka ingin menjual anak.
“ Kami setuju.” Kata Tuan Syed dan Tan Sri Firdaus. Puan Sri Marlisa tersenyum. Lega kerana perbincangan hampir selesai.
“ Bila tarikh yang sesuai untuk pernikahan mereka berdua?” tanya Tuan Syed lagi. Rafidah memandang wajah Ayahnya. Datuk melurut-lurutkan janggut yang sudah ditumbuhi rambut-rambut putih.
“ Aku tak kisah. Ikut kamu lah.” Kata Datuk. Dia sebenarnya tidak kisah. Dia ikut sahaja kata bakal besannya.
“ Apa kata kalau 3 bulan dari sekarang?” cadang Tuan Syed. Terbeliak biji mata Datuk dan Rafidah. 3 bulan dari sekarang?
“ Cepatnya.” kata Rafidah.
“ Lagi cepat, lagi bagus kan, Idah. Saya dah tak sabar nak jadikan Qaseh menantu saya.” Kata Puan Sri Marlisa. Rafidah memandang wajah Datuk. Datuk tersenyum dan mengangguk kepada Rafidah.
“ Baiklah, kami setuju dengan cadangan tu.” Kata Datuk.
“ Jadi, boleh kita teruskan dengan acara pertunangan?” tanya Puan Sri Marlisa setelah selesai perbincangan mereka mengenai tarikh pernikahan Qaseh dan Fareez. Kesemua tetamu bangun tetapi hanya Puan Sri Marlisa, Fitri Shaliza, Fitri Marlis dan Rafidah sahaja yang menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Yang lain, hanya menunggu di bawah.
“ Qaseh…” panggil Rafidah. Qaseh mendongakkan mukanya memandang wajah Rafidah yang tersenyum. Puan Sri Marlisa sudah berdiri dihadapannya. Qaseh perlahan menghulurkan tangan dan Puan Sri Marlisa mencapai tangan Qaseh. Disarungkan cincin tersebut ke jari manis Qaseh. Ini bererti gadis itu sudah dimiliki.
SELESAI sahaja majlis pertunangan, mereka semua dijamu dengan masakan Rafidah. Aroma masakan tersebut menusuk hidung sesiapa sahaja yang menghidunya. Qaseh juga turun ke bawah untuk menikmati hidangan bersama tetamu-tetamu. Selepas menjamu selera, tetamu-tetamu tersebut meminta diri untuk pulang. Qaseh masuk ke dalam rumah beriringan dengan Aishah. Entah kenapa, Qaseh rasa bahagia sangat apabila sudah bergelar tunangan orang. Walaupun, Fareez tidak pernah meluahkan kata sayang kepadanya. Mungkinkah dia memang ada perasaan cinta kepada Fareez?
“ Akhirnya, jadi kenyataan jugak.” Kata-kata Aishah tidak dapat difahami oleh Qaseh. Dia memandang Aishah.
“ Apa maksud kau?”
“ Encik Fareez milik kau.” Kata-kata Aishah membuatkan wajah Qaseh merona merah. Menahan malu.
“ Ada-ada sajalah kau ni. Kau pulak bila nak kahwin dengan Zahrien?” tanya Qaseh. Membidas sahabatnya itu.
“ InsyaAllah. Kalau tak ada aral melintang, mungkin hujung tahun ni.” Kata Aishah. Qaseh memeluk sahabatnya itu. Tandanya mengucapkan tahniah. Aishah tergelak. Mereka menaiki tangga menuju ke bilik Qaseh. Leka mereka berdua bersembang sehingga tidak sedar waktu yang berlalu. Aishah melihat jam di tangan.
“ Eh! Aku balik dululah. Malam nanti aku nak dinner dengan Zahrien.” Kata Aishah seraya bangun dari duduknya. Qaseh mengangguk.
“ Kenapa Zahrien tak datang?”
“ Hari ni, adik dia bertunang juga.”
“ Oh, ye ke? Kau tak pergi?”
“ Taklah. Sebab aku dah kata kat dia yang aku nak pergi majlis pertunangan kau.” Aishah mencapai beg tangannya.
“ Apa kata Encik Sulaiman dan Puan Widya?”
“ Dia orang ucapkan tahniah. Dia orang tak kisah. Sebab aku dah beritahu awal-awal lagi yang aku nak pergi majlis kau. Manalah tahu adik dia pun nak bertunang hari yang sama.” Jelas Aishah. Qaseh tersenyum sambil mengangguk perlahan.
“ Kalau kau nak aku tolong apa-apa, jangan lupa call aku.” Kata Qaseh.
“ Kau tolong aku ke atau aku tolong kau?”
“ Hah?” Qaseh terpinga-pinga.
“ Kan lagi 3 bulan je kau nak kahwin.”
“ Iyalah. Tapi kalau kau nak suruh aku tolong ikut kau shopping, jangan lupa call aku.” Ujar Qaseh lagi.
“ Aku ingat. Apa-apapun, tahniah sekali lagi aku ucapkan.” Aishah berkata. Mereka berpelukan seketika.
“ Oklah, aku minta diri dulu.”
“ Ok. Nanti hari Isnin, kita jumpa, ya?”
“ Ok.” Aishah terus sahaja beredar. Meninggalkan Qaseh keseorangan di dalam kamar tidurnya.
Qaseh asyik membelek cincin pertunangannya. Bahagia dia menjadi milik seseorang. Tetapi adakah bahagia ini akan ada selama-lamanya apabila dia menjadi isteri orang itu? Dia mahu saat dan kenangan ini dikekalkan begini. Pasti Papa dan Mamanya bangga kerana dia tidak lama lagi akan menjadi menantu sahabat baik mereka. Menjadi isteri kepada seorang lelaki dan menjadi ibu kepada anak-anaknya. Qaseh begitu ingin kongsi saat ini bersama Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Tidak lama lagi mereka akan ada cucu. Itulah yang diiginkan oleh setiap datuk dan nenek. Tetapi perasaan itu tidak akan dapat dirasai oleh mereka. Setitis air mata jatuh di atas telapak tangannya. Adakah Fareez akan melayannya dengan baik? Adakah Fareez akan membelai dirinya seperti mana yang dibayangkan oleh Qaseh setiap hari? Qaseh memang membayangkan seorang putera akan membawanya jauh dari derita ini. Membawanya ke alam yang belum pernah dirasai. Seketika kemudian, dia tersenyum sendirian. 3 bulan dirasakan terlalu singkat. Dia belum bersedia hendak meninggalkan Datuk dan Rafidah. Tetapi Qaseh tahu. Lambat-laun masa itu akan datang jua. Masa untuk dia berdikari sudah sampai.
BAB 17
Qaseh leka menyiapkan iklan yang perlu dihantar kepada pelanggan untuk meneliti iklan itu buat kali terakhir sebelum dilakukan penggambaran. Pintu biliknya diketuk. Arahan masuk diberikan. Terjengul wajah Fernaizza. Fernaizza menuju ke arah meja Qaseh dan menyerahkan pesanan kepada ketuanya itu. Qaseh mendongak memandang Fernaizza dan tersenyum kepada setiausahanya.
“ Apa ni, Fern?” tanya Qaseh sambil meneliti sampul surat tersebut. Pelik.
“ Saya tak tahu, Cik Qaseh. Budak penghantar surat tu yang bagi.” Kata Fernaizza. Dilihatnya Qaseh memandang pelik ke arah sampul surat tersebut. Seperti tidak pernah mendapat surat sahaja, lagaknya.
“ Ada apa-apa lagi, Cik Qaseh?” tanya Fernaizza. Dia perlu segera menyiapkan kerjanya yang bertimbun.
“ Tak ada apa-apa. Terima kasih.” Ucap Qaseh.
“ Kasih diterima.” Kata Fernaizza berlawak. Qaseh tergelak kecil. Fernaizza berlalu pergi. Kerjanya juga banyak yang terbengkalai kerana dia mengambil cuti panjang untuk menjaga ibunya yang sedang sakit teruk.
Qaseh perlahan-lahan mengoyak sampul surat tersebut dan ditarik keluar sekeping kertas putih yang bertinta hitam itu. Dibaca satu persatu dengan teliti. Surat dari Fareez. Apa yang Fareez nak darinya sehingga hendak berjumpa di Taman Bukit Permai? Hatinya bermain teka-teki sendiri. Dia melipat surat tersebut dan dimasukkan ke dalam sampul surat itu kembali. Kemudian, diteruskan kerja yang terhenti. Tetapi persoalan mengenai perjumpaan itu tetap tidak berhenti berlegar-legar di dalam fikirannya.
FAREEZ resah menunggu di Taman Bukit Permai. Hatinya tidak sepermai nama bukit itu. Sesekali matanya terkalih ke arah deruman enjin kereta yang tiba di Taman Bukit Permai. Masih belum nampak kelibat Qaseh. Dimana dia? Takkan dia tak mahu datang? Desis hati Fareez. Angin yang menghembus di atas bukit itu belum berjaya mengurangkan resahnya.
“ Encik Fareez…” panggil Qaseh. Fareez berpusing menghadap Qaseh yang berdiri di belakangnya. Matahari yang menyinari seluruh alam, menyuluh mukanya. Fareez mengecilkan matanya sedikit. Memandang Qaseh dengan perasaan geram. Mahu dilenyek-lenyekkan wajah lembut dihadapannya. Sudahlah lambat, boleh lagi buat muka selamba.
“ Saya nak awak batalkan perkahwinan ni.” Terus-terang sahaja Fareez berkata. Qaseh tenang sekali. Tidak langsung menunjukkan riak terkejut walaupun hatinya bergelora. Fareez tidak suka? Tetapi kenapa?
“ Kenapa?” tanya Qaseh. Dia mahukan penjelasan daripada mulut Fareez.
“ Sebab saya tak cintakan awak.” Ucap Fareez penuh bersahaja. Alasan yang dirasakan tidak munasabah. Qaseh percaya bukan itu sebabnya.
“ Saya tak boleh terima alasan tu, Encik Fareez. Sekarang ni, banyak pasangan yang bercinta selepas kahwin. Bahagia saja saya tengok mereka.” Qaseh memandang wajah Fareez tajam. Fareez mendengus kasar. Tidak faham lagikah Qaseh. Dia mesti berusaha memutuskan pertunangan ini.
“ Saya tak percayakan perempuan. Lebih-lebih lagi, orang macam awak. Saya tak perlukan perempuan dalam hidup saya.” Kata Fareez tegas. Dia tidak mahu berkahwin lagi. Cukuplah perkahwinan dahulu yang membuatkannya serik untuk berkongsi hidup bersama perempuan yang bernama isteri. Qaseh tersenyum menyindir.
“ Encik Fareez bersikap pesimis. Tak semua perempuan macam ex-wife Encik Fareez.” Kata Qaseh dalam hujahnya. Dia mahu mempertahankan maruahnya sebagai seorang perempuan. Fareez agak terkejut dengan kenyataan Qaseh. Dikerutkan dahinya.
“ Apa yang awak tahu pasal bekas isteri saya?”
“ Tak banyak. Tapi cukup untuk saya tahu details tentang dia.”
“ Busy body.”
“ Tak kisahlah Encik Fareez nak cakap saya apapun. Tapi, Encik Fareez terlalu bersikap curiga. Bukan semua perempuan macam dia. Saya tak tahulah perempuan lain. Tapi sudah tentu bukan saya.” Qaseh geram apabila dia menerima respon sebegitu daripada Fareez.
“ Oh, really? Jadi, saya nak tahu. Kenapa awak beria-ia nak kahwin dengan saya? Sebab harta? Terus-terang saya cakap. Saya tak ada harta. Ini semua harta ayah saya. Tan Sri Firdaus. I guees you’ve already known him. Ataupun awak ni nak tumpang kesenangan keluarga saya? Yalah. Siapa tak nak jadi menantu Tan Sri.” Kata-kata Fareez sudah melampau. Qaseh memang tidak boleh terima nada percakapan seperti itu. Merendah-rendahkan harga diri dia. Qaseh bukanlah tergilakan harta orang itu. Tetapi dia buat semua ini kerana wasiat. Kalaulah dia boleh menjerit ketika ini, sudah pasti satu Taman Bukit Permai ini bergema dengan suaranya.
“ Saya tak hairanlah dengan harta Tan Sri Firdaus. Papa saya tinggalkan harta untuk saya pun, belum tentu sampai ke anak cucu nanti boleh habis. Awak ingat family awak je yang kaya? Papa saya pun berhartalah.” Memang Qaseh sudah tidak boleh bertolak ansur. Kalau sebab harta, Fareez ingin memijak maruahnya, Fareez silap.
“ Kalau Papa awak berharta, kenapa awak sanggup terima peminangan keluarga saya? Apa sebabnya awak nak kahwin dengan saya? Apa faedah yang awak akan dapat? Kenapa awak tak kahwin je dengan orang lain? Banyak lagi orang lain yang begitu teringin kahwin dengan awak.” Kata Fareez. Qaseh mengetap gigi.
“ Ada sebab saya nak kahwin dengan awak. Jangan Encik Fareez tanya kenapa. Saya tak boleh beritahu sebabnya dengan jelas.” Suara Qaseh mula kendur. Tidak mungkin dia akan memberitahu Fareez mengenai surat wasiat itu. Qaseh belum bersedia. Biarlah Fareez mengahwininya kerana menyintai diri Qaseh. Bukan kerana surat wasiat itu. Belum sampai masanya untuk Qaseh memberitahu tentang surat wasiat itu.
“ Saya tak peduli. Awak mesti batalkan perkahwinan ni segera.” Ujar Fareez dengan suara lantangnya. Qaseh terkejut. Kecut perutnya mendengar suara garau Fareez seperti halilintar memecah bumi.
“ Saya juga tak peduli. Apa nak jadi, jadilah. Saya tetap dengan pendirian saya. Saya akan teruskan perkahwinan ni.” Qaseh juga bertegas dengan pendiriannya. Tidak mahu mengalah. Fareez menumbuk kerusi kayu tempat Qaseh melabuhkan punggungnya. Terkejut besar Qaseh dengan tindakan Fareez itu. Fareez memandangnya dengan penuh perasaan benci.
“ Perempuan tak tahu malu.” Ucap Fareez dengan nada marah. Dia beredar dari situ dengan tangan yang berdarah. Qaseh tersandar di kerusi kayu itu. Dia tahu kehidupan perkahwinannya tidak semudah yang dia sangka. Perjalanan hidupnya baru sahaja bermula. Air matanya menitis. Tetapi dilapnya semula. Dia tidak boleh menunjukkan kelemahannya. Dia mesti berlawan kekerasan Fareez dengan kelembutan yang ada dalam dirinya. Qaseh harus berusaha untuk membahagiakan rumah tangga yang belum diketahui bagaimana untuk ditempuhinya.
Qaseh menelefon Fernaizza mengatakan dia tidak masuk ke pejabat petang itu. Petangnya dihabiskan di bukit itu. Mengambil udara dan memikirkan masa depan yang masih kabur.
QASEH pulang ke rumah dengan wajah yang keletihan. Dia membuka pintu rumah dan meletakkan kasutnya di atas rak kasut. Dia menutup semula pintu. Matanya agak sembap. Datuk hanya memandang sekilas ke arah cucunya itu. Kemudian, pandangannya tertumpu kembali ke arah kaca televisyen yang menayangkan cerita kegemaran Datuk. Qaseh berjalan perlahan ke arah tangga dan terus naik ke biliknya. Dia meletakkan beg bimbit ke atas meja kerja yang terletak di satu sudut di dalam bilik itu. Qaseh menghempaskan badan ke atas katil dan memejamkan mata.
Qaseh membuka matanya semula dan memandang jam dinding yang tergantung elok di dinding sebaik sahaja dia terdengar azan berkumandang daripada masjid berdekatan rumah. Jam menunjukkan pukul 7.25 malam. Dia bangun dan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan badan yang melekit. Tidak sangka dia boleh terlelap. Selesai mandi, dia siap berpakaian dan duduk termenung di meja solek. Dia uzur. Tidak boleh mengerjakan suruhan Allah yang satu itu. Tidak berkelip dia memandang mukanya. Apakah salahku sehingga Fareez berkata begitu? Mama…Qaseh rindukan Mama. Papa…tolong Qaseh lalui hidup Qaseh yang akan datang, rintih hatinya. Perasaan menyesal bertimpa-timpa datang. Kenapa sekarang harus dia rasa menyesal? Kenapa dahulu tidak? Sebelum dia membuat keputusan untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama lelaki yang belum tentu akan membalas cintanya. Qaseh mengeluh.
Pintu bilik diketuk. Datuk memulas tombol pintu bilik Qaseh. Dilihat Qaseh duduk di meja solek tidak bergerak. Datuk mengerutkan dahi. Datuk berjalan ke arah Qaseh dan memegang bahu cucunya itu. Qaseh terkejut dan serta-merta lamunannya terbang. Qaseh memandang wajah Datuk yang sudah dihiasi kedutan di wajah tuanya. Datuk tersenyum. Qaseh membalas senyuman Datuk itu.
“ Qaseh dah makan?” tanya Datuk. Qaseh terdiam. Dia cuba mengingat kembali. Perutnya berkeroncong. Dia sudah makan atau belum? Fikirannya masih ligat berfikir. Cuba mengingat kembali.
“ Belum lagi, Atuk.” Jawab Qaseh setelah dia pasti dia belum lagi memasukkan sebutir nasi melalui tekaknya.
“ Jomlah. Kita turun makan. Mak Ngah Idah, Pak Ngah Din dengan anak-anak ada kat bawah. Dia orang tunggu kita tu.” Kata Datuk. Qaseh mengangguk dan bangun dari kerusi meja solek. Sudah kematu punggungnya. Dia berjalan beriringan dengan Datuk menuju ke ruang makan. Mereka menjamu selera dengan begitu berselera. Masakan Mak Ngah Idah memang boleh membangkitkan perasaan makan Qaseh. Hilang sebentar wajah Fareez yang bengis.
HARI yang ditunggu-tunggu telah tiba. Setelah 3 bulan berlalu, kini tibalah masanya untuk Qaseh diijabkabulkan dengan Fareez. Qaseh yang sudah bersiap sedia memakai baju pengantin berasa risau. Wajahnya dirias oleh Aishah. Memang Aishah pandai mengandam. Wajahnya tampak semulajadi. Qaseh nampak cantik sekali di dalam pakaian pernikahan yang berona krim. Perasaan risau Qaseh dapat dikesan oleh Aishah.
“ Kenapa dengan kau ni, Qaseh? Gelisah je.” Tanya Aishah. Dia pun turut risau apabila sahabatnya yang akan mengakhiri zaman bujangnya itu sebentar lagi dalam keadaan gelisah dan resah.
“ Aku risau perkahwinan ni terpaksa dibatalkan.” Luah Qaseh.
“ Hish, kau jangan merepeklah. Aku tak suka lah kau cakap macam ni.” Kata Aishah sambil menggeleng. Dia memimpin Qaseh ke katil dan didudukkan sahabatnya itu di atas katil. Aishah mengusap belakang Qaseh.
“ Aku takut.” Kata Qaseh lagi.
“ Kau jangan risau. Aku yakin Fareez takkan buat hal.” Kata Aishah. Dia mendapat tahu mengenai perjumpaan Qaseh dan Fareez selepas 3 hari mereka bertunang. Dia juga tahu cerita sebenarnya. Aishah juga risau Fareez tidak akan muncul. Tetapi dipendamkan sahaja kerisauannya itu. Tidak mahu menambah beban dan tekanan pada Qaseh. Cukuplah Qaseh menerima tekanan daripada Fareez yang menentang perkahwinan ini secara habis-habisan. Sudahlah dia menentang, kerja-kerja kahwin pun dia tidak mahu ambil tahu. Semuanya diserahkan bulat-bulat kepada Puan Sri Marlisa untuk diuruskan. Fareez bertindak lepas tangan. Kenapalah nasib Qaseh begini? Aishah tidak sanggup melihat Qaseh menderita. Sudah bertahun mereka kenal. Belum pernah Qaseh menitiskan air matanya demi lelaki. Kecuali untuk kedua arwah ibubapanya.
“ Pengantin lelaki dah sampai! Pengantin lelaki dah sampai!!!!” jerit Hamidi, lantang. Qaseh mula tidak keruan. Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Dalam masa yang sama, dia rasa lega. Akhirnya Fareez setuju juga untuk datang. Tidak tahulah kalau dia kena paksa.
“ Sabarlah, Qaseh. Kau duduk dulu.” Aishah menenangkan perasaan Qaseh yang bercelaru. Aishah membetulkan selendang yang melitupi sebahagian rambut Qaseh yang disanggul elok. Aishah tersenyum.
Juru akad nikah duduk bersila menghadap Fareez yang duduk di atas kusyen yang disediakan khas. Juru akad nikah itu mengeluarkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pernikahan antara Qaseh dan Fareez. Diteliti dokumen tersebut.
“ Pengantin lelaki bernama Amer Fareez bin Firdaus?” tanya juru akad nikah itu kepada Fareez.
“ Ya, saya.” Jawab Fareez, sopan.
“ Pengantin perempuan bernama Qaseh Soraya binti Nizam?” tanya juru akad nikah itu kepada Datuk.
“ Ya.” Jawab Datuk sambil menganggukkan kepalanya.
“ Boleh saya tengok kad pengenalan pengantin lelaki?” tanya juru akad nikah itu. Raja Zikri menyerahkan kad pengenalan Fareez kepada juru akad nikah. Tanpa melengahkan masa lagi, juru akad nikah itu terus menerangkan satu persatu kepada Fareez. Ditanya Rukun Iman dan Rukun Islam. Fareez menjawabnya dengan tenang. Perkara ini sangat senang. Ini kali kedua baginya. Semasa perkahwinan yang pertama, mahu gagap dibuatnya jika ditanya soalan seperti itu. Fareez menandatangani dokumen yang yang diperlukan. Wajahnya tidak ceria. Raja Zikri hanya menggeleng melihat Fareez. Dia berharap sangat Fareez tidak membatalkan perkahwinan ini secara tiba-tiba. Dia tahu Fareez sanggup berbuat begitu jika dia merasakan yang dirinya tidak akan bahagia dengan perkahwinan ini.
“ Baiklah. Kita mulakan sekarang.” Kata juru akad nikah itu dan menghulurkan tangan. Fareez menyambut huluran tersebut dan menjalankan upacara pernikahan dengan sempurna.
“ Aku terima nikahnya, Qaseh Soraya binti Nizam dengan mas kahwin 88 ringgit, tunai.” Hanya sekali lafaz, Qaseh sudah sah menjadi isteri kepada Fareez. Suara Fareez dapat didengari sehingga ke tingkat atas. Qaseh menitiskan air mata kegembiraan. Aishah mengelap air mata itu. Tidak mahu mencemarkan mekap yang sudah sedia cantik.
“ Sah?” tanya juru akad nikah tersebut kepada orang-orang di sebelahnya.
“ Sah!!!!” mereka menjawab serentak. Juru akad nikah tersebut membacakan doa untuk menyempurnakan lagi majlis.
Setelah selesai membaca doa, upacara membatalkan air wuduk akan dilakukan. Qaseh sudah bersedia di dalam kamar pengantinnya.
“ Dia orang dah nak naik.” Kata Aishah. Tengku Nadirah hanya tersenyum di sebelah Qaseh. Kemudian dia bangun dan berdiri hampir dengan meja solek untuk memberikan ruang kepada ahli keluarga Fareez. Qaseh mengangkat wajahnya untuk memandang Fareez yang sudah tercegat dihadapan. Fareez nampak kacak sekali. Dengan baju Melayu warna sedondon, butang baju Melayu yang bertatahkan berlian, bersampin jahitan benang emas dan bersongkok. Membuatkan Fareez nampak lebih kacak kerana pemilihan warna yang sesuai.
Fareez membatalkan air wuduknya dengan menyarungkan cincin platinum bertatahkan berlian ke jari kelingking sebelah kanan. Kemudian, Qaseh menyalami tangan suaminya itu dan Fareez mencium dahi Qaseh. Nampak begitu mesra. Qaseh tertunduk malu apabila diusik oleh ahli keluarga Fareez yang memenuhi ruang bilik tidur Qaseh. Fareez pura-pura senyum. Selepas itu, mereka turun ke bawah secara beriringan. Qaseh memaut lengan Fareez dengan kuat. Dia takut terjatuh dari tangga kerana memakai kasut bertumit tinggi. Fareez hanya membiarkan pautan itu. Mereka menjamu selera bersama tetamu yang hadir.
Pada sebelah malamnya pula, majlis persandingan yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Hotel Istana yang terletak di tengah-tengah kota raya menjadi tempat pilihan mereka untuk mengadakan majlis persandingan. Pada mulanya, Fareez menolak daripada mengadakan majlis besar-besaran kerana dia pernah berkahwin. Cukuplah sekadar kecil-kecilan. Qaseh juga turut bersetuju. Tetapi Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa menolak cadangan itu dengan mengatakan Qaseh adalah satu-satunya anak perempuan arwah Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Dia masih anak dara. Kali pertama Qaseh berkahwin. Jadi, seharusnya diadakan secara besar-besaran. Akhir sekali, mereka terpaksa akur kepada segala keputusan yang telah dibuat. Qaseh tahu Fareez tidak setuju. Puas dia memujuk Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa. Mereka masih tidak setuju dengan cadangan Qaseh. Mahu tidak mahu, Qaseh dan Fareez terpaksa akur dengan kehendak kedua ibubapa mereka itu.
Ramai tetamu yang turut hadir di majlis itu. Tidak ketinggalan Fitri Azharina dan Amirul juga pulang ke Malaysia setelah mengetahui Fareez akan berkahwin lagi. Amirul tidak kekok memanggil Qaseh dengan panggilan Mama. Aishah dan Zahrien serta Encik Sulaiman dan Puan Widya juga hadir untuk memeriahkan majlis. Rakan-rakan Qaseh semasa di sekolah turut dijemput tetapi di atas bantuan Tengku Nadirah kerana Qaseh sudah lama tidak ketemu mereka semua. Hanya Tengku Nadirah sahaja yang selalu mengetahui perkembangan rakan-rakan mereka. Rakan-rakan Fareez juga dijemput. Keluarga Tan Sri Firdaus dan keluarga Datuk bergabung untuk majlis ini. Datuk tidak kisah. Asalkan majlis tetap dilangsungkan.
Majlis berjalan dengan lancar. Tetamu-tetamu tidak kering gusi dengan celoteh Afdlin Shauki dan Sharifah Shahira sebagai emcee pada malam itu. Mereka berdua menerangkan latar belakang kedua-dua pengantin sambil menayangkan gambar melalui slide show. Daripada mereka kecil, zaman persekolahan, pelajaran yang diterima sehinggalah kepada perkenalan singkat mereka. Tetapi bila tiba bab perkenalan, mereka hanya menokok tambah jalan cerita supaya sedap didengari oleh tetamu-tetamu. Yang tahu cerita sebenar, hanyalah ahli keluarga terdekat sahaja.
Majlis itu berakhir lebih kurang pukul 11 malam. Semua tetamu yang hadir mula meminta diri untuk pulang. Kedua pengantin menaiki lif untuk ke Bridal Suite yang ditempah khas oleh Datuk. Sesampainya mereka disana, bellboy yang ditugaskan untuk membawa mereka ke bilik membuka pintu bilik tersebut. Qaseh terpegun dengan keindahan bilik itu. Dia lihat Fareez kelihatan biasa. Mungkin dia sudah biasa tidur di bilik yang besar di hotel. Bilik Qaseh pun tidak sebesar ini. Kaki Qaseh melangkah masuk ke dalam bilik itu. Bellboy itu menutup kembali pintu bilik itu setelah menerima tip daripada Fareez. Fareez berjalan ke arah katil dan merebahkan diri. Pandangannya dialihkan kepada Qaseh yang membuka jendela. Angin sejuk daripada luar masuk ke dalam. Qaseh menutup semula jendela dan berjalan ke arah bilik air.
“ Puaslah hati kau sekarang.” Kata-kata Fareez itu membuatkan Qaseh mengalihkan pandangannya ke arah Fareez yang sedang membuka baju.
“ Kenapa Abang cakap macam tu?” tanya Qaseh, tidak puas hati.
“ Jangan panggil aku Abang.” Kata Fareez sambil memejamkan mata yang mula terasa mengantuk.
“ Tapi, Bang…Abang kan suami saya.” Kata Qaseh dan berjalan ke arah katil. Fareez membuka semula matanya dan memandang tajam ke arah Qaseh. Wajah itu dipandang dengan perasaan penuh kebencian di dada.
“ Hey! Aku suami kau atas kertas saja tau. Dalam hidup aku, tak pernah ter ‘tulis’ yang kau ni isteri aku.” Marah Fareez sambil menudingkan jarinya ke arah Qaseh. Tergamam Qaseh sebentar. Bergenang air matanya. Bahasa Fareez sudah mula menjadi kasar. Beraku dan berkau. Semasa mereka menjadi rakan kerjasama dahulu, Fareez selalu membahasakan diri saya dan awak. Apa sudah jadi pada bahasanya? Fareez mendengus marah dan dia segera bangun dari katil tersebut. Dia mencapai tuala yang disediakan di dalam bilik itu dan menuju ke bilik air. Air mata Qaseh menitik jua.
Selepas Fareez keluar dari bilik air, giliran Qaseh pula untuk masuk. Setelah selesai membersihkan diri, Qaseh keluar dari bilik air dengan siap berpakaian. Fareez merebahkan badannya ke atas katil. Qaseh belum menunaikan solat Isyak. Dia mengambil telekung yang ada di dalam beg pakaiannya dan mengerjakan suruhan Allah. Selesai menunaikan solat Isyak, Qaseh berjalan ke arah katil dan membaringkan diri di situ. Tiba-tiba Fareez bangun dari perbaringan dan menuju ke sofa yang disediakan di hujung katil. Qaseh bangun dan duduk di atas katil. Memandang Fareez tidak berkelip. Disangkakan Fareez sudah tidur.
“ Abang…” panggilnya. Fareez masih tidak mempedulikan panggilan tersebut. Dibuatnya tidak tahu. Qaseh mengeluh. Dia mengalah.
“ Abang tidurlah atas katil. Biar saya tidur kat sofa.” Kata Qaseh sambil bangun dan mencapai bantal yang menjadi alas kepalanya. Fareez masih tidak peduli dengan Qaseh. Dia menghamparkan gebar untuk mengalas sofa tersebut. Qaseh memegang tangan Fareez dan kerja-kerja yang dilakukan Fareez terhenti. Fareez menepis tangan lembut itu dengan kasar.
“ Abang pergilah tidur atas katil.” Kata Qaseh sekali lagi. Fareez menarik gebar tebal yang dijadikan alas sofa dan berjalan ke arah katil. Dia segera merebahkan badannya di atas katil yang empuk itu. Fareez mencampak selimut nipis yang membalut katil tersebut. Qaseh mengambil selimut itu dan berjalan semula ke arah sofa panjang yang menghiasi bilik suite itu. Dia membaringkan badannya di atas sofa lembut itu. Adakah begini hidupnya sepanjang perkahwinannya? Qaseh memejamkan matanya rapat-rapat. Berharap mood Fareez akan berubah menjadi baik, esok.
BAB 18
MEREKA hanya sempat bermalam satu malam sahaja. Keesokkan harinya, mereka menaiki pesawat untuk pergi berbulan madu. Fareez hendak membayar bilik yang mereka tidur tetapi kata seorang perempuan yang memakai tag nama, Kartini, bilik mereka itu sudah dibayar. Fareez ingin tahu siapa yang membayar bilik mereka. Kartini enggan mendedahkan identiti orang yang membayarnya. Fareez mengucapkan terima kasih. Kemudian, dia berjalan ke arah satu kaunter dan meminta pertolongan Concierge menelefon limo KLIA.
Setengah jam kemudian, limo yang ditunggu berhenti betul-betul di lobi. Qaseh memasukkan beg miliknya dan Fareez ke dalam but kereta limo itu. Pemandu limo itu turut menolong Qaseh. Fareez entah ke mana hilangnya. Qaseh hanya menunggu di luar kereta.
Selepas beg-beg itu siap dipunggah masuk, barulah Fareez muncul. Fareez membuka pintu hadapan kereta dan terus sahaja masuk ke dalam kereta. Qaseh sangkakan Fareez akan membuka pintu kereta untuknya. Disabarkan hati. Dibuka pintu kereta dan masuk ke dalam perut kereta limo itu. Kereta limo itu bergerak meninggalkan lobi Hotel Istana menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sepanjang perjalanan, pemandu limo itu yang bernama Osman, cuba bercakap-cakap dengan Fareez dan Qaseh. Apabila Osman bertanya kepada Fareez, hanya dengusan sahaja yang diterimanya. Qaseh pula rancak bersembang dengan pemandu limo itu. Seperti kawan lama, lagaknya. Osman boleh mengagak mereka berdua ini baru sahaja berkahwin. Osman kasihankan Qaseh kerana mempunyai suami seperti Fareez walaupun dia tidak tahu cerita sebenar di sebalik perkahwinan ini. Tetapi sebagai orang tua yang terlebih dahulu memakan garam, dia amat memahami situasi rumahtangga seperti yang sedang berlaku dihadapan matanya kini.
Sampai sahaja mereka di KLIA, Osman menurunkan penumpang-penumpangnya itu dan memunggah beg-beg yang berada di dalam but kereta limo itu. Dia meletakkan beg-beg tersebut ke atas troli. Selepas Fareez menyerahkan duit, laju sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam lapangan terbang tersebut. Qaseh mengucapkan terima kasih. Osman pergi meninggalkan lapangan terbang itu. Di dalam kereta, dia memaki hamun akan perangai Fareez.
Qaseh menggelengkan kepala dan membuntuti suaminya itu. Fareez menuju ke arah tiket kaunter MAS Airline dan mengambil tiketnya. Dia hendak melakukan pembayaran tetapi wanita yang berada di kaunter tersebut mengatakan tiket tersebut sudah dibayar. Fareez pelik. Siapakah yang membayar bilik hotel dan tiket penerbangan mereka? Tetapi dipendamkan sahaja. Fareez memunggah begnya dan diletakkan di atas satu tempat khas untuk beg yang perlu diperiksa. Qaseh memunggah begnya sendiri. Fareez berjalan laju meninggalkan Qaseh yang masih terkial-kial memunggah beg. Qaseh berlari mengejar Fareez setelah selesai memunggah beg. Mereka berdua berjalan menuruni eskalator untuk menuju ke balai berlepas. Fareez berjalan ke arah pegawai yang berdiri di pintu pemeriksaan. Pegawai tersebut melepaskan Fareez masuk setelah memeriksa badan Fareez. Qaseh pun terpaksa melalui prosedur yang sama. Fareez menyerahkan tiket dan passport kepada Qaseh. Tetapi belum sempat Qaseh mengambil barang-barangnya itu, Fareez telah melepaskan tangan. Tiket dan passport Qaseh jatuh berterabur di atas lantai. Qaseh mengutip satu persatu.
“ Cepatlah sikit. Terhegeh-hegeh.” Marah Fareez. Qaseh segera mengutip dan berjalan ke arah pintu balai berlepas. Fareez menyerahkan tiketnya kepada seorang pegawai dan pegawai tersebut mengoyak bahagian tepi tiket tersebut. Qaseh mengikuti perbuatan suaminya. Fareez sudah berlalu masuk ke dalam. Qaseh terpaksa mengejar Fareez sekali lagi. Letih dia hari ini kerana terpaksa mengejar Fareez. Fareez sudah duduk di tempat yang dinyatakan di dalam tiketnya. Qaseh tidak tahu bagaimana hendak masuk ke dalam kerana Fareez duduk di tempat yang berada di luar. Qaseh terpaksa mengengsot masuk ke dalam.
“ Hish! Dah tahu nak duduk dalam, masuklah cepat-cepat.” Gumam Fareez, kuat. Sehingga didengari oleh Qaseh. Dia duduk di tepi tingkap. Qaseh memandang pandangan diluar. Pekerja-pekerja dilapangan terbang tersebut sedang sibuk membuat kerja masing-masing. Kapal terbang itu akan berlepas dalam bila-bila masa sahaja. Qaseh sendiri tidak tahu kemana destinasi bulan madunya. Semua diuruskan oleh Fareez. Matanya tidak lepas dari menatap pandangan diluar. Qaseh mendengar dengan teliti pengumuman yang dibuat oleh kapten yang bertanggungjawab ke atas kapal terbang tersebut. Dia memakai tali pinggang keledar seperti yang diarahkan oleh pramugari yang bertugas.
Beberapa minit selepas pengumuman dilakukan, kapal terbang tersebut berlepas. Terbang membelah awan. Qaseh melihat sekali imbas nama negara yang tertera di atas tiket kapal terbangnya sebelum memasukkan ke dalam tas tangan. Tetapi dia teliti semula tiket tersebut. Nama Luxembourg yang dicetak di atas tiket tersebut. Qaseh tersenyum gembira. Dia tidak sabar untuk tiba di Luxembourg. Qaseh melihat wajah Fareez disebelah. Sudah terlena. Qaseh mengeluarkan surat yang diselitkan di dalam sampul tiket tersebut. Tulisan Datuk.
Qaseh,
Atuk sudah bayarkan hotel dan tiket penerbangan kamu berdua. Atuk
harap Qaseh dapat bergembira sepanjang bulan madu ini. Atuk sudah
telefon Maria untuk menjemput kamu di lapangan terbang.
Salam sayang,
Atuk.
Qaseh melepaskan keluhan lega. Dia juga turut memejamkan mata. Letih semalam masih terasa.
Penerbangan ke Luxembourg mengambil masa lebih kurang 14 jam. Tetapi mereka transit terlebih dahulu di Paris sebelum menaiki kapal terbang yang seterusnya ke Luxembourg. Qaseh dan Fareez menuju ke arah tempat mengambil bagasi. Fareez berjalan ke arah pondok telefon yang disediakan di dalam lapangan tersebut.
“ Abang nak kemana?” tanya Qaseh apabila dilihatnya Fareez menonong sahaja. Seperti orang tersesat.
“ Telefon teksilah. Pergi hotel.” Kata Fareez sambil mengeluarkan syiling yang ada di dalam poketnya. Selepas turun sahaja dari kapal terbang, Fareez segera menukar wang kertas 1 dollar kepada syiling. Senang untuknya menggunakan telefon awam.
“ Tak payah susah-susah telefon teksi. Kawan Qaseh akan jemput kita tinggal dengan dia.” Kata Qaseh tersenyum. Fareez mengangkat keningnya sebelah dan mendengus sebelum berlalu ke tempat duduk yang disediakan.
“ Q…” laung satu suara. Qaseh memusingkan kepalanya memandang sahabat lamanya itu.
“ Maria…” mereka berpelukan seketika. Sudah lama tidak berjumpa. Kini, bersua kembali. Maria adalah teman rapatnya ketika di Luxembourg. Mereka selalu bersama. Walaupun ada pelajar Melayu yang belajar di Luxembourg, tetapi Qaseh banyak menghabiskan masanya di rumah Auntie Rosemarie, ibu Maria. Mereka menelaah bersama. Kalau Qaseh berada di rumah mereka, masakan untuk Qaseh akan dibeli khas dari kedai makan yang menjual makanan untuk orang Islam. Walaupun Auntie Rosemarie adalah seorang vegetarian. Dia pernah ada seorang sahabat baik yang tinggal bersama-samanya dahulu. Berbangsa Melayu. Dia tahu Qaseh tidak boleh makan benda yang dimasaknya kecuali sayur-sayuran. Sahabatnya pernah menerangkan perkara-perkara haram dan halal kepada Auntie Rosemarie satu masa dahulu.
“ Maria, let me introduce you to my husband, Fareez. Abang…ni lah kawan Qaseh, Maria.” Qaseh memperkenalkan sahabat baiknya itu kepada Fareez. Fareez menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Maria. Huluran itu disambut. Mereka sama-sama tersenyum.
“ Come. Mother waiting for both of you.” Ajak Maria. Dia turut mengangkat beg pakaian Qaseh. Qaseh dan Fareez membuntuti Maria ke keretanya. Kereta yang dipandu oleh Maria menderum pergi meninggalkan lapangan terbang dan menuju ke rumahnya yang terletak di Wiltz.
Lebih kurang 2 jam kemudian, mereka tiba di rumah Maria. Rumah Maria masih tidak berubah. Seperti dahulu juga. Qaseh keluar dari perut kereta dan mengamati keadaan sekeliling. Wiltz, masih seperti dahulu. Kawasan berbukitnya yang nyaman.
“ Esch-Sur-Sure, is still the same, huh?” Qaseh memandang Maria. Terangguk-angguk sahabatnya itu. Esch-Sur-Sure, sebuah perkampungan kecil yang tersembunyi di balik Gunung Ardennes.
Maria membuka but kereta dan mengeluarkan beg pakaian Fareez dan Qaseh. Qaseh memandang sekeliling kawasan yang diliputi oleh kawasan berbukit-bakau. Sungguh nyaman. Dia sukakan pemandangan seperti ini. Hilang sedikit bebanan otak dengan pemandangan sebegini. Boleh melarikan diri daripada hiruk pikuk di kota.
“ And Ardennes Mountain, waiting for you to explore.” Kata Maria yang sedia maklum dengan aktiviti Qaseh jika dia kelapangan. Mendaki bukit dan gunung sudah menjadi hobinya sewaktu di Luxembourg.
“ Q?” panggil satu suara yang amat dikenalinya.
“ Auntie Rose…” seperti mana Qaseh berpelukan dengan Maria sewaktu dilapangan terbang, begitu jugalah dia memeluk Auntie Rosemarie. Fareez hanya memandang sekilas kepada wanita tua yang bersanggul itu.
“ How are you? You look beautiful.” Puji wanita itu. Dia memang rindukan Qaseh. Sudah dianggap Qaseh sebagai anak kandungnya sendiri. Datuk juga mengenali Auntie Rosemarie. Sewaktu Datuk datang melawatnya di Luxembourg, Qaseh membawa Datuk berjalan ke rumah Auntie Rosemarie. Datuk juga memberikan sepenuh kepercayaan kepada Auntie Rosemarie untuk tolong menjaga Qaseh bagi pihaknya.
“ Thanks. You look marvellous, Auntie.” Qaseh turut memuji keanggunan wajah Auntie Rosemarie walaupun semakin dimamah usia. Auntie Rosemarie tersenyum.
“ Who is this? Could this be the lucky man who stole your heart?” pertanyaan bertalu-talu keluar dari mulut Auntie Rosemarie. Qaseh tersenyum malu.
“ This is my husband, Fareez. Abang, this is Auntie Rosemarie.” Qaseh memperkenalkan mereka berdua. Mereka bersalaman. Fareez tersenyum pada Auntie Rosemarie.
“ Just call me Auntie Rose. Let’s go inside. It’s chilling out here.” Ajak Auntie Rosemarie. Maria sudah siap memasukkan beg-beg pakaian mereka ke dalam bilik tetamu yang sudah dikemas elok.
“ I’ll make for both of you a cup of hot chocolate.” Kata Auntie Rosemarie dan berlalu ke dapur. Qaseh duduk di meja makan. Fareez duduk di sofa yang disediakan di ruang tamu. Begitu selesa rumahnya. Qaseh memerhati ke seluruh isi rumah. Tidak ada yang berubah. Perhiasannya masih sama. Sebentar kemudian, Auntie Rosemarie datang ke meja makan dengan tangan menatang dulang yang membawa dua cawan hot chocolate dan sepiring cookies. Maria yang baru turun ke tingkat bawah segera menuju ke ruang tamu apabila terlihat cookies kegemarannya terhidang di atas meja.
“ Bring this cup to your husband.” Auntie Rosemarie menghulurkan secawan hot chocolate dan cookies yang diletakkan di piring cawan tersebut. Qaseh menyambut cawan tersebut dan dibawanya menuju ke arah Fareez.
“ Abang, minumlah.” Qaseh meletakkan cawan tersebut ke atas meja kopi yang terletak di sebelah sofa yang diduduk oleh Fareez itu. Fareez mengangguk. Qaseh berjalan semula ke meja makan. Dia duduk bersebelahan dengan Maria.
“ It’s been a long time. I miss to spend my time with you.” Maria menggengam jari runcing Qaseh. Qaseh tergelak.
“ What about Ross?” tanya Qaseh. Ross adalah kekasih Maria. Agak lama mereka berpacaran. Sebelum Qaseh mengenali Maria.
“ Ross? That playboy? I dumped him after you go back to Malaysia.” Maria meluat apabila Qaseh mengungkit cerita lama mengenai kekasihnya.
“ But why?” tanya Qaseh. Dia tidak faham apa sebenarnya yang berlaku. Mereka begitu mesra. Tidak mungkinlah mereka berpisah. Tetapi apa yang hendak dihairankan. Sedangkan orang yang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula baru bercinta.
“ He treacherous towards me.” Bersungguh-sungguh Maria bercerita. Dia menjadi geram apabila teringatkan perangai Ross yang curang kepadanya.
“ Oh! With whom?”
“ You know her well.” Kata Maria. Qaseh mengerutkan dahi apabila mendengar kata-kata Maria itu. Dia kenal perempuan yang curang dengan Ross? Siapa perempuan itu? Tetapi dia tidak dapat memikirkan sesiapapun.
“ I don’t get it.”
“ Sadira.” Pendek jawapan Maria. Terbeliak biji mata Qaseh.
“ Sade?”
“ Ya.” Qaseh masih tidak percaya. Sadira atau nama panggilannya Sade, orangnya sangat sopan. Dia berbangsa Inggeris tetapi masih menjaga prinsipnya. Tidak akan merampas kekasih orang lain walaupun hatinya amat menyukai orang itu. Dia tidak mahu menjadi seperti ibunya yang menghancurkan harapan orang lain untuk hidup bahagia. Apa sudah jadi pada prinsipnya? Inilah lumrah manusia.
Fareez bangun dari tempat duduknya dan berjalan keluar dari rumah tersebut. Dia perlu mengambil angin. Terasa sesak berada di rumah itu. Mendengar suara dan gelak ketawa Qaseh, amat merimaskan.
“ Abang nak kemana tu?” tanya Qaseh lembut. Fareez berpaling.
“ Ambil angin.” Ringkas jawapan Fareez. Bayangan Fareez hilang daripada pandangan Qaseh. Maria hanya merenung wajah Qaseh. Ada riak-riak sedih di wajah Qaseh. Seperti sahabatnya itu tidak gembira dengan perkahwinan ini.
“ Are you happy with your marriage?” tanya Maria. Qaseh memandang Maria dengan wajah terkejut. Adakah Maria dapat menghidu sesuatu?
“ Of course I am.” Qaseh pura-pura gelak. Menghilangkan rasa terkejut di hati. Qaseh mencecah butter cookiesnya ke dalam hot chocolate. Kemudian, disuapkan ke mulut. Begitulah dia dahulu. Segala cara makan yang pelik-pelik, dipelajari dari Maria. Teringat Qaseh pada setiap musim sejuk. Pasti Auntie Rosemarie akan membancuh mereka segelas cokelat panas untuk memanaskan badan.
“ It’s still delicious, Aunt Rose.” Kata Qaseh sambil mengunyah cookies tersebut. Membawa Maria lari dari topik yang baru sahaja dibuka.
“ As usual?” tanya Auntie Rosemarie dan duduk menghadap Qaseh serta anaknya. Qaseh mengunyah biskut itu perlahan-lahan.
“ As usual…” mereka bertiga ketawa serentak. Qaseh memerhati sekeliling. Mencari wajah seseorang. Tetapi bayangannya tidak kelihatan.
“ Where’s Devon?” tanya Qaseh setelah dia pasti wajah itu tiada di dalam rumah. Kalau ada adik Maria itu, pasti kecoh apabila dia mendapat tahu Qaseh datang ke rumahnya.
“ I also doesn’t know where he is. He’s out there…Somewhere…” Auntie Rosemarie sendiri tidak tahu kemana anak lelakinya pergi. Merayap sahaja kerjanya semenjak sudah pandai berkawan.
“ How’s Adib?” tanya Maria. Qaseh memandang wajah bersih sahabatnya itu. Kenapa persoalan tentang Adib muncul tiba-tiba?
“ He’s fine. Infact, he’s gone back to Malaysia.” Auntie Rosemarie mengerutkan dahi. Mendengarkan kata-kata Qaseh. Pelik.
“ No…He’s here. In Luxembourg.” Ujar Auntie Rosemarie. Qaseh mengalihkan pandangannya ke arah wanita itu.
“ But…I just bump into him in Malaysia.”
“ When?” tanya Auntie Rosemarie.
“ If I’m not mistaken…Last 5 months ago.” Kata Qaseh cuba mengingat kembali pertemuannya dengan Adib. Auntie Rosemarie memandang wajah Qaseh. Dia melepaskan keluhan perlahan.
“ After that, I never saw him again.” Qaseh menyambung lagi. Auntie Rosemarie mengangguk.
“ Did he came to see you?” tanya Qaseh. Maria mendengar penuh minat. Sudah lama dia tidak berjumpa Adib. Lelaki Melayu pertama yang berjaya menambat hatinya. Bukan tidak pernah pelajar-pelajar yang sama bangsa dengannya yang belajar di universiti sama dengan mereka memikat Maria. Tetapi dia tidak berminat. Adib lain daripada yang lain. Wajahnya yang tenang dan mempunyai seraut wajah yang memikat pasti mencairkan hati wanita yang melihatnya. Beruntung wanita yang dapat memiliki hati Adib. Tetapi Adib sukakan Qaseh.
“ Ya. A week before your marriage.” Auntie Rosemarie membuka kacamata yang dipakainya untuk membaca surat khabar. Maria sendiri hairan dengan Qaseh. Kenapa Qaseh tidak menyukai Adib? Dia tidak faham. Mungkin ini melibatkan hati dan perasaan.
“ So, he didn’t came to my wedding?” Qaseh lihat Auntie Rosemarie mengangguk.
“ Nope. Did you…” belum habis lagi soalan yang hendak ditanya oleh Auntie Rosemarie sudah dipotong oleh Qaseh.
“ I’ve already told him. Before I go back to Malaysia.” Qaseh mengeluh. Diraupnya anak-anak rambut yang berjuraian daripada rambut yang di sanggul elok ke belakang.
“ You told him? You’re not explained it? You have to explained everything not told. He wouldn’t understand if you just told him. Actually… he doesn’t want to understand. He’s heart-broken, dear. He told me that he felt a big loss in his life. His return to Malaysia is because he wanted to tell you about his feeling towards you, Q.” terang Auntie Rosemarie. Qaseh memandang wajah Auntie Rosemarie tidak berkelip. Adib pulang ke Malaysia semata-mata hendak meluahkan perasaan kepadanya? Bukan kerana merindukan keluarga seperti yang diberitahu kepada Qaseh. Tetapi dia tidak boleh menerima cinta Adib kerana hatinya tidak mencintai lelaki itu. Dia tidak mahu melukakan hati dan perasaan Adib. Qaseh tidak mahu menerima cinta Adib kerana simpati. Perasaan bersalah menyelubungi Qaseh. Dia sepatutnya menjelaskan segala-galanya supaya Adib faham.
“ I know you tired. Go get some rest.” Auntie Rosemarie tidak mahu Qaseh membebankan otaknya dengan memikirkan masalah Adib. Ini bulan madu Qaseh. Dia sepatutnya bergembira. Qaseh memandang wajah tua yang sudah dihiasi kedutan itu. Qaseh tersenyum dan mengangguk. Kemudian, dia berjalan ke tangga dan didaki tangga tersebut. Menuju ke kamar tidur yang disediakan untuknya dan Fareez.
Segera dia merebahkan badan. Dia sendiri tidak pasti bila dia terlelap.
BAB 19
KETUKAN di pintu kayu kamar tidur mengejutkan Qaseh daripada lenanya yang nyenyak. Terpisat-pisat dia menggosok mata yang merah. Dia tidak suka tidurnya terganggu. Qaseh berjalan ke arah pintu dan membuka pintu bilik itu. Terjengul wajah Maria. Tersengih seperti kerang busuk. Qaseh menguap sambil menutup mulut.
“ Hey, Sleeping Beauty! Let’s go get some fresh air.” Maria berkata. Qaseh mengangguk perlahan. Kantuknya masih bersisa. Maria beredar dari situ. Qaseh masih tercegat di pintu bilik itu. Kemudian, dia menutup semula pintu bilik dan berjalan ke almari pakaian. Dia membuka almari tersebut dan mengeluarkan tuala daripada beg pakaiannya. Dia berjalan ke arah bilik air untuk membersihkan diri.
Selepas membersihkan diri, Qaseh keluar dari bilik air dan menuju ke meja solek. Dilihatnya jam tangan. Sudah pukul 3.35 petang. Waktu Malaysia. Dia belum menunaikan solat Zuhur. Segera dia mengambil air wuduk dan mengerjakan solat Zuhur. Setelah selesai mengerjakan ibadat, Qaseh melipat telekungnya dan disangkut di dalam almari. Qaseh menempel sedikit bedak asas dan bedak padat serta mencalit sedikit lipgloss untuk menampakkan bibirnya seperti basah. Qaseh menyarungkan pakaian yang sudah dikeluarkan dari beg pakaian. Seluar jeans dan sweater nipis berona hijau epal. Dia membelek diri dan wajahnya dipandang sekali lalu. Perfect! Bibirnya tersenyum. Qaseh menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah. Maria yang sudah sedia menunggu di ruang tamu tersenyum memandang Qaseh. Senyuman itu dibalas.
“ Ready?” tanya Maria. Qaseh mengangguk. Maria sudah berjalan ke arah keretanya. Qaseh menyarungkan kasut sneakers dan membuntuti Maria.
“ Maria….” Panggil Qaseh. Maria memandang Qaseh.
“ Is Fareez home yet?” tanya Qaseh. Baru dia teringatkan suaminya yang keluar rumah dari pagi tadi. Sehingga kini dia tidak nampak wajah Fareez. Auntie Rosemarie yang baru sahaja keluar dari dapur menuju ke arah mereka berdua.
“ Where are you two going?” pertanyaan Auntie Rosemarie dibiarkan tergantung tanpa jawapan.
“ No. I didn’t see him at all.” Jawapan Maria itu semakin membuatkan Qaseh risau. Hatinya dilanda gelisah.
“ Don’t worry, Q. He will come back.” Kata Auntie Rosemarie sambil mengurut belakang Qaseh. Qaseh sedikit lega apabila mendapat belaian lembut daripada seseorang yang boleh dianggap sebagai ibu.
“ Where are you two kids going?” tanya Auntie Rosemarie sekali lagi. Maria mencukakan wajahnya.
“ Mother, we’re not kids anymore.” Kata Maria dengan wajah masam. Qaseh tergelak kecil.
“ Alright…Alright…Where are you two lay...dees.. going?” tanya Auntie Rosemarie sambil membetulkan ayatnya. Maria tersenyum kembali. Dia tidak suka dianggap sebagai budak kecil.
“ We’re going to take some fresh air. And…tour the village.” Maria berkata-kata sambil masuk ke dalam perut kereta. Diikuti oleh Qaseh. Mereka berdua melambai ke arah Auntie Rosemarie. Lambaian itu dibalas. Kereta Maria menderum pergi meninggalkan rumah itu.
Perlahan-lahan kereta Maria menuruni bukit. Mata Qaseh masih melekat pada pemandangan di luar. Cantik! Itu sahajalah yang dapat digambarkan oleh Qaseh. Agak lama dia meninggalkan tempat ini. 4 tahun. Dia hampir melupakan keindahan tempat ini dengan kesibukan di syarikatnya.
Semasa Qaseh berbulan madu, Aishah diminta menjaga syarikat sementara ketiadaannya. Aishah juga diberi cuti bergaji oleh Encik Sulaiman. Pada mulanya Aishah menolak tetapi setelah didesak oleh Encik Sulaiman, dia menerima. Bagaimanalah agaknya keadaan sahabat baiknya itu menguruskan syarikat? Qaseh terlupa. Dia sepatutnya menelefon Datuk dan Aishah mengatakan dia selamat sampai. Tidak apalah. Sekejap lagi dia telefon. Kalau dia boleh cari telefon awam.
Kereta Maria menyusuri pekan Insenborn. Indahnya pekan ini. Tidak seperti Kuala Lumpur yang selalu sibuk itu. Pencakar langit dan asap tebal amat menyesakkan. Pekan ini tidak ada bangunan pencakar langit. Ada muzium yang menempatkan sejarah-sejarah peperangan.
Qaseh memandang wajah Maria yang sedang memandu. Maria memandang Qaseh semula dan mereka sama-sama tersenyum. Keindahan pekan Insenborn terlayar di ruang matanya. Dia tidak akan melupakan tempat ini.
Tiba-tiba Maria mendapat idea untuk berkelah. Maria memberhentikan keretanya dan membeli barang makanan untuk mereka berkelah. Qaseh hanya menunggu di dalam kereta. Selepas membeli barang-barang yang diperlukan untuk membuat sandwich, Maria memasukkan barang-barang tersebut ke dalam kereta dan diletakkan di kerusi belakang. Dia masuk semula ke dalam kereta.
“ Let’s go to Eschdorf.” Ujar Maria. Memberikan cadangan. Qaseh mengangguk. Setengah jam kemudian, mereka sampai di tempat yang menjadi destinasi mereka seterusnya. Qaseh menolong Maria mengangkat barang-barang yang dibelinya. Mereka mendaki bukit itu. Maria menghampar kain yang menjadi tempat untuk mereka melabuhkan punggung. Qaseh duduk di atas kain tersebut dan melayarkan pandangannya ke arah tasik. Perkampungan ini terletak di atas dataran tertinggi Ardennes dan berdekatan dengan Tasik Haute-Sure. Maria sibuk menyediakan sandwich. Qaseh leka memandang sekeliling.
“ Magnifico.” Ucap Qaseh. Maria memandang wajah Qaseh dan dikerutkan dahinya. Dia tidak dapat memahami kata-kata Qaseh.
“ Pardon?”
“ I mean, magnificient views.” Qaseh membetulkan ayatnya semula. Dia tahu Maria tidak faham akan katanya. Qaseh memandang Maria. Maria menghulurkan sandwich kepada Qaseh. Disambutnya dan terus sahaja disuapkan ke mulut. Sandwich peanut butter kegemaran Qaseh.
“ So, where are we going after this? Heiderscheider-Grund?” tanya Maria sambil menyuap sandwich ke mulutnya yang ternganga luas. Qaseh memandang Maria dan tersenyum.
“ You read my mind.” Mereka sama-sama tergelak. Maria arif benar dengan tempat kegemaran Qaseh. Selepas bersantai menikmati pemandangan di Eschdorf, mereka mengemas barang-barang makanan tersebut dan dibawa turun daripada bukit tersebut. Mereka menuju ke arah kereta Maria dan memasukkan barang-barang itu.
Qaseh dan Maria meninggalkan kereta mereka berhampiran dengan Tasik Haute-Sure. Qaseh berjalan-jalan menikmati pemandangan. Maria menepuk bahu Qaseh. Dijuih ke arah Fareez yang sedang duduk bersantai. Qaseh tidak menyangka akan terjumpa suaminya disitu. Tujuan dia mengikuti Maria keluar adalah untuk mengambil angin. Dia mahu melupakan kisah hidupnya sementara. Qaseh betul-betul ingin melepaskan tekanan. Adakah tekanan? Baru hari kedua mereka berkahwin, sudah adakah tekanan? Qaseh juga tidak pasti. Yang pastinya, dia mahu betul-betul berehat.
Mahu tidak mahu, Qaseh melangkah juga ke arah Fareez yang sedang berbaring memejamkan mata. Mata Fareez terbuka apabila dia rasa cahaya mataharinya dilindung oleh satu lembaga. Dikecilkan sedikit mata. Memandang orang dihadapannya. Dia dapat mengecam bahawa itu Qaseh. Fareez terus sahaja duduk.
“ Kau tak boleh ke tepi sikit ke?” kasar Fareez berbahasa.
“ Maafkan saya, Abang. Saya cari Abang tadi. Tapi, Abang tak balik lagi.” Qaseh berkata. Fareez berdiri dan mencekak pinggang.
“ Apahal kau cari aku?”
“ Saya nak minta izin dengan Abang. Saya nak keluar bersiar-siar dengan Maria.” Jelas Qaseh. Dipandangnya wajah Fareez tetapi Fareez sedikitpun tidak memandang Qaseh. Entah kenapa dia rasa dia tidak boleh menerima Qaseh menjadi isterinya. Fareez memandang Maria yang segera mengalihkan pandangan ke tempat lain.
“ Kau dah pun keluar. Keluar jelah. Apahal pulak nak beritahu aku.” Mata Fareez liar ke sekeliling. Wanita-wanita di situ kebanyakannya memakai bikini. Fareez tidak jadi memandang. Sebaliknya matanya terarah ke tasik yang terbentang dihadapan mereka. Qaseh mengeluh perlahan.
“ Abang kan suami saya. Sebagai seorang isteri, saya kena minta izin dengan Abang.” Qaseh masih tidak berputus asa.
“ Kau ni tak faham bahasa Melayu ke? Aku cakap yang kau ni tak pernah tertulis untuk menjadi isteri aku. Kalau dengan mak bapak aku, kau bolehlah temberang. Tapi dengan aku…Kau jangan harap. Kau jangan harap sesen pun daripada duit harta aku yang aku kumpul selama ini.” Fareez sudah menjelaskan segala-galanya. Qaseh tidak pernah terniat pun untuk mengambil harta Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa apatah lagi harta Fareez. Niat Qaseh untuk berkahwin dengan Fareez, telah disalahertikan. Air matanya bertakung.
“ Itulah perempuan. Sikit-sikit, menangis. Kalau dengan lelaki lain, kau boleh jadikan air mata kau tu sebagai senjata. Tapi dengan aku, kau keluar air mata darah sekali pun, aku takkan tertipu.” Fareez berkata-kata pedas. Maria yang hanya menyaksikan kejadian itu berlaku, sudah tidak senang berdiri. Walaupun dia tidak memahami sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Fareez, tetapi dia tahu dari raut wajah Qaseh. Sahabatnya itu dalam kesedihan.
“ Kau nak pergi mana, suka hati kau. Aku tak nak masuk campur. Dan kau…jangan ambil tahu kemana aku nak pergi. Buat selama-lamanya.” Kata Fareez. Ditudingkan jarinya ke arah muka Qaseh.
Fareez beredar dari situ. Maria melangkah ke arah Qaseh. Sahabatnya itu sedang mengelap air mata. Maria memegang muka Qaseh.
“ Hey…what’s wrong?”
“ Nothing wrong.”
“ Are you okay?”
“ Ya…I’m fine. So, where are we going next?” Qaseh bertanya dalam nada pura-pura ceria. Maria melepaskan keluhan. Digelengkan kepalanya perlahan. Qaseh tersenyum. Dia mahu menceriakan keadaan. Setelah hatinya dihiris sedalam-dalamnya oleh Fareez. Qaseh tidak mahu bersedih. Dia berharap esok akan merubah pendirian Fareez. Dia benar-benar berharap.
“ Kautenbach?”
“ Yes. I love that place.”
“ Come on. Let’s go.” Maria menarik tangan Qaseh dan mereka sama-sama berjalan menuju ke kereta semula.
45 minit kemudian, mereka tiba di Kautenbach. Kautenbach terletak di kuala Clerve. Wiltz sememangnya terletak di kawasan-kawasan yang tersergam indah. Tidak dapat digambarkan melalui kata-kata. Pemandangan yang indah dapat dinikmati dengan berjalan melalui hutan yang disajikan dengan keindahan flora dan fauna yang sangat cantik. Tidak jauh daripada Kautenbach ialah Schuttbourg Chateau yang dibina pada kurun ke 16. Qaseh dan Maria berjalan di sekeliling Kauntebach.
“ So, tell me what’s the matter?” tanya Maria tiba-tiba. Qaseh tidak faham dengan pertanyaan Maria mengerutkan dahi.
“ Come on. Tell me.” desak Maria.
“ Tell you what?”
“ What is going on between you and Freez?” barulah Qaseh faham maksud Maria kini. Dia tersenyum dan menggeleng. Dia tidak mahu membocorkan rahsianya. Biarlah ini menjadi rahsia dia dan Datuk.
“ Nothing wrong. We are happy married couple. And my husband name is Fareez not Freez.” Bohong Qaseh. Dia tidak mahu Maria mengungkit cerita yang menjadi rahsianya selama ini.
“ Happy? I just saw Fareez scolded you in front of other people. Don’t you lie to me. I knew you well.” Maria menangkis kenyataan Qaseh. Dia dapat melihat Qaseh dan Fareez bukan seperti pasangan lain.
“ That is the way he’s talking to me.” Qaseh cuba membela Fareez.
“ I may be stupid. But, I’m not fool.”
“ You’re not stupid.”
“ Come on, Q. I’ve known you for about…what? 8 years…9 years?”
“ You don’t know everything about me.” Qaseh meraup anak rambutnya yang berjuntaian ke belakang.
“ Yes, I do. Believe me…I do.” Maria bersungguh-sungguh mahu Qaseh menceritakan perihal rumahtangganya.
“ Okay…Okay…But, you have to promise me one thing.”
“ Promise you what?” tanya Maria kembali dengan senyuman.
“ Don’t tell Auntie Rose.” Qaseh lihat Maria mengangguk. Dia percaya dengan Maria. Maria seorang yang pandai menyimpan rahsia. Qaseh menceritakan satu persatu. Dari A hingga Z. Terbelalak biji mata Maria. Tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh Qaseh kepadanya.
“ You married him because of the stupid will?” tanya Maria.
“ The will is not stupid, okay. My parents just made an agreement with Fareez parents. They just want me to be happy. That’s all.” Qaseh memperbetulkan ayat Maria. Dia tidak suka Maria menghina wasiat dari ibubapanya yang dianggap penting dan wajib diikuti.
“ Okay…Okay…I’m sorry. But marrying him is just like…one big hell.” Maria masih tidak setuju dengan tindakan Qaseh. Begini juga reaksi Aishah apabila mendapat tahu tujuan sebenar Qaseh mengahwini Fareez.
“ He’s my husband, right now. We’re legally married.” Qaseh melemparkan pandangannya ke arah bukit yang menghijau dengan tumbuh-tumbuhan. Mencari kedamaian.
“ But…I still don’t agree with what you doing right now. Marrying him because of the will that your parents made up for you? That’s ridiculous. You should follow your heart not the will.” Ujar Maria lagi. Maria meluahkan ketidakpuasan hatinya. Qaseh hanya menundukkan wajahnya. Maria menggengam erat jari jemari Qaseh. Qaseh mengangkat muka dan memandang Maria.
“ You love him, do you?” tanya Maria. Lambat-lambat Qaseh mengangguk. Maria tersenyum. Dia tidak pernah nampak cahaya cinta yang terpancar dari wajah Qaseh. Inilah kali pertama Maria menyaksikannya.
“ You follow your heart, aren’t you? Not the will? Well…I hope you will be happy with this marriage.” Maria turut berdoa akan kebahagiaan rumahtangga Qaseh. Mereka berpelukan seketika sebelum mereka berangkat pulang. Hari semakin senja. Maria menghidupkan enjin keretanya dan mereka pulang ke rumah.
MEREKA tiba di rumah lewat petang. Fareez sudah pulang. Begitu juga dengan adik Maria, Devon. Qaseh minta diri. Dia naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri dan menyalin pakaian tidur. Selesai sahaja menunaikan solat Maghrib, Qaseh turun semula ke tingkat bawah untuk makan malam bersama-sama keluarga Maria. Auntie Rosemarie sudah siap menyediakan salad buah-buahan dan sayur-sayuran. Itulah makan malam mereka. Fareez sudah duduk di meja makan. Qaseh meletakkan pinggan di atas meja.
“ Abang nak salad buah ke salad sayur?”
“ Salad sayur sikit, salad buah sikit.” Kata Fareez sambil melihat kedua-dua salad tersebut. Langsung tidak membuka seleranya untuk makan tetapi dia harus menjamah sedikit salad yang dibuat Auntie Rosemarie. Kalau tidak makan, nanti apa pula katanya. Qaseh menceduk salad buah dan salad sayur ke dalam pinggan suaminya. Kemudian, dihulurkan pinggan tersebut kepada Fareez. Fareez menyambut dan mula menyuap ke mulut. Maria cuba untuk menceriakan suasana. Mulutnya kecoh bercerita itu ini. Tentang dia bersiar-siar dengan Qaseh pun diceritakan kepada ibunya. Tergelak Auntie Rosemarie mendengar cerita Maria apabila Maria membuka cerita mengenai Qaseh yang terjatuh tersadung batu sewaktu mendaki bukit. Qaseh hanya tersenyum pahit. Dia risau jika Maria membuka cerita mengenai perkahwinannya kepada Auntie Rosemarie. Qaseh memandang wajah Fareez sekilas. Tiada reaksi dari lelaki itu.
“ We’ve meet Freez at Heiderscheider-Grund. Aren’t we, Freez?” tersedak Qaseh dengan pertanyaan Maria. Fareez mengangkat wajahnya memandang Maria yang sedang tersenyum. Fareez dengan selamba mengangguk. Dia meneruskan kembali suapan. Maria mendengus geram. Qaseh menendang kaki Maria perlahan. Sahabatnya itu mengaduh.
“ Ouch…”
“ What’s wrong, honey?” tanya Auntie Rosemarie.
“ Nothing, Mother. It’s just that…big damn mosquito bite me.” Kata Maria. Dia menjeling ke arah Qaseh.
“ Mosquito? Are you dreaming? It’s spring. There’s no mosquito.”
“ Ohh…My bad.” Maria tersilap cakap.
“ Q, do you want to join me tomorrow?” tanya Maria cuba mengalih dari perhatian Auntie Rosemarie. Terhenti suapan di mulut Qaseh.
“ Doing what?” tanya Qaseh kembali.
“ Have fun.” Maria berkata sambil tersenyum riang. Seronok juga membawa Qaseh lari sebentar dari masalah yang membelenggu dirinya. Fareez memandang Maria kemudian dialihkan pandangan ke arah Qaseh. Takut-takut Qaseh memandang Fareez.
“ You have to ask my husband first.” Ujar Qaseh. Fareez mengangkat keningnya memandang Qaseh.
“ Freez, can Q join me?” tanya Maria kepada Fareez. Fareez tersenyum. Qaseh tidak mengerti dengan senyuman itu.
“ My name is Fareez and not Freez. Sure. In one condition.” Fareez mendapat idea untuk mengenakan syarat. Maria mengerutkan dahi. Begitu juga dengan Qaseh dan Auntie Rosemarie.
“ You name it.” Maria berkata sambil menyuapkan buah ke mulut.
“ I have to follow you guys.”
“ Is that all?”
“ Ya. Or else, Q have to stay at home.”
“ Okay, fine. You can follow us.” Maria memberikan persetujuan. Qaseh sudah tidak senang duduk. Entah kenapalah Fareez mahu mengikuti mereka. Apa tujuannya? Qaseh mengucap di dalam hati. Dia tidak sepatut meragui suaminya itu. Tetapi kenapa Fareez hendak mengikuti mereka?
“ Where are you planning to go, Maria?” tanya Auntie Rosemarie. Maria memandang wajah ibunya itu.
“ Echternach.” Qaseh meneruskan semula suapan ke mulutnya setelah mendengar jawapan dari mulut Maria. Dia dan Maria pernah pergi ke tempat itu. Tempat itu sungguh indah. Air terjun yang nyaman dapat menghilangkan keresahannya.
Mereka bertiga leka bersembang. Fareez awal-awal lagi sudah masuk ke bilik untuk tidur. Auntie Rosemarie melihat jam dinding. Sudah sampai masanya untuk masuk tidur. Qaseh dan Maria masih lagi bersembang. Tentang zaman universiti mereka. Bagaimana pelajar-pelajar lelaki cuba memikat Qaseh tetapi menggunakan Maria sebagai orang tengah. Hati Qaseh tetap tidak terpikat walaupun datanglah semacho Christopher Plummer atau sekacak Shane West. Kadangkala gelak ketawa mereka bergema di ruang tamu. Kemudian sama-sama menekup mulut. Lewat malam itu, barulah mereka berasa mengantuk. Mereka menuju ke bilik masing-masing.
Qaseh membuka pintu kamar tidurnya yang dikongsi bersama suami yang baru dinikahinya selama 96 jam. Katil itu kosong. Tidak ada tanda-tanda Fareez berada di dalam bilik itu. Dia tidur dimana? Qaseh menuju ke bilik air untuk menggosok gigi dan mencuci kaki. Keluar sahaja daripada bilik air, matanya tertancap pada satu tubuh yang tidur merengkot di atas lantai. Diamati tubuh itu di dalam gelap. Fareez! Qaseh mendekati Fareez. Fareez memeluk tubuhnya yang kesejukan itu. Qaseh mengeluh. Sanggup dia tidur di atas lantai kerana tidak mahu sekatil dengannya. Teragak-agak Qaseh hendak menyentuh Fareez. Diberanikan diri. Qaseh mengejutkan Fareez dari lenanya. Digoncangkan perlahan bahu Fareez.
“ Abang…Abang…” panggil Qaseh perlahan. Tidak mahu membuatkan Fareez terkejut. Masih tiada respon. Qaseh memanggil sekali lagi. Kali ketiga Qaseh memanggil, barulah ada respon.
“ Mmmm….” Fareez mengalihkan badannya. Perlahan-lahan dia membuka biji mata yang terasa berat.
“ Abang tidurlah atas katil. Sejuk kat bawah ni.” Kata Qaseh separuh berbisik. Dia tidak mahu mengejutkan Maria dan Auntie Rosemarie yang tidur di bilik sebelah kiri dan kanan mereka.
“ Aku tak nak tidur sekatil dengan kau. Suka hati akulah nak tidur kat mana pun. Kacau jelah.” Fareez mendengus marah. Dia tidak suka tidurnya terganggu. Dia membelakangkan badan menghadap dinding.
“ Saya tak tidur dengan Abang. Abang tidurlah atas katil. Abang tak biasa tidur kat bawah.” Ujar Qaseh dengan nada sebak. Sampai begitu sekali Fareez membencinya.
“ Hiii…Kau memang tak boleh tengok aku senang.” Fareez melipat gebar yang ditidurnya itu dan dia memanjat katil. Dia segera merebahkan badan dan memejamkan mata. Qaseh terduduk di atas lantai. Air matanya turun. Setitik demi setitik. Semakin lama semakin laju. Kemudian, dia terlelap di atas lantai itu tanpa berlapikkan gebar. Malam itu, dia tidur bertemankan air mata yang seakan-akan tidak mahu berhenti.
BAB 20
KEESOKAN pagi, Maria sudah memasukkan pakaian mandinya ke dalam beg dan makanan untuk mereka berkelah. Fareez sudah menunggu di bawah. Qaseh masih belum turun. Maria menghidupkan enjin keretanya dan memasukkan barang-barang makanan serta beg pakaian ke dalam but kereta. Fareez menunggu di luar rumah.
“ Where’s Q?” Maria bertanya kepada Fareez.
“ She’s in the bathroom.” Fareez membuka pintu kereta dan bersedia untuk masuk ke dalam perut kereta. Maria mengeluh melihat perangai acuh tak acuh Fareez. Maria masuk semula ke dalam rumah untuk memanggil Qaseh. Belum sempat Maria melaung memanggil Qaseh, Qaseh sudah muncul di ruang tamu. Qaseh menuruni tangga sambil tersenyum manis. Walauapapun yang terjadi kepada Qaseh semalam, wajahnya masih diceriakan.
“ Let’s go. We’re late.” Mereka beriringan menuju ke kereta. Qaseh duduk di hadapan bersama Maria. Kereta itu menderum pergi meninggalkan perkarangan rumah Auntie Rosemarie yang dihiasi dengan tanaman-tanaman daripada pelbagai jenis bunga dan bunga kacukan.
Qaseh menumpukan pandangan ke luar. Fareez pula sibuk mendengar mp3. Maria bosan apabila tiada seorang pun yang hendak bercakap dengannya. Dia cuba bercakap dengan Qaseh. Tetapi sepatah ditanya, sepatah juga dijawab. Seperti tiada mood sahaja sahabatnya itu.
“ Q, we are going to have some fun. Please…I don’t want to see your face like this.” Bisik Maria. Geram apabila tiada respon daripada Qaseh.
“ Q…Hello….Is anybody home?” Maria cuba berlawak. Qaseh tersentak. Kemudian, dia tersenyum dengan lawak yang dilakukan oleh Maria untuk menceriakan hatinya.
“ Cheer up, girl.” Qaseh tersenyum hambar. Maria turut tersenyum.
Selepas 2 jam 20 minit mereka merentas jalanraya, mereka sudah sampai ke destinasi yang ditujui. Kereta Maria membelok masuk ke pekan Echternach. Kereta itu perlahan-lahan menyusur pekan tersebut. Mencari tempat untuk mereka melepaskan dahaga. Kereta Maria berhenti betul-betul dihadapan sebuah café yang pemiliknya adalah orang Islam. Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam café tersebut. Maria memilih meja di tengah-tengah restoran. Pelanggan-pelanggan lelaki yang berada di dalam restoran itu tidak lepas dari menatap Maria. Sebaik sahaja Qaseh melangkah masuk ke dalam restoran tersebut, perhatian daripada pelanggan lelaki beralih pula kepada Qaseh. Tidak terkecuali juga seorang pelanggan lelaki Melayu. Pelayan café tersebut, mendekati meja yang diduduki oleh dua orang wanita itu. Selepas memesan minuman, pelayan tersebut segera ke dapur menyampaikan pesanan pelanggan.
“ Where is Freez? Sorry…Sorry…I mean, Fa…reez…” perbuatan Maria itu mengundang tawa dari bibir mungil Qaseh. Maria turut tergelak.
“ He’s out there. Buying something.” Kata Qaseh dalam sisa tawanya. Pelanggan lelaki yang sedari tadi memerhati gerak geri Qaseh, mendekati meja yang mereka duduki itu. Qaseh perasan ada seseorang sedang menuju ke arah mereka. Dia asyik memandang lelaki itu. Dahinya berkerut-kerut. Maria memandang wajah Qaseh yang seperti ternampak hantu.
“ Hi…” lelaki tersebut menyapa Qaseh. Berkerut dahinya cuba mengecam wajah lelaki itu yang ditumbuhi janggut liar.
“ Adib?” tanya Qaseh inginkan kepastian. Lelaki itu mengangguk. Maria turut memandang wajah lelaki yang baru sahaja disebut namanya oleh Qaseh.
“ Hi, Maria.” Kata Adib seraya memandang wajah Maria.
“ Hi. Long time no see.” Sapa Maria. Sesekali mata Maria bertembung dengan mata berkaca light brown milik Qaseh. Adib tersengih.
“ Have a sit.” Ajak Maria. Adib terus sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Qaseh. Maria terkejut dengan tindakan Adib. Qaseh yang berada di sebelah Adib sudah kegelisahan. Dia takut Fareez akan nampak.
Fareez menolak pintu café itu dan segera masuk ke dalam café tersebut. Dia terkejut dengan kehadiran seorang lelaki. Lepas itu, duduk di sebelah isterinya pula. Lengan lelaki itu sesekali berlaga dengan lengan Qaseh. Darah Fareez mendidih. Dia berjalan mendekati meja yang diduduki oleh mereka. Tercegat sahaja Fareez berdiri. Qaseh gusar.
“ Hey, Fareez.” Adib bangun dan terus memeluk sepupunya itu. Terkejut Fareez dengan tindakan Adib itu.
“ Aku tak perasan kau tadi. Berjambang kau sekarang.” Kata Fareez cuba menutup perasaan amarah yang meluap-luap sebentar tadi. Sememangnya dia tidak perasan akan Adib. Sepupunya itu berkulit putih dan wajah seakan-akan orang tempatan Luxembourg. Sudah banyak berubah. Tidak seperti Adib yang mereka kenali dahulu. Seorang yang mementingkan kebersihan wajah. Dan seorang yang pandai bergaya. Berpakaian kemas. Kini, Adib seperti orang yang tidak berumah. Berbaju T dan berseluar jeans lusuh. Memanglah orang tidak akan cam apabila memandangnya sekali imbas.
“ It’s ok. Duduklah.” Adib memberikan ruang kepada Fareez untuk duduk. Adib berpindah tempat duduk. Dia duduk disebelah Maria. Fareez menghenyakkan punggungnya di sebelah Qaseh.
“ Where are you guys up to?” tanya Adib kepada Maria.
“ No where. We just want to get some fresh air.”
“ I don’t believe you guys. You wouldn’t just drive from Wiltz to Echternach. There must be something.” Adib tidak mempercayai kata-kata Maria. Dia kenal sangat akan sikap kedua-dua wanita itu. Mereka tidak akan memandu sejauh ini hanya kerana hendak mengambil angin dan berjalan-jalan. Bukan sehari dua dia mengenali mereka.
“ You’ve caught us. Actually…we want to go to Little Switzerland. Care to join us?” tanya Maria. Diajaknya Adib sekali pergi ke tempat yang menjadi destinasi mereka. Adib berfikir-fikir sebentar sebelum memberikan jawapan yang pasti. Satu persatu wajah yang berada di meja itu diteliti. Adib menatap wajah Qaseh. Kemudian, dia memberikan kata putus.
“ Okay…” jawapan Adib itu semakin meresahkan benak Qaseh yang sudah kegelisahan. Fareez tersenyum sumbing. Qaseh semakin tidak senang duduk. Ada sahaja benda yang dirasakan tidak kena. Seperti satu kebetulan mereka berjumpa dengan Adib di Echternach. Setahu Qaseh, Adib tinggal di Bigonville, wilayah Redange. Agak jauh juga Adib datang ke sini. Betulkah satu kebetulan? Atau hanya Maria yang mengaturkan pertemuan ini? Qaseh berasa curiga. Qaseh memandang Maria dengan kerutan di dahi. Tetapi Maria juga kelihatan tidak senang duduk. Kenapa? Dia harus bertanya kepada Maria. Soalan ini semakin menghimpit fikirannya.
BUNYI deruan air terjun yang turun mencurah-curah dari satu tebing yang tinggi begitu menyamankan. Susunan batu-batuan yang wujud di situ sejak berjuta tahun yang lalu sangat unik. Qaseh leka dengan persekitaran di sekelilingnya. Fareez duduk di atas batu dan merendamkan kakinya ke dalam air terjun tersebut. Air di situ sangat sejuk. Dia mengeluarkan buku yang dibawa bersama-sama dan dibaca. Suasana di situ sungguh menyegarkan. Tenang. Dapat juga Qaseh menenangkan fikirannya yang kusut. Mata Adib tidak lepas dari memandang wajah Qaseh. Semakin cantik pula dia selepas berkahwin. Adakah dia bahagia hidup sebagai isteri kepada Fareez? Lelaki yang tidak percaya kepada perempuan dan cinta.
Qaseh menyediakan makanan untuk mereka menikmati. Maria pula sudah menukar pakaian dan bersiap sedia untuk membasahkan badannya dengan air terjun. Qaseh leka melakukan kerja-kerjanya.
Sesekali mata Adib bertembung dengan mata Qaseh. Apabila menghadapi situasi sebegitu, Qaseh akan menundukkan muka atau mengalihkan pandangan ke tempat lain. Tidak sanggup bertentang mata. Fareez perasan akan perbuatan Adib itu. Dia hanya merenung tajam ke arah Qaseh. Qaseh menuangkan air kopi ke dalam kole. Qaseh melangkah menuju ke arah Fareez. Dia memijak batu-batuan yang ada disitu. Agak tajam batu-batu tersebut. Qaseh mengaduh perlahan. Dihulurkan kole itu kepada Fareez. Pantas sahaja Fareez menyambut kole itu. Qaseh kembali semula ke tempat dia menyediakan makanan. Adib mendekati Qaseh. Adib duduk di atas kain yang dihamparkan. Pada mulanya dia meminta air kopi kemudian dia meminta pula sandwich. Satu persatu dia minta daripada Qaseh. Qaseh tidak dapat melarikan diri dari Adib. Dia terpaksa melayan Adib kerana Maria masih belum lagi selesai berendam. Kalau tidak, mahu sahaja Qaseh menyuruh Maria melayan Adib.
“ Q, boleh Adib tanya satu soalan?” tanya Adib. Qaseh mengangguk. Adib duduk menghadap Qaseh.
“ Q bahagia dengan Fareez?” tanya Adib sekali lagi. Dia tidak mahu andaian yang bersarang di kepalanya. Dia mahukan jawapan yang pasti dari mulut itu. Qaseh tidak pasti samada hendak menjawab soalan itu atau sebaliknya. Adib masih lagi menunggu jawapan dari bibir mungil itu.
“ Kenapa Adib tanya macam tu?” tanya Qaseh kembali. Dia mengerutkan dahi. Tidak suka orang mempersoalkan kebahagiaannya.
“ Adib tanya je. Sebab Adib tengok, Q kat sini dan Fareez kat sana. Ada apa-apa yang tak kena ke?” Adib mahu Qaseh berterus-terang dengan dia tetapi nampaknya Qaseh agak keberatan hendak bercakap dengan Adib. Dia tidak suka orang menyibuk untuk mengetahui perihal rumahtangganya.
“ Tak semestinya Q kat sini dan Fareez kat sana, kita orang gaduh. We’re fine. Tak usahlah Adib soalkan tentang kebahagiaan Q. Q bahagia dan Q cintakan Fareez. Sepenuh hati.” Qaseh sudah memandang tajam ke arah Adib. Adib mengeluh. Dia tidak percaya kata-kata itu. Dia akan memaksa Qaseh menceritakan perkara yang sebenarnya.
“ Fareez…cintakan Q?” tanya Adib lagi. Qaseh mendengus geram.
“ Tak perlulah Adib ambil tahu tentang hati dan perasaan Q. Begitu juga dengan Fareez. Memanglah Adib kawan baik Q dan sepupu yang paling rapat dengan Fareez, tapi tak semestinya Adib mesti ambil tahu akan semua hal.” Qaseh sudah mula meninggikan suara. Maria yang asyik berendam pun mengangkat badannya untuk melihat Qaseh dan Adib yang masih dengan perbualan mereka itu. Fareez memandang sekilas.
“ Tapi Adib cintakan Q.” Ujar Adib perlahan. Qaseh meraup rambutnya ke belakang. Dia ni masih tak faham lagi ke? Hati Qaseh berkata geram. Sudah bosan melayani sikap keanak-anakan Adib.
“ Adib, Q dah kahwin. Simpan sajalah cinta Adib tu untuk perempuan yang sesuai mencintai Adib. Q milik seseorang. Yang tak mungkin Q tinggalkan hanya untuk membalas cinta Adib. Tolonglah faham, Adib. Biarlah kita kekal sebagai sahabat. Jangan rosakkan persahabatan kita dengan cinta yang tak mungkin kesampaian. Andaikata Fareez melepaskan Q, Q tetap takkan mencintai Adib. Q lebih selesa kita menjadi kawan. Fahamilah diri Q, Adib.” Panjang lebar Qaseh menjelaskan perkara sebenar kepada Adib. Biar Adib terluka. Dia tidak sanggup lagi bersandiwara. Biar Adib faham. Qaseh tidak mahu Adib terus mengharap cintanya yang tidak mungkin dibalas. Bukan niat Qaseh hendak melukakan hati Adib.
“ Baru Adib faham sekarang.” Qaseh memandang wajah Adib yang sudah kemerah-merahan kerana terkena sinaran matahari.
“ Apa yang Adib faham?” tanya Qaseh. Adib bangun dari tempat yang diduduknya. Adib mengeluh kuat.
“ Tentang segala-galanya. Tak sangka Adib ni macam terdesak.” Kata Adib sambil melemparkan pandangan ke arah air terjun yang mengalir di celah-celah batu.
“ Adib tak terdesak. Cuma Adib tergesa-gesa meluahkan perasaan cinta. Sepatutnya Adib tak boleh meluahkannya kepada Q. Adib perlu cari seorang teman hidup yang sesuai untuk Adib luahkan segala perasaan cinta Adib itu kepadanya.” Qaseh membetulkan ayat Adib. Dia tidak mahu Adib berasa tertekan. Adib mengalihkan wajah dan memandang wajah bersih dihadapannya itu. Matanya jatuh pada cincin di jari kelingking Qaseh. Cincin yang bertatahkan berlian itu bersinar-sinar apabila terkena pancaran matahari yang melalui dedaun hijau yang merimbun di air terjun itu.
“ Q memang sesuai menjadi kawan Adib. Terima kasih Q. Kerana menyedarkan Adib dari mimpi yang tak ada kesudahan ni.” Adib tersenyum. Qaseh turut tersenyum. Dia berjaya menerangkan segala-galanya tanpa membuatkan hati Adib terluka. Adib duduk semula di atas kain yang dihamparkan di atas dedaun kering. Dia menyuap sandwich ke mulutnya. Diteguk air kopi yang masih berwap itu. Selepas makan, Adib membuat keputusan untuk menyertai Maria berendam di dalam air terjun itu. Berdebur air itu berbunyi apabila Adib terjun ke dalamnya.
Sesekali mata Fareez memandang Qaseh yang duduk di atas kain itu. Qaseh perasan dirinya menjadi intipan suami sendiri. Maria terjerit-jerit apabila digeletek oleh Adib yang turut berendam di dalam air itu. Qaseh tergelak melihat perbuatan Adib dan gelagat Maria. Fareez tersenyum dan menggeleng. Qaseh berasa seronok. Dapat menghirup udara segar dan dapat melihat kehijauan tumbuh-tumbuhan.
Selesai Maria berendam, dia naik ke atas batu yang ada di situ untuk mengeringkan badannya yang basah. Dilap badan dengan kain tuala yang dibawa dari rumah. Adib hanya memerhatikan perbuatan Maria itu. Terliur dia melihat tubuh Maria yang montok itu. Maria mengeringkan rambutnya pula. Kemudian, dia menjemurkan diri yang kepenatan itu. Mata Adib tidak lepas dari menatap Maria. Ditelitinya wajah Maria. Wajah itu juga seperti Qaseh. Mempunyai kelembutan yang tersendiri. Qaseh hanya memerhatikan gerak geri Adib. Qaseh berjalan mendekati Adib dan berdiri di sebelahnya. Fareez hanya memerhatikan perbuatan Qaseh itu. Timbul satu perasaan di benaknya. Perasaan yang sukar untuk digambarkan.
“ Itulah lelaki. Mata keranjang.” Kata Qaseh. Adib memusingkan kepalanya memandang Qaseh. Qaseh memasamkan muka.
“ Apa maksud Q?”
“ Tak boleh tengok perempuan seksi sikit.”
“ Tak semua lelaki macam tu.” Bantah Adib.
“ Ye ke? Boleh percaya?”
“ Kenapa? Tak percaya?” Adib seakan-akan meniru gaya percakapan lelaki cina yang berlakon di dalam iklan Bumiputra Commerce (BCB). Qaseh mendengus.
“ Adib tengok, Maria tu macam ada sifat keibuan.” Adib memandang semula wajah yang sedang menjemurkan badan itu.
“ Adib cubalah pikat Maria. Dari dulu lagi, Maria memang sukakan Adib.” Kata Qaseh. Adib memandang Qaseh tidak berkelip. Qaseh mengangguk perlahan. Dia tersenyum.
“ Kalau Adib jadi bercinta dengan Maria, nak ke Maria masuk Islam?” kata Adib sedikit gusar. Dia tidak mahu hubungannya dengan orang bukan Islam berjalan dengan lancar selagi orang itu tidak memeluk Islam. Qaseh tersenyum. Dia faham akan kegusaran yang dihadapi oleh Adib.
“ Belum cuba, belum tahu. Macam lagu yang dinyanyikan oleh Ajai dan Nurul. Tak kenal maka tak cinta.” Ujar Qaseh sambil berlalu dari situ. Adib termangu. Dia seperti berfikir sesuatu.
SETENGAH hari masa mereka dihabiskan di air terjun tersebut. Maria bersembang dengan Qaseh manakala Adib termenung di atas jambatan yang berada di atas air terjun itu. Fareez masih lagi dengan bukunya. Kafka of the Shore menjadi pilihan Fareez untuk membaca. Penulis buku itu seorang berbangsa Jepun. Leka dia membaca buku itu. Qaseh mendekati Fareez dan duduk di sebelah suaminya itu. Dia membaling batu ke dalam air.
“ Hey, guys. Let’s go home. It’s already late.” Laung Maria. Adib tersedar dari lamunannya. Qaseh mengangkat punggung dan menuju ke arah Maria. Menolong sahabatnya itu mengemas. Fareez juga bangun. Menuju ke arah mereka berdua. Adib menolong Maria mengangkat barang-barang yang sudah dikemas dan dimasukkan ke dalam kereta.
“ Can we stop at Grevenmacher?” tanya Qaseh. Maria tersenyum dan mengangguk. Faham benar dengan Qaseh. Kalau dia ke Wiltz, pasti dia akan bersinggah di Grevenmacher.
Qaseh masuk ke dalam perut kereta. Dia duduk dibelakang bersama Fareez. Adib beria-ia hendak memandu ke Grevenmacher. Akhirnya, Maria mengalah. Dihulurkan kunci kereta dan duduk di sebelah pemandu. 45 minit kemudian, mereka tiba di Grevenmacher. Inilah tempat yang menyimpan banyak kenangan Maria bersama Ross. Pertama kali, Maria berjumpa dengan Ross. Fareez memerhatikan pemandangan di sekelilingnya. Sungguh indah tempat itu. Sebuah perkampungan yang bernama Machtum menjadi destinasi perhentian mereka.
Qaseh dan Maria turun dari kereta dan menuju ke sebuah kedai yang menjual cenderahati. Qaseh membeli cenderahati setiap satu untuk orang yang selalu terlayang-layang di fikirannya. Datuk, Rafidah, Khairudin, Alis, Hamidi, Tashya, Aleya, Aishah. Dia juga tidak lupa untuk membelikan cenderahati untuk keluarga mentuanya. Qaseh melihat satu selendang. Mesti sesuai untuk ibu mentuanya.
“ Abang, Ummi suka warna apa? Hijau ni, ok tak?” tanya Qaseh kepada Fareez. Fareez memandang selendang tersebut sekilas lalu. Tidak berminat. Acuh tak acuh sahaja Fareez. Tidak dijawab soalan isterinya itu. Qaseh terlihat tali leher yang sesuai dengan ayah mentuanya yang merupakan seorang ahli perniagaan. Fareez tercegat di luar kedai tersebut. Adib sudah mencari restoran untuk mereka semua menjamu selera. Maria masih membelek rantai leher mutiara yang unik rekabentuknya.
“ Abang, cantik tak tie ni? Qaseh ingat nak hadiahkan pada Walid. Sesuai tak dengan Walid?” tanya Qaseh lagi. Cuba menarik perhatian Fareez. Kali ini, Qaseh memilih cenderahati-cenderahati untuk keluarga mentuanya termasuk anak tirinya.
“ Abang, Qaseh dah pilih souvenir untuk Kak Liza, Kak Lis, Abang Wan, Ana, Mia, Bell dan Mirul. Abang rasa dia orang suka tak?” Qaseh masih tidak berputus asa. Maria sudah membayar barangan yang dibelinya dan berjalan ke arah restoran yang dipilih oleh Adib. Qaseh masih di kedai tersebut bersama Fareez.
“ Tak payahlah kau nak membazirkan duit. Simpan sajalah duit kau tu.” Fareez berkira-kira hendak beredar dari situ. Tetapi dia berpaling semula.
“ Satu lagi…Kau tak payah nak beli souvenir untuk Mirul. Dia tak perlukan barang dari perempuan macam kau. Dia anak aku. Barang yang kau pilih ni tak sesuai untuk dia.” Kata-kata Fareez menghiris tangkai hati Qaseh. Dia tetap bersabar. Sebak sudah menguasai dirinya. Fareez berjalan meninggalkan Qaseh di kedai itu. Air mata sudah mula bertakung di tubir mata. Tetapi Qaseh segera mengesat air mata itu sebelum tumpah membasahi pipinya. Dia membawa barang-barang yang dipilih menuju ke kaunter pembayaran dan membayar kesemua cenderahati-cenderahati tersebut. Selepas itu, Qaseh berjalan keluar dari kedai tersebut. Dia menuju ke restoran yang Adib pilih untuk makan malam mereka.
Qaseh duduk berhadapan dengan Fareez. Maria duduk di sebelah Qaseh. Adib pula duduk bersebelahan dengan Fareez. Adib sudah memesan makanan. Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, mereka bertiga berbual kosong. Fareez lebih banyak mendiamkan diri.
“ When are you going back to Malaysia?” tanya Maria.
“ Next week. But…the day after tomorrow we have to go to Luxembourg. We’re going to my sister in law’s house. And we are going to take Mirul with us to Malaysia.” Jelas Qaseh. Adib terangguk-angguk mendengar penjelasan Qaseh. Maria seperti pernah mendengar nama itu.
“ Oh! Your step son?” baru Maria teringat.
“ Yup.” Makanan yang dipesan sampai. Begitu meyelerakan. Mereka berempat menjamu selera. Selepas menjamu selera, semua tersandar kekenyangan. Adib mencadangkan mereka menginap dahulu di hotel kerana hari sudah lewat malam. Jika mereka pulang ke Wiltz, mungkin Subuh baru mereka tiba. Semua bersetuju.
Kereta Maria menyusur di dalam pekan tersebut. Mencari tempat penginapan yang sesuai untuk mereka menginap. Hotel Jardin des Papillions menjadi pilihan mereka. Adib memarkirkan kereta Maria di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk penginap-penginap di hotel tersebut. Adib mengambil satu bilik untuknya dan satu bilik untuk Maria. Satu lagi untuk Fareez dan Qaseh.
“ Tak payahlah membazir, Adib. Dua bilik pun dah cukup. Qaseh share dengan Maria. Fareez pula dengan Adib. Jimatkanlah duit tu.” Kata-kata Fareez menerima anggukkan kepala daripada Qaseh. Adib turut bersetuju dengan cadangan Fareez itu.
Malam itu, mereka semua tidur dalam keletihan yang jelas di wajah masing-masing.
BAB 21
AWAL pagi lagi, Qaseh sudah siap mengemas beg pakaiannya. Fareez sedang membersihkan badan. Nasib baik Qaseh tidak terlepas Subuh. Dia dan Maria bersembang sehingga lewat tengah malam. Macam-macam yang diceritakan kepada Maria. Bagaimana pertemuannya dengan Fareez boleh terjadi sehingga membawa mereka berdua ke alam perkahwinan yang tidak pernah dijangka. Qaseh juga bercerita tentang Aishah. Sahabat baiknya di Malaysia. Pengalaman bekerja di Malaysia. Penerimaan rakan-rakan sekerja yang tidak begitu menyukai Qaseh pada mulanya Qaseh melakukan tugasan yang pertama. Ramai rakan sekerja wanita yang cemburu kepadanya. Habis semua diceritakan. Maria tergelak besar setiap kali Qaseh menyelitkan sedikit lawak di dalam cerita yang disampaikan.
Qaseh membawa turun bagasinya serta bagasi Fareez ke tingkat bawah. Maria menolong Qaseh memasukkan bagasi-bagasi mereka ke dalam kereta. Auntie Rosemarie sedang menyiapkan sarapan. Fareez sudah siap berpakaian dan turun ke tingkat bawah untuk bersarapan sebelum bertolak ke Luxembourg. Bijirin dan roti pound tersedia di atas meja. Jem strawberi dan peanut butter serta cookies juga tersedia. Fareez mengambil sudu yang dijadikan sebagai pisau roti menceduk sedikit jem strawberi dan peanut butter. Kemudian dicalitkan ke atas roti tersebut. Dia memang suka mencampuradukkan jem. Untuk menambahkan perisa. Adik Maria, Devon juga turun untuk menikmati sarapan yang dibuat oleh ibu mereka.
Maria dan Qaseh masuk ke dalam rumah setelah memunggah masuk bagasi-bagasi tersebut. Maria terus menuju ke arah meja makan dan duduk bersebelahan dengan adiknya yang sedang leka menikmati sarapan tersebut. Qaseh menatang dulang yang berisi cawan dan teko. Diletakkan ke atas meja. Qaseh menuang air kopi ke dalam cawan dan dihulurkan kepada Fareez. Cawan itu bersambut. Kemudian, dia menghulurkan cawan-cawan yang berisi air kopi yang masih berwap itu kepada Maria dan Devon. Qaseh duduk bersebelahan Fareez. Dia mengambil mangkuk dan menuang susu serta bijirin ke dalam mangkuk tersebut. Dinikmati sarapan itu dengan perlahan-lahan. Sudah lama tidak bersarapan begini. Sebelum dia berkahwin dahulu, hanya kedai sahaja tempat dia bersarapan bersama Aishah. Selepas berkahwin, Qaseh tidak tahu dia akan bersarapan di rumah atau masih bersarapan di kedai. Roti canai dan nasi lemak yang menjadi pilihan. Sudah lama dia tidak bersarapan dengan mengambil pemakanan yang sihat.
Selesai sahaja bersarapan, Fareez dan Qaseh meminta diri untuk bertolak. Mereka takut sampai lewat ke Luxembourg. Qaseh memeluk Auntie Rosemarie. Rindunya pada wanita itu terlerai jua apabila dia dan Fareez berbulan madu di situ. Menitis air mata daripada tubir mata yang sudah berkedut itu. Qaseh mengelap air mata itu.
“ I hope you will be happy with your marriage, my child.” Kata-kata Auntie Rosemarie itu mengundang rasa terkejut Qaseh. Tetapi dikawalnya. Sekali lagi mereka berpelukan. Qaseh meleraikan pelukan itu dan berjalan ke arah kereta Maria. Fareez menyalami wanita tua itu. Qaseh memasuki perut kereta. Fareez juga turut masuk ke dalam perut kereta. Devon menemani Maria untuk menghantar Qaseh dan Fareez ke Luxembourg.
Sesampai sahaja mereka di Luxembourg, Maria menghantar mereka berdua ke Bamboesch. Rumah Fitri Azharina tidak jauh daripada tempat itu. Devon memunggah keluar bagasi-bagasi mereka berdua. Fareez masih tercari-cari arah rumah Fitri Azharina. Maria sempat berpelukan dengan Qaseh.
“ A week is not enough.” Kata Maria sambil meleraikan pelukan.
“ I will come again. When I’m not busy with my company.” Qaseh tersengih. Maria tersenyum.
“ Promise me you will come?” Maria meminta Qaseh berjanji dengannya. Lambat-lambat Qaseh menyatakan janji. Maria tersenyum senang.
“ Did you told Auntie Rose about my marriage?” tanya Qaseh. Dari tadi lagi dia hendak bertanya. Tetapi segan hendak bertanya di hadapan Fareez dan Devon. Maria tersentak.
“ No.” Maria menggeleng dan menundukkan wajah.
“ Maria…”
“ A bit.”
“ You promise me not to tell Auntie Rose.” Qaseh pura-pura marah. Maria menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“ Sorry.”
“ That’s all you can say, sorry.” Qaseh mendengus. Kemudian, Qaseh tergelak. Maria tahu dia sudah dikenakan oleh Qaseh.
“ You fooled me.” Mereka berpelukan sekali lagi.
“ I’m going to miss you again.” Ujar Maria sambil mengusap rambut ikal Qaseh. Qaseh menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan.
“ Me too.” Mereka meleraikan pelukan dan Maria masuk ke dalam kereta. Dia mesti sampai ke Wiltz sebelum petang kerana dia sudah berjanji dengan Adib untuk bertemu.
Kereta Maria meninggalkan mereka berdua di Bamboesch. Fareez perlu mencari telefon untuk bercakap dengan Fitri Azharina. Fareez mencari pondok telefon yang berdekatan. Qaseh melongo di sebelah bagasinya.
“ He..he..hello?” tergagap-gagap Fareez menjawab. Suara yang menjawab panggilan telefon itu seperti terputus-putus. Dia tidak dapat mendengar dengan jelas. Fareez meletakkan gagang telefon ke tempatnya semula. Kemudian didail nombor yang tertera di atas kertas yang dipegangnya. Diteliti semula nombor di skrin telefon awam itu. Memang nombor telefon bimbit Fitri Azharina.
“ Hello?” kali ini Fareez dapat mendengar suara yang menjawab panggilan itu dengan jelas.
“ Hello…”
“ Kak Rina?” tanya Fareez. Inginkan kepastian daripada orang yang menjawab panggilannya itu. Dia takut tersalah dail.
“ Fareez? Fareez kat mana ni?” tanya Fitri Azharina. Fareez yakin dia sudah bercakap dengan kakaknya itu.
“ Kat Bamboesch. Akak ada kat mana?” tanya Fareez kembali.
“ Akak ada kat ofis. Tengah tunggu panggilan dari Fareez lah ni. Fareez tunggu kat situ. Nanti Akak datang. Give me 20 minutes, top.” Mereka memutuskan panggilan. Fareez berjalan semula ke arah tempat Qaseh menunggu. Dia berdiri tidak jauh dari Qaseh. Matanya meliar. Kemudian dia mendekati Qaseh. Memeluk tubuh.
“ Kau jangan cerita kat Kak Rina tentang hubungan kita. Kalau aku dengar kau buka mulut, nahas!” amaran keras daripada Fareez membuatkan Qaseh kecut perut.
20 minit kemudian, kereta Fitri Azharina berhenti betul-betul dihadapan mereka. Fareez menolong Qaseh memunggah masuk bagasi-bagasi ke dalam but kereta. Qaseh pelik dengan Fareez. Hendak tunjuk baik dihadapan kakaknya. Masa mereka berbulan madu di Wiltz, segala-galanya terpaksa Qaseh buat seorang diri. Mereka semua masuk ke dalam kereta.
Kereta Fitri Azharina melalui kawasan perumahan double storey. Qaseh sangkakan rumah kakak iparnya itu di situ tetapi kereta Fitri Azharina tidak berhenti di kawasan perumahan tersebut. Sebaliknya berhenti di kawasan perumahan banglo. Fitri Azharina dan Fareez sudah turun. Membiarkan Qaseh terpinga-pinga seorang diri di dalam kereta. Kemudian Qaseh turun dari kereta. Dia mendekati Fitri Azharina.
“ Rumah siapa ni, Kak?” tanya Qaseh sambil memerhati ke sekeliling rumah. Banglo ini begitu selesa. Dengan gayanya yang ala-ala cottage house. Mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang lalu di hadapan banglo itu. Rumah itu memang citarasa Qaseh yang sukakan rumah gaya sebegini.
“ Rumah Akak la, yang.” Fitri Azharina tersenyum. Qaseh terpegun dengan rumah kakak iparnya itu. Walaupun banglo itu lebih kepada citarasa Inggeris tetapi masih mengekalkan senibinanya yang antik. Qaseh menapak masuk ke dalam rumah. Sekali lagi dia terpegun. Barangan perabot di dalam rumah itu lebih bercitarasakan orang-orang yang lebih berumur. Lama tetapi antik. Barangan itu tidak ternilai harganya kepada Fitri Azharina. Dia mengumpulnya sewaktu dia aktif mengembara ke seluruh Eropah.
Fitri Azharina tersenyum melihat gelagat adik iparnya itu. Fareez sudah naik ke tingkat atas untuk merehatkan badannya yang keletihan. Semasa mereka berada di Wiltz, setiap hari ada sahaja aktiviti yang akan mereka lakukan bersama-sama Maria dan Adib. Qaseh masih berada di ruang tamu. Dia duduk di sofa yang diletakkan di beranda rumah. Mengambil angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa.
“ Mama…Mama…” panggil seorang anak kecil. Qaseh memandang tubuh kecil yang berlari-lari dan memeluknya seerat-eratnya seperti tidak mahu melepaskan Qaseh pergi. Amirul meleraikan pelukan. Tersengih sehingga nampak barisan giginya yang putih sambil memandang Mama ‘baru’nya. Fitri Azharina memandang anak itu dengan perasaan sebak. Sudah lama Amirul teringin memanggil seorang wanita yang digelar Mama. Rindukan belaian dan kasih sayang seorang Mama. Air mata bertakung di tubir mata Qaseh. Fitri Azharina tidak tertahan lagi. Air mata sudah tumpah. Menyaksikan adegan dihadapannya, Fitri Azharina yakin Qaseh dapat menjadi Mama yang terbaik buat Amirul. Fitri Azharina segera mengelap air mata yang semakin laju. Seakan-akan tidak mahu berhenti.
“ Qaseh lapar ke? Akak masak untuk kamu berdua, ya?” kata Fitri Azharina sambil berlalu ke dapur untuk menyediakan makan malam buat adik dan adik iparnya.
Qaseh hanya memerhati gerak geri Fitri Azharina yang begitu lincah di dapur. Qaseh turut menolong Fitri Azharina menyediakan makan malam. Walaupun sudah ditegah oleh Fitri Azharina, tetapi Qaseh masih tetap menolong Fitri Azharina.
“ Akak pro dalam masakan apa?” tanya Qaseh sambil mengupas bawang besar dan bawang putih.
“ Biasalah. Western. Tapi Akak reti jugak nak masak masakan kampung. Qaseh pulak?” tanya Fitri Azharina semula.
“ Kampung style. Tapi ala carte pun reti lah sikit-sikit.” Jawab Qaseh. Tangannya ligat bekerja sambil mulutnya juga turut bercakap. Fitri Azharina senang dengan adik iparnya itu. Semasa Qaseh bekerja dengannya, gadis itu tidak banyak bercakap. Asyik dengan kerjanya sahaja. Tidak mempedulikan orang disekeliling. Kadangkala dia risau dengan Qaseh. Mungkin Qaseh bukan jenis yang suka bersosial.
Fitri Azharina menyediakan kuali untuk menumis sambal. Dia hendak memasak makanan kegemaran adiknya. Sambal tumis ikan bilis dan sambal telur. Sesekali mata Fitri Azharina memerhati kecekapan Qaseh melakukan kerja-kerja dapur. Walaupun Qaseh belajar diluar negara, tetapi dia tidak kekok untuk menolong di dapur. Bukan seperti Shilea. Hendak menyediakan meja, berat tulang. Inikan memasak. Lagilah pemalas. Tidak boleh menyalahkan Shilea juga. Dia dibesarkan di dalam keluarga yang mempunyai orang gaji. Tidak seperti Qaseh. Segala-galanya dibuat sendiri.
“ Dah, Kak.” Kata Qaseh sambil memandang Fitri Azharina yang masih merenungnya sedari tadi.
“ Hmm…Apa yang dah?” tanya Fitri Azharina terpinga-pinga. Lamunannya segera terbang apabila disergah begitu.
“ Qaseh dah tumis sambal. Untuk ikan bilis dan telur.” Ujar Qaseh. Dia memasukkan sambal yang sudah siap ditumisnya ke dalam mangkuk. Fitri Azharina tercengang. Sekejapnya dia memasak. Bila Qaseh memasak? Dia sendiri tidak tahu.
“ Dah siap?” tanya Fitri Azharina seperti orang bodoh. Qaseh mengangguk. Qaseh menyediakan meja untuk mereka semua menjamu makanan tengah hari. Selepas menyediakan meja, Qaseh memanjat tangga dan menuju ke tingkat atas untuk memanggil Fareez. Diketuk pintu bilik. Tidak berjawab. Dipulas tombol pintu. Tidak berkunci. Segera dia masuk ke dalam. Fareez tiada di atas katil. Kemana dia? Qaseh tercari-cari wajah suaminya itu. Terdengar deruan air dari bilik mandi. Qaseh berjalan ke arah pintu bilik untuk keluar. Dia akan datang semula memanggil Fareez selepas Fareez sudah siap mandi.
Belum pun sempat Qaseh hendak melangkah keluar, pintu bilik air terbuka. Fareez keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala separas pinggang. Fareez terkejut dengan kehadiran Qaseh di dalam bilik itu. Merah padam muka Qaseh menahan malu. Malu melihat suami yang sudah sah dinikahi bertuala sahaja.
“ Hish! Kau ni tak reti ketuk pintu dulu ke?” marah Fareez sambil memegang tualanya dari terlucut. Qaseh mengalihkan mukanya memandang tempat lain.
“ Minta maaf, Bang. Qaseh dah ketuk tapi Abang tak jawab. Qaseh ingat Abang tidur lagi.” Qaseh memberikan penjelasan. Fareez mendengus geram.
“ Apahal ni?” tanya Fareez.
“ Kak Rina ajak turun makan.” Kata Qaseh. Matanya masih terarah ke pintu bilik yang terbuka luas.
“ Hah, apa lagi? Keluarlah. Aku nak pakai baju.” Fareez memerhatikan tubuh Qaseh yang masih tegak berdiri di bucu katil. Segera Qaseh keluar dari bilik itu. Dia menutup semula pintu yang ternganga luas. Tangannya mengurut dada. Kus semangat, bisik hati Qaseh.
Fareez menyumpah di dalam hati. Belum pernah Qaseh tengok dia berkeadaan sebegitu. Darah merah menyerbu ke muka. Pantas dia berpakaian dan turun ke tingkat bawah untuk makan tengah hari bersama mereka bertiga. Fareez sudah bersiap sedia duduk di meja makan. Qaseh yang berada di dapur sedang leka membuat kerja-kerjanya. Tidak perasan akan kehadiran Fareez yang sedari tadi asyik memerhatikan gerak geri Qaseh. Qaseh menceduk nasi ke dalam mangkuk dan di bawa ke ruang makan. Diletakkan mangkuk nasi di sebelah kiri meja. Lauk pauk di tengah meja, air basuh tangan, air untuk minum serta cawan dan pinggan sudah ada di atas meja makan tersebut. Qaseh berhati-hati menceduk nasi ke dalam pinggan suaminya. Fitri Azharina baru sahaja turun ke tingkat bawah setelah selesai bersolat Zuhur. Amirul berlari-lari anak menuju ke ruang makan. Dia menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan Ayahnya. Qaseh menceduk nasi ke dalam pinggan Amirul dan kemudian pinggan Fitri Azharina.
“ Qaseh nak kemana tu?” tanya Fitri Azharina sambil tangannya mencapai senduk gulai kari ikan.
“ Ermm….Qaseh nak…Ermm…” Qaseh tidak tahu hendak berkata apa. Hendak berbohong, tentu akan disedari oleh kakak iparnya itu.
“ Duduklah makan sekali.” Ajak Fitri Azharina apabila dilihatnya Qaseh hendak mengorak langkah menuju ke ruang tamu. Qaseh berpaling semula. Dia berjalan ke arah meja makan dan duduk disebelah Amirul. Fitri Azharina menghulurkan pinggan berisi nasi yang diceduknya kepada Qaseh. Dia dapat menghidu sesuatu yang tidak kena dalam perhubungan Qaseh dan Fareez. Tetapi dia tidak tahu puncanya.
SELAMA seminggu mereka berada di Luxembourg, bermacam-macam soalan yang keluar dari mulut Fitri Azharina. Disiasatnya sedalam yang boleh. Qaseh tahu kakak iparnya itu cuba mengetahui rahsia yang menyelubungi perkahwinan mereka. Tetapi tidak semudah itu Qaseh akan membuka pekung di dada. Dia menjawab soalan Fitri Azharina seringkas yang mungkin. Paling tidak pun, senyuman sahaja sebagai jawapan kepada persoalan yang ditanya.
Qaseh mengemas bagasinya dan juga bagasi Fareez. Setelah siap mengemas, dia mengintai di bilik sebelah. Terlihat kakak iparnya sedang memasukkan baju Amirul ke dalam bagasi yang sudah ternganga luas. Sesekali dia mengelap mukanya yang basah. Qaseh tersenyum kecil. Dia membuka pintu bilik Amirul dengan luas dan masuk ke dalam bilik tersebut. Fitri Azharina yang baru sahaja tersedar akan kehadiran Qaseh, segera mengelap mata yang kuyup. Tangannya masih ligat melipat baju Amirul dan dimasukkan ke dalam bagasi anak saudaranya itu. Qaseh turut menolong Fitri Azharina. Qaseh memandang wajah Fitri Azharina.
“ Kenapa, Kak?” tanya Qaseh sambil matanya sesekali melirik ke arah Fitri Azharina yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
“ Tak ada apa-apalah.” Jawab Fitri Azharina. Memandang Qaseh yang masih lagi merenungnya.
“ Akak jangan nak tipu. Qaseh tahu. Mesti ada apa-apa ni.” Paksa Qaseh. Dia mahu Fitri Azharina meluahkan apa yang sedang terbuku di benaknya.
“ Mmm…Akak…Mmmm….Nanti Akak rindukan Mirul.” Akhirnya Fitri Azharina menjawab secara jujur. Qaseh tersenyum dan menggengam erat jari jemari Fitri Azharina.
“ Bila Akak senang nanti, Akak baliklah Malaysia. Boleh jumpa Mirul.” Kata Qaseh. Fitri Azharina mengangguk. Mereka menyambung semula kerja yang tergantung sebentar tadi.
Keesokan paginya, Qaseh memasukkan bagasi-bagasi ke dalam but kereta Fitri Azharina sambil dibantu oleh Amirul. Fitri Azharina sedang membekalkan makanan untuk mereka bertiga.
“ Apa yang Akak masak ni? Susah-susah saja.” Kata Qaseh. Mencapai bekas makanan dari pegangan kakak iparnya.
“ Akak bekal makanan untuk Mirul dan Fareez. Dia orang tak biasa makan makanan dalam kapal terbang.” Fitri Azharina membuka pintu kereta dan masuk ke dalam kereta serta menghidupkan enjin. Tanpa memandang muka Qaseh yang sedang tercegat di luar pintu kereta, Fareez terus sahaja meluru masuk ke dalam perut kereta. Qaseh mengeluh di dalam hati. Amirul sudah duduk di dalam kereta.
KERETA Fitri Azharina meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan banglo. Keretanya juga sudah melepasi kawasan perumahan double storey. Qaseh pasti akan merindui semula suasana di Luxembourg. Hampir 4 tahun dia meninggalkan negara ini. Selepas ini dia akan kembali meneruskan kehidupannya sebagai isteri di rumah baru yang Fareez beli setelah mengahwini Shilea. Kini, dia akan menjadi puan besar di dalam rumah itu. Alam perkahwinannya akan dinikmati di rumah itu. Akan adakah sirna kebahagiaan untuk dirinya? Persoalan itu yang selalu berlegar di fikirannya. Dia akan tahu jawapan selepas mereka kembali ke Malaysia.
Mereka akan tinggal seminggu di rumah Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa. Tetapi semalam Fareez berkata kepada Fitri Azharina bahawa sebaik sahaja mereka pulang ke Malaysia, Fareez akan membawa Qaseh tinggal di rumahnya itu. Dia tidak mahu lama-lama tinggal di rumah Ummi dan Walid. Katanya, tidak mahu menyusahkan mereka. Dia sebagai isteri kepada seorang lelaki, hanya menurut kata-kata suaminya.
Qaseh sudah tidak sabar untuk menempuh hidupnya sebagai seorang isteri kepada lelaki yang pernah berkahwin dan beranak satu. Bolehkah dia menjadi ibu yang baik? Bolehkah dia menjadi seorang isteri yang taat dan setia? Adakah kehidupan mereka akan menjadi seperti pasangan lain? Adakah mereka akan menjadi Laila dan Majnun dalam kisah cinta ini? Akankah Fareez membina sebuah taj mahal untuk dirinya? Sepertimana Shah Jehan bina untuk Mumtaz. Ataupun kisah mereka seperti Romeo and Juliet? Terpisah kerana darjat. Pelbagai soalan yang ada di benaknya masih belum ada jawapan. Biarlah masa yang akan menentukan. Hidup dia sudah diatur oleh pencipta-Nya sejak Qaseh dilahirkan lagi.
Qaseh yang berada di kerusi belakang kerapkali mengeluh. Matanya masih memandang pemandangan di luar. Fitri Azharina memandang Qaseh melalui cermin pandang belakang. Fareez sibuk dengan dunia mp3 dan bukunya. Fitri Azharina mengalihkan pandangan kepada adiknya di sebelah. Fareez seperti leka membaca buku sambil mendengar muzik. Amirul awal-awal lagi sudah tertidur. Semalam dia tidak dapat melelapkan mata kerana terlalu teruja untuk mengikuti Ayah dan Mamanya pulang ke Malaysia. Kepala Amirul diusap perlahan oleh Qaseh. Dia sudah mula menyayangi anak ini seperti anaknya sendiri. Kasih sayang Qaseh sudah mula tumpah kepada Amirul. Beginilah agaknya perasaan seorang ibu kepada anak yang dikasihi. Qaseh pasti akan menjaga Amirul dengan sebaik mungkin. Dia tidak akan membiarkan seekor nyamuk pun hinggap di badan Amirul.
Kereta Fitri Azharina menuju ke destinasi mereka iaitu lapangan terbang. Kawasan perumahan yang didiami oleh Fitri Azharina agak jauh daripada lapangan terbang. Ia memakan masa hampir sejam lebih untuk sampai ke sana. Lapangan terbang terletak di Findel. Qaseh menyandarkan kepala ke kerusi. Matanya masih menikmati pemandangan yang menghijau.
Dua jam kemudian, kereta Fitri Azharina menyusuri masuk ke kawasan letak kereta. Qaseh mengejutkan Amirul. Anak kecil itu menggosok matanya. Dia memandang Qaseh yang sedang tersenyum ke arahnya. Qaseh keluar dari kereta dan menurunkan bagasi. Fareez meletakkan bagasi-bagasi tersebut ke atas troli. Fitri Azharina menghantar mereka sehingga ke balai berlepas. Fareez melakukan prosedur seperti biasa. Menyerahkan tiket untuk pengesahan, meletakkan bagasi-bagasi ke atas kaunter untuk pemeriksaan kastam. Sebelum masuk ke balai berlepas untuk pemeriksaan pegawal keselamatan, Qaseh memeluk Fitri Azharina. Kakak iparnya itu memeluk pula Amirul sekuat hati. Dia pasti akan merindui celoteh anak ini. Amirul mengelap air mata Fitri Azharina.
“ Ibu janganlah menangis. Kalau Ibu nangis lagi, Mirul tak nak balik Malaysia lah.” Ugut Amirul. Fitri Azharina tersenyum dan mengangguk. Segera dilap baki air matanya. Fareez tunduk menyalami Fitri Azharina. Qaseh sudah menyerahkan tiketnya kepada pegawai yang bertugas.
“ Kamu jagalah Qaseh baik-baik. Jangan buli dia. Dia anak yatim piatu.” Nasihat Fitri Azharina perlahan di telinga Fareez. Adiknya itu hanya mengangguk dan tersenyum kecil.
Fareez berjalan masuk sambil memimpin tangan Amirul. Fitri Azharina melambai ke arah mereka bertiga. Bayangan Qaseh, Fareez dan Amirul lenyap di sebalik pintu automatik yang memisahkan balai berlepas dan kawasan menunggu. Amirul menjenguk ke arah pintu yang terbuka dan sempat memberikan flying kiss kepada Fitri Azharina. Air mata Fitri Azharina tidak tertahan dan sekali lagi tumpah membasahi pipinya.
BAB 22
SELEPAS 14 jam perjalanan daripada Luxembourg, mereka tiba di Lapangan Terbang KLIA. Qaseh turun dari pesawat dan segera menuju ke arah tempat yang dikhaskan untuk mengambil bagasi. Dia telah mengecam bagasinya, bagasi Fareez serta bagasi Amirul. Serta-merta dia menarik bagasi-bagasi tersebut dan diletakkan di atas troli yang diambilnya sewaktu mereka keluar dari ruang ketibaan. Selepas mengambil kesemua bagasi, mereka bertiga berjalan beriringan menuju ke arah pintu keluar. Mereka menyangka tiada sesiapa yang datang menyambut daripada lapangan terbang. Tetapi sangkaan mereka meleset sama sekali. Dari kejauhan lagi terlihat bayangan Datuk, Tan Sri Firdaus, Fitri Adriana, Fitri Amelya dan Fitri Annabella sedang melambai ke arah mereka bertiga. Qaseh menyorong troli keluar. Fareez segera memeluk Datuk dan Papanya. Qaseh pula memeluk ketiga-tiga anak buahnya.
“ Lama ke sampai?” tanya Qaseh kepada Datuk.
“ Baru saja.” Datuk memeluk bahu cucu kesayangannya itu. Qaseh tergelak kecil. Walaupun dia sudah berkahwin, Datuk masih lagi menganggapnya seperti anak kecil. Dia tidak kisah semua itu.
“ Mana yang lain?” tanya Fareez. Fitri Amelya memeluk lengan Fareez. Dia paling rapat dengan Fareez dan juga merupakan anak buah kesayangan Fareez. Mereka berjalan ke arah tempat letak kereta.
“ Dia orang semua ada kat rumah. Tunggu kamu berdua.” Tan Sri Firdaus membayar harga tiket tempat letak kereta. Dia memasukkan tiket dan kemudian memasukkan not RM 10. Tetapi mesin tersebut tidak menerima duit itu dan dikeluarkan semula not tersebut. Tertera perkataan ‘Syiling sahaja’ di mesin itu. Tan Sri Firdaus mengorek poket seluarnya dan mengeluarkan duit syiling sebanyak RM 3.50 dari poket. Dimasukkan duit syiling tersebut ke dalam mesin. Mesin itu memuntahkan semula tiket yang dimasukkan sebentar tadi dan mereka semua berjalan ke arah kereta.
Tan Sri Firdaus menolong Fareez memasukkan bagasi-bagasi mereka ke dalam but kereta. Datuk, Qaseh dan ketiga-tiga anak saudara Fareez sudah masuk ke dalam kereta. Tan Sri Firdaus memandu kereta Estima kepunyaannya. Fareez terpaksa duduk di sebelah Tan Sri Firdaus kerana Datuk awal-awal lagi sudah duduk di belakang bersama-sama Qaseh. Banyak perkara yang hendak Datuk tanya kepada Qaseh.
“ So, how’s your trip?” tanya Tan Sri Firdaus.
“ It’s great. And…fun. Adib pun ada kat sana. Tak sangka pulak.” Fareez berkata sambil matanya memandang ke arah Qaseh melalui cermin pandang belakang. Qaseh seperti menyedari kata-kata Fareez itu ditujukan khas buatnya, menelan air liur. Qaseh melontarkan pandangan ke luar. Fitri Adriana dan Fitri Amelya sedang sibuk mengusik Fitri Annabella dan Amirul. Gelak ketawa mereka bergema di dalam kereta. Datuk tersenyum melihat gelagat anak-anak kecil yang sedang bermain sesama mereka. Sesekali mata Datuk singgah kepada wajah cucunya yang hanya mendiamkan diri semenjak mereka beredar dari KLIA. Qaseh seperti termenung jauh. Apalah agaknya di dalam fikirannya sekarang? Fikir Datuk sendirian. Datuk menggenggam jari jemari Qaseh. Dia yang seperti tersedar dari lamunan yang panjang, memandang wajah Datuk.
“ Qaseh, macam mana Wiltz? Still the same?” tanya Tan Sri Firdaus secara tiba-tiba. Qaseh tersenyum kecil.
“ Ya, uncle. Still the same.”
“ Uncle lagi? Patutnya Walid lah. Cuba panggil Walid.” Tan Sri Firdaus membetulkan panggilan Qaseh kepadanya. Kekok apabila terpaksa memanggil Tan Sri Firdaus yang selama ini dipanggilnya Uncle kepada Walid. Qaseh sekali lagi menelan air liur. Dia berdehem kecil sebelum cuba untuk memanggil Tan Sri Firdaus dengan panggilan yang lebih mesra.
“ Walid.” Serta merta darah merah menyerbu ke mukanya. Qaseh memandang wajah Fareez yang selamba itu. Tiada respon dari suaminya. Adakah selama-lamanya dia akan bersikap dingin seperti itu di sepanjang perkahwinan mereka?
Perjalanan dari KLIA ke rumah Tan Sri Firdaus memakan masa 1 jam. Kepenatan jelas tergambar di wajah Qaseh dan Fareez tetapi tidak pada Amirul. Dia masih boleh bermain bersama saudara-saudaranya. Tan Sri Firdaus, Datuk dan Fareez memunggah bagasi-bagasi mereka ke dalam rumah. Qaseh menuju ke dapur. Tidak sabar untuk bertemu dengan ibu mertuanya. Qaseh berpaling semula apabila ada orang yang memanggil nama dia. Dia memandang ke arah tangga.
“ Qaseh…” sapa Fitri Marlis yang baru sahaja mencecahkan kakinya di tangga terakhir.
“ Kak Fit.” Qaseh menyalami kakak iparnya itu dan memeluk. Gembira dapat pulang ke rumah yang dipenuhi oleh orang-orang yang berwajah riang. Bukan seperti di Wiltz. Hanya muram sahaja yang menghiasi hidupnya selama 2 minggu. Tetapi dia tetap berasa seronok apabila dapat melepaskan rindu kepada kehidupannya yang dahulu.
“ Wah! Akak tengok Qaseh semakin berisi. Ada apa-apa ke?” usik Fitri Marlis. Qaseh tersipu-sipu malu.
“ Ada apa, Kak? Tak fahamlah.” Qaseh buat-buat tidak faham. Dia tidak mahu mereka semua menaruh harapan ke atas perkara yang tidak mungkin akan menjadi kenyataan.
“ Eh, Qaseh.” Sapa ibu mertuanya, Puan Sri Marlisa. Qaseh tunduk menyalami tangan Puan Sri Marlisa. Puan Sri Marlisa mencium kedua-dua belah pipi menantu barunya itu. Semenjak mereka berkahwin, baru inilah Puan Sri Marlisa dapat berjumpa dengan Qaseh. Setelah dua minggu Qaseh sah menjadi menantu rumah banglo itu.
“ Mirul.” Puan Sri Marlisa beralih ke arah cucu lelaki tunggalnya. Amirul tunduk menyalami Puan Sri Marlisa. Amirul begitu hormatkan orang tua walaupun dia dibesarkan di luar negara. Puan Sri Marlisa berkali-kali mencium pipi Amirul sehingga naik rimas anak kecil itu.
Mereka semua tergelak melihat gelagat Amirul yang cuba melepaskan diri daripada nenek yang masih tidak puas mencium pipinya. Qaseh menuju ke ruang tamu. Badannya terasa sengal-sengal. Dia mahu sahaja pulang ke rumah dan berbaring di atas katil empuk yang menjadi teman setianya. Tetapi, inilah rumahnya kini. Dan selama-lamanya.
Amirul memunggah bagasi dan mengeluarkan segala cenderahati yang dibeli semasa melancong mengelilingi Eropah bersama Fitri Azharina. Diserahkan kepada datuk dan nenek. Kemudian kepada pakcik dan makcik-makcik. Akhir sekali kepada sepupu-sepupu. Qaseh juga turut memunggah bagasi pakaian miliknya dan mengeluarkan cenderahati yang dibeli. Dia menghulurkan selendang yang dibeli daripada sebuah kedai di Grevenmacher kepada Puan Sri Marlisa. Kemudian dia menghulurkan tali leher kepada Tan Sri Firdaus.
“ Lawanya tie, Walid. Belum pernah Wan tengok Walid ada tie warna ni.” Ikhwan seolah-olah berminat dengan tali leher bapa mentuanya.
“ Terima kasih, Qaseh.” Ucap bapa mentua Qaseh sambil memandang wajah Qaseh. Senyuman sentiasa menghiasi bibir Qaseh. Fareez sudah menghilangkan diri. Sekali lagi. Seperti mana yang dilakukannya sewaktu mereka berada di Wiltz.
“ Ni untuk Kak Liza, Kak Fit dan Abang Wan.” Diserahkan tiga bungkusan kepada kakak-kakak ipar dan birasnya.
“ Untuk Abang Wan pun ada jugak?” tanya Ikhwan sambil mencapai bungkusan yang dihulurkan oleh Qaseh kepadanya. Qaseh mengangguk. Ikhwan mengucapkan terima kasih. Dengan rakus, mereka bertiga membuka bungkusan yang membalut cenderahati tersebut.
“ Ni pulak untuk Ana, Mia dan yang paling comel sekali, Bell.” Kata Qaseh. Dia mencuit pipi kanak-kanak kecil itu. Fitri Annabella tergelak kecil. Mereka bertiga ketawa riang apabila membuka balutan yang membalut bungkusan tersebut. Mungkin mereka dapat apa yang mereka ingini sebelum ini. Amirul turut membuka pemberian Qaseh. Melompat riang kanak-kanak itu apabila Qaseh membelikannya baju yang bercorak pemandangan Echternach. Dia segera memeluk Qaseh. Semua yang berada di ruang tamu tersebut, tersenyum riang melihat gelagat Amirul. Mereka yakin Qaseh dapat menjadi seorang ibu yang baik kepada Amirul. Di dalam hati Puan Sri Marlisa, dia berharap sangat agar Shilea tidak menuntut anaknya. Tan Sri Firdaus tahu apa yang bermain di fikiran isterinya, segera memeluk bahu Puan Sri Marlisa.
MAKAN malam itu sungguh meriah. Dengan keriuhan suara kanak-kanak serta tangisan bayi kecil bergema di seluruh rumah itu. Tidak kurang juga suara yang bersembang sesama mereka. Qaseh duduk bersebelahan dengan Puan Sri Marlisa. Fitri Marlis dan Fitri Shaliza duduk berhadapan mereka berdua. Mereka berempat bersembang di dapur. Sementara itu, Fareez, Tan Sri Firdaus dan Ikhwan sedang bersembang di ruang tamu sambil menonton rancangan kegemaran mereka iaitu CSI: Miami. Sesekali mata Qaseh melirik ke arah ruang tamu. Melihat Fareez yang sedang khusyuk menonton televisyen tanpa mempedulikan mata yang sedang merenungnya.
“ So…” kata Fitri Marlis. Qaseh memusingkan kepala memandang Fitri Marlis yang tersenyum simpul. Fitri Shaliza dan Puan Sri Marlisa sibuk menyediakan pencuci mulut. Dia tidak sedar bila masa mereka beredar. Qaseh mengerutkan dahi. Masih tidak memahami maksud Fitri Marlis yang tersirat. Fitri Marlis masih lagi seperti mahu berteka-teki dengan Qaseh.
“ What?” tanya Qaseh.
“ Ummi buat apa tu?” tanya Ikhwan yang tiba-tiba sahaja muncul di muka pintu dapur.
“ Buat dessert.” Puan Sri Marlisa masih meneruskan kerja-kerjanya.
“ Shiqeen dah tidur, Bang?”
“ Dah. Hari ni susah sangat dia nak tidur.” kata Ikhwan. Kemudian, dia berlalu dari situ dan menuju ke arah ruang tamu. Qaseh memandang ke arah Puan Sri Marlisa. Terjenguk-jenguk hendak melihat pencuci mulut yang dibuat oleh mereka berdua. Pencuci mulut kegemaran Qaseh.
“ So…” Qaseh memandang Fitri Marlis. Apakah yang sebenarnya yang cuba dicakapkan oleh kakak iparnya itu?
“ How’s your vacation?” tanya Fitri Marlis dalam senyum simpul.
“ Ok. Best. Memang dah lama nak balik ke Luxembourg. Tapi tak ada masa. Rindu suasana kat sana.” Qaseh masih tidak dapat membaca persoalan yang sedang bermain di fikiran Fitri Marlis.
“ Did something happen?”
“ What?!” terbeliak biji mata Qaseh. Fitri Marlis tergelak. Puan Sri Marlisa dan Fitri Shaliza memandang ke arah mereka berdua dan menggelengkan kepala serentak. Meneruskan semula kerja mereka. Muka Qaseh merah. Menahan malu. Walaupun tidak terjadi apa-apa diantara dirinya dan Fareez tetapi apabila soal seperti itu dibangkitkan tetap akan menimbulkan perasaan malu.
“ Qaseh, tolong bawak dessert ni ke depan.” Arah Puan Sri Marlisa. Qaseh segera bangun dan menatang dulang yang berisi semangkuk dessert pisang custard. Kegemaran Qaseh. Diletaknya dulang tersebut ke atas meja makan.
“ Marilah makan.” Laung Fitri Marlis. Ikhwan dan Tan Sri Firdaus bangun dari duduknya dan berjalan ke arah meja makan.
“ Qaseh, pergi panggil Fareez.” Puan Sri Marlisa mengarah. Laju sahaja kakinya melangkah ke ruang tamu.
“ Abang…Marilah makan.” Lemah lembut Qaseh memanggil suaminya. Fareez memandang sekilas ke arah Qaseh. Dia segera bangun dan melintasi Qaseh yang masih tercegat berdiri. Fareez menarik tangan Qaseh dan gadis itu terdorong ke dalam dakapan Fareez. Fareez memeluk bahu Qaseh. Mereka berjalan beriringan menuju ke meja makan. Kesemua mereka yang berada di meja makan tersebut, hanya tersenyum memandang mereka berdua. Wajah Qaseh merona merah. Fareez menarik keusi untuk Qaseh. Fareez duduk bersebelahan dengannya. Dia kelihatan mesra sekali. Qaseh pelik dengan perbuatan suaminya itu. Sewaktu makan malam tadi pun, tidaklah semesra itu. Diambil semangkuk pisang custard dan dihulurkan kepada Qaseh.
Setelah selesai mereka menjamu pencuci mulut, Qaseh menolong kakak-kakak iparnya mengemas. Fareez sudah lama menghilangkan diri ke bilik bacaan. Tan Sri Firdaus dan Ikhwan pula kembali ke ruang tamu untuk menonton rancangan bola sepak. Sekarang adalah musim World Cup. Suasana di ruang tamu riuh dengan sorakan mereka berdua. Anak-anak mereka juga tidak ketinggalan membuat bising.
“ Walid tahu tak? Ronaldinho ni pernah dapat pemain terbaik dunia. Dia pun pernah dapat kasut emas. Kalahkan rakan sepasukannya. Muda lagi dia ni.” Kecoh mulut Ikhwan bercerita. Memang Tan Sri Firdaus tahu pemain bola sepak kegemaran Ikhwan ialah Ronaldinho.
“ Walid minat siapa?” tanya Ikhwan. Dia ingin tahu pemain bola sepak kegemaran bapa mentuanya.
“ Walid minat Michael Ballack. Tapi dari dulu Walid suka sampai sekarang, Maradona dan Pele. Walid suka tengok Maradona main. Kalau dia gelecek bola…Huu…Tapi Walid paling suka tricycle kick Pele. Dia seorang je pemain bola yang boleh buat tricycle kick tu. Pemain lain macam berat kaki.” Ikhwan tersenyum. Dia tidak tahu bapa mentuanya itu juga peminat bola sepak dari luar negara. Sangkanya Tan Sri Firdaus meminati pemain bola sepak Malaysia yang sudah veteran.
“ Maradona dah gemuk sekarang.” Kata Ikhwan.
“ Dah tak aktif main bola semenjak ambil dadah dulu.” Kata Tan Sri Firdaus. Matanya masih menatap ke kaca televisyen.
“ Sekarang dia dah berhentikan?” tanya Ikhwan. Tan Sri Firdaus mengangguk dan matanya masih ditumpukan ke kaca televisyen.
“ Apa yang dua beranak ni sembangkan?” tanya Puan Sri Marlisa seraya melabuhkan punggung di sebelah suami tersayang.
“ Tak ada apa-apa, Ummi. Pasal bola.” Ikhwan juga tidak menyangka bahawa ibu mentuanya itu meminati bola sepak. Tidak seperti wanita lain.
“ Ummi suka siapa?” tanya Ikhwan.
“ Siapa apa?” tanya Puan Sri Marlisa kembali.
“ Pemain yang mana?” tanya menantunya lagi.
“ Ohh…tentulah pemain Portugal yang paling handsome dan menjadi kegilaan gadis-gadis muda zaman sekarang. Siapa lagi kalau bukan…” Puan Sri Marlisa memandang ke arah Tan Sri Firdaus.
“ Christiano Ronaldo.” Mereka menjawabnya serentak. Ikhwan tertawa kecil. Mereka bertiga menonton bola sepak dengan khusyuk sekali. Di ruang dapur ketiga-tiga wanita sedang asyik bersembang.
“ Kak…Qaseh naik dulu, ya?” kata Qaseh dan meninggalkan kedua kakak iparnya. Dia mendaki tangga dan menuju ke bilik yang berada di tingkat atas sekali. Dibuka pintu bilik tersebut. Tiada sesiapa. Kelibat Fareez tidak dilihat di mana-mana.
Qaseh masuk ke dalam bilik air untuk menggosok gigi dan mencuci kaki. Sebaik sahaja keluar dari bilik air, Qaseh terkejut dengan kehadiran Fareez yang duduk di sofa yang terletak di hujung katil dan memandangnya tidak berkelip. Fareez melihat Qaseh seperti hendak menerkam.
“ Apa yang kau cakap pada Walid?” tanya Fareez dengan suara garaunya. Qaseh memandang Fareez. Dia tidak faham.
“ Cakap apa, Bang?” tanya Qaseh kembali. Dia sendiri tidak faham dengan soalan Fareez.
“ Kau jangan nak pura-pura tak faham pulak.” Fareez sudah meninggikan suaranya sedikit. Dia bangun dari sofa dan berjalan ke arah Qaseh. Qaseh berundur ke belakang sedikit.
“ Qaseh tak ada cakap apa-apa, Bang.”
“ Ah! Aku tak percaya.” Lantang suara Fareez. Qaseh kecut perut.
“ Percayalah cakap Qaseh. Qaseh tak cakap apa-apa.” Matanya sudah berair. Fareez memusingkan badannya semula dan berjalan ke arah sofa dan duduk semula di situ. Qaseh seperti orang yang dalam ketakutan yang amat sangat.
“ Huh! Itulah perempuan. Air mata jadi senjata. Kau jangan ingat aku akan cair dengan air mata kau tu.” Fareez merebahkan badannya di sofa tersebut. Qaseh berjalan perlahan-lahan ke arah katil dan membaringkan diri. Air mata masih turun membasahi pipi gebunya.
“ Kau dengar sini. Kalau aku tahu kau cerita apa-apa kat Ummi atau Walid, siaplah kau. Kau jangan nak pandai-pandai pergi cerita kat Kak Liza atau Kak Fit.” Sambil berkata-kata Fareez memejamkan matanya. Tidak mahu memandang wajah Qaseh yang kebasahan itu. Qaseh menangis dalam senyap. Dia terlena di dalam tangisnya.
QASEH terjaga dari tidurnya. Dia melihat jam loceng di meja sisi. Sudah pukul 5.45 pagi. Dia segera bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh. Selesai bersolat, dia duduk bersimpuh di atas sejadahnya dan berdoa. Dia memohon agar dilembutkan hati suaminya itu. Sudah setahun Fareez tidak bercakap dengannya. Mula-mula Fareez jarang bercakap tetapi semenjak mereka berpindah rumah, Fareez seperti tidak mahu lagi bercakap dengannya. Qaseh bangun dan melipat telekung. Disangkut di atas penyidai baju. Dia menyikat rambut yang kebasahan. Lama dia menatap wajah di cermin. Kemudian Qaseh tersedar. Dikerling ke arah jam tangan. Sudah pukul 6.30 pagi. Amirul belum dikejutkan lagi. Dia mencapai tas tangan serta beg bimbit. Dia segera keluar dari kamar tidurnya dan menuju ke bilik Amirul. Diketuk pintu tersebut perlahan-lahan. Terjengul wajah Amirul yang sudah siap berpakaian. Tersengih sahaja anak kecil itu memandang Qaseh.
“ Eh! Awal Mirul hari ni?”
“ Ayah kejutkan Mirul tadi.” Kata Amirul sambil menyandang beg sekolah di bahu. Mereka turun ke tingkat bawah secara beriringan.
“ Mirul nak makan apa pagi ni?” tanya Qaseh. Dia meletakkan tas tangan dan beg bimbitnya ke atas sofa di ruang tamu.
“ Mirul nak telur setengah masak.” Amirul menarik kerusi dan duduk di meja makan. Qaseh mencapai air panas dan direndamkan 2 biji telur ke dalam air panas tersebut. Dia membancuh air kopi serta membakar roti. Amirul turut menolong ibu tirinya itu melakukan kerja. Diletaknya mentega, jam dan kaya di atas meja makan.
Fareez menuruni anak tangga dan melintasi ruang makan. Dia langsung tidak menoleh ke arah dapur. Qaseh terperasan akan kehadiran Fareez. Dia segera menoleh memandang Fareez.
“ Abang tak makan dulu?” tanya Qaseh lemah lembut. Tiada jawapan daripada mulut lelaki itu. Qaseh mengeluh kecewa. Sudah hampir 14 bulan perkahwinan mereka. Fareez masih lagi bersikap dingin. Fareez menyarungkan kasut dan menderum pergi bersama-sama keretanya.
BAB 23
AMIRUL melambai ke arah Qaseh. Diberinya flying kiss. Qaseh melambai kembali dan bergerak meninggalkan perkarangan sekolah. Amirul menyertai rakan-rakannya yang sedang menunggu di pintu pagar sekolah. Dia gembira dapat bersekolah di Malaysia tetapi pada masa yang sama dia merindui juga rakan-rakan di Luxembourg. Qaseh memandu keretanya dan menuju ke destinasi yang ditujui. Fragile Advertising Company. Sudah 4 tahun syarikat itu diterajui. Perkembangannya juga semakin meningkat. Tiba-tiba telefon bimbit berdering. Dia memasang hands free kit. Senang untuk bercakap sambil memandu. Dia tidak mahu kena saman akibat bercakap telefon.
“ Hello?”
“ Kau kat mana ni?” tanya satu suara.
“ Aku dalam perjalanan. Tunggu kejap. Nanti aku sampai.” Qaseh mematikan talian. Aishah yang menelefonnya. Mereka sudah berjanji hendak bersarapan bersama. Semenjak berbadan dua ini, Aishah kerap kali mengadu lapar. Suaminya, Zahrien, juga sudah mula berjinak di dalam bidang pengiklanan. Kebanyakan projek besar yang diterima oleh syarikat Encik Sulaiman itu akan diserahkan kepada Zahrien.
10 minit kemudian, kereta Qaseh tiba dihadapan restoran yang dijanjikan. Dia masuk ke dalam restoran tersebut. Tercari-cari wajah Aishah. Qaseh terlihat tangan seseorang melambai ke arahnya. Dia pasti itu Aishah. Segera Qaseh menuju ke meja Aishah.
“ Apasal kau lambat?”
“ Macam biasalah. Aku kena hantar Mirul.” Kata Qaseh sambil memesan makanan. Selepas pelayan itu beredar, Aishah meneruskan lagi pertanyaannya.
“ Bukan ke hari ni giliran Fareez hantar Mirul?” tanya Aishah.
“ Cah…dalam soal anak, tak ada mengikut giliran.” Milo tarik yang dipesan, sampai. Qaseh menghirupnya perlahan-lahan.
“ Aku tak faham. Kau sendiri yang kata. Kau orang nak hantar Mirul ke sekolah mengikut giliran.” Aishah turut menghirup teh ‘O panas dihadapannya. Panas. Nasib baik tidak melecur lidah.
“ Hari ni Fareez sibuk…kot. Tu yang dia tak boleh hantar Mirul ke sekolah.” Dalih Qaseh. Sebenarnya, dia tahu giliran Fareez untuk menghantar Amirul ke sekolah. Selepas Amirul siap bersarapan, bayangan Fareez sudah tidak kelihatan. Mungkin Fareez terlupa gilirannya hari ini.
“ Hish! Aku tak fahamlah.” Dengus Aishah.
“ Bila kau dah bersalin nanti, kau akan faham.” Roti telur yang dipesan oleh Qaseh sudah siap dihidang dihadapannya. Dipotong kecil-kecil menggunakan sudu dan garfu. Dicecahkan roti tersebut ke dalam kuah dhal bercampur sambal dan kari ayam. Disuapkan ke mulut.
“ Kau bila nak beranak yang baru?” tanya Aishah.
“ Boleh tak kita jangan cerita pasal tu sekarang ni? Kau bukannya tak tahu pasal aku dan Fareez. Hidup kami tak sehaluan. Aku ke kiri. Dia ke kanan. Aku tak nak kerana aku dan Fareez, hidup Amirul di tengah-tengah. Terumbang-ambing. Tak tahu samada ke kiri atau ke kanan.” Qaseh berkata. Dia melepaskan keluhan. Aishah faham sangat perasaan seorang wanita yang mengejar cinta dalam keadaan yang gelap gelita. Tiada cahaya yang menerangi dan menyuluhnya. Seorang diri di tengah lautan. Tanpa nakhoda. Jika karam, tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang ambil peduli.
“ Kalau kau dah tahu tak sehaluan, kenapa kau terima juga lamaran mereka?” Aishah masih tidak berpuas hati.
“ Aku nak cuba hidup berkeluarga. Rasa menjadi seorang isteri dan ibu.” Penjelasan Qaseh tidak dapat diterima oleh Aishah.
“ Kan ramai lagi lelaki yang sanggup berikan kau semua tu? Yang sanggup melafazkan kata-kata cinta kepada kau.” Aishah mengerut dahi memandang Qaseh yang hanya tersenyum kecil.
“ Memang ramai. Tak terkira. Tapi, aku bukannya sekadar hendak cinta saja. Aku nakkan kebahagiaan yang dinikmati oleh orang lain. Contoh terdekat, kau. Kau bahagia dengan Zahrien. Aku tumpang gembira. Aku juga inginkan kebahagiaan seperti tu.” Kata Qaseh. Aishah mengeluh perlahan.
“ Kau bahagia ke? Boleh dikatakan setiap kali aku jumpa kau, muram saja. Itu kau kata bahagia? Apa definisi bahagia pada kau?” Aishah bertanya. Dia tidak mahu Qaseh terus menderita akibat perkahwinan ini.
“ Bahagia tak perlu didefinisi. Bahagia datang sendiri. Cinta juga datang sendiri. Tanpa paksaan. Sepertimana kau bahagia dengan Zahrien, aku juga rasa bahagia dengan perkahwinan ini.” Terang Qaseh dengan jelas. Pada hakikatnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana perasaannya ketika ini. Bahagiakah dia?
“ Kau rasa Fareez akan bahagiakan kau? Akan menyintai kau?” soal Aishah lagi. Bukan niatnya hendak mengguris perasaan Qaseh. Tetapi dia tidak mahu Qaseh terlalu mengharap.
“ Aku tak rasa. Tapi aku yakin. Aku yakin satu hari nanti dia akan membahagiakan aku. Dia akan menyintai aku sepenuh hati dia. Aku yakin sekeping hati milik dia akan menjadi milik aku jua.” Qaseh berkata dalam penuh ketegasan. Aishah mengeluh.
“ Kau nak dia melutut pada kau?”
“ Tak perlu. Cukuplah dengan kata-kata dari hati yang ikhlas.”
“ Jadi, aku dah tak boleh mempersoalkan kebahagiaan kau.” Aishah menggenggam jari jemari Qaseh.
“ Terima kasih, Cah. Kerana memahami.” Qaseh membalas genggaman itu. Aishah mengangguk perlahan.
Selesai bersarapan, mereka menuju ke destinasi masing-masing. Qaseh memarkirkan keretanya di tempat yang dikhaskan. Dia membuka pintu belakang keretanya dan mengambil beg bimbit serta fail-fail pelanggan. Dia berjalan ke arah pintu pejabatnya. Terkial-kial dia menolak pintu tersebut. Dahulu, dia hanya menyewa bilik pejabat di tingkat atas sahaja untuk memulakan syarikatnya. Tetapi sekarang, dia sudah mampu membeli seluruh bangunan. Arman, budak pejabat yang baru sahaja melintasi pintu pejabat tersebut, tolong membukakan pintu. Qaseh masuk dan mengucapkan terima kasih kepada Arman. Qaseh berjalan menuju ke biliknya yang terletak di hujung sekali. Dilempar beg bimbit ke atas sofa yang tersedia di dalam biliknya. Dia sengaja meletakkan sofa di dalam bilik itu. Apabila pelanggan datang nanti, mereka akan berasa selesa dengan persekitaran yang wujud di dalam biliknya.
Fernaizza masuk ke dalam bilik Qaseh dan menyampaikan pesanan. Rutin hariannya. Selepas menyampaikan pesanan, Fernaizza keluar dari bilik Qaseh dan meneruskan kerjanya. Tiba-tiba, telefon Qaseh berdering. Qaseh menjawab panggilan tersebut.
“ Hello?”
“ Hello…Boleh saya bercakap dengan Qaseh Soraya?” tanya pemanggil yang tidak dikenali itu.
“ Saya bercakap. Boleh saya tahu siapa di sana?” tanya Qaseh kembali. Dia kurang pasti suara siapakah itu. Suara Adib? Tidak mungkin kerana Adib tidak mengetahui nombor pejabatnya. Fareez? Lagilah tidak mungkin kerana Fareez tidak pernah menelefonnya. Siapa agaknya? Dia masih tercari-cari identiti si pemanggil tersebut.
“ Soraya tak ingat saya lagi?” tanya pemanggil itu. Qaseh seakan-akan tidak percaya yang dia akan mendengar suara itu lagi. Terkaku dia sebentar. Suaranya tidak terkeluar dari celah kerongkongnya.
“ Mungkin Soraya dah lupakan saya.” Pemanggil itu merendahkan nada suaranya. Qaseh menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus perlahan-lahan.
“ Apa yang awak nak?” Qaseh bersuara kasar.
“ Soraya, maafkan Wad. Sebab Wad tinggalkan Soraya sewaktu Soraya benar-benar perlukan Wad.” Kata-kata maaf terucap dari lelaki yang bernama Ashwad. Kekasih pertama Qaseh. Qaseh mendengus kasar.
“ Saya dah lama maafkan awak.” Qaseh tidak mahu memanjangkan perbualan. Dia tidak sanggup mendengar sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut manis lelaki itu. Cukuplah dengan janji-janji melayunya dahulu.
“ Tak semudah itu Soraya maafkan Wad. Wad tahu Soraya masih marahkan Wad.” Ashwad mahu kata-kata maaf yang terucap adalah ikhlas lahir dari hati Qaseh.
“ Apa yang awak nak sebenarnya?” tanya Qaseh. Lebih kasar dari tadi. Ashwad terdiam. Lama kemudian, barulah dia bersuara.
“ Kita keluar. Wad nak sangat jumpa Soraya.” Beria-ia Ashwad menyatakan kehendaknya berjumpa dengan Qaseh. Terkejut Qaseh dengan kehendak Ashwad itu. Permintaan Ashwad dirasakan tidak munasabah.
“ Tak payahlah kita berjumpa lagi. Saya dah kahwin. Suami saya tak benarkan saya keluar dengan lelaki lain.” Qaseh tidak mahu berjumpa dengan Ashwad. Berjumpa Ashwad, bermakna hatinya akan berdarah kembali. Biarlah luka lama sembuh dahulu. Luka daripada perbuatan Fareez, masih berparut.
“ Saya kenal suami Soraya. Nama dia Fareez, kan?” tercengang Qaseh dibuatnya. Bagaimana Ashwad tahu?
“ Macam mana awak kenal suami saya?”
“ Kenal Adib?” tanya Ashwad kembali.
“ Kenal. Dia sepupu suami saya.” Hati Qaseh tidak keruan.
“ Kalau Adib sepupu Fareez, saya pun sepupu Fareez jugalah.” Luruh jantung Qaseh apabila mendengar ayat yang terluncur dari Ashwad.
“ Saya adik kepada Adib.” Jantung Qaseh berdegup pantas. Adik kepada Adib? Dia dapat merasakan hari-hari yang akan dilaluinya tidak semudah yang disangkakan.
“ Jadi, apa yang boleh saya bantu awak?”
“ Keluar dengan Wad. Wad nak berjumpa dengan Soraya.”
“ Kenapa awak nak berjumpa dengan saya?” tanya Qaseh.
“ Wad perlu jelaskan beberapa perkara kepada Soraya.”
“ Saya tak perlukan penjelasan daripada awak.” Ujar Qaseh. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mengingati kisah lama.
“ But I have to clarify everything to you.”
“ Sudahlah. Saya tak nak berjumpa awak. Anggaplah kita tak pernah kenal.” Qaseh tetap tidak mahu berjumpa dengan Ashwad. Kalau dia bertemu dengan lelaki itu, pasti akan ada memori lama yang tersingkap.
“ Soraya, please. Wad merayu pada Soraya. Ada perkara yang Wad nak bincangkan.” Ashwad sedaya-upaya merayu kepada Qaseh. Dia berharap sangat Qaseh bersetuju untuk berjumpa dengannya.
“ Cakap jelah dalam telefon. Saya belum pekak dan tuli lagi sampai tak faham apa yang awak cuba nak katakan.” Qaseh berkata sambil mendengus geram. Masih tidak faham lagikah? Aku tidak mahu berjumpa kau, getus hati kecil Qaseh.
“ Wad lebih suka face to face.”
“ Ashwad, saya dah bersuami. Saya tak nak nanti disebabkan perjumpaan kita ini menyebabkan saya dan suami saya perang besar.” Qaseh tidak mahu berlaku pertengkaran diantara dia dan Fareez. Cukuplah Fareez sudah menyeksa zahirnya. Dia tidak mahu Ashwad penyebab utama mereka bermusuh sepanjang perkahwinan ini. Lagipun K.L bukannya besar sangat. Pergilah ke ceruk mana sekalipun, pasti akan terjumpa dengan orang yang mengenali diri kita.
“ Tolonglah, Soraya.”
“ Kenapa awak nak paksa saya keluar dengan awak?”
“ Perlukah Wad memberi sebab?”
“ Ya, perlu. Sebab awak ajak keluar isteri orang. Wanita yang dah tak ada kaitan lagi dengan hidup awak.” Pertuturan Qaseh semakin kasar. Dia sudah bosan melayan karenah Ashwad.
“ Sampai macam ni sekali Soraya bercakap dengan Wad. Kenapa Soraya? Apa yang menyebabkan Soraya berubah?” tanya Ashwad lembut. Melembutkan kembali hati Qaseh yang semakin mengeras.
“ Apa yang menyebabkan saya berubah? Peredaran masa. Semakin saya meningkat dewasa, semakin saya tahu. Dunia luar tidak semudah yang disangkakan. Kalau kita tak cukup kuat, kita akan dibuli. Sehingga kita malu untuk berdepan dengan kehidupan yang lebih mencabar. Awak tanya saya, apa yang menyebabkan saya berubah? Banyak…Banyak sekali. Salah satu sebabnya, adalah awak. Awak yang menyebabkan saya berubah. Awak tinggalkan saya terkapai-kapai dalam kegelapan. Awak hancurkan hati saya bila awak kata mak awak dah tunangkan awak dengan gadis pilihan mereka. Awak terima. Siapa saya di hati awak pada ketika itu? Adakah saya hanya sebuah boneka? Kalau dah buruk, boleh campak sesuka hati.” Qaseh memuntahkan segalanya isi hati yang telah lama dipendamkan. Ashwad terdiam. Dia tidak boleh berkata apa-apa. Dia tidak tahu hendak berkata-kata. Mulutnya seperti terkunci.
“ Macam mana Soraya tahu pasal Wad ditunangkan?” tanya Ashwad.
“ Awak kenal Syafeqah?” tanya Qaseh kembali. Soalan dibalas dengan soalan.
“ Kenal. Dia kakak kepada bekas tunang saya.”
“ Dan dia juga kakak angkat saya. Yang banyak memberikan semangat buat saya untuk meneruskan hidup ini. Dia tak tahu yang awak pernah bercinta dengan saya. Dia juga tak tahu yang adik dia telah ditunangkan secara senyap-senyap. Syafeqah meminta maaf dari saya. Tapi dia minta maaf dari saya pun buat apa? Bukannya dia yang bersalah.” Jelas Qaseh satu persatu. Ashwad tidak berkata apa-apa lagi. Dia diam seribu bahasa. Tidak lama kemudian, Ashwad menyambung kata-kata.
“ Maafkan Wad, Soraya. Wad telah banyak lukakan hati Soraya. Wad tahu, Wad taklah baik mana pun. Tapi Wad perlu jumpa dengan Soraya. Wad bersalah sangat dengan Soraya. Kerana tak berikan penjelasan yang baik untuk Soraya terima.” Rayu Ashwad lagi. Suara Ashwad bisa mencairkan hati perempuannya pada satu masa dahulu. Tetapi tidak kini. Dia bukanlah Qaseh yang dahulu. Dia Qaseh yang baru. Qaseh yang tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk untuk dirinya.
“ Tolonglah, Soraya. Kalau Soraya takut nak cakap dengan Abang Fareez, biar Wad yang beritahu dia.” Ashwad masih memaksa.
“ Jangan. Saya tak mahu awak cakap apa-apapun pada Fareez.”
“ Jadi, Soraya setuju nak keluar dengan Wad?” tanya Ashwad.
“ Nanti saya tanya suami saya dulu. Tapi saya tak janji.” Kata Qaseh. Dia tidak tahu bagaimana dia hendak memberitahu Fareez bahawa dia harus berjumpa dengan seseorang. Tambahan orang itu tidak lain tidak bukan sepupunya sendiri. Dengan Adib yang rupanya boleh tahan pun, Fareez seperti orang cemburu apabila terlihat dia dan Adib ketawa bersama. Kalau dengan Ashwad lagilah dia cemburu. Ashwad lagi kacak dari Adib.
“ Baiklah. Saya akan telefon Soraya lagi setengah jam. Untuk mengetahui jawapan dari Soraya.” Ashwad segera mematikan talian. Tidak sempat Qaseh berkata apa-apa. Qaseh menggaru kepala. Dia tidak tahu cara untuk memberitahu Fareez. Menipu, bukan cara Qaseh. Dia tidak sanggup menipu suaminya sendiri. Digaru lagi kepala. Mengeluh. Sekejap berdiri, sekejap duduk. Gelisah. Qaseh memandang gagang telefon. Hendak telefon atau tidak? Akhir sekali dia membuat keputusan.
“ Hello?” satu suara bergema di gegendang di telinga Qaseh. Dia kenal akan tuan punya suara.
“ Hello. Ermm…Didi, saya ni, Qaseh. Boleh saya bercakap dengan Encik Fareez?” tanya Qaseh.
“ Ooo…Puan Qaseh. Sekejap, ya?” Hadirah menyambung terus panggilan ke bilik Fareez. Fareez menekan butang yang berwarna merah untuk menjawab panggilan yang disambung terus ke biliknya.
“ Hello?”
“ Aaa…Emm…Assalamualaikum, Bang.” Tergagap-gagap Qaseh berkata. Tiada respon daripada Fareez.
“ Abang?”
“ Hmm…. Apahal kau telefon aku ni?” tanya Fareez dengan nada suara yang kasar. Qaseh terdiam.
“ Apa yang kau nak cakapkan ni? Aku tak ada masa lah nak layan kau.” Kata Fareez kasar. Qaseh menelan air liur.
“ Saya nak minta kebenaran Abang. Saya nak keluar dengan kawan.” Perlahan-lahan Qaseh mengatur ayat. Tiada respon sekali lagi dari Fareez. Qaseh fikir Fareez tidak mendengarnya.
“ Bang? Abang dengar tak?” tanya Qaseh takut-takut.
“ Aku dengar. Tak pekak lagi. Pergilah. Apasal nak tanya aku pulak?”
“ Abang kan suami saya. Saya kena minta kebenaran dari Abang.”
“ Hei, dengar sini! Aku dah pernah cakap dengan kau. Kau nak buat apa sekali pun dengan hidup kau, tak ada kaitan dengan aku. Kau nak pergi melingkup pun, aku apa peduli.” Tajam ayat-ayat yang baru meluncur dari mulut lelaki yang bernama suami itu. Terhiris hati Qaseh.
“ Tak apalah, Bang. Itu je saya nak beritahu Abang. Satu lagi, Bang….Abang boleh tolong ambil Amirul tak?” tanya Qaseh. Fareez tidak memberikan sebarang jawapan tetapi sebaliknya menghempas gagang telefon dengan kuat. Qaseh meletakkan gagang telefon ke tempat asal dengan perlahan. Air matanya bertakung di tubir mata. Sampai bila Fareez hendak menyeksa perasaan Qaseh sebegini? Air matanya menitis. Dilap semula. Dia harus kuat menghadapi dugaan dan cabaran. Dia tidak boleh selemah itu. Qaseh yakin dia dapat mencairkan hati keras Fareez.
QASEH memandu keretanya menuju ke Subang Parade untuk berjumpa dengan Ashwad. Ashwad hendak berjumpa di tempat biasa mereka. Qaseh buat-buat lupa tempat yang membawa banyak kenangan kepada mereka. Dia memarkirkan keretanya di dalam Subang Parade. Dia turun dari kereta dan menuju ke arah lif. Qaseh masuk ke dalam lif dan menekan butang ‘G’. Lif berhenti di tingkat ‘G’ dan ramai pengunjung kompleks membeli-belah itu berpusu-pusu keluar dari lif tersebut. Qaseh segera menuju ke Restoran Swensens. Qaseh mencari tempat duduk yang jauh dari pandangan orang ramai. Dia tidak mahu terserempak dengan rakan-rakan yang selalu mengunjungi Subang Parade. Qaseh gelisah di tempat duduknya. Ashwad masih belum sampai.
Tiba-tiba matanya terpandang pada seraut wajah yang cukup dikenali. Makin kacak pula dia. Ashwad tersenyum. Senyuman inilah yang selalu membuatkan Qaseh separuh gila apabila teringatkan Ashwad. Tetapi sekarang senyuman itu tidak bermakna lagi. Senyuman itu dianggap sebagai senyuman seorang sahabat. Ashwad menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Qaseh.
“ Baiklah. Apa perkara yang awak nak bincangkan dengan saya tu?” tanya Qaseh. Dia mahu mereka habis berbincang secepat mungkin dan Qaseh boleh pergi dari situ. Dia tidak mahu melihat muka Ashwad lagi.
“ Banyak perkara Wad nak cakap dengan Soraya. Sebab mengapa Wad tinggalkan Soraya dulu.” Ashwad mengatur butir bicaranya. Dia tidak mahu tersilap langkah. Qaseh mengeluh.
“ Tak perlulah. Benda dah berlalu. Saya dah tak nak dengar. Saya pun dah jadi isteri orang.” Qaseh seboleh-bolehnya tidak mahu mengungkit hal lama. Biarlah ia berlalu. Yang sudah itu, biarkan ia sudah.
“ Wad mesti jelaskan pada Soraya. Selagi Wad tak beritahu pada Soraya, selagi itulah Wad rasa tak tenang.” Pelayan restoran tersebut mendekati meja mereka. Dia meletakkan menu dihadapan Qaseh dan Ashwad. Ashwad memesan makanan. Qaseh hanya memesan air. Tiada selera untuk makan apabila berhadapan dengan lelaki yang amat dicintainya dahulu. Pelayan itu beredar dari situ.
“ Wad tinggalkan Soraya dulu sebab Wad ditunangkan dengan orang lain. Wad tak nak tapi mak Wad yang paksa. Wad dah cakap yang Wad dah ada pilihan hati. Mak Wad tetap paksa. Kalau Soraya tak percaya, Soraya tanya Adib. Dia yang banyak menjelaskan perkara sebenarnya kepada mak Wad.” Jelas Ashwad. Qaseh memandang Ashwad dengan wajah tiada perasaan. Ashwad mengalami masa yang sukar. Pelayan itu menghantar minuman mereka.
“ Benda tu saya dah tahu. Ada apa-apa lagi yang perlu saya tahu?”
“ Tapi lepas Wad putus tunang, Wad malu nak jumpa Soraya. Wad tahu, Wad dah banyak lukakan hati Soraya. Tapi percayalah, Soraya. Tak pernah terlintas di hati Wad untuk melukai diri Soraya.” Sambung Ashwad lagi. Qaseh memandang air dihadapannya.
“ Ashwad, saya dah tak nak dengar penjelasan dari awak. Benda tu semua dah tak penting buat saya. Saya pun dah jadi milik orang. Eloklah awak lupakan saya.” Qaseh berkata. Dikacau air jusnya itu dengan straw.
“ Tapi Wad masih rindukan Soraya.”
“ Awak cubalah faham. Walaupun saya pernah cintakan awak dulu, tapi itu tak bermakna awak masih boleh ada perasaan terhadap saya. Awak tak malu ke ada perasaan pada isteri sepupu sendiri?” soal Qaseh lantang. Dia mahu menyelesaikan segala-galanya kepada Ashwad hari ini juga. Dia tidak peduli mata yang memandang mereka.
“ Ok. Wad akan cuba buangkan perasaan ini jauh-jauh. Supaya Wad dapat terus berkawan dengan Soraya.” Ujar Ashwad. Qaseh menarik nafas kelegaan. Kena cakap kasar baru hendak faham. Cakap lembut, buat-buat tidak faham. Qaseh tersenyum kecil.
“ Tapi, Wad ada satu soalan nak tanya pada Soraya ni.”
“ Apa dia? Silakanlah.”
“ Wad dengar Soraya pernah nak cuba bunuh diri. Betul ke?” tanya Ashwad. Qaseh membeliakkan mata. Bagaimana Ashwad tahu? Siapakah yang kepoh sangat? Air liurnya seperti tidak mahu turun di celah kerongkong.
“ Siapa beritahu awak?"
“ Nad…” ringkas jawapan Ashwad. Qaseh mendengus. Memang Tengku Nadirah tidak boleh menyimpan rahsia.
“ Itu dulu. Masa saya tak fikir dengan jelas.” Ujar Qaseh. Mereka sama-sama terdiam. Suasana bingar menyelubungi mereka. Tetapi tiada siapa pun diantara mereka berkata-kata buat seketika.
“ Soraya bahagia?” tanya Ashwad tiba-tiba.
“ Apa maksud awak?”
“ Soraya bahagia dengan kehidupan Soraya sekarang? Dengan Abang Fareez?” tanya Ashwad sambil memandang wajah Qaseh. Qaseh tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Ashwad. Dia sendiri tidak ada jawapan untuk persoalan itu.
“ I’m happily married.” Ujar Qaseh. Dia membalas pandangan tajam Ashwad. Ashwad tersengih. Dia tahu Qaseh tidak suka orang lain mengambil tahu akan kehidupan peribadinya.
“ So, Soraya buat apa sekarang?” tanya Ashwad sekadar berbasa-basi.
“ I have my own business.”
“ Wow! I don’t believe this.”
“ What do you mean by that?” Qaseh tidak senang dengan kata-kata Ashwad. Terasa seperti Ashwad sedang menyindir.
“ Soraya seorang yang lemah-lembut. Sukar nak bayangkan Soraya menjalankan perniagaan sendiri.” Ashwad tersenyum. Qaseh membalas senyuman itu. Biar dia tahu siapa aku. Ini Qaseh lah, getus hati kecil Qaseh.
“ Awak buat apa sekarang?” Qaseh mengajukan soalan yang serupa kepada Ashwad. Lelaki itu tersenyum dengan seribu makna.
“ Masih ingat cita-cita Wad?” Ashwad memutarkan kembali memori Qaseh. Qaseh mengangguk perlahan.
“ Wad dah mencapai cita-cita Wad.” Qaseh tumpang gembira. Dia tidak menyangka Ashwad akan menunaikan cita-citanya. Menjadi seorang juruterbang. Berada di tengah-tengah awan biru memang menjadi cita-cita Ashwad sejak kecil. Dia terasa dirinya seakan-akan terbang membelah awan.
“ Itulah sebabnya masa Soraya dan Abang Fareez kahwin, Wad tak dapat datang. Wad kena fly. Pergi Tokyo. Wad cuba mintak tukar jadual dengan orang lain. Kebanyakan pilot cuti hari tu. Kalau ada pun, jadual dia orang dah ketat. Sorry tak dapat hadir.” Jelas Ashwad. Terangguk-angguk Qaseh mendengar penjelasan yang dibuat Ashwad. Qaseh menyentuh cincin perkahwinannya perlahan. Diputar-putarkan.
“ It’s ok.” Kata Qaseh.
“ Awak kerja dengan airlines yang mana?” tanya Qaseh.
“ MAS.” Jawab Ashwad ringkas.
“ Hmm…Awak kenal tak pilot nama Ghazi Iskandar?” tanya Qaseh lagi.
“ Kenal. Dia captain pilot. Pangkat lagi tinggi dari Wad.”
“ Ohh…”
“ Macam mana Soraya kenal dia?” tanya Ashwad pula.
“ Dia bekas tunang kawan saya.”
Makanan yang dipesan oleh mereka pun sampai.
“ Soraya tak makan?”
“ Tak.”
“ Pesanlah. Wad belanja.”
“ Tak apalah. Saya dah kenyang.”
“ Jangan macam tu, Soraya. Soraya tak sudi ke Wad belanja?”
“ Bukan saya tak sudi tapi….” Ayat Qaseh dipotong oleh Ashwad.
“ Anggaplah Wad macam kawan Soraya. Wad tahu kita tak boleh macam dulu lagi. Tapi sekurang-kurangnya, kita boleh berkawan.” Ada betul juga kata-kata Ashwad. Qaseh berasa bersalah. Dia memesan juga makanan. Ashwad menolak pinggannya ke tepi dan menunggu makanan Qaseh tiba.
“ Kenapa tak makan?” tanya Qaseh apabila dilihatnya Ashwad hanya menghirup air jus. Dia mengangkat muka memandang Qaseh.
“ Tunggu makanan Soraya. Kita makan sekali.” Ashwad masih seperti dahulu. Sikap gentlemannya masih ada. 15 minit kemudian, makanan Qaseh tiba. Mereka menjamu selera. Selepas menjamu makanan, Ashwad memesan pula pencuci mulut. Dipesan sekali untuk Qaseh kerana dia sedia maklum dengan pencuci mulut kegemaran Qaseh. Ada seseorang menghampiri meja mereka dan menyapa.
“ Wad….Qaseh?” Qaseh mengangkat mukanya memandang lelaki yang datang tanpa diundang itu.
“ Adib?” Qaseh gelabah. Tiba-tiba Qaseh teringat sesuatu. Fareez sudah berjanji dengan Adib untuk makan tengah hari bersama. Mungkinkah Fareez terlihat semua itu? Adib perasan akan perubahan wajah Qaseh.
“ Qaseh jangan risau. Dia belum sampai.” Adib berkata-kata untuk menenangkan hati Qaseh yang seperti dilanda ombak ganas.
“ Apa Ong buat kat sini?” tanya Ashwad. Ashwad memanggil Adib dengan panggilan Ong. Singkatan untuk Along.
“ Ong ada janji dengan Abang Fareez. Wad buat apa kat sini?” Adib bertanya kembali. Memandang Qaseh dan Ashwad bersilih ganti.
“ Wad jumpa kawan sekolah Wad.”
“ Oh! Kau orang berdua kenal?” Adib bertanya seperti orang bodoh. Sudah tentulah mereka kenal diantara satu sama lain. Kalau tidak, masakan Qaseh duduk berhadapan dengan Ashwad.
“ Mestilah kenal. Inilah Soraya, Ong.” Kata Ashwad sambil memperkenalkan Qaseh sebagai Soraya.
“ Soraya?” tanya Adib lagi. Pinta kepastian.
“ Takkan Ong tak tahu nama penuh Soraya. Nama dia kan Qaseh Soraya.” Barulah Adib teringat sesuatu. Qaseh pernah memberitahu nama penuhnya. Tapi Soraya? Inikah Soraya yang selalu diceritakan oleh Ashwad kepadanya? Adib memandang Qaseh sekilas. Qaseh hanya menundukkan wajah.
“ Yang selalu Wad cerita kat Ong tu?”
“ Yalah. Yang inilah.” Adib memandang adiknya dan Qaseh bergilir-gilir. Betapa kecil dunia ini. Qaseh semakin gelisah. Berapa banyak agaknya cerita yang dikhabarkan kepada Adib oleh Ashwad mengenai dirinya? Maria pernah bercerita kepada Adib mengenai kekasih lama Qaseh. Tetapi tidak disangkakan kekasih lama Qaseh adalah adiknya sendiri.
“ What a small world.” Adib tergelak. Ashwad turut tergelak. Qaseh tersenyum dalam kepayahan. Apalah nasibnya? Pernah bercinta dengan adik sepupu suaminya sendiri dan diminati oleh abang bekas kekasihnya.
“ Tak apalah, Wad. Ong pergi dulu. Kawan Ong dah tunggu tu. OK, Qaseh. Saya pergi dulu.” Adib tersenyum. Qaseh membalas senyuman itu. Adib beredar dari situ. Ashwad memandang Qaseh.
“ Boleh saya tanya awak satu soalan?” tanya Qaseh. Ashwad memandang gadis dihadapannya. Dia mengangguk perlahan.
“ Macam mana awak tahu saya kenal dengan Adib?”
“ Masa kenduri cukur jambul anak Kak Fit, Soraya ada ambil gambar dengan Adib. Wad ternampak dalam album dia. Bila Wad tanya Along, dia kata kawan satu course dia dulu masa kat Luxembourg.” Terang Ashwad.
“ Ohh…” mereka masing-masing menghadap makanan dihadapan mereka dan menjamu selera.
BAB 24
SEBAIK sahaja Qaseh menerima panggilan daripada Zahrien, dia bergegas ke hospital. Dia memarkirkan kereta di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk pelawat. Kakinya laju menuju ke wad bersalin. Qaseh terlihat Zahrien mundar-mandir dihadapan pintu bilik bersalin. Qaseh menuju ke arah Zahrien. Lelaki itu memandang Qaseh sekilas. Perasaan risau menyelubungi diri. Dia tidak tahu bagaimana keadaan isteri yang tengah sarat itu.
“ Macam mana? Dah bersalin ke?” tanya Qaseh. Dia juga turut berasa cemas. Zahrien hanya menggeleng. Kemudian, Zahrien duduk di bangku yang berdekatan. Qaseh turut mengikuti Zahrien dan duduk di bangku yang disediakan di luar bilik pembedahan.
“ Caesarean?” tanya Qaseh lagi.
“ Tak tahu.” Ringkas jawapan Zahrien. Gelisah hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kemudian, Zahrien memandang Qaseh.
“ Harap-harap tak.” Kata Zahrien.
“ I hope so.” Ujar Qaseh pula.
Qaseh menyandarkan badan. Dipandang wajah Zahrien. Agaknya beginilah wajah Fareez apabila dia bersalin nanti. Qaseh mengeluh. Adakah hari yang diimpikan akan menjadi kenyataan? Hiduplah di dalam realiti, bukan fantasi. Hatinya berkata. Fareez tidak pernah bercakap baik dengannya. Hampir 2 tahun perkahwinan mereka tetapi sekali pun Fareez tidak pernah menyentuh diri Qaseh. Apakah selama-lamanya Fareez akan bersikap begitu? Entahlah. Dia sendiri tiada jawapan yang pasti.
Pintu bilik pembedahan terbuka. Keluar seorang doktor yang memakai baju berwarna hijau. Zahrien bingkas bangun dan menuju ke arah doktor tersebut.
“ Macam mana dengan isteri saya, doktor?” tanya Zahrien cemas.
“ Isteri Encik sudah selamat bersalin.” Lega hati Zahrien dan Qaseh mendengar kata-kata doktor perempuan yang manis itu.
“ Encik bolehlah masuk berjumpa dengan isteri dan anak-anak Encik.” Doktor tersebut beredar dari situ setelah menyampaikan berita yang ditunggu-tunggu oleh Zahrien sejak pagi lagi. Zahrien tercengang. Qaseh menekup mulutnya. Terlalu gembira.
“ Ermm…Aku salah dengar ke? Doktor tu kata ‘anak-anak’.” Zahrien memandang Qaseh.
“ Tak. Kau dapat anak kembar.” Qaseh tersenyum keriangan. Zahrien meluru masuk ke dalam bilik pembedahan tersebut. Qaseh duduk kembali di bangku yang disediakan. Menunggu gilirannya untuk berjumpa dengan Aishah. Tidak boleh 2-3 pelawat dalam satu masa. Keutamaan diberikan kepada suami pesakit. Qaseh menumpang kegembiraan untuk sahabatnya itu. Entah bilalah dia akan merasa perasaan menjadi seorang ibu. Memang sekarang dia menjadi ibu tetapi dia ingin menjadi ibu kepada zuriat yang dilahirkan olehnya sendiri. Walaupun Amirul hanyalah anak tiri, Qaseh tetap menyayangi anak kecil itu seperti anak kandungnya sendiri. Qaseh begitu ingin sekali merasa perasaan mengandung dan bersalin. Adakah peluang untuk dirinya nanti? Qaseh hanya mampu berdoa di dalam hati. Berharap hari itu akan muncul jua.
AISHAH tersandar keletihan di kepala katil. Dia sudah ditukarkan ke wad. Senang untuk pelawat-pelawat datang menziarahi Aishah. Zahrien memberikan peluang kepada Qaseh dan Aishah untuk bersembang. Dia keluar pergi membeli makanan untuk isteri tersayang.
“ Parents kau tak ada kat sini. Bila dia orang balik?” tanya Qaseh. Dia tahu ibubapa Aishah pergi menunaikan haji.
“ Awal bulan depan. Aku cakap dengan Zahrien, jangan beritahu dia orang. Nanti dia orang nak balik awal. Biarlah duduk lama sikit kat sana. Bukan senang nak pergi, kan? Musim haji bukan tiap-tiap bulan.” Ujar Aishah. Dibetulkan duduknya sedikit supaya senang memandang wajah Qaseh. Badannya masih lemah. Qaseh menolong Aishah. Walaupun begitu, Aishah tetap nampak gembira.
“ Puan Widya dan Encik Sulaiman?” tanya Qaseh lagi.
“ Dia orang on the way nak balik sini.”
“ Dia orang pergi mana?”
“ London.”
“ Buat apa?” banyak pula soalan dari Qaseh.
“ Konvokesyen adik bongsu Zahrien.”
“ Ooo…Bila?”
“ Kau ni banyak tanyalah. Kelmarin dulu.” Qaseh tersenyum kecil apabila mendengar kata-kata sebegitu daripada Aishah. Perasaan gembiranya masih ada untuk Aishah. Dia tumpang gembira buat sahabatnya itu. Qaseh memandang ke sekeliling bilik. Aishah merenung wajah Qaseh. Menyedari dirinya direnung, dia membalas renungan tersebut.
“ Kenapa kau pandang aku macam tu?” tanya Qaseh.
“ Kau bila lagi?” pertanyaan dari Aishah sudah dapat diagak.
“ Aku? Kau ni pandai buat lawak tau. Kau tak payahlah tanya. Kau tanyalah pada orang yang sudah disentuh oleh suami sendiri.” Kata-kata Qaseh membuatkan Aishah terbeliak.
“ Maksud kau…Fareez belum sentuh kau?” Aishah bertanya lagi. Qaseh mengangguk perlahan. Aishah mengeluh. Apalah salah sahabatnya itu sehingga diperlakukan sebegitu oleh Fareez? Digenggam jari jemari Qaseh.
“ Ahh…Kau tak payah nak buat-buat terkejut lah. Kau pun tahu kan. Fareez tak pernah suka aku. Tak mustahil dia belum sentuh aku.” Kata-kata Qaseh menunjukkan dia seperti sudah berputus harap dengan perkahwinan ini.
“ 2 years, Qaseh. It’s been a long time.” Sela Aishah.
“ And a hard journey for me.” Sambung Qaseh.
“ Macam ni kau kata kau bahagia? Dah 2 tahun, Qaseh. Ini semua tak masuk akal langsung.” Ujar Aishah. Qaseh mengangguk sahaja. Dia tidak tahu berkata apa lagi. Tapi, yang pastinya dia semakin hari semakin menyintai Fareez. Entah kenapa dia berperasaan begitu.
“ Aku memang bahagia kerana memiliki sebuah keluarga mentua yang begitu baik dengan aku. Tapi, aku semakin sayang pada Fareez. Aku tak tahu kenapa, Cah. Aku tak tahu.” Rintih Qaseh. Hanya Aishah sahaja tempat dia mencurahkan isi hati.
“ Kau tak cuba ambil hati Fareez?”
“ Dah bermacam-macam perkara aku cuba. Aku masak, basuh pakaian, gosok baju dia. Semua tanggungjawab aku sebagai seorang isteri dah aku tunaikan. Apa lagi yang tak cukup?” air mata Qaseh bertakung. Sudah 2 tahun dia memendam rasa. Tidak diberitahu kepada sesiapapun perasaannya ini. Hanya Aishah sahaja. Tetapi sahabatnya itu juga sibuk menguruskan keluarga dan suami. Kini, sudah bertambah dua ahli lagi. Maka, tiadalah masa untuk ‘Qaseh dan Aishah’ seperti dahulu.
“ Mungkin batin kau tak tunaikan lagi.” Seloroh Aishah.
“ Macam mana aku nak tunaikan? Bercakap dengan aku pun tidak. Pandang muka aku pun tak mahu. Senyum, gelak…jauh sekali. Bila depan ibubapa dia, hanya lakonan saja. Pegang tangan aku. Senyum dengan aku. Peluk pinggang aku. Aku rasa perkahwinan aku ni hanyalah satu lakonan buat Fareez. Satu jenaka. Kadangkala aku rasa seperti nak putus asa je. Aku macam nak cakap je dengan dia, kalau dia dah tak sanggup beristerikan aku, aku nak dia lepaskan aku dengan cara yang baik.” Luah Qaseh. Setelah 2 tahun, baru dia berani meluahkan perasaannya kepada Aishah. Sahabatnya itu semakin erat menggenggam jari jemari Qaseh.
“ Bersabarlah. Satu hari nanti, Allah pasti akan bukakan pintu hati Fareez untuk kau.” Aishah memang pandai memberi nasihat. Air mata Qaseh menitik ke tangan Aishah. Kemudian, segera air mata itu dilap.
“ Terima kasih, Cah. Aku minta maaf.” Qaseh berkata sambil belakang tapak tangannya mengesat baki air mata.
“ Kenapa kau nak minta maaf?”
“ Yelah. Dulu, kau suruh aku fikir masak-masak. Tapi, aku lebih turutkan kata-kata dalam wasiat. Bukan kata-kata hati aku. Tetapi yang peliknya, aku tak pernah rasa menyesal kerana berkahwin dengan Fareez.” Ujar Qaseh. Aishah tersenyum lemah.
“ Sebab kau sebenarnya tak ikut wasiat. Kau ikut naluri wanita kau. Kata hati kau. Rasa cinta.” Ada benar kata-kata Aishah itu.
“ Terima kasih sekali lagi, Cah. Kau berada di sisi aku sewaktu aku benar-benar perlukan tempat untuk meluahkan perasaan. Kau sahabat aku selamanya.” Kata-kata Qaseh itu mengundang air mata Aishah.
“ Kau juga sahabat aku selamanya.” Kata Aishah pula. Mereka sama-sama tersenyum kelegaan.
Lama mereka bersembang. Qaseh mengambil cuti setengah hari untuk menemani Aishah. Sudah lama tidak berjumpa dan jarang sekali dapat berbual begini lama. Selalunya, Qaseh akan sibuk dengan tugasan yang perlu diselesaikan di pejabat. Aishah juga sibuk dengan kerjanya.
Pintu bilik wad terkuak dan terjengul wajah Zahrien yang tersenyum lebar. Semenjak bergelar ayah, wajahnya tidak lekang dengan senyuman.
“ Tak apalah, Cah…Zahrien…Aku balik dulu. Dah lama aku kat sini.” Qaseh bangun dari kerusi yang diduduknya dan bersalaman dengan Zahrien. Dia kemudiannya bersalaman dan memeluk Aishah.
“ Tahniah sekali lagi.” Qaseh berbisik di telinga Aishah. Mereka meleraikan pelukan. Qaseh tersenyum. Aishah membalas senyuman itu.
“ Aku harap kau akan ada cahaya mata sendiri.” Kata-kata Aishah bagaikan angin lalu sahaja. Dia tahu perkara itu tidak akan terjadi. Fareez tidak akan mencintai dirinya. Cuma dia sahaja yang menagih kasih dari lelaki itu. Qaseh beredar dari situ.
CINTA pertama Qaseh datang kembali menjengah pintu hatinya yang kesepian tetapi dia tidak mahu menoleh ke belakang. Baginya cinta Ashwad sudah tidak ada makna kepada diri Qaseh lagi. Ashwad sendiri yang membunuh perasaan Qaseh semasa Ashwad pergi meninggalkannya dahulu. Kini, dia masih mencari kesucian cinta Fareez. Semenjak kebelakangan ini, Ashwad sering mengganggunya. Tidak kiralah melalui telefon bimbit ataupun telefon pejabat. Perasaan menyesal kerana menerima ajakan Ashwad tempoh hari kembali menerpa benaknya yang sedang dilanda kekacauan. Pernah sekali Ashwad menelefon sewaktu Qaseh sedang makan malam di rumah kedua mentuanya. Pandangan Fareez yang tajam membuatkan Qaseh gerun hendak menjawab panggilan telefon tersebut. Ditutup telefon bimbitnya sepanjang mereka berada di rumah Puan Sri Marlisa dan Tan Sri Firdaus. Rimas dek gangguan yang bertalu-talu. Qaseh pernah memberi amaran kepada Ashwad bahawa jangan menelefonnya pada sebelah malam. Ashwad buat endah tidak endah sahaja akan amaran tersebut. Kadangkala telefon bimbitnya akan berbunyi di hadapan Fareez. Qaseh perasan Fareez seperti dapat menghidu sesuatu. Apabila Qaseh berada di rumah, dia akan mematikan telefon bimbit. Dia terpaksa buat begitu. Qaseh tidak mahu Fareez mengesyakinya.
Telefon pejabat Qaseh berdering. Sudah dapat diagak pemanggilnya. Lambat-lambat Qaseh mengangkat gagang telefon. Dia sudah malas hendak melayan karenah Ashwad yang tidak habis-habis. Kalau dahulu Adib, sekarang Ashwad. Patutlah keduanya menjadi dua beradik. Perangai serupa.
“ Hello…” malas sahaja nada suara Qaseh berbunyi.
“ Soraya, Wad ni.”
“ Hmm…Ada apa?” percakapan Qaseh dari hari ke hari semakin kasar pada pendengaran Ashwad.
“ Kita lunch sama.” Ashwad masih cuba menarik perhatian Qaseh.
“ Tengoklah dulu. Saya tak janji.”
“ Alaaa….Jomlah. Dah lama kita tak keluar lunch sama-sama.” Pujuk Ashwad lagi. Dia berharap Qaseh akan cair dengan pujuk dan rayunya.
“ Wad, dah berapa kali saya cakap. Saya isteri orang. Tak elok orang tengok kita bersama.” Qaseh menjelaskan keadaan sebenar. Dia tidak mahu terus-terusan membohongi Fareez.
“ Tolonglah. Pleasee…” rayu Ashwad lagi.
“ Saya kata tak nak, maknanya tak nak. Awak tak faham ke?” Qaseh menghempaskan gagang telefon. Qaseh menekan interkom.
“ Fern, tolong masuk sekejap.” Arah Qaseh. Terkocoh-kocoh Fernaizza menuju ke bilik ketuanya. Diketuk pintu bilik dan arahan masuk diberikan.
“ Saya nak jumpa dengan client sekarang ni. Kalau ada pesanan daripada orang yang bernama Ashwad, awak tak payah susah-susah nak ambil message dia. Kalau ada bungkusan daripada dia, buangkan saja. Bunga pun awak jangan simpan. Saya allergic pada…bunga.” Arahan Qaseh dicatit ke dalam diari yang dibawa bersama-samanya. Sudah berhelai-helai pesanan Ashwad yang disampaikan kepada Qaseh melalui Fernaizza. Berkotak-kotak bungkusan yang diterimanya setiap hari.
Hampir setiap 2 hari, Qaseh akan didatangi jejaka Cina daripada kedai bunga berdekatan untuk menyerahkan sendiri bunga itu kepada pemiliknya. Bosan Qaseh apabila diperlakukan sebegitu oleh lelaki yang dikenali sebagai bekas kekasihnya. Suami sendiri pun tidak buat begitu. Sampai pekerja bawahan memandang serong kepada dirinya. Perempuan simpanankah? Sugar daddy? Siapa mereka untuk menghakimi dirinya sebegitu? Dia belum gila lagi untuk menduakan suaminya. Tetapi mereka tidak tahu yang dia sudah berkahwin. Tidak boleh menyalahkan mereka juga.
Fernaizza mengangguk. Hanya setiausaha yang satu itu sahaja yang tahu dia sudah berkahwin. Pekerja bawahan yang lain masih belum tahu status sebenar dirinya. Kalau mereka tahu, entah apa lagilah yang akan mereka borakkan. Qaseh mencapai tas tangan dan beg bimbit.
“ Ada apa-apa lagi, Cik Qaseh?”
“ Tak ada. Itu saja. Terima kasih, Fern.”
“ Sama-sama.” Fernaizza terus sahaja melangkah keluar dari bilik ketuanya itu. Seketika kemudian, Qaseh keluar dari bilik pejabatnya. Dia menuju ke tempat letak kereta dan belum sempat dia membuka pintu kereta, dia dihalang oleh seorang lelaki. Qaseh memandang wajah lelaki dihadapannya itu. Qaseh mendengus kuat.
“ Apa lagi yang awak nak? Awak tak faham ke apa yang saya cakapkan tadi?” perlahan Qaseh menuturkan ayat. Ada nada marah di dalam suaranya. Masih tidak faham lagikah Ashwad? Adib juga pernah memberikan nasihat kepada Ashwad tetapi nasihat itu masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
“ Soraya lunch dengan Wad.” Ashwad masih cuba merayu.
“ Awak ni tak kerja ke? Tiap-tiap minggu awak ganggu saya.” Qaseh berkata. Qaseh masuk ke dalam perut kereta. Dia meletakkan beg bimbit dan tas tangannya di kerusi sebelah pemandu.
“ Kerja. Tapi Wad hari ni cuti. Esok kena fly ke Switzerland.”
“ Hhmm…Ingatkan dah berhenti.” Kata Qaseh. Dia menghidupkan enjin kereta. Untuk memanaskan enjin keretanya.
“ Kenapa Wad nak kena berhenti pulak?”
“ Yelah. Dah selalu sangat awak ganggu saya. Ingatkan awak ni dah unemployed.” Ujar Qaseh sambil membetulkan cermin pandang belakang dan cermin sisi. Memang kebiasaannya dia buat begitu sebelum memulakan perjalanan. Qaseh memakai tali pinggang keledar.
“ Sampai hati Soraya cakap macam tu. Bila saya cuti, baru saya ajak Soraya keluar makan. Tapi Soraya macam tak sudi je.” Perlahan sahaja ayat yang dituturkan oleh Ashwad.
“ Tahu tak pe.” Bisik Qaseh perlahan.
“ Apa Soraya kata?”
“ Tak ada apa. Satu lagi, boleh tak awak jangan panggil saya Soraya lagi dah?” pinta Qaseh bersungguh-sungguh.
“ Kenapa? Soraya tak suka?”
“ Memang saya tak suka. Tak boleh ke awak panggil saya Qaseh. Macam orang lain.” Qaseh berkata. Dia memandang Ashwad.
“ Tapi dulu, Soraya suka. Masa kita masih bercinta.”
“ Itu kisah dulu. Sekarang ni saya tak suka.” Qaseh berkata dengan perasaan jengkel. Tidak suka Ashwad mengungkit kisah lama.
“ Baiklah. Wad akan panggil Soraya, Qaseh.” Ujar Ashwad.
“ Thanks.” Qaseh berkata sambil menarik pintu kereta. Tetapi pintu kereta itu masih dihalang oleh Ashwad.
“ Nak apa lagi?!” kata Qaseh dengan suara sedikit tinggi.
“ Lunch?”
“ Saya tak nak keluar lunch dah dengan awak. Faham ke tak ni?!” marah Qaseh. Dia melepaskan keluhan besar.
“ Wad janji dengan Soraya…maksud Wad, Qaseh…ini kali terakhir Wad ajak Qaseh lunch.” Janji Ashwad. Qaseh memandang Ashwad dengan kerutan di dahi.
“ Qaseh tak percayakan saya?”
“ Okay, but please…not this week.” Kata Qaseh. Dia menarik pintu keretanya. Pintu kereta segera ditutup. Dia sudah lambat untuk berjumpa dengan pelanggannya. Ashwad tersenyum kecil dan melambai sebaik sahaja kereta Qaseh bergerak meninggalkannya.
Di dalam kereta Qaseh memikirkan alasan hendak mengelak dari keluar makan dengan Ashwad. Tiba-tiba telefon bimbit berdering. Lambat-lambat dia menjawab panggilan telefon tersebut.
“ Hello?”
“ Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Cik Qaseh?” tanya pemanggil tersebut. Sopan santun. Qaseh seperti pernah dengar suara perempuan tersebut. Tetapi dia memerlukan masa untuk mengecam suara itu. Sarah berdehem perlahan.
“ Waalaikumussalam. Saya bercakap. Boleh saya tahu siapa ni?” tanya Qaseh kembali. Dahinya dikerutkan sedikit.
“ Qaseh, aku lah, Nad.” Pemanggil itu memperkenalkan diri. Qaseh menepuk dahi. Bagaimanalah dia boleh terlupa tentang Tengku Nadirah?
“ Kau kata nak telefon aku. Tapi sampai sekarang kau tak telefon aku. Kau ni cepat lupa kawanlah.” Tengku Nadirah marah dengan sikap Qaseh yang tidak pernah berubah dari dahulu sehingga sekarang, masih tetap sama.
“ Aku bukan lupa kawan, cuma 2-3 tahun kebelakangan ni aku sibuk sikit.” Qaseh memperbetulkan semula ayat Tengku Nadirah.
“ Apa-apa sajalah.”
“ Kau telefon aku ni, kenapa?” tanya Qaseh. Dia pun pelik dengan Tengku Nadirah. Angin tak ada, ribut pun tak ada. Tiba-tiba telefon saja.
“ Tak boleh ke nak call kau?”
“ Bukanlah tak boleh. Tapi aku dah kenal kau lama, Nad. Jadi, aku tahu sangat kau mesti ada masalah. Kalau tak, mesti jarang nak call aku. Yalah, kan ada abang sayang mendengar cerita kau hari-hari.” Qaseh memasang hands-free kit. Senang untuk dia bersembang sambil memandu.
“ Aku ada berita baik punya. Tapi aku nak jumpa kau. Boleh tak?”
“ Sekarang tak bolehlah. Aku kena jumpa client.”
“ Pukul 4 kau free?” tanya Tengku Nadirah. Qaseh melihat jam di tangan. Dia tidak ada pertemuan dengan pelanggan petang ini. Bermakna dia memang dia ada masa lapang pada waktu petang.
“ Aku free. Aku pun ada benda nak cakap kat kau.” Kata Qaseh.
“ Kita jumpa kat tempat biasalah.” Tengku Nadirah menetapkan tempat perjumpaan mereka. Qaseh menyatakan persetujuannya.
QASEH tiba dihadapan Restoran Dome, KLCC. Tercari-cari wajah sahabatnya itu. Tengku Nadirah melambai ke arah Qaseh. Qaseh berjalan mendekati Tengku Nadirah. Dia menarik kerusi dan duduk berhadapan. Qaseh melepaskan nafas sekejap. Dia keletihan. Baru-baru ini, ada satu projek pengiklanan daripada sebuah syarikat ternama yang diuruskannya. Selalu pulang lewat. Tidak dapat keluar makan tengah hari seperti biasa. Baru hari ini, dia dapat melepaskan tekanan kerana iklan tersebut telah pun dikomersialkan. Oleh itu, dia ada sedikit masa lapang untuk berjumpa dengan sahabat lamanya.
“ Aku baru dapat jumpa kau hari ni. Tapi muka kau pucatlah. Kenapa?” tanya Tengku Nadirah yang risau akan kesihatan sahabatnya yang tidak menentu itu.
“ Big project. I have to handle it.” Qaseh menjelaskan perkara sebenar. Tengku Nadirah terangguk-angguk.
“ Kenapa kau nak jumpa aku?” Qaseh meletakkan tas tangan di kerusi kosong di sebelahnya.
“ Takkan tak boleh nak jumpa kau?”
“ Bukanlah tak boleh. Cuma kau ni kalau tak ada masalah, mesti tak cari aku kan?” usik Qaseh. Dia tahu Tengku Nadirah pantang diusik.
“ Eh hello! Aku ni bukan jenis lupa kawan tau.”
“ Yelah…yelah…Cik Tengku Nadirah oii…Kenapa Cik Tengku nak jumpa saya?” tanya Qaseh lagi.
“ Aku ada berita baik.” Wajah Tengku Nadirah berseri-seri. Qaseh tersenyum memandang Tengku Nadirah.
“ Apa dia?”
“ I’m pregnant.” Tengku Nadirah tersenyum lebar. Qaseh ternganga sebentar. Kemudian, dia bertanya lagi.
“ Second time?”
“ Ya.”
“ Congratulations. When is the due date?”
“ Next year. May or June.”
“ Anak kau yang sulung umur berapa?” tanya Qaseh.
“ Masuk ni 2 tahun lah.”
“ Eloklah tu. Anak kau pun dah besar. Bolehlah dia dapat adik lagi.”
“ Kau bila lagi?” pertanyaan Tengku Nadirah membuatkan Qaseh terkedu. Pelayan restoran tersebut mendekati mereka. Qaseh buat-buat sibuk dengan menu di hadapannya. Selepas memesan makanan, mereka bersembang tentang topik lain. Qaseh membawa lari Tengku Nadirah dari tajuk sebenar. Dia tidak mahu memikirkan hal itu. Makanan yang dipesan oleh mereka sudah siap dihidang. Qaseh begitu selera menjamu selera. Dia tidak mahu mengingati soalan Tengku Nadirah.
“ Kau kata kau nak cakap something kat aku.” Tengku Nadirah menghentikan suapan di mulutnya. Qaseh mengangkat muka memandang Tengku Nadirah.
“ Aku ada cakap ke yang aku nak cakap sesuatu kat kau?” Qaseh bertanya. Dia berpura-pura lupa.
“ Alahh….Kau ni cepat lupalah.” ujar Tengku Nadirah sambil menyuap makanan ke mulutnya.
“ Aku ingatkan kau dah lupa.” Qaseh berkata. Dia menghirup sedikit air minuman jus. Untuk menghilangkan dahaga dan ‘membersihkan’ makanan di alur tekaknya sebelum mengatakan sesuatu.
“ Aku tak tahu lah macam mana nak cakap dengan kau.” Qaseh meletakkan pisau dan garfunya.
“ Apa yang susah sangat?”
“ Bagi aku susahlah nak cakap.” Qaseh gelisah. Sekejap dia mengurut tengkuknya. Kemudian, dia meraup rambut ke belakang.
“ Tak susah. Tarik nafas. And then, cerita satu persatu.” Ajar Tengku Nadirah.
“ Kalau aku cakap kau jangan terkejut, ok?” kata Qaseh. Tengku Nadirah mengangguk. Qaseh menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan.
“ Ashwad dan aku berhubung lagi.”
“ What? For how long?” Tengku Nadirah tidak dapat menahan perasaan terkejutnya. Qaseh mengeluh.
“ Nearly 2 months.”
“ Qaseh….Kau dah kahwin. Kau dah ada suami.”
“ Aku tahu tu.”
“ Apa akan terjadi kalau Fareez dapat tahu?”
“Aku harap dia tak tahu.”
“ Qaseh…Please don’t do anything silly.”
“ Dia ada ajak aku lunch. Sekali dua aku keluar jugak dengan dia. Tapi selalu aku tak berani. Takut terserempak dengan Fareez.” Qaseh mengusik makanan yang ada di dalam pinggannya dengan garfu.
“ Kau tak payah jumpa dia lagilah. Bukan aku nak menghalang kau, tapi aku fikirkan kebaikan untuk diri kau. Kau faham-faham jelah orang sekeliling kan? K.L ni bukannya besar. Kadangkala kau boleh terserempak dengan keluarga sendiri. Kau faham maksud aku, kan?” Tengku Nadirah seperti sudah tiada selera hendak menghabiskan makanannya. Dia sendiri pelik apabila mengandungkan anak kedua ini. Selera seperti berkurangan daripada biasa. Tidak seperti dia mengandungkan anak sulungnya dahulu. Qaseh mengangguk.
“ Aku tahu. Lagipun….dia sepupu Fareez.”
“ Jangan cari nahas. Itu lagi nahas besar.” Tengku Nadirah menyandarkan badan di kerusi. Qaseh tahu apa yang perlu dilakukannya.
“ Tapi semenjak kebelakangan ni, dia asyik call aku. Aku dah bagi warning pada dia. Jangan ganggu aku lagi dah. Aku dah bersuami. Tapi dia tak nak dengar.” Qaseh mengeluh. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu Ashwad bahawa dia sudah tidak mahu berjumpa dengan Ashwad lagi.
“ Why don’t you tell him the truth?”
“ I have. But, he doesn’t want to listen.”
“ Kau kena hentikan masalah ni. Nanti daripada masalah kecil, boleh jadi masalah besar tau. Tak pasal-pasal kau dengan Fareez gaduh.” Nasihat Tengku Nadirah.
“ Aku akan cuba beritahu kat dia sekali lagi.”
“ Kalau dia tak nak dengar?” tanya Tengku Nadirah. Dia tahu Qaseh runsing dengan masalah ini.
“ Aku akan beritahu kat dia sampai dia faham dan boleh terima kenyataan.” Tegas Qaseh. Dia tidak boleh berlembut dengan Ashwad. Dia harus tegas. Dia mesti bertindak tegas. Sepertimana dia bertegas dengan Adib.
QASEH pulang semula ke pejabat. Dia mengemas meja yang berselerak. Fernaizza dan kebanyakan pekerja sudah pulang. Tiba-tiba telefon pejabatnya berdering. Siapalah yang telefon petang-petang sebegini? Hati Qaseh berkata-kata. Diangkat gagang telefon dan didekatkan gagang tersebut ke telinga. Qaseh mendiamkan diri. Dia mahu dengar respon daripada pemanggil dahulu.
“ Hello?” satu suara menyapa gegendang telinga Qaseh.
“ Hmm…Apa dia?” Qaseh tahu itu panggilan daripada Ashwad.
“ Qaseh, Wad ni.”
“ Saya kenal siapa awak. Macam mana awak tahu saya ada dalam pejabat? Awak ikut saya, yeh?” tanya Qaseh. Dia rasa curiga. Entah-entah Ashwad mengikutnya.
“ Taklah.Wad teka je.” Ashwad gelabah.
“ Ada apa awak call saya?”
“ Qaseh free tak hari Rabu depan?” tanya Ashwad kembali.
“ Kenapa?” tanya Qaseh acuh tidak acuh. Soalan dijawab dengan soalan.
“ Kan Qaseh dah janji nak lunch sama.”
“ Pukul berapa? Kat mana?” ringkas pertanyaan Qaseh. Dia malas mahu memanjangkan lagi perbualan.
“ Pukul 12.30 kat Restoran Pelita.”
“ Hmm…Yalah.” Terus sahaja Qaseh mematikan talian telefon tanpa sempat Ashwad meneruskan perbualan mereka. Dia tidak mahu mendengar suara Ashwad. Qaseh sudah menyampah, meluat. Semua perasaan yang tidak elok ada padanya.
BAB 25
PADA hari yang dijanjikan, Ashwad keluar makan tengah hari bersama Qaseh. Ashwad beria-ia hendak menjemput Qaseh dari pejabatnya tetapi Qaseh menolak dengan alasan dia hendak berjumpa pelanggan selepas makan tengah hari bersama Ashwad. Qaseh memasuki Restoran Pelita dan memerhati di sekeliling. Memang ramai pelanggan restoran tersebut. Dia mencari kelibat Ashwad. Seorang lelaki melambai tangan ke arahnya. Laju sahaja kaki Qaseh menuju ke arah lelaki tersebut. Dia menarik kerusi dan duduk di hadapan Ashwad.
“ Wad ingat Qaseh tak dapat datang.”
“ Well…I’m here now.” Qaseh bercakap dengan kasar.
“ Kenapa Qaseh sekarang ni? Qaseh macam tak suka nak keluar dengan Wad.” Ashwad memandang muka Qaseh. Dia mendengus kuat.
“ Memang saya tak suka keluar dengan awak.”
“ Kenapa Qaseh? Apa salah Wad sampai Qaseh tak suka nak keluar dengan Wad?” pertanyaan Ashwad dirasakan sangat kelakar.
“ Awak tanya saya? Patutnya awak dah tahu jawapan untuk soalan tu.” Qaseh berkata. Dia tidak memandang langsung muka Ashwad.
“ Wad tak faham.” Kata Ashwad. Qaseh memandang muka lelaki dihadapannya itu.
“ Saya dah kahwin. Tak manis isteri orang keluar dengan bujang.” Qaseh mengalihkan pandangannya semula ke tempat lain.
“ Tapi rahsia perkahwinan Qaseh, Wad tahu.”
“ Apa yang awak tahu?” Qaseh terkejut dengan kenyataan Ashwad.
“ Wad tahu, Qaseh tak suka dengan Abang Fareez. Abang Fareez tak cintakan Qaseh. Tapi sebab sebenar kenapa Qaseh kahwin dengan Abang Fareez, Wad masih tak tahu.” Ashwad tersenyum sinis. Qaseh mengeluh. Apa yang Ashwad tahu mengenai perkahwinannya?
“ Tolonglah. Walau apapun sebabnya saya kahwin dengan Abang Fareez, saya sayang dan cintakan dia. Awak jangan persoalkan lagi perasaan kami.” Qaseh memandang ke sekeliling restoran. Dia dapat rasakan ada mata yang sedang memandang mereka. Matanya tertancap pada seorang lelaki yang segak berbaju kemeja sedang menjamu selera. Jantungnya berhenti berdegup. Nafas terasa sesak.
“ Tapi Qaseh….Wad sayangkan Qaseh.” Tiada respon dari Qaseh apabila Ashwad berkata begitu kepada gadis dihadapannya. Qaseh masih memandang ke arah seorang lelaki. Lelaki itu memandang Qaseh dengan pandangan tajam. Ashwad memegang tangan Qaseh. Dia terkejut. Segera dia menarik semula tangannya. Ashwad turut mengekori pandangan mata Qaseh. Ashwad terkedu. Dia tidak menyangka akan terserempak dengan Fareez. Kenapalah dalam banyak-banyak restoran mereka boleh terserempak di situ?
Fareez menuju ke arah mereka. Adib cuba menahan Fareez dari bertindak ganas. Fareez menepis kasar tangan itu. Adib mengikuti Fareez. Dia tidak mahu sepupunya itu membuat kacau di situ.
“ Apa Wad buat kat sini?” tanya Fareez sambil tersenyum sedangkan hatinya sudah membara. Qaseh gelisah di tempat duduk.
“ Wad jumpa kawan.” Ashwad menjawab takut-takut. Fareez mengalihkan pandangannya kepada Qaseh. Tersenyum. Qaseh tidak berani mengangkat mukanya memandang Fareez.
“ Wad tahu dia isteri orang?” tanya Fareez lagi.
“ Tahu, Bang.”
“ Kalau tahu, kenapa Wad keluar lagi dengan dia?” Fareez memandang tajam. Seperti hendak ditelannya sahaja Ashwad.
“ Wad tak kerja hari ni?” Adib segera mencelah. Dia tahu ada bahang kemarahan dalam nada Fareez.
“ Kerja.” Ringkas jawapan Ashwad.
“ Kenapa tak pergi airport lagi? Ong rasa perbualan Wad dan Qaseh dah tamat. Lebih baik Wad pergi airport.” Adib menepuk bahu Ashwad dan mengajaknya beredar dari situ. Ashwad seperti faham akan isyarat tersebut menuruti abangnya. Fareez mencengkam lengan Qaseh dan menarik Qaseh keluar dari restoran tersebut. Wajah Qaseh berkerut menahan kesakitan. Pelanggan yang sedang menjamu selera di dalam kedia itu turut memandang Fareez dan Qaseh. Mereka yakin ada sesuatu yang sedang berlaku di antara dua orang itu.
“ Kau ikut aku balik rumah sekarang jugak!” kata Fareez perlahan.
“ Tapi Bang…Qaseh bawak kereta.”
“ Kau pergi ambil kereta kau dan ikut aku balik rumah sekarang jugak.” Fareez berkata sambil mengetap giginya. Qaseh segera berlalu. Kereta Fareez menderum pergi. Qaseh mendapatkan keretanya yang diletakkan dibawah sepohon pokok dan menuju ke destinasi yang sudah pasti.
QASEH memarkirkan keretanya di sebelah kereta Fareez. Pintu garaj ditutup semula. Perlahan-lahan Qaseh menapak masuk ke dalam rumah. Fareez sedang menunggu Qaseh di ruang tamu. Qaseh berjalan ke arah suaminya. Fareez merenung wajah Qaseh tidak berkelip. Qaseh duduk di atas sofa Itali yang dibeli oleh Fareez ketika dia melancong bersama Shilea. Qaseh memandang wajah Fareez yang bengis itu. Kemudian, Qaseh menekur pandangan ke lantai.
“ Apa hubungan kau dengan Ashwad?” tanya Fareez dengan suara yang mendatar. Qaseh mengangkat muka. Cuba melawan pandangan Fareez tetapi gagal. Dia kembali memandang lantai.
“ Kawan satu sekolah.” Perlahan sahaja suaranya menjawab pertanyaan Fareez. Fareez memandang Qaseh dengan tajam.
“ Kau selalu jumpa dia?” tanya Fareez lagi. Qaseh menggeleng pantas.
“ Tapi kalau dia call, kau mesti keluar kan?” Fareez bertanya lagi tetapi kali ini suaranya sengaja ditinggikan. Qaseh terkejut. Fareez sudah dapat tahukah? Qaseh menggeleng lagi. Menutup kebenaran melalui pembohongan yang diciptanya.
“ Kau jangan nak menipu aku. Aku bukan bodohlah. Aku tahu segala-galanya mengenai kisah percintaan kau dengan Ashwad. Isteri jenis apa kau ni, hah? Bila kekasih lama datang menagih kasih, kau pun terhegeh-hegeh nak balik ke pangkuannya. Hei, perempuan! Kau kena ingat sikit. Kau tu isteri orang. Selagi aku tak lepaskan kau, selagi itulah kau masih isteri aku. Kau faham? Aku dah tak nak dengar kau buat skandal belakang aku lagi. Semua perempuan sama saja.” Lantang Fareez berkata-kata. Kecut perut Qaseh apabila mendengar suara Fareez seperti halilintar memecah bumi.
“ Abang jangan cakap macam tu. Saya tak macam perempuan lain. Saya tak sama dengan Shilea.” Kata Qaseh. Dia membela dirinya. Tidak suka maruah diri dipijak-pijak. Fareez memandang Qaseh tajam.
“ Kau jangan sebut nama dia lagi. Kau ni kan suka sangat buat aku naik darah. Kau dah lama tak makan penampar, ya?” Fareez berkata. Qaseh mendiamkan diri. Dia tidak berani melawan kata-kata suaminya lagi.
“ Sekali lagi kau sebut nama dia, tahulah nasib kau.” Kata-kata Fareez seolah mengugut Qaseh.
Fareez beredar dari ruang tamu setelah dia selesai memaki hamun Qaseh. Qaseh terduduk di atas kerusi. Menangisi nasibnya. Menyesalkah dia berkahwin dengan lelaki yang dia tidak tahu perangai sebenarnya? Dia sendiri tidak pasti. Tapi yang pasti, dia semakin mencintai lelaki itu. Entah kenapa perasaannya sukar dikikis walaupun sudah bermacam-macam cara yang dilakukan oleh lelaki itu untuk menyakiti hati Qaseh. Nasib baik Amirul tiada di rumah. Amirul berada di rumah Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa. Sebab Fareez menghantar Amirul ke rumah ibubapanya, Qaseh tidak tahu. Segala apa yang dilakukan oleh Fareez tidak pernah diberitahu kepada Qaseh.
Perlahan-lahan kakinya melangkah menuju ke tingkat atas. Qaseh merebahkan diri ke atas katil. Mata ditala ke arah siling. Fikirannya melayang-layang. Entah bila masa dia sendiri kurang pasti, dia terlelap.
FAREEZ mundar-mandir di dalam bilik. Hatinya tidak senang dengan renungan, senyuman dan cara bercakap Ashwad. Dan yang paling kurang senang, sentuhan yang Ashwad lakukan terhadap isterinya. Ashwad ingat Qaseh boleh dipegang sesuka hati. Qaseh isteri aku, jerit Fareez di dalam hati. Ada satu perasaan aneh yang menjalar di dalam hatinya. Dia sendiri kurang pasti perasaan apakah itu. Hanya satu perkara sahaja yang dia pasti iaitu dia tidak suka Qaseh berjumpa dengan Ashwad. Dia menganggap Ashwad sebagai saingannya kerana wajah yang ala-ala model itu mampu memikat hati mana-mana perempuan. Fareez tidak senang duduk. Sekejap berdiri, sekejap baring. Dia mesti berbuat sesuatu untuk mengikat Qaseh. Dia berbaring di atas sofa. Meletakkan tangan di atas dahi. Apakah ini cinta? Tidak mungkin. Suatu perasaan yang bernama cinta tiada lagi di dalam kamus Amer Fareez. Cintanya sudah mati sewaktu Shilea mengkhianati perasaan suci yang pernah diberikan olehnya kepada bekas isterinya itu. Perasaan kasih sayang dan cinta sudah pudar semasa Shilea curang dan pergi kepada kawan baiknya sendiri. Perasaan itu tidak wujud lagi. Kini, adakah perasaan itu muncul kembali? Adakah cinta datang lagi? Fareez mengeluh. Dia sendiri tidak tahu. Bagaimana hendak mentafsirkan perasaannya yang satu ini? Cinta? Kasih? Kasihan? Atau simpati? Entahlah. Biar masa yang menentukan perasaan ini. Perlahan-lahan dia memejamkan mata. Berharap perasaan ini akan pergi dengan segera.
Azan Maghrib berkumandang dari masjid berdekatan dengan rumah mereka. Fareez terjaga dan segera bangun dari tidurnya untuk membersihkan diri. Sampai sekarang dia belum mandi. Fareez terlena dengan badan yang melekit dan perasaan bercelaru. Dia mencapai tuala yang disangkut di atas penyidai. Selepas membersihkan diri, Fareez menunaikan solat Maghrib. Selesai sahaja bersolat, Fareez keluar dari biliknya dan menuju ke tingkat bawah. Sewaktu melintasi bilik Qaseh, dilihatnya Qaseh sedang bersolat. Matanya melekap pada wajah Qaseh yang putih bersih. Wajah yang sentiasa berseri walaupun hatinya terluka. Benarlah kata orang. Tidak perlu bersolek tebal-tebal untul mencantikkan wajah. Cukup sekadar dengan mengambil air wuduk. Qaseh mengangkat tangan untuk berdoa. Fareez masih lagi menatap wajah putih bersih itu.
Fareez berselindung di sebalik pintu apabila dia perasan bahawa Qaseh sedar akan kehadirannya. Fareez segera turun ke tingkat bawah dan menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Dipasang suis televisyen. Matanya dihalakan ke arah ruang skrin televisyen tersebut tetapi fokusnya tidak ke situ. Derapan kaki Qaseh kedengaran sedang turun tangga dan menuju ke arah Fareez.
“ Abang nak makan? Qaseh dah siapkan makanan.” Terketar-ketar suara Qaseh. Dia tidak tahu apa pula mood suaminya kali ini.
“ Hmm…” itu sahaja kata-kata Fareez. Qaseh berlalu ke dapur. Dia segera menghidangkan makanan yang sudah dimasaknya itu ke atas meja makan.
“ Abang, makanan dah siap.” Qaseh berkata sambil berdiri di sebelah Fareez. Lucu pula Fareez melihat gelagat Qaseh yang seperti orang gaji itu. Fareez berjalan ke arah ruang makan tanpa berkata sepatah perkataan pun. Qaseh membuntuti suaminya itu seperti orang bodoh.
Qaseh menghulurkan pinggan yang berisi nasi kepada Fareez. Fareez menyambutnya dan segera mengambil lauk-pauk yang terhidang enak di atas meja. Dari tengah hari tadi dia tidak menjamah sebutir nasi. Setelah melihat perbuatan Qaseh, hilang terus seleranya.
Begitu berselera Fareez menyuap nasi ke mulut. Qaseh berdiri tegak di sebelah Fareez. Tidak berani menyertai suaminya itu.
“ Duduklah sekali.” Suara Fareez jelas kedengaran di cuping telinga Qaseh. Dia memandang Fareez yang masih meneruskan lagi suapan di mulut tetapi Qaseh segera menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Fareez. Mengambil pinggan dan menceduk nasi ke dalam pinggan. Dia turut menjamu selera. Perut berkeroncong tetapi tidak berani menyertai Fareez untuk makan malam. Nanti kena sergah lagi. Apabila Fareez menjemputnya makan sekali, Qaseh agak terkejut dengan perbuatan Fareez. Tidak pernah Fareez bersikap begitu.
Selesai mereka berdua menjamu selera, Qaseh mengemas meja makan dan menyediakan pencuci mulut. Qaseh tahu pencuci mulut kegemaran Fareez ialah serawa pisang. Awal-awal lagi sudah disediakan pencuci mulut tersebut. Diceduk serawa yang masih berasap itu ke dalam mangkuk. Diletakkan di atas dulang dan membawa dulang yang berisi semangkuk serawa ke ruang tamu di mana tempat Fareez merehatkan badan. Qaseh melihat Fareez sedang memejamkan matanya. Dia meletakkan dulang tersebut ke atas meja dengan perlahan-lahan. Diamati wajah suaminya sebentar. Wajah itu sangat tenang di dalam lenanya. Lebih kacak berwajah tenang dari berwajah bengis. Mengapa Fareez selalu menunjukkan muka masamnya? Adakah dia mengahwiniku kerana terpaksa? Kenapa dia tidak membantah perkahwinan ini kalau dia rasa perkahwinan ini sepatutnya tidak berlaku? Atau adakah dia juga sudah jatuh cinta terhadap diriku? Pertanyaan demi pertanyaan berlegar di dalam kepala Qaseh. Sukar menafsir perasaan lelaki dihadapannya.
Fareez menggerak-gerakkan sedikit badannya supaya dia berasa selesa dengan posisi yang betul. Qaseh kembali tercegat. Fareez masih tidak membuka matanya. Benarkah Fareez sudah tidur? Seketika kemudian, Fareez mencelikkan mata dan memandang Qaseh yang masih berdiri tercegat dihadapannya. Fareez berdehem. Mengejutkan Qaseh dari lamunan.
“ Abang makanlah. Qaseh baru buat.” Qaseh menghulurkan mangkuk tersebut kepada Fareez. Fareez menyambutnya dan menyuap serawa pisang yang masih panas tersebut ke mulut. Sedap jugak, hati Fareez berkata-kata.
“ Ok tak, Bang?” tanya Qaseh. Sudah lama dia tidak menyediakan pencuci mulut serawa pisang. Cara-cara membuat serawa pisang pun Qaseh ingat-ingat lupa.
“ Mmm….” Itu sahaja yang dapat diperkatakan oleh Fareez. Qaseh menatang dulang tersebut ke dapur. Menyelesaikan kerja-kerja mengemas dapur. Membasuh pinggan mangkuk dan mengemas apa-apa yang patut.
Fareez menyandarkan badan yang kekenyangan selepas menjamu selera dan menjamu pencuci mulut yang dibuat oleh isterinya. Tidak disangka Qaseh pandai memasak. Selalu Fareez tidak pernah makan di rumah. Tidak pernah menjamah masakan yang dibuat daripada air tangan Qaseh sendiri. Inilah kali pertama dia merasainya. Boleh tahan untuk orang yang kuat bekerja seperti Qaseh walaupun bukanlah selalu Qaseh memasak. Sesekali mata Fareez meninjau keadaan isteri yang berada di dapur. Leka Qaseh melakukan kerja-kerja sehingga tidak disedari bahawa dirinya sedang menjadi perhatian seseorang.
Fareez menutup televisyen dan menuju ke tingkat atas. Sempat dia mengerling ke arah dapur. Qaseh masih melakukan kerja-kerja mengemasnya. Tidak sedar Fareez sudah beredar.
Selesai mengemas, Qaseh menutup suis lampu dapur. Matanya meninjau ke arah ruang tamu. Tiada orang di situ. Mungkin Fareez sudah naik ke atas. Fikir Qaseh sendirian. Kakinya juga ingin melangkah ke tingkat atas. Dia menutup suis lampu ruang tamu. Semasa dia mendaki tangga, bahunya dilanggar seseorang. Hampir sahaja dia jatuh tersungkur. Tetapi dia sempat disambut. Dengusan nafas itu cukup untuk membuatkan Qaseh tahu bahawa itu adalah Fareez.
“ Qaseh okey ke?” tanya Fareez. Qaseh berdiri untuk mengimbangi dirinya semula. Qaseh cuba berdiri dengan stabil.
“ Okey, Bang. Qaseh minta maaf sebab tutup lampu.” Qaseh menjelaskan sebelum dia kena marah.
“ Tak apa. Abang dahaga. Tu sebabnya Abang turun.” Kata Fareez. Qaseh mengerutkan dahi apabila mendengar kata-kata Fareez. Abang? Fareez sudah mula membahasakan dirinya Abang? Tetapi nasib baik gelap. Jadi Fareez tidak nampak kerutan di dahinya.
Tiba-tiba lampu ruang tamu terbuka dan cerah. Qaseh mengecilkan sedikit matanya memandang Fareez yang sedang memandangnya.
“ Abang nak Qaseh buatkan air untuk Abang?”
“ Tak payah. Abang boleh buat sendiri. Qaseh pergilah naik tidur.”
“ Baiklah, Abang.” Qaseh berpaling dan mendaki semula tangga untuk ke bilik tidurnya. Perasaan tertanya-tanya masih ada.
Qaseh menghempas badan di atas katil empuknya. Fikirannya berputar-putar. Memikirkan pasal Fareez. Kenapa tiba-tiba sahaja Fareez berubah menjadi seorang yang baik dengannya? Adakah Fareez sekadar ingin mengujinya? Tetapi untuk apa diuji?
QASEH bangun pagi untuk menyiapkan sarapan dan dihidangkan di atas meja. Dia menyediakan nasi lemak kegemaran Fareez. Turun sahaja Fareez ke tingkat bawah, dia terus menuju ke ruang makan. Seperti terhidu aroma nasi lemak. Dia menarik kerusi dan terus sahaja duduk. Qaseh menceduk nasi lemak ke dalam pinggan dan diserahkan kepada Fareez. Segera Fareez mencapai pinggan itu dan menceduk sambal sotong dan ikan bilis serta telur goreng. Qaseh berdiri tercegat memandang Fareez yang begitu berselera makan. Fareez tersedar dirinya sedang diperhatikan. Dia mengangkat muka memandang Qaseh. Qaseh segera mengalihkan pandangan ke tempat lain.
“ Qaseh tak makan sekali?”
“ Tak apalah, Bang. Kejap lagi.”
“ Jemputlah makan sekali. Duduk. Kita makan bersama.” Ajak Fareez. Qaseh tersenyum kecil. Dia mengambil pinggan dan menceduk sedikit nasi lemak itu dan menjamu selera dengan perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Qaseh tidak pernah membayangkan bahawa dia akan duduk semeja makan bersama suami yang sudah dikahwininya lebih daripada 2 tahun.
“ Qaseh tak pergi kerja ke hari ni?” tanya Fareez tiba-tiba.
“ Ermm…pergi, Bang.”
“ Habis tu, kenapa Qaseh macam tak bersiap lagi?”
“ Hari ni masuk lewat sikit. Nak jumpa client dulu.” Jelas Qaseh. Perlahan-lahan dia menyuap nasi lemak itu ke mulutnya.
“ Hhmm…hari ni Abang pergi ambil Mirul kat rumah Ummi.”
“ Ye ke, Bang? Qaseh pun dah rindu sangat kat Mirul ni.” Ujar Qaseh.
“ Qaseh sibuk tak hujung minggu ni?”
“ Tak, Bang.” Jawab Qaseh. Fareez terdiam.
“ Kenapa Abang tanya?” tanya Qaseh pula. Tiada respon dari Fareez. Lelaki itu sedang sibuk mengisi perutnya. Qaseh tidak berani menyambung cakapnya. Dia hanya mendiamkan diri sahaja. Menunggu Fareez untuk bersuara.
“ Abang kena outstation hujung minggu ni. Hong Kong. Qaseh boleh ke jaga Mirul seorang diri kat rumah ni?” Fareez bertanya tiba-tiba. Qaseh mengangguk perlahan dan tersenyum.
“ Kalau tak, Abang ingat Qaseh pergilah rumah Ummi.”
“ Tak apa, Bang. Abang jangan risaukan Qaseh. Qaseh boleh jaga Mirul kat sini.” Kata Qaseh.
“ Are you sure?”
“ Ya, I’m sure. Berapa lama Abang nak pergi?”
“ Seminggu. Betul ke ni Qaseh boleh duduk dengan Amirul je dalam rumah ni?” tanya Fareez sekali lagi. Dia tidak mahu menyusahkan Qaseh.
“ Betul, Bang.”
“ Kalau Qaseh tak nak pergi rumah Ummi, Qaseh pergilah rumah Mak Ngah Idah.” Ujar Fareez lagi. Qaseh menggeleng.
“ Qaseh tak nak menyusahkan sesiapa pun. Qaseh boleh jaga Amirul. Abang janganlah risau. Qaseh tak apa-apa.” Qaseh sedaya-upaya menolak cadangan Fareez. Dia tidak mahu menyusahkan ibu dan bapa mertuanya. Cukuplah hari bekerja Puan Sri Marlisa menjaga Amirul. Bila tiba hujung minggu, gilirannya pula untuk menjaga Amirul. Dia juga tidak mahu menyusahkan Rafidah.
“ Baiklah kalau macam tu. Kalau ada apa-apa, Qaseh jangan lupa telefon Ummi.” Fareez berpesan. Qaseh mengangguk. Dalam masa yang sama, Qaseh berasa hairan. Tidak pernah Fareez berpesan begini.
Kalau Fareez terpaksa bekerja luar atas urusan kerjanya, tidak pernah Fareez berpesan begitu. Mungkin Fareez sudah sedar akan kepentingan Qaseh di rumah ini. Mungkin Fareez sudah mula mengambil berat akan diri Qaseh. Dalam hati Qaseh, dia begitu bersyukur kerana akhirnya terbuka juga pintu hati Fareez untuk dirinya. Dia tidak pernah menyangka. Memang selama ini itulah harapannya.
Fareez berdiri dan mengangkat pinggannya. Qaseh tersedar dari lamunan.
“ Eh! Tak apalah, Bang. Biar Qaseh yang angkat.” Kata Qaseh. Qaseh memegang pinggan makanan Fareez. Menghalang Fareez. Lelaki itu menolak perlahan tangan isterinya. Qaseh pelik dengan sikap Fareez. Tetapi dalam pada itu, dia amat bersyukur.
“ Tak apalah, Qaseh. Qaseh pun dah bersusah-payah masakkan untuk Abang nasi lemak ni. Abang berterima kasih. Sekarang ni, untuk ringankan beban Qaseh biarlah Abang yang bawak pinggan ni ke belakang.” Terang Fareez. Qaseh rasa segan. Tidak pernah Fareez melayaninya dengan baik begini. Inilah kali pertama dia mula rasa bahagia. Benar kata Aishah. Kalau dia bersabar dan banyak berdoa, pasti kebahagiaan akan menjadi miliknya. Dia tersenyum sendirian.
Qaseh terdengar deruan air dari sinki. Dia menjengahkan kepala ke dapur. Fareez sedang mencuci pinggan yang digunanya. Qaseh segera menyuapkan nasi lemak ke mulutnya semula apabila Fareez berjalan keluar dari dapur. Fareez mengelap mulut dengan tisu yang disediakan di atas meja.
“ Oklah, Abang pergi dulu.”
“ Bila Abang nak pergi outstation?” tanya Qaseh.
“ Petang ni jugak. Lepas kerja. Abang hantar Amirul ke rumah. Baru Abang pergi airport.” Kata Fareez.
“ Tak apa ke, Bang? Tak menyusahkan Abang? Biar Qaseh pergi ambil Mirul je.” Qaseh berkata. Dia tidak mahu Fareez terkejar-kejar untuk ke lapangan terbang.
“ Tak apa. Lagipun Abang nak kena hantar kereta ni balik ke rumah dulu.”
“ Baiklah, Abang.” Ujar Qaseh.
Fareez segera beredar ke rak kasut. Dicapainya kasut kulit berwarna hitam. Disarungkan stoking dan kasut ke kakinya.
“ Abang…” panggil Qaseh lembut. Fareez berpaling semula. Qaseh menghulurkan tangan untuk bersalam. Fareez menyambut huluran itu. Qaseh tunduk menyalami suaminya. Itulah perkara yang terlalu ingin dilakukan oleh Qaseh.
“ Hati-hati, Bang.”
“ Yalah.”
Fareez berjalan keluar menuju ke garaj. Alat penggera kereta berbunyi dua kali menandakan pintu kereta sudah tidak berkunci. Fareez meletakkan beg bimbit di kerusi belakang. Dia segera menghidupkan enjin kereta untuk memanaskannya dahulu. Pintu pagar automatik terbuka. Kereta Fareez menderum pergi meninggalkan kawasan perkarangan rumah banglo dua tingkat itu. Di dalam rumah, Qaseh berasa teramat gembira. Tidak sabar dia hendak menceritakan perkara yang terjadi ini kepada Aishah. Pasti sahabatnya itu turut bergembira mendengar perkara ini.
BAB 26
HAMPIR 3 minggu semenjak Fareez pulang dari Hong Kong, Fareez suka mengintip Qaseh secara curi-curi sewaktu Qaseh sedang memasak atau melakukan kerja rumah. Qaseh sedar akan perubahan itu. Dia juga pelik tetapi dalam pada masa yang sama dia bersyukur Fareez semakin berubah. Tiada lagi muka masamnya atau suara lantang yang selalu memaki hamun Qaseh. Fareez juga mula tersenyum walaupun dia tidak pernah bercakap. Doa Qaseh telah dimakbulkan. Qaseh berdoa setiap hari supaya hati suaminya itu dilembutkan dan dapat menerima kehadirannya. Fareez juga tidak pernah memarahi Amirul lagi. Dahulu, walaupun hanya kesilapan kecil yang dilakukan oleh Amirul, Fareez marah kepada anak kecil itu seperti Amirul melakukan kesilapan besar. Amirul juga sudah mula bersikap riang. Senang dengan kelakuan Ayahnya yang berubah. Fareez sudah mula pulang awal. Tidak lagi lewat seperti dahulu. Tiada lagi perkataan ‘aku’ dan ‘kau’. Kata-katanya juga sudah mula romantik.
Qaseh sedang menyediakan makan malam untuk mereka semua. Dihidangkan makanan tersebut ke atas meja. Amirul menolong Qaseh. Amirul tidak pernah menganggap Qaseh ibu tirinya tetapi sebagai ibu kandungnya. Dia juga amat menyayangi Qaseh. Amirul bernyanyi-nyanyi kecil.
“ Ayah, makanan dah siap. Jomlah makan. Mirul lapar ni.” Laung Amirul dari meja makan. Fareez tersenyum dengan gelagat anaknya itu. Dia segera menutup suis televisyen dan berjalan ke arah meja makan. Mereka bertiga menjamu selera dengan gembira sekali. Sudah lama Fareez tidak merasai suasana sebegitu dan sudah lama Qaseh hendak merasai suasana yang dirasainya sekarang.
Qaseh sudah selesai mengemas meja dan mencuci pinggan makan selepas mereka menjamu selera. Dia menuju ke tingkat atas. Berjalan ke arah biliknya. Amirul sudah lama naik tidur kerana dia perlu ke sekolah pada awal pagi esok. Fareez masih lagi menonton televisyen. Qaseh merebahkan badan ke atas katil. Beralih ke kiri dan ke kanan. Matanya tidak mengantuk. Dipejamkan mata. Kemudian, dia membuka semula mata dan memandang ke arah kipas siling yang sedang berputar. Hatinya berdebar-debar. Entah kenapa. Hatinya berasa begitu semenjak pandangan tajam Fareez sewaktu mereka sedang makan malam. Qaseh bangun dari katil tersebut dan menuju ke arah jendela yang terbuka. Mengambil angin.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Ketukan itu sangat perlahan. Lama Qaseh memandang pintu itu sebelum membukanya. Perlahan-lahan dia membuka selak pintu. Terjengul wajah lelaki yang amat dicintainya itu. Qaseh terkejut dengan kehadiran Fareez tetapi Qaseh cuba mengawal perasaannya. Pada pandangan Qaseh, Fareez nampak kacak pada malam itu. Walaupun dia berpakaian seperti biasa. Baju T dan kain pelikat. Fareez tersenyum manis kepadanya. Qaseh memberikan laluan kepada Fareez untuk masuk ke dalam bilik. Fareez duduk di atas sofa yang disediakan di dalam bilik Qaseh. Qaseh berjalan ke arah katil dan berdiri tercegat di sebelah katil. Fareez menarik nafas panjang dan meraup rambutnya ke belakang. Dia keresahan. Qaseh turut mengeluh. Dia masih menanti butir bicara Fareez. Lama mereka begitu. Masing-masing mendiamkan diri. Fareez berdiri dan berjalan ke arah pintu bilik. Dia berkira-kira hendak keluar dari bilik itu. Dia tidak tahu hendak memulakan perbualan.
Belum sempat Fareez membuka pintu, tangannya disambar oleh Qaseh. Pandangan mata Qaseh yang redup itu membuatkan hati Fareez semakin tertawan. Qaseh tersenyum. Perlahan-lahan Qaseh menarik tangan Fareez dan menuju ke katil. Ditolak dada Fareez perlahan-lahan ke atas katil tersebut dan Qaseh turut merebahkan diri di sebelah Fareez. Kemudian, dipadamkan lampu bilik itu. Buat kali pertamanya, Qaseh melalui malam pertama setelah 2 tahun dengan lelaki bernama suami. Malam itu sangat indah buat Qaseh. Tidak akan dilupakan malam tersebut.
Qaseh meletakkan kepala di atas badan Fareez yang sasa itu. Fareez mengusap rambut Qaseh yang ikal. Kata-kata Raja Zikri terngiang-ngiang di telinga. Fareez tersenyum sendirian.
“ Aku rasa aku….aku….aku dah jatuh cinta.” Kata Fareez tergagap-gagap. Dia berdiri menghadap cermin pejabat. Panorama luar pejabat yang dihiasi dengan kesibukan kota. Raja Zikri terbatuk kecil.
“ Kau jatuh cinta? Dengan siapa?” Zikri memandang muka Fareez dengan tanda tanya. Tidak pernah Raja Zikri lihat Fareez keluar berpacaran dengan orang lain. Hanya Qaseh sahaja yang menjadi isterinya kini. Mungkinkah dengan Qaseh? Hati Zikri tertanya-tanya.
“ Dengan Qaseh lah. Dengan siapa lagi?” terlopong Zikri mendengar ucapan yang baru sahaja diungkapkan oleh Fareez. Tidak salah sangkaannya itu. Benarlah Qaseh yang dicintainya.
“ Kau biar benar? Qaseh?” Zikri bertanya lagi. Mahukan kepastian.
“ Kenapa kau terkejut?”
“ Kau pernah berjanji dengan aku yang kau takkan sekali-kali jatuh cinta pada Qaseh. Apa, kau dah tak ingat janji kau tu?” kata-kata Zikri berbaur sindiran. Fareez tersenyum. Dia masih ingat akan janji tersebut. Janji yang dibuatnya beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka. Fareez duduk semula di atas kerusi empuk. Zikri datang berjumpa dengannya di pejabat. Fareez termenung dan kadangkala tersenyum sendirian. Zikri memandang wajah Fareez. Benar sahabatnya itu telah jatuh cinta.
“ Sah!” suara Zikri yang kuat itu mengejutkan Fareez dari lamunan.
“ Apa yang sah?” tanya Fareez kurang faham.
“ Kau dah jatuh cinta kat Qaseh.” Zikri tersenyum lebar.
“ Tapi, aku harap kau jangan sia-siakan Qaseh. She’s a nice girl. Aku tengok dia pandai ambil hati kau.” Fareez terangguk-angguk mendengar kata-kata Zikri.
“ Aku takutlah.” Ujar Fareez tiba-tiba.
“ Laa…Apa yang kau takutkan?”
“ Aku takut dia tak sukakan aku.”
“ Dah 2 tahun, baru sekarang ni kau terfikirkan hal tu. Kau jangan risau. Aku tahu. Dia sayangkan kau. She loves you…more than you love her.” Fareez mengerutkan dahi. Tidak faham dengan kata-kata Zikri. Zikri faham akan kerutan tersebut dan menjelaskan satu persatu.
“ Buat apa Nad jadi kawan dia kalau Nad tak tahu perasaan dia.” Ujar Zikri. Barulah Fareez faham kini. Qaseh telah mencurahkan segala-gala perasaannya kepada Tengku Nadirah.
“ Apa aku nak buat untuk pastikan dia milik aku semutlaknya?” tanya Fareez seperti orang yang baru sahaja mendirikan rumah tangga buat pertama kalinya.
“ Ini kali pertama ke kau kahwin?” tanya Zikri. Lucu dia melihat wajah Fareez yang keresahan. Fareez menggeleng laju.
“ Kau mesti tahu apa nak buat. Ikatlah dia. Tapi, janganlah pakai tali pulak. Pakai kuasa kau sebagai seorang suami.” Fareez sudah mendapat jalan daripada Zikri. Kenapa dia tidak terfikir akan jalan ini? Dia mesti jadikan Qaseh miliknya.
Fareez tersedar dari lamunan apabila jari runcing Qaseh mengusap dadanya. Dia memandang wajah Qaseh dalam kesamaran lampu bilik tidur. Wajah Qaseh ditenung sedalam-dalamnya.
“ Maafkan Abang, Qaseh. Kerana melukakan hati Qaseh.” Qaseh meletakkan jarinya ke mulut Fareez.
“ Abang jangan cakap macam tu. Qaseh sikit pun tak marah pada Abang. Qaseh tak pernah ada dendam pada Abang.” Qaseh berkata separuh berbisik.
“ Abang sayangkan Qaseh.” Fareez membisikkan kata-kata keramat yang ditunggu-tunggu oleh Qaseh. Akhirnya, muncul jua pada malam pertama mereka bersama. Fareez memeluk Qaseh dan mereka sama-sama melangkah ke dunia yang hanya dikhaskan untuk mereka berdua. Qaseh rasa begitu bahagia di samping lelaki yang dicintainya itu. Berharap hari esok akan seindah hari ini.
Azan Subuh berkumandang. Qaseh terjaga dari lena dan memandang di sebelah. Fareez masih lagi nyenyak dibuai mimpi. Qaseh yakin dia tidak bermimpi. Dia tersenyum. Qaseh segera bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Dia mengambil wuduk dan menunaikan solat. Kemudian, dikejutkan Fareez. Fareez mengeliat sebelum membuka mata. Memandang Qaseh sambil tersenyum.
“ Qaseh bahagia?” tanya Fareez lembut. Qaseh tersenyum dan mengangguk. Dipeluknya bahu Qaseh. Qaseh menolak perlahan.
“ Abang pergilah solat Subuh. Dah pukul 6.30 ni. Nanti terlepas pulak.” Fareez memuncungkan mulut apabila kehendaknya ditolak. Qaseh tergelak kecil. Dia menarik Fareez untuk bangun. Fareez mengikut sahaja isterinya. Qaseh menghulurkan kain tuala. Fareez mengambilnya dan segera masuk ke dalam bilik air. Selepas Fareez menunaikan solat Subuh, dia turun ke tingkat bawah. Qaseh sedang menyediakan sarapan pagi. Amirul sudah berada di meja makan menunggu Ayahnya. Qaseh menceduk bihun goreng ke dalam pinggan dan menyerahkan kepada Fareez. Begitu berselera mereka tiga beranak menjamu sarapan pagi.
FAREEZ menghantar Amirul ke sekolah. Qaseh sudah berjanji dengan Aishah untuk bersarapan bersama walaupun dia baru sahaja bersarapan dengan ahli keluarganya. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Semenjak Aishah lepas sahaja bersalin. Qaseh berjumpa dengan Aishah di restoran yang selalu mereka kunjungi. Qaseh melangkah masuk ke dalam restoran tersebut dengan senyuman lebar menghiasi bibir. Aishah melambai kepada Qaseh. Qaseh segera menuju ke arah Aishah dan menarik kerusi di hadapan sahabatnya itu. Aishah pelik. Dia mengerutkan dahi.
“ Kenapa dengan kau pagi ni? Happy semacam.” Kata Aishah. Qaseh memandang Aishah. Tersenyum. Bertambah-tambah lagi kerutan di dahi Aishah. Semakin pelik dengan sikap Qaseh pada pagi itu. Selalunya berwajah murung. Tetapi hari ini berwajah ceria. Aishah segera menangkis tangggapan buruk terhadap Qaseh. Sepatutnya dia gembira dengan perubahan yang dialami oleh Qaseh.
“ Aku happy salah, aku tak happy lagilah salah.” Pelayan restoran tersebut mendekati mereka berdua dan mengambil pesanan Qaseh.
“ Kau dah order belum?” tanya Qaseh. Aishah terpinga-pinga.
“ Belum.”
“ Kau nak makan apa?”
“ Roti telur garing dengan Milo ‘O tarik.” Pelayan itu mencatat pesanan ke dalam satu kertas dan beredar dari situ. Aishah masih lagi meneliti wajah Qaseh yang berseri-seri.
“ Apasal kau pandang aku macam tu? Ada apa-apa yang tak kena dengan muka aku ke?” Qaseh mengelap mukanya. Takut ada bedak lebihan yang terlekat di mukanya. Aishah menggeleng.
“ Muka kau nampak berseri-seri.” Muka Qaseh merah padam apabila ditegur oleh Aishah.
“ Eh! Tak adalah. Macam biasa je.” Ujar Qaseh cuba berselindung.
“ Ada apa-apa terjadi ke di antara kau dan….” Aishah sengaja membiarkan ayatnya tergantung.
“ Tak ada apa-apa yang terjadi antara aku dengan Fareez lah.” Qaseh memotong percakapan Aishah.
“ Kau ada apa-apa dengan….Fareez?” Aishah membeliakkan matanya. Hati Aishah mula mengesyaki sesuatu.
“ Kenapa kau terkejut?”
“ Aku bukan maksudkan ada apa-apa yang terjadi antara kau dengan Fareez. Maksud aku ialah, ada apa-apa terjadi antara kau dengan Ashwad ke? Itulah maksud aku.” Aishah menjelaskan kata-katanya. Wajah Qaseh merona merah. Menahan malu.
“ Apa kena-mengena Ashwad dalam ini cerita?” tanya Qaseh. Kurang faham dengan kata-kata sahabatnya itu.
“ Yelah. Dah lama aku tak jumpa kau. Lepas kau jumpa Ashwad hari tu, kau asyik sibuk dengan urusan pejabat kau saja. Mana ada masa nak jumpa aku.” Ujar Aishah. Makanan dan minuman yang mereka pesan tiba dihadapan mereka. Mereka sama-sama mengucapkan terima kasih. Aishah menghirup sedikit milo yang masih berwap itu.
“ Aku dah lama tak jumpa dia. Fareez tak bagi aku jumpa Ashwad. Lagipun, aku sendiri pun dah tak nak jumpa dia. Aku ni isteri orang. Aku selalu tanamkan gelaran tu dalam fikiran aku.” Qaseh berkata. Aishah tersenyum. Senang hati dia melihat Qaseh begini. Sudah mula tersenyum.
“ Kau tak makan?”
“ Taklah. Aku dah breakfast kat rumah.” Kata Qaseh sambil mengacau air nescafe panasnya.
“ Dengan Fareez?” tanya Aishah. Dijungkitkan kening sedikit.
“ Dan Amirul sekali.”
“ Hmm…Ghazi call aku.” Ujar Aishah. Qaseh mengangkat muka memandang Aishah. Aishah menyambung semula percakapannya.
“ Lama jugaklah kita orang bersembang. Rupa-rupanya, selepas aku kahwin dengan Zahrien, Ghazi pergi overseas sambung belajar. Baru 3 bulan lepas dia graduate. Sekarang ni, dia bekerja kat tempat yang dia belajar tu lah. Kat mana, ya? Kalau tak silap aku, dia belajar kat Melbourne.” Aishah menyuap roti telur ke mulutnya. Qaseh masih sabar menunggu Aishah untuk berkata-kata.
“ How was he?” tanya Qaseh. Walaupun dia mengenali Ghazi dalam masa yang singkat tetapi dia merasakan sudah mengenali lelaki itu sudah berpuluh tahun. Orangnya peramah dan tidak lokek dengan senyuman. Kerana senyuman itulah, Zahrien cemburukan Ghazi. Cemburu akan sikap peramah Ghazi. Segala-galanya Zahrien cemburu tentang Ghazi.
“ He’s fine. He’s getting married.”
“ When? With whom?”
“ The end of next month. Dengan sepupu dia sendiri. Itu pun mak dia tolong rekemenkan. Kalau nak harapkan dia, sampai ke tua lah membujang. Dia slow sikit dengan perempuan.” Qaseh mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan kata-kata Aishah.
“ Apa maksud kau dengan ‘slow’?”
“ Maksud aku, dia kureng sikit dengan perempuan. Bukanlah lembap. Dia tak reti nak approach perempuan. Macam aku dulu, adik dia yang tolong masukkan ‘jarum’. Macam-macam yang adik dia rekemenkan dia kat aku.” Qaseh mengangguk. Faham akan maksud Aishah itu.
“ Dia ajak kau datang kenduri dia. Nanti dia hantar kad.”
“ InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang. Tapi, aku kena tanya Fareez dululah.” Aishah mengangguk. Mereka menyambung semula sarapan yang tergantung sebentar tadi.
Selepas selesai bersarapan, Qaseh harus segera ke pejabat kerana dia perlu berjumpa dengan seorang pelanggan penting. Mereka sama-sama bergaduh hendak membayar bil. Akhirnya, Aishah mengalah dan membiarkan Qaseah membayar bil sarapan mereka berdua.
FERNAIZZA berdiri dan mengucapkan salam kepada ketuanya itu. Qaseh hanya tersenyum dan mengangguk. Dia menuju ke arah bilik pejabat. Senyuman tidak lekang dari bibir sebaik sahaja dia mencecahkan kaki keluar dari lif sehinggalah dia masuk ke dalam pejabat. Fernaizza pelik. Dia mengerutkan dahi. Qaseh menekan interkom dan mengarahkan Fernaizza masuk ke dalam biliknya. Terkocoh-kocoh Fernaizza menuju ke bilik Qaseh.
“ Ya, Cik Qaseh.” Fernaizza membawa buku catatan dan mencatit arahan yang diberikan oleh Qaseh.
“ Fern, tolong ambilkan storyboard pasal Zhulianna Holdings.” Qaseh menyemak kertas-kertas dihadapannya.
“ Baik, Cik Qaseh.”
“ Terima kasih.” Ucap Qaseh. Fernaizza keluar dari bilik Qaseh dan menuju ke almari yang disediakan khas untuk menyimpan storyboard yang akan dikomersialkan selepas mendapat pengesahan dari pelanggan. Fernaizza masuk semula ke dalam bilik Qaseh.
“ Ini storyboardnya, Cik Qaseh.”
“ Terima kasih.” Qaseh menyambut storyboard yang dihulurkan kepadanya. Dia membuka kertas hitam yang menutupi storyboard itu daripada terkena habuk atau kotoran.
“ Ada apa-apa lagi, Cik Qaseh?” tanya Fernaizza.
“ Tak ada. Awak boleh pergi buat kerja.”
“ Baiklah, Cik Qaseh.” Fernaizza keluar dari bilik Qaseh dan menuju ke tempatnya untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh. Qaseh mengangkat gagang telefon dan mula mendail nombor Zhulianna Holdings.
“ Hello….Boleh saya bercakap dengan Puan Zhulianna?” sopan Qaseh bertanya. Dia menunggu respon daripada orang di sebelah sana.
“ Boleh saya tahu daripada mana panggilan ni?” tanya satu suara lembut. Seorang perempuan yang menjawab panggilannya.
“ Saya daripada Fragile Advertising Company.”
“ Boleh saya tahu nama Cik?”
“ Saya Qaseh.”
“ Sila tunggu sebentar, ya? Saya akan sambungkan Cik Qaseh kepada Puan Zhulianna.” kata operator panggilan tersebut.
“ Terima kasih.” Ucap Qaseh. Tidak lupa budi bahasa yang ditanam sejak kecil lagi. Tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih.
“ Sama-sama.” operator itu menyambungkan panggilan Qaseh terus kepada ketua syarikatnya, Puan Zhulianna.
“ Hello?” sahut satu suara di hujung panggilan.
“ Assalamualaikum, Puan Zhu. Saya Qaseh dari Fragile Advertising Company.” Qaseh memperkenalkan dirinya.
“ Waalaikumussalam. Haa….Cik Qaseh. Memang saya menantikan panggilan dari Cik Qaseh. Ada apa-apa yang boleh saya bantu, Cik Qaseh?” lemah-lembutnya Puan Zhulianna ini. Tidak seperti perempuan yang memiliki syarikat gergasi yang lain. Ada sesetengahnya menyombong tidak kena tempat. Qaseh berdehem kecil sebelum meneruskan ayatnya.
“ Bila saya boleh berjumpa dengan Puan Zhu?”
“ Mengapa?”
“ Saya perlu berjumpa dengan Puan Zhu berkenaan dengan storyboard syarikat Puan Zhu. Saya dah siapkan. Cuma perlukan pengesahan daripada Puan Zhu saja.” Terang Qaseh.
“ Pagi esok saya ada appointment. Kalau petang, boleh tak? Petang saya free.” Qaseh meneliti tarikh di dalam diarinya. Takut-takut ada temu janji lain pula. Nampaknya, tidak ada.
“ Baiklah. Petang kita jumpa. Apa kata kalau kita jumpa pada pukul 3 di Café San Francisco Coffee, KLCC?” Qaseh menetapkan tempatnya. Dia rasakan tempat itulah paling sesuai hendak berbincang.
“ Ok. Kita jumpa di sana.” Puan Zhulianna setuju dengan cadangan Qaseh. Qaseh tersenyum.
“ Terima kasih, Puan Zhu.”
“ Sama-sama.” Puan Zhulianna meletakkan telefon. Begitu juga dengan Qaseh. Qaseh mencatit di dalam diarinya tarikh pertemuannya dan Puan Zhulianna. Takut terlupa. Memang itu kebiasaannya.
BAB 27
QASEH melihat jam di tangan. Sudah hampir pukul 2.30 petang. Dia mesti cepat. Nanti terlambat. Sudahlah Kuala Lumpur itu sesak dengan orang. Qaseh mencapai beg bimbit dan menuju ke lif. Dia menjinjing fail-fail storyboard berkenaan syarikat Puan Zhulianna. Terkial-kial dia menekan butang lif untuk ke tingkat bawah. Nasib baik ada Pak Leman, pengawal keselamatan bangunan itu menolong Qaseh menekan butang lif. Selepas mengucapkan terima kasih, Qaseh terus menekan butang ‘B’ untuk ke tempat letak kereta. Dia memasukkan storyboard dan beg bimbit di kerusi belakang. Kemudian, dihidupkan enjin kereta dan menderum pergi meninggalkan bangunan tersebut.
Setengah jam kemudian, Qaseh tiba dihadapan KLCC. Dia memarkirkan keretanya jauh sedikit daripada bangunan yang tersergam indah di tengah bandaraya kota Kuala Lumpur itu. Dia tidak mahu jadi seperti dahulu. Terpaksa membayar duit parking yang mahal. Qaseh berjalan masuk ke dalam KLCC dan menuju terus ke Café San Francisco Coffee. Qaseh duduk di satu sudut. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon Puan Zhulianna. Ada nada deringan.
“ Hello…Puan Zhu? Saya Qaseh. Saya ada di Café San Francisco Coffee. Boleh saya tahu puan di mana?” tanya Qaseh lemah-lembut.
“ Saya dalam perjalanan ke sana. Dalam 10 minit lagi, saya sampai.”
“ Baiklah.” Qaseh mematikan talian telefonnya.
10 minit selepas itu, Puan Zhulianna tiba di café tersebut. Qaseh berdiri dan menyalami Puan Zhulianna dengan sopan. Puan Zhulianna tersenyum manis. Qaseh membalas kembali senyuman itu.
Tiba-tiba, hati Puan Zhulianna disentap dengan satu memori. Memori lama yang cuba dihapuskannya. Senyuman itu. Seperti dia pernah lihat senyuman itu. Ah! Ingatannya sudah pudar terhadap senyuman itu. Dia memutarkan kembali memori lama. Cuba mengingati senyuman itu. Mata Puan Zhulianna terbeliak. Dia sudah teringat. Senyuman Qaseh serupa dengan seseorang.
“ Puan Zhu…Puan Zhu…” panggil Qaseh perlahan. Tidak mahu Puan Zhulianna terkejut dengan sergahannya. Puan Zhulianna tersedar dari lamunan dan memandang muka Qaseh tidak berkelip.
“ Puan Zhu…Boleh kita mulakan sekarang?” tanya Qaseh lemah lembut. Puan Zhulianna mengangguk. Qaseh mengeluarkan storyboard dan diletakkan dihadapan Puan Zhulianna. Storyboard di hadapannya diteliti. Begitu kreatif dan cekap Qaseh melakukan kerja. Puan Zhulianna berpuas hati dengan segala rekaan iklan Qaseh. Sambil mereka berbincang, Puan Zhulianna memesan makanan untuk mereka berdua. Setelah habis berbincang, mereka bersembang. Puan Zhulianna ingin mengenali diri Qaseh dengan lebih dekat. Qaseh seperti malu-malu hendak menceritakan peribadi dirinya. Sudah lama tidak ada orang yang bertanyakan hal peribadi.
“ Apa nama penuh Qaseh?” tanya Puan Zhulianna. Tiada respon daripada Qaseh. Wanita elegan itu tersenyum memandangnya.
“ Maaflah kalau saya ni menyibuk sikit. Cuma, setiap pereka iklan syarikat saya dulu, semua saya tahu tentang latar belakang mereka.” Jelas Puan Zhulianna. Qaseh tersenyum kecil.
“ Tak apa, Puan. Saya faham.”
“ Baguslah macam tu. Boleh saya tanya sekali, apa nama penuh Qaseh?” lemah lembut wanita itu bercakap. Gayanya seperti Puan Yasmin Zahirah. Mama, Qaseh rindukan senyuman Mama. Rintih hatinya.
“ Ermm…Qaseh Soraya.” Dilihatnya Puan Zhulianna terangguk-angguk.
“ Sedap nama, Qaseh.” Puji Puan Zhulianna. Tetapi rasanya seperti pernah dengar nama itu. Puan Zhulianna mengerutkan dahi sedikit.
“ Nama ayah?”
“ Mohd Nizam bin Rashid.” Kata Qaseh sambil tersenyum. Puan Zhulianna membeliakkan matanya.
“ Nama ibu?” seperti seorang pegawai polis yang sedang menyiasat penjenayah saja lagaknya. Perasaan ingin tahu Puan Zhulianna meruap-ruap.
“ Yasmin Zahirah binti Yusman Zakaria.” Tersentak Puan Zhulianna dengan jawapan Qaseh. Dia ingin tahu lebih lanjut. Dia bertanya lagi soalan.
“ Nama datuk Qaseh, Rashid bin Muiz?”
“ Ya. Puan Zhu kenal dengan atuk saya?” Puan Zhulianna tidak menjawab pertanyaan Qaseh. Fikirannya berputar-putar mengingati memori lama. Memori yang cuba disimpan di dalam lipatan sejarah.
“ Puan Zhu…” panggil Qaseh. Puan Zhulianna tersedar dari lamunan dan memandang tepat wajah Qaseh.
“ Mana ibu dan ayah Qaseh sekarang?”
“ Dia orang dah lama meninggal. Masa saya masih bersekolah. Ibu saya meninggal sebab kanser. Ayah saya pulak sebab kemalangan jalan raya.” Sebak menguasai diri Qaseh apabila dia membuka ‘buku’ lama. Tersandar Puan Zhulianna. Tidak menyangka Tuan Nizam telah tiada.
“ Maafkan saya. Saya tak tahu.”
“ Tak mengapa, Puan Zhu. Saya dah biasa orang bertanyakan tentang ibubapa saya.” Berkaca mata Qaseh memandang tepat ke arah anak mata Puan Zhulianna.
“ Jadi, siapa yang jaga Qaseh?”
“ Atuk dan mak ngah saya.”
“ Kalau tak silap saya, Pak Long Qaseh mati ditembak komunis kan sewaktu berkhidmat sebagai askar?” Puan Zhulianna bertanya.
“ Ya. Macam mana Puan Zhu tahu tentang semua ni?” Qaseh semakin pelik dengan soalan Puan Zhulianna. Perempuan dihadapannya itu seperti mengetahui latar belakang keluarganya. Lebih-lebih lagi tentang Pak Long. Tiada orang yang tahu Pak Long meninggal dunia kerana ditembak. Kecuali ahli keluarga terdekat.
“ Saya kawan lama ibu Qaseh.” Ringkas jawapan Puan Zhulianna. Qaseh tersenyum. Lega dengan jawapan Puan Zhulianna. Dia menyangkakan Puan Zhulianna mengintip dirinya. Qaseh melihat jam ditangan. Sudah hampir pukul 5.30 petang. Dia harus pulang ke pejabat.
“ Puan Zhu, saya terpaksa minta diri dulu. Ada kerja yang perlu diselesaikan.” Qaseh mengemas storyboard dan dimasukkan semula ke dalam beg bimbit.
“ Baiklah. Kita jumpa lain kali.” Puan Zhulianna turut berdiri. Qaseh menyalami Puan Zhulianna dengan sopan. Hampir menitis air mata wanita itu. Qaseh tersenyum dan beredar dari situ. Sebaik sahaja Qaseh beredar, Puan Zhulianna segera menelefon seseorang.
“ Hello?” suara seorang perempuan menjawab panggilan tersebut.
“ Zura, akak ni.” Air mata Puan Zhulianna menitis perlahan-lahan.
“ Akak…Kenapa suara akak lain macam je?” tanya Zurain, adik kepada Puan Zhulianna. Dia risau jika kakaknya itu diserang penyakit lama.
“ Akak dah jumpa dia. Akak dah jumpa dia.” Air mata kegembiraan mengalir menuruni pipi yang semakin hari semakin berkedut itu.
“ Akak dah jumpa siapa ni? Zura tak fahamlah.”
“ Akak dah jumpa Qaseh.”
“ Qaseh yang mana pulak ni, Kak?” tanya Zurain lagi.
“ Qaseh Soraya.” Jawab Puan Zhulianna.
“ Apa?!”
“ Dia semakin cantik. Akak macam tak percaya dia berdiri depan akak.” Tersedu-sedan Puan Zhulianna menahan tangis.
“ Akak bawak bertenang. Akak ada kat mana ni? Zura pergi jumpa Akak.” Risau Zurain dengan Puan Zhulianna. Dia juga ada terselit perasaan gembira untuk kakaknya itu.
“ Akak ada kat KLCC.”
“ Baiklah. Saya pergi jumpa akak kat sana.” Mereka sama-sama mematikan talian. Zhulianna segera mengelap air matanya.
QASEH tiba dihadapan bangunan pejabatnya. Qaseh memarkirkan kereta di tempat yang dikhaskan untuk Pengerusi Syarikat. Dia mengambil beg bimbit di pintu belakang kereta. Fernaizza yang baru sahaja hendak menuju ke keretanya, berhenti sebentar di kereta Qaseh.
“ Boleh saya tolong Cik Qaseh?” Qaseh memusingkan badan memandang wajah pemilik suara itu. Setiausahanya sedang tersenyum.
“ Eh, tak apalah Fern. Benda ni ringan je. Awak dah nak balik?” tanya Qaseh. Dia memang peramah dengan kesemua pekerja-pekerjanya.
“ Ya, Cik Qaseh.”
“ Hari ni tak balik dengan tunang ke?” usik Qaseh. Fernaizza baru sahaja melangsungkan majlis pertunangannya dengan pemuda yang amat dicintainya. Fernaizza tersenyum malu.
“ Takkanlah selalu nak balik dengan dia. Tapi, kita orang janji nak dinner sama.” Fernaizza menolong Qaseh menutupkan pintu kereta Qaseh.
“ Awak jagalah Isma tu baik-baik. Saya tengok dia tu boleh tahan jugak orangnya.” Nasihat Qaseh untuk Fernaizza. Mengangguk sahaja setiausaha Qaseh yang tinggi lampai persis model itu.
“ Tak apalah, Cik Qaseh. Saya balik dulu.”
“ Baiklah.” Fernaizza melambai ke arah ketuanya itu. Qaseh membalas lambaian itu. Qaseh melangkah masuk ke dalam pejabat. Dia memasuki lif dan menekan butang untuk ke tingkat 5, tempat terletak pejabatnya.
Qaseh terus menuju ke biliknya. Dia meletakkan beg bimbit ke atas meja. Dia berjalan ke arah pantri dan membancuh air kegemarannya, Kopi ‘O. Qaseh menghirup air yang masih berwap itu perlahan-lahan. Dia masuk semula ke dalam bilik pejabatnya dan menutup serta menguncikan pintu itu. Qaseh menghempaskan punggung ke atas kerusi. Badannya disandar ke belakang. Lama Qaseh memandang telefon yang terletak di atas mejanya itu. Kemudian, dia mencapai gagang telefon tersebut dan mula mendail nombor telefon rumah Rafidah.
“ Hello?” jawab satu suara garau. Qaseh kenal akan pemilik suara itu.
“ Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.” Jawab suara itu kembali.
“ Bila Ayiz balik?”
“ Oh, Akak. Baru semalam Ayiz balik.” Kata Faiz Nuramin, anak sulung Rafidah yang sedang melanjutkan pelajarannya di Luxembourg.
“ Apa khabar Midi dengan Tash? Semenjak seorang ke U.K dan seorang lagi ke Paris, langsung akak tak dengar khabar. Dia orang ada telefon ke?” tanya Qaseh. Rindu dia pada dua orang adik sepupunya itu. Tashya ke United Kingdom. Menyambung pelajaran di dalam bidang kedoktoran. Dia hendak menjadi pakar dalam bidang yang diceburinya itu. Manakala Hamidi pula ke Cordon Bleu, sekolah memasak yang terkenal di Paris. Memang sejak dahulu lagi cita-cita Hamidi adalah untuk menjadi tukang masak yang terkenal seperti Chef Wan. Mungkin juga kaya seperti Chef Wan. Siapa tahu. Hanya Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu.
“ Ada, Kak. Baru pagi tadi dia orang call. Akak apa khabar?”
“ Baik, Ayiz. Atuk ada tak?”
“ Ada kat bilik. Kejap ya. Ayiz pergi panggil.” Faiz meletakkan gagang telefon di sebelah telefon tersebut dan dia pergi memanggil Datuk di bilik yang terletak di tingkat bawah. Datuk sudah tua dan tidak larat hendak memanjat tangga di rumah Rafidah. Jadi, Rafidah terpaksa menempatkan ayahnya di bilik bawah.
“ Hello.” Suara Datuk bergema di cuping telinga. Qaseh tersenyum. Sudah lama tidak berjumpa dan bercakap dengan Datuk. Perasaan rindunya tiba-tiba datang menerpa.
“ Atuk, Qaseh ni.”
“ Hah! Kamu. Bila kamu nak datang rumah Mak Ngah Idah ni? Atuk rindu benar dengan kamu.” Datuk hanya dapat melepaskan perasaan rindunya melalui telefon. Tidak puas kerana tidak dapat menatap wajah cucunya itu. Qaseh tersenyum.
“ Mungkin esok Qaseh pergilah rumah Mak Ngah. Atuk, Qaseh nak tanya ni. Atuk kenal Puan Zhulianna?” tanya Qaseh tiba-tiba.
“ Zhulianna? Kenapa?” tanya Datuk kembali.
“ Dia kata dia kawan lama Mama.” Ujar Qaseh. Datuk tersentap mendengar jawapan Qaseh. Nama yang sudah lama tidak didengari. Kini muncul kembali. Datuk tidak menyangka Zhulianna akan bertemu dengan Qaseh. Bagaimanalah agaknya rupa bekas menantunya itu kini?
“ Macam mana kamu boleh kenal dia?”
“ Dia client Qaseh. Atuk kenal dia ke?”
“ Tak adalah kenal sangat.” Hati Datuk mula berasa kurang enak.
“ Ohh…tapi dia tahu nama Atuk.”
“ Memanglah dia tahu. Kan dia sendiri kata dia kawan Mama.” Datuk cuba berselindung tetapi dia tidak tahu berapa lama lagi dia boleh berkeadaan begitu. Lambat-laun Qaseh akan tahu jua.
“ Bila Qaseh jumpa Puan Zhulianna?”
“ Petang tadi. Bincang pasal storyboard iklan syarikat dia.”
“ Ohh….” Hanya itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Datuk.
Lama mereka bersembang. Selepas Qaseh meletakkan gagang, dia mula melakukan kerja-kerjanya yang terbengkalai.
DATUK meletakkan gagang perlahan-lahan. Lama Datuk termenung di sebelah telefon. Rafidah yang sedang menghidangkan makanan di atas meja, pelik melihat Datuk yang seperti baru sahaja melihat hantu. Dia berjalan mendekati Datuk. Memegang bahu Datuk. Terkejut Datuk dengan sentuhan tersebut segera memandang muka Rafidah. Wajah Datuk pucat. Rafidah semakin cemas. Adakah ayahnya terkena serangan lagi?
“ Kenapa, Ayah? Ayah tak apa-apa ke?” tanya Rafidah, risau.
“ Tak.” Datuk melangkah perlahan-lahan ke arah sofa yang terletak di ruang tamu. Faiz sedang leka menonton televisyen. Tidak menyedari perubahan wajah datuknya.
“ Ayah, kenapa ni? Risau Idah tengok Ayah. Kita pergi hospital.” Rafidah tidak berputus asa. Dia mahu tahu sebab yang menjadikan Datuk sehingga begitu pucat.
“ Tak payahlah, Idah. Perkara yang Ayah bimbang akan terjadi hampir terbongkar.” Kata-kata Datuk sukar difahami.
“ Apa maksud Ayah?”
“ Zhulianna…”
“ Kenapa dengan Zhu?”
“ Qaseh dah berjumpa dengan Zhulianna.”
“ Hah? Qaseh dah tahu pasal tu?” Datuk menggeleng. Rafidah berasa lega. Dia juga tahu perkara itu tidak boleh disimpan selama-lamanya. Satu hari nanti, akan terbongkar jua. Rafidah melabuhkan punggung di sebelah Datuk. Semenjak dari tadi lagi Datuk asyik mengeluh.
“ Ayah, kita mesti ceritakan perkara sebenar kat Qaseh.” Rafidah memusingkan badannya menghadap Datuk yang sedang menyandarkan badan ke sofa yang empuk itu.
“ Tidak, Idah. Selagi Zhu tak buka mulut, selagi itu kita jangan cerita apa-apa pada Qaseh. Kita tak tahu. Mungkin Zhu sekarang lain dari Zhu dulu. Mungkin jugak Zhu tak mahu cerita lama dibongkarkan. Mungkin dia tak mahu suami dan anak-anak barunya tahu mengenai kisah lama.” Benar kata-kata Datuk. Rafidah tersandar. Faiz masih lagi leka dengan televisyen. Harap-harap dia tidak dengar perbualan mereka berdua. Khairudin yang baru sahaja pulang dari pejabat terus menuju ke ruang tamu. Dia menyalami bapa mentuanya. Rafidah mengambil beg bimbit dan kot Khairudin. Digantung kot tersebut di tempat yang disediakan khas untuk menyidai kot.
“ Apa yang Ayah dan Idah sembangkan ni?” Khairudin duduk di sofa yang menghadap Datuk dan Rafidah.
“ Ayiz…pergi panggil Alis dan Leya.” Arah Rafidah. Segera Faiz menutup peti televisyen dan menuju ke tingkat atas untuk memanggil adik-adiknya. Rafidah melabuhkan punggung di sebelah suaminya pula.
“ Pasal Zhu, Bang. Zhu dah pernah jumpa Qaseh.”
“ Apa? Bila?”
“ Petang tadi dia orang berjumpa.” Kata Datuk.
“ Qaseh tahu?” tanya Khairudin. Rafidah hanya menggeleng. Khairudin mengalihkan pandangannya kepada Datuk. Tiada respon dari orang tua itu. Kerisauan terpamer di wajah Datuk. Kalaulah Zam masih ada, tentu Zam gembira bila dapat tahu Zhu dah jumpa Qaseh, getus hati kecil Datuk.
“ Ayah…Ayah…” panggil Rafidah lemah lembut. Datuk memandang wajah Rafidah. Ada iras wajah Tuan Nizam. Tiba-tiba timbul perasaan rindu pada anak lelaki bongsunya itu. Astaghfirullahil‘azim! Hati Datuk mengucap. Biarlah rohnya tenang dan bersemadi di samping orang-orang yang soleh. Sempat hati Datuk berdoa kepada Yang Maha Berkuasa.
Datuk membuntuti Rafidah ke meja makan. Khairudin sudah bersiap sedia di meja makan bersama anak-anaknya. Rafidah menceduk nasi dan diserahkan pinggan yang berisi nasi tersebut kepada Ayah, suami dan anak-anaknya. Leya, anak bongsu Rafidah membacakan doa makan untuk mereka semua. Makan malam itu kecoh dengan suara Faiz, Alis dan Leya bersama Khairudin yang bercerita tentang aktiviti mereka sepanjang hari. Rafidah hanya tersenyum melihat gelagat suami dan anak-anak. Datuk lebih banyak mendiamkan diri sejak menerima panggilan daripada Qaseh.
Sudah 2 hari Datuk tidak bercakap dengan sesiapa. Selepas menghabiskan makan malamnya, Datuk terus menuju ke bilik. Rafidah risau akan keadaan Datuk. Dia takut ayahnya itu selalu memikirkan perkara yang semakin lama akan terbongkar ini.
“ Idah risaulah dengan keadaan Ayah tu, Bang.” Disuarakan rasa hatinya kepada suami. Khairudin meletakkan surat khabar yang dibaca ke bawah.
“ Tak usah risaulah. Ayah tak apa-apa sebenarnya. Cuma dia risau pasal Qaseh. Dia takut Qaseh tak dapat menerima hakikat. Ayah menyalahkan dirinya sendiri.” Jelas Khairudin. Rafidah memandang anak-anak yang sedang leka menonton televisyen.
“ Bukan salah Ayah. Tapi salah Zam. Kenapa sekarang baru Zhu nak berjumpa dengan Qaseh?” Bentak Rafidah.
“ Idah. Dalam hal ni Zam tak salah, Zhu pun tak salah. Kita kena dengar dulu apa penjelasan daripada Zhu.” Khairudin memandang wajah isterinya itu. Anak-anak mereka menoleh ke arah ibubapa mereka apabila suara Rafidah sedikit meninggi tadi. Kemudian, mereka memusingkan kembali kepala mereka ke arah peti televisyen.
“ Alah, Abang tu. Mesti nak sebelahkan Zam. Ni semua salah Zam.” Rafidah menjeling. Menyampah dia apabila Khairudin menyebelahi adiknya itu. Semenjak dari dahulu lagi, Khairudin suka menyebelahi Tuan Nizam.
“ Idah…kita jangan kaitkan orang yang dah tak ada dalam hal ni. Berdosa. Idah dengar tak apa Ustaz Mahfus kata. Yang sudah tu sudahlah. Tak guna kita ungkit lagi. Sekarang ni kalau Qaseh nak tahu perkara sebenar, kita beritahu je. Zhu dah balik. Kita tak boleh selama-lamanya sembunyikan perkara sebenar. Apa-apa pun, Qaseh berhak tahu perkara sebenar.” Khairudin tidak suka kisah adik iparnya itu diungkit semula. Baginya, ia sudah berlalu.
“ Tapi, Bang…”
“ Tak ada tapi-tapi lagi. Sudah, Abang nak masuk tidur.” Khairudin mengangkat punggung dan beredar dari situ. Terkebil-kebil Rafidah memandang Khairudin. Rafidah mengeluh kuat. Nuralis duduk di sofa. Sebelah ibunya. Membaringkan kepala di atas peha ibunya. Rafidah mengusap kepala Nuralis. Memang dia manja dengan Rafidah sejak kecil lagi. Aleya pun tidak semanja itu.
“ Ayiz, Alis, Leya…pergi masuk tidur. Dah pukul berapa ni?”
“ Baik, Mama.” Faiz bangun dan menutup suis televisyen. Nuralis dan Aleya bersaing naik ke tingkat atas. Rafidah masih berada di ruang tamu. Dia risaukan Qaseh. Adakah gadis itu akan dapat menerima Zhulianna setelah dia mengetahui perkara sebenar? Adakah Qaseh akan menyalahkan mereka kerana merahsiakan perkara ini? Ataupun memarahi Zhulianna kerana tidak cuba untuk mencari Qaseh semula? Persoalan-persoalan ini telah lama mati tetapi kini ia datang kembali. Apa yang patut Rafidah lakukan? Rafidah merasakan ini juga adalah salahnya. Tidak memberitahu Qaseh berterus-terang.
Rafidah bangun dari sofa yang diduduknya dan menutup suis lampu. Perlahan-lahan dia memanjat tangga untuk ke tingkat atas. Dia tidak mahu memikirkan apa-apa lagi. Biarlah apa yang hendak terjadi, pasti akan terjadi satu hari nanti.
BAB 28
TUAN Nizam menyandarkan kepala di kerusi empuk miliknya. Kepala terasa berat dengan kerja-kerja yang bertimbun di syarikat. Tiba-tiba seorang perempuan datang dan menghempas sebuah fail dihadapannya. Tuan Nizam terkejut dan terus terjaga. Mencelikkan mata dan memandang perempuan yang tercegat itu. Dikerutkan dahi sedikit. Tuan Nizam menadang pula fail tebal dihadapannya. Dibuka dan diselak perlahan-lahan.
“ Apa semua ni?” tanya Tuan Nizam tidak mengerti.
“ Zhu nak mintak cerai.” Kata perempuan itu dan duduk bertentangan dengan Tuan Nizam. Tuan Nizam memandang isterinya itu yang anggun bergaya. Dahulu, dia tidak seperti ini. Tidak pandai bergaya. Pakaiannya hanya kain batik dan baju kurung kedah. Tiada secalit mekap di wajah yang semulajadi cantik itu. Kini, berseluar dan berbaju sendat. Mekap semakin hari semakin tebal. Entah dari siapa dia belajar semua ini, Tuan Nizam pun tidak tahu.
“ Tapi kenapa? Awak tak bahagia dengan saya?”
“ Memang Zhu tak bahagia dengan Abang.”
“ Apa yang awak nak sebenarnya? Tak cukup lagi dengan rumah banglo hadiah dari Ayah dan kereta Mercedes yang saya hadiahkan kepada awak? Apalagi yang tak cukup?” Tuan Nizam mula meninggikan suara. Matanya mencerlang memandang ke arah isterinya.
“ Zhu kahwin dengan Abang bukan sebab harta kekayaan Abang. Bukan sebab harta Ayah. Tapi sebab Zhu sayangkan Abang. Zhu cintakan Abang. Perangai Abang dah berubah. Masa kita bercinta dulu, Abang luangkan masa untuk Zhu. Sanggup tinggalkan kawan-kawan untuk meluangkan masa dengan Zhu. Lepas kita kahwin, Abang dah jarang balik rumah. Zhu tak kisah. Sebab waktu tu, Abang masih ada masa untuk Zhu. Dan, Zhu faham akan keadaan kerja Abang yang selalu sibuk. Tapi sekarang, lepas Zhu lahirkan Qaseh, Abang terus lesap. Entah kemana Abang pergi dan dengan siapa Abang berkawan, Zhu tak tahu. Asal Abang balik je, Zhu mesti bau arak. Abang pergi cari pelacur ke? Zhu dah tak boleh bagi apa yang Abang nak?” luah perasaan Zhulianna setelah sekian lama memendam rasa dengan perangai suaminya yang tidak menentu. Tuan Nizam berdiri dan hampir-hampir menghayun penampar ke muka Zhulianna. Zhulianna terkejut dengan reaksi spontan itu.
“ Diam!!! Jangan tanya tentang diri aku. Aku pergi cari rezeki untuk kau dan Qaseh. Kenapa kau tak persoalkan diri kau sendiri? Kau tengok pakaian kau sekarang. Kau tak ubah seperti isteri Azhar.” Tuan Nizam duduk semula di kerusinya. Mata Zhulianna sudah berair.
“ Abang jangan samakan Zhu dengan Julia. Kami orang yang berlainan. Abang fikir kenapa Zhu berpakaian begini? Semua ni untuk Abang. Untuk menarik semula perhatian Abang. Tapi, Zhu dah tak tahan dengan perangai Abang. Hari-hari Zhu kena marah. Kalau Abang mabuk, tangan Abang mesti hinggap pada badan Zhu. Bila Abang memerlukan sesuatu, Abang datang pada Zhu. Merayu pada Zhu. Bila Abang tak ada apa-apa urusan dengan Zhu, Abang tolak Zhu ketepi. Zhu bukan barang mainan, Bang. Zhu isteri Abang. Isteri yang sah Abang kahwini. Zhu nak hentikan benda ni semua sekarang. Zhu sanggup berpisah dengan Abang. Abang lepaskanlah Zhu. Tolonglah, Bang.” Teresak-esak Zhulianna menahan tangisnya. Air mata sudah turun berjuraian. Tuan Nizam melepaskan keluhan dengan kasar.
“ Baiklah. Kalau itu yang kau nak, itu yang aku akan bagi.” Tuan Nizam segera menandatangani surat perceraian tersebut. Kemudian, dilempar fail tersebut ke muka Zhulianna. Perlahan-lahan Zhulianna mengutip semula kertas-kertas yang berterabur.
“ Terima kasih, Bang. Dengan layanan yang Zhu terima selama Zhu jadi isteri Abang, takkan Zhu lupakan. Terima kasih sebab Abang beri peluang kepada Zhu untuk merasakan kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu. Terima kasih banyak-banyak, Bang. Halalkan makan minum Zhu selama Zhu jadi isteri Abang.” Zhulianna berkata-kata. Dia menuju ke arah Tuan Nizam untuk menyalami bekas suaminya itu buat kali terakhir. Tuan Nizam menolak tangan halus itu dengan kasar. Tidak tertahan lagi air mata Zhulianna. Jatuh berjuraian air mata itu. Dia menuju ke pintu untuk keluar.
“ Aku dah lepaskan kau seperti mana yang kau nak. Tapi dengan satu syarat.” Zhulianna berpaling semula apabila Tuan Nizam berkata sesuatu.
“ Kau jangan nak berangan bawak Qaseh sekali.” kata Tuan Nizam sambil mengangkat gagang telefon dan mula mendail.
“ Abang, Qaseh anak Zhu. Zhu tak boleh hidup tanpa dia. Benarkanlah Zhu bawak Qaseh sekali.” Rayu Zhulianna tetapi rayuan tersebut tidak diendahkan oleh Tuan Nizam. Zhulianna hanya berdiri tercegat di pintu bilik Tuan Nizam. Selepas habis bercakap dengan seseorang, Tuan Nizam memandang ke arah Zhulianna. Mata Zhulianna semakin merah. Kenapa sanggup Tuan Nizam memisahkan ibu dan anak itu?
“ Kau yang minta perceraian ini. Itu syaratnya. Kau nak aku bawak hal ni ke mahkamah? Aku akan pastikan kau takkan menang. Bila aku balik rumah je, aku dah tak nak tengok muka kau dan jangan sekali-kali kau jejakkan kaki kau ke rumah tu lagi. Faham?! Dan satu lagi, jangan sekali-kali kau muncul dihadapan Qaseh. Buat selama-lamanya.” lemah kaki Zhulianna apabila Tuan Nizam menetapkan syarat yang dirasakan teramat berat untuk dia ikut. Lemah longlai dia keluar dari bilik yang berhawa dingin itu. Dunianya terasa gelap. Tanpa Qaseh, dia tidak ada apa-apa harta dalam hidupnya lagi.
Kereta Zhulianna berhenti dihadapan rumah banglo yang tertulis Villa Sayang. Nama pemilik banglo tersebut ditulis di sebelah nama banglo itu. Zhulianna cuba membuka pintu pagar tersebut tetapi nampaknya pintu pagar itu sudah dikunci dari dalam. Dibunyi loceng. Tiada siapa yang menjawab. Kemana Mak Rani? Orang gaji yang menjaga rumah ini. Zhulianna melaungkan nama Pak Satar. Tukang kebun yang selalu menjaga dan membersihkan taman bunga di sekeliling banglo tersebut. Kemana agaknya suami isteri ini? Mereka secara tiba-tiba sahaja menghilang. Zhulianna memandang di sekeliling rumah. Tiba-tiba matanya ternampak beg pakaiannya yang sudah siap berbungkus elok di letakkan di luar pintu pagar tersebut. Air matanya semakin laju. Dijerit pula memanggil nama Qaseh. Sanggup Tuan Nizam melakukan sebegini kepadanya.
Di dalam rumah, Mak Rani menekup mulutnya dan Pak Satar memeluk Qaseh daripada menangis. Air mata Mak Rani sudah bercucuran jatuh. Kesian dia pada Puan Mudanya itu. Sanggup Tuan Nizam melakukan begitu kepada Zhulianna. Nasib baik Qaseh nyenyak tidur. Jadi, Zhulianna tidak dapat mendengar suara Qaseh menangis. Selepas setengah jam Zhulianna berdiri di hadapan pintu pagar, dia pun beredar dari situ. Mak Rani terduduk di sofa. Pak Satar meletakkan Qaseh semula di atas buaian bayi.
“ Kesian saya tengok Puan Zhu, Bang. Meraung depan pintu pagar. Kenapa Tuan Zam buat macam ni pada Puan Zhu? Apa salah Puan Zhu?” tanya Mak Rani. Pak Satar melabuhkan punggung di atas sofa sebelah Mak Rani. Pak Satar membuka songkoknya dan sangkut di lutut. Mak Rani mengeluh. Pak Satar menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“ Entahlah. Saya pun tak tahu. Balik Tuan Zam nanti, jangan pulak awak pandai-pandai tanya pada dia. Karang tak pasal-pasal kita pulak yang kena.” Nasihat Pak Satar pada Mak Rani. Dia tahu isterinya itu seorang yang mengambil berat. Ditakutnya nanti soalan yang tidak sepatutnya ditanya, akan ditanya. Akan bawa masalah kepada mereka berdua pula nanti.
“ Saya tahulah, Bang.” Mak Rani segera bangun dan menghayunkan langkahnya menuju ke dapur. Dia harus menyediakan makan malam. Pak Satar pula keluar ke kebun bunga dihadapan banglo itu. Dikeluarkan bunga itu dari pasu dan ditanam di laman depan. Semakin berseri rumah itu dengan hiasan pokok bunga di sekelilingnya.
Tepat jam 10 malam, Tuan Nizam pulang ke rumah. Mak Rani dan Pak Satar masih setia menunggu tuan mereka. Mak Rani mengambil beg bimbit dan kot Tuan Nizam. Pak Satar pula mengunci kesemua pintu rumah tersebut. Langkah kaki Tuan Nizam sudah menuju ke tangga.
“ Tuan…” panggil Mak Rani lemah lembut. Tuan Nizam berpaling dan menatap wajah tua itu.
“ Tuan nak makan? Saya dah sediakan makanan.”
“ Mak Rani dan Pak Satar dah makan?”
“ Belum lagi, Tuan. Kami tunggu Tuan.” Kata Pak Satar yang baru sahaja muncul dari ruang tamu.
“ Tak apalah saya dah makan. Lain kali kalau pukul 9 malam saya tak balik lagi, Pak Satar dan Mak Rani makanlah dulu.” Kata Tuan Nizam. Dua orang gajinya itu hanya mengangguk. Tuan Nizam menuju ke tingkat atas. Mak Rani menghidangkan makanan untuk suami serta untuk dirinya sendiri. Begitu berselera mereka berdua menjamu selera. Selepas selesai menjamu selera, Mak Rani mengemas meja dan Pak Satar menolong.
DUA tiga kali loceng berbunyi. Mak Rani menjenguk dari dapur. Tiada sesiapakah hendak menolongnya membukakan pintu untuk tetamu yang datang itu? Loceng itu berbunyi sekali lagi. Mak Rani melaungkan nama Pak Satar. Tiada sahutan. Ke mana pula orang tua ini? Terlupa pula dia bahawa suaminya pergi menghantar Tuan Nizam ke tempat kerja. Sekali lagi loceng itu berbunyi. Kemudian, diikuti dengan dua tiga kali lagi deringan loceng. Hati Mak Rani semakin membara. Orang nak mencuci ayam pun tak senang, getus hati tua Mak Rani. Dia membasuh tangan dan segera ke ruang tamu untuk melihat tetamu yang datang itu. Mak Rani membuka pintu pagar itu secara automatik melalui suis yang ditekannya dari dalam rumah. Terkocoh-kocoh Mak Rani membuka pintu rumah.
“ Maafkan saya, Tuan Rashid. Saya tak tahu Tuan datang.” Kata wanita tua itu. Datuk tersenyum memandang Mak Rani.
“ Tak mengapa, Rani. Saya sebenarnya nak buat kejutan untuk anak menantu dan cucu saya. Mana yang lain? Mana Satar?” tanya Datuk. Matanya melilau ke sekeliling rumah. Mencari penghuni rumah itu.
“ Abang Satar pergi hantar Tuan Nizam ke tempat kerja, Tuan. Kejap lagi dia baliklah.” Kata Mak Rani. Dia berkira-kira hendak beredar dari situ apabila Datuk melabuhkan punggung ke atas sofa yang berdekatan. Tetapi kemudian, ditoleh semula ke arah Datuk apabila Datuk bertanyakan sesuatu.
“ Mana Qaseh?”
“ Dia ada kat atas. Sedang tidur.” Mak Rani tersenyum kepada Datuk.
“ Dari tadi saya tak nampak Zhu. Kemana dia? Selalunya kalau saya sampai, awal-awal lagi dia dah jumpa saya.” Kata-kata Datuk itu membuatkan Mak Rani tersentak. Datuk masih tidak tahu lagikah mengenai perceraian Tuan Nizam dan Zhulianna? Mak Rani hanya berdiri tercegat.
“ Rani…” panggil Datuk. Mak Rani tersedar dan dengan pantas mengelap air mata yang bertakung.
“ Saya, Tuan.” Jawab Mak Rani segera.
“ Saya tanya ni. Kemana….”
“ Tuan nak minum apa-apa ke? Saya buatkan.” Mak Rani memintas kata-kata Datuk. Datuk berfikir sebentar.
“ Boleh jugak. Buatkan saya Teh Tarik special. Dah lama tak rasa Teh Tarik Rani.” Ujar Datuk, tersenyum kecil. Mak Rani segera menuju ke dapur. Kepakaran Mak Rani membuat air adalah Teh Tarik. 10 minit kemudian, Mak Rani datang ke ruang tamu dengan menatang dulang. Diletakkan cawan dan pinggan yang berisi goreng pisang ke atas meja. Datuk sedang leka menonton televisyen.
“ Minumlah, Tuan.” Pelawa Mak Rani. Dia menatang semula dulang dan membawanya ke dapur. Tidak lama kemudian, kedengaran enjin di halaman rumah. Datuk menjenguk ke luar. Kereta Tuan Nizam. Pak Satar keluar dari perut kereta tersebut dan membuka pintu rumah. Dimasukkan barang-barang keperluan yang baru sahaja dibelinya di pasar tadi untuk Mak Rani memasak makan malam. Pak Satar meletakkan kunci kereta kedalam almari kaca.
“ Rani…Ooo…Rani…” laung Pak Satar dari ruang tamu. Masih tidak sedar dengan kehadiran Datuk. Mak Rani tergesa-gesa keluar dari dapur. Pak Satar menyerahkan bungkusan yang berisi sayur-sayuran. Mak Rani memberi isyarat mata kepada Pak Satar. Pak Satar mengerutkan dahi.
“ Kenapa dengan awak ni, Rani?”
“ Tuan Rashid.” Bisik Mak Rani perlahan. Orang tua itu memusingkan kepalanya memandang ke arah ruang tamu yang luas. Matanya tertancap pada seorang orang tua yang memakai baju panas di dalam dan kot di sebelah luar. Tersenyum sahaja Datuk ke arah Pak Satar.
“ Assalamualaikum, Tuan. Maafkan saya. Saya tak nampak Tuan.” Pak Satar segera menyalami Datuk.
“ Tak mengapa, Satar. Saya pun tengah seronok tengok tv ni, hah!” kata Datuk. Tersenyum sambil menyambut huluran tangan Pak Satar. Inilah satu-satunya pasangan orang gaji yang bertahan dengannya. Mereka berdua berkhidmat dengan keluarga itu semenjak Tuan Nizam masih kecil lagi.
“ Mana Zhu? Dari tadi, saya tak nampak dia.” Pertanyaan Datuk dirasakan amat berat sekali untuk dia menjawab. Pak Satar mendiamkan diri. Begitu juga dengan Mak Rani.
“ Kenapa kamu berdua ni? Bila saya tanya pasal Zhu, kamu berdua diam. Ada apa-apa yang berlaku ke?” Datuk inginkan kepastian. Inginkan jawapan. Tetapi mereka berdua tetap sama. Diam adalah jalan yang terbaik untuk melepaskan diri. Mak Rani tidak mahu menjawab soalan itu. Pak Satar pula tidak tahu bagaimana jawapan yang hendak disampaikan.
“ Saya rasa lebih baik Tuan Rashid tanya sendiri pada Tuan Zam. Biar Tuan Zam yang jelaskan kepada Tuan. Kami tak ada jawapan untuk soalan Tuan. Maafkan kami, Tuan.” Takut-takut Pak Satar memandang muka Datuk. Datuk mengangguk dan berdehem. Kedengaran suara bayi menangis. Mak Rani berlari-lari anak menuju ke tingkat atas. Sebentar kemudian, dia turun semula dengan mendukung bayi perempuan itu. Datuk berdiri dan bersedia hendak mendukung cucunya. Mak Rani meletakkan Qaseh perlahan-lahan di dalam dakapan Datuk. Sepanjang hari Datuk membelai cucunya itu. Datuk memandang Qaseh dengan leka. Dia tidak berasa letih walaupun berjam-jam dia mengagah Qaseh. Mak Rani beredar semula ke dapur. Dia harus menyiapkan makan malam kerana Datuk akan bermalam di rumah itu. Pak Satar terus sahaja menuju ke arah kebun yang ada di luar rumah. Dia mesti menjaga kebun itu sebaik yang mungkin. Ini adalah tempat kegemaran Puan Zhulianna untuk mencari ketenangan selepas bertengkar hebat dengan Tuan Nizam.
“ Tuan, saya kena pergi ambil Tuan Zam.” Kata Pak Satar yang berdiri tercegat dihadapannya. Datuk mengangguk. Pak Satar beredar dari situ.
Satu jam kemudian, deruman enjin kereta di halaman rumah kedengaran. Pak Satar baru sahaja pulang daripada menjemput Tuan Nizam. Pak Satar mengambil beg bimbit Tuan Nizam di tempat penumpang di sebelahnya. Tuan Nizam sudah meluru masuk ke dalam rumah. Terpampang wajah keletihannya. Terkejut dia dengan kehadiran Datuk. Datuk tersenyum sambil mendukung Qaseh. Tuan Nizam mengambil alih untuk mendukung Qaseh. Tuan Nizam melabuhkan punggung ke atas sofa. Datuk memandang wajah anak yang lesu itu. Kasihan dia melihat Tuan Nizam.
Sebaik sahaja Tuan Nizam menamatkan pelajarannya di universiti, dia terpaksa mengorbankan cita-citanya untuk menjadi seorang pakar perubatan. Tuan Nizam terpaksa mengambil alih perniagaan Datuk kerana Datuk sudah tua dan tidak larat untuk menguruskan perniagaannya lagi. Dia sudah letih. Datuk hanya mahu menyerahkan perniagaan itu kepada warisnya. Datuk tidak boleh menyerahkan perniagaan tersebut kepada abang sulung Tuan Nizam, Haniff, kerana dia berkhidmat sebagai askar. Rafidah pula selepas sahaja tamat tingkatan 5, terus isteri Datuk, Ghasidah, mengahwinkan Rafidah dengan anak saudaranya, Khairudin. Hanya Tuan Nizam sahaja yang boleh diharapkan tetapi Tuan Nizam mengambil kursus yang lain daripada bidang perniagaan. Oleh kerana Tuan Nizam kasihan kepada Datuk, Tuan Nizam mengambil alih syarikat itu. Kini, syarikat itu berdiri teguh atas usaha Tuan Nizam dan berkat daripada Yang Maha Berkuasa.
“ Apa yang terjadi antara kamu dan Zhu?” tanya Datuk berterus-terang. Tidak mahu berselindung lagi. Tuan Nizam yang baru sahaja menyandarkan kepala di sofa, mengangkat semula kepalanya dan memandang Datuk. Tuan Nizam mengeluh. Dia tidak tahu bagaimana harus dikhabarkan kepada orang tua itu. Kalau Rafidah tahu, pasti dia mengamuk sakan.
“ Kamu beritahu kat Ayah. Mana tahu, mungkin Ayah boleh tolong selesaikan masalah kamu berdua.” Pujuk Datuk lagi. Tuan Nizam mengeluh.
“ Masalah kami dah tak boleh diselesaikan lagi, Ayah. Kami…kami berdua…dah bercerai.” Tuan Nizam tidak mampu berselindung lagi. Dia tidak mahu menyembunyikan perkara sebenar dari Datuk. Biar Datuk tahu.
“ Apa?! Dah berapa lama kamu tak bersama?”
“ Hampir 2 bulan.”
“ Nak dekat 2 bulan kamu tak beritahu Ayah. Hish! Apa kena dengan kamu ni? Kalau Kak Idah kamu tahu, naya kamu.” Datuk mula meninggikan suara. Qaseh yang tidak faham dengan situasi yang berlaku dihadapan matanya, terus sahaja menangis. Mak Rani segera mendukung Qaseh dan membawanya naik ke tingkat atas.
“ Saya tahu, Ayah. Saya masih sayangkan Zhu. Saya rasa bersalah sangat dengan dia.” Perasaan bersalah Tuan Nizam sering menghantui tidur malamnya. Tidak dapat dilupakan wajah Zhulianna yang merayu kepadanya hendak membawa Qaseh bersama. Wajah yang meraung kerana permintaannya ditolak mentah-mentah. Wajah yang basah kuyup. Tuan Nizam hendak mengelap air mata itu tetapi kakinya tidak jadi melangkah. Seperti ada sesuatu yang merantai kaki Tuan Nizam.
“ Baguslah kalau kamu rasa begitu. Kenapa kamu tak cari saja dia?” cadang Datuk. Tuan Nizam meraup mukanya.
“ Saya memang nak cari dia, Ayah. Nak mintak maaf dengan dia. Tapi saya tak tahu nak cari dia kat mana.” Keluh Tuan Nizam. Hampir setiap malam dia berdoa. Meminta supaya Zhulianna memaafkannya. Dia tidak sanggup berdepan dan berjumpa dengan bekas isterinya itu. Perasaan malu masih menebal di dalam diri.
“ Kenapa kamu tak cuba rumah mak bapak dia?”
“ Saya takut. Malu nak cakap dengan bekas mentua saya. Saya takut mereka dah benci saya. Ayah, tolonglah saya.” Rayu Tuan Nizam. Datuk menepuk bahu anak lelaki bongsunya itu.
“ Kamu mesti cuba cari dia kat rumah mak bapaknya. Buang rasa malu. Zam, bapak Zhu berikan sepenuh kepercayaan kepada kamu untuk menjaga Zhu. Sekarang kamu jangan persia-siakan kepercayan kedua ibubapanya. Kamu mesti katakan kepada mereka bahawa sememangnya kamu ikhlas berkahwin dengan anak mereka. Tapi, mungkin jodoh kau berdua tak panjang. Ayah yakin. Bekas besan Ayah tu taklah membenci kamu. Mungkin tidak suka dengan perbuatan yang kamu lakukan terhadap Zhu. Masa nak kahwin dengan Zhu, boleh pulak kamu datang secara baik. Bila bercerai, kamu langsung tak mahu mengambil berat tentang diri Zhu. Cuba cari Zhu. Ayah tahu. Zhu pun tidak membenci kamu.” Nasihat Datuk panjang lebar. Timbul rasa kesian di dalam diri Datuk. Hilang sudah perasaan amarah yang meluap-luap. Melihat keadaan anak lelakinya yang seperti orang tidak terurus itu.
“ Kenapa kamu berdua boleh bercerai? Apa sebabnya?” tanya Datuk. Tuan Nizam diam. Tidak berkata sepatah pun. Hatinya dipenuhi dengan perasaan bersalah.
“ Bukan salah Tuan Zam, Tuan.” Pak Satar bersuara. Mata Datuk tertuju ke arah Pak Satar. Datuk mengerutkan dahi.
“ Apa maksud kamu, Satar?”
“ Sebenarnya Tuan Zam terkena buatan orang. Perangai Tuan Zam lain daripada selalu. Suka marah-marah. Pantang Puan Zhu cakap sikit, Tuan Zam dah marah. Tapi, saya dah bawak Tuan Zam pergi berubat. Baru minggu lepas dia kembali pulih.” Jelas Pak Satar panjang lebar. Datuk membeliakkan mata. Tuan Nizam hanya menundukkan mukanya. Teringat kembali bagaimana dia melayan Zhulianna.
“ Siapa yang buat dia?”
“ Ayah ingat dengan secretary saya?”
“ Ah ha…Yang suka pakai dedah sana, dedah sini tu ke? Apa ke namanya tu?” Datuk cuba memikirkan setiausaha Tuan Nizam yang suka berpakaian menjolok mata. Siapa boleh lupakan setiausaha Tuan Nizam yang satu itu. Berpakaian seksi dan menggiurkan. Sesiapa sahaja yang terpandang, pasti akan terpikat. Tetapi mengapa dia memilih Tuan Nizam? Tidak tahukah dia bahawa Tuan Nizam sudah berkahwin? Mungkin bukan Tuan Nizam yang dikehendakkannya. Dia berkehendakkan harta Tuan Nizam. Itulah perangai sesetengah perempuan zaman sekarang. Pantang tengok lelaki yang berpoket penuh.
“ Yang itulah. Nora.”
“ Ayah tengok baik budaknya tu. Tapi tak sangka sampai macam tu sekali perangainya. Kenapa dia buat macam tu kat kamu?” Datuk bertanya. Tidak pernah disangkanya bahawa sampai begitu sekali perangai setiausaha yang Datuk anggap sangat baik itu. Walaupun Nora berpakaian terdedah tetapi dia apabila bercakap dengan orang tua, sangat hormat. Sungguh tidak sangka. Cakapnya lemah lembut. Pijak semut pun tidak mati, gayanya.
“ Dia pernah nak goda saya. Saya tak layan. Lepas tu, Zhu selalu datang ofis. Mungkin balas dendam lah tu.” Ujar Tuan Nizam. Datuk menepuk-nepuk peha Tuan Nizam. Mententeramkan jiwa anaknya yang bercelaru.
“ Dahlah tu, Zam. Benda dah berlalu.”
“ Tapi, saya harap sangat nak berjumpa dengan Zhu.”
“ Kamu pergilah cari di rumah ibubapanya. Ayah yakin, Zhu pasti ada di situ.” Datuk berkata. Memberi semangat kepada Tuan Nizam.
“ Kalaupun Zam dah jumpa Zhu, pasti Zhu tak nak kembali pada Zam. Macam mana Zam nak jaga Qaseh?” itulah persoalan yang selalu berlegar di ruang fikiran Tuan Nizam. Belum sempat Datuk berkata apa-apa, Mak Rani mencelah. Kesemua mata memandang ke arah Mak Rani.
“ Tak apa, Tuan Zam. Mak Rani dan Pak Satar akan jaga Qaseh.”
“ Sampai bila, Mak Rani? Takkan selama-lamanya Mak Rani nak kerja dengan keluarga kami?” tanya Tuan Nizam. Dia kasihankan kedua orang tua itu yang telah banyak bertungkus-lumus menjaga mereka dua beranak.
“ Selagi Mak Rani ada kudrat, selagi itulah Mak Rani akan jaga Qaseh.”
“ Mak Rani tak teringin balik kampung? Jenguk rumah kat sana?” Tuan Nizam bertanya lagi. Dia benar-benar tidak mahu menyusahkan mereka.
“ Tuan Zam…Tuan…Keluarga Tuan dah banyak berjasa dengan Pak Satar dan Mak Rani. Semenjak kami kerja dengan keluarga ini, kami dah nekad. Selagi Tuan Nizam atau Tuan tak menghalau kami, selagi itulah kami akan bekerja untuk keluarga Tuan berdua.” Pak Satar berkata. Datuk tersenyum dan mengangguk perlahan.
“ Tapi Zam tak nak menyusahkan….” Ayat Tuan Nizam tergantung.
“ Tuan Zam, tak pernah terlintas di fikiran Mak Rani yang Tuan Zam dan Qaseh menyusahkan Mak Rani. Mak Rani dah biasa.” Kata Mak Rani pula. Tuan Nizam melepaskan keluhan.
“ Baiklah, Mak Rani. Mak Rani akan jaga Qaseh sehingga Zam dapat cari pengganti Mak Rani yang baru. Lepas tu, Mak Rani bolehlah bersara.” Ujar Tuan Nizam. Mak Rani mengangguk dan Pak Satar tersenyum.
“ Bukan pengganti ibu yang baru untuk Qaseh?” usik Datuk.
“ Apalah Ayah ni. Zam tak pernah terfikir pun.” Tuan Nizam berkata. Mereka semua tergelak melihat wajah Tuan Nizam yang merona merah.
“ Ayah pergilah berehat. Ayah tentu dah penatkan?”
“ Yalah.” Datuk bangun dan menuju ke arah biliknya yang disediakan khas untuk Datuk jika Datuk datang berkunjung ke rumah itu.
Selama 2 tahun Tuan Nizam cuba menjejaki Zhulianna tetapi seakan-akan Zhulianna cuba menghilangkan jejaknya. Apabila ditanya pada Zurain, hanya jawapan yang tidak pasti diterima daripada bekas adik iparnya itu.
“ Zura, beritahulah Abang. Ke mana Kak Zhu pergi?”
“ Zura tak tahu, Bang. Kak Zhu dah lama tak telefon ke rumah.” Zurain terpaksa menyembunyikan perkara sebenar. Inipun di atas permintaan kakaknya. Zhulianna yang memaksa Zurain supaya tidak memberitahu kemana dia pergi sekiranya Tuan Nizam menelefon rumah ibubapanya.
“ Abang tahu. Semua benci Abang, kan?”
“ Kami tak bencikan Abang. Kami tahu perkara sebenar. Abang terkena buatan orang. Waktu tu Abang bukan jadi diri Abang sendiri. Mama dan Bapak tak pernah salahkan Abang. Kami semua fikir, jodoh Abang dan Kak Zhu tak panjang. Mungkin bukan sampai ke anak cucu. Abang janganlah salahkan diri Abang. Abang jaga diri baik-baik, ya?” pesan Zurain. Perasaan bersalah Tuan Nizam menyerbu lagi. Begitu sekali pemikiran keluarga mentuanya. Sanggup memaafkannya. Bukan menyalahkan dirinya.
Akhir sekali, Tuan Nizam berputus asa. Dia sudah tidak mahu mencari Zhulianna lagi. Biarlah Zhulianna menenangkan fikiran. Jika Zhulianna ingin kembali ke pangkuannya, Tuan Nizam akan menerima kehadiran Zhulianna dengan hati yang terbuka. Umur Qaseh hampir mencecah 2 tahun, Tuan Nizam berkahwin dengan Puan Yasmin. Anak saudara Datuk. Tuan Nizam hanya menyerahkan segala-galanya kepada Datuk dan Rafidah. Dia tidak mahu ambil tahu akan urusan kahwinnya. Zhulianna hilang entah ke mana. Jejaknya tidak dapat dikesan. Tuan Nizam berharap Zhulianna dapat mencari kebahagiaannya sendiri kerna Tuan Nizam sudah pun ada kebahagiaan untuk dirinya.
BAB 29
ZHULIANNA ke pasar mencari lauk untuk masak makan malam di rumah. Zurain, Iskandar dan anak-anak mereka akan datang ke rumahnya pada malam ini untuk makan malam bersama. Itupun di atas jemputan Zhulianna. Dia sedang leka membeli barang-barang ‘basah’.
Mak Rani leka sedang mencari ikan kembung yang segar. Mata Pak Satar meliar ke seluruh pasar. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu wajah yang ayu. Wajah yang dahulu selalu menangis. Wajah yang selalu murung. Pak Satar menyiku Mak Rani. Mak Rani melatah. Tergelak tauke ikan itu melihat gelagat Mak Rani. Pak Satar juga turut tergelak kecil. Mak Rani mencebikkan bibir. Geram dengan perbuatan suaminya itu.
“ Apa kena dengan Abang ni?” tanya Mak Rani. Pak Satar menghabiskan sisa tawanya sebelum berkata sesuatu.
“ Rani…tu bukan…Puan Zhu, ke?” tuding Pak Satar ke arah satu wanita yang sedang membelek sayur-sayuran. Mak Rani memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Pak Satar. Mak Rani terkejut. Tidak disangka-sangka akan berjumpa semula dengan Zhulianna. Wanita teristimewa dalam hidup bekas majikannya pada satu masa dahulu. Tuan Nizam sanggup tidak berkahwin lain kerana dia yakin dia akan menemui Zhulianna semula. Puas Rafidah dan Datuk memujuk Tuan Nizam.
“ Jom, Rani.” Ajak Pak Satar. Mak Rani mencelup jarinya ke dalam air yang disediakan. Dia mengelap di baju. Mereka sama-sama menuju ke arah Zhulianna. Wanita itu sedang membayar harga sayur-sayuran yang dibeli itu. Selepas mendapatkan baki semula, Zhulianna mengambil beg plastik yang berisi sayur-sayuran. Bahunya disentuh lembut. Zhulianna terkejut dan mengalihkan pandangan ke arah orang yang menyentuh bahunya. Mak Rani tersenyum memandang bekas puan besarnya.
“ Mak Rani…Pak Satar….” Tersenyum lebar Zhulianna. Mereka berdua sudah lama tidak melihat senyuman itu semenjak Zhulianna meninggalkan rumah banglo itu. Senyuman itu sudah kembali.
“ Apa khabar, Puan Zhu?” tanya Pak Satar. Sudah dianggap Zhulianna seperti anaknya sendiri memandangkan mereka hanya mempunyai anak lelaki tunggal yang sudah lama meninggal akibat kemalangan jalan raya.
“ Baik. Pak Satar sihat?” tanya Zhulianna.
“ Sihat, Puan Zhu.”
“ Mak Rani macam mana? Sihat? Sakit lutut lagi ke?” begitu sekali Zhulianna mengambil berat akan kesihatan orang tua dihadapannya itu. Mak Rani tersenyum kecil.
“ Biasalah, Puan. Orang tua macam saya ni. Adalah longgar kat mana-mana tu.” Seloroh Mak Rani. Zhulianna tergelak.
“ Mari kita pergi minum. Tak seronoklah sembang kat sini. Bising.” Kata Zhulianna. Dia terus sahaja memimpin tangan Mak Rani. Segan pula Mak Rani dengan bekas majikannya itu. Senyuman sentiasa menghiasi di bibir Zhulianna. Pak Satar dan Mak Rani lega melihat perubahan Zhulianna.
Mereka duduk di restoran yang yang berdekatan dengan pasar tersebut. Zhulianna memesan minuman dan makanan untuk mereka berdua. Puas ditolak oleh Mak Rani dan Pak Satar. Akhirnya mereka mengalah dengan kedegilan Zhulianna yang hendak membelanja mereka makan sarapan. Tiba-tiba air mata Mak Rani bertakung. Zhulianna memegang tangan Mak Rani. Pantas Mak Rani menyeka air matanya yang hampir menitis. Air mata tua itu senang saja mengalir.
“ Kenapa, Mak Rani?” tanya Zhulianna.
“ Puan Zhu tak patut melalui kehidupan macam ni.” Kata Mak Rani perlahan. Zhulianna menggeleng dan bertambah erat genggamannya.
“ Mak Rani jangan cakap macam tu. Bukan salah sesiapa. Dah tak ada jodoh antara saya dan Zam. Saya redha.” Zhulianna tersenyum. Mak Rani memandang Pak Satar. Mengisyaratkan kepada Pak Satar supaya menceritakan perkara sebenar kepada Zhulianna.
“ Sebenarnya, Puan Zhu…ada sesuatu perkara yang patut Puan Zhu tahu.” Kata Pak Satar. Dia menghirup sedikit minuman yang berasap itu.
“ Patut tahu apa, Pak Satar?” tanya Zhulianna. Dia mengerutkan dahi sedikit. Tidak faham dengan kata-kata Pak Satar.
“ Sebenarnya, Tuan Zam terkena buatan orang.” Ujar Pak Satar. Mata Zhulianna terbeliak. Satu persatu Pak Satar menceritakan perkara sebenar kepada Zhulianna. Beristighfar sahaja Zhulianna di dalam hati. Tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku. Nora, setiausaha yang paling baik pernah Zhulianna bertemu. Cakapnya sopan santun. Tetapi begini rupanya perangai dia selama ini.
“ Saya tak sangka sampai macam ni sekali Nora lakukan pada kami. Apa jadi pada Nora sekarang?” tanya Zhulianna.
“ Dengar kata, perbuatan sihir dia tu terkena balik pada dia. Sekarang ni, orang kampung kata dia dah jadi gila. Ibu bapa dia terpaksa masukkan dia ke dalam wad sakit jiwa. Sebab dia mendatangkan bahaya. Nora pernah cuba nak mencederakan salah seorang orang kampung. Yang Pak Satar dengar, Nora lari satu kampung bawak parang. Kejar siapa, dia orang pun tak tahu.” Jelas Pak Satar. Inikah akibatnya kerana menganiayai orang lain?
“ Sudahlah, Puan Zhu. Tak payah cerita pasal Nora. Dia tu kisah silam. Mak Rani tanya sikit boleh?” kata Mak Rani.
“ Boleh, Mak Rani. Tanyalah.” Kata Zhulianna lembut.
“ Selepas Puan Zhu keluar dari rumah tu, Puan Zhu pergi mana?”
“ Tak kemana-mana, Mak Rani. Saya ada kat K.L ni.”
“ Tapi kalau Puan Zhu ada kat K.L ni, kenapa Tuan Zam cari Puan Zhu tak jumpa?” tanya Pak Satar pula.
“ Selepas saya dapat tahu Zam kahwin lain, saya pergi cari ketenangan.”
“ Ke mana?” tanya Mak Rani tidak sabar.
“ Hish!! Awak ni. Sabar-sabarlah sikit.” Kata Pak Satar. Mak Rani menjeling manja. Zhulianna tersenyum.
“ Luxembourg. Saya balik ke negara yang banyak simpan kenangan kami berdua semasa belajar. Saya tinggal dengan kawan saya.” Zhulianna mula bercerita tentang kisah hidupnya selepas dia bercerai dengan Tuan Nizam. Pak Satar mengangguk perlahan.
“ Siapa nama kawan, Puan Zhu?” tanya Mak Rani.
“ Nama dia Rosemarie. Dia banyak simpan rahsia saya. Saya duduk dengan dia selama 22 tahun. Dia pun baru je kematian suami. Jadi, dia tak kisah saya tinggal dengan dia. Dia kata kalau saya ada, bolehlah teman dia besarkan 2 orang anaknya. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Hampir 3 bulan saya tak bekerja. Saya rasa segan sangat dengan dia. Dia terlalu baik dengan saya.” Jelas Zhulianna. Kedua orang tua itu masih mendengar kata-kata Zhulianna.
“ Jadi, Puan Zhu pergi cari kerjalah?” tanya Pak Satar. Dia pula yang tidak sabar mendengar cerita seterusnya dari mulut Zhulianna.
“ Hish! Orang tua ni. Dia pulak yang tak sabar.” Kata Mak Rani.
“ Kerja. Bapak saya, dia buka cawangan syarikatnya kat sana. Jadi, saya kerja sebagai ketua syarikat di Luxembourg. Semua urusan kat sana, saya yang uruskan.” Sambung Zhulianna.
“ Puan Zhu tak kahwin lain?” tanya Mak Rani. Dia khuatir soalannya akan menjadi sensitif kepada Zhulianna. Tetapi wanita itu tetap tersenyum.
“ Tak, Mak Rani. Saya anggap perkahwinan saya dan Zam, adalah satu pengajaran. Saya berhati-hati untuk menjalinkan hubungan selepas bercerai dengan Zam. Pintu hati saya tak pernah terbuka untuk mana-mana lelaki.” Zhulianna menerangkan dengan jelas.
“ Puan Zhu masih sayangkan Tuan Zam?”
“ Memang saya masih sayangkan dia. Malahan, sehingga ke hari ini. Bukan tak ada yang masuk meminang selepas saya habis tempoh eddah. Saya tolak. Saya rasa saya akan khianati cinta Zam jika saya berkahwin lain.” Kata Zhulianna. Begitu mendalamnya cinta Zhulianna yang pernah diberikan kepada Tuan Nizam satu ketika dahulu.
“ Tetapi kenapa Puan Zhu tak kembali kepada Tuan Zam?”
“ Saya selalu terfikir untuk kembali pada Zam. Tapi, ada sebahagian dari diri saya mengatakan yang saya dan Zam hanya layak bercinta sahaja. Kami belum bersedia ke arah rumah tangga.” Menitis air mata Mak Rani mendengar kata-kata Zhulianna. Begitu mulia hati wanita itu.
“ Maafkan Mak Rani kalau pertanyaan Mak Rani ni mengganggu ketenangan hidup Puan Zhu.” Mak Rani meminta maaf sekiranya dia ada menyinggung perasaan Zhulianna.
“ Tak apa, Mak Rani. Saya memang dah lama menunggu untuk menjawab soalan-soalan macam ni.” Ujar Zhulianna.
“ Puan Zhu dah berjumpa dengan Qaseh?” Pak Satar bertanya.
“ Dah, Pak Satar. Makin cantik pulak dia sekarang.”
“ Macam Puan Zhu. Saling tak tumpah.” Kata Mak Rani. Meneliti wajah wanita dihadapannya.
“ Yasmin tak mengandung ke selepas berkahwin dengan Zam?”
“ Tak. Dia tak boleh mengandung sebab menghidap kanser.”
“ Kesian Min. Sepanjang hidupnya, dia tentu bahagia. Zam pandai membuatkan orang lain rasa bahagia apabila berada disamping dia.” Air mata Zhulianna bergenang. Dia selalu teringatkan Tuan Nizam. Zhulianna mengelap air mata dengan pantas. Mak Rani dan Pak Satar hanya melihat wanita dihadapannya itu berhadapan dengan kedukaan yang sangat dalam.
“ Jemputlah makan, Mak Rani…Pak Satar.” Ujar Zhulianna.
“ Baiklah, Puan.” Kata Mak Rani dan Pak Satar serentak.
Selepas mereka menjamu sarapan pagi, mereka bertiga berpisah dan mengikut haluan masing-masing. Zhulianna terus sahaja pulang ke rumah. Dia menyimpan ikan dan ayam yang dibelinya di pasar ke dalam peti sejuk beku. Kemudian, dia merehatkan badan yang penat. Fikirannya melayang. Mengingati semula pertemuan mereka bertiga. Zhulianna meraup mukanya. Dia memejamkan mata. Air mata turun berjuraian.
Zhulianna terkejut jaga apabila ada orang yang menyentuh tangannya. Dia membuka mata dan memandang orang dihadapannya. Tersenyum sahaja wanita di hadapan Zhulianna itu.
“ Akak nangis?” tanya Zurain. Zhulianna segera mengesat air matanya. Membalas kembali senyuman adiknya itu.
“ Bila kamu sampai?” Zhulianna cuba mengalih topik.
“ Baru sekejap tadi. Banyak kali Zura panggil Akak. Tapi Akak tak menyahut. Zura masuk je lah.” Zurain meletakkan bungkusan yang dibawanya di atas meja makan.
“ Kamu nak minum? Akak buatkan air.” Zhulianna sudah bangun dan menuju ke dapur. Zurain lekas membuntuti kakaknya.
“ Tak payahlah, Kak. Macam Zura tak biasa dengan rumah Akak ni. Kalau Zura nak minum, Zura buat sendiri.” Dibuka plastik putih yang dibawanya tadi. Zhulianna menjenguk ke dalam beg plastik itu.
“ Ni serunding. Zura bawak. Favourite Akak, kan?” Zurain mengambil pinggan dan sudu. Kemudian dicedok serunding itu menggunakan sudu yang kering. Tidak mahu serunding tersebut basi. Dihulurkan pinggan tersebut dan dihulurkan juga sebuku roti. Zurain tahu, Zhulianna suka makan dengan roti. Begitu berselera Zhulianna menjamu serunding tersebut.
“ Eh! Sedapnya serunding ni. Mana Zura beli?”
“ Zura tak belilah, Kak. Mak mentua Zura yang buat. Dia tahu Zura nak datang jenguk Akak. Dia suruh Zura bawak sikit.” Zurain tersenyum melihat kakaknya yang menambah serunding itu berkali-kali. Zurain turut merasai keenakan serunding yang dibuat oleh ibu mentuanya.
“ Jadilah kamu makan malam di sini, ya?” tanya Zhulianna.
“ Yalah, Kak.”
“ Is tak datang?” tanya Zhulianna lagi.
“ Kejap lagi, Kak. Dengan anak-anak.” Kata Zurain pula. Zhulianna mengangguk perlahan dan tersenyum. Zurain bahagia dengan pilihan ibubapa mereka. Zhulianna berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri. Tetapi tidak sebahagia Zurain. Kadangkala dia cemburu melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Iskandar dan Zurain. Mungkin sudah tertulis takdir untuk dirinya sebegini. Dia tidak menyalahkan takdir. Dan dia juga tidak pernah menyesal berkongsi hidup dengan Tuan Nizam walaupun seketika cuma.
SELEPAS mereka berdua menjamu selera roti cecah serunding, Zhulianna berjalan ke arah sofa dan menyandarkan badan. Zurain membancuh air kopi untuk mereka berdua. Zurain menatang dua buah gelas yang berisi kopi yang masih berwap lagi. Diserahkan secawan kepada Zhulianna dan secawan lagi dihirup perlahan.
“ Sedap Zura buat kopi.” Puji Zhulianna. Diletak cawannya ke atas meja kopi yang diletakkan di tengah-tengah ruang. Diantara sofa panjang dan sofa pendek. Sengaja diletakkan meja kopi di situ. Bagi memudahkan tetamu-tetamunya. Zurain tersenyum.
“ Akak…Apa yang Akak fikirkan? Masa Zura sampai tadi, Akak tengah menangis. Kenapa, Kak? Akak ada masalah? Kalau Akak ada masalah, ceritalah dengan Zura. Mungkin Zura boleh tolong Akak.” Pujuk Zurain sambil memandang dengan penuh simpati. Kesian dengan kakaknya itu. Menjadi janda di usia yang muda. Menjadi bahan cemuhan orang sekeliling. Terutama adik-beradik ibunya. Masih Zurain ingat lagi kata-kata mereka. Tidak akan dilupakan kata-kata itu selamanya.
“ Si Zhu tu perempuan curang. Tulah sebabnya Zam tinggalkan dia. Entah-entah si Qaseh tu anak luar nikah.” Kata-kata Mak Teh Lela tajam menusuk masuk ke dalam telinga Zurain. Geram Zurain apabila ada orang menyebarkan kata-kata fitnah mengenai kakak kesayangannya itu.
“ Zhu tu sebenarnya bukan perempuan baik, Teh. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, dia siap berpegang tangan lagi dengan jantan lain. Mesra sangat aku nampak.” Mak Long Esah menyahut kata-kata Mak Teh Lela. Mak Ngah Asiha dan Mak Su Diah hanya mengangguk. Zurain menggengam penumbuk. Mahu sahaja dicakar muka wanita-wanita kepoh itu. Tetapi ibunya menahan daripada kemarahan Zurain terlepas.
“ Mama, Zura tak suka dia orang mengutuk Kak Zhu. Kak Zhu tak salah.” Zurain memegang bahu ibunya.
“ Mama tahu, Zura.”
“ Habis tu, Mama nak dia orang tu kutuk Kak Zhu?”
“ Mama pun tak suka. Tapi Zura kena ingat. Dia orang tu mak cik-mak cik Zura.” Mak Lang Nani berkata. Dia tidak mahu kemarahan anaknya itu semakin membara. Zurain pantang dicabar.
“ Zura tak ada mak cik macam dia orang tu.” Kata Zurain. Bukan maksudnya hendak menjadi kurang ajar. Mak Lang Nani hanya menggeleng. Dia sudah tidak tahu apa yang hendak dilakukannya lagi. Air mata sudah merembes keluar.
“ Kau orang semua jangan jadi macam Kak Zhu tu. Bercerai-berai. Aku tak nak anak-pinak aku macam tu. Jangan lahirkan anak haram. Aku tak nak keturunan aku dianggap kotor. Paham tak?” pesan Mak Long Esah pada anak-anaknya. Mereka seperti acuh tidak acuh sahaja mendengar kata-kata ibu mereka.
“ Zura tu tak tahu pulak macam mana. Kalau kahwin esok, entah tahan entah tidak. Perangainya ikut siapa pun aku tak tahu. Anak beranak si Nani tu, bukannya baik-baik sangat. Kamu semua tengoklah si Musa. Kerja tak besar. Tapi teringin nak kahwin dengan Nani. Aku sebenarnya kesian dengan Nani tu. Aku suruh Mak kahwinkan Nani dengan Inspektor Khalid, Nani tak nak. Siap merayu-rayu lagi dengan Mak. Apa yang tak ada kat Inspektor Khalid tu? Gaji besar. Ada kereta. Ada rumah. Hii! Aku cakap betullah. Memang Nani rugi sangat lepaskan pemuda yang baik macam Inspektor Khalid. Kalau nak dibandingkan Musa dengan Inspektor Khalid, hmm…macam langit dengan bumi.” Kata-kata Mak Long Esah semakin lantang. Panas telinga Zurain mendengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut mak ciknya itu. Terus sahaja Zurain meluru ke arah mereka dan berdiri sambil mencekak pinggang dihadapan mak cik-mak ciknya yang sedang leka bersembang. Tidak sempat Mak Lang Nani memegang tangan Zura. Mereka semua terkejut dengan kehadiran Zurain. Memandang Zurain dengan satu pandangan yang menjelekkan.
“ Mak Long cakap baik-baik sikit, ya. Mak Long ingat anak-anak Mak Long ni semuanya bagus ke? Mak Long tu yang kena hati-hati. Dahlah anak-anak Mak Long semuanya perempuan. Kalau Mak Long nak tahu, Yati pernah terlanjur dengan boyfriend dia. Pernah mengandung dan pernah gugurkan kandungan sebanyak 3 kali. Dia baru beritahu saya semalam yang dia mengandung lagi. Kali ni, tak boleh gugurkan sebab akan mendatangkan risiko. Si Lina pulak hisap rokok. Minum arak, pergi disko. Tentang Fira pulak, saya tak tahu apa yang jadi. Dia tu belajar kat universiti nun jauh di sana. Sebulan sekali je dia balik ke rumah. Itupun selepas Mak Long yang paksa dia balik. Apa yang dia buat belakang Mak Long, Mak Long sendiri pun tak tahu, kan?” kata Zurain. Dia sudah tidak boleh menerima setiap kutukan mereka. Kesemuanya dihamburkan ke muka orang tua dihadapannya itu. Terdiam Mak Long Esah mendengar kata-kata Zurain. Tercengang Mak Ngah Asiha, Mak Teh Lela dan Mak Su Diah apabila mendengar kata-kata lantang Zurain. Yati, Lina dan Fira mula gelabah. Ibu mereka sudah tahu perkara sebenar.
“ Mak Long ingat, saya tak tahu yang Dalila dah banyak kali kena rogol dengan Pak Long. Dan, Mak Long jangan ingat saya tak tahu yang Pak Long tu kaki perempuan. Perangai binatang! Walaupun bapak saya tak kerja besar mana pun tapi bapak saya adalah seorang yang berbudi pekerti. Tahu hormat orang tua. Tak pernah pukul isteri sendiri. Pak Long pernah pukul Mak Long, kan? Sampai mulut berdarah. Mak Long jangan ingat saya muda tapi saya tak tahu apa-apa. Saya tahu bapak saya kerjanya tak besar. Tetapi sekurang-kurangnya dia mencari pekerjaan yang halal untuk menyara isteri dan anak-anak. Pak Long tak kerja. Asyik ambil duit Mak Long. Kalau tak dapat duit daripada Mak Long, dia pukul. Kemudian, Pak Long ugut lagi. Kalau masih tak dapat, Dalila jadi mangsa. Barang kemas Mak Long, semuanya dah habis digadai. Kemana habisnya wang-wang itu kalau tak ke meja judi dan arak.” Memang Zurain tidak dapat menahan dirinya lagi. Sudahlah dikutuk Zhulianna sahaja. Tetapi mengapa mesti hendak mengaitkan ahli keluarganya yang lain? Yati, Lina dan Fira terpaksa mengaku apabila dipaksa oleh Mak Long. Mengamuk besar orang tua itu. Dia selalu memuji melambung-lambung anak-anaknya. Tetapi ini balasan mereka kepadanya.
“ Saya banyak lagi rahsia. Tentang keluarga Mak Ngah, Mak Teh dan Mak Su. Kalau tak nak saya bongkarkan, jangan buruk-burukkan lagi keluarga saya.” Amaran daripada Zurain. Bukan niatnya hendak menjadi kurang ajar. Tetapi perangai manusia-manusia dihadapannya harus diajar.
Musa yang baru sahaja balik dari kerja, terus diserbu oleh isterinya. Terkejut Musa dengan Nani. Wajah Nani basah kuyup. Ini mesti kes kena kutuk dengan adik-beradiknya lagi. Telinganya sudah naik berkulat mendengar cemuhan adik beradik Nani itu.
“ Abang, cubalah Abang tengok anak Abang tu.” Kata Nani. Dia menarik suaminya untuk melihat kejadian yang sedang berlaku di ruang tamu. Mak Long Esah memukul anak-anaknya sambil terjerit-jerit dan menangis teresak-esak.
“ Apa yang sedang berlaku ni?” tanya Musa. Zurain menahan amarah.
“ Kak Long marahkan anak-anak dia.” Ujar Mak Lang Nani.
“ Kak Long marahkan anak-anak? Sesuatu yang baru.” Ada nada perli dalam percakapan Musa.
“ Kalau tak kerana Zura ceritakan hal yang tak sepatutnya, Kak Long takkan marah anak-anak dia.” Jelas Nani. Musa tergelak kecil.
“ Kak Long awak memang patut di ajar macam tu. Supaya dia tahu kalau lain kali dia nak bercakap, biarlah berlapik sikit.” Musa terus sahaja beredar ke kamar tidur. Dia perlu merehatkan diri melepaskan penat setelah seharian bekerja. Dia tidak mahu diganggu oleh perkara-perkara yang tidak sepatutnya menyemak di fikiran.
Puas hati Zurain. Tidak terniat dihati hendak membuka pekung keluarga Mak Long tetapi keadaan memaksa. Dia tidak sanggup lagi keluarganya diburuk-burukkan. Mereka tidak harus memijak maruah keluarganya.
“ Zura, kenapa kamu malukan Mak Long?” tanya Mak Lang Nani setelah kemarahan Zurain reda sedikit.
“ Mama…Zura tahu Mama tak pernah ajar Zura jadi kurang ajar dengan orang tua. Tapi Mama, kata-kata Mak Long dah mengaibkan Kak Zhu. Kak Zhu tak bersalah, Mama. Kak Zhu tak mintak jadi macam ni. Kenapa Mak Long nak ungkitkan kisah Mama dan Bapak? Kan kisah tu dah berlalu. Bukan jodoh Mama dengan inspektor tu. Kenapa mesti diungkitkan kisah lama? Zura bukan budak kecil lagi. Yang boleh menerima setiap kata-kata hinaan mereka. Zura dah besar. Umur dah 20 lebih. Tak mungkin Zura berdiam diri. Bapak pun dah jadi ketua di tempat kerjanya sekarang. Gaji dah cukup besar. Apa, itu semua tak cukup lagikah untuk membuka mata mereka semua?” bertubi-tubi penjelasan yang keluar dari mulut Zurain. Mak Nani mengesat air mata. Betul juga kata-kata Zurain.
ZURAIN tersedar dari lamunan. Termenung panjang sahaja Zhulianna semenjak kebelakangan ini setelah berjumpa semula dengan anak perempuan tunggalnya. Setelah bercerai dengan Tuan Nizam, Zhulianna tidak pernah berkahwin semula. Hatinya sudah tertutup untuk sebuah perkahwinan. Tertutup untuk menerima kehadiran seorang lelaki. Zurain mengenggam jari-jemari kakaknya. Zhulianna memandang muka Zurain dan mula menceritakan satu persatu. Tentang terjadi pertemuan diantara Zhulianna dan Qaseh sehinggalah kepada Pak Satar dan Mak Rani. Mengenai Tuan Nizam terkena buatan orang dan perkahwinan kali keduanya. Zurain seperti tidak terkejut dengan kata-kata kakaknya itu. Zhulianna kehairanan.
“ Kenapa Zura tak terkejut dengan cerita Akak ni?” tanya Zhulianna.
“ Zura dah tahu perkara sebenar. Abang Zam cerita sendiri kepada kami. Memang Zura nak cerita kat Akak tapi Abang Zam tak bagi. Dia tak nak Akak rasa menyesal kerana mintak cerai dulu.” Jelas Zurain. Air mata Zhulianna merembes keluar lagi. Kali ini lebih laju. Rupanya selama ini hanya dia seorang sahaja yang tidak tahu perkara sebenar.
“ Dan, pasal kahwin kali kedua tu pun Zura tahu. Tapi, Zura tak nak beritahu Akak. Takut Akak sedih.” Jelas Zurain. Zhulianna tersenyum manis. Dia tahu Zurain begitu sayangkan dia sehingga Zurain tidak sanggup membiarkan sesiapa pun menyakiti hatinya.
“ Dahlah, Kak. Perkara dah berlalu. Usah diingatkan lagi. Abang Zam pun dah tak ada. Kita tutup sajalah kisah buku ini. Kita buka lembaran baru dengan kepulangan anak Akak nanti.” Pujuk Zurain. Zhulianna segera mengesat air matanya.
Hampir satu hari Zurain duduk bersama kakaknya. Sehingga terlupa untuk menyediakan makan malam untuk suaminya yang akan pulang dari kerja sebentar lagi. Mereka berjanji hendak makan malam di rumah Zhulianna. Kelam kabut mereka menyiapkan makan malam.
ZHULIANNA mengemas rumah serba sedikit. Semenjak tiada orang gaji yang selalu datang ke rumah untuk mengemas rumah, kesemua kerja dia harus lakukan sendirian. Selepas siap mengemas, dia memasak pula. Tiba-tiba, loceng rumah berdering. Dia tidak menjangkakan tetamu yang akan berkunjung ke rumahnya. Zhulianna membuka pintu pagar dan menjenguk dari dalam. Siapakah tetamunya itu? Terkejut dia dengan kehadiran tetamu yang tidak disangka-sangkakan itu. Segera dia membuka pintu rumah. Tersenyum dia pada Mak Rani dan Pak Satar. Sanggup mereka datang melawatnya.
“ Saya tak sangka Mak Rani dan Pak Satar nak datang. Tapi, Mak Rani langkah kanan hari ni. Saya baru saja siap masak Laksa Kedah.” Zhulianna menjemput mereka masuk. Mak Rani masuk ke dalam rumah kecuali Pak Satar. Katanya, hendak mengambil barang di kereta.
“ Rajinnya, Puan Zhu. Kalau Mak Rani dengan Pak Satar, masak nasi je.” Kata Mak Rani. Terpegun sebentar dia dengan hiasan rumah yang ala-ala inggeris itu. Moden tapi antik. Sudah banyak perhiasan yang ditukar oleh Zhulianna. Tetapi keadaan rumah itu masih tetap sama. Sama seperti dahulu. Sama seperti sebelum Zhulianna meninggalkan rumah itu. Pak Satar baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Tetapi dia turut membawa seorang tetamu bersamanya. Zhulianna yang berada di dapur leka memasukkan kuah laksa ke dalam mangkuk. Mak Rani menolong. Puas dihalang oleh Zhulianna tetapi Mak Rani berkeras juga untuk menolong.
“ Mak Rani tanya sikit boleh ke, Puan?”
“ Boleh, Mak Rani.”
“ Kenapa Puan beli balik rumah ni?”
“ Rumah ni banyak kenangan saya dan Zam. Banyak kenangan manis yang ingin saya simpan dan kenang buat selamanya. Terlalu banyak memori kami bersama. Tetapi yang tidak boleh dilupakan ialah kenangan saya bersama Qaseh.” Jelas Zhulianna. Mak Rani mengangguk tanda faham.
Selepas siap menghidangkan Laksa Kedah di atas meja, Zhulianna ke ruang tamu. Kakinya kaku. Tidak jadi meneruskan langkah. Terkejut dengan kehadiran insan yang cukup dikenalinya itu. Orang itu tersenyum ke arah Zhulianna. Orang itu berdiri memandang Zhulianna yang masih lagi berdiri kaku. Mak Rani menyentuh bahu Zhulianna. Terus sahaja Zhulianna meluru ke arah orang itu.
“ Apa khabar, Ayah?” Zhulianna masih menghormati Datuk walaupun Zhulianna bukan lagi menjadi sebahagian dari keluarga Datuk. Dia menyalami tangan bapa mentuanya itu. Datuk hampir menitiskan air mata. Mak Rani sudah mengesat air mata yang menitis.
“ Alhamdulillah. Sihat. Zhu?” tanya Datuk kembali.
“ Zhu sihat. Macam mana Ayah nampak Zhu, macam nilah keadaan Zhu.” Ujar Zhulianna. Datuk tersenyum dalam kepayahan. Begitu banyak derita yang ditanggung oleh Zhulianna. Terpaksa bercerai dengan suami tersayang dan berpisah dengan anak yang baru dilahirkan.
“ Jom lah kita ke meja makan. Zhu dah siapkan makanan kegemaran Ayah, Laksa Kedah.” Pelawa Zhulianna. Mereka berempat menuju ke meja makan. Mereka menjamu selera dan sambil itu mereka menceritakan kisah dahulu-dahulu.
BAB 30
MEMANG Shilea menunaikan janjinya untuk menuntut Amirul. Surat daripada pejabat guaman sudah sampai ke tangan Fareez. Fareez ada juga menelefon pejabat guaman tersebut dan mereka mengesahkan bahawa surat itu adalah benar. Shilea juga sudah memfailkan kes terhadap Fareez kerana Fareez menentang kehendaknya untuk mengambil semula anak kandungnya. Fareez benar-benar buntu. Kepala sudah tidak dapat berfungsi dengan betul. Projek syarikat diantara usahasama FAF Architecture Sdn Bhd dengan Putri Mewah Architecture Holding. Projek terbesar yang belum pernah Fareez uruskan. Tan Sri Firdaus menyerahkan projek itu kepada Fareez. Dia ingin melihat potensi Fareez melakukan kerja-kerja tersebut dengan lancar. Mungkin akan berlaku satu atau dua masalah kecil. Inilah kali pertama Fareez menguruskannya. Tan Sri Firdaus berharap Fareez menjalankan projek itu dengan sebaik mungkin. Putri Mewah adalah diantara syarikat arkitek yang terbesar di Malaysia dan terkenal di rantau asing. Kalau hendak dibandingkan syarikat mereka dengan Putri Mewah, tidak banyak bezanya. Cuma, Putri Mewah mempunyai cawangan lebih daripada 30 buah di seluruh Malaysia dan juga antarabangsa.
Fareez menggaru kepalanya yang tidak gatal. Masalah lama belum selesai. Sekarang, datang pula masalah baru. Surat tersebut berulang kali dibaca. Hujung bulan ini dia terpaksa berjumpa Shilea di mahkamah. Perkara yang ingin dielakkan buat selama-lamanya, terpaksa ditempuhi juga. Dia harus berjumpa dengan Rashdan, kawan baiknya semasa di universiti dahulu yang juga merupakan seorang peguam. Dia mula mendail nombor sahabat lamanya itu. Ada nada deringan.
“ Hello?” satu suara menjawab.
“ Dan…Aku ni, Fareez.”
“ Hah! Apahal kau telefon aku ni? Kau kalau tak ada ribut yang melanda, jangan haraplah aku nak dapat panggilan daripada kau.” Sindir Rashdan. Fareez terasa dengan sindiran tersebut. Dia hanya mendiamkan diri.
“ Hei, takkan sekarang ni dah jadi semakin sensitif.” Rashdan menyindir lagi. Bukan Rashdan hendak memujuk Fareez tetapi sindiran demi sindiran yang diterima oleh Fareez. Lelaki itu tidak terkata apa-apa. Fareez tahu dia bersalah kerana sudah lama tidak menghubungi sahabat baiknya yang sentiasa berada di sisi Fareez sewaktu Fareez benar-benar memerlukan seorang teman untuk meluahkan isi hatinya selain Zikri.
“ Aku mintak maaflah, Dan. Sebab menganggu kau. Tak apalah. Lain kali je aku call kau.” Suara Fareez seperti orang merajuk. Rashdan terdiam. Dia tahu dia bersalah kerana buat begitu kepada Fareez.
“ Alah…Aku cakap sikit, kau dah nak merajuk. Aku gurau je lah. Apahal kau call aku?” Rashdan mula serius. Cukup-cukuplah dia mempermainkan Fareez. Fareez berdehem perlahan.
“ Boleh aku jumpa kau?” tanya Fareez pula.
“ Bila?” tanya Rashdan kembali.
“ Hari ni. Kalau kau tak sibuklah.” Fareez menunggu jawapan Rashdan dengan sabar. Tidak lama kemudian, Rashdan memberikan jawapan.
“ Hari ni tak boleh. Aku baru je terima satu kes child sexual harrasment. Aku kena uruskan. Esok tengah hari aku free.” Rashdan memberikan jawapan. Fareez mengeluh. Perkara seperti ini tidak boleh bertangguh lagi. Tetapi, dia faham Rashdan harus mengutamakan kerjanya dahulu.
“ Esok pun esok lah.” Fareez menyatakan persetujuan.
“ Ok. Pukul 12.30 kat Restoran Padang Kota. Tempat biasalah. Kita pekena nasi kandar.” Rashdan menetapkan tempat perjumpaan mereka. Fareez bersetuju dengan cadangan Rashdan. Sudah lama dia tidak makan nasi kandar. Mereka sama-sama matikan talian. Fareez menyandarkan badan ke kerusi empuk.
QASEH pulang lewat lagi ke rumah. Kerja bertimbun. Banyak produk syarikat yang belum diiklankan lagi. Ada sesetengah pelanggan sudah menggesa dia mempercepatkan proses mengkomersialkan iklan produk syarikat mereka. Badannya keletihan. Sudah tidak ada tenaga lagi untuk meneruskan kerja-kerja yang sudah banyak kali tertangguh. Dia balik ke rumah pun bukan hendak merehatkan badan yang sudah kepenatan tetapi melakukan lagi kerja-kerja yang dibawa balik. Pintu rumah dikuak perlahan-lahan. Tidak mahu mengejutkan seisi rumah. Terjengket-jengket dia berjalan. Semasa melintasi ruang tamu, Qaseh lihat peti televisyen masih lagi terpasang. Dia menuju ke arah sofa yang bertentangan dengan televisyen tersebut. Fareez tidur dengan nyenyak. Diatas dadanya ada satu surat. Qaseh mengerutkan dahi. Dia segera mematikan suis peti televisyen yang sedang terpasang itu. Qaseh melabuhkan punggung di sebelah Fareez. Perlahan-lahan dia mengambil surat tersebut dan dibacanya sekali lalu. Seperti tidak percaya dengan isi kandungan surat tersebut, dia membaca sekali lagi. Fareez bergerak sedikit. Mata dibuka perlahan-lahan. Qaseh sedang membaca surat penjagaan Amirul.
“ Lewat Qaseh balik hari ni.” Tegur Fareez. Qaseh terkejut dengan sergahan tersebut. Dia mengurut dada.
“ Maafkan Qaseh, Bang. Banyak kerja hari ni.” Ujar Qaseh. Matanya tidak lepas dari menatap surat tersebut.
“ Surat apa ni, Bang?”
“ Apa yang Qaseh faham dengan surat ni?” tanya Fareez kembali. Soalan dibalas dengan soalan.
“ Hak penjagaan Mirul yang di tuntut oleh…” ayat Qaseh tergantung. Dia meneliti semula nama yang tertera di atas surat tersebut.
“ Shilea.” sambung Qaseh. Fareez mengangguk lemah. Qaseh meraup rambutnya ke belakang. Tidak dipercaya apa yang sedang dibaca itu. Qaseh sudah menganggap Amirul seperti anak kandungnya sendiri. Kini, ibu Amirul hendak menuntut anak kecil itu kembali. Apa akan terjadi kepada dirinya jika dia kehilangan Amirul? Dia terlalu sayangkan anak kecil itu. Atau lebih tepat lagi, apa akan terjadi kepada Fareez? Selama ini, dia yang menjaga anak itu dari bayi sehinggalah kini.
Fareez meraup mukanya. Dia tidak tahu hendak buat apa lagi. Fikirannya buntu. Terngiang kata-kata Shilea di telinga sewaktu Shilea berjumpa dengannya tidak lama dahulu. Qaseh melipat kembali surat tersebut dan dimasukkan semula ke dalam sampul surat yang ada di atas meja kopi.
“ Apa Abang nak buat sekarang?” tanya Qaseh, mengambil berat.
“ Kita fight. Itu yang Shilea nak, bukan?” Fareez berkata penuh semangat. Qaseh tersenyum. Belum pernah dia melihat Fareez begitu bersemangat. Tetapi yang Qaseh paling suka ialah Fareez sudah mula menggunakan perkataan ‘kita’.
“ Tapi, kita kena cari peguam.” Qaseh berkata.
“ Itu Qaseh jangan risau. Abang kenal seorang peguam. Dia kawan Abang masa universiti dulu. He’s the best lawyer. His firm…well recognised. Masa chambering dulu pun, dia kena puji dengan lecturer. Cara dia bercakap memang lantang dan apa yang dia katakan tu, ada fakta. Dia bukanlah excellent student. Tapi dia dapat anugerah dekan just because of his chambering.” Fareez berkata-kata. Qaseh sedikit lega mendengar kata Fareez. Qaseh mahu Amirul tetap bersama mereka selamanya.
Walaupun Qaseh tidak pernah kenal dengan Shilea tetapi dari cara ibu mentua serta kakak-kakak iparnya menggambarkan Shilea, dia bukanlah seorang ibu yang baik. Kalau tidak, masakan dia boleh meninggalkan Fareez terkontang-kanting menjaga anak mereka seorang diri.
“ Qaseh dah makan?” tanya Fareez.
“ Sepatutnya Qaseh yang kena tanya Abang. Ini terbalik pulak.”
“ Abang tahu Qaseh banyak kerja. Tapi Qaseh dah makan belum?” tanya Fareez. Dia begitu mengambil berat tentang keadaan isterinya.
“ Ermm…” Qaseh tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Fareez. Dia belum menjamah sebutir nasi pun semenjak pagi lagi.
“ Kenapa Qaseh tak makan? Qaseh kan ada gastrik.”
“ Tak apalah, Bang. Qaseh naik dulu. Qaseh kena siapkan kerja ni lagi.” Qaseh cuba mengelak.
“ Abang pergi belikan makanan untuk Qaseh, ya?”
“ Terima kasih, Bang.” Ucap Qaseh. Fareez mengangguk. Qaseh terus menuju ke tingkat atas. Dia membuka pintu bilik. Mereka masih tidur berasingan. Fareez kata, hendak membiasakan diri dahulu sebelum Qaseh berpindah masuk ke biliknya. Qaseh tidak kisah semua itu. Asalkan Fareez menerima dirinya semula ke dalam hidup Fareez.
KEESOKAN paginya, Fareez bersiap-siap hendak ke tempat kerja. Qaseh sedang menyiapkan sarapan pagi. Amirul baru sahaja menuruni anak tangga dan menuju ke arah Qaseh. Wajah yang pucat itu merisaukan Qaseh. Fareez menuju ke arah mereka berdua. Amirul berdiri tidak stabil. Dia memegang kerusi ruang makan dengan kuat. Fareez dan Qaseh masih tidak perasan akan kelakuan Amirul. Tiba-tiba sahaja Amirul pengsan. Qaseh terjerit kecil. Fareez terkejut dan memandang anaknya yang sedang terbaring kaku. Fareez dan Qaseh melutut di sebelah Amirul.
“ Mirul…Mirul…Bangun, sayang.” Panggil Fareez. Tiada respon dari anak kecil itu. Fareez menggoncangkan badan anaknya. Masih tiada respon. Keadaan semakin cemas. Fareez mendukung Amirul dan dibawanya ke kereta. Qaseh mencapai kunci kereta Fareez dan segera membuka pintu garaj. Dia menekan alat penggera dan membukakan pintu belakang.
“ Abang, Qaseh ikut sekali, ya?” tanya Qaseh. Fareez mengangguk. Qaseh segera masuk dan duduk di sebelah pemandu. Amirul diletakkan di kerusi belakang. Fareez mula menghidupkan enjin dan keretanya dihalakan ke arah jalanraya yang berdekatan dengan hospital. Sesampai sahaja mereka di lobi hospital, Fareez menurunkan Amirul di tempat ambulan menurunkan pesakit. Qaseh membuntuti Fareez. Fareez meletakkan Amirul di atas kerusi roda. Ada seorang doktor yang kebetulan baru sahaja selesai tugasnya, menyapa Fareez.
“ Eh! Fareez…Apa kau buat kat sini?” tanya doktor tersebut.
“ Ja, tolong aku. Anak aku tiba-tiba je pengsan. Aku tak tahu sebab apa.” Fareez kelihatan cemas. Doktor yang bernama Anyza itu melihat keadaan Amirul yang lemah. Qaseh hanya memandang doktor yang sedang memeriksa keadaan Amirul. Dr.Anyza memandang Fareez dan tersenyum.
“ Anak kau tak apa-apa. Cuma keadaan dia lemah sikit. Tak apalah. Aku bawak dia masuk dalam dan check apa-apa yang patut. Mana tahu ada penyakit apa-apa ke. Tapi harap-harap tak adalah, kan?” Fareez sedikit lega dengan kata-kata Dr. Anyza. Qaseh tersenyum memandang doktor itu. Dr.Anyza tersenyum kembali.
“ Boleh aku tahu siapa ni?” tanya Dr.Anyza.
“ Wife aku. Kenalkan Qaseh. Qaseh, ni Dr.Anyza.” mereka sama-sama bersalaman. Cantiknya isteri dia! Kata hati Dr.Anyza.
“ Qaseh ikut Dr.Anyza, ya? Abang nak pergi parking kereta.” Arah Fareez. Qaseh mengangguk. Fareez terus sahaja menuju ke keretanya. Dr.Anyza menolak kerusi roda Amirul menuju ke wad Pediatrik iaitu wad yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Qaseh hanya membuntuti doktor wanita itu.
“ Qaseh duduk dulu kat sini. Saya bawa Mirul masuk ke dalam.” Qaseh melabuhkan punggung di atas kerusi yang ditunjukkan oleh Dr.Anyza. Tidak lama kemudian, Fareez muncul di wad tersebut.
“ Macam mana dengan keadaan, Mirul?” tanya Fareez. Qaseh menggeleng. Dia hanya mengeluh.
“ Dr.Anyza tak keluar lagi.” Fareez menyandarkan badan ke kerusi apabila mendengar kata-kata Qaseh. Seorang jururawat menuju ke arah mereka berdua.
“ Boleh saya tahu siapa ibubapa Amirul Farhan disini?” tanya jururawat yang memakai tag nama, Ita. Kesemua ibubapa pesakit yang ada di situ memandang jururawat tersebut. Fareez dan Qaseh segera bangun dan menerpa ke arah jururawat itu.
“ Kami berdua. Kenapa, nurse? Is there something wrong with my son?” tanya Fareez tidak sabar. Jururawat itu tersenyum. Qaseh memegang lengan Fareez dengan kuat.
“ Dr.Anyza nak jumpa Encik dan Puan. Mari ikut saya ke biliknya.” jururawat itu berkata. Qaseh dan Fareez sama-sama membuntuti jururawat itu. Sampai sahaja dihadapan bilik yang tertulis nama Dr.Anyza, jururawat tersebut mengetuk dan membuka pintu bilik tersebut.
“ Dr., mereka dah ada di luar.” Kata jururawat itu.
“ Jemput dia orang masuk. Ita, tolong berikan hemoglobin. Katil 12, ya?” arah Dr.Anyza. Jururawat tersebut hanya menganggukkan kepalanya. Jururawat itu keluar.
“ Encik dan Puan silakan masuk.” Jururawat itu memegang tombol pintu dan membenarkan mereka berdua masuk. Terjengul wajah Qaseh. Kemudian diikuti oleh Fareez. Dr.Anyza tersenyum memandang suami isteri itu.
“ Silakan duduk.” Dr.Anyza mempersilakan mereka duduk. Qaseh menarik kerusi dan melabuhkan punggung. Fareez duduk bersebelahan dengan Qaseh. Mata mereka tertuju ke arah Dr.Anyza. Dr.Anyza membuka fail dihadapannya. Dahi Dr.Anyza berkerut-kerut. Ditutup semula fail yang berwarna kuning cair itu.
“ Aku harap kau orang berdua tabah menerima berita ni.” Dr.Anyza membuka cermin mata. Memandang dengan penuh simpati ke arah dua orang dihadapannya kini.
“ Kenapa dengan anak aku, Ja?” tanya Fareez. Semakin cemas dengan kelakuan Dr.Anyza yang hanya mendiamkan diri.
“ Ni adalah keputusan melalui pemeriksaan yang dilakukan. Aku dapati…kedua buah pinggang anak kau dah tak berfungsi.” Kata-kata Dr.Anyza itu melemahkan seluruh urat kaki Fareez. Qaseh menekup mulutnya. Air mata menuruni membasahi pipi. Kenapa nasib Amirul jadi begini? Air mata Fareez bertakung di tubir mata. Fareez memandang Dr.Anyza dengan pandangan yang kabur.
“ Kau tipu aku, Ja. Kau tipu aku, kan?” Fareez tidak mahu mempercayai kebenaran. Dr.Anyza menggeleng.
“ Aku tak tipu kau, Fareez. Ini buktinya.” Fail dihadapan Dr.Anyza ditolak ke depan Fareez. Fareez membacanya.
“ Kau tipu aku.” Kata Fareez lagi seolah-olah tidak mahu berhadapan dengan hakikat sebenar.
“ Buat apa aku nak tipu kau? Aku tak boleh main-main pasal penyakit orang. Keputusan ni dikeluarkan oleh mesin sendiri. Mesin yang menganalisa penyakit anak kau ni. Aku doktor. Aku tak boleh tipu. Kalau itu adalah benar, aku akan katakan perkara yang benar.” Hujah Dr. Anyza. Tidak suka dianggap sebagai penipu. Dia bukan begitu. Sebagai seorang doktor yang berkaliber, dia harus memberitahu perkara sebenar.
Fareez tahu itu keputusan yang benar. Tiada silap. Fareez menggeleng. Qaseh mengambil fail tersebut dan dibacanya. Amirul baru sahaja mencapai umur 12 tahun. Tahun ini adalah tahun yang penting buatnya. Tahun penentu ke sekolah mana yang sesuai. Fareez mengetuk dahinya berkali-kali.
“ Abang, Dr. Anyza takkan tipu kita.” Ujar Qaseh. Menenangkan suami dan doktor yang merawat anak mereka daripada saling bertingkah.
“ Tak ada jalan lain ke, Dr.? Untuk selamatkan Mirul.” Tanya Qaseh. Dr.Anyza tersenyum hambar.
“ Ada, pembedahan. Kita perlu cari organ donor yang sesuai dengan darah Mirul.” Jelas Dr.Anyza. Qaseh dapat rasakan Amirul akan pulih seperti sediakala. Tetapi dimanakah mereka hendak mencari penderma buah pinggang yang sesuai untuk Amirul?
“ Tapi, Ja…Dia akan ada satu buah pinggang jelah?”
“ Setiap manusia boleh hidup dengan satu buah pinggang saja. Tapi kita harap adalah organ donor akan mendermakan organnya secepat mungkin. Kita tak boleh bertangguh. Takut nanti melarat.” Kata Dr.Anyza. Fareez gelisah di duduknya. Di mana hendak mencari penderma organ dalam masa yang singkat?
“ Cuba kau periksa darah aku. Manalah tahu, buah pinggang aku sesuai dengan Mirul.” Kata-kata Fareez mengukir senyuman di bibir Dr.Anyza. Ada seorang jururawat yang membuka pintu bilik Dr.Anyza. Jururawat tersebut menyerahkan satu fail kepada Dr.Anyza.
“ Dina, tolong ambilkan jarum. Saya nak ambil darah Encik ni.” Arah Dr.Anyza. Jururawat yang bernama Dina itu segera keluar dari bilik Dr.Anyza dan sebentar kemudian dia datang semula dengan membawa barang-barang keperluan untuk mengambil darah. Dr.Anyza menyuruh Fareez membaringkan diri di atas katil yang disediakan khas di dalam biliknya. Dia mencuci tangan dengan sabun untuk menghilangkan bakteria dari tangannya. Kalau ada bakteria, nanti lain pula penyakit yang akan timbul. Selepas mengambil darah, Dr.Anyza menyerahkan tiub yang berisi darah itu kepada penolong jururawatnya, Dina.
“ Tolong bawak ni ke lab, ya. Saya perlu tahu result hari ni jugak.” Dr.Anyza mencuci tangan dan segera duduk di kerusinya semula. Jururawat itu segera menuju ke makmal untuk memeriksa darah Fareez. Sambil menunggu keputusan darah yang baru dihantar untuk diperiksa itu, mereka bertiga menunggu dengan kegelisahan.
40 minit kemudian, jururawat itu datang semula bersama keputusan di tangan. Diserahkan slip keputusan kepada Dr.Anyza. Dr.Anyza meneliti slip tersebut. Dikerutkan dahi. Kemudian memandang Fareez.
“ Aku mintak maaf, Fareez. Darah kau tak match dengan darah anak kau.” Fareez menyandarkan diri ke kerusi yang diduduknya.
“ Dr., mungkin darah saya sama dengan darah Mirul.” Kata Qaseh tiba-tiba. Dr.Anyza tersenyum.
“ Qaseh nak cuba?”
“ Boleh jugak.”
“ NO! No…No…No…” kata Fareez sambil menggelengkan kepala. Qaseh dan Dr.Anyza sama-sama memandang Fareez.
“ Kenapa, Bang?”
“ Abang tak benarkan.”
“ Tapi, Bang….Mungkin darah Qaseh sama dengan darah Mirul.” Rayu Qaseh. Masih cuba melembutkan hati suaminya.
“ Abang kata tak boleh, tak bolehlah.” Fareez tetap dengan katanya. Membantah cadangan Qaseh.
“ Kenapa kau tak benarkan? Kau nak selamatkan anak kau, kan? Mana tahu, Qaseh boleh selamatkan Mirul.” Kata Dr.Anyza. Turut cuba memujuk Fareez. Fareez mengeluh.
“ Boleh aku cakap dengan kau kejap? Kat luar.” Fareez segera bangun dan keluar dari bilik itu. Dr.Anyza membuntuti Fareez.
“ Kenapa dengan kau ni, Fareez?”
“ Kau nak tahu sebab apa aku tak bagi dia ambil darah? Sebab aku tak nak menyusahkan dia. Dah banyak kali aku sakitkan hati dia. Aku tak sanggup kehilangan dia. This is my final decision. Aku takkan benarkan dia ambil darah.” Jelas Fareez. Dr.Anyza tersenyum dan mengangguk. Mereka masuk semula ke dalam bilik itu. Qaseh pelik. Apa yang dicakapkan oleh mereka berdua sehinggakan dia tidak boleh mendengar perbualan mereka berdua? Tapi dia pura-pura tidak mahu ambil tahu.
“ Macam mana, Dr.? Boleh ambil darah saya?”
“ Maafkan saya, Qaseh. Saya tak boleh ambil darah awak. Fareez tak bagi saya ambil darah awak. Tapi, awak jangan risau. Saya pasti dapat cari organ donor untuk Mirul.” Janji Dr. Anyza. Qaseh tersenyum tetapi hatinya sedikit pun tidak lega dengan jawapan Dr.Anyza. Mesti ada sesuatu yang dikatakan oleh Fareez kepada Dr.Anyza sehingga Dr.Anyza mengubah fikirannya.
Dr.Anyza mengiringi mereka berdua sehingga ke lobi. Qaseh bersalaman dengan Dr.Anyza. Dr.Anyza mengenggam erat jari jemari Qaseh. Fareez turut bersalaman dengan rakan seuniversitinya dahulu.
“ Aku nak pergi jumpa Dan.” Ujar Fareez. Dr.Anyza mengangguk.
“ Aku tahu. Dia beritahu aku pagi tadi.” Kata Dr.Anyza. Rashdan dan Dr.Anyza merupakan pasangan kekasih yang mendapat title ‘couple of the year’. Mereka sangat mesra dan begitu rapat. Kemana sahaja pasti berdua. Walaupun mereka bukan mengambil kursus yang sama dan masa yang diluangkan bersama sangat terhad tetapi itu tidak dijadikan alasan untuk merenggangkan hubungan yang sudah terbina hampir 5 tahun. Kini, mereka telah pun menjadi pasangan suami isteri dan mempunyai 3 orang cahaya mata dari hasil perkahwinan mereka.
Fareez sempat melambai ke arah Dr.Anyza. Mereka berdua berjalan ke tempat letak kereta. Fareez segera menghidupkan enjin keretanya dan menderum pergi meninggalkan perkarangan hospital.
“ Qaseh nak Abang hantar ke tempat kerja?”
“ Tak apalah, Bang. Qaseh dah telefon Fern kata Qaseh ambil cuti hari ni. Qaseh balik nak ambil baju Mirul. Lepas tu, datang balik ke hospital. Kesian kat Mirul, Bang. Tak biasa tinggal di hospital.” Kata Qaseh. Fareez tersenyum dan menghantar Qaseh pulang ke rumah. Dia pula harus segera berjumpa dengan Rashdan.
BAB 31
SEORANG lelaki yang segak berpakaian kot sedang menunggu pelanggan. Di kerusi sebelahnya diletakkan beg bimbit yang penuh dengan fail-fail pelanggan. Kedatangan pelanggan ini tidak kunjung tiba. Datangkah atau tidak jadi, terdetik sesuatu di hati lelaki tersebut. Tiba-tiba, bahunya ditepuk. Terkejut dia dengan kedatangan pelanggan yang ditunggu-tunggu.
“ Lama kau tunggu?” tanya Fareez. Rashdan mengurut dada. Nasib baik dia tidak ada sakit jantung.
“ Tak adalah lama. Baru sejam.” Sindir Rashdan.
“ Sorry, lambat sikit. Aku hantar wife aku balik rumah dulu.” Jelas Fareez. Rashdan menghirup sedikit minuman dihadapannya.
“ Tak apa. Aku pun baru je lepas jumpa client.” Ujar Rashdan. Seorang pelayan restoran tersebut mendekati mereka berdua. Selepas mengambil pesanan mereka, pelayan tersebut beredar dari situ.
“ Mana surat tu?” tanya Rashdan. Fareez mengeluarkan surat yang berlipat dari kocek seluar. Rashdan membuka sampul surat dan membaca isi kandungan yang tertera di dalam surat tersebut. Teliti Rashdan membaca surat tersebut.
Memang Rashdan sudah mengagak bahawa perempuan ini akan membawa masalah besar kepada Fareez satu hari nanti. Sudah berbuih mulut Rashdan dan Zikri menasihati Fareez supaya menjauhkan diri daripada Shilea. Tetapi lelaki itu tidak mahu mengikuti nasihat mereka. Inilah sebabnya. Selepas bercerai, hendak berebutkan anak pula. Kalaulah kekasih lama Fareez masih hidup, agaknya mereka sudah hidup aman bahagia. Tetapi Rashdan tahu. Itu sudah ketentuan hidup Fareez. Dia sebagai seorang manusia tidak dapat mengelak daripada diuji.
Fareez sedang dilanda kerisauan. Amirul belum lagi menjalani pembedahan. Kes ini sudah dibawa ke mahkamah. Dapatkah Amirul menghadiri hari perbicaraan kes hak penjagaannya nanti? Sempatkah dia sembuh? Fareez meraup rambutnya ke belakang. Seketika kemudian, Rashdan berkata sesuatu. Fareez memandang sahabatnya itu.
“ Hmm…Nanti aku balik ofis aku kaji balik kes ni. Sebab bagi aku kes ni berat. Kau jaga Mirul daripada Mirul bayi lagi. Tapi, Shilea pun berhak jugak sebab Shilea ibu kandung kepada Mirul. Lagipun, he’s under age. Selalunya budak-budak under age ni, dia orang berikan keutamaan hak penjagaan kepada ibu.” Jelas Rashdan.
“ Please, Dan. Kau kena tolong aku. Aku tak nak bagi Mirul pada Lea. Nanti entah apa jadik kat anak aku. Kau tau lah kan? Si Fauzi tu. Bukan boleh dipercayai. Bila anak aku dah besar nanti, entah apa yang dihasutkan, rosak pulak budak tu. Aku mintak tolong sangat-sangat dengan kau ni.” Rayu Fareez. Dia benar-benar berharap Rashdan dapat menolongnya.
“ Aku nak kena tanya partner aku kat firm tu. Dia banyak buat kes-kes macam ni. Aku rujuk balik kat dia.” Kata Rashdan sambil matanya meneliti surat yang berkertas putih dan bertaip hitam dihadapannya itu. Dilurutkan dagu. Seperti berfikir sesuatu.
“ Aku tak kisah macam mana kau nak buat. Asalkan Mirul tak terlepas dari tangan aku.” Kata Fareez lagi.
“ Kau jangan risaulah, Fareez. Aku akan pastikan Lea tak dapat Amirul.” Janji Rashdan kepada Fareez. Perasaan Fareez sedikit lega mendengar kata-kata Rashdan.
Makanan yang dipesan oleh mereka berdua sudah siap terhidang di atas meja. Rashdan menjamu selera dengan lahap. Tidak dipedulikan meja sebelah yang memerhatinya kerana makan dengan gelojoh. Mungkin mereka berfikir, orang ini pakaian sahaja yang cantik tetapi cara makannya seperti ‘buruk lantak’. Rashdan tidak peduli dengan kata-kata orang disekelilingnya. Dia harus mengisi perut yang berbunyi dengan cepat kerana dia perlu berjumpa dengan pelanggan.
“ Wei…Macam mana dengan Zeke sekarang? Dah lama aku tak jumpa dia.” Kata Rashdan sambil menyuap nasi ke mulutnya.
“ Dia ok. Tapi kau tau kan dia dah nak dapat anak kedua?”
“ Tak pulak. Tak ada siapa beritahu aku pun.”
“ Nad tengah mengandung sekarang.”
“ Anak first?”
“ Baby girl. Hope kali ni dapat baby boy pulak.” Kata Fareez bersungguh-sungguh. Seperti dia pula yang sedang menunggu kelahiran anaknya. Fareez tersenyum.
“ Kau bila lagi? The second time.” Usik Rashdan.
“ Tunggulah. Bila Qaseh dah bersedia.”
“ Itulah kau. Mungkin Qaseh tu dah lama bersedia. Masalahnya datang daripada kau sendiri. Walau macam mana pun, aku harap Mirul sentiasa akan jadik milik kau.” Kata Rashdan. Memberi harapan baru kepada Fareez.
“ Thanks, Dan.”
“ So, sekarang ni kau dah tak sambut Valentine lagilah?” tanya Rashdan. Fareez mengeluh perlahan. Dia menggeleng.
“ Tak. Qaseh tak suka sambut. Dulu dengan Shilea, aku memang sambut. Tapi sekarang dengan Qaseh, susah sikitlah. Kau dengan Ja tak sambut?” Fareez berkata-kata sambil menghirup air Nescafe Ais dihadapannya.
“ Tak. Aku memang tak suka. Ja pun tak suka. Sebab Valentine ni hari untuk memperingati kekasih bagi orang Kristian. Kita orang Melayu. Lebih-lebih lagi, orang Islam. Kita tak patut menyambutnya.” Terang Rashdan. Terangguk-angguk Fareez mendengar penjelasan Rashdan. Perasaan malu timbul di hati kerana dahulu pantang sahaja hari memperingati kekasih ini tiba, dia pasti akan bersedia lebih awal untuk menyambutnya.
Fareez dan Rashdan berebut hendak membayar makanan tengah hari mereka. Rashdan terpaksa mengalah pada Fareez. Memang dari dahulu lagi Fareez suka menang. Dalam sukan, dia juara. Dalam memilih kekasih pun, dia adalah pemenangnya. Tetapi dalam memilih isteri, Fareez tetap kalah pada Raja Zikri dan Rashdan.
“ Oklah, Fareez. Nanti apa-apa hal aku call kau.” Kata Rashdan.
“ Bila tu?”
“ Dalam minggu ni jugak. Kau dah nak naik court kan?” tanya Rashdan. Fareez mengangguk pantas.
“ Kau tunggu jelah call daripada aku.”
“ Cepat sikit tau, Dan.”
“ Iye, aku tahu. Oklah. Aku blah dulu.” Ujar Rashdan. Selepas bersalaman, Fareez berjalan ke arah kereta.
Tiba-tiba, pintu keretanya ditolak dan tertutup kembali.
“ Apa yang kau nak daripada aku, hah?” tanya Fareez garang. Lelaki dihadapannya tersenyum sinis.
“ Aku tahu kau jumpa dengan lawyer pasal hak penjagaan tu, kan?” tanya lelaki itu pula. Soalan dijawab dengan soalan.
“ Apa kau peduli? Ni bukan hal kau lah, Fauzi. Kau balik pergi jaga bini kau tu je. Kau orang laki bini suka sangat mengacau hidup aku. Kenapa?” darah Fareez sudah mendidih. Meluat dia melihat wajah itu. Perampas isteri orang.
“ Aku bukanlah nak kacau kau tapi aku nak beritahu kau satu perkara. Tentang wife kau yang kau sayang sangat tu.” Kata Fauzi. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman sinis.
“ Apahal dengan dia?”
“ Aku terjumpa dia 2-3 hari lepas. Nampak mesra sangat dengan sorang lelaki. Kalau lelaki muda tak apalah jugak. Ni dengan lelaki tua pun dia nak sapu.” Fauzi pura-pura gelak. Dada Fareez turun naik. Dicekak kolar baju Fauzi dan hanpir-hampir muka Fauzi menjadi sasaran penumbuk Fareez.
“ Apa kau nak buat ni?” tanya Fauzi cemas.
“ Kau pergi dari sini sekarang jugak. Aku dah tak nak tengok muka kau. Pergi sekarang sebelum muka kau lebam aku kerjakan. Pergi!” Fareez memarahi Fauzi dihadapan orang yang sedang lalu lalang dikawasan tersebut. Fareez melepaskan kolar baju Fauzi. Lintang pukang Fauzi lari menyelamatkan diri. Fareez masuk ke dalam perut kereta. Marahnya masih ada. Diketuk stereng kereta dengan tangan. Rasa berdenyut-denyut tangan apabila dia mengetuk terlalu kuat.
-‘Sanggup dia mengkhianati kepercayaan aku!’
-‘Kau tak patut percayakan kata-kata pengkhianat tu.’
-‘Tapi, aku rasa Fauzi tak menipu.’
-‘Kau rasa saja. Kau sendiri tak pasti samada benar atau tidak’.
-‘Apa yang perlu aku buat?’
-‘Tanya Qaseh perkara yang sebenarnya.’
-‘Bagaimana kalau dia masih menipu aku?’
-‘Kau tak tanya lagi, bagaimana kau tahu dia bercakap benar
atau tidak.’
-‘Tak mustahilkan kalau Qaseh curang kepada aku sekali lagi.’
-‘Kenapa kau suka sangat mengandaikan sesuatu?’
-‘Dia pernah lakukan perkara yang sama kepada aku dulu.’
-‘Itu dulu. Sekarang dia tak pernah keluar lagi dengan mana-mana
lelaki.’
-‘Kenapa dengan lelaki tua?’
-‘Kenapa kau suka sangat percaya kata-kata orang, hah?’
-‘Tapi,….’
-‘Usah kau fikirkan lagi. Pergi saja tanya kepadanya.’
Fareez bertelagah dengan fikirannya sendiri. Ada setengah berfikiran positif dan yang setengah lagi negatif. Tapi, dia akan cuba bertanya perkara sebenar kepada Qaseh. Selepas itu, barulah dia boleh membuat andaian. Dia terus sahaja menuju ke rumah. Sesampai sahaja dihadapan rumah, kereta Qaseh tiada. Mungkin Qaseh ke hospital. Fareez menghidupkan enjin keretanya dan terus sahaja menderum menuju ke hospital.
Fareez membuka pintu bilik wad 271. Dilihatnya Amirul terbaring lesu. Qaseh sedang leka menonton televisyen. Fareez masuk ke dalam bilik wad tersebut sambil menjinjing satu beg plastik yang berisi buah-buahan. Qaseh menyambut beg plastik tersebut lalu membukanya. Dikeluarkan buah epal 2 biji dan Sarah segera ke bilik air untuk mencuci buah tersebut. Selepas itu dibuang kulit dan dipotong kecil-kecil. Senang untuk Amirul mengunyah. Semasa Qaseh sedang leka melakukan kerja-kerjanya, Fareez bertanyakan soalan yang bermain-main di fikirannya.
“ Qaseh ada kemana-mana 2-3 hari lepas?”
“ Tak adalah, Bang. Qaseh siapkan projek yang syarikat Qaseh kena handle. Kenapa Abang tanya macam tu?” pelik dengan pertanyaan Fareez. Qaseh mula rasa tidak sedap hati.
“ Ada orang beritahu Abang yang Qaseh keluar berjumpa dengan seorang lelaki. Boleh Abang tahu siapa dia?” Fareez menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan Qaseh. Terhenti segala kerja memotong buah.
“ Bila orang tu jumpa, Bang?”
“ Dia kata 2-3 hari lepas. Dia kata Qaseh siap pegang tangan lagi dengan lelaki tu.” Ada nada cemburu.
“ Oh! Qaseh jumpa dengan atuk.” Ujar Qaseh sambil tersenyum.
“ Ye ke?” lega hati Fareez apabila Qaseh berkata begitu.
“ Boleh Abang tahu kenapa Qaseh jumpa atuk?”
“ Atuk kata ada hal penting yang atuk nak bincangkan dengan Qaseh. Dia suruh Qaseh pergi rumah Mak Ngah Idah. Tapi Qaseh kena pergi ambil Atuk kat restoran.” Qaseh meletakkan buah-buahan yang dipotongnya ke dalam pinggan. Fareez mengambil seulas dan disuapkan ke mulut.
“ Kenapa Qaseh ambil Atuk kat restoran?” tanya Fareez.
“ Atuk baru lepas jumpa kawan dia. Tapi dia nak Qaseh jemput dia.” Jelas Qaseh. Terangguk-angguk Fareez mendengar penjelasan daripada mulut wanita itu.
“ Ummi dan Walid dah datang?” tanya Fareez lagi.
“ Dah, Bang. Dia orang cadang nak tunggu Abang. Tapi Qaseh suruh dia orang balik. Ummi nampak letih sangat. Dia kan baru je balik dari overseas. Dah kena datang ke hospital. Qaseh minta Ummi dan Walid balik berehat. Mungkin petang nanti, baru dia orang datang semua.” Kata Qaseh. Fareez tersenyum dan melepaskan keluhan.
AMIRUL bangun dari tidurnya dan memandang lesu wajah kedua ibubapanya. Qaseh mengusap rambut Amirul yang agak keperangan itu. Warna semulajadi rambutnya. Amirul tersenyum lemah. Fareez mengucup dahi anak tunggalnya itu.
“ Mirul nak makan?” tanya Qaseh lembut. Amirul mengangguk perlahan.
“ Mirul nak makan apa?” tanya Qaseh lagi.
“ Mirul nak nasi.” Amirul bersuara masih lemah. Fareez menekap belakang telapak tangannya ke dahi Amirul. Masih panas. Pagi tadi, suhu badan Amirul meningkat sehingga 120 darjah Celsius. Qaseh segera turun ke cafeteria untuk membeli nasi. Seketika kemudian, Qaseh kembali ke bilik wad tersebut. Dia membuka bungkusan nasi yang baru sahaja dibelinya sebentar tadi.
“ Mama belikan nasi favourite Mirul. Makan banyak sikit, ya?” disuap nasi tersebut ke mulut Amirul menggunakan tangannya. Terharu Fareez melihat Qaseh menjaga Amirul. Dijaga anak kecil itu seperti sebahagian daripada dirinya. Disuap nasi tersebut sehingga habis. Selepas itu, Amirul diberi pula makan ubat yang diberikan oleh jururawat.
Hampir seminggu Amirul terlantar di hospital. Masih tiada penderma organ yang sanggup hendak mendermakan organnya kepada Amirul. Dr.Anyza menasihatkan mereka jangan berputus asa. Selalu juga Raja Zikri dan Tengku Nadirah datang melawat Amirul. Rashdan pun kadangkala datang menjenguk anak Fareez. Selepas Dr.Anyza membuat pemeriksaan terhadap Amirul, Fareez lebih banyak termenung. Qaseh tahu apa yang sedang bermain di fikiran Fareez. Sesekali dipandang wajah Amirul yang masih kelihatan lesu. Tiba-tiba badan Fareez terhinggut-hinggut. Qaseh melihat Fareez dengan kerutan di dahi. Dia mendekati suaminya itu.
“ Abang….” Panggil Qaseh lembut.
“ Abang….” Panggil Qaseh sekali lagi. Fareez masih berkeadaan seperti tadi. Tiada respon dari suaminya itu. Qaseh mendekati Fareez dan memegang bahu Fareez.
“ Abang tak tahu nak buat apa lagi, Qaseh. Abang kena pergi ke mahkamah minggu depan. Mirul masih belum sembuh.” Fareez meluahkan kerisauannya. Qaseh mengeluh.
“ Kita harap Mirul akan cepat sembuh.” Kata Qaseh sambil menggenggam erat jari jemari Fareez. Terasa semangat baru meresap ke dalam dirinya. Semangat yang diberikan oleh Qaseh.
Dr.Anyza datang membuat pemeriksaan pada keesokkan harinya. Qaseh yang sedang memakaikan Amirul baju tersenyum sahaja memandang Dr.Anyza. Fareez keluar dari bilik air dan terkejut dengan kehadiran Dr.Anyza yang tersenyum simpul.
“ Kenapa dengan kau ni, Ja?” tanya Fareez. Dilap tangannya pada tisu yang disediakan di dalam bilik wad tersebut.
“ Aku dah dapat organ donor untuk Mirul.” Kata Dr.Anyza dengan senyuman semakin melebar di bibirnya. Qaseh mengurut dada lega. Nampaknya, Amirul ada peluang untuk sembuh. Fareez seperti tidak percaya dengan kata-kata Dr.Anyza.
“ Kau biar benar, Ja?”
“ Betullah. Takkan aku nak tipu pulak. Hari ni jugak kita akan lakukan surgery.” Kata Dr.Anyza sambil mencatat sesuatu diatas clipboard.
“ Syukur…Alhamdulillah.” Fareez mengucap. Qaseh mengucup dahi Amirul dengan penuh kasih sayang.
HARI yang ingin Fareez elakkan selama-lamanya telah tiba. Hari yang akan menentukan hak penjagaan Amirul dan juga hari yang akan menentukan perjalanan hidup Amirul samada lebih teratur atau sebaliknya. Qaseh lengkap berbaju kurung. Amirul sudah pulih seperti sediakala. Dia mula ceria. Kereta Fareez membelok masuk ke kawasan mahkamah. Qaseh dan Amirul keluar dari kereta. Fareez berjalan ke arah mereka berdua setelah memarkirkan keretanya. Shilea juga turut berpakaian baju kurung. Fauzi yang memeluk bahu isterinya itu tersenyum sinis memandang Fareez. Mendidih darah Fareez melihat kedua suami isteri itu. Shilea meluru ke arah mereka.
“ Mirul....sayang….Mama ni….” Kata Shilea yang cuba memeluk Amirul. Amirul melarikan diri daripada Shilea. Dia memeluk Qaseh.
“ Siapa ni, Mama? Dia nak peluk Mirul. Mirul tak sukalah.” Kata Amirul berterus terang. Fareez tersenyum sinis. Fareez memandang Amirul yang sedang memeluk pinggang Qaseh.
“ Kau tengok. Anak kau sendiri tak kenal siapa kau. Macam mana kau nak jaga dia?” Fareez berkata-kata sinis. Shilea mengangkat kening sebelah ala-ala Ziana Zain. Mulutnya terkumat-kamit.
“ Mirul…ni Mama Mirul….Mama yang kandungkan Mirul.” Kata Shilea. Masih cuba mendekati Amirul. Amirul mengalihkan pandangannya.
“ Mirul…Mirul tak kenal Mama?” tanya Shilea. Mahu menarik perhatian anak kecil itu.
“ Siapa dia ni, Mama? Bau dia busuk.” Kata Amirul. Hampir terburai ketawa Fareez mendengar kata-kata Amirul. Wangian yang dipakai oleh Shilea terlalu kuat. Menyebabkan Amirul mengatakan dia busuk.
“ Mirul…tak baik cakap macam tu. Itu Mama Mirul.” Ujar Qaseh cuba memujuk Amirul. Amirul menggeleng kepala.
“ Mama lah Mama Mirul. Bukan dia.” Kata Amirul lagi. Masih memeluk pinggang Qaseh dengan erat.
“ Mirul…Dengar cakap Mama….Salam Mama Mirul.” Pujuk Qaseh. Ditarik tangan Amirul dan baru sahaja hendak disuakan tangan itu kepada Shilea, Amirul menarik kembali tangannya dengan pantas.
“ Mirul kata Mirul tak nak, Mirul tak naklah.” Lagi erat pelukan Amirul kepada Qaseh. Fareez tersenyum melihat gelagat anaknya itu. Dia memang mesra dengan Qaseh. Semenjak pertama kali berjumpa.
“ Ok…Ok…Mama tak paksa Mirul.” Kata Qaseh cuba memujuk kembali anaknya itu. Kalau Amirul merajuk, mahu satu hari dia tidak akan menjamah sedikit pun makanan.
“ Maafkan saya, Shilea. Saya tak dapat paksa dia.” Kata Qaseh lembut. Shilea memandang Qaseh dari atas ke bawah. Qaseh pelik dengan pandangan Shilea. Tetapi dia cuba tersenyum ke arah wanita itu. Wanita itu hanya membalas dengan jelingan.
Rashdan yang baru sahaja tiba di perkarangan mahkamah, tersenyum ke arah Fareez dan Qaseh. Amirul berlari ke arah Rashdan dan menyalami lelaki itu. Rashdan mengusap kepala Amirul. Tersenyum sahaja dia melihat gelagat Amirul. Rashdan ingin menghadiahkan sebuah senyuman kepada Shilea tetapi perempuan itu memeluk tubuh dan memandangnya dengan satu pandangan yang amat menjelekkan. Rashdan tidak jadi meneruskan senyumannya. Dia menuju ke arah Fareez.
“ Jom. Kita masuk ke dalam.” Rashdan berkata. Dia menepuk bahu Fareez. Mereka bertiga masuk ke dalam mahkamah dan dibuntuti oleh Shilea dan Fauzi.
Masuk sahaja ke dalam dewan perbicaraan, Rashdan mengambil tempatnya dan Fareez duduk di sebelah Rashdan. Shilea dan peguamnya duduk di meja bersebelahan. Majistret masuk ke dalam dewan perbicaraan. Kesemua yang berada di dalam dewan berdiri untuk menghormati majistret selaku ketua mahkamah. Mereka semua duduk kembali. Setelah diberikan kebenaran, mahkamah memulakan perbicaraan kes mereka.
KEPUTUSAN mahkamah sudah dikeluarkan. Fareez lebih berhak menjaga Amirul memandangkan selama ini Amirul dijaga oleh Fareez. Amirul berlari-lari anak dan memeluk Ayahnya itu. Qaseh hampir menangis. Amirul beralih kepada Qaseh dan memeluk Mamanya pula. Shilea dan Fauzi mendekati mereka bertiga.
“ This is not going to end like this. I will fight for my right.” Kata Shilea berbaur ugutan. Fareez memandang sekilas.
“ What are you going to fight for? The decision has been made. Para juri dan majistret memilih I untuk menjaga Amirul. There’s no point for you…fighting for your so-called right. Kau sepatutnya menjaga dia daripada dia kecil lagi. Tapi, kau lari macam tu saja. And now you expect me to give Amirul to you. Just like that?” Fareez memetik jarinya dihadapan muka Shilea. Perasaan geram terhadap Shilea yang sudah sekian lama disimpan, hari ini terluah jua. Qaseh mengurut belakang Fareez. Menenangkan perasaan amarah suaminya. Darah Shilea bertambah mendidih.
“ Kau tunggu dan lihat saja. Aku akan hancurkan kau orang berdua.” Ugut Shilea. Fareez ingin sahaja melempang Shilea tetapi dia cepat tersedar bahawa dia masih berada di dalam kawasan mahkamah. Kalau dia melempang perempuan gila itu, sudah pasti dia akan didakwa.
“ Kau ingat aku takut dengan ugutan kau tu. Pergi jahanamlah dengan kata-kata kau. Aku sikit pun tak hairan.” Fareez seperti mengambil ringan dengan kata-kata Shilea. Shilea hanya menahan diri daripada berkata-kata lebih kasar.
“ Jaga kau.” Shilea masih mahu menakutkan mereka berdua.
“ Hei, Fauzi! Kau bawa balik saja isteri kau ni. Aku rasa dia dah gila. Baik kau bawak pergi check. Aku dah tak nak tengok muka kamu berdua. Jangan kau nak ganggu hidup kami bertiga. ” Fareez memberi amaran keras. Shilea mendengus kasar dan berlalu pergi bersama Fauzi. Sepanjang perjalanan daripada mahkamah ke rumah, kereta itu dihiasi dengan gelak ketawa Amirul. Suara riang kanak-kanak itu. Pertama kali Qaseh lihat Fareez turut bergelak ketawa bersama anaknya itu.
BAB 32
FAREEZ memarkirkan keretanya di dalam garaj di rumah kedua ibubapanya. Amirul melompat keluar dari kereta setelah Qaseh membuka pintu belakang kereta untuknya. Puan Sri Marlisa membuka pintu rumah dan segera mendakap cucu lelaki tunggalnya itu. Dibawa anak kecil itu masuk ke dalam rumah. Riuh rendah rumah Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa dengan suara mereka semua yang kegirangan melihat kepulangan Amirul. Qaseh tersenyum pada Fareez. Fareez memeluk bahu isterinya itu dan mereka sama-sama berjalan masuk ke dalam rumah.
“ Sekarang, dah lengkaplah keluarga ni.” Kata Tan Sri Firdaus. Kesemua mereka berwajah ceria.
“ Tak lengkap lagi, Bang.” Kata Puan Sri Marlisa sambil matanya melirik ke arah Qaseh. Mereka semua memandang wajah Puan Sri Marlisa dengan pelik. Qaseh juga tidak faham akan kata-kata ibu mentuanya itu.
“ Kenapa tak lengkap pulak?” tanya Tan Sri Firdaus.
“ Qaseh belum mengandung lagi.” Kata-kata Puan Sri Marlisa menyebabkan Qaseh tersipu-sipu malu.
“ Apa, Ummi?” tanya Fareez. Matanya terbeliak.
“ Selagi Qaseh tak mengandung, selagi itulah keluarga kita tak lengkap.” Ujar Puan Sri Marlisa. Fareez menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“ Qa…Qaseh…Qaseh lambat lagilah, Ummi.” Kata Qaseh tergagap-gagap. Dia begitu malu hendak bertentang mata dengan Fareez.
“ Alah….Kalau kamu cuba selalu, tak ada lambatnya. Ummi kepingin sangat nak main dengan cucu baru.” Puan Sri Marlisa masih tidak habis lagi mengusik mereka berdua. Mereka yang lain sudah mengekeh ketawa. Tan Sri Firdaus mengiakan kata-kata isterinya.
“ You have to work harder.” Kata Ikhwan sambil menepuk-nepuk bahu Fareez. Tersengih sahaja Fareez.
“ Kak Liza dan Kak Fit kan dah bagi Ummi cucu.” Kata Fareez. Qaseh tertunduk malu. Kanak-kanak yang sedang bermain sesama sendiri berhenti bermain kerana hendak mendengar perbualan orang-orang dewasa.
“ Apalah Ayah ni. Kalau Siti nak cucu lagi, Ayah dan Mama Qaseh kenalah cuba bagi Siti cucu.” Kata Fitri Adriana yang petah berkata-kata. Mereka semua ketawa besar. Wajah Qaseh merona merah.
“ Ana, cuba jangan menyampuk cakap orang tua.” Kata Ikhwan. Pura-pura marah. Mereka menyambung semula bermain sesama sendiri.
“ Makanan dah siap.” Laung Fitri Marlis.
“ Mak…Mummy….” Amirul berlari ke arah Fitri Shaliza dan Fitri Marlis. Mereka berdua tersenyum lebar. Lega anak kecil itu kembali ke pangkuan mereka semula.
“ Marilah makan.” Laung Fitri Shaliza pula. Mereka semua menuju ke arah ruang makan. Fitri Shaliza dan Fitri Marlis menyediakan makan tengah hari untuk mereka semua. Ikhwan memeluk bahu Fareez dan mereka beriringan menuju ke ruang makan. Qaseh berjalan di belakang sekali. Tiba-tiba dia terasa tangannya ditarik. Dia mengangkat muka memandang orang yang menarik tangannya itu. Tersenyum dia kepada Fareez sehingga menampakkan lesung pipit. Puan Sri Marlisa hanya tersenyum melihat gelagat kedua anak dan menantunya.
“ Wah!! Banyaknya kamu masak Liza.” Kata Tan Sri Firdaus.
“ Sekali-sekala Walid.” Fitri Shaliza berkata.
“ Ini semua sempena meraikan kepulangan Mirul kepada kita, Walid.” Ujar Fitri Marlis pula. Tan Sri Firdaus mengangguk perlahan dan tersenyum.
Mereka melabuhkan punggung di tempat masing-masing. Makan malam pada hari itu dipenuhi dengan gelak ketawa dan riuh dengan suara mereka bersembang. Qaseh turut tidak ketinggalan bersembang bersama.
“ PUAN ZHU nak jumpa saya?” tegur satu suara. Zhulianna segera memandang wajah putih bersih dihadapannya itu. Dianggukkan kepala perlahan-lahan.
“ Silakan duduk.” Zhulianna mempersilakan tetamu itu duduk. Zhulianna hanya mendiamkan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Qaseh sudah gelisah. Apa yang berat sangat hendak dikatakan oleh Zhulianna? Zhulianna tidak tahu bagaimana hendak mengatakan perkara ini kepada Qaseh. Dapatkah gadis itu menerima hakikat sebenar?
“ Puan Zhu…Puan Zhu…” panggil Qaseh, perlahan. Zhulianna tersedar dari lamunannya. Dia memandang wajah Qaseh dengan perasaan bersalah. Qaseh semakin pelik dengan kelakuan Zhulianna.
“ Qaseh…Apa yang Ib...Apa yang saya akan cakapkan ni, saya harap Qaseh dapat menerimanya.” Hampir sahaja Zhulianna hendak menyebut dirinya Ibu. Perasaan rindu terhadap anak tunggalnya itu begitu menggunung. Perasaan ini sudah lama dipendam tetapi dia masih ingat akan syarat-syarat Tuan Nizam.
“ Kenapa, Puan? Design yang saya tunjukkan pada Puan tu, Puan tak berkenan ke?” risau jika rekaannya menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pelanggannya. Zhulianna menggeleng pantas.
“ Design yang Qaseh buat untuk saya, sangat cantik. Bukan pasal projek yang saya nak cakapkan ni.” Zhulianna mengatur ayat yang mudah difahami oleh Qaseh. Qaseh mengerutkan dahi.
“ Pasal apa, Puan?” tanya Qaseh.
“ Pasal Qaseh.”
“ Saya? Kenapa dengan saya?” bertambah-tambah kerutan di dahinya.
“ Sebenarnya…Qaseh bukan anak Yasmin Zahirah.” Kata-kata Zhulianna menyebabkan Qaseh membeliakkan matanya.
“ Apa maksud, Puan? Saya anak Yasmin Zahirah dan Nizam.” Qaseh mula naik angin apabila orang berkata begitu tentang dirinya.
“ Memang ayah Qaseh adalah Nizam. Tetapi, ibu Qaseh bukan Yasmin.” Zhulianna menentang mata Qaseh yang mula bertakung dengan air mata.
“ Saya tak faham.” Qaseh mengelap air mata yang mula menuruni wajahnya. Zhulianna menundukkan muka. Qaseh memegang tangan Zhulianna perlahan. Wanita itu mengangkat semula muka memandang Qaseh.
“ Saya adalah ibu Qaseh yang sebenarnya.” Akui Zhulianna akhirnya. Qaseh menarik tangannya perlahan-lahan. Zhulianna cuba memegang tangan Qaseh semula tetapi tangan itu ditepis pantas.
“ Saya tak percaya cakap Puan.” Bukan sahaja Qaseh cuba menepis tangan Zhulianna tetapi dia juga cuba menepis hakikat yang datang menimpa dirinya.
“ Ibu lah yang melahirkan Qaseh.” Zhulianna masih cuba menyedarkan Qaseh. Pantas Qaseh menekup telinga. Zhulianna cuba menarik tangan Qaseh. Qaseh meronta-ronta tidak membenarkan ibu kandungnya menarik tangan dia. Zhulianna tidak sanggup melihat anaknya begitu sekali. Cuba untuk menepis hakikat yang datang menimpa diri.
“ Qaseh dengar dulu cakap Ibu.” Zhulianna masih memujuk Qaseh.
“ NO!” jerit Qaseh. Nasib baik tempat perjumpaan mereka bukan di khalayak ramai. Kalau tidak, sudah tentu malu Zhulianna.
“ Qaseh…” panggil Zhulianna lembut. Air matanya sudah berjuraian turun. Qaseh memandang tempat lain. Tidak mahu memandang muka wanita itu. Dia tidak percaya dan tidak mahu percaya akan kata-kata Zhulianna.
“ Puan dengar cakap saya. Walau siapapun ibu saya yang sebenarnya, saya tetap anak Yasmin Zahirah binti Yusman Zakaria.” Tegas Qaseh. Dia mula berdiri. Zhulianna cuba lagi untuk memegang tangan Qaseh. Dia mengelak dari tangannya disentuh. Qaseh segera beredar.
“ Qaseh…” pangil Zhulianna lagi. Tetapi Qaseh sudah jauh meninggalkan Zhulianna yang teresak-esak menangis di situ.
Qaseh menuju ke keretanya. Dia masuk ke dalam kereta tetapi enjin kereta tidak dihidupkannya. Dia menyandarkan kepala ke kerusi dan menangis sepuasnya. Tiba-tiba telefonnya berdering. Dijawab panggilan tersebut. Dilapnya pipi yang lencun.
“ Qaseh, Wad ni. Wad nak ajak Qaseh makan, boleh?” tanya Ashwad.
“ Awak tak faham lagi ke? Saya dah tak nak jumpa awak.” Qaseh sedaya-upaya cuba menolak ajakan Ashwad. Dia berkata-kata sambil menahan tangisan.
“ For the last time. Ada benda Wad nak cakapkan pada Qaseh.” Ashwad masih cuba memujuk gadis itu. Qaseh mendengus kasar. Akhirnya dia bersetuju. Ashwad menetapkan tempat perjumpaan mereka.
Qaseh menghidupkan enjin kereta dan menuju ke tempat yang dia harus berjumpa dengan Ashwad. Tiba sahaja dihadapan Restoran Swensens yang terletak di Subang Parade, Qaseh melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Qaseh menuju ke arah Ashwad. Ditarik kerusi untuk Qaseh. Qaseh melabuhkan punggung. Ashwad duduk bertentangan dengan Qaseh. Mata Qaseh seperti tidak bermaya kerana banyak menangis.
“ Kenapa awak nak jumpa saya?” tanya Qaseh. Dingin.
“ Qaseh…Qaseh tak apa-apa ke?” tanya Ashwad. Risau akan keadaan Qaseh.
“ Saya tak apa-apa. Please…straight to the point.” Qaseh malas hendak memanjangkan perjumpaannya dengan Ashwad.
“ Wad nak serahkan kad ni pada Qaseh.” Qaseh mengangkat mata dan memandang kad yang diletakkan dihadapannya. Dibuka sampul kad tersebut dan diteliti tulisan yang bertinta hitam. Qaseh tersenyum hambar.
“ Kenapa awak tak poskan kad ni?”
“ Wad nak, Qaseh orang yang pertama baca kad ni.”
“ Tahniah, Wad. Semoga berbahagia.” Kata Qaseh. Dimasukkan semula kad tersebut ke dalam sampul yang berbau wangi itu.
“ Kita tetap kawan, kan?” tanya Ashwad. Dia memegang tangan Qaseh. Qaseh mengangguk perlahan tetapi dia tidak cuba menepis tangan itu. Entah kenapa dia tidak ingin menepis tangan itu buat kali ini.
Ashwad memesan makanan.
FAREEZ membuka pintu bilik pejabatnya. Tersusun rapi bilik itu. Selalunya sebelum Fareez masuk, Hadirah akan mengemas biliknya itu. Fareez tidak boleh bekerja di dalam bilik yang semak. Segala kertas-kertas kerja tersusun di dalam satu almari yang dikhaskan. Hadirah meluru masuk ke dalam bilik pejabat Fareez. Terkejut Fareez dengan kehadiran Hadirah yang tiba-tiba itu.
“ Maafkan saya, bos. Saya tak tahu bos dah datang.” Ujar Hadirah sambil berjalan mendekati meja Fareez. Diletakkan cawan yang masih berwap berisi kopi ‘O. Fareez tersenyum kepada Hadirah. Dia mengambil cawan tersebut dan dihirup sedikit air kopi itu. Air yang Hadirah buat masih sama. Pekat dan manisnya masih sama. Semenjak berkahwin ini dia sudah jarang dapat minum air yang dibuat oleh Hadirah kerana sebelum dia ke tempat kerja, Qaseh mesti menyediakan sarapan untuk Fareez.
“ Tak apa. Saya memang sengaja datang awal hari ni. Didi, tolong ambilkan saya fail Sakura Enterpreneur.” Arah Fareez. Hadirah segera keluar dan sebentar kemudian dia datang semula dengan membawa fail yang diperlukan oleh Fareez. Fareez menyelak kertas-kertas di dalam fail tersebut. Hadirah hanya berdiri tercegat di situ. Dia memerhatikan ketuanya. Hari ini, Fareez nampak berlainan sekali.
“ Boleh tolong saya tak, Didi?” tanya Fareez sambil mendongak memandang Hadirah yang masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Hadirah tersedar dari lamunan. Fareez tersenyum memandangnya.
“ Boleh, bos. Ada apa yang bos perlukan?” tanya Hadirah.
“ Kenapa Didi pandang saya macam tu?” tanya Fareez pula.
“ Saya nampak bos lain sangat hari ni.” Kata Hadirah takut-takut.
“ Nampak lain macam mana tu?” tanya Fareez lagi.
“ Gembira. Berseri-seri.” Puji Hadirah.
“ Sesuatu yang menggembirakan telah berlaku. Tulah sebabnya saya nampak gembira.” Ujar Fareez. Hadirah mengangguk pantas.
“ Ada apa yang bos perlukan?” tanya Hadirah kembali.
“ Tolong panggilkan Azlan, ya?” arah Fareez.
“ Ada apa-apa lagi yang bos perlukan?”
“ Tak. Itu saja.” Hadirah mengangguk dan segera keluar dari bilik tersebut. Seketika kemudian, pintu bilik diketuk. Arahan masuk diberikan. Azlan menuju ke arah meja Fareez.
“ Encik Fareez panggil saya?”
“ Hah, Alan! Duduklah.” Azlan menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan bosnya itu. Fareez tidak berkata apa-apa.
“ Macam mana dengan projek Lembah Bayung Resort and Spa tu?” tanya Fareez. Dia begitu ambil berat akan projek yang diusahakan oleh syarikatnya. Tidak pernah lupa untuk menanya perkembangan terbaru.
“ Hmm…Projek tu hampir 85 percent siap.”
“ Another 15 percent?”
“ Kami tengah usahakan untuk menyiapkannya sehingga hujung bulan ni.” Kata Azlan yang sentiasa penuh keyakinan apabila berkata-kata. Azlan adalah orang kepercayaan Fareez untuk menguruskan projek-projek yang berkaitan dengan tempat pelancongan. Azlan mempunyai pengalaman yang luas dalam projek-projek sebegitu. Fareez mengangguk. Puas hati dengan kerja Azlan.
“ Jadi, awak dah jemput Cik Ferdia untuk buat interior?”
“ Sudah, Encik Fareez. Tapi wakil Ferdiana Interior yang dia orang hantar. Bukan Cik Ferdia sendiri. Katanya, dia dah ada projek dengan syarikat lain sebelum syarikat kita.” Jelas Azlan. Fareez mengangguk perlahan. Dilurutkan dagu.
“ Siapa nama wakil tu?”
“ Carmen Loo.”
“ Carmen Loo Kar Man?”
“ Agaknya kot. Saya tak tahu nama cina dia.”
“ Saya kenal dia. Dia kawan masa universiti saya dulu.” Fareez berkata.
“ Macam nilah. Awak tetapkan tarikh perjumpaan dengan Carmen. Nanti saya ikut awak untuk berbincang dengan dia.” sambung Fareez lagi. Dia menulis sesuatu di atas kertas dihadapannya.
“ Baiklah, Encik Fareez. Kalau ada apa-apa nanti, saya maklumkan pada Encik Fareez.” Ujar Azlan sambil menggoyangkan kerusi yang diduduknya itu. Fareez mengangguk perlahan.
“ Ada apa-apa lagi, Encik Fareez?” tanya Azlan.
“ Ok. Tak apalah, itu saja saya nak tahu.”
“ Boleh saya pergi sekarang, Encik Fareez?”
“ Ya.”
Azlan bangun dan menuju ke pintu bilik Fareez. Fareez membuka menghidupkan suis komputer ribanya.
“ Alan…” Azlan memusingkan kembali kepalanya memandang Fareez.
“ Ya, Encik Fareez?”
“ Let me be the first person you informed about the project when it is completed, okay?” kata Fareez.
“ Baik, Encik Fareez.” Azlan keluar dari bilik itu dan hampir-hampir berlanggar dengan seorang perempuan.
“ Maafkan saya, Cik…” Azlan terdiam. Bekas isteri bosnya itu. Memang perempuan itu tidak tahu berpakaian dengan lebih elok. Azlan memandang tidak berkelip. Shilea menjeling.
“ Gatalnya.” Marah Hadirah.
“ Puan Shilea ke tu?” tanya Azlan. Matanya masih melekap pada Shilea.
“ Ye la. Habis tu siapa lagi?”
“ Makin cantik pulak sekarang.”
“ Cantik ke?” tanya Hadirah kembali. Azlan tersengih.
“ Cantik lagi aku.” Kata Hadirah separuh berbisik.
“ Janganlah awak marah. Saya takkan terpikat pada dia. Awak tetap di hati saya.” Usik Azlan. Hadirah menjeling geram.
“ Awak tu pantang nampak perempuan cantik. Memang tak berkelipnya mata.” Hadirah mengetuk papan kekuncinya dengan laju. Tanda marah. Azlan tersenyum. Memang pantang Hadirah apabila dia nampak Azlan memandang perempuan lain.
“ Jangan awak risaulah. Saya ni tunang awak. Takkannnya ada orang nak berkenan kat saya. Saya kan dah berpunya.” Kata Azlan cuba memujuk Hadirah. Gadis itu menjeling sekali lagi.
“ Awak tu baru bertunang. Tak mustahil kalau ada orang rampas awak daripada saya. Sedangkan orang tua yang dah beranak pinak pun, ada orang nak.” Hujah Hadirah lantang. Azlan mencuit dagu Hadirah.
“ Jangan marah. Lunch sama, ya?”
“ Tengolah kalau saya rasa nak makan. Dahlah. Saya malas nak bertekak dengan awak. Nanti tak jalan pulak kerja saya.” Hadirah menaip sesuatu. Fareez perlukan surat itu secepat mungkin. Azlan tersenyum.
“ Takkan nak diet kot? Awak kan dah cukup slim.” Usik Azlan lagi.
“ Saya diet ni takut nanti tak muat pulak baju kahwin. Tempah mahal-mahal, nanti tak muat pulak.” Ujar Hadirah.
“ Kalau makan sikit, takkanlah dah naik berat badan tu. Awak gemuk ke, kurus ke, saya tetap sayang.” Kata-kata Azlan menggelikan hati Hadirah.
“ Itu awak kata sekarang. Tengoklah dah lepas kahwin nanti.” Hadirah berkata sambil menjeling manja.
“ Bolehlah…bolehlah….pleaseee….” rayu Azlan dengan wajah simpati yang sengaja dibuat-buat.
“ Yelah, yelah.” Akhirnya Hadirah mengalah.
“ Cayang awak.” Azlan berkata sambil tersenyum. Hadirah memandang sekilas ke arah tunangnya dan tersenyum kecil.
Kemudian, Azlan beredar dari situ dan menuju ke biliknya.
“ APA yang kau nak lagi?” tanya Fareez dengan perasaan amarah yang memuncak. Shilea tersenyum menggoda. Fareez meluat melihat perangai Shilea yang tidak pernah sudah hendak menggoda orang.
“ Kita perlu berbincang.” Shilea melabuhkan punggung ke atas sofa yang terletak di dalam bilik Fareez.
“ Bincang apa lagi? Our conversation is over. It’s over when you decide to leave both of us.” Fareez masih tidak berganjak dari kerusi kerjanya. Dia leka dengan kerja yang bertimbun di hadapannya.
“ About Amirul.”
“ You ni tak faham lagi ke? I dah tak nak berbincang pasal Amirul lagi. Dia milik I. You tak boleh sangkal hakikat itu.” Kata Fareez perlahan. Perempuan dihadapannya itu diam. Tidak berkata apa-apa.
“ I ada cadangan.” Kata Shilea tiba-tiba.
“ I tak nak dengar cadangan you. I nak you keluar dari pejabat I sekarang jugak sebelum I panggil security.” Ugut Fareez.
“ Dengar dulu cadangan I.” paksa Shilea.
“ Ok. Tell me what is your plan.”
“ Macam mana kalau, you ambil 6 bulan. Another 6 months, I will take care of him. Take turns.” Shilea mencadangkan sesuatu. Fareez seperti terkena kejutan elektrik terus berdiri dan menuju ke arah Shilea.
“ What? Take turns. You teruslah berkhayal.” Ejek Fareez.
“ I serius ni.”
“ I pun serius. You jangan nak harap dapat Amirul.”
“ You tak pernah ambil peduli pasal perasaan I kan?” Shilea sudah berdiri. Dia geram dengan sikap Fareez.
“ You pernah ambil peduli pasal perasaan I? Tak pernah kan? Jadi, kenapa harus I ambil peduli pasal perasaan you.” Fareez berkata kasar.
“ Please…6 bulan je. Tak lama.” Rayu Shilea lagi.
“ Tak lama kata you? Bagi I, 6 bulan dengan you bermakna 60 tahun lamanya.” Fareez berkata.
“ Kenapa you tak boleh bertolak ansur?”
“ Mahkamah dah buat keputusan. I am the real guardian. I will take care of him. Forever.” Ringan sahaja tangan Fareez hendak menampar Shilea. Perempuan ini tidak faham lagikah? Shilea merengek manja. Berdiri dan berjalan ke arah Fareez yang sedang membelakangkan Shilea. Diusap perlahan belakang Fareez. Berharap sentuhannya akan melembutkan hati Fareez yang sedang membara. Pantas Fareez menepis tangan itu.
“ Don’t you ever dare to touch me again.” Fareez berjalan semula ke meja dan duduk di atas kerusi empuk miliknya.
“ Kenapa you tak nak bagi I jaga Mirul? I can take good care of him. I boleh jaga dia lebih baik dari your new wife.” Shilea duduk di atas meja dan menyilangkan kakinya yang putih.
“ Get off my table, now.” Shilea masih tidak mempedulikan kata-kata Fareez. Dia memainkan rambut Fareez dengan tangannya.
“ You ni pekak ke? When I said, don’t touch me that means do not touch me.” Shilea melompat turun dari meja Fareez dan berjalan ke arah kerusi dihadapan meja Fareez. Dipusing-pusingkan kerusi tersebut.
“ You betul tak nak bincang lagi?” tanya Shilea sekali lagi.
“ Ya.” Fareez mengetuk papan kekunci komputer ribanya.
“ Then, I will destroy your marriage.” Apabila Shilea berkata-kata begitu, pantas Fareez memandangnya.
“ Apa maksud you?”
“ Isteri baru you dah curang dengan you. Itu pun you tak sedar lagi.”
“ Apa yang membuatkan you cakap macam tu?”
“ I nampak dia dengan mata kepala I sendiri. If I’m not mistaken, that man is your cousin. Ala….Handsome boy tu. Siapa nama dia? Lupa pulak I. Mmm…isn’t it Ashwad?” Shilea tersenyum sinis. Mata Fareez mencerlang ke arah Shilea.
“ I don’t believe you…you…you…scoundrel.” Mengigil tangan Fareez.
“ Simpanlah perasaan marah you tu. Here’s the proof. Dalam sampul tu, macam-macam tentang perangai isteri you, you boleh tahu.” Shilea membaling sampul surat coklat ke atas meja. Fareez memandang sampul itu tidak berkelip. Shilea tergelak cengil. Fareez berang.
“ Good luck. Bye, sayang.” Shilea terus sahaja keluar dari bilik itu setelah menyerahkan sampul surat yang berisikan bukti-bukti mengenai perbuatan Qaseh yang Qaseh lakukan di belakang Fareez.
BAB 33
DERUMAN enjin kereta kedengaran di garaj. Fareez mematikan enjin dan dia duduk termenung di dalam kereta. Hatinya membara melihat gambar-gambar tadi masih lagi ada. Dia mengeluh. Betulkah apa yang dilihatnya? Atau itu sekadar hendak mengaburi matanya? Dia sendiri tidak pasti. Fareez keluar dari kereta. Matanya meliar ke arah sekeliling garaj. Kereta Qaseh tiada. Kemanakah dia? Dia mengeluarkan beg bimbit dan kotnya yang diletakkan di kerusi belakang. Fareez membuka pintu rumah. Segera Fareez menuju ke tingkat atas. Dia perlu membuat perhitungan dengan Qaseh. Tetapi dia harus membersihkan dirinya dahulu dan bersolat. Selepas selesai bersolat Isyak, Fareez turun ke tingkat bawah dan menuju ke ruang tamu. Masih tiada tanda-tanda bahawa isterinya sudah pulang. Fareez memasang televisyen di ruang tamu. Fokusnya tidak tertumpu di kaca televisyen. Sekejap matanya memandang jam di tangan, sebentar kemudian memandang ke luar. Tertunggu-tunggu kepulangan Qaseh.
Qaseh tiba dihadapan rumah. Menekan butang yang membuka pintu pagar secara automatik. Qaseh masuk ke dalam rumah dengan menjinjing beg tangan dan beg bimbit serta beg-beg kertas yang berisi storyboard-storyboard pelanggan. Fareez pura-pura tidur. Qaseh mengalihkan pandangan ke arah ruang tamu apabila terdengar seperti suara orang sedang bercakap. Tiba-tiba telefon bimbit Qaseh berbunyi. Dia melihat nama pemanggil di skrin telefon. Dijawab panggilan tersebut.
“ Hello…” Qaseh amat mengenali suara itu.
“ Qaseh dah sampai rumah?”
“ Yup.”
“ Qaseh okay?”
“ Yup.” Ringkas sahaja jawapan Qaseh.
“ Wad harap Qaseh tak banyak berfikir tentang perkara ibu kandung Qaseh, ya?” nasihat Ashwad. Dia begitu ambil berat akan diri Qaseh.
“ Okay.” Jawab Qaseh.
“ Take care.” Pesan Ashwad.
“ Wad?” panggil Qaseh perlahan.
“ Ya?”
“ Terima kasih kerana menjadi pendengar setia.” Qaseh berkata.
“ No problem. Kita kawan, kan?”
“ Ya.”
“ Okay. Bye. Take good care of yourself.” Ujar Ashwad.
“ Okay. Thanks, Wad.” Mereka sama-sama mematikan talian. Qaseh tidak tahu Fareez mendengar perbualannya. Hati Fareez yang pada mulanya sejuk, kini membara kembali. Qaseh berjalan ke arah ruang tamu. Fareez hanya duduk diam tanpa berkata sepatah perkataan pun. Tidak jadi hendak berpura-pura tidur.
“ Abang tak tidur lagi?” tanya Qaseh. Dia melabuhkan punggung di sofa di sebelah Fareez. Tiada respon.
“ Awak ke mana?” tanya Fareez.
“ Qaseh baru balik dari kerja.”
“ Bercakap dengan siapa tadi?” tanya Fareez. Qaseh tergamam. Dia tidak tahu hendak memberi jawapan kepada suaminya.
“ Aku tanya ni. Kau bercakap dengan siapa tadi?” penggunaan bahasa Fareez mula kasar.
“ Qaseh bercakap dengan…dengan….” Tergagap-gagap Qaseh hendak menuturkan ayatnya.
“ KAU BERCAKAP DENGAN SIAPA TADI?!!” Fareez mula meninggikan suara. Kecut perut Qaseh mendengar suara Fareez yang lantang. Sudah lama dia tidak mendengar Fareez bersuara kasar. Apakah penyebabnya Fareez mula bertindak begitu?
“ Ashwad.” Qaseh hanya menundukkan wajahnya. Tidak berani hendak menatap wajah bengis Fareez.
“ Kau jumpa dia lagi?” tanya Fareez tetapi belum sempat Qaseh berkata sesuatu, ayatnya sudah dipintas oleh Fareez.
“ Aku memang dah agak. Memang inilah perangai sebenar kau. Mula-mula tunjuk baik. Lepas tu, tunjuk belang.” Mundar-mandir Fareez dihadapan Qaseh.
“ Tak cukup ke apa yang kau dapat daripada aku, hah?” jerkah Fareez. Qaseh terkejut. Air matanya mula bertakung di tubir mata. Perlahan-lahan jatuh menitis pipinya yang gebu itu.
“ Abang, sebenarnya…” Qaseh cuba memberitahu perkara yang sebenar. Fareez tidak mahu mendengar kata-kata Qaseh.
“ Ke sini kau.” Panggil Fareez. Qaseh masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Darah Fareez mula mendidih. Fareez mencengkam lengan Qaseh dengan kuat. Qaseh meronta-ronta.
“ Kau memang nak cabar kesabaran aku, ke?”
“ Abang, tolong lepaskan Qaseh. Sakit, Bang.” Merayu-rayu Qaseh meminta tolong. Fareez tidak mempedulikannya. Qaseh meronta-ronta.
“ Ooo…dengan aku pandai pulak sakit. Bila jantan tu pegang tangan kau, tak pulak kau kata sakit.” Marah Fareez. Diheret Qaseh menaiki tangga. Qaseh cuba memegang tangga tetapi tangannya terlalu licin. Dia terlepas. Fareez menendang pintu bilik Qaseh dan melempar Qaseh ke atas katil. Qaseh sudah teresak-esak. Fareez menutup pintu dengan kasar dan mengunci pintu tersebut. Perlahan-lahan Fareez mendekati katil itu. Qaseh berundur ke belakang.
“ Abang, tolonglah. Jangan buat macam ni. Qaseh boleh jelaskan perkara sebenar.” Qaseh masih cuba merayu daripada suaminya itu. Tetapi rayuannya bagaikan angin lalu. Fareez mencengkam tangan Qaseh dengan kuat. Fareez mula menindih badan Qaseh. Bajunya dikoyak dengan ganas. Apakah yang merasuk Fareez? Qaseh sendiri tiada jawapannya. Qaseh tahu dia tidak akan terdaya melawan kekuatan Fareez. Dia hanya menyerahkan segala-galanya. Malam itu, bukanlah seperti malam pertama Fareez mendatangi dirinya. Penuh kebahagiaan. Tetapi malam itu, penuh dengan kebencian dalam diri Fareez terhadap dirinya.
Fareez terbaring di sebelah Qaseh. Dia tertidur. Sudah puas Fareez kerjakan Qaseh seperti binatang. Air mata Qaseh seperti tidak mahu berhenti mengalir. Diusap rambut Fareez. Hatinya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Fareez bertindak sebegitu? Qaseh bangun dari perbaringannya. Dibuka pintu almari. Qaseh menarik keluar beg pakaian. Dia mengambil pakaian-pakaiannya dan dilipat kemas. Kemudian, dimasukkan ke dalam beg. Qaseh berjalan ke arah meja solek. Dikeluarkan sehelai kertas dan pen.
Selepas itu, Qaseh mengambil begnya dan berjalan keluar dari bilik tersebut. Dia menoleh semula dan memandang Fareez yang sedang nyenyak tidur. Air matanya turun lebih laju dari tadi. Ditutup semula pintu bilik itu. Qaseh berjalan pula ke arah bilik Amirul. Dibuka pintu bilik tersebut dan dipandang ke sekeliling bilik. Nasib baik Amirul tiada di rumah waktu itu kerana bermalam di rumah nenek. Amirul sememangnya tidak patut mendengar raungan Qaseh dan suara lantang Fareez. Ditutup semula pintu tersebut. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga. Qaseh mencapai kunci keretanya. Qaseh memasukkan beg pakaian ke dalam but kereta. Sekali lagi, matanya meneliti setiap inci di dalam rumah banglo itu. Rumah yang banyak meninggalkan kenangan buat dirinya. Kenangan pahit dan manis. Dia mula menghidupkan enjin dan menderum pergi. Dia tidak tahu ke mana arah tujuan yang pasti. Fikiran Qaseh buntu. Dia terus sahaja memandu tanpa arah yang pasti. Dia tidak pasti ke mana harus dia melangkah.
Fareez terjaga dari tidurnya apabila terdengar deruman enjin kereta. Dia melihat di sebelah. Tiada kelibat Qaseh. Tiba-tiba tangannya tersentuh satu surat. Fareez membetulkan duduknya. Digosok mata yang sedikit kabur. Cuba membaca tulisan bertinta hitam beserta kad kahwin. Fareez membaca kad kahwin tersebut. Nama pengantin lelaki itu seperti dikenalinya sahaja.
Abang,
Maafkan Qaseh kerana Qaseh meninggalkan Abang seperti ini. Tak minta izin daripada Abang. Tetapi Qaseh tak sanggup diperlakukan sebegini lagi. Qaseh ada perasaan. Qaseh juga manusia biasa. Kenapa Abang? Apa salah Qaseh? Apa yang Qaseh buat hingga menimbulkan rasa tidak puas hati Abang? Kalau betul Qaseh buat salah, Abang tegurlah Qaseh. Qaseh sayangkan Abang. Tapi bukan begini caranya Abang membalas kasih sayang Qaseh. Buat sementara waktu, Qaseh rasa lebih elok kita berpisah. Qaseh perlukan ketenangan. Benarkanlah Qaseh pergi mencari ketenangan itu. Qaseh juga berikan masa kepada Abang untuk Abang berfikir. Qaseh harus pergi jauh dari sini. Qaseh cintakan Abang. Abang percayalah cakap Qaseh. Qaseh dah tak ada perasaan pada Ashwad. Qaseh hanya menganggap dia sebagai sepupu Qaseh sendiri.
Abang,
Teruskanlah hidup Abang seperti biasa. Abang jangan risau akan keadaan Qaseh. Tahulah Qaseh menjaga diri. Benarkan Qaseh melihat Abang dari jauh. Benarkan Qaseh membayangkan senyuman yang terukir di bibir Abang. Benarkan Qaseh simpan kenangan gelak ketawa kita bersama. Qaseh akan sentiasa menyimpan kenangan kita bersama selamanya. Benarkanlah Qaseh membawa pergi sekeping hati milik Abang. Benarkan Qaseh menyimpan cinta Abang.
Abang,
Qaseh minta Abang percaya cakap Qaseh. Maafkan Qaseh, Abang. Qaseh tidak mahu terluka lagi. Biarlah Qaseh pergi mencari diri Qaseh yang sebenarnya. Qaseh menyintai Abang dan akan tetap menyintai Abang selama-lamanya. Janganlah Abang curigakan kasih sayang Qaseh ini. Ia tetap utuh dan sejati. Walaupun ada cabaran dan dugaan yang mendatang.
Akhir kata, sampaikan salam sayang Qaseh buat Mirul. Mirul tidak perlu tahu akan kisah kita. Katakan juga kepada Ashwad bahawa Qaseh tidak dapat pergi ke kenduri kahwinnya dan Qaseh benar-benar minta maaf padanya. Sekian sahaja. Warkah Qaseh buat Abang.
Salam Sayang,
Qaseh
Tanpa Fareez sedari, air matanya menitis. Kenapa dia sanggup melukakan hati Qaseh kembali? Sepatutnya dia bertanya dahulu. Tetapi disebabkan dia selalu membayangkan sindiran dan senyuman sinis Shilea, membuatkan Fareez tidak keruan. Kalau Shilea tahu, pasti dia sudah bersorak kegembiraan kerana kemenangan telah menjadi miliknya. Perasaan menyesal datang bertimpa. Kenapalah aku ni bodoh sangat? Tak bertanya dulu. Hatinya berkata-kata. Menyalahkan diri sendiri kerana kebodohan yang dilakukannya. Dilipat kembali surat tersebut. Kepalanya disandarkan ke kepala katil. Qaseh mesti tidak pergi jauh lagi. Dia masih boleh mengejarnya. Dengan pantas Fareez melompat turun dari katil. Dia mencapai baju T-shirtnya. Fareez menuruni tingkat bawah dan segera mencapai kunci kereta. Dia menghidupkan enjin kereta dan menderum pergi untuk mencari isteri yang telah dilukai hatinya.
“ HELLO?” jawab satu suara.
“ Ecah…” Qaseh menjawab dalam keadaan teresak-esak.
“ Qaseh? Kenapa ni?” tanya Aishah, cemas. Qaseh masih tidak dapat menjawab soalan Aishah. Hanya esakan yang kedengaran.
“ Qaseh…” panggil Aishah lembut.
“ Aku nak jumpa kau.” Akhirnya Qaseh bersuara. Aishah lega.
“ Nak jumpa kat mana?” tanya Aishah lagi.
“ Aku ada kat Masjid Putrajaya.” Kata Qaseh. Esakannya mula perlahan.
“ Ok. 10 minit lagi aku sampai. Tunggu kat situ. Jangan pergi mana-mana.” Pesan Aishah. Talian dimatikan. Qaseh berjalan ke arah kerusi yang sengaja diletakkan di luar masjid. Dia melabuhkan punggungnya dan duduk memeluk lutut. Air mata tidak berhenti mengalir. Agak lama dia berkeadaan begitu. Tiba-tiba, bahunya dipegang seseorang. Qaseh terkejut. Dia segera memandang orang itu. Aishah tersenyum ke arahnya. Qaseh terus berdiri dan memeluk sahabat baiknya itu. Teresak-esak Qaseh menangis di bahu Aishah.
“ Jom. Ikut aku balik rumah.” Kata Aishah. Dipimpin tangan Qaseh dan mereka sama-sama menuju ke kereta Qaseh. Zahrien yang berada di luar kereta memandang isterinya.
“ Ayang bawak kereta Qaseh, ya?” ujar Zahrien. Aishah mengangguk. Mereka sama-sama masuk ke dalam perut kereta. Zahrien membuntuti kereta Qaseh yang dipandu oleh Aishah. Kereta Qaseh menuju ke rumah Aishah yang terletak di kawasan perumahan Putrajaya.
Sampai sahaja di rumah, Aishah memarkirkan kereta Qaseh di sebelah keretanya. Aishah mengajak Qaseh masuk. Zahrien awal-awal lagi sudah masuk ke dalam rumah. Apabila Qaseh menjejakkan kakinya ke dalam rumah, dia terpegun dengan hiasan di dalam rumah tersebut. Pandai Aishah menghiasnya. Rumah besar tetapi perabutnya sedikit. Menampakkan lagi keluasan sebenar rumah itu.
“ Masuklah, Qaseh.” Pelawa Aishah. Qaseh menuju ke ruang tamu. Dia duduk di situ. Zahrien membawa masuk beg Qaseh ke dalam bilik tetamu. Aishah membancuh minuman untuk Qaseh. Dia membawa dua gelas air kopi dan menghulurkan segelas kepada Qaseh. Aishah menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Qaseh. Zahrien pula melabuhkan punggungnya di sebelah Aishah.
“ Aku tak menyusahkan kau ke, Ecah?” Qaseh risau kalau-kalau dia banyak menyusahkan Aishah.
“ Tak adalah.” Aishah tidak mahu Qaseh menganggap dirinya sebagai bebanan kepada Aishah.
“ Betul tu, Qaseh. Kitakan kawan. Apa pulak nak menyusahkan.” Kata-kata Zahrien membuatkan Qaseh lega. Dia takut Zahrien tidak suka dengan kehadirannya. Huarghh! Sudah entah ke berapa kali Zahrien menguap.
“ Abang pergilah tidur. Esok Abang ada meeting. Nanti bangun lambat pulak.” Ujar Aishah. Zahrien mengangguk dan melangkah menuju ke arah bilik tidur utama. Qaseh hanya memandang kelibat Zahrien hilang.
“ Sorry, sebab menyusahkan kau pagi-pagi.”
“ Tak ada susahlah.” Ujar Aishah.
“ Kau keluar pergi ambil aku, Marsha dan Fika tinggal dengan siapa?” tanya Qaseh. Dihirup sedikit air kopi dihadapannya.
“ Mak aku.” Kata Aishah.
“ Parents kau ada kat sini ke?” tanya Qaseh. Lehernya dipanjangkan dan terjenguk-jenguk ke arah bilik tetamu. Aishah mengangguk.
“ Kau esok tak kerja?”
“ Tak. Aku cuti. Saja nak teman parents aku. Haa…kau dah ada kat sini, bolehlah kau teman aku bawak parents aku jalan-jalan.” Kata Aishah. Qaseh tersenyum. Aishah seorang anak yang baik. Sanggup mengambil cuti semata-mata hendak menemani kedua orang tuanya. Aishah juga tidak lupa memberikan duit belanja setiap bulan kepada ibubapanya. Beruntung Puan Asma dan Tuan Hamzah mempunyai anak seperti Aishah. Qaseh tidak boleh bertanggungjawab terhadap kedua ibubapanya. Dia rasa Aishah sangat untung. Mempunyai ibubapa dan seorang suami yang bertanggungjawab serta baik. Qaseh? Dia hanya mempunyai Datuk yang sangat menyayanginya dan seorang suami yang tidak memahami dirinya.
“ Boleh aku tahu, kenapa kau lari malam?” tanya Aishah. Dia takut tersinggung perasaan Qaseh. Qaseh mengeluh.
“ Kalau kau tak nak cerita pun tak apa.” Ujar Aishah.
“ Tak. Kau memang patut tahu.” Sela Qaseh.
Satu persatu diceritakan kepada Aishah. Dari A hingga Z. Aishah hanya menggeleng kepala apabila mendengar kisah derita Qaseh. Tidak disangkanya sampai begitu sekali Qaseh terluka kerana perbuatan Fareez. Aishah mengubah tempatnya dan duduk bersebelahan Qaseh. Digenggam jari-jemari Qaseh. Disabarkan sahabatnya itu. Esakan Qaseh sudah tiada tetapi air matanya tetap mengalir.
“ Aku tertanya-tanya. Kenapa dia buat aku macam ni? Apa salah aku?”
“ Kau tak salah. Mungkin ada sesuatu yang menganggu fikiran dia.”
“ Kalau aku tak salah, tak mungkin dia seksa aku macam ni.” Esakan Qaseh berbunyi semula.
“ Sudahlah, Qaseh. Kau tak perlu fikir pasal Fareez lagi sekarang ni.” Pujuk Aishah. Badan Qaseh terhinggut-hinggut.
“ Aku terlalu sayangkan dia. Lepas dia datang kat aku malam tu, aku rasa aku dan dia akan hidup bahagia selamanya. Tapi….” Ayat Qaseh tergantung.
“ Kau juga tak sangka perkara macam ni akan berlaku, kan? Kau tak boleh merancang. Ini semua sudah ketentuan. Tapi, kau jangan salahkan takdir.” Nasihat Aishah. Qaseh mengelap air matanya.
“ Aku tak pernah salahkan takdir. Dah tertulis sejak azali nasib aku akan jadi begini. Aku terima dengan redha. Sikit pun aku tak salahkan takdir.” Kata-kata Qaseh begitu menyentuh hati Aishah.
Aishah membiarkan Qaseh menangis sepuasnya.
“ Kau tentu dah penat, kan? Kau pergilah masuk tidur.” Aishah bangun dan Qaseh membuntuti Aishah. Aishah mematikan suis lampu di ruang makan dan ruang tamu. Mereka sama-sama mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Aishah menunjukkan bilik tetamu untuk Qaseh.
“ Kau rehatlah sepuas-puasnya.” Aishah berkata. Qaseh mengangguk dan menutup pintu biliknya. Aishah pula menuju ke bilik tidur utama.
Qaseh membaringkan diri di atas katil. Keletihan yang teramat sangat. Tetapi matanya tidak mahu lelap. Dia terasa kesejukan. Penghawa dingin di dalam bilik itu terasa menggigit kulitnya. Kalau dia merengkot kesejukan seperti ini, pasti Fareez akan memeluk dan menghangatkan badannya. Kenapalah aku asyik terfikirkan dia? Aku sudah berjanji hendak memberikan ruang kepadanya untuk berfikir. Getus hati Qaseh.
KERETA Fareez berpusing-pusing di tempat yang sama. Kereta Qaseh tidak kelihatan di rumah Rafidah. Tidak juga di rumah arwah ibubapa Qaseh. Tidak mungkin Qaseh ke rumah ibubapa Fareez. Nanti apa pula kata ibubapanya melihat Qaseh pulang seorang diri di awal pagi tanpa Fareez dalam keadaan tidak bersemangat. Fareez sudah tidak tahu hendak ke mana lagi. Tiba-tiba Fareez terfikir sesuatu. Mungkin Qaseh di rumah sahabat baik yang selalu diceritakan kepada Fareez. Siapa namanya? Ais…Aish…Aishah! Tetapi di mana pula rumah Aishah? Fareez menepuk dahi. Dia tidak pernah mengambil tahu siapa kawan Qaseh. Dia tidak pernah ambil peduli itu semua kerana dirasakan tidak penting. Tetapi sekarang baru Fareez sedar betapa pentingnya perkara itu.
Fareez mencapai telefon bimbit dan mula mendail nombor Qaseh. Ada nada deringan tetapi tidak berangkat. Dicuba kali kedua dan kali ketiga. Masih tidak dijawab. Mungkin benar Qaseh ingin menjauhi dirinya buat seketika. Dicuba kali keempat. Tetapi panggilannya disambung ke mel pesanan suara. Qaseh menutup telefon bimbitnya. Qaseh benar-benar tidak mahu bercakap dengan Fareez. Dia berhenti mencuba. Fareez pulang semula ke rumah. Dia memarkirkan kereta di garaj rumah. Dia masuk ke dalam rumah. Fareez mendail nombor telefon bimbit Zikri. Dia melihat jam dinding yang berdenting sebanyak 4 kali. Baru pukul 4 pagi. Tidak mungkin Zikri akan bangun seawal itu untuk menjawab panggilan telefonnnya. Dimatikan semula telefon tersebut.
Fareez mundar-mandir di ruang tamu. Dia sudah tidak tahu hendak buat apa. Sudah buntu dia mencari Qaseh. Wanita itu seperti lesap. Bayangannya juga tidak dapat dikesan. Fareez terduduk di atas sofa. Lagu kegemarannya terngiang-ngiang di telinga.
No I can't forget this evening, Or your face as you were leaving. But I guess that's just the way the story goes. You always smile but in you eyes your sorrow shows. Yes it shows. No I can't forget tomorrow, When I think of all my sorrow, When I had you there but then I let you go. And now it's only fair that I should let you know What you should know I can't live, if living is without you. I can't give, I can't give any more. Can't live, if living is without you. Can't give, I can't give any more.
Bait-bait lagu itu menggambarkan dirinya sekarang. Diri yang sedang kesepian. Tidak boleh meneruskan hidup tanpa cinta wanita itu. Tidak boleh bernyawa tanpa kehadiran wanita itu disisinya. Fareez terasa sangat bodoh kerana mempercayai kata-kata Shilea dengan mudah. Sepatutnya dia menyiasat dahulu perkara ini. Fareez sudah masuk jerangkap samar buatan Shilea dan Fauzi. Dia tahu waktu itu sudah tidak boleh berpatah kembali. Dia harus mara kehadapan dan memperbetulkan keadaan. Fareez berbaring di atas sofa. Tangan diletakkan di atas dahi. Mengharapkan ini semua hanyalah mimpi ngeri. Dia terlelap.
Fareez terjaga sewaktu jam dinding berdenting sebanyak 9 kali. Dia segera duduk. Memegang kepalanya yang terasa berputar. Fareez memandang telefon bimbit yang terletak di atas meja kopi. Dicapainya dan mula mendail satu persatu nombor Qaseh. Ada nada deringan.
“ Hello?” seseorang menjawab panggilan tersebut tetapi itu bukan suara Qaseh. Suara wanita itu lebih lembut dari ini.
“ Hello?” sapa suara itu lagi.
“ Hello…Ermm…Boleh saya bercakap dengan Qaseh?” tanya Fareez.
“ Fareez, ya?” tanya orang itu pula.
“ Ya, saya. Boleh saya tahu siapa ni?” tanya Fareez kembali.
“ Saya Aishah. Kawan Qaseh.” Orang itu memperkenalkan diri.
“ Ohh…Qaseh banyak cerita tentang Aishah.”
“ Ya, saya tahu. Hmm…Fareez nak bercakap dengan Qaseh?” tanya Aishah lagi. Dia memang tahu itulah niat Fareez menelefon Qaseh.
“ Tolong?” pinta Fareez.
“ Tunggu sebentar, ya.”
Agak lama Fareez menunggu Qaseh untuk menjawab panggilannya. Seketika kemudian, Fareez mendengar ada suara orang berdehem kecil. Dia tahu itu mesti Qaseh.
“ Qaseh?” tanya Fareez. Tiada jawapan.
“ Qaseh, maafkan Abang. Abang tahu Abang tak patut buat Qaseh macam tu. Abang patut siasat dulu perkara ni sebelum Abang menghukum Qaseh.” Jelas Fareez. Masih tiada respon daripada Qaseh.
“ Perkara apa?” akhirnya Qaseh bertanya. Fareez sedikit lega mendengar suara manja itu. Dia tahu Qaseh mendengar kata-katanya.
“ Shilea bagi gambar kat Abang. Gambar pertemuan diantara Qaseh dan Ashwad.” Sambung Fareez lagi. Qaseh mendengus perlahan tetapi cukup kuat di telinga Fareez. Qaseh rasa dirinya tidak dipercayai oleh Fareez.
“ Nampaknya, Abang tak percayakan Qaseh. Qaseh dah pernah beritahu pada Abang. Qaseh tak ada apa-apa hubungan dengan Ashwad. Kenapa Abang lebih percayakan bekas isteri Abang daripada isteri Abang yang sah?” Qaseh benar-benar perlukan penjelasan daripada Fareez. Terdiam lelaki itu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Benar kata-kata Qaseh. Kenapa dia lebih mempercayai Shilea daripada Qaseh?
“ Abang…” belum sempat Fareez berkata, ayatnya sudah dipintas oleh Qaseh. Sudah lama Qaseh memendam rasa. Biarlah Fareez tahu akan perasaannya yang sebenar.
“ Sudahlah, Bang. Perkara dah berlaku.”
“ Tapi, Qaseh…kembalilah pada Abang. Kita mulakan hidup baru.” Pujuk Fareez. Hati Qaseh menjadi lembut apabila mendengar kata-kata sebegitu daripada Fareez. Tetapi Qaseh tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali Fareez menyeksanya. Kali ini Qaseh mahu menenangkan fikiran.
“ Seperti yang Qaseh tulis dalam surat Qaseh, Qaseh perlukan masa untuk kembali kepada Abang. Abang berilah sedikit masa. Kalau Abang cintakan Qaseh, walau apapun yang terjadi, Qaseh tetap akan kembali pada pangkuan Abang. Tetapi buat masa sekarang, Qaseh tak boleh. Qaseh masih dihantui oleh perkara semalam. Maafkan Qaseh, Bang. Bukan niat Qaseh untuk menjadi isteri derhaka. Memang Qaseh tak boleh. Kalau kita masih ada jodoh, Qaseh tetap akan kembali sebagai isteri Abang.” Panjang lebar Qaseh memberikan penjelasan. Dia mahu Fareez faham akan situasi dirinya yang sedang dalam kelukaan yang amat dalam.
“ Abang halalkanlah makan minum Qaseh selama Qaseh jadi isteri Abang. Tak kira apapun yang Abang buat kepada Qaseh, Qaseh tetap cintakan Abang.” Kata Qaseh dalam esakan yang sangat perlahan.
“ Qaseh…” panggil Fareez lembut.
“ Maafkan Qaseh, Abang. Jaga diri Abang baik-baik. Selamat tinggal.” Selepas sahaja Qaseh berkata begitu, dia terus mematikan talian. Fareez terpinga-pinga. Dia cuba menelefon telefon Qaseh sekali lagi. Tetapi masuk ke mel pesanan suara. Fareez termangu sendirian. Benarkah Qaseh sudah membuang dirinya jauh-jauh?
BAB 34
DUA tiga hari ini, Qaseh asyik termenung sahaja. Aishah semakin pelik dengan sikap sahabatnya itu yang sudah banyak berubah semenjak berumahtangga. Aishah membancuh secawan kopi dan dihulurkan kepada Qaseh. Dia duduk bersebelahan dengan sahabat baik yang sentiasa dilanda masalah itu. Aishah melepaskan keluhan kecil.
“ Kenapa dengan kau ni, Qaseh?” tanya Aishah yang begitu prihatin dengan keadaan Qaseh. Qaseh memandang wajah Aishah. Tersenyum dan menggeleng. Dia tidak mahu membebankan Aishah dengan masalahnya.
“ Aku banyak menyusahkan kau ke, Ecah?” akhirnya, terluah juga soalan yang dipendam setelah sekian lama.
“ Tak lah. Kau tak menyusahkan aku. Aku dah anggap kau macam family aku sendiri.” Ujar Aishah. Qaseh tersenyum dan menggengam erat jari jemari Aishah. Tiba-tiba, tekak Qaseh terasa mual. Seperti dia hendak mengeluarkan segala ikan bakar yang baru sahaja menjadi makanan malamnya. Ditahan sedaya upayanya.
“ Kenapa ni, Qaseh?” tanya Aishah lagi. Dia mengerutkan dahinya. Qaseh hanya menekup mulut untuk menahan rasa mual. Dia sudah tidak boleh tahan lagi. Qaseh berlari ke arah sinki. Aishah mendapatkan Qaseh yang terbongkok-bongkok di sinki tersebut. Mengeluarkan lendiran yang kekuningan. Aishah mengurut belakang Qaseh. Terbatuk-batuk wanita itu.
“ Kau nak air suam?” tanya Aishah. Qaseh menggeleng pantas.
“ Aku tak apa-apa. Mungkin perut aku berangin.” Kata Qaseh.
“ Betul ke ni?”
“ Betul.” Qaseh mengelap mulutnya dengan tisu.
“ Muka kau nampak pucat. Kau tak apa-apa ke?” tanya Aishah lagi.
“ Aku tak apa-apa.”
“ Jangan-jangan…..” Aishah cuba meneka.
“ Jangan-jangan apa?” Qaseh tidak faham akan kata-kata Aishah.
“ Kau mengandung tak?” teka Aishah.
“ Apa kau cakap?” Qaseh membeliakkan matanya.
“ Kau mengandung ke?” tanya Aishah sekali lagi.
“ Hish! Kau jangan nak merepek lah.” Sangkal Qaseh. Aishah hanya tersenyum nakal.
“ Aku bawak kau ke klinik.” Pelawa Aishah. Qaseh menggeleng. Dia paling takut berjumpa dengan doktor.
“ Eh, tak payahlah kau nak susah-susah. Nanti baiklah aku.”
“ Betul ke ni? Risau aku dengan kau.” Aishah berkata.
“ Hari ni je. Esok baiklah. Dah dua tiga kali aku jadik macam ni. Kau jangan risau. Aku tak apa-apa.” Qaseh menolak pelawaan Aishah dengan cara yang baik. Dia sendiri tidak tahu apa yang tidak kena dengan dirinya. Qaseh sendiri perasan akan selera makannya semakin bertambah semenjak kebelakangan ini. Adakah betul apa yang disangkakan oleh Aishah? Ah! Tidak mungkinlah. Hatinya memprotes.
Kaki Qaseh menuju ke arah bilik tidur untuk tetamu. Kedua orang tua Aishah sudah lama pulang ke kampung. Aishah dan Zahrien memaksa kedua orang tua Aishah yang datang melawat untuk tinggal lebih lama bersama mereka. Tetapi alasan yang diberikan tetap yang sama. Hendak memberi ayam dan lembu makan. Tidak boleh diharap pada adik Aishah yang seorang itu. Nama sahaja lelaki tetapi pemalasnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Qaseh membaringkan dirinya di atas katil sambil mata menatap kipas siling yang berputar. Cuba dilelapkan mata yang mengantuk. Masih tidak boleh lena. Memikirkan perkara yang baru sahaja berlaku sebentar tadi. Qaseh duduk semula di atas katil dan menghadap tingkap yang terbuka luas. Qaseh nekad. Dia akan pergi berjumpa dengan doktor pada esok hari.
DOKTOR yang berjubah serba putih menyelak fail keputusan yang baru sahaja diterimanya daripada makmal. Doktor itu tersenyum sendirian. Kemudian, semakin melebar. Qaseh kurang faham dengan senyuman doktor tersebut. Doktor itu memandang Qaseh dengan senyumannya yang paling manis. Dikerutkan dahi.
“ Tahniah, Puan Qaseh. Puan sudah mengandung 2 bulan.” Qaseh terkejut dengan kata-kata yang baru diucapkan oleh doktor dihadapannya itu.
“ Is it true?” Qaseh bertanya semula. Doktor yang bernama Stephanie itu mengangguk perlahan. Qaseh memegang perut. Anak yang dikandung itu adalah zuriatnya sendiri. Qaseh tersenyum.
“ Where’s your husband?” tanya Dr. Stephanie. Senyuman Qaseh terus mati apabila doktor itu bertanyakan tentang suaminya.
“ Suami saya tak dapat datang. He’s a busy man.” Ringkas jawapan Qaseh. Dr. Stephanie mengeluh. Tetapi kemudian dia tersenyum. Untuk menghilangkan keresahan di hati Qaseh.
“ It’s ok. I thought if your husband came, I want to clarify a few things to him.” Ujar Dr. Stephanie. Qaseh meraup anak rambut yang menutupi matanya. Menahan rasa pilu di hati.
“ Dr. beritahu saya, nanti saya beritahu dia.”
“ Macam ni. Puan Qaseh tak boleh buat kerja-kerja berat semasa mengandung memandangkan ini adalah kali pertama Puan mengandung. In the process of pregnancy, I don’t want you to have any complication. Takut nanti terjadi apa-apa benda yang tak elok. Dan, Puan Qaseh perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. Seperti protein, karbohidrat tetapi kurangkan lemak. Jangan makan makanan yang berminyak. Kalau boleh, jangan makan makanan yang bergoreng. Tak elok untuk kandungan. Jauhkan dari rokok dan arak. Saya tahu Puan tidak minum arak. Tapi dalam prosedur, saya kena beritahu pada Puan.” Terang Dr. Stephanie. Takut Qaseh tersalah faham.
“ Saya faham maksud Dr.”
“ Puan kena jauhkan diri daripada asap rokok. Selalunya asap rokok yang kita sedut tu, tidak baik untuk kesihatan. Tambahan pula, Puan sedang mengandung. Lagilah tak elok. Puan makan lebih sayur, ya.” jelas Dr. Stephanie. Qaseh mengangguk dan tersenyum. Dr. Stephanie memberikan preskripsi ubat kepada Qaseh.
“ Ini ubatnya. Puan boleh ambil di farmasi kat depan.”
“ Terima kasih, Dr.”
“ Sama-sama. Tapi Puan jangan lupa datang buat check-up selalu.”
“ Baik, Dr.” ujar Qaseh.
Qaseh keluar daripada bilik doktor tersebut dan menuju ke arah kaunter jururawat untuk menyerahkan preskripsi tersebut. Selepas mengambil ubat-ubat tersebut, Qaseh pulang semula ke pejabat. Ada perkara penting yang perlu diuruskan. Tetapi Qaseh tidak perasankan sepasang mata yang memandang dirinya dari jauh.
Pintu bilik Dr. Stephanie diketuk. Arahan masuk diberikan. Terjengul satu wajah yang cukup dikenali oleh Dr. Stephanie. Tersenyum sahaja doktor itu kepada tetamunya.
“ Lunch?” tanya Dr. Anyza.
“ Ya. Just hold on a minute.” Kata Dr. Stephanie. Seorang jururawat yang beraut wajah ceria melangkah masuk ke dalam kamar Dr. Stephanie.
“ Ermm…Zarina, tolong tambah vitamin Puan Najwa, ya?” arah Dr. Stephanie. Zarina mengerutkan dahi memandang Dr. Stephanie.
“ Tapi, Dr…Semalam Dr. dah tambah vitamin untuk Puan Najwa.” Kata jururawat yang memakai tag nama Zarina.
“ Oh, ye ke? Agaknya saya lupa lah tu.” Dr. Stephanie menggaru kepalanya. Jururawat itu segera meminta diri kerana dia perlu memberi ubat kepada pesakit di bilik wad 2014. Tersenyum kepada Dr. Anyza.
“ Kenapa dengan you ni, Stephy? Gaduh dengan Tony?”
“ No lah. I’m worried about Maddy.” Dr. Stephanie terkenangkan anak perempuan tunggalnya yang bernama Madeline yang masih bersekolah.
“ What’s wrong with her?” tanya Dr. Anyza yang turut menyayangi anak sahabatnya itu seperti anaknya sendiri.
“ Result dia makin teruklah. Tahun ni SPM pulak. Lagilah I risau.” Kerisauan jelas terpancar di wajah doktor yang berbangsa Cina kacukan Inggeris itu.
“ Don’t you worry. Everything is going to be just fine.... So, are you ready for our lunch?” Dr. Anyza mententeramkan perasaan sahabat yang dikenalinya semenjak mereka di tahun pertama di Universiti Malaya. Dr. Stephanie mencapai tas tangan dan mereka sama-sama jalan keluar dari bilik Dr. Stephanie.
“ Stephy…Boleh I tahu siapa patient you yang baru je keluar dari bilik you tadi?” tanya Dr. Anyza. Dr. Stephanie cuba mengingati kembali pertemuannya dengan pesakitnya yang bernama Qaseh itu.
“ Ooo…Qaseh. Why?”
“ What brings her here?”
“ She went for a medical check-up. I found out that she’s pregnant. For about 2 month. But, her husband didn’t came along. I pity her.” Kata-kata Dr. Stephanie itu juga mendapat reaksi yang sama daripada Dr. Anyza apabila Dr. Stephanie memberitahu berita gembira itu kepada Qaseh.
“ Oh, I see.”
“ Do you know her?”
“ She is my best friend’s wife.” Dr. Stephanie mengangguk apabila Dr. Anyza memberikan penjelasan.
QASEH melangkah longlai menuju ke bilik pejabat. Sapaan Fernaizza juga tidak didengarinya. Fernaizza pelik dengan ketuanya itu. Sebelum ini, Qaseh tidak suka termenung jauh. Jauh sekali berangan. Hanani bertanya sesuatu kepada Fernaizza mengenai Qaseh. Fernaizza hanya menjungkitkan bahu. Tanda tidak tahu. Mereka menyambung semula kerja masing-masing.
Di dalam bilik pejabat, Qaseh melabuhkan punggung ke atas kerusi empuk yang menjadi miliknya sejak 5 tahun yang lepas. Memandang ke arah tingkap kaca yang melayarkan panorama Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dengan kenderaan. Tidak kira kenderaan kecil atau besar. Semuanya sibuk keluar bekerja. Sesetengah warga Kuala Lumpur yang senang berjalan kaki untuk pergi ke tempat bekerja. Ada juga yang suka mengambil Sistem Transit Aliran Ringan atau lebih dikenali sebagai LRT.
Qaseh lebih suka memandu ke pejabatnya. Dia mengeluh. Memegang perut yang tidak lama lagi akan semakin membesar. Apa pula pandangan pekerja-pekerjanya? Tidak berkahwin tapi tahu-tahu sahaja sudah mengandung. Mesti ada lagi gosip yang akan tersebar. Perlukah Fareez diberitahu mengenai kandungannya yang berusia 2 bulan itu? Qaseh tidak tahu. Tiba-tiba, matanya tertancap pada sampul surat yang berwarna coklat. Dicapai surat tersebut dan dibaca perkataan yang tertera di sampul surat tersebut. Jauh datangnya surat itu. Daripada universiti lamanya di Luxembourg. Dikoyak sampul tersebut perlahan-lahan dan menarik keluar isi sampul surat tersebut. Surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi. Lama Qaseh menatap surat itu. Kemudian, diisi borang penerimaan tersebut. Peluang sebegini tidak akan dilepaskannya.
Setelah seminggu, Qaseh sudah melengkapkan borang tersebut. Diberikan segala keperluan yang universiti itu mahu. Ditandatangani di tempat yang sepatutnya ditandatangani oleh pelajar. Qaseh meletakkan pen ke atas meja. Disemak semula borang itu. Dia hendak memastikan tiada apa-apa yang tertinggal. Qaseh tahu. Ini adalah keputusannya yang paling tepat. Dia harus pergi jauh dari sini. Melupakan Fareez buat seketika. Menghilangkan bebanan yang tidak dapat ditanggung olehnya. Dalam pada masa yang sama, Qaseh berat hati hendak meninggalkan Datuk, Mak Ngah dan Pak Ngah serta keluarga mentuanya. Begitu juga dengan anak kecil yang menagih kasih sayang seorang ibu daripadanya. Bagaimana agaknya perasaan Amirul apabila dia pulang semula ke rumah tersebut dan didapati Qaseh sudah meninggalkan rumah tersebut?
Qaseh pulang ke rumah Aishah dengan membawa fail dan storyboard yang perlu disiapkannya secepat mungkin. Pintu bilik Qaseh diketuk. Qaseh memberikan kebenaran kepada Aishah untuk masuk. Tersenyum sahabatnya itu kepada Qaseh. Aishah duduk di atas katil.
“ Kau tengah buat apa?” tanya Aishah. Qaseh memusingkan badannya menghadap Aishah. Qaseh serba salah samada hendak memberitahu Aishah atau tidak. Tetapi lambat-laun Aishah akan tahu juga. Dia tidak mahu Aishah dengar daripada mulut orang lain tetapi mulutnya sendiri.
“ Aku dapat offer letter daripada universiti aku. Dia orang offer aku untuk buat Masters.” Lambat-lambat Qaseh memberitahu.
“ So, kau terima?” tanya Aishah. Qaseh mengangguk perlahan.
“ Kenapa?” tanya Aishah lagi.
“ Aku dah lama nak buat Masters. Ini peluang aku. Bagi aku, peluang ni datang sekali je dalam hidup aku.” Kata-kata Qaseh membuatkan Aishah kurang percaya. Dia tidak mahu dengar alasan Qaseh. Dia mahu tahu perkara sebenar. Perkara sebenar Qaseh hendak meninggalkan Malaysia.
“ Aku tak percaya.”
“ Betul, Ecah.”
“ I want the truth.” Paksa Aishah.
“ What truth? That is the truth.” Ujar Qaseh.
“ No. Itu hanyalah satu lagi alasan yang dicipta oleh kau. Aku nak tahu perkara sebenar.” Sedaya upaya Aishah memaksa Qaseh menceritakan perihal sebenar.
“ Itulah yang sebenarnya.” Qaseh masih lagi cuba berselindung.
“ Come on lah, Qaseh. Aku dah kenal kau hampir 5 tahun.”
“ Kau belum betul-betul kenal aku.” Sela Qaseh. Aishah mengeluh dan menggeleng. Qaseh terdiam. Dia tahu dia boleh tipu sesiapa sahaja tetapi tidak Aishah.
“ Aku kena pergi dari sini. Ke mana saja aku pergi, aku pasti terbayangkan Fareez. Aku dah buntu.” Air mata mula bertakung di tubir mata Qaseh. Aishah mengenggam erat jari jemari Qaseh. Ditenteramkan perasaan Qaseh yang bercelaru.
“ Aku tak kisah kau nak sambung pelajaran. Tapi, kenapa ke Luxembourg? Kenapa mesti ke benua yang lain?” Aishah seperti tidak setuju dengan keputusan Qaseh yang hendak melanjutkan pelajaran beribu batu jauhnya dari Malaysia.
“ Aku kena tinggalkan Malaysia. Lagipun, memang tempat aku di Luxembourg.” Kata Qaseh. Aishah memandang Qaseh dengan wajah yang simpati. Kesian dengan nasib yang tidak habis-habis menimpa sahabatnya.
“ Kau tak sayangkan aku? Datuk? Amirul? Macam mana dengan Fareez? Apa perasaannya bila kau tinggalkan dia?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Aishah.
“ Aku yakin Fareez boleh hidup tanpa aku.”
“ Kau?” tanya Aishah.
“ Aku? Kenapa dengan aku?”
“ Kau boleh hidup tanpa Fareez?” pertanyaan Aishah membuatkan Qaseh sekali lagi terdiam. Tidak tahu hendak berkata apa-apa.
“ Kau tak boleh mengaku kalah. Ini semua disebabkan bekas isteri Fareez tu. Dia yang bawak masalah.” Aishah masih cuba memujuk. Berjuraian air mata Qaseh menuruni pipinya yang gebu.
“ Aku sayang kau orang semua. Aku terlalu sayangkan Fareez. Tapi, aku tak mahu terluka lagi. Tolonglah, Ecah. Benarkan aku pergi ke Luxembourg. Itu satu-satunya tempat yang aku masih diperlukan lagi.” Air mata Qaseh tidak berhenti. Masih laju mengalir. Aishah mengelap air mata tersebut.
“ Aku pun perlukan kau juga.” Kata Aishah.
“ Aku tahu. Tapi aku perlu tenangkan diri.”
“ Baiklah. Aku lepaskan kau. Tapi…Kau mesti janji dengan aku.” Ada lagi syarat yang dikenakan oleh Aishah.
“ Apa dia?” Qaseh mengesat air mata dengan jari.
“ Setiap 2 minggu, kau mesti telefon aku. Janji?” Aishah mengeluarkan jari kelengkeng. Qaseh tergelak kecil.
“ Janji.” Jari kelengkeng mereka bertaut.
“ KENAPA Cik Qaseh tiba-tiba sahaja hendak mengemas bilik ni?” tanya Fernaizza. Kamar pejabat yang kemas itu hendak dikemaskannya lagi. Qaseh tersenyum memandang Fernaizza apabila gadis itu bersin berkali-kali. Mungkin tidak tahan dengan habuk. Qaseh juga terbersin.
“ Saja. Semak sangat bilik ni.” Ujar Qaseh sambil mengemas meja yang berselerak dengan kertas-kertas kerja. Fernaizza turut menolong ketuanya itu.
“ Mana ada semak, Cik Qaseh.”
“ Kemas sajalah, Fern. Awak ni banyak pulak bercakap.” Kata Qaseh. Fernaizza membersihkan kotak-kotak fail yang berselerak di tepi meja Qaseh. Ketuanya itu pula sedang sibuk memasukkan barang-barang di atas mejanya ke dalam kotak. Fernaizza mengerutkan dahi tetapi tidak pula mahu bertanya. Dia hairan. Sudahlah bilik pejabat itu hendak dikemasnya, barang-barang di atas meja itu juga di simpan di dalam kotak. Mahu pergi kemana-manakah? Persoalan berlegar di dalam fikiran Fernaizza.
“ Bagaimana dengan fail ni, Cik Qaseh?” tanya Fernaizza sambil menunjukkan fail yang berwarna kuning cair itu kepada Qaseh. Perlahan sahaja Qaseh mencapai fail tersebut. Ditatap lama fail itu.
“ Mana awak dapat fail ni?” tanya Qaseh.
“ Saya jumpa kat dalam kotak tu.” Kata Fernaizza. Ditudingkan jari telunjuk ke arah kotak yang terbuka luas. Kemudian, Qaseh mencapai tas tangan dan menuju ke arah pintu bilik pejabatnya.
“ Fern, saya nak keluar kejap. Awak berhenti mengemas dulu. Nanti bila saya balik ke pejabat semula, baru kita sambung mengemas.” Arah Qaseh. Fernaizza segera berhenti mengemas dan keluar dari kamar pejabat Qaseh dan menuju semula ke mejanya. Kerja yang terbengkalai disambung semula.
Qaseh memandu keretanya menuju ke Riana Green. Fikirannya hanya terbayangkan seseorang sahaja pada waktu itu. Apa khabar dia? Qaseh sendiri tidak tahu. Setelah Qaseh memutuskan hubungan dengannya, langsung tiada khabar berita. Kereta Qaseh tiba dihadapan sebuah banglo yang tersergam indah. Qaseh seperti pernah lihat rumah tersebut. Qaseh turun dari kereta dan menuju ke pintu pagar rumah banglo tersebut. Lama dia berdiri tercegat dihadapan pintu pagar itu. Tangan Qaseh menekan loceng sekali. Tiada respon dari dalam. Dibunyikan sekali lagi. Sama seperti tadi. Tiada respon. Akhirnya, Qaseh membuat keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut. Tetapi tiba-tiba, dia terdengar suara seseorang.
“ Cik cari siapa?” tanya suara yang amat dikenali oleh Qaseh. Dia memusingkan badan dan menghadap Zhulianna. Terkejut dia dengan kehadiran Qaseh yang tidak disangka-sangkanya itu. Zhulianna meluru ke arah pintu pagar. Segera dibuka pintu pagar automatik tersebut.
“ Qaseh…” Zhulianna memeluk Qaseh yang masih terkaku berdiri. Dia tidak membalas pelukan ibu kandung yang telah lama terpisah dengannya itu. Zhulianna melepaskan pelukan apabila Qaseh masih tidak bersuara apa-apa pun. Zhulianna menatap wajah Qaseh lama. Wajah yang teramat dirinduinya itu.
“ Qaseh masih marahkan Ibu?” tanya Zhulianna. Qaseh menundukkan wajahnya. Tidak tahu hendak mengatakan apa-apa. Dia yang dahulu melarikan diri daripada Zhulianna.
“ Mari kita masuk.” Ajak Zhulianna. Qaseh mengangguk perlahan. Semasa mereka melintasi taman bunga, Qaseh sempat meliarkan matanya ke seluruh taman bunga. Seperti dia pernah lihat taman ini. Qaseh menjejakkan kaki ke dalam rumah dan sekali lagi dia terpegun dengan hiasan di dalam rumah. Dia seperti pernah melihat hiasan seperti ini. Qaseh hanya tercegat di pintu rumah. Matanya asyik melihat ke sekeliling rumah.
“ Kenapa Qaseh?” tanya Zhulianna.
“ Ermm…Mmm…Tak ada apa-apa.” Tergagap-gagap Qaseh menjawab. Qaseh masih lagi asyik memandang keadaan sekeliling. Kenapa dia rasa seperti pernah berada di dalam rumah ini? Rumah ini seperti pernah dilihatnya di dalam mimpi. Tidak mungkin mimpinya menjadi kenyataan.
“ Cakaplah. Ibu nampak macam ada sesuatu yang menganggu fikiran Qaseh.” Pujuk Zhulianna. Masih cuba menceriakan suasana.
“ Kenapa saya rasa macam pernah nampak rumah ni? Saya rasa macam saya pernah mimpikan rumah ni.” Qaseh berkata. Seolah-olah rumah ini banyak menceritakan tentang kedukaan dan kelukaan yang dialami oleh penghuni-penghuninya satu masa dahulu. Zhulianna tersenyum kecil.
“ Ni lah rumah Qaseh yang sebenarnya. Ibu beli balik rumah ni. Ibu terlalu sayangkan rumah ni serta kenangan Ibu bersama anak dan suami Ibu.” Kata Zhulianna menyedarkan Qaseh dari lamunan yang panjang.
“ Duduklah.” Pelawa Zhulianna. Qaseh melabuhkan punggungnya di atas sofa yang begitu empuk. Qaseh berasa selesa dengan suasana rumah itu. Zhulianna sudah menghilang ke dapur. Sebentar kemudian, Zhulianna muncul semula dengan menatang dulang yang berisi dua cawan air kopi dan sepinggan kek. Blueberry Cheese Cake. Kegemaran Qaseh.
“ Makanlah, Qaseh.” Kata Zhulianna sambil meletakkan dulang tersebut ke atas meja. Qaseh memandang kek itu. Tidak siapa pun yang tahu kek kegemarannya kecuali Datuk dan Rafidah.
“ Kenapa Puan Zhu tinggalkan saya dulu? Adakah saya ni anak luar nikah?” tanya Qaseh bertubi-tubi. Zhulianna tersentak. Kenapa sampai begitu sekali Qaseh berkata begini? Tidak. Tidak sepatutnya Qaseh berkata begitu.
“ Tak, Qaseh. Qaseh adalah anak yang sah Ibu lahirkan melalui perkahwinan Ibu dan Papa.” Terang Zhulianna.
“ Saya tak faham.”
“ Sebenarnya, Ibu dan Papa kahwin selepas kami habis belajar di universiti dulu. Ibu dan Papa bertunang lepas habis SPM. Kami tak nak tangguh lama-lama. Nanti jadi buah mulut orang. Mak cik-mak cik Ibu tak suka dengan keluarga Ibu. Macam-macam dia orang kata. Nenek tak suka dengar. Jadi, dia terus kahwinkan kami. Ibu kata Ibu nak kerja dulu. Tapi Nenek dan Tok Wan tak bagi.” Zhulianna mula menjelaskan satu persatu. Qaseh hanya menadah telinga mendengar cerita Ibunya itu.
“ Ibu ingat Ibu nak kerja lepas kahwin. Tapi Papa tak bagi. Papa kata Papa masih mampu nak bagi Ibu makan. Ibu akur. Ibu jadi surirumah sepenuh masa walaupun masa tu ada Mak Rani dan Pak Satar. Semua kerja Ibu buat sendiri. Masak, basuh baju, kemas rumah, berkebun dan macam-macam lagi. Mak Rani cuma tolong Ibu je. Ibu setia pada Papa.” Zhulianna berkata dengan linangan air mata.
“ Tapi, entah mana silapnya. Satu hari Papa berubah. Papa bukan lagi Papa yang Ibu kenal dulu. Papa mula minum arak. Mula pukul Ibu. Papa pernah cuba cederakan Ibu. Tapi apa yang Papa buat tu semua tak mengubah kasih sayang Ibu pada Papa. Ibu ubah penampilan. Mungkin Papa malu dengan Ibu. Sebab Ibu tak pandai bergaya. Duduk kat rumah pun pakai kain batik, T-shirt. Bukan macam wife kawan-kawan Papa. Dia orang semua trendy. Semua bekerja. Ibu segan kalau keluar dengan kawan-kawan Ibu. Orang tanya Ibu buat apa, Ibu cuma cakap Ibu jadi surirumah. Kawan Ibu yang ni cakap, dia baru terima satu client kenamaan. Yang ni pula cakap, dia baru terima tender projek berjuta-juta ringgit. Bila dia orang tanya Ibu, Ibu cakap Ibu lebih selesa uruskan anak dan suami. Dia orang kata Ibu ni tak ada kemajuan dalam hidup. Tapi Ibu tetap bangga kerana ada anak dan suami yang penyayang. Kebanyakan daripada dia orang belum kahwin. Dan ada pulak yang tak ada anak lagi.” Panjang lebar Zhulianna bercerita.
“ Ibu belajar daripada kawan Ibu yang buka butik kecantikan. Ibu belajar cara-cara make-up. Ibu ubah pemakaian Ibu. Duduk rumah pun Ibu pakai seluar. Dah tak pernah pakai kain batik. Ibu buat tu semua untuk Papa. Tarik perhatian Papa. Ibu tahu Ibu salah sebab tak tanya Papa dulu. Apa kesilapan Ibu sampai Papa berubah. Ibu tak cuba siasat dulu. Kenapa Papa berubah? Ibu terus mintak cerai. Itulah satu-satunya perkara yang Ibu menyesal sangat sampai hari ni.” Teresak-esak Zhulianna menahan tangis.
“ Kenapa Papa berubah?” tanya Qaseh.
“ Papa terkena buatan orang. Setiausaha Papa yang buat guna-guna. Ibu baru tahu. Itupun kerana Ibu terserempak dengan Mak Rani dan Pak Satar. Dia orang yang ceritakan perkara sebenar.” Keluh Zhulianna perlahan selepas meluahkan apa yang tersimpan di hatinya selama ini.
“ Ibu tak salahkan Papa?” tanya Qaseh lagi.
“ Tak. Ibu tak pernah salahkan Papa. Ibu yang salah.” Zhulianna mengelap air mata. Tidak ingin dia mengungkit kisah lampau. Tetapi anak dihadapannya itu dahagakan jawapan yang sebenar. Rupanya selama ini yang menderita teruk adalah Zhulianna bukan Qaseh. Qaseh meluru ke arah Zhulianna dan memeluk ibunya itu. Mereka sama-sama menangis di dalam dakapan.
BAB 35
SEMINGGU selepas Qaseh berjumpa semula dengan Zhulianna, wajah Qaseh kembali berseri-seri. Tidak seperti dahulu. Qaseh sudah membuat keputusan untuk berpindah ke rumah Zhulianna. Dia tidak mahu menyusahkan Aishah. Dia hendak bersama-sama ibu kandungnya yang telah terpisah selama 20 tahun lebih. Sekali-sekala Aishah akan datang melawat Qaseh di rumah Zhulianna. Petang itu, Aishah datang melawat Qaseh. Qaseh membukakan pintu pagar untuk sahabatnya itu. Mereka bersalaman. Mencium kedua belah pipi. Seperti kebiasaan yang dilakukan oleh mereka. Qaseh menjemput Aishah masuk.
“ Kau tak kerja hari ni?” Aishah bertanya.
“ Tak. Aku tak berapa sihat.”
“ Tak berapa sihat ke malas?” usik Aishah.
“ Sama jelah tu.” Kata Qaseh berseloroh.
“ Mana Ibu?” tanya Aishah. Dia sudah mesra dengan panggilan ibu kepada Zhulianna.
“ Ibu keluar dengan Auntie Zura. Katanya ada hal sikit kat pejabat.” Qaseh tersenyum sahaja kepada Aishah. Semenjak dua menjak ini, Aishah dapat lihat perubahan dalam diri Qaseh. Semakin berseri-seri.
“ Kau duduk dulu. Aku buat air kejap.” Kata Qaseh yang sudah bangun dari kerusi yang menjadi alas punggungnya. Dia menuju ke dapur. Sebentar kemudian, dia keluar semula dengan membawa dua gelas air sirap. Qaseh meletakkan gelas tersebut di atas meja. Aishah menghirup sedikit air tersebut. Hilang sudah dahaganya.
“ Aku ada hadiah untuk kau.” Kata Aishah. Qaseh pelik.
“ Hadiah apa?” tanya Qaseh kembali. Aishah menghulurkan satu sampul coklat yang agak besar kepada Qaseh. Qaseh menyambut sampul surat itu dan membaca perkataan yang tertera di atas sampul tersebut. Daripada universitinya. Mungkin akan diketahui jawapan daripada mereka samada Qaseh diterima masuk atau tidak. Dengan pantas Qaseh mengoyak sampul surat tersebut. Dibaca surat itu. Perlahan-lahan terukir senyuman di bibir Qaseh. Air matanya hampir menitis.
“ Kenapa? Apa kata mereka?” tanya Aishah.
“ Aku dapat tempat kat sana.” Ujar Qaseh dalam tangisan yang perlahan.
“ Syukur. Alhamdulillah. Bila berangkat?” tanya Aishah lagi.
“ 2 minggu lagi.” Kata Qaseh. Bibirnya hanya menguntum senyuman. Tetapi sebentar kemudian, senyuman itu layu dan semakin layu. Aishah memandang wajah Qaseh. Dikerutkan dahi.
“ Kenapa?” tanya Aishah.
“ Aku tak sampai hati nak beritahu Ibu.” Ujar Qaseh sambil mengeluh.
“ Kau beritahulah Ibu perlahan-lahan. Aku pasti Ibu akan faham situasi kau sekarang.” Aishah cuba meredakan perasaan gundah-gulana Qaseh. Qaseh tidak tahu bagaimana hendak memberitahu Ibunya. Ditakuti hati tua itu akan sekali lagi terguris dengan perbuatannya.
“ Tapi, aku baru je bersama dengan Ibu. Kini, aku nak pergi lagi.” Qaseh berkata. Sampul surat itu diletakkan di atas meja. Aishah memandang sampul surat itu seketika. Kemudian, dia memandang semula wajah Qaseh.
“ Inikan impian kau. Cita-cita kau. Takkan kau nak buang macam tu je.” Nasihat Aishah.
“ Aku tahu. Tapi, tak puas lagi aku bermanja dengan Ibu.” Kata Qaseh. Aishah tersenyum kecil kemudian menggeleng.
“ Aku harap kau fikir masak-masak. Jangan buat keputusan terburu-buru. Kau fikirkan kebaikan untuk diri kau, untuk anak kau dan juga untuk Ibu.” Aishah banyak kali menasihati Qaseh perkara yang sama. Qaseh mendengus perlahan dan mengangguk.
ZHULIANNA pulang lewat ke rumah pada petang itu. Qaseh yang berada di rumah berasa gelisah apabila ibunya masih belum pulang. Qaseh mundar-mandir di ruang tamu. Dipatah-patahkan jari jemarinya. Qaseh menyusun ayat yang paling baik untuk pendengaran ibunya. Deruman enjin di halaman rumah mematikan khayalannya. Qaseh terjengok-jengok di luar rumah. Zhulianna keluar dari perut kereta dan menurunkan beg bimbit. Dia mengendong fail-fail yang dibawa balik daripada syarikat. Qaseh membuka pintu rumah dan menolong ibunya itu membawa fail-fail tersebut ke bilik bacaan. Zhulianna menuju ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggung di atas sofa dan memejamkan mata yang keletihan. Qaseh terus sahaja menuju ke dapur dan membancuh segelas air oren untuk ibunya. Qaseh berjalan ke arah ruang tamu dengan membawa air yang baru sahaja dibancuh. Dia memandang wajah letih Zhulianna. Ibunya itu tentu letih kerana perlu menyelesaikan kerja-kerja yang bertimbun di syarikat. Zhulianna tersedar dengan kehadiran Qaseh.
“ Mana Auntie Zura?” tanya Qaseh. Kalau tidak silap Qaseh, Zhulianna pergi ke pejabat bersama Zurain tetapi kenapa Zhulianna pulang seorang diri? Zhulianna membetulkan duduknya.
“ Auntie Zura kena siapkan tender syarikat. Malam nanti baru dia balik.” Terang Zhulianna. Qaseh terangguk-angguk mendengar penjelasan ibunya itu. Zhulianna membuka tudung yang menutup kepalanya.
“ Uncle Is tak marah pulak?”
“ Dah biasa. Lagipun, syarikat ni syarikat family. Cuma Tok Wan wariskan syarikat ni kepada Ibu. Auntie Zura tolong Ibu sekali-sekala.” Zhulianna menghirup sedikit air orennya.
“ Auntie Zura tak cemburu Ibu dapat syarikat ni?” tanya Qaseh.
“ Taklah. Kenapa pulak Auntie Zura nak cemburu?” tanya Zhulianna kembali.
“ Yelah. Selalu Qaseh tengok dalam t.v, kalau Abang atau Kakak yang dapat wariskan syarikat tu, adik-adik mesti cuba macam-macam cara untuk berebut syarikat tu juga.” Kata-kata Qaseh membuatkan Zhulianna tergelak. Qaseh mengerutkan dahi.
“ Qaseh ni banyak sangat tengok t.v.”
“ Betullah, Ibu. Auntie Zura tak macam tu?”
“ Auntie Zura langsung tak macam tu. Auntie Zura tak minat berbusiness. Waktu kat universiti dulu pun, Auntie Zura ambil course lain.” Zhulianna meletakkan gelasnya itu semula ke atas meja kopi yang terletak dihadapannya. Qaseh menyandarkan badan ke sofa.
“ Course apa?”
“ Tak silap Ibu….Auntie Zura ambil Mass Communication. Tapi, dia tipu Tok Wan kata ambil Accountancy. Bila Tok Wan suruh dia jadi Financial Controller, time tu lah kelam kabut mintak tolong Ibu. Yalah, kalau silap bagi gaji mengamuk pulak pekerja nanti. Lepas tu, Tok Wan dapat tahu. Mengamuk Tok Wan. Tak fikir panjang lagi, Tok Wan terus kahwinkan Auntie Zura dengan Uncle Is. Masa hari kahwin dia orang tu, Auntie Zura hampir-hampir melarikan diri. Tapi, Ibu dan Nenek lah yang suruh Auntie Zura pikir masak-masak. Mungkin apa yang Tok Wan buat ni untuk kebaikan Auntie Zura. Atlast, Auntie Zura dengar jugak cakap kita orang.” Zhulianna bercerita. Membuka kisah lama.
“ Sebenarnya, Tok Wan tak nak Auntie Zura jadik broadcast journalist tu sebab Tok Wan tak nak Auntie Zura berkawan dengan teman lelakinya. Boyfriend Auntie Zura dulu cameraman je. Tapi handsome. Ibu pernah tengok. Sekarang ni, Auntie Zura dah bahagia dengan Uncle Is. Sebab Uncle Is pandai melayan kerenah Auntie Zura. Masa mula-mula kahwin dulu, macam-macam Auntie Zura buat supaya Uncle Is meluat dengan dia. Akhirnya, Auntie Zura pulak yang jatuh cinta dengan Uncle Is. Kelakar betul bila ingat-ingat balik perangai Auntie Zura.” Sambung Zhulianna. Seronok pula Qaseh mendengar kisah Zurain daripada Zhulianna. Rupa-rupanya, Zurain berkahwin dengan Iskandar bukanlah kerana suka sama suka. Begitu juga dengan dirinya.
Qaseh berkahwin dengan Fareez kerana wasiat. Tetapi kalau bukan kerana wasiat itu, Qaseh tetap mencintai Fareez. Dalam kisahnya, dia yang menjadi mangsa kebencian. Dia berjaya membuat Fareez jatuh cinta dengannya. Entah apa silapnya, Fareez membenci dirinya semula.
Zhulianna memegang tangan Qaseh. Qaseh terkejut dan memandang wajah Zhulianna yang tersenyum.
“ Ibu tahu apa yang bermain di fikiran Qaseh.”
“ Apa yang Ibu tahu?”
“ Kisah Auntie Zura lebih kurang macam kisah Qaseh, kan?” tanya Zhulianna. Qaseh tersenyum dan menggeleng.
“ Qaseh sayangkan Fareez?”
“ Kenapa Ibu tanya macam tu? Dah tentulah Qaseh sayangkan dia.”
“ Tapi Qaseh cintakan dia?”
“ Ibu…Qaseh sayangkan Fareez. Tapi, Qaseh tinggalkan Fareez kerana Qaseh terlalu mencintai dirinya. Qaseh beri dia masa untuk fikir. Kami perlukan ruang masing-masing.” Jelas Qaseh. Dia tidak mahu Zhulianna mencurigai kasih sayang yang dicurahkan kepada Fareez. Zhulianna mengangguk. Akhirnya, dia faham. Dia tidak patut mempersoalkan kasih sayang dan kisah cinta anaknya itu.
“ Ibu…Qaseh ada benda nak cakap dengan Ibu ni.” Perlahan-lahan Qaseh bersuara. Ditutur ayat satu persatu. Zhulianna memandang wajah Qaseh tidak berkelip. Qaseh gelisah.
“ Qaseh mengandung.” Qaseh melihat reaksi Zhulianna. Mata Zhulianna terbeliak. Tidak percaya dengan kata-kata Qaseh.
“ Dah berapa lama?”
“ Nearly 4 months.”
“ Congratulations.” Zhulianna memeluk erat Qaseh. Qaseh hampir menitiskan air mata. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu berita kedua. Mereka meleraikan pelukan.
“ Satu lagi…”
“ Apa dia, sayang?”
“ Qaseh dapat offer pergi buat Masters kat Luxembourg.”
“ You don’t think about going?” tanya Zhulianna. Qaseh hanya menundukkan wajahnya. Tidak berani menatap wajah Zhulianna.
“ Are you?” tanya Zhulianna sekali lagi.
“ Ibu…”
“ No, Qaseh. You’re not going anywhere.” Kata-kata nekad daripada Zhulianna. Air mata Qaseh mula merembes laju.
“ Ibu…” kata-kata Qaseh seperti tidak terkeluar dari celah kerongkongnya.
“ Qaseh, Ibu tak benarkan Qaseh pergi mana-mana. Cukuplah Ibu terpisah dengan Qaseh selama 20 tahun. Sekarang ni Qaseh nak sambung belajar berapa lama? 2 tahun? 3 tahun? 4 tahun?” Zhulianna berkata-kata.
“ Tapi, Ibu…”
“ Ibu tak sanggup lagi. Ibu tak sanggup kehilangan Qaseh.”
“ Ibu bukan kehilangan Qaseh. Qaseh cuma pergi sambung belajar.” Pujuk Qaseh sedaya upaya.
“ Tidak, Qaseh. Kata muktamad daripada Ibu, no.” tegas Zhulianna berkata. Qaseh terdiam seketika. Hatinya sebak. Zhulianna menghalangnya daripada pergi menenangkan fikiran.
“ Tolonglah, Ibu. Qaseh perlu tinggalkan Malaysia buat sementara waktu. Mana saja Qaseh pergi, Qaseh selalu nampak bayangan Fareez. Qaseh selalu teringatkan dia. Qaseh perlu pergi jauh dari sini. Ibu….Tolonglah…” rayu Qaseh. Air matanya tidak berhenti turun. Zhulianna turut menangisi nasib yang menimpa anaknya itu. Lama Zhulianna berfikir. Dengan perasaan berat hati, Zhulianna terpaksa melepaskan anaknya itu pergi.
“ Baiklah. Tapi, Qaseh kena janji dengan Ibu. Bila Qaseh rasa dah tiba masa nak bersalin, telefon Ibu. Ibu nak bersama-sama dengan Qaseh sewaktu Qaseh menyambut kelahiran anak Qaseh nanti.” Zhulianna mengenakan syarat. Qaseh bersetuju dan mereka sekali lagi berpelukan. Zhulianna mengelap air mata anak itu.
“ Bila Qaseh nak berangkat?” tanya Zhulianna.
“ Hujung bulan ni, Ibu.” Kata Qaseh. Zhulianna mengeluh perlahan seraya mengangguk. Dia sudah tidak berdaya untuk menghalang anaknya itu lagi. Biarlah Qaseh pergi membawa hatinya yang terluka.
QASEH melengkapkan borang yang dihantar kepadanya 3 hari lepas. Diposkan semula borang penerimaan tawaran tersebut. Qaseh termenung di balkoni bilik. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dengan kuat. Qaseh berlari-lari anak masuk semula ke dalam bilik dan mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja solek. Nama yang cukup dikenalinya tertera di skrin telefon bimbit tersebut. Perlahan-lahan didekatkan telefon itu ke telinganya. Tiada respon di sebelah sana.
“ Abang…Abang…” panggil Qaseh. Tiada respon.
“ Qaseh tahu ni Abang…Abang, cakaplah dengan Qaseh. Kenapa Abang telefon Qaseh? Ada sesuatu yang berlaku kepada Mirul ke?” tanya Qaseh bertubi-tubi. Masih tiada jawapan atau sebarang reaksi daripada Fareez.
“ Kalau Abang tak nak cakap apa-apa, Qaseh ada 2 perkara yang nak dicakapkan dengan Abang.” Akhirnya Qaseh mengalah. Dia mengeluh.
“ Qaseh mengandung, Abang. Qaseh kandungkan zuriat Abang….Tentu Ummi gembira bila tahu Qaseh mengandung. Tapi satu permintaan Qaseh. Tolong jangan beritahu sesiapapun mengenai kandungan Qaseh. Qaseh tak mahu mereka risaukan keadaan Qaseh. Keduanya, Qaseh nak pergi ke Luxembourg untuk sambung belajar. Abang janganlah risaukan Qaseh. Qaseh boleh jaga diri Qaseh sendiri. Abang jagalah diri Abang baik-baik. Qaseh sentiasa menyayangi Abang. Selamat tinggal, Abang.” Qaseh segera mematikan talian telefon. Air matanya sekali lagi merembes keluar.
FAREEZ tergamam dengan berita yang baru sahaja didengarinya daripada mulut Qaseh. Benarkah apa yang diperkatakan oleh Qaseh? Dia mengandung? Gagang telefon masih belum diletakkan di tempat asalnya. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Tiba-tiba, Fareez teringat akan Raja Zikri. Mungkin sahabatnya itu dapat menolong dia. Segera didail nombor telefon Raja Zikri. Ada suara yang menjawab panggilan tersebut. Fareez mendiamkan diri.
“ Hello?” suara Raja Zikri bergema di corong telefon.
“ Boleh saya bercakap dengan Raja Zikri?” tanya Fareez. Raja Zikri sedikit pelik. Suara orang itu amat dikenalinya tetapi dia begitu formal cara menjawab telefon itu. Fareez berdehem kecil.
“ Saya bercakap. Boleh saya tahu siapa di sana?” tanya Raja Zikri kembali.
“ Aku lah, Fareez.”
“ Laa…Apasal formal sangat?”
“ Aku takut tersilap ofis.”
“ Ooo…yalah. Sebab dah lama kau tak telefon aku, kan? Mentang-mentang dah ada wife baru. Terus lupakan aku.” Raja Zikri pura-pura merajuk. Tetapi rajuknya tidak berpanjangan apabila tiada gelak ketawa yang menyambut kata-katanya. Fareez hanya mengeluh.
“ Kenapa dengan kau ni? Ada masalah besar ke? You story me now.” Raja Zikri masih cuba berseloroh.
“ Aku nak jumpa kau, Zeke. Tak boleh cakap dalam telefon.” Akhirnya Fareez bersuara. Raja Zikri bersetuju dan menetapkan tempat perjumpaan mereka. Tempat kebiasaan mereka berjumpa.
“ Ok. Jumpa kat sana.” Fareez bersetuju. Fareez meletakkan gagang telefon. Fikirannya bukan lagi di tempat kerja tetapi melayang-layang teringatkan Qaseh. Fareez mengetuk kepalanya sendiri. Kenapalah dia terlalu bodoh mempercayai setiap kata-kata Shilea? Dia sudah melakukan kesilapan terbesar dalam hidupnya.
TEPAT jam 8 malam, Fareez muncul di Restoran Kekabu yang terletak di Plaza Alam Sentral. Belum lagi ternampak bayang-bayang Raja Zikri. Fareez duduk di tempat yang disediakan dan memesan minuman. Sebentar kemudian, Raja Zikri muncul bersama anak perempuannya. Fareez melambai ke arah mereka. Laju sahaja kaki Raja Zikri melangkah ke arah Fareez. Mereka duduk bertentangan dengan Fareez.
“ Sorry, lambat sikit. Jalan jam. Biasalah….rumah aku kat K.L. Yang kau pilih tempat ‘dekat’ sangat, apasal?” Raja Zikri menarik kerusi untuk anaknya. Fareez memerhatikan seraut wajah Raja Hanim Farisha. Saling tidak tumpah seperti Raja Zikri. Kulitnya putih kemerahan, rambut bertocang dua dan mempunyai senyuman yang sentiasa mekar di bibirnya. Fareez berkenan melihat lesung pipitnya. Seperti Qaseh. Nama itu yang terlafaz di hatinya saban hari.
“ It’s ok. Aku pun baru je sampai. Aku rasa tempat ni makanannya best.” Seorang pelayan mendekati meja mereka apabila Fareez menggamit ke arahnya. Pelayan tersebut menyerahkan menu kepada mereka berdua.
“ Kau nak minum apa?” tanya Fareez.
“ Bagi saya Kopi Tarik.”
“ Isha nak minum apa?” tanya Raja Zikri kepada anak kecil itu.
“ Air Milo.” Comel sekali cara dia memberikan jawapan kepada ayahnya.
“ Bagi Milo ais untuk dia dan untuk saya Kopi‘O.” kata Fareez. pelayan itu mencatit sesuatu di atas kertas yang dibawanya bersama.
“ Makan, Encik?”
“ Kejap lagi.” Pelayan itu segera beredar dari situ.
“ Kau nak jumpa aku ni kenapa?” tanya Raja Zikri. Lelaki itu sudah tidak sabar dengan kebisuan Fareez.
“ Saja. Bosan duduk rumah.” Fareez masih cuba mengelak daripada memberitahu perkara sebenar kepada Raja Zikri.
“ Aku tak rasa kau ni sedang dalam kebosanan. Mesti kau ada masalah. Kalau tidak, susah nak jumpa dengan kau.” Raja Zikri menghalang alasan yang sengaja dicipta oleh Fareez untuk pendengaran Raja Zikri.
“ Aku tak tahu macam mana nak beritahu kau ni.” Fareez mematah-matahkan jari jemarinya. Menunjukkan betapa besar masalah yang sedang ditanggung olehnya. Dia sudah terikut-ikut dengan perangai Qaseh yang suka mematah-matahkan jari jemari jika sedang gelisah.
“ Apa halnya ni? Cakap je.” Paksa Raja Zikri.
“ Qaseh….”
“ Hah! Kenapa dengan Qaseh?”
“ She’s pregnant.” Fareez tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.
“ Congratulations.” Raja Zikri bersalaman dengan Fareez.
“ Thanks. And one more thing….”
“ Kenapa pulak ni?” Raja Zikri bertanya tidak sabar.
“ Dia nak pergi Luxembourg. To pursue her study in Masters.” kata Fareez lemah. Raja Zikri menyandarkan badannya ke ke kerusi.
“ Jadi, apa masalahnya? Ikut je lah dia ke Luxembourg.” Cadang Raja Zikri. Fareez menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
“ Aku…Aku…Aku dah berpisah dengan dia.” Tergagap-gagap Fareez berkata. Dia tahu Raja Zikri pasti akan memarahinya jika dia tahu perkara sebenar. Dia rasa dirinya sangat bodoh.
“ WHAT??!!” jerit Raja Zikri. Hampir semua pelanggan di dalam restoran tersebut memerhatikan mereka. Raja Zikri menenangkan diri semula.
“ Kau biar benar?” tanya Raja Zikri lagi. Tidak percaya dengan kata-kata yang terluncur dari bibir Fareez. Fareez mengangguk perlahan.
“ What have you done this time?” Raja Zikri mengeluh. Dipandang wajah Fareez yang seperti orang tidak terurus.
“ Aku dah lukakan hati dia. Dia rasa kami perlu berpisah buat sementara waktu. Aku pun rasa itu jalan yang terbaik.” Buat kali kedua Raja Zikri dapat melihat air mata yang turun dari pipi Fareez. Air mata lelaki. Fareez mengelap air matanya.
Pertama kali, sewaktu Fareez menerima berita kematian kekasih pertamanya dahulu. Natrah. Nama yang selalu menjadi sebutan Fareez. Gadis pertama yang dikenali di alam persekolahan. Memang Fareez separuh gilakan gadis tersebut. Mereka sudah berjanji akan berjumpa pada 14 Februari di satu tempat yang telah ditetapkan untuk menyambut hari kekasih bersama. Dari tengah hari Fareez menunggu sehingga ke petang. Gadis itu tidak juga muncul. Raja Zikri adalah orang tengah untuk mereka berdua. Dan Raja Zikri jugalah yang menjadi penyampai khabar buruk itu kepada Fareez. Terus sahaja Fareez menuju ke hospital untuk melihat Natrah buat kali terakhir. Gadis itu kemalangan jalan raya sewaktu hendak pergi berjumpa dengan Fareez. Peristiwa itu senantiasa menghantui dirinya. Bermacam-macam cara dilakukan untuk melupakan Natrah. Akhirnya, Fareez mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke tahap yang lebih tinggi. Begitu juga dengan Raja Zikri. Dari situ Fareez mula berkawan dengan Shilea. Gadis liar. Lain benar perwatakan Shilea jika hendak dibandingkan dengan Natrah. Sudah bergelen air liur Raja Zikri dan Rashdan habis untuk menasihatkan Fareez. Tetapi satu pun tidak lekat di fikiran. Seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Apabila Fareez berkahwin dengan Shilea, Raja Zikri dapat rasakan bahawa Shilea tidak akan menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Benar tekaan Raja Zikri. Apabila Fareez berkahwin semula dengan Qaseh, Raja Zikri merasakan Qaseh adalah calon terbaik buat Fareez. Tetapi nampaknya kali ini, tekaan Raja Zikri sekali lagi meleset.
“ Aku tak tahu nak buat apa. Aku sayangkan dia.” Kata Fareez tiba-tiba.
“ Aku juga pasti dia menyayangi kau.”
“ Tapi aku sangat-sangat bodoh.”
“ Kenapa?” tanya Raja Zikri, pelik.
“ Bodoh kerana percayakan kata-kata Lea.”
“ Apa yang dia dah buat pulak?” Raja Zikri merasakan ini semua mesti kerja Shilea yang tidak sudah-sudah hendak menyusahkan hidup Fareez.
“ Dia bagi gambar Qaseh dan Ashwad tengah pegang tangan.”
“ Kau tanya Qaseh dulu tak pasal gambar tu?”
“ Tak.” Ringkas jawapan Fareez.
“ Aku terus je hukum dia tanpa soal siasat dulu.” Sambung Fareez.
“ Kau cemburu?” tanya Raja Zikri yang inginkan kepastian.
“ Mestilah aku cemburu. Aku suami Qaseh.”
“ Ohh…Baru kau nak mengaku kau suami dia. Dulu masa kau seksa perasaan dia, kau tak ingat pulak kau tu suami siapa.” Sindir Raja Zikri.
“ Aku dah sedar kesilapan aku.” Ujar Fareez.
“ Baguslah. Aku dapat rasa dia akan kembali dalam hidup kau semula.” Raja Zikri memberikan harapan kepada Fareez. Fareez memandang Raja Zikri dengan senyuman terukir di bibir. Tiada lagi air mata.
BAB 36
QASEH mengemas pakaian yang hendak dibawanya ke Luxembourg. Zhulianna mengetuk pintu bilik anaknya itu. Qaseh membuka selak pintu dan memberikan laluan kepada Zhulianna untuk masuk ke dalam bilik yang sederhana besar itu. Qaseh menyambung kembali mengemas barang-barangnya. Zhulianna turut menolong anaknya itu mengemas. Air matanya juga tidak berhenti dari menuruni pipi semenjak semalam. Qaseh yang melihat air mata itu segera mengesat. Ibunya tersenyum hambar.
“ Nanti bila Qaseh dah habis belajar, Qaseh balik tau?” kata Zhulianna menggenggam erat jari jemari anaknya. Qaseh mengangguk. Mereka sama-sama berpelukan. Zhulianna turun dari katil Qaseh secara perlahan-lahan dan menuju ke tingkat bawah apabila terdengar loceng rumah dibunyikan. Qaseh memasukkan gambar Amirul ke dalam beg. Kemudian dicapai gambar Fareez. Lama dia menatap gambar itu. Air matanya jatuh setitik ke atas kaca gambar tersebut. Didekatkan bibirnya ke gambar Fareez. Lama bibir itu melekap di gambar tersebut. Qaseh cepat-cepat memasukkan gambar Fareez ke dalam beg pakaiannya apabila terdengar suara Zhulianna memanggilnya. Tangan Qaseh pantas mengelap air mata yang berjuraian. Dia tidak mahu Zhulianna melihat kedukaannya lagi.
“ Ibu panggil Qaseh ke?” tanya Qaseh pada Zhulianna apabila dilihat Zhulianna ada di anak tangga yang paling hujung.
“ Kita ada tetamu. Turunlah.” Zhulianna beredar dari situ dan menuju ke dapur. Qaseh masuk semula ke dalam bilik dan menukar pakaian. Dari baju mengandung ke seluar. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu bahawa dia sedang mengandung. Kemudian, dia menuruni anak tangga dan menuju ke arah ruang tamu yang dipenuhi dengan tetamu yang tidak diundang itu.
“ Qaseh…” panggil seseorang yang amat dikenalinya.
“ Ummi…” Qaseh menyalami Puan Sri Marlisa. Mereka berpelukan. Masing-masing mengambil giliran masing-masing untuk bersalaman dengan Qaseh. Fitri Shaliza dan Fitri Marlis sama-sama memeluk Qaseh. Anak-anak mereka juga turut bersalaman dengan Qaseh. Qaseh melabuhkan punggung di sebelah Puan Sri Marlisa.
“ Qaseh, apa khabar?” tanya Tan Sri Firdaus.
“ Baik, Walid. Walid sihat?” tanya Qaseh kembali.
“ Walid rasa sihat sikit daripada hari tu.” Kata Tan Sri Firdaus. Qaseh mendapat tahu daripada Fitri Marlis bahawa ayah mentuanya dimasukkan ke wad kerana mengalami hypertension. Adalah sekali dua Qaseh melawat Tan Sri Firdaus di hospital. Ayah mentuanya itu terlalu kuat bekerja. Kalau sehari tidak bekerja, pasti tidak senang duduk. Kini, dia terpaksa mengurangkan sedikit tekanan. Doktor menyuruhnya banyak berehat. Tan Sri Firdaus nampak lebih sihat berbanding dahulu.
“ Ummi nampak Qaseh makin berisi. Makin berseri-seri. Ada apa-apa ke?” tanya Puan Sri Marlisa tiba-tiba. Qaseh sudah sedikit menggelabah. Zhulianna yang baru tiba dari dapur dengan menatang dulang yang berisi cawan-cawan dan teko kopi. Fitri Shaliza turut menolong Zhulianna dengan mengangkat dulang yang penuh berisi kuih-muih serta biskut dan kek.
“ Entahlah, Kak. Saya pun tak tahu. Semenjak dua menjak ni, berselera dia makan. Macam-macam ditelannya.” Kata-kata Zhulianna menerima jelingan yang tajam daripada Qaseh. Zhulianna hanya tersenyum.
“ Qaseh tak pergi check? Manalah tahu. Berisi.” Puan Sri Marlisa memandang wajah Qaseh dengan penuh harapan.
“ Dah pergi check hari tu, Ummi. Doktor kata tak ada apa-apa.” Qaseh cuba melindungi hakikat sebenar. Puan Sri Marlisa mengangguk lemah. Hancur harapan hendak mendapat cucu daripada anak sahabat baiknya sendiri. Fitri Marlis menuangkan air kopi ke dalam cawan-cawan yang tersedia di atas meja.
“ Minumlah, Kak. Minum semua.” Zhulianna menjemput mereka. Qaseh memandang Zhulianna dengan wajah yang tidak senang. Zhulianna tahu apa yang sedang dihadapi oleh anaknya itu. Zhulianna memberikan isyarat mata kepada Qaseh. Anaknya itu mengerutkan dahi. Tanda tidak faham dengan isyarat mata Zhulianna.
“ Kak…” panggil Zhulianna perlahan. Puan Sri Marlisa meletakkan cawan kopinya ke atas meja.
“ Qaseh ada benda nak beritahu Akak.” Kata Zhulianna. Qaseh membeliakkan mata. Dia tergamam.
“ Qaseh, beritahu Ummi pasal Luxembourg.” Ujar Zhulianna. Baru kini Qaseh faham akan maksud Zhulianna. Ibunya mahu dia memberitahu Puan Sri Marlisa mengenai pemergiannya.
“ Qaseh nak beritahu apa?” tanya Puan Sri Marlisa lembut. Qaseh gelisah. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu ibu mentuanya itu.
“ Qaseh…” panggil Puan Sri Marlisa perlahan sambil menggengam jari jemari Qaseh yang runcing.
“ Sebenarnya Ummi,Walid….Qaseh…Qaseh…Qaseh…” tergagap-gagap dia hendak mengatakan perkara sebenar.
“ Sebenarnya apa Qaseh? Cuba Qaseh cerita pada Ummi.” Paksa Puan Sri Marlisa lagi. Tidak sabar dia hendak mengetahui perkara itu.
“ Qaseh dapat buat Masters kat Luxembourg.” Terluah juga kata-kata itu daripada mulut Qaseh.
“ Hmm…baguslah.” Tan Sri Firdaus menyahut.
“ Bila Qaseh nak berangkat?” tanya Fitri Shaliza pula.
“ Hujung bulan ni.” Ujar Qaseh. Dia memandang Puan Sri Marlisa di sebelah. Wanita itu hanya mendiamkan diri. Tidak berkata apa-apa.
“ Ummi…” panggil Qaseh. Puan Sri Marlisa terjaga dari lamunannya.
“ Baguslah, Qaseh. Ummi tumpang gembira untuk Qaseh.” Kata Puan Sri Marlisa perlahan. Qaseh tahu ibu mentuanya itu kecewa kerana menantunya terpaksa meninggalkan mereka semua. Ini adalah cita-cita Qaseh. Dia juga tidak sanggup meninggalkan Datuk, Rafidah, Zhulianna, Aishah, Amirul dan keluarga mentuanya. Tetapi apakan daya, dia juga ingin mengejar cita-cita yang telah lama disimpan semenjak berkahwin dengan Fareez. Menjadi seorang yang lebih berguna. Dia sudah mendapat peluang itu. Pasti tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Rugilah usahanya selama ini.
“ Tapi, satu je pesan Ummi. Jaga diri baik-baik. Qaseh di negara orang. Tak tahu apa yang terjadi. Kami di sini, doakan kecemerlangan Qaseh dalam pelajaran.” Nasihat Puan Sri Marlisa akan Qaseh simpan di dalam hatinya sebaik mungkin. Nasihat itu akan senantiasa diingati.
“ Terima kasih, Ummi, Walid.” Ucap Qaseh. Dia memandang satu persatu wajah yang ada di ruang tamu rumah itu. Kesemua mereka tersenyum ke arah Qaseh. Ada satu wajah yang dia tidak akan ketemui selepas ini. Wajah yang akan selalu dirindui.
Selepas hampir setengah hari mereka semua menghabiskan masa bersama Qaseh dan Zhulianna, mereka meminta diri untuk pulang. Puan Sri Marlisa berjanji dengan Qaseh dia akan turut menghantar Qaseh ke lapangan terbang. Mereka sekali lagi berpelukan. Qaseh melambai ke arah kereta-kereta yang perlahan-lahan hilang dari pandangannya. Maafkan Qaseh, Ummi. Qaseh terpaksa menipu Ummi, bisik hati kecilnya. Qaseh menutup semula pintu. Dia menuju ke tangga untuk ke tingkat atas. Zhulianna sedang sibuk membasuh pinggan di dapur. Qaseh menjenguk ke dapur.
“ Ibu nak Qaseh tolong?”
“ Tak payah. Ibu dah biasa buat benda-benda ni semua.” Zhulianna tersenyum. Qaseh menarik kerusi di meja makan dan duduk di situ. Leka memerhatikan ibunya menyelesaikan kerja-kerja.
“ Ibu rasa apa yang Qaseh buat ni, betul tak?” tanya Qaseh tiba-tiba. Zhulianna mengalihkan badan dan memandang Qaseh yang seperti orang termenung jauh. Zhulianna kerutkan sedikit dahinya.
“ Kenapa Qaseh cakap macam tu?”
“ Qaseh tipu Ummi. Qaseh tak senang hatilah, Ibu.”
“ Qaseh…Kalau Qaseh beritahu perkara sebenar, Qaseh rasa Ummi akan lepaskan Qaseh pergi?” tanya Zhulianna kembali. Qaseh mengangkat muka dan memandang Zhulianna yang sedang berjalan ke arahnya.
“ Ibu boleh lepaskan Qaseh.”
“ Ibu pun tak sanggup lepaskan Qaseh. Tapi, Qaseh yang beria-ia nak sangat pergi ke sana. Ibu tak boleh buat apa-apa. Lagi Ibu halang, selagi itulah Qaseh desak nak pergi.” Kata Zhulianna. Qaseh mengeluh. Dia memegang perut yang kian membesar. Biarlah bila anak ini lahir nanti, semuanya akan terjawab dengan sendiri. Entah bila masa Zhulianna kembali meneruskan kerja-kerjanya, Qaseh pun tidak perasan.
“ Ibu, Qaseh naik dulu. Banyak lagi barang nak kena kemas.” Ujar Qaseh sambil menolak kerusi yang ada di dapur itu ke tempat asal. Zhulianna memandang anaknya itu apabila Qaseh membelakangi Zhulianna dan berjalan menuju ke tangga.
PADA mulanya Zhulianna hendak memandu ke KLIA tetapi dihalang oleh Qaseh dan Zurain. Mereka bercadang hendak menaiki ERL (Express Railway Link) yang akan membawa mereka terus ke KLIA. Lagipun, Qaseh tidak begitu percaya ibunya membawa kereta seorang diri tanpa teman. Zurain sudah pasti akan pulang bersama Iskandar. Qaseh belum cuba naik ERL. Inilah kali pertama. Zurain membawa kereta dan bagasi Qaseh diletakkan di dalam kereta Zurain. Sampai sahaja di KLIA, Qaseh terus menuju ke kaunter MAS Airline untuk membuat pengesahan tiket. Zhulianna hanya duduk menunggu di salah sebuah kerusi yang diletakkan berdekatan dengan kaunter tersebut. Zurain masih belum sampai. Qaseh duduk di sebelah ibunya. Dada Qaseh berdebar-debar. Tidak sabar rasanya hendak menaiki kapal terbang dan meninggalkan Malaysia secepat mungkin. Dia tidak boleh menunggu walaupun seminit lagi di sini. Hatinya sudah tiada lagi di sini. Jiwanya sudah lama meninggalkan Malaysia.
“ Apa yang Qaseh fikirkan?” tanya Zhulianna apabila didapatinya Qaseh hanya mendiamkan diri. Qaseh memandang Zhulianna dan tersenyum sambil menggeleng. Cuba melindungi hati yang kesedihan.
“ Bagaimana kalau Fareez menghalang Qaseh dari pergi?” pertanyaan Zhulianna kali ini benar-benar mendapat reaksi terkejut daripada Qaseh. Itulah juga persoalan yang difikirkan 2-3 hari sebelum dia berangkat.
“ Qaseh dah katakan pada dia. Kami perlukan ruang untuk bersendirian. Memikirkan hati dan perasaan masing-masing. Kalau ada jodoh antara kami, walau macam mana pun kami akan tetap bersama.” Kata Qaseh penuh yakin sedangkan dia sendiri tidak tahu samada dia masih mempunyai masa depan bersama Fareez atau tidak. Zhulianna memandang anak itu dengan perasaan penuh simpati. Sebentar kemudian, Zurain dan suaminya, Iskandar tiba di KLIA. Puas mereka meronda satu KLIA mencari kedua beranak itu. Rupa-rupanya mereka ada di hadapan kaunter tiket. Zurain menyorong troli yang membawa bagasi-bagasi pakaian Qaseh.
“ Laa…Kat sini rupanya Akak dan Qaseh. Puas saya dengan Is cari Akak berdua.” Zurain menghenyakkan punggungnya di kerusi yang Zhulianna dan Qaseh duduk. Qaseh menolong Iskandar meletakkan bagasi-bagasi pakaiannya di kaunter bagasi.
“ Qaseh pergi duduk. Biar Uncle yang buat.” Kata Iskandar.
“ Eh! Tak apalah, Uncle. Qaseh tak nak menyusahkan Uncle.”
“ Apa pulak nak menyusahkan? Qaseh kan anak buah Uncle jugak.”
“ Betul ke ni, Uncle?”
“ Betul. Dah. Qaseh pergi duduk. Dahlah kamu tu tengah mengandung.” Ujar Iskandar. Qaseh tersenyum lebar. Gembira dia masih mempunyai pak cik sebaik Iskandar. Beruntung dia mempunyai dua orang pak cik yang amat sayangkannya. Khairudin dan Iskandar.
“ Thanks, Uncle. Sayang Uncle.”
“ Welcome.” Ucap Iskandar kembali.
Qaseh berjalan semula ke arah Zhulianna dan Zurain. Kedua beradik itu sedang leka bersembang.
“ Ibu, Qaseh lapar.” Rengek Qaseh. Zhulianna tersenyum.
“ Jom pergi makan. Zura, Is….Nak ikut pergi makan?” tanya Zhulianna kepada adik dan adik iparnya itu. Mereka mengangguk dan membuntuti Zhulianna dan Qaseh. Mereka berempat melangkah masuk ke dalam McDonald. Restoran makanan segera yang ada di situ. Selain McDonald, banyak lagi pilihan restoran makanan segera. Tetapi Qaseh lebih gemar ke restoran makanan segera kegemarannya.
Iskandar membelikan makanan untuk mereka berempat. Qaseh, Zhulianna dan Zurain memilih tempat yang terbuka. Macam-macam yang dipesan oleh Qaseh. Burger Big Mac, Chocolate Shake, Apple Pie dan Aiskrim Sundae. Zhulianna hanya menggeleng sahaja melihat telatah anaknya itu. Makan mengalahkan orang lain. Seperti makan untuk 3 orang. Habis pula apa yang dipesannya itu. Tidak dikongsi dengan sesiapa pun. Zurain dan Iskandar ternganga melihat tabiat kuat makan Qaseh.
“ Cepatnya Qaseh. Lapar betul ni.” Kata Zurain. Qaseh tersengih.
“ Dari pagi lagi Qaseh tak makan. Ibu tak masak sarapan.” Muncung sahaja bibir Qaseh. Zhulianna tersenyum.
“ Kan Ibu dah masak serunding untuk Qaseh bawak pergi sana?”
“ Ala…Serunding je. Nak makan air tangan Ibu.” Ujar Qaseh.
“ Lepas ni, pandai-pandailah Qaseh masak sendiri.” Usik Zurain. Iskandar tergelak kecil melihat gelagat Qaseh yang tidak ubah seperti kebudak-budakan. Muncungnya masih panjang sedepa.
“ Sukalah Auntie dengan Ibu usik Qaseh. Uncle tengok Ibu dengan Auntie Zura.” Qaseh pura-pura merajuk.
“ Dah puas dah Uncle tengok Ibu dengan Auntie Zura. Dah 20 tahun lebih. Sampai tak mahu tengok dah.” Seloroh Iskandar. Qaseh hampir tersenyum tetapi sengaja dimasamkan mukanya lagi.
“ Janganlah masam muka. Nanti anak tu pun muka masam je.” Qaseh tersenyum kembali setelah mendengar kata-kata Zhulianna.
TINGGAL lagi 3 jam sahaja Qaseh akan berangkat ke Luxembourg. Keluarga Qaseh serta keluarga mentuanya sudah mula tiba ke KLIA. Mereka bersembang sesama sendiri. Qaseh seperti mencari seseorang. Puan Sri Marlisa melabuhkan punggung di sebelah Qaseh. Dia menggengam jari jemari menantunya itu. Qaseh tersedar dan segera memandang wajah Puan Sri Marlisa. Dahinya dikerutkan.
“ Qaseh tak payahlah cari dia lagi. Dia tak akan datang.” Kata-kata Puan Sri Marlisa sedikit sebanyak telah melukakan hati Qaseh.
“ Apa yang Ummi cakapkan ni?” dicuba melindungi hati yang lara.
“ Fareez. Qaseh cari Fareez, kan?” duga Puan Sri Marlisa.
“ Eh! Taklah, Ummi. Qaseh cari Ecah.” Isi hatinya dapat dibaca oleh Puan Sri Marlisa. Begitu ketarakah di raut wajahnya?
“ Tak ada siapa tahu ke mana dia pergi 2-3 hari ni. Kami semua risau. Dia langsung tak telefon.” Hati Qaseh gelisah selepas mendengar kata-kata Puan Sri Marlisa. Ke manakah dia? Ada sesuatu yang terjadi ke atas dirinya kah? Mungkin dia pergi mencari ketenangannya sendiri.
“ Kenapa Ummi tiba-tiba cakap pasal Abang Fareez pulak ni?”
“ Ummi perempuan. Ummi faham perasaan Qaseh. Bila kita benar-benar perlukan seseorang di sisi, orang itu tinggalkan kita. Walau apapun yang terjadi di antara kamu berdua, Qaseh teruslah anggap Ummi ni sebagai Ummi Qaseh sendiri.” Kata-kata ikhlas yang meluncur keluar dari mulut Puan Sri Marlisa dibalas dengan pelukan oleh Qaseh. Puan Sri Marlisa mengusap kepala Qaseh.
PANGGILAN terakhir untuk penumpang pesawat Airbus 380 telah pun diumumkan. Qaseh sekali lagi bersalaman dan berpelukan dengan mereka buat kali terakhir. Ada esakan tangis. Air mata Qaseh juga turun berjuraian. Tidak sanggup rasanya berpisah dengan mereka semua tetapi dia harus pergi. Menyambung cita-cita untuk belajar ke peringkat yang tertinggi. Qaseh menyalami Datuk. Air mata tua itu juga turut membasahi pipi Datuk yang semakin dimamah usia.
“ Qaseh jaga diri tau? Kalau ada apa-apa, jangan lupa telefon atuk.” Pesan Datuk berulangkali. Qaseh mengangguk sambil memeluk datuknya itu.
“ Qaseh ingat pesan atuk.” Dia beralih pula kepada Fitri Shaliza dan Fitri Marlis. Dia menyalami mereka berdua yang sudah dianggapnya seperti kakak-kakak kandung.
“ Jangan lupakan kami di sini.” Kata Fitri Marlis. Qaseh tersenyum dalam tangis. Dilap air matanya sedikit.
“ Qaseh, ingatlah bahawa Ummi sentiasa menganggap Qaseh sebagai menantu Ummi.” Kata-kata Puan Sri Marlisa menimbulkan satu perasaan lega di hati Qaseh. Masih ada lagi orang yang menyayanginya selain daripada Ibu dan Datuk.
“ Ummi pun ingatlah yang Qaseh sentiasa menganggap Ummi sebagai ibu kandung.” Mereka berpelukan. Qaseh tunduk menyalami Tan Sri Firdaus. Semasa Qaseh hendak menarik tangannya semula, dia terasa ada sesuatu di tangannya. Dia membuka tapak tangannya dan lihat ada satu sampul surat yang berwarna putih.
“ Apa ni, Walid?” tanya Qaseh yang sedikit kebingungan.
“ Duit untuk perbelanjaan Qaseh.”
“ Tapi, Walid…Duit scholarship yang JPA bagi dah cukup untuk Qaseh. Campur dengan duit gaji. Lebih daripada cukup. Qaseh tak boleh terima ni.” Kata Qaseh yang menyerahkan semula sampul surat tersebut. Tan Sri Firdaus tidak menyambutnya.
“ Ambillah, Qaseh. Walid sedekah.” Ujar Tan Sri Firdaus. Akhirnya Qaseh terpaksa mengalah. Disimpan duit tersebut di dalam kocek seluar. Qaseh berjalan ke arah Mak Ngah dan Pak Ngah serta sepupu-sepupunya. Mereka bersalaman dan berpelukan dengan Qaseh. Kemudian, dia menuju pula ke arah Zurain dan Iskandar. Qaseh mencapai tangan Zurain.
“ Terima kasih, Auntie Zura, Uncle Is….Sebab menyayangi Qaseh seperti anak Auntie dan Uncle sendiri.” Qaseh memegang jari jemari Zurain. Iskandar menepuk-nepuk bahu Qaseh. Dia sudah menganggap Qaseh seperti anaknya sendiri.
“ Kenapa Qaseh cakap macam tu? Qaseh kan anak kakak Auntie. Kami memang sayangkan Qaseh. Kita satu keluarga.” Lega Qaseh mendengar kata-kata yang terlahir dari mulut Zurain. Qaseh memandang Zuleika dan Zufri yang berdiri di sebelah Iskandar.
“ Maafkan Akak.” Ucap Qaseh. Mereka memandang Qaseh dengan pandangan pelik. Pelik dengan kata-kata Qaseh.
“ Kenapa Akak nak mintak maaf?” tanya Zuleika.
“ Sebab Akak baru je mengenali Eika dan Zuf. Lepas tu, Akak dah nak pergi balik Luxembourg.” Kata Qaseh. Mereka berdua tersenyum.
“ Akak jangan risau. Lepas Akak balik, kita pasti akan bersembang lama-lama.” Kata Zuleika. Dia anak sulung. Muda 3 tahun dari Qaseh.
“ Janji?”
“ Eika janji.” Mereka sama-sama berpelukan.
“ Eika kerja elok-elok tau.” Pesan Qaseh pada Zuleika setelah pelukan dileraikan. Zuleika mengangguk pantas. Qaseh beralih ke arah Zufri.
“ Zuf, belajar elok-elok. Akak nak Zuf tamatkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi.” Pesan Qaseh. Zufri tersenyum manis.
“ Insya-Allah, Kak. Zuf akan ingat pesan Akak.” Ujar Zufri sambil tunduk menyalami tangan Qaseh yang sudah dianggap sebagai kakaknya sendiri. Qaseh beralih pula kepada Zhulianna. Air mata yang menuruni pipi tua itu masih belum berhenti.
“ Ibu, maafkan Qaseh. Sebab Qaseh jadi anak kurang ajar. Marahkan Ibu kerana Ibu tak datang sewaktu Qaseh perlukan seorang ibu. Qaseh marahkan Ibu sebab Ibu tinggalkan Qaseh. Qaseh tak tahu cerita sebenar. Kini, baru Qaseh sedar. Bukan Qaseh yang menderita tetapi Ibu. Ibu telah lalui bermacam-macam dugaan. Ibu sanggup menerima perangai Qaseh yang tak reti hormatkan Ibu. Ibu sanggup menerima cacian keluarga Ibu sendiri. Tetapi Ibu tak pernah menegakkan kebenaran. Ibu sanggup menerima kata-kata hinaan demi menjaga maruah Qaseh dan Papa. Maafkan Qaseh, Ibu. Maafkan Qaseh.” Air mata Qaseh laju menuruni pipinya yang gebu. Zhulianna mengelap air mata itu.
“ Mana Qaseh tahu semua ni?” tanya Zhulianna yang agak terkejut dengan kata-kata Qaseh. Dia tidak pernah memberitahu kepada sesiapapun tentang perkara ini.
“ Dari Auntie Zura.” Ringkas jawapan Qaseh.
“ Ibu tak salahkan Qaseh. Memang patut Qaseh marahkan Ibu. Memang itu tanggungjawab Ibu menjaga maruah keluarga kita. Qaseh jangan rasa bersalah kerana perkara yang sudah lama berlalu. Papa pun dah tak ada. Kita yang hidup ni mesti teruskan dengan kehidupan kita. Ibu maafkan Qaseh.” Mereka berpelukan. Agak lama kemudian, barulah mereka meleraikan pelukan. Qaseh mengelap air mata Zhulianna. Dia beralih pula kepada sahabat baiknya yang selama ini mendengar keluh-kesah hidupnya.
“ Ecah….Terima kasih sebab menjadi sahabat dan pendengar setia masalah aku. Aku banyak terhutang budi pada kau. Kaulah sahabat aku selama-lamanya.” Mereka berpelukan. Aishah tidak dapat berkata-kata sebaliknya air mata yang berjuraian membasahi pipi. Qaseh mengelap air mata Aishah dan memegang pipi sahabat baiknya itu. Dia pasti akan merindui celoteh Aishah yang senantiasa menghiburkan hatinya yang duka. Merindui gelak ketawanya.
“ Kau ingat apa yang kita dah janji hari tu?”
“ Aku ingat.” Lama Aishah memegang jari jemari Qaseh. Seperti tidak mahu dilepaskannya. Dia pasti akan merindui sahabatnya itu.
“ Tapi, aku pulak nak kau janji dengan aku satu perkara.” Ujar Qaseh.
“ Janji apa?”
“ Kau jangan beritahu apa-apapun kepada Fareez. Aku tak mahu dia tahu di mana aku berada. Aku inginkan ketenangan. Kau boleh tolong aku?” pinta Qaseh mengharap.
“ Aku janji.” Ucap Aishah. Mereka berpelukan sekali lagi sebelum Qaseh meleraikan pelukan itu dan berjalan ke arah pintu balai berlepas.
Semasa Qaseh melepasi pintu balai berlepas, sempat lagi dia memandang ke sekeliling. Mencari wajah yang akan dirinduinya. Tiada. Dengan perasaan hampa, Qaseh melangkah longlai memasuki balai berlepas. Diserahkan pasport dan tiket kepada pegawai yang berdiri dihadapan pintu itu. Dia membawa beg sorong yang diletaknya barang-barang berharga. Perlahan-lahan dia mendaki tangga untuk masuk ke dalam perut kapal terbang. Salah seorang pramugara menolong Qaseh mengangkat beg sorong tersebut. Pramugara tersebut meminta tiket Qaseh dan membawa Qaseh ke tempat duduknya. Selepas mengucapkan terima kasih, pramugara tersebut beredar dari situ. Kerusi Qaseh berdekatan dengan tingkap. Qaseh memang suka pemandangan di tepi tingkap.
‘ Selamat tinggal Malaysia. Akan aku tinggalkan kenangan pahit aku di sini. Kenangan manis tetap akan aku simpan di hati ini. Walaupun hati
ini pernah terluka dengan perbuatannya tetapi cinta aku terhadap dia masih ada. Aku berjanji akan mengajar anak ini mengenali ayahnya walaupun dia dilahirkan tanpa belaian ayahnya di sisi. Aku takkan biarkan dia tidak mengenali Fareez. Akan aku ceritakan kepada dia kenangan manis aku bersama ayahnya. Satu hari nanti aku berjanji akan mempertemukan mereka berdua.’
Hati Qaseh sempat berbisik sendirian. Sehingga saat kapal terbang itu bergerak meninggalkan landasan, wajah Fareez terlayang di ruang fikirannya.
‘Abang, terima kasih. Terima kasih kerana memberikan hadiah yang paling berharga buat Qaseh. Qaseh akan jaga pemberian Abang ini sebaiknya. Mungkin satu hari nanti, Qaseh akan memulangkan semula hadiah ini kepada Abang. Cinta Abang tetap di hati ini. Selamanya.’
Qaseh mengusap perutnya yang semakin hari semakin membesar. Dia tidak sabar menunggu kelahiran anak ini ke dunia. Akan Qaseh ajar dia untuk mengerti perkataan kasih sayang dan cinta.
BAB 37
SHILEA melempar beg tangan ke atas sofa. Dia tersenyum puas. Kemenangan berpihak kepadanya. Fareez tidak lama lagi akan bercerai dengan Qaseh. Sudah pasti hak penjagaan akan jatuh ke tangannya semula. Aku minta cara baik, kau layan aku dengan kasar. Ini sahaja pembalasan buat diri kau, bodoh! Kata-kata jahat yang bergema di dalam hatinya. Shilea ketawa kuat. Meredakan perasaan yang sedang pedih. Ketawanya tiba-tiba mati. Dia sedang memikirkan sesuatu. Apa yang perlu dilakukan terhadap Fauzi? Sudah banyak cerita yang sampai ke telinga Shilea daripada kawan baiknya. Fauzi simpan perempuan, Fauzi suka pergi cari perempuan di kelab malam. Fauzi tidur dengan pelacur. Fauzi itulah, Fauzi inilah. Entah berapa kali dia dengar Fauzi keluar berfoya-foya. Memang tidak dinafikan Fauzi kaki perempuan. Sudah banyak kali Shilea terserempak dengan Fauzi berkepit dengan perempuan. Tetapi setiap kali Shilea nampak, mesti perempuannya bertukar.
Dia mengambil sebatang rokok daripada kotak rokok yang disimpan di dalam beg tangan. Dicucuh api. Disedut. Perlahan-lahan Shilea menghembuskan asap rokok tersebut. Dia sedang berfikir. Siapalah agaknya akan memuaskan nafsu dia malam ini? Fauzi sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Entah kemana melingkupnya, Shilea tidak tahu. Tengah dia berfikir, tiba-tiba loceng rumahnya berdering. Dengan perasaan malas, dia melangkah menuju ke pintu. Dijenguk keluar melalui lubang kecil yang ada di pintu rumahnya. Hmm…Pucuk dicita, ulam mendatang. Dia segera menenyeh rokok tersebut di dalam bekas abu yang terletak di atas meja makan. Shilea membetulkan baju dan membuka pintu dengan gaya menggoda. Lelaki itu tersenyum miang.
“ Hai, sayang. I was just thinking about you.” Kata Shilea lalu menarik pemuda tersebut masuk ke dalam rumahnya.
“ You look beautiful tonight. Are you waiting for someone?” tanya pemuda itu. Shilea tersenyum nakal.
“ Of course. I’m waiting for you.” Kata Shilea. Dia berlalu ke dapur dan kemudian dia muncul semula di ruang tamu dengan dua cawan gelas yang berkaki serta sebotol wain merah. Dituang wain itu ke dalam cawan tersebut. Dihulurkan satu kepada pemuda itu dan gelas mereka berlaga. Berdenting bunyinya. Kemudian, mereka sama-sama meneguk air itu.
“ Jom, sayang.” Rengek Shilea, manja. Pemuda itu tersenyum dan mereka berkejar-kejar memasuki bilik tidur.
SHILEA membuka mata yang terasa berat. Sebotol wain merah terdampar di atas lantai kamar tidur Shilea. Pemuda itu tiada di sebelahnya. Terdengar deruan air dari bilik mandi. Sebentar kemudian, pemuda itu keluar dengan hanya bertuala separa pinggang. Shilea menutupi dadanya dengan selimut dan dia membuat gaya menggoda di atas katil. Pemuda itu rasa tergoda dan terus sahaja terjun ke atas katil. Mereka sekali lagi bergelumang dengan maksiat. Syaitan tergelak besar. Menandakan berjayanya menghasut sepasang kaum Adam dan Hawa untuk berterus-terusan terjerumus di dalam lembah yang menyesatkan.
“ I have to go, honey. Maybe this evening I will come again. If your dumb husband didn’t came back yet.” Kata pemuda itu yang berkacukan Cina-Inggeris. Shilea masih merengek. Dia mengusap dada lelaki itu.
“ I will wait for you, Mark.” Ujar Shilea. Pemuda itu menghadiahkan sebuah ciuman di bibir Shilea.
“ Bye.” Kata Mark lalu beredar dari situ. Shilea masih berguling di atas katil. Terasa malas untuk bangun. Dia memejamkan mata dan akhirnya terlena. Shilea terjaga apabila matahari semakin meninggi dan menyuluh mata. Dia melihat jam loceng di meja sisi sebelah katilnya. Hampir pukul 12 tengah hari. Nampaknya, dia terpaksa ambil cuti kecemasan. Telefon bimbit Shilea berdering. Shilea menjawab panggilan tersebut.
“ Lea, kau ada kat mana ni? Aku try call kau dari pagi lagi. Bos cari kau, tau!” kata Diyan. Shilea menguap.
“ Aku ada kat rumah. Aku ambil emergency leave. Kau pulak ada kat mana? Aku dengar bising je.” Tanya Shilea. Dijauhkan sedikit telefon dari telinga. Suasana yang bingit menyakitkan lagi kepala yang berdenyut.
“ Aku ada kat Midvalley. Window shopping. Kau tahu lah kan, hari jumaat.” Diyan berkata. Shilea terus melompat turun dari katil.
“ Kau ada kat Midvalley? Aku jumpa kau kat sana.” Shilea berkata dan terus mematikan talian. Belum sempat Diyan berkata sesuatu.
SETENGAH jam kemudian, Shilea berjumpa dengan Diyan di Starbucks. Diyan telah memesan kopi kegemaran Shilea. Shilea menarik kerusi dan terus sahaja meneguk air kopinya. Diyan hanya menggeleng melihat perlakuan kawannya itu.
“ Minumlah perlahan-lahan. Macam orang dah bertahun tak jumpa kopi je.” Kata Diyan sambil menghulurkan tisu kepada Shilea.
“ Aku nak pergi shopping ni. Banyak barang aku nak beli.” Selepas habis Shilea meneguk air kopinya, Shilea terus sahaja meluru keluar dari Starbucks. Diyan hanya membuntuti kawannya itu dengan sabar.
Selepas selesai membeli-belah, mereka berhenti sebentar di sebuah restoran untuk menghilangkan dahaga. Diyan memesan air jus oren dan Shilea memesan jus tembikai. Beberapa minit kemudian, air yang dipesan sudah siap dihidangkan di hadapan mereka. Laju sahaja Shilea meneguk air itu. Diyan mengerutkan dahi. Buruk betul perangai Shilea.
“ Banyak lingerie kau beli. Kau nak pakai untuk Fauzi ke?” tanya Diyan sambil tersenyum perli. Diyan tahu bahawa Shilea sudah lama tidak ‘bersama’ Fauzi. Shilea menjeling. Meluat dia apabila nama Fauzi yang timbul.
“ Aku beli untuk Mark.”
“ Mark?! Who is this Mark guy?” Diyan tidak pernah pula dengar Shilea sebut pasal lelaki bernama Mark.
“ The guy I met at Zouk last week. He’s really gentle.” Shilea berkata-kata sambil membuka beg plastik yang mengandungi baju tidur seksi yang baru sahaja dibelinya. Tersenyum sendirian.
“ Kau jangan cakap dengan aku yang kau cintakan dia?”
“ Are you nuts? Of course, no. Aku just tidur dengan dia je.”
“ You just met him last week and you already slept with him? Kau dah gila? Kau tau dari mana dia datang?” Diyan tidak menyangka sampai begitu sekali Shilea terdesak. Shilea menggeleng. Dia tidak begitu tahu tentang diri Mark. Dia peduli apa. Asalkan nafsunya dapat dipuaskan.
“ Do you know anything about him? His work? His family?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Diyan. Jawapan Shilea tetap sama. Dia hanya menggeleng. Diyan mengeluh. Apalah hendak jadi dengan kawannya yang seorang ini? Boleh dikatakan setiap hari menukar pasangan. Fauzi pun tidak kurang juga.
“ Aku rasa lebih baik kau siasat latar belakang dia. Sejarah hidup dia. Maybe he’s a serial killer. Who knows? You better be careful. Macam-macam boleh terjadi.” Nasihat Diyan. Shilea seperti acuh tidak acuh sahaja.
“ I’ll think about it.” Shilea meneguk minumannya. Mereka berdua beredar dari situ. Shilea perlu bersiap sedia menanti kedatangan Mark.
KUNCI pintu rumah kedengaran berlaga sesama sendiri di luar pintu rumah. Penghuni di dalam rumah tersebut tidak menyedarinya bahawa ada orang cuba membuka pintu rumah itu. Mereka masih asyik di dalam dunia maksiat yang dicipta oleh mereka.
Shilea melemparkan beg tangan serta beg-beg kertas yang menyimpan barang-barang yang dibelinya di Midvalley. Dia mengeluh penat dan merebahkan badan di atas sofa yang dibeli di Isetan. Shilea memejamkan mata. Terasa ingin tidur sebentar. Tetapi tidak boleh. Seperti ada satu bunyi yang menghalang Shilea daripada memejamkan mata. Kedengaran seperti orang mendesah. Makin lama semakin kuat bunyi desahan itu. Kemudian, terdengar orang gelak ketawa. Shilea mencelikkan mata semula. Dia bangun dari perbaringannya. Cuba mengenal pasti dari arah mana datangnya bunyi itu. Bunyi itu datang dari arah bilik tidur utama. Perlahan-lahan Shilea berjalan ke arah bilik tidur tersebut. Dilekapkan telinga ke pintu bilik tidur itu. Terdengar seperti suara lelaki dan perempuan. Suara perempuan itu dia kurang pasti tetapi suara lelaki itu cukup dikenalinya. Shilea memulas tombol pintu tersebut. Tidak berkunci. Shilea segera menolak pintu itu dan pintu bilik tidur itu terkuak luas. Pasangan yang sedang asyik memadu asmara tergamam dengan kehadiran Shilea. Mereka memerhati Shilea yang sedang berdiri mencekak pinggang. Peluh jantan mula memercik di dahi Shilea dan perempuan itu. Shilea memandang dengan renungan yang tajam tetapi lelaki tersebut masih dapat bersikap selamba.
“ Apa yang you buat ni, Fauzi? Siapa perempuan ni?” tanya Shilea dengan mata mencerlang. Wanita di sebelah Fauzi menelan air liur.
“ Suzie. Ni lah teman tidur I sekarang sebab you dah tak dapat memuaskan nafsu I.” dengan bangganya Fauzi berkata sedemikian. Fauzi menyakiti hati Shilea dengan memeluk bahu perempuan tersebut. Perempuan itu pula melentok manja dan meletakkan kepalanya di atas dada Fauzi yang bidang.
“ Nafsu binatang!” Jerit Shilea, lantang.
“ You cakap baik-baik sikit. You jangan ingat I tak tahu you punya aktiviti di belakang I. I tahu. Perangai you lebih teruk dari I.” Fauzi sudah bangun dari katil dan berdiri di hadapan Shilea. Suzie hanya tersenyum sinis.
Shilea menuju ke arah Suzie. Dia menarik rambut Suzie sekuat hatinya sehingga Suzie mengaduh kesakitan. Fauzi menghalang Shilea daripada bertindak lebih kasar. Fauzi menolak badan Shilea sehingga wanita itu terjatuh. Shilea bangun dan segera keluar dari bilik tersebut. Dia menuju ke dapur. Habis dapur itu diselongkarnya. Shilea kembali semula ke bilik itu dengan membawa sebilah pisau. Fauzi dan Suzie kalut. Shilea menghayun-hayunkan pisau tersebut dan masih cuba memukul Suzie. Suzie segera mencapai pakaiannya dan berlari keluar dari bilik itu. Shilea mengejar. Fauzi mencengkam lengan Shilea. Wanita itu meronta-ronta dan pisau yang dipegangnya terhiris tangan Fauzi. Tidak banyak darah yang keluar. Shilea tidak mempedulikan Fauzi. Dia terus sahaja mengejar Suzie. Nasib baik Suzie sempat melarikan diri. Fauzi bertambah bengang. Dia turut mengejar Shilea sehingga ke muka pintu. Shilea menjerit dan masih cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri. Pisau itu dihayun-hayunkannya. Dengan tidak disangka-sangka, Shilea telah tertikam perut Fauzi. Darah memancut keluar. Shilea tergamam dengan insiden dihadapannya. Dia terlepas pisau yang dipenuhi dengan darah itu. Dia tidak tahu apa yang perlu dibuatnya. Dia hanya melihat Fauzi menggelupur kesakitan.
Joe yang terdengar suara orang bergaduh segera keluar dari rumahnya dan terkejut dengan keadaan Fauzi yang sedang memegang perut menahan daripada darahnya terus keluar. Keadaan Fauzi semakin tidak bermaya. Shilea melutut di sebelah Fauzi dan memandang suaminya itu dengan mata yang berair. Joe masuk semula ke dalam rumahnya dan menelefon ambulans. 15 minit kemudian, ambulans tersebut tiba di tempat kejadian. Darah Fauzi sudah memenuhi hadapan rumahnya. Paramedik membawa Fauzi ke hospital dengan kadar yang segera. Shilea mengikuti Fauzi ke hospital. Air matanya masih menuruni dengan laju.
Selepas setengah jam bertarung nyawa di dalam bilik pembedahan, Fauzi menghembuskan nafas terakhirnya tepat jam 8 malam. Shilea meraung di luar bilik pembedahan tersebut. Jururawat di situ cuba menenangkan perasaan Shilea.
BERITA kematian Fauzi disampaikan oleh seorang teman rapat Fareez. Fareez turut bersedih dengan kematian Fauzi yang pernah menjadi kawan baiknya pada satu masa dahulu. Shilea dipenjara kerana membunuh secara tidak sengaja. Peguam Shilea cuba menolong Shilea dengan mengatakan Shilea tidak sengaja tertikam Fauzi tetapi Shilea mengaku bersalah.
Pada 20 haribulan Jun ini akan diadakan perbicaraan semula tentang kes Shilea. Waktu itu akan menentukan hukuman yang akan dikenakan terhadap Shilea. Menangis Datin Norma apabila satu-satunya anak perempuan yang mereka kasihi, yang ditatang bagai minyak yang penuh telah dipenjara kerana membunuh seorang lelaki yang tiada gunanya. Datuk Hisham telah berjanji kepada Shilea akan menggunakan pengaruhnya untuk membebaskan Shilea. Shilea menolak tawaran ayahnya itu kerana dia tidak mahu menyusahkan mereka lagi.
Fareez mengunjungi Shilea di penjara. Keadaan Shilea yang tidak terurus dan badannya semakin susut membuatkan Fareez turut bersedih untuk bekas isterinya itu. Fareez memandang Shilea yang tidak bermaya. Shilea duduk berhadapan dengan Fareez. Tingkap kaca berjaring memisahkan mereka. Fareez mengangkat gagang telefon yang disediakan di situ. Lambat-lambat Shilea mengangkat gagang tersebut.
“ Assalamualaikum, Lea.” Fareez memberi salam. Salamnya hanya di jawab di dalam hati oleh Shilea.
“ Lea, sebenarnya….” Belum habis lagi Fareez berkata-kata, Shilea sudah memotong percakapannya.
“ Fareez, Lea nak mintak maaf. Sebab Lea, Fareez dan Qaseh berpisah. Bukan niat Lea untuk memutuskan perhubungan Fareez. Tapi Lea nakkan hak penjagaan Amirul. Itulah sebabnya, perkara macam itu mendorong Lea untuk bertindak lebih jauh. Maafkan Lea, Fareez.” Shilea menundukkan wajah. Bebanan perasaan bersalah sudah reda selepas dia meminta maaf. Dia tidak kisah samada Fareez hendak memaafkan ataupun sebaliknya. Dia redha. Memang ini jalan yang dipilihnya dahulu. Dengan jalan ini jugalah yang membawanya ke lembah sesat. Masih ada masa untuk Shilea bertaubat. Dia tidak mahu melakukan apa-apa kesalahan lagi. Dia menerima apa jua hukuman yang akan ditentukan kemudian hari.
Kata-kata maaf terluah dari bibir Shilea? Fareez sendiri kurang percaya. Tetapi apabila manusia berada dalam keadaan begini, apa-apa pun boleh terjadi. Fareez tersenyum. Shilea sudah berubah. Perubahan ini satu perkara yang baik.
“ Fareez maafkan Lea. Tapi betul ke Lea bunuh Fauzi?” tanya Fareez. Dia tidak percaya bekas isterinya itu sanggup membunuh. Shilea mengangguk pantas. Fareez mengeluh. Kenapa Shilea masih tidak mahu berterus-terang dengannya?
“ Lea, sini cuma ada Fareez je. Tak ada siapa-siapa. Tak usahlah Lea berbohong. Fareez tahu. Lea sayangkan Fauzi. Tak mungkin Lea membunuh Fauzi.” Ujar Fareez. Shilea mengangkat muka memandang Fareez.
“ Fareez, benda dah berlalu. Tak usahlah diungkitkan lagi. Fauzi pun dah tak ada. Lea tetap akan menerima hukuman. Tapi, Lea ada tiga permintaan.” Kata Shilea sambil memandang Fareez dan berharap Fareez akan menunaikan permintaannya.
“ Cakap je, Lea. Kalau Fareez mampu, Fareez akan tolong.”
“ Bolehkah kita menjadi kawan?” tanya Shilea. Penuh berharap. Fareez mengangguk. Shilea melepaskan keluhan lega.
“ Pertama, sebelum Lea dikenakan hukuman berat, Fareez boleh bawak Amirul tak? Lea nak jumpa dia sangat.” Fareez mengangguk lagi. Shilea lega. Permintaannya akan ditunaikan.
“ Permintaan kedua?”
“ Fareez tolong jenguk ibu Fauzi yang ada kat kampung tu. Tolong tengok-tengokkkan adik perempuan dia. Fauzi seorang saja anak lelaki dalam keluarga dia. Kalau boleh, Lea mintak Fareez tolong carikan jodoh yang terbaik untuk adik dia. Fareez saja harapan Lea dan keluarga Fauzi.” Pinta Shilea bersungguh-sungguh. Fareez mengangguk perlahan.
“ Insya-Allah, Lea. Fareez akan cuba.”
“ Permintaan terkahir Lea ialah untuk Fareez kembali pada Qaseh. Dia tak bersalah.” Rayu Shilea. Fareez tidak tahu hendak berkata apa-apa lagi.
“ Masa anda sudah tamat.” Kata seorang pegawai penjara wanita itu. Pegawai tersebut memegang lengan Shilea. Shilea bangun dan sempat memegang tingkap kaca tersebut. Fareez hanya memerhati bayangan Shilea hilang di sebalik tirai besi. Fareez pun beredar dari situ.
KATA-KATA Shilea terngiang di telinga Fareez. Dia harus mencari Qaseh. Tetapi dimana? Qaseh pernah mengatakan kepada Fareez bahawa dia akan menyambung pelajarannya. Tidak diberitahu pula di mana. Mungkin Aishah boleh menolong Fareez. Tidak dia ketahui pula nombor telefon Aishah.
Tiba-tiba Fareez teringat sesuatu. Setiausaha Encik Sulaiman, bekas syarikat yang mereka iklan untuk syarikatnya dahulu juga bernama Aishah. Mungkin Aishah itu yang dimaksudkannya. Segera Fareez mendail nombor telefon syarikat Encik Sulaiman. Ada nada deringan.
“ Hello?” jawab satu suara garau.
“ Hello…Boleh saya bercakap dengan Aishah?”
“ Sebentar, ya.” Orang yang menjawab telefon itu meletakkan gagang telefon di atas meja. Fareez terdengar seperti suara orang bercakap. Butiran perbualannya juga jelas.
“ Ayang, ada call.” Kata lelaki itu.
“ Siapa?” tanya satu suara lembut. Mungkin itu suara Aishah. Fareez meneka bersendirian.
“ Entah. Manalah Abang tahu. Lelaki. Siapa dia? Ex ayang ke?” gurau lelaki itu. Kemudian, Fareez terdengar lelaki itu mengaduh kesakitan dan ketawa besar.
“ Hello?” jawab suara lembut itu.
“ Hello…Ini Aishah ke?” tanya Fareez lembut.
“ Ya, saya. Ada apa yang boleh saya bantu, Encik…”
“ Fareez.”
“ Ohh…Encik Fareez. Ada apa-apa yang boleh saya bantu Encik Fareez?” Aishah bertanya dengan suara yang selembut mungkin. Tetapi hatinya panas membara. Kerana Fareez, Qaseh ingin merantau jauh dan meninggalkan mereka semua. Fikir Aishah.
“ Hhmm….Aishah kawan dengan Qaseh kan?” duga Fareez.
“ Ya, saya.” Jawpaan ringkas daripada Aishah itu membuatkan Fareez menarik nafas lega. Fareez berdehem perlahan.
“ Aishah boleh tolong saya tak?”
“ Tolong apa tu, Encik Fareez?” tanya Aishah.
“ Qaseh sambung pelajarannya di mana?”
“ Bukan ke dia dah beritahu pada Encik Fareez dia ke Luxembourg?”
“ Ya, saya tahu. Tapi Luxembourg tu besar. Boleh jadi dia ada di mana-mana sahaja.” Ujar Fareez.
“ Ermm…” Aishah tidak pasti samada hendak memberitahu perkara sebenar ataupun tidak. Dia sudah berjanji kepada Qaseh supaya tidak memberitahu apa-apa pun kepada Fareez. Aishah mengurut tengkuknya.
“ Tolonglah saya, Aishah. Saya benar-benar perlu tahu di mana Qaseh berada.” Rayu Fareez bersungguh. Kasihan pula Aishah pada Fareez apabila mendengar rayuan lelaki itu. Belum pernah seorang lelaki sanggup menjatuhkan egonya merayu kepada orang lain untuk memberitahu dimana kekasih hidupnya berada.
“ Tapi, Encik Fareez…Saya dah janji pada Qaseh. Saya tak boleh beritahu ke mana dia pergi.” Aishah terpaksa bertegas. Dia tidak boleh memungkiri janjinya kepada Qaseh. Dia sudah berjanji. Janji itu akan tetap diikuti walaupun berat rasanya Aishah menyimpan janji ini.
“ Baiklah. Terima kasih banyak-banyak. Aishah sudah menolong saya kerana bercakap dengan saya.” Kata-kata Fareez membuatkan Aishah semakin dilanda perasaan serba salah.
“ Tunggu dulu, Encik Fareez. Saya mungkin tak boleh beritahu ke mana Qaseh pergi. Tapi saya hanya boleh beri klu saja.” Aishah berkata. Dia tidak mahu perasaan bersalah ini menghantui diri selamanya. Dia tersepit di tengah-tengah. Kalau beritahu, pasti Qaseh menuduhnya tidak jaga amanah. Jika dia tidak memberitahu, pasti dia tidak akan senang hati.
“ Tak kisahlah, Aishah. Asalkan saya boleh mencari Qaseh kembali.”
“ Dia pernah kata pada saya. Tempat yang dia pergi tu, perkampungan kecil yang menceritakan beribu cerita kepada dirinya setiap hari. Tidak terkecuali kisah Qaseh dan juga Encik Fareez. Tempat yang banyak mengajarnya erti kehidupan.” Jelas Aishah. Dia tahu dia tidak menceritakan lebih-lebih kepada Fareez. Pandai-pandailah lelaki itu hendak memikirkannya sendiri. Pasti ada cerita yang tersirat di sebalik perkampungan itu. Teringin juga Aishah mengetahuinya.
“ Perkampungan kecil? Di mana?” tanya Fareez lagi.
“ Minta maaf, Encik Fareez. Itu saja yang mampu saya katakan. Tak lebih dari tu.” Ujar Aishah. Dia terdengar lelaki itu mendengus perlahan.
“ Terima kasih, Aishah. Bagi saya, dah banyak info yang awak sampaikan.” Fareez berkata pula.
“ Sama-sama, Encik Fareez. Saya hanya inginkan yang terbaik buat Qaseh.” Sela Aishah. Dia mendengus perlahan. Semua orang mahukan yang terbaik untuk sahabat masing-masing.
“ Saya tahu.” Kemudian, mereka sama-sama mematikan talian telefon.
Hati Fareez tertanya-tanya. Perkampungan kecil? Di mana? Tempat yang menceritakan beribu cerita setiap hari? Fareez mengurut kepalanya. Terasa pening. Dia masih tidak ada jawapan. Kemungkinan Qaseh berada, Fareez masih tidak pasti.
Fareez menghidupkan enjin kereta. Laju sahaja dia memandu ke arah Taman Bukit Permai. Tempat yang selalu dia melepaskan tekanan. Sampai sahaja dia di bukit itu, segera Fareez memarkirkan kereta di tempat letak kereta. Fareez melangkah turun dari kereta. Inilah tempat yang menyaksikan buat kali pertama Fareez menyakiti hati Qaseh.
Fikiran Fareez ligat berputar. Memikirkan kemungkinan Qaseh berada. Tiba-tiba mulutnya tersebut nama satu tempat yang menjadi saksi kepada penderitaan Qaseh. Wiltz! Hanya tempat itu sahaja yang membuatkan Qaseh berasa selamat.
Fareez segera masuk semula ke dalam kereta. Kereta itu terus menderum menuju ke destinasi yang sepatutnya. Dalam perjalanan pulang, Fareez mendail nombor telefon pejabat. Ada satu suara wanita yang menjawab panggilan tersebut. Terkejut Fareez apabila mendengar suara Hadirah. Setahu Fareez, Hadirah masih bercuti untuk berbulan madu.
“ Hello…”
“ Didi?” tanya Fareez inginkan kepastian.
“ Saya, Encik Fareez.” Hadirah mengenali suara ketuanya itu.
“ Saya ingat awak masih bercuti.”
“ Memang saya masih bercuti tapi Alan kena pergi tengok projek Lembah Bayung tu. Bosan duduk kat rumah. Tu sebabnya saya kerja.” Kata Hadirah. Fareez terlupa terus tentang projek itu. Dia asyik terlalu memikirkan tentang Qaseh sehingga terlupa kerjanya di pejabat.
“ Ahh!! Saya terlupa tentang projek tu. Nasib baik awak ingatkan saya.”
“ Encik Fareez perlukan apa-apa?”
“ Ya. Ermmm….Tolong booking tiket ke Luxembourg.”
“ Luxembourg, Encik Fareez?” nada suara Hadirah seperti tertanya-tanya. Fareez berdehem kecil.
“ Ya.” Ringkas jawapan yang diterima Hadirah.
“ Baiklah, Encik Fareez.”
“ Terima kasih, Hadirah.”
“ Sama-sama, Encik Fareez.” Selepas sahaja Hadirah berkata begitu, mereka sama-sama mematikan talian. Fareez terus memandu pulang ke rumah. Sebaik sahaja sampai di rumah, Fareez terus meletakkan keretanya di garaj. Dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan pantas. Dia berlari-lari anak menuju ke tingkat atas. Fareez mengemas bajunya apa-apa yang patut sahaja. Tidak perlulah banyak-banyak. Tujuannya ke sana hanya untuk mencari Qaseh dan membawa wanita itu pulang.
Telefon bimbit Fareez berdering. Fareez segera mencapai telefonnnya di dalam poket dan menjawab panggilan tersebut. Dia tahu itu pasti panggilan daripada Hadirah untuk mengesahkan tempahan tiketnya.
“ Encik Fareez, saya dah tempah tiket. Penerbangan pukul 11.27 malam.” Kata Hadirah. Fareez tersenyum.
“ Limo akan datang jemput Encik Fareez pukul 9.00 malam.” Sambung Hadirah lagi. Fareez melepaskan keluhan lega.
“ Baiklah. Terima kasih, Hadirah.”
“ Sama-sama, Encik Fareez.” Ucap Hadirah.
Fareez memasukkan semula telefon bimbit ke dalam poket. Dia membuka meja sisi katil. Mencapai pasport dan dokumen-dokumen penting. Fareez melompat turun dari katilnya. Dia melihat jam tangan. Pukul 7.30 malam. Dia mesti menunaikan solat Maghrib dan Isya’ dahulu sebelum keluar.
TEPAT jam 9.00 malam, limosin yang ditempah oleh Hadirah tiba dihadapan rumah Fareez. Pemandu limosin itu memasukkan beg pakaian Fareez ke dalam but kereta. Fareez masuk ke dalam perut kereta. Selepas itu, limosin tersebut bergerak meninggalkan perkarangan rumah Fareez.
Di dalam fikiran Fareez hanya terbayang wajah Qaseh. Wajah yang ceria pada ‘malam pertama’ Fareez mendatangi dirinya. Kemudian, berselang-seli dengan wajah basah kuyup kerana Fareez menyakiti dirinya. Fareez mengurut kepalanya. Migrainnya datang kembali. Fareez mengeluh. Entah ke berapa kali dia mengeluh. Sesekali pemandu limosin itu memandang Fareez melalui cermin pandang belakang.
“ Kenapa Encik nampak resah saja?” tanya pemandu itu. Sekadar berbasa-basi. Menghilangkan keheningan di antara mereka.
“ Tak ada apa-apalah, pak cik.”
“ Tak mungkin tak ada apa-apa. Kalau Encik nak cerita kepada pak cik, teling pak cik sedia mendengar. Tapi kalau Encik tak nak, pak cik faham. Masalah peribadi Encik, pak cik tak boleh masuk campur.” Lemah lembut sahaja pertuturan lelaki tua itu. Fareez mengeluh sekali lagi. Perlahan. Lama dia terdiam.
“ Boleh saya tanya pak cik satu soalan?” tiba-tiba Fareez bertanya.
“ Tanyalah, Encik.” Ujar orang tua itu. Fareez serba salah. Samada hendak bertanya atau tidak. Tetapi dia sekadar ingin tahu.
“ Tanyalah Encik apa yang Encik nak tanya.” Kata orang tua itu lagi.
“ Pak cik dah berapa lama kahwin dengan mak cik?” tanya Fareez.
“ Hampir 45 tahun.” Jawab orang tua itu ringkas.
“ Lamanya. Macam mana pak cik mempertahankan perkahwinan ini?”
“ Senang je. Dalam sesebuah rumahtangga, kena ada sikap tolong-menolong, jujur dengan pasangan, tahu memujuk, jangan menyakiti hati atau mengasari dia dan yang paling penting, kepercayaan. Haa…kepercayaan paling penting kerana kalau kita percaya bahawa pasangan kita tidak membuat sesuatu perkara yang akan memalukan kita kelak nanti, hidup akan aman damai. Kita tak boleh tuduh dia yang bukan-bukan sebelum kita nampak bukti atau tanpa bertanya kepada dia.” Terang orang tua itu panjang lebar. Fareez mengangguk perlahan.
“ Jangan percaya orang ketiga. Kadangkala orang ketiga berniat untuk memisahkan kita suami isteri.” Sambung orang tua itu lagi.
“ Tapi, takkan pak cik tak pernah bergaduh dengan mak cik?”
“ Bergaduh tu biasalah. Ada gaduh-gaduh manja, ada gaduh-gaduh betul. Ada macam-macam gaduh. Itu semua asam garam rumahtangga. Kalau langsung tak bergaduh, tentu kita bosan. Tapi pak cik tak pernah menyakiti mak cik. Seperti pukul atau mencederakan mak cik dan sebagainya. Kita tak boleh pukul isteri. Itu berdosa. Kalau seorang api, seorang lagi kena jadi air. Tak boleh dua-dua api.” Orang tua itu bersembang tanpa henti. Dapat menghilangkan rasa mengantuk jika ada teman untuk bersembang. Fareez memandang ke luar.
“ Tapi kalau dah perempuan je yang asyik-asyik jadi air, tak mustahil satu hari nanti dia akan jadi api.” Sambung orang tua itu.
“ Kenapa Encik tanya ni semua? Encik ada masalah dengan isteri Encik?” tanya orang tua itu pula.
“ Sebenarnya…” belum sempat Fareez habis berkata, ayatnya sudah dipintas oleh orang tua itu.
“ Bukan niat pak cik untuk menyibuk tetapi kalau isteri kita baik, janganlah sekali-kali melepaskan dia pergi. Kita yang akan terasa ruginya.” Orang tua itu berkata. Fareez tersenyum.
“ Saya dah menyakitkan hati dia. Dia dah pergi tinggalkan saya. Sekarang ni, saya nak pergi cari dia pula.” Jelas Fareez keadaan sebenar.
“ Pak cik yakin isteri Encik akan kembali semula ke pangkuan Encik.”
“ Terima kasih, pak cik.” Ucap Fareez.
Oleh kerana asyik bersembang, tanpa Fareez sedari limosin tersebut sudah sampai dihadapan pintu utama lapangan terbang tersebut. Fareez membayar tambang yang tertera di meter. Fareez turun dari kereta dan mengambil beg pakaiannya dari but kereta. Selepas mengucapkan terima kasih, limosin itu menderu pergi. Pergi mencari penumpang. Fareez melangkah masuk ke dalam KLIA. Dia melihat jam di tangan. Sudah pukul 9.50 malam. Dia harus cepat. Dia kena masuk ke balai berlepas sejam sebelum kapal terbang berangkat. Fareez menuju ke kaunter Penerbangan Antarabangsa MAS Airlines. Dia mengambil tiket yang ditempah. Selepas itu dia menuju ke balai berlepas. Tiket dan pasport digenggam sekuat hati. Dia pasti akan membawa Qaseh balik bersamanya. Itu janji hatinya. Fareez pasti membawa pulang isteri yang terlalu dicintainya. Isteri yang selalu terluka dengan perbuatannya pada satu masa dahulu. Selepas ini, dia berjanji akan menjaga hati Qaseh sebaik mungkin. Tidak akan dicalarkan lagi.
BAB 38
QASEH membuka jendela rumah yang disewanya itu. Tingkap rumah tersebut agak berhabuk kerana sudah lama tidak berpenghuni. Dia memilih rumah sewa yang berdekatan dengan kampus. Senang untuk pergi dan balik. Dia harus menjaga kesihatan dan kandungannya. Kawasan perumahan di Reckhenthal sangat cantik. Persekitaran rumah sewa itu tidak ubah seperti di Riana Green. Ada kawasan permainan, ada sekolah yang berdekatan dengan kawasan perumahan tersebut. Senang untuk dia menghantar anaknya nanti.
Qaseh mengusap perutnya perlahan. Dia tidak menyangka sampai sebegini sekali perjalanan hidupnya. Dia mengharapakan belaian suami sepanjang masa. Hancur impian yang disimpan selama ini. Tiada putera raja yang menaiki kuda putih akan membawanya pergi. Tiada lagi hidup bahagia. Tiada lagi kisah yang akan berakhir dengan sebuah kehidupan yang sangat diidamkan. Kadangkala dia terfikir. Kenapalah nasibnya terjadi begini? Kemudian, dia akan beristighfar banyak-banyak. Tidak patut dia berfikir begitu. Seperti tidak bersyukur pula.
Dia harus bersyukur. Dapat berkahwin dan memiliki zuriat. Sesetengah wanita yang begitu inginkan sebuah kehidupan yang menjanjikan kebahagiaan tetapi terpaksa akur. Akur dengan kehendak-Nya. Tidak memiliki kehidupan sebagaimana yang Qaseh punyai sekarang.
Qaseh mengemas baju-baju dan dimasukkan ke dalam almari yang disediakan. Dia mengeluarkan buku-buku rujukan dan juga komputer ribanya. Diletakkan di atas meja. Seharian dihabiskan untuk mengemas rumah. Menyapu dan membersihkan rumah itu. Dia duduk sebentar dan menyandarkan badan. Perutnya tiba-tiba sahaja terasa sakit.
“ Abanggg….” Hanya nama itu yang menjadi sebutan Qaseh. Air mata Qaseh turun berjuraian. Perut seperti memulas. Qaseh membaringkan diri di atas sofa. Berehat sebentar. Sebelum menyambung semula kerja-kerja mengemas. Dia memejamkan mata.
Apabila Qaseh terjaga dari tidurnya, dia melihat jam tangan. Sudah pukul 6 petang. Keadaan di luar sudah gelap. Seperti pukul 10 malam waktu Malaysia. Qaseh menggosok mata. Kepala terasa pening. Dia meneruskan semula kerja-kerja mengemas. Esok dia harus ke kampus. Pendaftaran akan bermula seawal jam 6 pagi. Qaseh hendak pergi awal. Supaya tidak perlu berebut dengan orang. Tahu-tahu sajalah. Awal semester. Pasti ramai penuntut-penuntut baru yang akan mendaftar.
Disusun buku-buku rujukan di dalam kotak. Qaseh akan membeli rak buku untuk meletakkan buku-bukunya. Senang untuk mencari buku yang diperlukan nanti. Dia duduk kembali di atas sofa. Melihat ke sekeliling rumah. Puas hati dengan cara dia mengemas. Tersenyum puas. Qaseh masuk ke dalam bilik. Dia hendak membersihkan diri yang melekit. Kemudian, menunaikan solat.
SEBAIK sahaja Fareez turun dari kapal terbang, dia mengambil pula keretapi menuju ke Wiltz. Tiba-tiba sahaja hati Fareez rasa tidak sedap. Seperti ada yang tidak kena. Berdebar-debar sahaja. Daripada dia turun dari kapal terbang sehinggalah dalam perjalanan ke Wiltz. Hatinya kurang enak. Dia dapat rasakan sesuatu sedang berlaku kepada Qaseh. Fareez gelisah di duduknya. Sejam setengah perjalanan yang diambil menuju ke Wiltz. Selepas itu, dia mengambil teksi ‘sapu’ menuju ke rumah Maria.
Fareez turun dari teksi tersebut. Dia memandang kawasan persekitaran. Walaupun dia hanya berpeluang menghabiskan bulan madunya selama seminggu di kawasan perkampungan itu, tetapi kenangan bersama Qaseh masih terbayang-bayang di layar matanya. Fareez melepaskan keluhan besar sebelum menekan loceng rumah Auntie Rosemarie. Pertama kali dia membunyikan loceng, tiada jawapan. Dibunyikan kali kedua. Juga tiada respon. Setelah dibunyikan kali ketiga, barulah Auntie Rosemarie membuka pintu. Mata wanita itu mengecil untuk melihat tetamunya di pintu pagar. Segera dia membuka pintu pagar apabila dia dapat mengenal pasti itu adalah Fareez. Fareez menyalami Auntie Rosemarie. Tersenyum sahaja wanita itu.
“ How did you came here?”
“ By train. And taxi, of course.”
“ Come in. Come in, my dear.” Auntie Rosemarie mempersilakan Fareez masuk. Cuaca semakin sejuk. Musim sejuk hampir tiba.
“ How are you?” tanya Auntie Rosemarie.
“ I’m fine. Thank you.” Jawab Fareez.
“ Where is Q?” tanya Auntie Rosemarie lagi apabila dia tidak nampak bayangan Qaseh. Fareez terdiam. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Fareez melepaskan keluhan perlahan.
“ Are you guys fighting?” tanya Auntie Rosemarie yang begitu mengambil berat akan hal mereka berdua.
“ Well….ya. I came here just to look for her. But, I guess she never came here.” Kata Fareez perlahan. Auntie Rosemarie mengangguk dan tersenyum kecil. Sudah tentu ada masalah rumahtangga yang berlaku di antara mereka.
“ I don’t want to interfere in your marriage problem. But, I knew Q before she married. She’s just like a daughter to me.” Auntie Rosemarie berkata. Fareez faham akan maksud itu.
“ It’s all my fault. I shouldn’t have doubted her.” Akui Fareez.
“ I don’t get it.”
“ I saw her picture with her ex-boyfriend. That guy touched her hand. I was so jealous. And, I kicked her out from our house.” Terang Fareez. Auntie Rosemarie menggelengkan kepala. Inilah ego seorang lelaki. Suaminya dahulu pun hampir-hampir menghalau Auntie Rosemarie keluar dari rumah hanya kerana Auntie Rosemarie keluar untuk memenuhi jemputan kawan lelakinya.
“ Who gave you that picture?”
“ My ex-wife.” Jawab Fareez ringkas.
“ Why on earth she did that?” Auntie Rosemarie tampak benar-benar marah. Fareez berdehem kecil.
“ She wanted to destroy my marriage. Because I get my child custody. And she didn’t. Eventhough she is the biological mother.” Jelas Fareez. Wanita yang senantiasa cantik bersanggul itu mengangguk tanda faham. Dia faham akan perasaan seorang ibu yang tidak boleh berjauhan dengan anaknya. Pasti dia akan mencuba bermacam-macam perkara untuk mendapatkan hak penjagaan anaknya itu. Tetapi apa yang Auntie Rosemarie tidak tahu ialah perangai sebenar Shilea. Bukan cara Fareez untuk memburuk-burukkan bekas isterinya itu. Shilea juga sudah mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukannya.
“ I’m so sorry, Fareez. For what happen. But she didn’t came here.” Kata-kata Auntie Rosemarie membuatkan Fareez hampir sahaja berputus asa. Tetapi dia tahu Qaseh pasti tidak akan mencari Auntie Rosemarie untuk memberitahu masalahnya.
“ Why don’t you look for her at Bamboesch? Isn’t your sister live there?” cadang Auntie Rosemarie.
“ Why didn’t I ever think about that? I must go there.” Ujar Fareez.
“ Now, my child. I hope both of you will find happiness.” sela Auntie Rosemarie. Dia benar-benar berharap mereka berdua akan hidup dalam kebahagiaan. Itulah yang paling diperlukan oleh Qaseh.
“ Thanks, Auntie. I hope so.” Ucap Fareez. Dia bangun dan bersalaman dengan Auntie Rosemarie. Mereka beriringan keluar dari rumah.
“ Do you have any transport to go there?”
“ I’ll just take the taxi.”
“ Bamboesch quite far from here. If you go there by taxi, it’s quite expensive. Why don’t you take my car?” kata Auntie Rosemarie.
“ I don’t want to trouble you, Auntie.”
“ It’s not a trouble at all. You just wait here for a minute.” Auntie Rosemarie berkata. Dia masuk semula ke dalam rumah. Kemudian, dia keluar dan menyerahkan kunci kereta kepada Fareez.
“ Here you go.”
“ Thanks, Auntie. I will return it to you as soon as possible.”
“ It’s ok. Take your time.”
Fareez menuju ke arah kereta yang tersadai di luar rumah. Dia menghidupkan enjin. Auntie Rosemarie hanya melihat perbuatan Fareez dari dalam kawasan rumahnya. Fareez menutup pintu kereta dan membuka tingkap. Dia kemudian melambai ke arah Auntie Rosemarie. Wanita itu tersenyum dan membalas kembali lambaian itu.
Kereta tersebut bergerak meninggalkan kawasan perumahan itu. Fareez menekan pedal minyak membuatkan kereta itu memecut laju di lebuh raya. Walaupun laju tetapi Fareez tetap mematuhi had kelajuan yang dibenarkan. Dia mesti ke Bamboesch dengan segera. Dia hendak mengambil Qaseh pulang. Tidak kira walau apapun yang terjadi selepas ini, Fareez tekad akan mengharunginya bersama Qaseh.
TIDAK lama selepas itu, kereta yang dipandu oleh Fareez tiba dihadapan rumah Fitri Azharina. Fareez turun dari kereta tersebut dan menekan loceng rumah kakaknya itu. Ada suara yang keluar dari interkom di pintu pagar.
“ Who is that?” tanya satu suara perempuan. Fareez dapat cam itu adalah suara Fitri Azharina.
“ Kak Rina, Fareez ni.” Jawab Fareez.
“ Ohh…Masuklah, Dik.” Fitri Azharina membuka pintu pagar automatik. Fareez masuk semula ke dalam kereta dan membawa kereta itu masuk ke dalam garaj. Diparkirkan sebelah kereta Fitri Azharina. Kakaknya itu keluar untuk menyambut Fareez. Fareez membuka but kereta dan mengeluarkan beg pakaian.
“ Kenapa Fareez datang tak beritahu Akak?”
“ Saja tak nak menyusahkan Akak.”
“ Masuklah. Macam tak biasa pulak.” Jemput Fitri Azharina. Fareez tersenyum dan membawa masuk beg pakaiannya.
“ Kamu datang seorang je ke?” tanya Fitri Azharina.
“ Iya, Kak.” Jawab Fareez ringkas.
“ Qaseh dan Amirul tak ikut sekali?” tanya Fitri Azharina lagi.
“ Fareez dah letihlah, Kak. Fareez masuk bilik dulu, ya?” ujar Fareez. Cuba mengelak daripada topik perbualan itu.
“ Fareez…Beritahu Akak. What is going on?” tanya Fitri Azharina. Dia tidak puas hati selagi tidak mendapat jawapan daripada mulut Fareez.
“ Nanti malam Fareez cerita. Sekarang ni Fareez letih sangat-sangat. Bagi Fareez rehat dulu. Boleh tak, Kak?” kata Fareez. Fitri Azharina mengeluh. Mesti ada sesuatu yang tidak kena. Dia mesti mendapatkan kebenaran daripada adiknya itu.
Fitri Azharina mengangguk perlahan. Fareez segera menjinjing beg pakaiannya itu dan naik ke tingkat atas. Fareez membuka pintu bilik yang menjadi kamar mereka berdua sewaktu datang melawat Fitri Azharina semasa bulan madu 2 tahun yang lepas. Di bilik itulah, dia memarahi Qaseh kerana membuka pintu tanpa mengetuk dahulu sedangkan Fareez hanya bertuala separas pinggang. Fareez tersenyum sendirian. Kelakar pula bila diingat balik wajah Qaseh ketika itu. Kini, dia hanya teringin melihat wajah Qaseh walaupun seketika cuma.
Fareez meletakkan beg pakaian di penjuru bilik. Dia mencapai tuala dan masuk mandi. Badan yang melekit itu perlu dibersihkan. Kemudian, dia ingin mendapatkan rehat yang secukupnya.
Laungan Fitri Azharina mengejutkan Fareez dari tidurnya yang nyenyak. Dia bangun dan memegang kepala yang terasa pusing. Migrain datang lagi. Dia segera membuka beg pakaian dan mengeluarkan ubat. Dia menelan ubat itu. Dia turun ke tingkat bawah. Dicapai gelas dan dituang air kosong ke dalam gelas tersebut. Diteguk perlahan-lahan air itu. Fareez menarik kerusi dan duduk menghadap Fitri Azharina. Kakaknya itu menceduk nasi ke dalam pinggan. Dihulurkan kepada Fareez.
“ Makanlah, Dik. Akak masak lauk favourite Adik.” Kata Fitri Azharina. Fareez menceduk lauk asam pedas ke dalam pinggannya. Begitu berselera sekali Fareez menjamu selera. Fitri Azharina hanya memandang Fareez menjamu selera.
“ Akak tak makan sekali?” tanya Fareez. Fitri Azharina tersedar dari lamunan. Dia tersenyum dan mengangguk. Fitri Azharina menceduk nasi ke dalam pinggan. Dia turut menjamu selera dengan adiknya itu.
FITRI Azharina sedang mencuci pinggan di dapur. Fareez menonton televisyen. Selesai mencuci, Fitri Azharina ke ruang tamu. Dia terlihat adiknya seperti berfikir sesuatu. Fitri Azharina berdehem kecil. Fareez segera membetulkan duduknya.
“ Sekarang Fareez dah bersedia nak cerita pada Akak?” tanya Fitri Azharina. Fareez mengangguk perlahan.
“ Apa yang merunsingkan sangat fikiran Fareez ni?” tanya Fitri Azharina lagi. Fareez melepaskan keluhan besar. Fareez terdiam seketika. Tidak tahu hendak memulakan daripada mana.
“ Qaseh ada datang sini, Kak?” tanya Fareez tiba-tiba.
“ Tak ada pulak. Kenapa Qaseh nak datang sini seorang diri?” tanya Fitri Azharina kembali. Fareez terdiam lagi.
“ Fareez, ada apa-apa yang berlaku ke?” Fitri Azharina masih tidak puas bertanya. Soalan demi soalan yang meluncur dari mulutnya. Fareez hanya mendengus.
“ Kami dah buat keputusan untuk berpisah. Buat sementara waktu.” Kata-kata Fareez itu langsung tidak membuatkan Fitri Azharina terkejut.
“ Akak tak terkejut?” tanya Fareez pula.
“ Kenapa Akak nak terkejut? Akak dah agak benda ni akan berlaku.”
“ What makes you said that?”
“ Masa Fareez dan Qaseh datang berbulan madu di rumah Akak ni, Qaseh nampak muram sangat. Tak macam mula-mula Akak ambil dia kerja. Akak tahu dia seorang yang periang. Seorang yang aktif. Tak seperti mana yang Akak lihat masa dia datang ke sini. Jadi, Akak dah dapat agak. Mesti Fareez yang membuat dia jadi begitu. Sebab Akak kenal benar dengan adik Akak ni.” Jelas Fitri Azharina. Fareez menundukkan wajahnya.
“ Fareez, Qaseh bukanlah seperti Shilea. Qaseh takkan curang. Akak kenal Qaseh lebih lama daripada Fareez kenal Qaseh. Dia seorang gadis yang baik. Terlalu baik. Tak baik Fareez lukakan hati dia.” Fareez terkejut dengan kata-kata Fitri Azharina. Seperti kakaknya itu mengetahui sesuatu yang dia tidak tahu.
“ Macam mana Akak tahu ni semua?”
“ Kak Fit. Dia telefon Akak. Beritahu pasal ni lah.”
“ Fareez rasa bersalah sangat, Kak. Semuanya dah terlambat.” Fareez meraup rambut ke belakang.
“ Belum terlambat lagi untuk Fareez rasa bersalah. Berilah masa kepada Qaseh untuk dia tenangkan fikiran. Akak percaya. Satu hari nanti, tergeraklah hati dia untuk balik ke pangkuan Fareez.” Nasihat Fitri Azharina. Fareez mengangguk perlahan.
“ Tapi, Kak…Fareez datang sini bukan untuk sia-siakan usaha Fareez. Fareez kalau boleh nak cari Qaseh. Kalau tak jumpa, Fareez akan balik Malaysia. Banyak perkara yang ingin Fareez beritahu pada dia.” Ujar Fareez. Kakaknya itu tersenyum kecil.
“ Akak akan selalu doakan kebahagiaan Fareez.”
“ Akak tahu mana nak cari Qaseh?” tanya Fareez. Dia buntu. Tidak tahu dimana hendak memulakan pencariannya.
“ Cuba cari kat rumah sewa lama dia. Grengewald. Dia duduk kat situ dulu.” Ujar Fitri Azharina.
“ Fareez akan pergi cari dia esok.”
“ Kalau dia tak ada kat Grengewald, Fareez pergi cari dia kat Itzig.”
“ Kenapa sampai ke Itzig?” Fareez bertanya. Setahu dia, Itzig agak jauh daripada syarikat Fitri Azharina yang terletak di Mullendorf.
“ Dulu masa kat Grengewald, Qaseh ada menyewa dengan seorang kawan. Sampai sekarang kawan dia tu masih kerja dengan Akak. Tapi kawan dia tu dah pindah ke Itzig.” Terang Fitri Azharina.
“ Itzig jauh daripada ofis kan, Kak? Ofis Akak kat Mullendorf.” Fareez mengerutkan dahi. Fitri Azharina tersenyum.
“ Memang jauh. Tapi kan ada subway. Taklah jauh mana pun. Tak sampai sejam, dah sampai Mullendorf.” Kata Fitri Azharina. Fareez menumpukan semula pandangannya ke arah televisyen yang terpasang. Fitri Azharina memandang Fareez dengan ekor matanya.
“ Akak tahu alamat rumah Qaseh kat Grengewald?”
“ Tahu. Nanti Akak bagi pada Fareez.”
“ Rumah bekas kawan serumah Qaseh yang duduk kat Itzig tu Akak tahu jugak?” tanya Fareez lagi.
“ Mestilah tahu. Dia kan employee Akak.”
“ Nanti Akak bagi sekali, ya?”
“ Yelah.” Ujar Fitri Azharina ringkas. Fareez menumpukan semula perhatiannya ke kaca televisyen.
PAGI-pagi lagi, Fareez sudah bersiap untuk memulakan perjalanannya ke Grengewald. Selepas bersarapan, dia menyalami Fitri Azharina. Fareez menuju ke kereta yang terletak di garaj. Dia menghidupkan enjin kereta dan menderum pergi meninggalkan perkarangan rumah banglo itu. Pandangan Fitri Azharina menghantar Fareez pergi mencari kekasih hati. Fitri Azharina berlari masuk ke dalam apabila mendengar deringan telefon rumahnya.
“ Hello, Assalamualaikum. Kak Rina?”
“ Waalaikumussalam, Qaseh.”
“ Kak Rina tengah buat apa?” tanya Qaseh.
“ Baru je hantar Fareez.”
“ Ke mana?”
“ Dia pergi Grengewald. Pergi cari Qaseh kat sana.” Kata Fitri Azharina. Qaseh melepaskan keluhan perlahan.
“ Terima kasih, Kak Rina. Sebab tak beritahu Qaseh ada kat mana.”
“ Kak Rina rasa tak sedap hati lah, Qaseh. Kak Rina tak pernah menipu Fareez.” Fitri Azharina berkata.
“ Ini untuk kebaikan kami juga, Kak. Qaseh tak ada niat pun nak mintak tolong Akak menipu. Tapi, Akak terjumpa Qaseh masa kat supermarket. Qaseh tahu daripada Aishah yang Fareez pergi ke Luxembourg, cari Qaseh. Qaseh dapat agak yang dia akan ke Bamboesch cari Qaseh. Qaseh tak nak dia tahu kat mana Qaseh ada. Belum masanya lagi.” Terang Qaseh. Mengharapkan Fitri Azharina faham akan keadaannya.
“ Tak apalah, Qaseh. Ini adalah pengajaran yang terbaik buat Fareez. Biar dia lepas ni tahu menghargai Qaseh.” Fitri Azharina berkata. Qaseh tergelak kecil.
“ Terima kasih banyak-banyak, Kak. Qaseh tak tahu nak balas pertolongan Akak macam mana lagi dah. Terlalu banyak yang Akak buat untuk Qaseh.” Kata Qaseh.
“ Tak perlu, Qaseh. Cukuplah sekadar Qaseh lahirkan bayi yang sihat dan benarkan Akak datang jenguk Qaseh.” Fitri Azharina berkata. Qaseh tersenyum walaupun Fitri Azharina tidak nampak.
“ Baiklah, Kak. Tak apalah. Qaseh tak nak ganggu Akak. Qaseh ada kerja sikit. Nanti kita sembang lagi.” Ujar Qaseh.
“ Yelah. Jaga diri baik-baik. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.” Mereka sama-sama mematikan talian telefon.
SUDAH sebulan Fareez berada di Luxembourg. Qaseh masih tidak dijumpainya. Dia pergi ke Grengewald. Mencari Qaseh di rumah sewa lamanya. Kata penyewa itu, tidak ada orang tinggal di rumah sewa lama yang pernah disewa oleh Qaseh itu. Hampir 6 bulan rumah itu tidak berpenghuni. Kemudian, Fareez pergi pula ke Itzig. Perjalanan ke Itzig memakan masa selama 2 jam. Pergi berjumpa dengan bekas kawan serumah Qaseh. Kawannya itu mengatakan Qaseh tidak pernah datang berjumpa dengannya. Dia tidak tahu pun Qaseh kembali ke Luxembourg. Sudah hampir seluruh Bamboesch, Grengewald dan Itzig, Fareez teroka. Tetapi Qaseh masih belum dijumpai. Kemanakah dia menghilang? Qaseh tidak juga ke Wiltz. Benarkah Qaseh sudah nekad hendak berpisah dengan dia?
Fareez buntu. Dia benar-benar buntu. Fareez mengeluh kecewa. Fitri Azharina yang sedang asyik menjamu selera, memandang muka Fareez. Kesian adiknya itu. Tetapi ini juga permintaan adik iparnya. Hendak ke kiri, adik. Hendak ke kanan, adik ipar. Fitri Azharina lebih senang berada di tengah-tengah. Permintaan Qaseh harus dituruti. Biarlah dia bertenang dahulu. Satu hari nanti Fitri Azharina percaya Qaseh akan pulang semula ke pangkuan Fareez. Cuma Fareez perlu berdoa setiap hari. Bahawa hari itu akan tiba lebih awal.
“ Dah lama Fareez tinggalkan Malaysia. Fareez ingat esok, Fareez nak balik sana. Fareez dah tak tahu apa dah jadi dengan projek yang Fareez uruskan. Kesian Walid. Mesti semua benda, dia yang uruskan.” Kata-kata Fareez membuatkan Fitri Azharina mengangguk.
“ Baguslah tu, Fareez. Kak Rina pun rasa macam tu. Kesian pada Walid. Ummi tak boleh tolong Walid. Dia tak tahu hal-hal pejabat. Kak Liza, Kak Fit dan Abang Wan ada kerja masing-masing. Hanya Fareez saja harapan Walid untuk menjaga syarikat dia tu.” kata-kata Fitri Azharina itu ada benarnya.
“ Fareez nak Akak tolong tempahkan tiket?”
“ Tak perlulah, Kak. Lagipun Fareez nak ke Wiltz balik. Nak hantar kereta tu pada tuan punya. Dah lama sangat Fareez pinjam.” Fareez bangun dari kerusi dan menuju ke dapur. Dia mencuci pinggan yang digunakan. Kemudian, dia terus menuju ke tingkat atas untuk mengemas semula pakaian-pakaiannya. Dia harus balik ke Malaysia. Dia tidak boleh mengecewakan Ummi dan Walidnya lagi. Sudah lama mereka kecewa dengan sikap tidak menentunya itu.
Fareez turun semula ke ruang makan dengan menjinjing beg pakaian yang dibawa bersama. Fitri Azharina sedang mengemas meja makan. Dia memandang Fareez dengan senyuman yang senantiasa terukir di bibir. Fareez menuju ke arah Fitri Azharina. Dia menyambut tangan kakaknya dan menyalami wanita itu.
“ Jaga diri baik-baik. Bawak kereta elok-elok.”
“ Yalah, Kak. Akak pun sama. Thanks for your hospitality.”
“ It’s my pleasure and you’re my brother.” Ucap Fitri Azharina.
Fareez keluar dari rumah banglo itu dan menuju ke kereta kepunyaan Auntie Rosemarie. Dia harus segera ke Wiltz kerana selepas itu dia hendak berkejar ke lapangan terbang. Membeli tiket untuk pulang ke Malaysia.
3 JAM kemudian, kereta yang dipandu oleh Fareez tiba dihadapan rumah Auntie Rosemarie. Sepatutnya tidak sampai 2 jam, Fareez sudah sampai. Tetapi oleh kerana ada berlaku kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh kemalangan, itulah sebabnya Fareez tiba agak lewat. Auntie Rosemarie sudah menunggu di muka pintu untuk menyambut kedatangan Fareez. Tersenyum sahaja wanita tua itu.
“ I’m sorry, Auntie. For returning it after one month.”
“ Never mind. I understand your condition. Have you found her?” tanya wanita itu. Dia juga turut risaukan Qaseh. Fareez menundukkan wajah dan menggeleng perlahan.
“ Never mind. Come in, my dear.”
“ It’s ok, Auntie. I have to go to the airport.”
“ No. You have to come in first. Let make for you a cup of hot chocolate. You must be tired.” Ajak Auntie Rosemarie bersungguh-sungguh. Fareez mengalah. Dia masuk juga ke dalam rumah dan membiarkan Auntie Rosemarie membancuh segelas cokelat panas untuknya. Selepas meminum segelas cokelat panas dan sepiring butter cookies, Fareez meminta diri. Dia benar-benar ingin ke lapangan terbang. Auntie Rosemarie melepaskan Fareez pergi. Dia ingat Fareez ingin bermalam di rumahnya buat semalam. Tetapi lelaki itu berkeras hendak ke lapangan terbang. Fareez menerangkan perkara sebenar. Kenapa dia hendak balik Malaysia secepat yang mungkin. Auntie Rosemarie faham akan keadaan Fareez. Dia membenarkan Fareez pergi tetapi bersyarat. Dia mesti menghantar Fareez ke lapangan terbang. Fareez menolak. Fareez tidak mahu menyusahkan Auntie Rosemarie. Sudah banyak kali dia menyusahkan wanita tua itu. Tetapi kalau dia menolak bererti dia tidak boleh meninggalkan Wiltz pada hari itu. Akhirnya Fareez mengalah dan membiarkan Auntie Rosemarie menghantarnya ke lapangan terbang.
BAB 39
KAWASAN kampus sesak dengan pelajar-pelajar baru yang datang untuk mendaftar bagi kemasukan untuk tahun 2007. Qaseh juga tidak ketinggalan mendaftar diri dan subjek di kaunter akademik. Ada 2-3 orang pelajar menolak Qaseh. Terhuyung-hayang wanita itu cuba mengimbangi diri. Nasib baik ada orang yang memegang lengan Qaseh daripada jatuh. Qaseh memandang wajah orang itu. Tersenyum sahaja gadis itu kepada Qaseh.
“ Thank you.” Ucap Qaseh.
“ Welcome. Still new here?” tanya gadis itu. Qaseh mengangguk sambil tersenyum.
“ I’m Jessyca.” Kata gadis itu memperkenalkan diri.
“ I’m Qaseh. Just call me Q.” Qaseh turut memperkenalkan diri kepada orang yang baru sahaja dikenalinya.
“ Hey, guys! Come and meet my new friend.” Laung Jessyca kepada rakan-rakannya yang masing-masing sedang sibuk mendaftar. Seorang demi seorang rakan Jessyca menuju ke arah mereka.
“ This is Shayn, Flack, Hayden, Dominique and Ashlee. Guys…this is Q.” Jessyca memperkenalkan rakan-rakannya kepada Qaseh. Tersenyum wanita itu kepada rakan-rakan yang baru dikenali dan bersalaman. Qaseh berpaling ke arah Hayden. Dia mengerutkan dahi.
“ My twin sister.” Kata Jessyca dan meletakkan tangan di atas bahu Hayden. Patutlah wajah mereka ada banyak persamaan. Mata mereka semua jatuh ke perut Qaseh yang memboyot.
“ Ermmm….” Jessyca serba salah samada hendak bertanya atau tidak. Qaseh yang faham akan pandangan itu segera berkata.
“ Ya. I’m pregnant.” Pintas Qaseh.
“ Congratulations. How many months?” tanya Ashlee.
“ Nearly 5 months.” Jawab Qaseh.
“ Where’s your husband?” tanya Jessyca pula.
“ He’s in Malaysia.” Berat sahaja mulut Qaseh hendak menjawab soalan itu. Memang benar. Di mana suaminya ketika dia sedang sarat mengandung? Sepatutnya ada suami yang menemani dia ke mana sahaja dia pergi. Tapi bukan Qaseh. Dia keseorangan.
“ He didn’t came here with you?”
“ No. He’s a busy man.” Mereka semua mengangguk dengan jawapan Qaseh. Tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut.
“ So, have you registered?” Hayden bertanya.
“ Ya. I just finish registering.”
“ Have you eat?”
“ Not yet.” Jawab Qaseh ringkas.
“ Come, let’s go grab a bite.” Ajak Shayn. Mereka menuju ke restoran yang berdekatan. Kaum lelaki berjalan dihadapan manakala kaum perempuan di belakang. Lelaki berlumba siapa sampai ke restoran paling lambat, kena belanja. Nampaknya, Dominique terpaksa mengeluarkan duit untuk belanja. Kerana dia yang paling lambat sampai. Susah payah Qaseh berjalan. Perutnya semakin hari semakin membesar. Jessyca berjalan dengan Qaseh. Hayden dan Ashlee turut sama-sama bersama berlumba dengan kaum lelaki. Dominique tetap kalah pada Hayden dan Ashlee. Mereka berdua itu bekas atlet sekolah menengah tinggi di negeri masing-masing.
“ What course are you taking?” tanya Shayn semasa mereka sedang menjamu selera.
“ Advertising.” Ringkas sahaja jawapan Qaseh.
“ Same as Flack here.” Kata Hayden.
“ Degree?” tanya Flack pula.
“ No. Masters.” Mereka semua ternganga dengan jawapan Qaseh.
“ Much more higher than me. I’m taking my degree this semester. Actually, we all taking degree this semester. You’re the highest among us.” Flack berkata. Qaseh hanya tersenyum.
SETELAH puas mereka menjamu selera dan bersembang, masing-masing meminta diri untuk pulang ke kampus kerana ada orientasi esok pagi. Begitu juga dengan Qaseh. Walaupun rumahnya berdekatan dengan kampus, tetapi dia harus menyertai orientasi yang diadakan untuk setiap pelajar baru. Shayn membawa kereta. Dia menghantar kaum perempuan pulang ke rumah sewa masing-masing. Flack juga membawa kereta. Dia dan Dominique menyewa satu rumah. Shayn menyewa rumah agak jauh dari kampus.
“ Can you send Q first?” tanya Ashlee.
“ I don’t want to trouble you all. My house just around the corner.” Kata Qaseh menolak cadangan Ashlee.
“ It’s not a trouble at all. I want to do a good deeds. To send a pregnant mother home.” Seloroh Shayn. Mereka yang lain hanya mentertawakan lelaki itu.
Kereta Shayn tiba dihadapan rumah sewa Qaseh. Setelah mengucapkan terima kasih, Qaseh turun dari kereta dan membuka pintu rumah sewa itu perlahan-lahan. Mereka berempat melambai dari dalam kereta. Dia membalas lambaian itu. Qaseh melangkah masuk ke dalam rumah.
Suis lampu dibuka satu persatu. Rumah itu dari gelap-gelita, menjadi terang-benderang. Qaseh meletakkan tas tangan di atas sofa. Dibaringkan sebentar diri yang keletihan. Dia memejamkan mata sebentar. Keheningan di dalam rumah itu membuatkan diri Qaseh terasa sunyi. Dia membuka kembali matanya. Memandang gambar di atas meja tulis. Tanpa dia sedari, setitis mutiara jernih menuruni pipinya. Perlahan-lahan Qaseh bangun dan menuju ke meja tulis. Dicapai dua bingkai gambar di atas meja tulis itu. Kedua-dua bingkai di dekatkan ke hati. Mutiara jernih itu semakin lama semakin lebat. Teresak-esak. Lama dia berkeadaan begitu.
“ Mama, Qaseh rindukan Mama. Qaseh teringin nak dengar cerita Mama tentang puteri yang berpakaian serba putih. Tentang cintanya dengan putera. Qaseh rindukan belaian Mama.” Rintih Qaseh seorang diri. Air matanya seperti tidak mahu berhenti.
“ Papa, Qaseh rindu usikan Papa. Qaseh rindukan Mama melatah semasa Papa usik Mama. Qaseh rindukan suasana dulu.” Sambung Qaseh lagi. Dia asyik membayangkan sewaktu dia masih bersekolah. Papa dan Mama senantiasa mengambil berat akan dirinya. Diletakkan semula bingkai gambar Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Qaseh masih lagi menatap gambar Fareez dan Amirul tersenyum gembira sewaktu menyambut hari jadi Amirul. Dia teringat bagaimana dia bergembira bersama kedua orang tuanya setiap kali menyambut hari jadinya.
Dilekapkan gambar Fareez ke perut yang memboyot.
“ Abang, Qaseh janji Qaseh akan jaga anak kita dengan baik. Qaseh pasti akan mempertemukan Abang dan anak kita. Qaseh berjanji satu hari nanti Qaseh akan pulang. Pada masa itu, Qaseh harap Abang dapat menerima kehadiran kami berdua semula dalam hidup Abang.” Qaseh berkata. Dia benar-benar berharap. Qaseh meletakkan semula bingkai gambar itu di sebelah gambar Zhulianna. Dia sudah rindu akan Zhulianna walaupun baru sebulan berada di rantauan orang.
Matanya tertancap pada jam dinding yang tergantung elok. Hampir pukul 9 pagi waktu Malaysia. Qaseh melihat pula jam di tangan. Sangap! Patutlah dia terasa mengantuk. Tetapi dicapai gagang telefon dan membuat panggilan ke Malaysia. Ada nada deringan. Seseorang menjawab panggilannya itu.
“ Assalamualaikum, Ibu.”
“ Waalaikumussalam, Qaseh.” Jawab Zhulianna lembut.
“ Ibu macam mana? Sihat?” tanya Qaseh.
“ Baru sebulan Qaseh pergi, Qaseh dah tanya kesihatan Ibu. Qaseh pula macam mana? Dah settle down semua ke? Macam mana dengan baby?” tanya Zhulianna bertubi-tubi. Qaseh tersenyum kecil. Lega dapat mendengar suara ibu kesayangan.
“ Dah, Ibu. Qaseh dah pergi register pun. Adalah kemas sikit-sikit. Menyapu, lap perabot-perabot yang berhabuk. Baby pun baik je. Tak ganggu Mama dia buat kerja.” Ujar Qaseh. Dari suaranya, kedengaran dia keriangan.
“ Qaseh jangan buat kerja berat-berat, tau. Qaseh tak payahlah kemas teruk sangat. Nanti Ibu pergi sana, Ibu tolong Qaseh mengemas.” Kata Zhulianna pula. Jelas terpancar kerisauan dari nadanya.
“ Bila Ibu nak datang sini?” tanya Qaseh lagi.
“ Nak dekat tarikh Qaseh bersalin. Ada sikit benda yang Ibu kena uruskan kat sini. Ibu akan pergi ke sana secepat mungkin.” Zhulianna berkata. Qaseh mengangguk perlahan. Faham akan bebanan kerja si ibu.
“ Tak payah Ibu nak rushing. Selesaikan dulu semua kerja Ibu. Qaseh tak nak terganggu nanti urusan kelancaran syarikat Ibu.” Kata Qaseh. Dia tidak mahu kerana dia, perjalanan syarikat Zhulianna menghadapi masalah. Sebab pengerusi syarikat tidak ada.
“ Yalah. Ibu tahu.”
“ Macam mana dengan syarikat Qaseh, Ibu?”
“ Faiz sedang ambil alih. Aishah dah serahkan pada Faiz. Tapi kalau apa-apa yang Faiz tak tahu, dia rujuk balik pada Aishah. Aishah tolong dia uruskan syarikat Qaseh.” Zhulianna berkata-kata. Memang itu yang diberitahu kepada Aishah. Menyerahkan syarikat miliknya kepada Faiz Nuramin, anak sulung Rafidah. Selepas sahaja Faiz habis praktikal, dia terus menguruskan syarikat Qaseh. Nasib baik ada sepupu yang mengambil bidang yang sama dengannya.
“ Baguslah macam tu. Lega Qaseh dengar.”
“ Sekarang dah pukul berapa kat sana?” tanya Zhulianna pula.
“ Hampir pukul 2 pagi.”
“ Qaseh lekas tidur. Esok Qaseh tak ada orientasi?” tanya Zhulianna lagi. Qaseh memandang gambar Zhulianna yang ada di atas meja tulis dan tersenyum kecil. Kalau Ibu ada di situ, pasti sudah dimarahinya kerana tidur lewat. Qaseh melepaskan satu keluhan perlahan.
“ Ada, Bu.”
“ Pergilah tidur. Nanti bangun lewat pula.”
“ Baiklah, Ibu.”
“ Jaga kesihatan diri. Jaga kesihatan kandungan. Makan makanan yang berkhasiat. Elakkan makan makanan berminyak. Tak elok untuk kandungan. Minum soya hari-hari. Nanti kulit baby cantik dan gebu macam Qaseh. Jangan selalu tidur lewat. Kalau dah rasa-rasanya mata tu mengantuk, terus je tidur. Jangan keluar rumah waktu tengah malam. Jangan duduk kat luar sewaktu berembun.” Begitu banyak sekali pesanan Zhulianna.
“ Kalau macam nilah punya panjang Ibu nasihatkan Qaseh, pukul berapa Qaseh nak tidur.” Seloroh Qaseh. Dia terdengar Zhulianna tergelak kecil. Qaseh turut tergelak.
“ Satu lagi, makan banyak hati lembu. Kat Hassel banyak perkampungan orang Islam. Ada pasar juga kat situ. Pergi beli hati lembu. Buat tambah darah masa nak bersalin nanti.” Sambung Zhulianna lagi.
“ Kalau kena penyakit lembu gila, macam mana, Ibu?”
“ Hish! Budak ni. Ada-ada jelah.” Mereka sama-sama tergelak.
“ Tak adanya. Lembu tu dia orang import daripada Malaysia. Tak mungkinlah ada penyakit lembu gila.” Kata Zhulianna. Hendak menyedapkan hati Qaseh daripada mempunyai perasaan was-was.
“ Baiklah, sarjan. Setiap pesanan sarjan akan saya turuti.” Gurau Qaseh. Senang hati dapat bergurau senda dengan Zhulianna. Nanti bila dia sudah sibuk dengan kelas dan tugasannya, pasti sudah tidak ada masa hendak menelefon Zhulianna.
“ Qaseh ni main-mainlah.”
“ Ibu, kirim salam dekat Aunty Zura dan Uncle Is. Kirim salam jugak dekat Eika dan Zufri.” Pesan Qaseh.
“ Yalah. Sudahlah tu. Pergi tidur.”
“ Nanti kalau Qaseh senang, Qaseh call lagi, ya?”
“ Iya.”
“ Bye, Ibu. Sayang Ibu.” Ucap Qaseh.
“ Sayang Qaseh juga.” Zhulianna turut membalas ucapan sayang itu.
“ Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Mereka sama-sama mematikan talian. Qaseh memandang gagang telefon itu dengan perasaan sepi. Dia mengeluh kuat. Kemudian, berjalan menuju ke biliknya. Qaseh mematikan semua lampu yang terbuka.
JAM loceng berdering dengan kuat. Mengejutkan Qaseh dari tidur yang lena. Dia menguap luas. Mengurut tengkuk. Dilihat jam loceng tersebut. Sudah pukul 5.30 pagi. Dia harus bersiap dengan segera. Pukul 6.30 pagi, dia mesti berada di kampus untuk orientasi. Qaseh mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan badan. Selepas siap mandi, dia memakai baju blouse yang agak besar dari badannya untuk mengelakkan orang tahu dia sedang berbadan dua. Dan, seluar slack hitam. Qaseh mengikat rambutnya menjadi tocang satu. Ditempek sedikit bedak asas dan bedak padat serta sedikit pengilat bibir.
Setelah bersiap, Qaseh turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. Semalam dia sudah membeli sebuku roti dan jem mentega kacang. Dia sapu mentega kacang ke atas rotinya dengan cepat dan bergegas keluar dari rumah. Qaseh takut terlewat sampai ke kampus. Dia menyarungkan sepatu yang sesuai semasa dia sedang mengandung.
Qaseh mengunci pintu rumah dan pintu pagar. Dia menuju ke arah stesen bas yang berdekatan. Belum sempat kakinya melangkah ke stesen bas, dia disapa dari belakang.
“ Q, hop in.” kata Hayden. Dia menurunkan cermin tingkap keretanya. Qaseh menundukkan sedikit wajah. Memandang semua yang ada di dalam kereta.
“ Hey, you guys. I don’t want to trouble you guys. I can go to the nearest bus station.” Ujar Qaseh.
“ It’s not a trouble at all. Hop in. We’re going the same way as you.” Kata Ashlee yang berada di kerusi belakang. Qaseh tersenyum. Dia membuka pintu belakang dan masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja pintu kereta tertutup, kereta tersebut memecut menuju ke arah kawasan kampus yang terletak hanya beberapa batu sahaja.
“ Who’s car is this?” tanya Qaseh.
“ It’s mine. But, she’s driving it. I don’t have a license yet.” Kata Hayden. Memandang Jessyca di sebelah yang sedang memandu. Qaseh mengangguk perlahan.
“ She bought this car using her own money. Our father never let us live in the luxury life. He said, if we want something, we have to make our own effort.” Kata Jessyca. Ashlee sibuk menjawab telefon daripada kekasih. Kadangkala terdengar hilaian tawanya.
“ I agree with what your father saying.” Kata Qaseh pula.
“ We’re here.” Jessyca berkata sambil kereta itu menyusur mencari tempat letak kereta yang berdekatan dengan dewan orientasi. Senang untuk Qaseh berjalan ke sana nanti.
DI DALAM dewan orientasi memang penuh sesak dengan pelajar-pelajar baru dan juga tidak ketinggalan senior-senior yang sedang sibuk membahagikan mereka di dalam kumpulan. Hayden adalah ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab menjalankan orientasi ini bersama-sama pelajar senior. Qaseh merindui suasana itu. Sudah lama dia tidak merasai suasana sibuk sebegini. Masih teringat dia di kala hari pertama menjalani hari orientasi. Dia dibuli oleh pelajar senior. Habis semua pelajar-pelajar baru dibuli. Tetapi dalam kesemua pelajar senior, ada seorang pelajar senior yang baik hati. Dia baik dengan Qaseh. Kebanyakan pelajar-pelajar baru lebih menyukainya daripada pelajar senior yang lain.
“ Q…” laung seseorang. Qaseh mencari suara yang melaungkan namanya itu. Dalam celah kesesakan, ada satu wajah yang amat dikenalinya.
“ Angie?” tanya Qaseh kembali. Qaseh dan gadis yang bernama Angie itu berpelukan.
“ Ohh…I miss you so much.” Kata Angie.
“ Me too. I didn’t expect to see you here.” Qaseh berkata dan meleraikan pelukan. Kebanyakan mata memandang ke arah mereka berdua. Tetapi dibuat tidak peduli sahaja pandangan itu.
“ How are you?” tanya Angie.
“ I’m fine. Thank you.”
“ Wow! You look…” ayat Angie tergantung. Matanya jatuh kepada perut Qaseh yang semakin membesar.
“ Fat?” Qaseh menyambung ayat tersebut.
“ Nooo! You look chubby and beautiful.” Puji Angie. Mereka sama-sama tertawa kecil. Sudah lama tidak berjumpa. Apabila sesekali berjumpa, pasti banyak cerita yang hendak dikhabarkan.
“ Maybe because I’m pregant?”
“ What?! Are you married?” tanya Angie lagi.
“ Uhh…ya.” Qaseh berkata dan menunjukkan cincin perkahwinannya. Angie ternganga dan sekali lagi memeluk sahabatnya itu.
“ Congratulations. I’m so happy for you.”
“ Thanks again.” Ucap Qaseh.
“ Eh, how’s Maria?” Angie bertanya.
“ I don’t know. Almost 3 years I didn’t see her. I miss her.”
“ Me neither.”
Lama mereka bersembang sehingga Qaseh lupa hendak memperkenalkan sahabat barunya kepada Angie.
“ I almost forgot. Let me introduce you to my new friend.” Kata Qaseh. Dia menarik tangan Jessyca dan Ashlee.
“ Angie, this is Jessyca and Ashlee. Guys, this is Angelica.” Qaseh memperkenalkan mereka bertiga.
“ Just call me Angie.” Mereka bertiga bersalaman.
“ Jessyca, Ashlee, can I borrow her for a minute?” tanya Angie kepada kedua gadis itu.
“ Ya, sure.” Kata mereka serentak.
“ Thanks.” Ucap Angie dan segera menarik tangan Qaseh. Angie memperkenalkan Qaseh kepada pelajar-pelajar senior. Qaseh terpaksa berjalan laju mengikut rentak Angie. Mungkin sahabatnya itu terlupa yang dia sedang berbadan dua.
“ Ok, guys! Can I have your attention, please?” kata emcee. Kesemua mata tertumpu ke arahnya.
“ We’re going to start our orientation. Right…now!” laung emcee itu. Terdengar suara teriakan pelajar-pelajar senior. Mereka bertepuk tangan.
“ Now, our Official Student President, John Blake and his beautiful vice president, Katya Kellis will make some speech.” Ucap emcee tersebut.
Kedua-dua orang yang disebut namanya itu, naik ke atas pentas. Selesai sahaja mereka membuat ucapan, orientasi bermula.
“ The seniors have divided you into groups. So, first group, you will follow Alexis Meade.” Kata emcee itu.
“ The second group, your leader is Tia Petroni. Third group, Joshua Suarez. Fourth group, Kya McKay. Fifth group, Shayn Douglas. Sixth group, Chanelle Slater. Seventh group, Dominique Bonasera. And the last but not least, the eighth group. Your leader is, Hayden Alexandria Linn.” Emcee itu berkata. Seorang demi seorang naik ke atas pentas dan menunjukkan muka masing-masing kepada ahli kumpulan mereka.
Qaseh hanya duduk di tepi. Menolong senior menjalankan orientasi. Angie sudah pun meminta kebenaran daripada presiden orientasi. Tidak membenarkan Qaseh menjalani orientasi kerana keadaannya tidak membenarkan Qaseh berbuat demikian. Qaseh kadangkala tergelak melihat gelagat pelajar-pelajar baru yang kelam kabut melakukan task yang diminta oleh ketua kumpulan masing-masing. Dia masih teringat dibuli oleh kakak kepada Alexis Meade, Drew Meade dan geng-gengnya. Drew Meade adalah gadis paling popular semasa di sekolah tinggi. Dia memastikan kepopularannya kekal sampai ke universiti. Katya Kellis merupakan salah seorang ahli geng Drew Meade. Menangis Qaseh dibuli oleh mereka.
Qaseh yang sedang asyik mengelamun disapa oleh seseorang.
“ Hye, Q.” kata orang itu. Qaseh terkejut dan memandang muka orang itu dengan kerutan di dahi.
“ Rezza?”
“ Ingatkan kau dah lupakan aku.” Kata lelaki yang bernama Rezza itu. Qaseh tersenyum.
“ Mana boleh lupa wajah kacak kau ni.”
“ Aii…Menyindir nampak.”
“ Terasa ke?” Qaseh pura-pura bertanya.
“ Kau masih macam dulu lagi kan? Tak ubah-ubah.” Kata Rezza sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Qaseh.
“ Kalau aku berubah, nama aku bukan Qaseh lah.” Qaseh berkata dan membetulkan duduknya supaya dapat memandang Rezza dengan jelas.
“ Kau buat apa kat sini?” tanya Qaseh pula.
“ Aku sambung belajar balik. Ambil ph.D.”
“ Wow! Terernya daripada aku.” Ujar Qaseh.
“ Kau pula?” Rezza bertanya.
“ Masters je. Kenapa kau cepat sangat dah boleh ambil ph.D?”
“ Lepas aku habis degree, aku kerja kat sini dalam masa setahun. Lepas tu, baru aku sambung balik Masters. Aku balik Malaysia kejap. Uruskan syarikat Papa aku. And then, lepas aku kahwin aku buat keputusan untuk sambung ph.D. Wife aku pun sambung balik ph.D.” jelas Rezza. Terangguk-angguk wanita itu mendengar.
“ Hmm…sama-sama bakal doktor lah ni.”
“ Alahh…doktor falsafah je.”
“ Doktor falsafah pun, doktor jugak. Nanti orang panggil kau Dr. Rezza. Kan sedap tu? Wife kau ambil kat sini jugak ke?” tanya Qaseh lagi. Dia asyik membetulkan baju daripada berkedut dibahagian perut.
“ Taklah. Dia ambil kat universiti lama dia. Kat London. Aku tak ingat nama universiti dia.” Kata Rezza. Sesekali matanya jatuh pada perut Qaseh. Dia hendak bertanya tetapi melihatkan Qaseh seperti menyorok kandungannya itu lebih baik dia tidak bertanya apa-apa. Biarlah Qaseh menceritakan sendiri.
“ Habis tu, nanti kau orang tak berjumpa lah?”
“ Yang oii…Luxembourg ni dan London, idak lah jauh mana pun. Tengoklah. Kalau aku tak busy, aku turun London. Kalau dia tak busy, dia turun sini. Seminggu sekali ke, dua minggu sekali ke. Tengok keadaan. Kalau nak jumpa hari-hari pun boleh. Nanti aku tidur dalam train je lah. Tak payah aku susah payah pergi menyewa.” Kata Rezza menyeloroh. Qaseh tergelak kecil.
“ Macam mana kau boleh kenal dengan wife kau ni? Hairan jugak aku.” Sela Qaseh.
“ Budak satu kampung. Nenek aku yang jodohkan. Dia kata kalau aku cari sendiri, alamatnya sampai ke tua lah aku tak kahwin. Kenapa?” tanya Rezza kembali sambil mengerutkan dahi.
“ Tak adalah. Hairan jugak bila kau kata kau dah kahwin. Sebab masa kau try nak tackle Maria pun, terketar-ketar kepala lutut kau nak cakap dengan dia yang kau sukakan dia.” Kata-kata Qaseh bertujuan hendak mengenakan Rezza sekali lagi. Qaseh hanya menahan gelak.
“ Kau ni dah lebih ni.”
“ Takkan merajuk kot.”
“ Tak kuasa aku nak merajuk dengan kau.” Ujar Rezza.
“ Hah! Cerita pasal Maria. Kau ada jumpa dia tak?” Rezza bertanya.
“ Tak. Dah lama aku tak jumpa. Telefon pun dah lama tak. Entah apa khabar dia sekarang.” Kata Qaseh. Dia mematahkan jari-jemari yang terasa lenguh. Sudah lama dia duduk. Dia harus menegangkan urat-uratnya. Qaseh seperti orang keresahan. Perut berbunyi minta diisi.
“ Jom, pergi makan. Aku lapar ni. Dari tadi, aku tak makan.” Kata Rezza tiba-tiba. Rezza seperti dapat membaca fikirannya. Qaseh mengangguk pantas.
Mereka berjalan beriringan menuju ke kafeteria. Qaseh sedang sibuk memilih makanan. Rezza mencari tempat duduk untuk mereka berdua yang agak tersorok dari pandangan orang ramai. Senang sikit untuk bersembang tanpa gangguan. Qaseh meletakkan dulang makanan. Rezza terbeliak tengok makanan yang dibeli oleh Qaseh. Tetapi dia tahu Qaseh bukan makan untuk dirinya seorang sahaja. Ada seorang lagi yang turut makan bersama dengan Qaseh. Anak dalam kandungan dia sudah pasti terasa lapar. Tentu dia juga tidak makan dari pagi, fikir Rezza.
“ Wei, kau tak nak pergi beli makanan ke?”
“ Ahh..tak payahlah. Kau punya makanan banyak. Aku share je.” Kata Rezza. Ingin mengusik Qaseh.
“ Kau pergilah beli sendiri. Apa pulak nak share-share ni. Aku lapar tau. Harimau pun aku boleh makan ni.” Qaseh berkata. Rezza tergelak kecil. Rezza bangun dari duduknya dan menuju ke tempat membeli makanan.
ORIENTASI pada hari pertama sudah selesai dijalankan. Orientasi diadakan selama 3 hari. Qaseh juga turut menolong Angie mengemas apa-apa yang patut. Tetapi dihalang oleh Angie dan Rezza. Qaseh terpaksa duduk di tepi sahaja dan memerhatikan mereka mengemas. Bosan apabila tidak dibenar melakukan kerja-kerja berat. Rezza baru sahaja tahu bahawa dia sedang mengandung. Pada mulanya, berat untuk Qaseh menceritakan perkara sebenar. Tetapi Rezza telah berkawan dengannya hampir 10 tahun. Dia juga berhak tahu akan perkara sebenar. Angie suka mengusik Rezza. Seronok Qaseh melihat sahabat-sahabat lama bergurau senda. Angie juga tidak lama lagi akan menamatkan zaman bujangnya. Qaseh berharap kehidupan Angie akan lebih bahagia daripada dia. Qaseh mengeluh perlahan. Tujuan sebenar dia datang ke sini adalah untuk menyambung kembali pelajarannya. Bukan untuk mengingati kisah lampau.
Bahu Qaseh ditepuk. Mengejutkannya dari lamunan panjang. Qaseh tersenyum memandang Angie dan Rezza yang bermandikan peluh.
“ Jom, aku hantar kau balik.” Kata Rezza. Qaseh mengangguk sambil tersenyum. Dia mencapai tas tangan yang diletakkan di atas meja berdekatan dengan dia.
“ Come, let’s go. I’ll send you.” Kata Rezza kepada Angie pula.
“ No, it’s ok. I have my own transport.” Angie berkata sambil mengerling ke arah seorang jejaka kacukan. Tersenyum mereka bertiga kepada jejaka itu.
“ Ok. See ya tomorrow.” Qaseh dan Rezza berkata serentak. Angie melambai ke arah mereka berdua dan melangkah pergi. Menuju ke jejaka itu semula. Qaseh dan Rezza berjalan beriringan menuju ke kereta Rezza.
“ Kau masih pakai lagi kereta buruk ni?” Qaseh berkata. Dia masuk ke dalam perut kereta apabila Rezza membukakan pintu untuknya. Rezza juga turut masuk ke dalam kereta.
“ Buruk kau jangan cakap, haa…Aku sayang nak buang.”
“ Dah berapa lama kau pakai kereta ni?” tanya Qaseh lagi.
“ Sejak mula kita berkawan.”
“ Lama jugaklah. Bila kau balik Malaysia, kau tinggal kereta ni dekat siapa?” Qaseh bertanya. Rezza menghidupkan enjin kereta.
“ Andy. Aku suruh dia jaga.” Terang Rezza ringkas.
“ Dah lama aku tak jumpa dia. How is he?”
“ Fine. Dia baru-baru ni je dia jalani rawatan chemotherapy. But, he seems fine.” Kata Rezza. Teringat Qaseh pada kawan yang paling akrab dengan Rezza. Andy menghidap penyakit barah. Tetapi bertegas tidak mahu menjalani rawatan kemoterapi.
“ What makes him change his mind?”
“ His mother, wife and two kids.”
“ Dia dah kahwin?” tanya Qaseh.
“ Dah. Lepas tamat pengajian, dia terus kahwin.” Jelas Rezza lagi.
“ Nampaknya, ramai kawan-kawan kita dah kahwin lepas belajar.” Qaseh berkata. Rezza tersenyum kecil.
“ Kau tu pun apa kurangnya. Bukan nak jemput aku.” Rezza menyindir. Qaseh memandang Rezza.
“ Aku tak tahu kau dah balik Malaysia.”
“ Elehh….alasanlah tu.” Rezza membidas.
Kereta yang dipandu oleh Rezza tiba dihadapan rumah Qaseh.
“ Terima kasih banyak-banyak sebab menghantar aku.” Ucap Qaseh seikhlasnya.
“ Sama-sama kasih.”
“ Perli, yek?” kata Qaseh sambil menjeling. Rezza tergelak. Begitu juga dengan Qaseh. Sudah lama dia tidak merasa terhibur sebegini.
“ Oklah. Esok aku datang ambil kau.”
“ Ehh…tak menyusahkan ke?”
“ Susah….” Kata Rezza. Qaseh sudah mengerutkan dahi.
“ Tapi aku ni kawan kau. Kesian aku tengok kau nak berjalan dengan perut macam ikan paus kekenyangan ni.” Rezza berkata seloroh.
“ Kau ni memanglah.” Qaseh menumbuk bahu Rezza. Sahabatnya itu pura-pura mengaduh kesakitan. Kemudian, mereka sama-sama tergelak.
Qaseh turun dari kereta.
“ Kau baliklah.” Kata Qaseh.
“ Tak nak. Aku nak tengok kau masih dalam rumah dulu.”
“ Kau balik jelah.”
“ Aku kata tak nak selagi kau tak masuk ke dalam rumah dengan selamat.” Rezza bertegas. Qaseh mengeluh.
“ Ok. Drive safely.” Ujar Qaseh. Dengan perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam rumah. Tetapi dia sempat melambai ke arah Rezza. Lambaian itu dibalas. Kereta Rezza menderum pergi.
BAB 40
PERUT Qaseh semakin membesar. Hari bersalin semakin hampir. Kebanyakan daripada pensyarahnya tahu dia sedang mengandung. Keutamaan diberikan kepada Qaseh. Walaupun dia masuk lambat dan kerusi dibahagian hadapan sudah penuh, rakan sekelasnya akan memberikan tempat untuk dia duduk dihadapan. Kesian melihat Qaseh memanjat tangga yang tinggi untuk ke tempat duduk di sebelah atas. Tetapi Qaseh tidak biasa dilayan sebegitu. Terasa segan pula apabila ada yang melayannya dengan baik sekali. Kadangkala rasa seronok, kadangkala terasa janggal.
Wajah Qaseh berseri-seri sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas. Kya mengerutkan dahi melihat Qaseh. Wanita itu melabuhkan punggung di sebelah Kya.
“ You look different today.” Kata Kya. Qaseh memandang gadis di sebelahnya dan tersenyum lebar.
“ Am I?” tanya Qaseh.
“ Ya.” Kata Kya ringkas.
“ What makes me different today than any other day?” tanya Qaseh lagi. Kya melurutkan dagu. Seperti memikirkan sesuatu.
“ I’m not sure. But, seriously, you look different today.” Kya berkata bersungguh-sungguh. Ternampak kelainan pada diri Qaseh hari itu.
“ Actually, my mother is coming today. After class, I’m going to fetch her at the airport.” Qaseh berkata dengan senyuman tidak lekang di bibir. Kya juga turut tersenyum. Dia tahu Qaseh terlalu rindukan ibunya. Selalu Qaseh menceritakan tentang Zhulianna kepada Kya.
“ Miss your mother, huh?”
“ So much.” Kata Qaseh. Tidak sabar untuk berjumpa dengan Zhulianna. Rindunya sudah menggunung.
Pensyarah yang mengajar subjek pada hari itu masuk ke dalam kelas. Kelas yang tadi hingar-bingar menjadi sunyi sepi. Mereka agak takut akan pensyarah ini. Mukanya nampak baik tetapi dia adalah salah seorang pensyarah yang paling garang. Tetapi pada Qaseh, dia seorang pensyarah yang sangat baik. Kelas bermula agak lewat dan kelas itu dihabiskan juga agak lewat. Nasib baik kapal terbang yang dinaiki Zhulianna masih belum tiba. Kalau tidak, pasti ibunya sudah lama menunggu di lapangan terbang.
“ Bye, Kya.” Qaseh melambai ke arah Kya. Lambaian itu dibalas. Dengan perut memboyot, Qaseh menunggu di perhentian bas. Hendak mengambil teksi ke lapangan terbang. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti dihadapannya. Qaseh menundukkan sedikit wajah dan memandang pemandu di dalam yang memakai cermin mata hitam.
“ Kau nak balik ke, Q?” tanya Rezza.
“ Taklah. Aku nak ke airport.” Ujar Qaseh. Bersusah payah dia bangun dari kerusi yang diduduknya dan menuju ke kereta Rezza.
“ Buat apa ke airport?”
“ Ambil Ibu aku. Dia turun sini hari ni.” Kata Qaseh dengan nada gembira. Rezza mengangguk.
“ Jomlah. Aku teman kau pergi ambil Ibu kau kat airport.” Ujar Rezza. Qaseh menggigit bibir.
“ Aku tak nak menyusahkan kau, Za. Kau dah banyak tolong aku. Kau ambil aku kat rumah tiap hari. Lepas tu hantar aku ke kampus pulak. Lepas habis kelas, kau hantar aku balik rumah pulak. Aku seganlah nak menyusahkan kau.” Luah Qaseh. Memang selama ini, itulah yang dipendamkan oleh Qaseh.
“ Apa pulak nak menyusahkan. Kalau kau nak bayar tambang pun, aku tak kisah. Aku terima je.” Gurau Rezza. Qaseh tergelak kecil.
“ Alaa…tak kisahlah. Lagipun, aku on the way ke train station jugak ni. Nak ambil Lisa. Dia turun sini juga hari ni.” Jelas Rezza.
“ Betul ni?” tanya Qaseh. Inginkan kepastian. Jangan Rezza mencari alasan hanya kerana hendak menolongnya.
“ Betullah. Kalau kau tak percaya, lepas ambil ibu kau, kita pergi ambil Lisa.” Rezza berkata. Qaseh mengangguk dan tersenyum. Qaseh masuk ke dalam kereta dan kereta itu terus sahaja meluncur laju ke arah lapangan terbang yang terletak di Findel.
QASEH tercari-cari wajah kesayangan. Kemudian, dia ternampak lambaian seorang wanita. Terus sahaja Qaseh meluru ke arah Zhulianna. Wanita itu memeluk anaknya bagaikan sudah berpuluh tahun tidak berjumpa.
“ Ibu apa khabar?” tanya Qaseh. Dia begitu gembira dapat berjumpa dengan Zhulianna.
“ Baik. Qaseh macam mana? Laju je Qaseh berjalan. Risau Ibu tengok Qaseh.” Kata Zhulianna. Dia memegang perut anaknya itu.
“ Qaseh tak apa-apa, Bu.” Ujar Qaseh. Zhulianna menolak troli yang diletakkan bagasi pakaiannya. Qaseh dari tadi tidak mahu melepaskan tangan Zhulianna. Tersenyum lebar Zhulianna melihat Qaseh.
“ Qaseh datang naik apa ni?” tanya Zhulianna.
“ Kawan Qaseh. Jom, Ibu. Qaseh kenalkan Ibu dengan dia.” Kata Qaseh. Dia menarik tangan Zhulianna menuju ke arah Rezza yang sedang sibuk bercakap telefon. Apabila dia ternampak sahaja kelibat Qaseh dan Zhulianna menuju ke arahnya, dia segera mematikan talian.
“ Lisa ke tu?” terus sahaja Qaseh bertanya.
“ A’ah. Dia dah sampai.”
“ Oh, ye ke? Jomlah kita pergi ambil dia. Sebelum tu, aku kenalkan. Ibu, ni lah Rezza. Kawan yang selalu Qaseh ceritakan pada Ibu tu. Za, ni Ibu aku.” Qaseh memperkenalkan mereka berdua. Rezza tunduk menyalami Zhulianna. Dia menghormati wanita itu sepertimana dia menghormati ibunya sendiri.
“ Terima kasihlah, Rezza. Sebab banyak tolong Aunty jaga Qaseh.”
“ Tak ada apa-apalah, Aunty. Small matter je ni.”
“ Jomlah lekas. Kata nak pergi ambil Lisa.” Kata Qaseh segera mengingatkan Rezza. Lelaki itu membuka bonet belakang dan memasukkan bagasi pakaian Zhulianna. Kemudian, dia membukakan pintu untuk Qaseh dan Zhulianna. Begitu berbudi pekerti lelaki yang bernama Rezza ini. Kereta Rezza menuju ke destinasi seterusnya iaitu stesen keretapi yang teletak di Poteau-de-Harlange.
Isteri Rezza, Lisa, sudah menunggu dihadapan pintu gerbang stesen keretapi. Kegelisahan sahaja wanita itu menunggu suaminya.
“ Aunty dengan Qaseh tunggu sekejap, ya. Saya pergi panggil Lisa.”
“ Yalah.” Kata Qaseh dan Zhulianna serentak. Rezza segera turun dari kereta setelah dapat memarkirkan kereta di tempat letak kereta yang disediakan khas untuk pengguna keretapi. Sebentar kemudian, Rezza kembali dengan menjinjing beg pakaian dan seorang wanita yang sedang bergelak ketawa di sebelahnya.
Lisa masuk ke dalam perut kereta. Dia duduk dibahagian belakang bersama Zhulianna. Pada mulanya, Qaseh hendak memberikan tempat duduk dihadapan kepada Lisa. Tetapi Lisa tahu akan keadaan Qaseh yang tidak mengizinkan dia banyak bergerak. Semenjak kali pertama Lisa berjumpa Qaseh, dia seperti sudah lama kenal dengan Qaseh. Wanita itu terlalu peramah. Lisa juga membenarkan Rezza menjaga Qaseh. Lisa tahu Qaseh tiada suami disisi untuk menjaganya. Jadi sebagai seorang sahabat yang memahami, Lisa sendiri menyuruh Rezza menjaga Qaseh.
“ Lisa, ni Ibu aku.” Qaseh kenalkan Zhulianna kepada Lisa.
“ Apa khabar, Aunty?” tanya Lisa. Dia tunduk menyalami Zhulianna.
“ Baik, Lisa. Terima kasihlah kepada Lisa sebab benarkan Rezza jaga Qaseh.” Ujar Zhulianna. Dia benar-benar berterima kasih kepada Lisa kerana memahami keadaan anaknya. Walaupun Qaseh dan Rezza tidak ada pertalian.
“ Tak ada apa-apalah, Aunty. Lisa yang paksa Abang jaga Qaseh. Kesian pulak tengok dia. Takkanlah dengan perut boyot tu nak memanjat bas pula. Jadi, Lisa minta Abang jadi personal driver Qaseh lah.” Kata Lisa berseloroh. Qaseh tergelak. Begitu juga dengan Rezza. Zhulianna tersenyum kelegaan. Lega apabila ada orang sanggup menjaga anaknya itu.
“ Aunty tak tahu macam mana nak balas budi baik kau orang. Aunty berterima kasih banyak-banyak.” Kata Zhulianna lagi.
“ Ada satu cara Aunty boleh balas budi baik kita orang.” Kata Rezza tiba-tiba. Qaseh memandang dengan kerutan di dahi.
“ Abang…kita lakukan benda ni semua, ikhlas. Bukan nak mintak balasan.” Sela Lisa. Rezza hanya tersenyum.
“ Cakaplah, Rezza.” Paksa Zhulianna.
“ Qaseh kata, Aunty pandai masak masakan kampung. Pure masakan kampung. Teringin pulak lidah ni merasa masak tempoyak, gulai ayam, ulam-ulam. Kalau ada sambal belacan…perghhh….lagi berselera, jawabnya.” Kata Rezza. Qaseh tersenyum dan menggeleng.
“ Abang ni. Nak menyusahkan Aunty pulak. Dahlah Aunty datang jauh-jauh. Penat pun tak hilang lagi.” ujar Lisa perlahan.
“ Tak apalah, Lisa. Sekali-sekala. Aunty duduk kat Malaysia pun, makan sorang-sorang jugak. Bosanlah. Kadangkala je mak cik si Qaseh ni datang. Tapi taklah selalu. Dia pun ada family juga.” Zhulianna berkata-kata. Qaseh memandang ibunya melalui cermin pandang belakang. Kemudian, tersenyum.
“ Rezza bawak je Aunty pergi pasar.” Kata Zhulianna.
“ Bolehhh…Aunty nak ke pasar mana? Troine? Flebour? Schoos? Olm?” tanya Rezza. Zhulianna berfikir sebentar.
“ Lebih baik ke Hassel. Situ perkampungan orang Islam. Rasa selamat sikit nak beli barang basah pun.” Kata Zhulianna. Lisa mengangguk. Dia juga turut bersetuju. Kereta yang dipandu oleh Rezza meluncur laju ke Hassel. Mereka berempat riuh bersembang. Zhulianna ingat Lisa seorang yang pendiam. Rupa-rupanya, dia seorang yang sangat peramah.
SAMPAI sahaja di Contern Hassel Market, Rezza terus mencari tempat letak kereta. Mereka berempat turun dari kereta. Zhulianna sibuk memilih barang-barang segar seperti ikan, ayam dan lain-lain lagi. Lisa juga turut memilih barang-barang segar. Qaseh membeli sayur-sayuran. Rezza memilih udang galah yang segar. Dia memang pandai membeli barang-barang untuk dijadikan lauk. Sebelum Rezza berkahwin, dia sudah belajar membeli barang-barang itu semua seorang diri. Duduk jauh di perantauan orang, kenalah belajar membeli sendiri.
Selesai membeli, mereka menuju semula ke kereta Rezza. Tiba-tiba Qaseh memegang perut dan mengaduh kesakitan.
“ Kenapa, Qaseh?” tanya Zhulianna. Dia risau akan keadaan anaknya.
“ Tak ada apa-apa, Ibu. Dia tendang je.” Ujar Qaseh. Lisa memimpin tangan Qaseh dan Zhulianna membukakan pintu untuk anaknya itu. Masuk sahaja dalam kereta, Rezza pula bertanya.
“ Kau ok ke, Q?”
“ I’m okay.” Kata Qaseh sambil mengangkat ibu jari.
Kereta Rezza berhenti betul-betul dihadapan rumah Qaseh. Lisa menolong Zhulianna membawa turun barang-barang yang dibeli. Dia terus sahaja membawa masuk barang-barang tersebut ke dapur. Qaseh masuk ke dalam dan menuju ke bilik tidur. Sebentar kemudian, dia keluar semula dan masuk ke dalam dapur. Dijenguk ke luar. Rezza sedang membersihkan halaman rumah sewa itu.
“ Wei, kau buat apa tu?” tanya Qaseh kepada Rezza yang asyik melakukan kerjanya. Qaseh mengecilkan sedikit mata memandang Rezza. Terik matahari menyuluh mata Qaseh.
“ Aku tolong kau bersihkan laman rumah ni. Semak sangat.”
“ Alaa…tak payahlah kau nak susah-susah. Nanti aku buatlah perlahan-lahan.” Ujar Qaseh. Dia tidak mahu menyusahkan Rezza kerana sudah banyak Rezza membantu.
“ Aku ni ikhlas nak tolong. Nak tolong kat dapur, Aunty dan Lisa tak bagi. Jadi, aku tolonglah kat luar. Lagipun, tak elok untuk baby kau nanti kalau keadaan semak samun macam ni.” Jelas Rezza. Qaseh tersenyum. Dia bersyukur mempunyai sahabat baik seperti Rezza.
“ Terima kasih lah.”
“ Aii…terima kasih je? Air-air tak ada ke?” tanya Rezza secara berseloroh. Qaseh tergelak.
“ Nanti aku ambil.”
“ Tak payahlah, Q. Aku gurau je. Kau tu kena banyak berehat. Tinggal berapa hari je lagi nak bersalin.” Rezza berkata. Qaseh menggeleng dan tersenyum. Kemudian, dia beredar ke dapur.
“ Ibu nak Qaseh tolong?” tanya Qaseh.
“ Tak payahlah, Qaseh. Lisa boleh tolong Ibu.” Kata Zhulianna ringkas. Lisa memotong sayur-sayuran dan ditumis. Haruman masakan itu menusuk ke hidung Qaseh. Lebih lama dia berada di dapur, pasti kecur air liurnya. Qaseh mengambil gelas dan membancuh air kordial oren Sunkist.
“ Nah, Ibu…Lisa. Minumlah. Qaseh buat air ni.” Kata Qaseh. Dia membawa segelas ke hadapan.
“ Untuk siapa tu, Q?” tanya Lisa.
“ Rezza. Dia tolong aku kemaskan laman rumah.”
“ Meh aku bagi kat dia.” Kata Lisa lagi.
“ Tak usahlah, Lisa. Kau dah tolong Ibu memasak. Biarlah aku bawak air ni ke Rezza.” Qaseh berkata. Dia tidak suka duduk sahaja dan memerhatikan orang lain melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dia tolong. Lisa tersenyum dan mengangguk.
MAKAN malam sudah siap dimasak. Qaseh terlena di sofa. Televisyen terpasang. Qaseh terjaga apabila Zhulianna mengejutnya. Perlahan-lahan Qaseh membuka mata. Tersenyum memandang ibu kesayangan.
“ Kenapa Qaseh tidur kat sini? Kenapa tak masuk bilik?”
“ Qaseh tengah tengok t.v tadi. Tak tahu pulak nak terlena.”
“ Pergi basuh muka. Makan malam dah siap.” Arah Zhulianna. Seperti kanak-kanak kecil, Qaseh menuruti kata ibunya.
Rezza sudah siap menunggu di meja makan. Lisa masih menolong Zhulianna menghidang makanan.
“ Wah, macam raja kau ni. Menunggu kat meja makan je.” Gurau Qaseh. Lisa keluar dari dapur dengan membawa sambal belacan dan ikan masin. Terliur Qaseh melihat makanan yang terhidang di atas meja.
“ Dia memang raja. Tapi raja tak jadi.” Sampuk Lisa. Qaseh tergelak kecil. Rezza muncungkan bibir.
“ Tak payahlah kau buat muka macam tu. Buruk nau.” Ujar Qaseh.
“ Kamu berdua ni tak habis-habis mengusik Rezza lagi ke?” kata Zhulianna apabila melangkah ke ruang makan. Lisa menceduk nasi ke dalam pinggan dan diserahkan kepada Zhulianna, Qaseh dan Rezza. Dia turut menceduk untuk dirinya. Mereka menjamu selera. Suara di ruang tamu riuh dengan kehadiran Rezza. Dia memang pandai membuat lawak.
Setelah menjamu selera, Zhulianna menghidangkan pencuci mulut yang mahir dibuatnya. Itu juga pencuci mulut kegemaran Qaseh. Mereka bersembang sehingga lewat malam. Lisa melihat jam di tangan. Rezza faham akan isyarat itu segera meminta diri.
“ Dah lewat malam dah ni, Aunty. Kami minta diri dululah.” Kata Rezza. Zhulianna tersenyum dan mengangguk. Dia bangun dan menuju ke dapur. Sebentar kemudian, Zhulianna keluar dengan membawa satu bekas jernih yang diisi pisang custard yang dijadikan pencuci mulut tadi.
“ Nah. Balik nanti Rezza dengan Lisa bolehlah makan.”
“ Eh, tak payahlah, Aunty. Makan tadi pun dah kenyang.” Tolak Lisa sebaiknya.
“ Tak apalah, Lisa. Aunty tengok tadi banyak jugak Rezza makan. Rezza suka, ya?” Zhulianna mengalihkan pandangannya ke arah Rezza.
“ Ya, Aunty. Memang favourite Rezza.”
“ Kau tu bagi je apa. Semua makan. Tolak kayu dengan batu je.” Usik Qaseh. Lisa tergelak kecil.
“ Qaseh…apa cakap macam tu.” Tegur Zhulianna.
“ Ambillah, Lisa.” Ujar Zhulianna lagi.
“ Ada lagi ke untuk Aunty dan Qaseh nanti?” tanya Lisa.
“ Ada. Banyak lagi. Tak terhabis pun kami nak makan berdua.” Zhulianna berkata lagi.
“ Ini pun tak terbalas lagi budi baik Lisa dan Rezza.” Sambung Zhulianna. Lisa memegang tangan wanita tua itu.
“ Apa pulak ni, Aunty? Tak payahlah Aunty fikir pasal budi baik tu. Kami ikhlas nak tolong jaga Qaseh.” Lisa tidak suka Zhulianna fikir sebegitu. Baginya, segala yang dilakukan oleh dia adalah ikhlas dan dia tidak meminta apa-apa sebagai balasan.
“ Kalau macam tu, kau orang kena ambil dessert ni.” Sela Qaseh.
“ Baiklah, Aunty…Q. Terima kasih.” Lisa mengalah. Diambil juga bekas makanan itu. Mereka berjalan keluar dari rumah.
“ Esok kau tak ada kelas kan?” tanya Rezza pada Qaseh.
“ A’ah.” Jawab Qaseh ringkas.
“ So, I’ll see you next week.” Kata Rezza.
“ Yelah tu. Kalau anak ni tak terkeluar lagi minggu depan.” Ujar Qaseh pula.
“ Ahh…lupa pulak nak tanya. Bila kau punya due date?” tanya Rezza. Qaseh seperti berfikir sebentar.
“ Doktor expect, end of next week. Tapi tak tahulah.”
“ Nanti kalau kau nak bersalin ke, dah bersalin ke, call aku. Boleh aku minta notes daripada lecturer kau.” Ujar Rezza. Begitu baik hati Rezza. Untung Lisa mendapat suami seperti Rezza.
“ Eh, tak payahlah, Za. Balik dari bersalin nanti, aku mintak je notes daripada classmate aku.” Qaseh tidak mahu menyusahkan Rezza.
“ Tak apa. Masa kau dalam pantang nanti, kau bolehlah review notes yang lecturer kau bagi.” Ujar Rezza lagi. Qaseh melepaskan keluhan dan mengerutkan dahi. Dia sudah banyak menyusahkan Rezza.
“ Tak apa, Q. Rezza ikhlas nak tolong.” Kata Lisa pula. Dia tahu Qaseh tidak senang hati hendak menyusahkan Rezza.
“ Tapi, aku segan.”
“ Apa nak disegankan. Kami dah anggap Q dan Aunty macam keluarga kami sendiri.” Rezza berkata. Memandang isteri di sebelah. Lisa mengangguk sambil tersenyum.
“ Oklah. Apa-apa hal nanti, aku call kau.”
“ Ok.”
“ Q tak payahlah keluar. Nanti berembun pulak.” Kata Lisa. Qaseh tersenyum. Dianggukkan kepala perlahan. Zhulianna menghantar mereka berdua sampai ke pintu pagar. Lisa dan Rezza melambai ke arah Qaseh dan Zhulianna. Wanita itu menutup semula pintu pagar. Dia berjalan ke arah anak yang sedang menunggu di muka pintu. Kaki Qaseh melangkah ke ruang tamu. Dia memasang televisyen.
“ Ibu…” panggil Qaseh lembut.
“ Ya, sayang?”
“ Qaseh ingat hujung minggu ni Qaseh nak pergi Wiltz.” Ujar Qaseh. Zhulianna memandang wajah Qaseh.
“ Ibu nak ikut?” tanya Qaseh.
“ Hmm…boleh jugak. Dah lama Ibu tak berjalan.” Zhulianna berkata. Dia menghirup air minuman yang dibancuh oleh Lisa.
“ Oklah, Ibu. Qaseh naik tidur dulu.”
“ Yalah. Ibu pun nak naik dah ni.”
Qaseh menutup semula televisyen. Zhulianna menutup suis lampu. Mereka menuju ke bilik masing-masing.
PADA hari Sabtu, Qaseh mengemas beg pakaian. Dia membawa apa-apa yang perlu sahaja. Zhulianna sudah bersiap. Dia menunggu di bawah. Sementara menunggu Qaseh turun, Zhulianna sempat menyiapkan sarapan. Qaseh menjinjing sebuah beg pakaian yang agak kecil. Tetapi dengan perut memboyot, menyukarkan lagi Qaseh berjalan.
“ Ibu tolong Qaseh, ya?”
“ Tak payahlah, Ibu. Qaseh cuma mengandung je. Bukan cacat pun.” Kata Qaseh perlahan. Dia tidak suka dilayan sebegitu. Nanti manja pula. Bila Zhulianna pulang ke Malaysia, dia pasti akan merindui layanan itu.
“ Qaseh ni degil tau.”
“ Macam Papa, kan?” Qaseh berkata. Dia memandang Zhulianna. Takut dia jika wanita itu terasa dengan kata-kata yang diluahkan. Tetapi ibunya hanya tersenyum.
“ Iya. Macam Papa.”
“ Mari kita makan sarapan dulu. Ibu dah siapkan.” Sambung Zhulianna. Mereka menuju ke ruang makan.
Selepas bersarapan, Qaseh telah menelefon teksi. Dalam setengah jam kemudian, teksi tersebut berhenti betul-betul dihadapan rumah sewa itu. Zhulianna mengunci pintu rumah dan juga pintu pagar. Qaseh menjinjing beg pakaian miliknya dan milik Zhulianna. Pemandu teksi itu ternampak Qaseh bersusah payah membawa dua beg itu, dia segera turun dari teksinya dan menuju ke arah Qaseh. Menolong Qaseh membawa beg-beg pakaian tersebut. Mereka bertiga masuk ke dalam teksi itu dan menuju ke stesen keretapi. Sepanjang perjalanan, Qaseh asyik memegang perutnya. Dia berasa tidak sedap hati.
Sampai sahaja di stesen keretapi, Zhulianna membeli tiket ke Wiltz. Pada mulanya, Qaseh ingin membawa beg-beg pakaian itu. Tetapi dia dihalang oleh pemandu teksi tersebut. Zhulianna mengambil beg-beg pakaian daripada tangan pemandu itu. Setelah membayar tambang, pemandu teksi itu beredar. Qaseh dan Zhulianna duduk di kerusi yang berhampiran dengan tempat untuk penumpang menaiki keretapi.
“ Pukul berapa, Ibu?”
“ 11.30.” Zhulianna berkata ringkas.
“ Qaseh nak telefon kawan Qaseh. Nak beritahu dia pukul berapa kita akan sampai.” Ujar Qaseh. Zhulianna mengangguk.
TEPAT jam 1 petang, Qaseh dan Zhulianna sampai di Wiltz. Mereka dijemput oleh Maria. Terkejut Qaseh melihat Maria. Pakaiannya sudah tertutup. Dan, yang lebih mengejutkan lagi Maria berpakaian baju kurung. Maria sungguh gembira dapat berjumpa dengan Qaseh. Dia terus meluru ke arah sahabatnya dan memeluk Qaseh seerat yang mungkin. Tetapi lambat sahaja pelukan itu dibalas. Maria meleraikan pelukan. Kemudian, dia beralih ke arah Zhulianna.
“ Assalamualaikum, Aunty.” Ucap Maria.
“ Waalaikumussalam.” Zhulianna mengucap kembali salam. Ada kerutan di dahi wanita itu. Maria tunduk dan menyalami Zhulianna seperti mana masyarakat Islam bersalaman. Qaseh bertambah terkejut. Maria memberi salam? Apa sudah terjadi?
“ Y…you…you…” Qaseh tidak dapat meneruskan kata-katanya. Maria seperti dapat mengagak pertanyaan Qaseh.
“ It’s a long story. I’ll tell you later.” Maria berkata.
“ Ibu, kenalkan Maria.” Qaseh perkenalkan Maria.
“ No, it’s Maryam.” Maria membetulkan namanya.
“ What?!”
“ I’ll tell you later.”
“ Ok. Maryam, this is my mother.”
“ Your mother? I thought you said your mother….” Ayat Maria tergantung. Qaseh tersenyum.
“ This is my biological mother.” Jelas Qaseh.
“ Ohh…” baru Maria faham akan perkara sebenar. Dia mengangkat beg-beg pakaian dan menuju ke kereta yang diparkir di luar.
Beberapa minit kemudian, kereta yang dipandu oleh Maria tiba dihadapan rumah Auntie Rosemarie. Zhulianna turun dari kereta. Dia memandang ke sekeliling. Rindunya dia pada Wiltz sudah terlerai apabila dia mengikuti Qaseh. Zhulianna menarik nafas sedalam-dalamnya. Udara nyaman masih sama. Zhulianna lihat Maria masuk ke dalam sebuah rumah. Zhulianna seperti pernah nampak rumah itu. Baru dia teringat. Itukan rumah Rosemarie, sahabat lamanya.
Kelihatan seorang wanita tua bersanggul keluar dari rumah dan menyambut tetamu-tetamunya masuk.
“ Ibu, marilah masuk.” Laung Qaseh. Zhulianna berjalan masuk ke dalam kawasan rumah tersebut. Kakinya tiba-tiba terhenti. Tidak jadi melangkah. Dia seperti kenal akan perempuan itu. Wanita yang berdiri dihadapan Zhulianna juga turut mengerutkan dahi memandang Zhulianna. Qaseh menarik ibunya.
“ Ibu, inilah Auntie Rosemarie. Ibu Maria.”
“ Rosie?” tanya Zhulianna inginkan kepastian.
“ Anna?” tanya Auntie Rosemarie kembali. Zhulianna mengangguk dan mereka saling berpelukan. Ada titisan air mata di wajah kedua-dua wanita tua itu. Pelukan dileraikan.
“ Where have you been?” tanya Auntie Rosemarie sambil mengelap air mata. Zhulianna juga mengelap air matanya.
“ I’m in Malaysia. Looking for my daughter.” Kata Zhulianna. Dia memandang Qaseh yang tersenyum melihat kedua-dua wanita itu.
“ Don’t tell me this is Zam’s daughter?” tanya Auntie Rosemarie inginkan kepastian. Memandang ke arah Qaseh.
“ Ya. This is Zam’s daughter.” Jawab Zhulianna.
“ All this time?” ujar wanita itu.
“ I never expected to see you here.” sambung Auntie Rosemarie. Dia terlalu rindukan sahabat baiknya yang satu itu.
“ Come in. It’s a bit chilling out here.” Auntie Rosemarie menarik lengan Zhulianna. Mereka beriringan masuk ke dalam.
“ Let me make lunch for both of you. You must be hungry, right?” Auntie Rosemarie berkata.
“ Let me help you.” Kata Zhulianna. Dia bangun dan menuju ke dapur. Qaseh turut berdiri.
“ Can I help you, Auntie?” tanya Qaseh.
“ No. You have to rest.” Ujar Auntie Rosemarie.
MAKAN tengah hari sudah siap dihidang. Maria menolong ibunya dan Zhulianna menyediakan meja. Qaseh bosan asyik menonton televisyen. Dia membaca novel yang baru sahaja dibeli oleh Maria.
“ Assalamualaikum.” Seseorang memberi salam.
“ Waalaikumussalam.” Jawab Qaseh. Maria juga menjawab salam itu. Qaseh meletak buku novel di atas meja. Dia berdiri dalam kepayahan.
“ Abang, you came home so early.” Kata Maria manja.
“ Ya, sayang. I have finished my work early. So, my boss let me go.”
“ Ohh…”
“ And, of course I miss you. That’s why I came home early.” kata lelaki itu lagi. Qaseh seperti pernah mendengar suara itu.
“ Sweet talker.” Kata Maria pula. Lelaki itu tergelak.
Kemudian, lelaki itu melangkah masuk ke dalam. Qaseh terkejut. Matanya terbeliak.
“ We have guest today.” Ujar Maria lagi.
“ Guest? Who?” tanya lelaki itu. Maria memberikan isyarat mata. Lelaki tersebut mengalihkan pandangan ke arah Qaseh yang berdiri tercegat.
“ Q…”
“ Adib?” Qaseh mengerutkan dahi.
“ You don’t tell her?” tanya Adib pada Maria. Wanita itu menggeleng.
“ No. I waited for you to tell her. I mean, we both tell her.” Ujar Maria. Adib melepaskan keluhan perlahan.
“ What…is…going on?” tanya Qaseh.
“ You better have a seat first.” Kata Adib pula. Maria menolong Qaseh untuk duduk semula di sofa. Adib dan Maria saling berpandangan.
“ Come on. Tell me.” Paksa Qaseh. Walaupun dia dapat mengagak apa yang sedang berlaku dihadapannya tetapi Qaseh inginkan kepastian.
“ Actually after 2 months Wad get married, I’ve decided to marry Maria.” Adib memulakan kata-kata.
“ I convert into Islam after a year we’ve known each other well. I converted not because of him. But, I seldom watch you pray, fasting, reading the Al-Quran. It makes me more interested to learn about Islam.” Jelas Maria. Dia tahu saudara-mara Adib tidak suka akan Maria. Mereka berani bertaruh Maria tidak akan tahan lama dengan agama Islam. Mereka sudah menjangkakan Maria dan Adib akan bercerai tidak lama lagi. Sampai begitu sekali pemikiran mereka. Tapi Adib banyak memberi semangat kepada Maria supaya tidak mudah berkecil hati.
“ Why didn’t you tell me?”
“ We’re called Fareez. He said that you were no longer live there. You moved out. I asked him, why? He didn’t tell me. He said, we had a fight. That’s all. But, we invited him to our wedding in Malaysia and here. He came to our wedding there but not here. Maybe there’s too much memory.” Kata Maria. Adib mengangguk perlahan. Qaseh menundukkan wajah. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu. Maria mengusap bahu sahabatnya. Qaseh mengusap perut.
“ Too much.” Kata Qaseh perlahan.
“ We’re looking for you. Because he said that you came back to where you feel safe to. We have explore the whole Wiltz and Luxembourg. But, there’s no sign of you. Where are you actually?” tanya Maria. Qaseh mendiamkan diri. Kemudian, dia berkata sesuatu.
“ Reckenthal.”
“ We didn’t go there. We’ve been to Bamboesch and Weiler-La-Tour.” Kata Adib pula.
“ Eh, Adib? You came home so early?” tanya Auntie Rosemarie.
“ Yes, mother. I finished my work early.” Ujar Adib. Begitu bersopan santun lelaki dihadapan Qaseh itu. Untung Maria bersuamikan Adib. Tiba-tiba sahaja Qaseh teringatkan Fareez. Sudah agak lama dia melupakan lelaki itu kerana kesibukan dia menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pensyarah.
“ That’s my son-in-law.” Auntie Rosemarie perkenalkan Adib kepada Zhulianna.
“ Oh, I see.” Kata Zhulianna.
“ Adib, this is Q’s mother.” Kata Auntie Rosemarie lagi.
“ Ohh…Assalamualaikum, Aunty.”
“ Waalaikumussalam.” Ucap Zhulianna kembali. Adib memandang Qaseh dengan kerutan di dahi.
“ Mak kau?” tanya Adib lagi.
“ Mak kandung aku.” Ujar Qaseh ringkas. Adib mengangguk perlahan. Tetapi tidak ditanya lanjut. Wajah Qaseh sudah berubah sejak Maria menyebut nama Fareez.
“ Come, children. Lunch is ready.” Laung Auntie Rosemarie. Maria memandang ibunya. Dia menolong Qaseh untuk berdiri.
“ I’ll go upstairs and change my clothes.” Adib berbisik di telinga Maria. Isterinya itu tersenyum dan mengangguk. Qaseh dan Maria menuju ke ruang makan.
Mereka semua menjamu makan tengah hari dengan berselera. Banyak yang hendak disembangkan oleh Zhulianna kepada Auntie Rosemarie. Sudah lama mereka tidak berjumpa, pasti ada sahaja cerita yang keluar.
MALAM itu, Qaseh naik tidur awal. Dia rasa tidak sedap badan. Maria dan Adib juga masuk tidur awal. Esok mereka hendak membawa Zhulianna dan Auntie Rosemarie pergi membeli perkakas dapur. Memang itulah aktiviti mereka setiap hujung minggu. Adib bekerja di Dudelange, yang terletak di wilayah Esch-Sur-Alzette, akan pulang ke rumah setiap hari Sabtu.
Tiba-tiba, suara orang mengerang memecah keheningan malam. Semakin lama semakin kuat. Zhulianna yang berada di bilik sebelah segera menerpa masuk ke dalam bilik Qaseh. Anaknya itu sedang menahan kesakitan.
“ Kenapa ni, Qaseh? Is it time?” tanya Zhulianna. Qaseh mengangguk dalam kesakitan yang amat sangat. Zhulianna gelabah. Dia terus sahaja keluar dari bilik Qaseh dan menuju ke bilik Auntie Rosemarie. Diketuk bilik itu sekuat hatinya. Pintu bilik itu terkuak luas.
“ It’s Q. She’s going to have a baby.” Kata Zhulianna cemas. Auntie Rosemarie meluru keluar dari bilik. Maria menguak pintu biliknya dan melihat Auntie Rosemarie kelam kabut.
“ What’s wrong, mother?” tanya Maria. Kurang faham dengan situasi yang berlaku.
“ Q is going to have a baby. We have to bring her to the hospital.” Auntie Rosemarie berkata. Maria turut kelihatan cemas. Dia masuk semula ke dalam bilik dan mengejut Adib yang sedang lena dibuai mimpi. Adib terjaga apabila ada orang mengejut dia dari tidurnya. Dia menggosok mata.
“ What’s wrong, sayang?” tanya Adib.
“ Quick. We have to bring Q to the hospital.” Ujar Maria.
“ Is she going to have a baby?” tanya Adib lagi. Maria mengangguk pantas. Adib terus terjun dari katil dan masuk ke dalam bilik air untuk mencuci muka. Dia menukar baju tidur ke T-shirt. Maria tidak sempat menukar baju. Dia menolong Qaseh untuk turun ke tingkat bawah.
10 minit kemudian, kereta Adib tiba di lobi hospital. Adib memanggil atendan. Atendan lelaki tersebut membawa kerusi roda. Maria memimpin Qaseh. Dia menolong Qaseh duduk di atas kerusi roda tersebut. Laju sahaja kaki mereka melangkah mengikuti langkah atendan lelaki itu ke wad bersalin. Adib memarkirkan kereta.
Seketika kemudian, Adib tiba di wad bersalin. Seorang doktor sedang bercakap dengan isterinya.
“ Abang…” panggil Maria. Dia melambai ke arah Adib. Kaki Adib laju melangkah ke arah Maria.
“ You tell him, doc.” Kata Maria kepada doktor yang berdiri dihadapannya. Adib mengerutkan dahi.
“ I’m so sorry, Mr…”
“ Adib.”
“ Mr. Adib. She does not register her name in this hospital. You have to bring her to Reckhental Hospital.” Jelas doktor itu.
“ She’s going to deliver any minute, now. And you expect me to bring her to Reckhental Hospital? Have you gone mad? She could deliver the baby in the car. Have a sense of humanity, pleasee…” Marah benar Adib dengan doktor tersebut. Tidak ada sifat perikemanusiaan langsung. Sudah tidak ada masa untuk mereka membawa Qaseh ke hospital di Reckenthal. Maria menyabarkan Adib.
“ Maybe we could fit her in.” kata doktor itu. Berkerut-kerut dahi doktor tersebut. Tidak disangka akan kena marah sebegitu.
“ Thank you sooo much.” Ucap Adib.
“ But, her husband or her relative must sign the release form.” Kata doktor itu lagi. Adib sekali lagi mengerutkan dahi.
“ The release form? For what? She’s not going to have a C-section, right?” tanya Adib. Kesabarannya sudah hilang. Kalau tidak kerana mereka berada di dalam hospital, mahu lebam muka doktor ini dikerjakan Adib.
“ Ya. The form is to confirm that…” belum sempat doktor itu menghabiskan ayatnya, Maria memintas.
“ Abang, just sign the form. Q is going to have a baby any minute now.” Sela Maria. Adib memandang Zhulianna yang sedang duduk di sebelah Auntie Rosemarie. Wanita itu mengangguk. Memberikan kebenaran kepada Adib. Tanpa membuang masa, Adib menandatangani surat itu. Dia menyerahkan kembali surat tersebut kepada doktor itu.
“ What is the relationship between you and the patient?” tanya doktor itu lagi. Adib mendengus geram.
“ I’m her brother.” Kata Adib tidak teragak-agak. Doktor itu mengangguk dan segera berlalu ke bilik bersalin. Zhulianna memandang Adib dan tersenyum.
SATU jam kemudian, doktor yang sama keluar dan menuju ke arah mereka semua. Adib bersandar di dinding. Maria baru sahaja kembali ke tempat mereka kerana membeli air minuman untuk Zhulianna, Auntie Rosemarie dan Adib. Tersenyum sahaja Adib kepada Maria.
“ How is my sister?” tanya Adib. Mereka yang lain meluru ke arah doktor yang berpakaian serba hijau.
“ She’s fine.”
“ How is her child?”
“ They’re safe and sound.” Kata doktor itu ringkas. Baju jubah hijau yang dipakainya berlumuran darah. Adib memanjatkan kesyukuran. Zhulianna berdoa di dalam hati. Air mata kaum wanita yang ada disitu menitis. Maria memeluk Zhulianna.
“ Can we see her?”
“ I’m afraid, you can’t. She need some rest. Maybe in the morning you can see her. I suggest you go back first and came back later.” Cadang doktor itu. Adib melepaskan keluhan dan mengangguk perlahan.
“ Aunty Anna…mother. I think we better go home. Let Q take some rest. We came back in the morning.” Kata Adib pada kedua wanita tua itu.
“ Adib panggil Aunty Anna? Kalau Adib anggap Qaseh macam adik Adib sendiri, Adib panggillah Ibu. Kan lebih mesra?” kata Zhulianna. Adib mengangguk dan mengukir senyuman. Auntie Rosemarie yang kurang faham akan perbualan itu, mendiamkan diri. Tidak pula ditanya soalan kepada Zhulianna.
Keesokkan paginya, Zhulianna sudah bersiap awal-awal lagi. Tidak sabar hendak pergi menjenguk Qaseh di hospital. Auntie Rosemarie dan Maria sedang menyiapkan sarapan. Zhulianna turun ke tingkat bawah. Dia menuju ke dapur. Turut menolong mereka berdua menyiapkan sarapan.
“ Where is Adib?” tanya Auntie Rosemarie.
“ Still sleeping, mother.”
“ Maybe he’s tired.” Kata Zhulianna pula.
“ Go and wake up Adib. We have to go to the hospital.” Arah Auntie Rosemarie. Maria mengangguk dan berkira-kira hendak menuju ke tangga. Tetapi segera dihalang oleh Zhulianna.
“ No need to disturb him. We can go to the hospital by taxi.” Zhulianna berkata. Dia tidak mahu menyusahkan Adib yang telah banyak menolong Qaseh.
“ It’s ok, Aunty. By the way, Q’s his sister. Remember?” kata Maria sambil tersenyum. Lama kemudian, Zhulianna mengangguk dan tersenyum. Maria terus sahaja menuju ke tingkat atas untuk mengejut suaminya.
Setengah jam kemudian, Adib turun untuk bersarapan bersama mereka. Mereka keluar dari rumah setelah bersarapan dan menuju ke destinasi mereka iaitu hospital.
SAMPAI sahaja mereka di hospital, Adib membiarkan Auntie Rosemarie dan Zhulianna turun di lobi. Adib menyuruh Maria turun tetapi isterinya itu tidak mahu. Adib terus memandu keretanya ke tempat letak kereta yang disediakan untuk pelawat. Adib dan Maria menuju ke lobi hospital. Dilihatnya Auntie Rosemarie dan Zhulianna tidak naik ke atas. Mereka menunggu Adib dan Maria. Mereka sama-sama menuju ke lif untuk ke tingkat 3. Keluar dari perut lif, Adib melangkah ke kaunter jururawat.
“ Excuse me, Miss.” Kata Adib. Salah seorang daripada jururawat itu tersenyum ke arah Adib.
“ Good morning. Can I help you, sir?” tanya jururawat itu.
“ Good morning. Is there any patient by the name Qaseh Soraya?” tanya Adib.
“ Just a minute.” Jururawat itu berkata. Dia menekan papan kekunci komputer tersebut. Kemudian, dia mengangkat muka memandang Adib.
“ Room 332. Go straight till’ you see room 319. And then, turn left.” Jururawat itu memberikan arahan bilik wad dimana Qaseh berada.
“ Thank you.” Ucap Adib.
“ Welcome.” Kata jururawat itu. Tersenyum dia memandang Maria, Auntie Rosemarie dan Zhulianna.
“ Room 332.” Kata Adib pada mereka bertiga. Mereka membuntuti Adib sehingga ke bilik 332. Zhulianna menguak pintu wad tersebut. Qaseh sedang terlena. Mereka masuk ke dalam bilik itu perlahan-lahan kerana tidak mahu mengejutkan Qaseh. Tetapi jururawat yang masuk selepas mereka mengejutkan Qaseh. Terkejut Qaseh melihat wajah-wajah yang disayang ada dihadapannya.
Zhulianna melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan. Adib menyandarkan badan ke tingkap kaca. Maria duduk di atas katil Qaseh. Auntie Rosemarie berdiri di belakang Zhulianna dan memegang bahu wanita itu. Zhulianna menggenggam jari Qaseh.
“ I’m sorry, ma’am. You have to feed your babies.” Kata jururawat itu. Qaseh mengangguk lemah. Jururawat itu keluar semula dan kemudian membawa bayi Qaseh masuk ke dalam bilik itu. Bukan satu katil bayi tetapi dua katil. Mereka ingat bayi seorang lagi adalah bayi kepada perempuan di katil sebelah. Tetapi katil-katil tersebut menuju ke arah katil Qaseh. Zhulianna memandang bayi-bayi tersebut dengan senyuman dan tangisan. Qaseh cuba untuk duduk. Maria menolongnya.
“ Twins?” tanya Zhulianna.
“ Yes, ma’am.” Jawab jururawat itu ringkas. Kemudian, dia beredar dari situ. Membiarkan Qaseh menyusu anak-anaknya.
“ Adib tunggu kat luar.” Kata Adib pada Zhulianna. Mungkin Qaseh terasa segan untuk menyusu anaknya apabila Adib berada di dalam bilik itu. Zhulianna mengangguk pantas. Maria mengangkat bayi lelaki seberat 2.7 kilogram itu dan dihulurkan kepada Qaseh.
Qaseh menyambut dan menyusu anak yang kelaparan itu.
“ Have you choose names for your babies?” tanya Auntie Rosemarie.
“ Not yet. I’m waiting for Ibu.” Kata Qaseh.
“ Kenapa Qaseh tunggu Ibu pulak?” Zhulianna pula bertanya.
“ Qaseh nak kita sama-sama beri nama pada anak-anak Qaseh.”
“ Qaseh, Ibu berikan peluang ini kepada Qaseh untuk Qaseh pilih nama anak-anak Qaseh sendiri. Cukuplah sekadar Qaseh berikan sedikit kasih sayang daripada mereka berdua untuk Ibu.” Zhulianna berkata. Menitis setitik air mata Qaseh. Tetapi Zhulianna mengelapnya.
“ Ibu akan dapat sepenuhnya kasih sayang anak Qaseh. Qaseh harap mereka juga akan dapat kasih sayang Ibu sepenuhnya.” Kata Qaseh pula. Zhulianna mengangguk dan tersenyum. Air matanya pula yang tumpah.
“ So, what are their names?” tanya Maria.
“ I think the girl name is Qaseh Farah. And this little boy name Aiman Faizal.” Qaseh sudah memikirkan nama-nama ini sejak mereka dalam kandungan. Qaseh tidak tahu dia akan dapat kembar. Tetapi dia sudah berfikir, kalau anak lelaki akan dinamakan Aiman Faizal. Kalau anak perempuan, dinamakan Qaseh Farah. Tidak sangka Qaseh dapat kembar dan sepasang. Dia bersyukur yang teramat sangat ke hadrat Illahi.
Setelah seharian berada di wad, Qaseh dibenarkan pulang. Doktor mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh membahayakan kesihatan Qaseh dan anak-anak. Tetapi Qaseh tidak mahu pulang ke rumah Auntie Rosemarie. Dia mahu berpantang di rumahnya. Auntie Rosemarie terpaksa mengikuti Qaseh dan Zhulianna pulang ke Reckenthal. Hanya Maria dan Adib sahaja yang tinggal di Esch-Sur-Sure. Auntie Rosemarie duduk di rumah Qaseh selama 3 minggu. Kemudian, dia pulang semula ke rumahnya. Risau membiarkan Maria yang sedang berbadan dua keseorangan di rumah setelah Adib pulang ke Dudelange untuk bekerja. Adib juga risau hendak membiarkan Maria di rumah itu seorang diri. Tetapi apakan daya, dia harus bekerja untuk menyara isteri dan anak yang bakal dilahirkan.
QASEH termenung di beranda rumah. Sesekali keluhan terdengar dari bibir itu. Zhulianna yang baru sahaja turun ke bawah setelah menidurkan Farah dan Faizal, menuju ke arah Qaseh. Dia tidak sedar akan kehadiran ibunya. Zhulianna menyentuh bahu Qaseh perlahan. Tidak mahu mengejutkan Qaseh. Anaknya itu memandang wajah Zhulianna. Tersenyum wanita itu.
“ Kenapa ni, Qaseh? Dari tadi Ibu tengok Qaseh asyik mengeluh saja. Ada apa-apa yang tak kena?” tanya Zhulianna. Qaseh tersenyum dan menggeleng. Tidak mahu diceritakan pula kepada Zhulianna.
“ Qaseh beritahulah Ibu. Mana tahu, mungkin Ibu boleh tolong.” Pujuk Zhulianna lagi. Qaseh seperti melepaskan satu keluhan berat.
“ Bagaimana agaknya perasaan Fareez bila jumpa anak-anak dia?” tanya Qaseh pada Zhulianna. Sedangkan pertanyaan itu memang ditujukan untuk dirinya sendiri. Dia sedang terbayang-bayangkan reaksi lelaki itu nanti. Zhulianna menggeleng. Rupa-rupanya itu yang difikiran oleh Qaseh.
“ Dah tentulah Fareez gembira. Tengok zuriat dia sendiri.” Kata Zhulianna. Qaseh merenung jauh ke hadapan. Sudah tentu. Kenapa pula Fareez tidak gembira? Qaseh meraup rambut yang berjuntaian ditiup angin ke belakang.
“ Qaseh, Ibu nak cakap sesuatu pada Qaseh.” Zhulianna berkata. Qaseh memandang wajah ibunya.
“ Hampir 5 bulan dah Ibu ada kat sini. Ibu ingat lusa Ibu nak balik Malaysia.” Ujar Zhulianna.
“ Kenapa cepat sangat, Bu?”
“ Syarikat Tok Wan tak ada siapa nak uruskan.”
“ Auntie Zura?”
“ Dia ada family. Ada suami, ada anak-anak yang perlu dia uruskan. Tak lama lagi Zufri nak pergi overseas.” Jelas Zhulianna secara ringkas.
“ Zuf nak pergi overseas? Dia dapat tawaran kat mana?” tanya Qaseh bertubi-tubi. Tidak disangka adik sepupunya itu dapat tawaran secepat itu. Setahu Qaseh, keputusan SPM belum lagi diumumkan. Walaupun dia berada jauh di Luxembourg tetapi berita-berita terkini Qaseh sudah tahu.
“ New Zealand.”
“ Hmm…baguslah. Kata orang, tempat tu cantik.” Kata Qaseh. Lama mereka mendiamkan diri. Tiba-tiba Qaseh berkata.
“ Qaseh tak boleh nak halang Ibu nak balik Malaysia. Tapi, Ibu kena janji dengan Qaseh.” ujar Qaseh.
“ Janji apa, sayang?”
“ Janji akan selalu datang jenguk kami di sini.” Qaseh memberikan cadangan. Zhulianna tersenyum.
“ Kalau boleh, tiap-tiap bulan Ibu nak datang.”
“ Alahh….Ibu ni.”
“ Bila Ibu dah lapang sikit, nanti Ibu datang, ya?” ujar Zhulianna. Mereka sama-sama menggenggam erat jari jemari.
TIKET penerbangan awal-awal lagi Zhulianna sudah tempah. Rezza menghantar Zhulianna ke lapangan terbang. Qaseh tidak dibenarkan ikut. Zhulianna tidak mahu cucu-cucu yang masih kecil itu berjalan ke sana sini. Belum masanya lagi. Biarlah mereka berada di rumah.
Qaseh menyediakan makan tengah hari. Tetapi tidak disangka ada tetamu yang akan datang melawat dia pada hari itu. Dia sedang sibuk memotong sayur-sayuran. Dan memasak ayam goreng berempah. Masakannya menusuk ke hidung. Tiba-tiba telefon berbunyi. Qaseh berlari ke hadapan dan mengangkat gagang telefon dengan pantas. Tidak mahu bunyi deringan itu akan menganggu anak-anaknya yang sedang tidur nyenyak.
“ Hello…” jawab Qaseh.
“ Q, aku dah hantar mak kau ke airport.” Kata Rezza.
“ Ok. Thanks, Za.”
“ Aku on the way ke London. Kau nak kirim apa-apa ke?” tanya Rezza. Qaseh tahu Rezza hendak ke London. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Lisa. Tentu mereka saling merindui.
“ Serunding ayam yang Lisa buat.” Pesan Qaseh.
“ Ok. Nanti aku cakap dengan dia. Ada apa-apa lagi?” sela Rezza.
“ Lagi?” tanya Qaseh kembali.
“ Yelah. Untuk babies ke?”
“ Tak ada kot. Jangan lupa beli chocolate.”
“ Hershey’s Kisses?”
“ Yup. Thanks again, Za.”
“ Welcome.” Ucap Rezza ringkas. Kemudian, mereka sama-sama mematikan talian telefon. Hidung Qaseh terbau sesuatu yang kurang enak. Qaseh terlupa dia sedang menggoreng ayam berempah. Segera Qaseh berlari ke dapur untuk melihat masakannya samada hangus atau tidak.
Loceng rumah Qaseh berdenting sebanyak 3 kali. Qaseh menjenguk ke luar dari dapur. Loceng rumah masih tidak berhenti. Qaseh segera keluar dan membuka jendela untuk melihat tetamu yang datang. Ada seorang wanita di luar pagar. Dia sedang mengelap peluh. Bila Qaseh mengamati orang itu betul-betul, barulah Qaseh membuka pintu rumah. Dia menuju ke pintu pagar. Wanita itu tersenyum manis ke arahnya.
“ Kenapa Kak Rina datang tak nak telefon dulu?” tanya Qaseh. Dia segera membuka pintu pagar. Tunduk menyalami kakak iparnya.
“ Kak Rina saja nak buat suprise. Mulanya, Akak nak pergi ziarah kawan Akak kat St. Maurice. Tapi Akak singgah kat sini dulu. Akak ingat lepas balik dari St. Maurice lah Akak nak datang lawat. Takut nanti bila Akak dah patah balik, malam pulak. Tak elok kan baby kita datang tengok malam.” Jelas Fitri Azharina. Qaseh mengangguk dan menjemput dia masuk ke dalam. Qaseh terus menuju ke dapur. Fitri Azharina melabuhkan punggung di atas sofa. Dia memandang ke sekeliling. Rumah yang dahulu tidak ada perabot. Kini, sudah ada sedikit demi sedikit. Baguslah. Tidak anak-anak Qaseh nanti berasa serba kekurangan.
Qaseh datang semula ke ruang tamu dengan menatang dulang berisi sejag air oren, dua biji gelas dan sepiring cookies.
“ Buat susah je Qaseh.”
“ Tak ada susahlah, Kak Rina. Minumlah.” Ujar Qaseh. Fitri Azharina mencapai gelas tersebut dan diteguk air sejuk itu perlahan-lahan. Hilang sedikit dahaganya. Qaseh ingin berkata sesuatu. Tetapi didiamkan sahaja. Fitri Azharina berdehem kecil.
“ Qaseh nak tanya Akak apa-apa ke?” tanya Fitri Azharina. Qaseh terkejut. Dia memandang muka Fitri Azharina tidak berkelip.
“ Akak kenal Qaseh bukannya setahun dua. Dah lama. Lebih 10 tahun. Akak kenal sangat dengan perangai Qaseh. Kalau Qaseh nak tanya, tanyalah.” Fitri Azharina berkata. Qaseh menarik nafas sedalam-dalam. Kemudian, dilepaskan perlahan-lahan.
“ Ummi tak tahu apa-apa kan pasal twins tu?” akhirnya terluah juga pertanyaan daripada mulut Qaseh.
“ Tak. Kak Rina tak beritahu apa-apa pun. Kak Rina cakap dengan Ummi yang Kak Rina jarang jumpa Qaseh sebab sibuk dengan kerja.” Jelas Fitri Azharina. Dia menghirup lagi airnya sehingga habis. Qaseh menuang semula air oren dan gelas itu penuh terisi semula.
“ Kak Rina tak senang hatilah, Qaseh. Terpaksa menipu Ummi.”
“ Maafkan Qaseh, Kak. Kerana Qaseh Akak terpaksa menipu.”
“ Tak, Qaseh. Bukan itu maksud Akak.”
“ Jadi, apa maksud Akak?” tanya Qaseh lagi.
“ Bila Qaseh nak beritahu Ummi dan yang lain-lain tentang anak-anak Qaseh tu? Mereka berhak tahu. Terutama sekali Fareez. Itukan anak-anak dia.” Pujuk Fitri Azharina.
Selama Qaseh berada di Luxembourg, tidak pernah sekalipun Fitri Azharina berkata begitu. Tetapi apabila terluah kata-kata itu, perasaan Qaseh sedikit terusik sebaik sahaja mendengar nama lelaki yang teramat dirinduinya itu. Qaseh menundukkan wajah.
“ Bukan niat Akak untuk mengguris hati Qaseh. Tapi Qaseh tahu kan kenapa Akak cakap macam ni? Akak tak nak kamu berdua jadi macam Akak. Merana disebabkan oleh orang yang terlalu Akak cintai. Tapi apa balasan dia pada Akak. Macam Qaseh lain. Fareez terlalu cintakan Qaseh. Dia bertindak melulu. Tanpa usul periksa. Perasaan cemburu menguasai diri.” Sedaya upaya Fitri Azharina menyakinkan Qaseh bahawa Fareez sudah banyak berubah semenjak Qaseh tinggalkannya dahulu.
“ Akak…belum sampai masanya lagi untuk Qaseh berhadapan dengan Abang Fareez. Belum masanya lagi untuk Qaseh perkenalkan kembar tu pada Fareez. Belum masanya lagi, Kak. Belum masanya lagi.” Kata Qaseh dalam tangisan. Dia cuba menahan air mata dari turun berjuraian. Namun apakan daya dia untuk menahan air mata itu dari menitis. Fitri Azharina menggenggam jari jemari Qaseh.
“ Bila? Sampai bila?” tanya Fitri Azharina.
“ Qaseh tak tahu. Qaseh tak tahu bila. Biarlah masa tu sampai dengan sendirinya. Tanpa paksaan. Tapi dengan rela hati.” Ujar Qaseh lagi. Air matanya semakin laju menuruni pipi.
Biarlah dahulu masa berlalu. Sekarang dia cukup bahagia dengan kehidupan yang dikecapi. Dia tidak mahu hidupnya kucar-kacir semula. Biar dia tenangkan fikiran. Yang penting, Qaseh mahu menghabiskan pengajian. Dia mahu mendapat ijazah di peringkat yang tertinggi.
Qaseh mengelap air mata. Fitri Azharina menahan air mata dari turun.
“ Maafkan Akak kalau kata-kata Akak membuatkan Qaseh teringat kisah dahulu.” Ucap Fitri Azharina. Qaseh menggeleng pantas. Dia menyeka air matanya dengan belakang telapak tangan.
“ Tak, Kak. Ada benarnya juga kata-kata Akak tu. Qaseh janji, Kak. Qaseh janji. Satu hari nanti, Qaseh akan pulang ke Malaysia dengan membawa hadiah yang paling berharga dalam perkahwinan kami. Qaseh akan pulangkan semula hadiah tu. Qaseh akan berkongsi hadiah tu dengan Fareez, Kak.” Ujar Qaseh bersungguh-sungguh. Lega Fitri Azharina mendengar penjelasan itu.
Fikirnya, Qaseh tidak mahu pulang langsung ke Malaysia kerana hati Qaseh pernah terluka. Fitri Azharina tidak mahu itu berlaku. Cukuplah hanya dia yang membawa diri di perantauan orang untuk mengubat hati yang masih terasa pedih dek kelukaan yang diguris sedalam-dalamnya.
Fitri Azharina berdiri di sebelah katil bayi yang diletakkan di ruang tamu. Dia melihat anak-anak saudaranya yang sedang tidur dengan nyenyak. Fitri Azharina mengurut tangan dan kaki Farah dengan perlahan. Sesekali anak kecil itu bergerak-gerak. Terasa dengan sentuhan Fitri Azharina. Fitri Azharina tersenyum. Ada rupa Fareez. Kalaulah Fareez tahu, tentu dia gembira. Masih teringat lagi Fitri Azharina sewaktu Shilea dikatakan sedang mengandung. Suara Fareez begitu ceria dan seronok. Dia tidak sabar-sabar hendak menantikan kelahiran anak kecil itu. Tetapi sebaik sahaja Shilea bersalin, Fareez menyerahkan Amirul kepada Fitri Azharina untuk dijaga. Shilea telah meminta cerai daripada Fareez selepas bersalin. Katanya, tidak tahan dengan perangai Fareez yang suka mengongkong. Semenjak daripada itu, Fareez tidak pernah menjaga Amirul dengan tangan sendiri. Tetapi dia tetap sayangkan anak itu. Anak-anak ini lahir daripada kisah cinta Qaseh dan Fareez. Tentu Fareez lagi gembira. Fitri Azharina beralih pula kepada Faizal. Anak kecil itu lebih kepada wajah Qaseh.
Fitri Azharina meminta diri untuk pulang. Dia harus ke St. Maurice segera. Kerana sudah berjanji dengan kawannya untuk bertemu. Qaseh menghantar Fitri Azharina sehingga ke pintu pagar. Qaseh masuk semula ke dalam rumah setelah kelibat kereta Fitri Azharina hilang dari pandangan. Qaseh melabuhkan punggung diatas sofa. Berfikir akan kata-kata Fitri Azharina. Bila dia akan pulang ke Malaysia? Qaseh tidak tahu. Yang pasti, dia masih belum bersedia.
BAB 41
HAMPIR 6 tahun Qaseh meninggalkan Malaysia. Dia kembali ke tempat yang banyak meninggalkan kenangan manis buat dirinya, Wiltz. Selepas tamat belajar di Luxembourg, Qaseh bercita-cita hendak memulakan perniagaannya di Wiltz. Qaseh berpindah ke Wiltz. Dengan pertolongan Auntie Rosemarie, Maria dan Adib, dia berjaya membuka perniagaannya itu. Kesibukan dalam pelajaran membuatkan dia sedikit demi sedikit dapat melupakan kelukaan di hati. Tetapi tidak cintanya terhadap Fareez. Sudah lama dia tidak mendengar khabar mengenai lelaki itu. Setiap kali dia menelefon ke Malaysia, tiada satu cerita pun mengenai Fareez diketahuinya. Tidak kiralah samada menelefon Ibu, Ummi ataupun Aishah, semuanya sibuk bertanyakan khabar diri Qaseh dan anak-anak. Dia begitu ingin tahu tentang keadaan diri Fareez. Pernah sekali dia menelefon ke rumahnya. Fareez menjawab tetapi tiada respon daripada Qaseh. Mungkin gementar setelah sekian lama mendengar suara lelaki yang dicintainya sepenuh hati itu. Aishah pernah terlepas cakap mengenai diri Fareez. Tetapi Aishah cuba menukar topik. Seolah-olah tidak mahu membangkitkan perihal Fareez. Lama Qaseh menatap gambar Fareez dan Amirul. Rindunya membuak-buak pada anak tiri yang seorang itu. Puan Sri Marlisa berkata Amirul kini sudah tinggal kembali bersama Fitri Azharina kerana Fareez rasa dia tidak dapat menguruskan Amirul seorang diri. Jika dahulu ada pertolongan Qaseh tetapi kini dia seorang. Lagipun, Fitri Azharina keseorangan selepas Amirul menetap di Malaysia. Fitri Azharina juga bersetuju Amirul tinggal bersama-samanya. Qaseh berjanji satu hari nanti akan pergi melawat Amirul di Bamboesch. Walaupun Wiltz dan Bamboesch tidaklah begitu jauh, namun Qaseh belum bersedia untuk berjumpa dengan anak tirinya itu. Walaupun Fitri Azharina tahu Qaseh sudah berpindah semula ke Wiltz. Lamunan Qaseh terhenti apabila terdengar jeritan anaknya.
“ Faizal, what have I told you? Jangan buat kakak macam tu.” Qaseh bercekak pinggang dihadapan anak lelakinya. Kakak kembar Faizal segera meluru ke arah Qaseh dan memeluk Mamanya itu.
“ But Mama, we’re just playing.” Fasih anak kecil itu bertutur bahasa yang menjadi bahasa kedua selepas bahasa ibunda mereka.
“ Who’s fault is it? Is it your’s or Kakak’s fault?” tanya Qaseh. Walaupun lembut tapi masih ada terselit ketegasan.
“ Mine.” ucap Faizal perlahan.
“ So, what are you going to say?”
“ Izal minta maaf, Kak.” Faizal menyalami kakaknya itu. Farah sudah berhenti menangis. Dia mengelap air matanya dengan lengan baju.
“ Akak maafkan Izal. Tapi lain kali jangan buat macam tu.” Amaran daripada kakaknya. Qaseh tidak pernah lupa mengajar anak-anaknya bertutur bahasa Melayu. Bahasa kebangsaan. Qaseh tersenyum. Walaupun Faizal dilahirkan lewat hanya beberapa minit daripada Farah, Qaseh tetap mengajarnya memanggil Farah dengan panggilan kakak. Dia tidak mahu Faizal memanggil Farah dengan panggilan nama.
Loceng rumah berbunyi. Qaseh menjenguk ke luar. Maria dan suami serta anak-anaknya datang menziarahi mereka bertiga. Qaseh membetulkan tudung yang dipakai.
“ Come in…Come in…” pelawa Qaseh. Mereka bersalaman dan berpelukan. Anak-anak Maria turut bersalaman dengan Qaseh.
“ Duduklah dulu. Saya buat air kejap.” Qaseh berkira-kira hendak berlalu ke dapur. Tapi dia beralih semula ke tetamu-tetamunya apabila salah seorang daripada mereka bersuara.
“ Eh! Tak payahlah, Q. Saja datang melawat, Adik.” Kata Adib.
“ Mana boleh macam tu. Abang dan Maria kan tetamu saya. Mana boleh tak jamu air.” Qaseh tersenyum dan berlalu ke dapur.
“ Alaa…tak payahlah. Kita orang dah minum tadi sebelum keluar.” Kata Adib lagi. Tidak mahu menyusahkan Qaseh.
“ Kalau Abang anggap saya ni adik Abang, Abang kena minum air yang saya buat.” Paksa Qaseh. Adib tersenyum dan menggeleng. Dia memang tidak boleh membantah kata-kata Qaseh. Memang Qaseh hendak menang sahaja selalu.
“ Maria ke dapur tolong Q, ya Bang.” Kata Maria yang masih mempunyai pelat Inggerisnya. Adib mengangguk dan tersenyum.
Maria sudah banyak berubah. Dia dapat menjadi muslimah sejati. Solat tidak pernah tinggal. Adib pandai membimbing Maria untuk mengenali pencipta-Nya. Selepas beranak seorang, Maria sudah mula menyarungkan tudung di kepala. Bertuah Maria mendapat suami seperti Adib. Walaupun Auntie Rosemarie bukanlah seagama dengan mereka tetapi Adib sentiasa menyuruh Maria menghormati ibunya. Adib juga menghormati Auntie Rosemarie. Setiap kali krismas, mereka akan pergi menjamu selera di rumah ibu mertuanya. Auntie Rosemarie seorang yang vegetarian. Adib tidak akan berasa was-was jika makan masakan yang disediakan di rumah mereka. Semenjak Maria menjadi seorang mualaf, sambutan krismas juga tidaklah secara besar-besaran seperti dahulu lagi. Adik Maria juga sudah berkahwin.
“ How’s your prepration for the fasting month?” tanya Maria yang sedang menyusun cawan di atas dulang. Qaseh meletakkan teko yang berisi air kopi ke atas dulang tersebut.
“ So far so good. But, I kept thinking of going back to Malaysia this Hari Raya. I want to celebrate with my family.” Qaseh menatang dulang yang berisi kuih-muih dan kek. Maria turut menatang dulang yang berisi air minuman. Adib memandang ke arah isteri dan sahabatnya itu. Mereka paling pantang berjumpa. Ada sahaja benda yang hendak disembangkan.
“ You haven’t seen them for about…what? 6 years?” Maria meletakkan dulang tersebut di atas meja makan.
“ Ya. I miss them so much. Especially Ibu and Atuk.” Qaseh menyusun pinggan-pinggan kecil di atas meja tersebut. Maria ke ruang tamu. Memanggil Adib dan anak-anaknya. Qaseh meletakkan sepiring brownies di tengah-tengah meja.
“ Aunty Q, can we play with Izal and Farah?” seorang kanak-kanak kecil mendekati Qaseh. Qaseh mengangguk. Kanak-kanak itu segera berlari ke arah Farah dan Faizal.
“ But don’t go too far, honey.” Pesan Qaseh. Maria dan Adib berjalan ke arah meja makan. Adib melabuhkan punggung di sebelah Maria. Qaseh menghulurkan sepiring brownies kepada Adib.
“ Q nak balik Malaysia ke raya kali ni?” Adib bertanya sambil menyuap brownies ke dalam mulutnya. Qaseh mengangguk pantas.
“ Kita orang pun ingat nak balik Malaysia raya tahun ni. Mak Adib dah bising. Dah berapa tahun Adib tak balik sana.” Adib menghirup sedikit kopi yang masih berwap.
“ Ashwad dan Aina kan ada?”
“ Huh…si Wad tu? Bukannya boleh harap. Pagi raya je dah ada kat rumah mak Linda, petang…baru balik rumah mak Adib. Tapi bagi alasan kat mak yang dia kena kerja. Takkanlah setiap kali raya, dia kerja. Betul tak? Kalau dia kata dia ‘cuti’, petang baru ada kat rumah mak. Itu pun dah nak masuk Maghrib. Sebelum Isya’ dah minta diri nak balik. Aina pulak dah bertahun bagi alasan tak boleh balik. Sebab laki dia takut naik kapal terbang. Alasan tak boleh pakai.” Adib meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap adik-beradiknya yang lebih pentingkan suami dan isteri masing-masing. Qaseh tersenyum dan menggeleng.
“ Mungkin betul apa alasan Aina.” Bela Qaseh.
“ Bukan Adib tak tahu. Si Naim tu. Pergi Rom jumpa kakak dia boleh pulak. Nak balik Malaysia jenguk mak Adib, tak boleh. Itu yang Adib bengang tu. Dari Seattle ke Itali. Naik kapal terbang jugak, kan? Adib dah kata. Alasan dia orang tak boleh pakai. Tapi, dia orang tak tahu yang Adib tahu dia orang ke Rom.” Adib menepuk-nepuk meja makan tanda tidak puas hati dengan perangai adik perempuan tunggalnya. Maria mengurut belakang suaminya.
“ He’s hot-tempered nowadays, huh?” Qaseh berpaling ke arah Maria. Tersenyum sahaja wanita itu.
“ Bukanlah nak kata apa. Kalau Adib belajar jadi wartawan, rasanya Adib orang yang paling cekap dan efisien. Semua benda ada dalam genggaman Adib. Tapi, Adib tak berminat je nak jadi wartawan.” Kata-kata Adib itu membuatkan Qaseh dan Maria tersenyum simpul.
“ Adib ni bukan apa. Adib kesian kat mak Adib. Tiap-tiap raya dia harapkan si Aina tu nak balik. Telefon pun lepas raya kedua. Mana Adib tak panas hati.” Kata Adib. Dikerutkan sedikit dahi.
“ It’s okay, Abang. She’ll be back one day.” Pujuk Maria. Kemarahan Adib sedikit reda apabila mendengar suara lembut isterinya.
“ I hope that day will arrive as soon as possible. I can’t hardly wait for that day.” Adib menghirup lagi minumannya.
Hampir setengah hari mereka berada di rumah Qaseh. Mereka meminta diri untuk pulang. Adib tidak lupa memberikan buah tangan kepada anak-anak Qaseh. Kanak-kanak itu keseronokan apabila mendapat hadiah yang mereka inginkan. Qaseh tersenyum melihat gelagat mereka.
BULAN puasa sudah tiba. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan ibadah. Segala persiapan telah Qaseh sediakan. Farah dan Faizal berlari berkejaran di antara satu sama lain. Maria mengunjungi mereka pada hujung minggu itu.
“ Where is Adib?” tanya Qaseh. Tercari-cari wajah suami Maria.
“ He’s outstation. He will come back the day after tomorrow.” Kata Maria sambil mencapai makanan yang ada di atas meja makan.
“ Janna…Hafiz…jangan berlari.” Marah Maria. Anak-anaknya itu semakin besar semakin nakal. Dia sudah tidak tahu apa hendak dikatakan kepada dua orang anaknya itu. Mereka hanya takut kepada Papa mereka.
“ When is your due date?” Qaseh memandang perut Maria yang semakin memboyot. Maria mengusap perutnya.
“ Maybe the week after Raya.” Berseri-seri sahaja wajah Maria. Dia tidak sabar hendak melahirkan anak ketiganya itu di Malaysia.
“ Stop talking about me. How about you?” Maria tersenyum ke arah Qaseh. Qaseh mengerutkan dahi.
“ About me? I don’t get it.”
“ What is your feeling? Going back to Malaysia. Excited? Nervous? Afraid?” Maria bertanya tentang perasaan Qaseh.
Apakah perasaannya? Teruja? Dia memang teruja kerana tidak sabar hendak menemui Datuk dan ibu kandungnya serta ahli keluarga yang lain. Sudah lama dia tidak berjumpa. Hanya bertanyakan khabar melalui telefon. Dia merindukan orang-orang yang tersayang. Gementar? Dia memang gementar kerana kepulangannya akan menimbulkan luka lama. Mungkin dia belum bersedia untuk berjumpa dengan Fareez. Tambah-tambah dia membawa pulang hadiah yang paling bernilai dalam sebuah perkahwinan. Takut? Sudah tentu dia takut. Takut kepulangannya nanti akan membuatkan orang disekelilingnya lebih terluka dengan perbuatan Qaseh. Yang paling ditakuti, Fareez tidak dapat menerima dirinya lagi kerana jarak yang ditentukan oleh Qaseh. Mungkin Fareez sudah ada orang lain dalam hidupnya. Qaseh membetulkan tudung yang dipakainya kerana ditiup angin. Hatinya berbelah bagi. Samada pulang ke Malaysia atau teruskan sahaja hidup di Wiltz. Ada air mata yang bertakung di tubir mata. Perlahan-lahan menuruni pipi gebu Qaseh.
“ Q.” panggil Maria. Qaseh tersedar dari lamunan. Dilap air mata itu dengan pantas. Tersenyum pada Maria. Cuba melindungi hati yang lara di sebalik senyuman manis. Maria tahu Qaseh banyak memendam rasa.
“ You miss him?” tanya Maria.
“ Miss who?” tanya Qaseh kembali.
“ You know what I mean. C’mon Q. No more lies.” Kata Maria. Dia sudah bosan dengan sikap berpura-pura Qaseh.
“ Of course I miss him. He’s my husband.” Qaseh pura-pura tersenyum.
“ You love him?” pertanyaan Maria yang satu ini tidak dapat dijawabnya. Sudah tentu dia mencintai Fareez sepenuh hati. Tetapi kini, dia tidak pasti samada Fareez juga mencintai dirinya sepertimana dia sentiasa mencintai diri Fareez.
“ I never love him.” Qaseh sendiri terkejut dengan kata-kata yang terluncur dari bibirnya. Benarkah selama 6 tahun dia berada di Luxembourg, dia sudah tiada perasaan terhadap Fareez? Tapi yang pasti itu hanyalah omongan kosong yang terluncur dari mulutnya. Bukan dari hati.
“ Don’t you lie to me. That you never love him. From the first time you bring him to Wiltz, I can see the love that glow in your eyes.” Maria berkata-kata sambil menggengam jari jemari Qaseh.
“ I really don’t know. I’m confused.” Air mata Qaseh mula merembes laju. Teresak-esak Qaseh menahan tangis. Maria memeluk sahabatnya itu.
“ What are you confused about?” tanya Maria. Cuba menolong Qaseh.
“ When I look at Farah, she reminds me of Fareez. She resemblance her father. I try to forget him but the more I try, he became visible in my mind. I’m deadlock.” Qaseh mengesat air mata. Maria terangguk-angguk. Faham dengan perasaan Qaseh.
“ And the answer to that question, yes…Yes, I do and still love him. But I’m afraid that his not going to be the same Fareez that I left 6 years ago.” Barulah Maria faham dengan kerisauan yang menghuni di hati Qaseh.
“ You left your heart at Malaysia and you’re going to get back your heart by returning to Malaysia. Face to face with him. Solve your problems.” Nasihat Maria penuh dengan kata-kata perangsang.
“ But…” percakapan Qaseh dipotong oleh Maria.
“ No buts. Just go.” Kata-kata Maria menyuntik semangat baru di dalam diri Qaseh. Dia nekad akan kembali ke Malaysia.
“ I don’t think I can face him anymore.”
“ Why?” tanya Maria.
“ I love him more than he can imagine. But, I’m afraid. I don’t want all those thing happen again.” Ujar Qaseh. Maria mengangguk. Faham maksud Qaseh. Dia tidak mahu Fareez menyakiti hatinya lagi. Sudah cukuplah dahulu. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.
“ Those thing are not going to happen again. I’m sure that he has change. A lot.” Maria berkata sambil mencapai sepotong kuih. Qaseh membuatnya sendiri. Selama Qaseh berada di sana, dia belajar untuk membuat kuih sendiri. Di Wiltz, tidak ada perkampungan untuk orang Islam. Jadi, untuk mendapatkan kuih buatan orang Islam sangat susah. Semasa Zhulianna melawat Qaseh di Wiltz, setiap kali itulah Qaseh meminta Zhulianna mengajarnya membuat kuih. Farah dan Faizal menyukai kuih seri muka dan lompang.
“ Why are you so sure?” tanya Qaseh. Dia agak curiga dengan kata-kata Maria. Wanita itu berdehem perlahan.
“ I’m just guessing.” Kata Maria. Masih cuba menyembunyikan perkara sebenar. Qaseh memandang Maria dengan pandangan tidak percaya.
“ Maria, I’ve known you for a while. And, I know. You are very bad at lying.” Kata Qaseh. Perlahan-lahan Maria meletakkan kuih itu semula di atas pinggan. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.
“ Actually, Adib selalu telefon Malaysia. Dia telefon Fareez. Fareez tahu tentang perkembangan you melalui Adib. That is why Adib knows that Fareez has changed a lot.” Terang Maria. Qaseh melepaskan satu keluhan.
“ We’re sorry, Q. Adib ada beritahu pada Fareez yang dia nampak you dekat Wiltz. So, dia nak tahu tentang you. I told Adib not to tell him anything. I felt sorry for him. He’s desperately to know about your condition. Your health. Your baby. But Adib never told him that you had twins.” Sambung Maria. Dia tidak mahu Qaseh salah faham. Dia mahu Qaseh tahu yang Fareez benar-benar sudah berubah.
“ He should know about his baby. You doing the right thing. I’m not blaming you.” Qaseh mencapai jari jemari Maria. Mereka sama-sama tersenyum. Maria mencapai sepotong kuih lagi.
Tiba-tiba Maria mengaduh kesakitan. Qaseh gelabah. Sudah sampai masakah untuk Maria bersalin?
“ Arghhh…..”
“ You okay, Maria? Is it time?”
“ No. I’m okay. He’s kicking me.” Kata Maria sambil tergelak kecil.
“ You scared me.”
“ He’s not going to come out until his father came home.” Kata Maria. Qaseh tergelak besar. Hampir 6 tahun Maria tidak melihat ketawa itu.
QASEH dan Maria sedang menunggu Adib di kawasan perkarangan Kedutaan Malaysia. Mereka baru sahaja selesai menunaikan solat Tarawih. Maria menyandarkan badan ke kereta. Adib berjalan ke arah Maria dan Qaseh. Mereka berdua bersembang sehingga lupa akan kehadiran Adib. Selepas menghantar Qaseh pulang ke rumah, mereka berdua terus meminta diri untuk pulang. Perlahan-lahan Qaseh membuka pintu rumah. Farah dan Faizal meluru ke arah Qaseh.
“ Farah dan Izal nakal tak?” tanya Qaseh. Mereka menggeleng pantas.
“ Nanny, did they do anything wrong?” Qaseh bertanya pula kepada pengasuh yang menjaga anak-anaknya.
“ No, they really good kids today.” Kata Nanny Fran sambil tersenyum dan mengenyitkan mata ke arah dua orang kanak-kanak itu.
“ Did both of you behave yourself?” tanya Qaseh sekali lagi. Inginkan kepastian. Nanny Fran mencapai beg tangan.
“ Yes, Mama.” Jawab mereka serentak.
“ Good. So…. I’ll see you tomorrow, Nanny.” Mereka sama-sama berjalan keluar. Nanny Fran menyangkut beg tangan di bahu. Dia mengambil kotnya di dalam almari kot di bawah tangga.
“ And, Nanny….” Panggil Qaseh.
“ Yes?”
“ Can you come a little bit earlier tomorrow?Because I have some important thing to do. ” tanya Qaseh.
“ Sure.” Jawab wanita tua itu sambil tersenyum.
“ Thank you, Nanny.” Qaseh menghantar Nanny Fran sehingga ke pintu pagar. Qaseh memang baik dengan pekerja-pekerjanya. Qaseh melangkah masuk semula ke dalam rumah. Anak-anaknya sedang menonton televisyen. Qaseh berjalan ke ruang tamu dan menutup peti televisyen.
“ It’s time for bed.” Farah dan Faizal berlari-lari mendaki anak tangga apabila Qaseh berkata begitu. Qaseh mengikuti mereka dari belakang. Dia mendekati Faizal yang sedang memanjat katil.
“ Dah basuh kaki?”
“ Dah.”
“ Gosok gigi?”
“ Dah.” Faizal membaringkan dirinya. Qaseh menarik selimut dan menyelimuti badan anaknya itu. Dicium dahi Faizal.
“ Selamat malam, Mama.” Ucap anak kecil itu.
“ Selamat malam. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.” Jawab anak itu. Qaseh mematikan suis lampu yang berdekatan dengan pintu. Qaseh bergerak ke bilik sebelah. Melakukan perkara yang sama kepada Farah. Begitulah rutin hariannya. Tidak pernah lupa untuk memastikan anak-anaknya masuk tidur.
Qaseh menuju ke bilik utama. Dia membaringkan diri di atas katil. Matanya menatap kipas siling yang berputar perlahan. Sengaja Qaseh perlahankan kerana pada waktu malam keadaan akan menjadi bertambah sejuk. Fikirannya melayang. Kurang dari 2 minggu sahaja umat Islam akan menyambut Hari Raya. Dia bangun dari perbaringan dan membuka laci yang terletak di sebelah katil. Menarik keluar sesuatu dari celah kertas-kertas yang berselerak di dalam laci tersebut. Ditatap tiket penerbangannya. Penerbangan dua hala. Pergi dan balik. Qaseh mengeluh. Diselit tiket itu di pasport. Disimpan semula ke dalam laci tersebut. Qaseh membaringkan diri. Diselimutkan badan yang kesejukan. Angin dingin yang menghembus masuk melalui jendela yang terbuka menggigit tubuhnya. Entah bila dia terlelap, dia sendiri tidak tahu.
QASEH dan kedua anaknya menaiki teksi untuk ke lapangan terbang. Pada mulanya adik Maria, Devon berkeras hendak menghantar Qaseh ke lapangan terbang. Qaseh menolak pelawaan itu dengan cara baik. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Cukuplah selama dia berada di Wiltz, keluarga Maria banyak menolongnya. Qaseh mengambil troli dan meletakkan bagasi pakaian dan serta bagasi pakaian anak-anaknya ke atas troli tersebut. Dia menolak troli itu perlahan-lahan dan menuju ke arah kaunter tiket. Selepas tiket itu mendapat pengesahan, Qaseh membawa anak-anaknya menuju ke balai berlepas. Kepulangannya ini langsung tidak diberitahu kepada Zhulianna. Baru sahaja semalam Zhulianna menelefon Qaseh, bertanyakan khabar. Pengumuman terakhir sudah dibuat dan mereka memasuki perut kapal terbang. Beberapa minit kemudian, kapal terbang berlepas dari landasannya.
Perjalanan selama 14 jam memang meletihkan. Kapal terbang yang Qaseh naiki transit di Singapura. Tetapi penerbangan seterusnya di tangguhkan beberapa jam. Sempatlah Qaseh membawa anak-anaknya berjalan-jalan di kota Singapura.
“ Mama, is this Malaysia?” petah anak kecil itu bertanya.
“ No lah, Izal. This is Singapore.” Kakaknya menjawab bagi pihak Qaseh. Qaseh tersenyum melihat gelagat dua beradik itu. Selepas penat meronda, Qaseh membawa mereka kembali ke lapangan terbang. Nasib baik mereka sempat tiba. Jalan terlalu sesak. Mereka bertiga naik kapal terbang MAS. Selepas beberapa jam berada di dalam kapal terbang, kapal terbang tersebut tiba di KLIA. Qaseh memimpin tangan Faizal di sebelah kanan dan Farah memegang tangan Faizal di sebelah kiri.
“ Farah…Izal, this is KLIA.” Kata Qaseh. Terpegun sekejap dua orang anak kecil itu memandang sekeliling struktur bangunan tersebut.
“ It so big, Mama.” Kata Farah. Qaseh mengambil troli dan menuju ke arah tempat yang dikhaskan untuk mengambil bagasi. Qaseh memimpin anak-anaknya dan menuju ke tempat untuk mengambil limosin. Pemandu limosin itu menolong Qaseh memasukkan bagasi-bagasi ke dalam but kereta. Qaseh memasuki ke dalam perut kereta. Pemandu itu yang terakhir sekali masuk ke dalam kereta. Pemandu tersebut menarik tali pinggang keledar.
“ Kemana kita, Puan?” penuh sopan pemandu itu bertanya.
“ Riana Green.” Ringkas jawapan Qaseh. Pemandu itu memandu limosinnya dan meninggalkan KLIA.
Limosin tersebut berhenti betul-betul dihadapan rumah Zhulianna. Pemandu limosin itu menurunkan bagasi-bagasi. Selepas membayar tambang, limosin itu beredar dari situ. Qaseh membunyikan loceng rumah. Tiada respon. Dibunyikan sekali lagi. Pintu rumah terkuak. Zhulianna mengecilkan matanya sedikit kerana keadaan cuaca yang agak terik menyukarkan lagi pandangan Zhulianna. Memandang wajah di pintu pagar. Dibuka pintu pagar secara automatik. Qaseh meluru ke arah Zhulianna. Qaseh memeluk ibu yang sudah lama tidak berjumpa. Zhulianna seperti tidak percaya. Dia tergamam. Mereka meleraikan pelukan. Zhulianna memegang muka Qaseh. Dicium pipi Qaseh bertalu-talu. Qaseh tergelak kecil.
“ Ibu tak percaya ni Qaseh. Ibu mimpi ke ni?” tanya Zhulianna.
“ Ibu tak mimpi. Ni memang Qaseh.” Air matanya sudah bertakung.
“ Tak mahu nangis. Kita mesti gembira. Buka puasa ni, Ibu akan masak istimewa.” Kata Zhulianna sambil mengesat air matanya.
“ Puasa tak ni?” usik Zhulianna.
“ Puasalah, Ibu.”
“ Cucu-cucu nenek.” Zhulianna mendepangkan tangan. Farah dan Faizal meluru ke pelukan neneknya.
“ Izal rindu kat nenek.” Kata anak kecil itu.
“ Nenek pun rindu kat Izal.”
“ Jom masuk. Kat luar ni panaslah.” Ajak Zhulianna. Mereka berempat melangkah masuk ke dalam rumah banglo yang masih tersergam indah itu.
BAB 42
HARI Raya tahun ini amat bermakna buat Zhulianna kerana kepulangan Qaseh adalah perkara yang paling dinantikan. Qaseh menolong Zhulianna memasak rendang daging dan rendang ayam. Qaseh juga sudah pandai memasak sekarang. Masak lodeh, soto dan kuah kacang. Katakan apa sahaja. Pasti Qaseh akan membuatnya. Lontong adalah makanan kegemarannya. Soto, makanan kegemaran Fareez. Masih diingat lagi makanan kegemaran suaminya. Kuah kacang bersama nasi impit pula makanan kegemaran Zhulianna. Zhulianna menuju ke dapur. Masakan Qaseh menusuk hidungnya. Pengumuman sudah dibuat dan esok adalah Hari Raya. Qaseh sibuk menyiapkan hidangan untuk di makan pada pagi raya esok. Farah dan Faizal bersama-sama kanak-kanak di kawasan itu bermain bunga api dihadapan rumah mereka. Qaseh baru sahaja menerima panggilan daripada Adib bahawa Maria dimasukkan ke wad bersalin apabila air ketubannya sudah pecah. Qaseh seperti tidak senang duduk di dapur. Dia perlu pergi melawat Maria. Zhulianna memegang bahu Qaseh. Qaseh terkejut dengan kehadiran Zhulianna. Dia memandang wajah Ibunya.
“ Qaseh pergilah tengok Maria.” Kata Zhulianna memandang wajah anaknya yang kegelisahan.
“ Tapi, Bu…Siapa nak tolong Ibu?”
“ Qaseh kan dah siap masak. Nak tolong apa lagi?”
“ Masak nasi impit.”
“ Itu tak payah risaulah. Dah banyak tahun Ibu buat sendiri. Qaseh pergilah. Ibu tahu. Hati Qaseh tak tenteram. Pergilah tengok Maria.” Zhulianna tersenyum. Qaseh mengangguk. Dia menuju ke bilik dan menyarung tudung. Dia turun semula ke bawah dan mencapai kunci kereta. Dia menuju ke keretanya.
“ Farah…Izal, Mama nak pergi tengok Aunty Maria. Duduk dengan nenek tau? Jangan nakal-nakal. Mama pergi sekejap je.” Kata Qaseh kepada kedua anak kembarnya itu. Mereka mengangguk tanda patuh dengan kata-kata Qaseh. Kereta Qaseh menderum keluar dari garaj. Ada sebuah kereta hanya memerhati kereta Qaseh meninggalkan perkarangan rumah Zhulianna. Perlahan-lahan kereta BMW 7 series itu mengikuti kereta Qaseh. Hari-hari kereta itu menunggu dihadapan rumah Zhulianna selama kepulangan Qaseh ke Malaysia. Entah kenapa kereta itu selalu memerhatikan kawasan rumah Zhulianna.
Qaseh membelok masuk ke perkarangan hospital, kereta yang mengikuti Qaseh itu hanya berhenti di tempat yang agak terlindung. Orang di dalam kereta itu hanya memerhatikan gerak geri Qaseh yang berjalan masuk ke dalam hospital itu.
Qaseh menuju ke arah kaunter pertanyaan. Jururawat yang berada di situ hanya tersenyum kepada Qaseh dan memberikan ucapan selamat malam. Qaseh menjawab dengan lembut.
“ Tumpang tanya, boleh saya tahu dimana wad bersalin?” tanya Qaseh kepada jururawat itu yang memakai tag nama Dewi.
“ Ermm…Puan jalan terus kemudian Puan belok ke kiri. Lepas tu, Puan jalan terus lagi. Puan akan nampak papan tanda yang tulis kat situ wad bersalin.” Jururawat itu memberikan arah tujuan kepada Qaseh. Selepas mengucapkan terima kasih, Qaseh terus menuju ke wad bersalin dengan mengikut arahan jururawat itu tadi. Qaseh menuju ke kaunter jururawat. Seorang jururawat menyapa Qaseh dengan baik.
“ Ada apa yang boleh saya tolong, Puan?” tanya jururawat yang memakai tudung itu. Qaseh tersenyum.
“ Boleh saya tahu nombor bilik Puan Nur Maryam Christina Stahlberg Abdullah?” susahnya menyebut nama Maria. Sampai terbelit lidahnya. Maria tidak mahu menukar nama yang lain. Dia lebih senang menggunakan nama Maria. Orang Melayu juga ada menggunakan nama Maria. Tetapi Adib lebih suka nama Maryam. Akhirnya Maria menuruti kehendak suaminya.
“ Sebentar, ya.” Jururawat itu meneliti nama di komputer dihadapannya. Kemudian, dia mengangkat muka memandang Qaseh yang berdiri tercegat.
“ Dia berada di wad 3A. Bilik Kenchana.” Kata jururawat itu sambil tersenyum. Qaseh menuju ke wad yang dinyatakan oleh jururawat tersebut. Dia menunggu lif dan menuju ke tingkat 3. Apabila Qaseh tiba sahaja di wad 3A itu, dia terpegun. Wad kelas satu? Tidak hairanlah Maria berada di wad kelas satu. Adib mampu untuk memberikan keselesaan kepada isterinya. Sewaktu dia melahirkan Farah dan Faizal dahulu, hanya kelas kedua sahaja yang Qaseh mampu. Itupun dengan pertolongan Ibunya dia dapat tinggal di wad yang lebih selesa. Qaseh tiba dihadapan Bilik Kenchana. Dia mengetuk pintu bilik itu. Qaseh menguak pintu bilik itu. Kesemua yang berada di dalam bilik itu tertumpu kepada Qaseh yang baru sahaja melangkahkan kakinya masuk ke dalam bilik tersebut. Qaseh menuju ke arah Mak Lang.
“ Eh! Bila Qaseh balik?” tanya Mak Lang Raiyyah.
“ Dah seminggu.” Jawab Qaseh.
“ Mak Lang tak tahu pun. Ummi kamu tak beritahu pada Mak Lang.”
“ Qaseh yang cakap pada Ummi, jangan beritahu sesiapa.”
“ Kenapa?”
“ Qaseh tak nak susahkan sesiapa.” Ujar Qaseh
“ Maria macam mana, Mak Lang?” tanya Qaseh kepada Raiyyah.
“ Entahlah, Qaseh. Belum bersalin lagi. Kesian Mak Lang tengok Adib. Mundar-mandir aje depan teater bersalin tu.” Kata Raiyyah. Risau pula dia melihat anak lelakinya itu. Qaseh memegang bahu Raiyyah. Walaupun Qaseh menantu abang sulungnya, Tan Sri Firdaus, tetapi Raiyyah pernah menganggap Qaseh sebagai menantunya sewaktu Qaseh berpacaran dengan Ashwad. Sudah banyak kali dia bersua muka dengan Qaseh. Dia begitu berkenan dengan perwatakan Qaseh yang lemah lembut. Tetapi percintaan mereka terpaksa diputuskan kerana Ashwad sudah ditunangkan dengan anak sahabat baik suaminya sejak dari kecil lagi.
Ashwad pula hanya duduk di sebelah isterinya sambil memeluk bahu isteri kesayangan. Cemburu pula Qaseh melihat kemesraan itu. Bukan kerana dia masih ada perasaan cinta kepada Ashwad tetapi dia sudah lama tidak merasa kemesraan itu. Dia mengalihkan pandangan ke tempat lain apabila dia dapat rasakan pandangan Linda begitu tajam. Bukannya seperti Qaseh hendakkan Ashwad kembali. Dia cuma cemburu melihat kemesraan itu.
Tiba-tiba pintu bilik wad itu terkuak. Qaseh sangkakan Adib tetapi sangkaannya itu meleset. Terjengul wajah Fareez. Fareez tersenyum dan menyalami Mak Lang dan Pak Lang serta semua yang berada di situ. Bila Fareez tiba dihadapan Qaseh, dia tidak terkejut. Dia memang agak akan bertemu dengan cintanya di sini. Kerana Fareez mengikuti Qaseh daripada rumahnya tadi sehinggalah ke hospital. Dia memang begitu ingin melihat wajah Qaseh setelah sekian lama.
“ Ummi dan Walid tak dapat datang. Dia orang tengah buat persiapan.” Kata Fareez. Hanisham mengangguk.
“ Tak apa. Pak Lang faham. Esok nak raya. Mesti sibuk nak buat persiapan.”
“ Mula-mula dia orang nak datang. Tapi Fareez yang halang. Ummi pun memasak tak siap lagi.” Jelas Fareez.
“ Apa yang dua beranak tu sembangkan?” tanya Raiyyah.
“ Tak adalah. Abang awak tak dapat datang. Tengah buat preparation untuk esok.” Kata Hanisham kepada isterinya.
“ Tak apalah, Fareez. Fareez datang ni pun dah cukup besar.” Kata Raiyyah. Fareez tersenyum. Dari ekor matanya, dia dapat rasakan Qaseh tidak memandang langsung ke arah dia.
Qaseh tidak berjauhan dengan Raiyyah. Dia asyik berkepit dengan Raiyyah. Langsung muka Fareez tidak dipandangnya. Mereka yang berada di situ sedar akan keadaan yang melanda rumahtangga Qaseh dan Fareez.
“ Qaseh, Mak Lang dahagalah.” Kata Raiyyah. Sengaja mengumpan Qaseh. Qaseh memandang muka Raiyyah.
“ Biar Qaseh pergi beli air.” kata Qaseh seraya bangun dan menuju ke pintu. Dia berpaling semula.
“ Ada siapa-siapa nak kirim apa-apa?” tanya Qaseh.
“ Pak Lang pun dahaga. Wad dan Lin nak minum jugak ke?” tanya Hanisham. Ashwad dan Linda hanya mengangguk.
“ Fareez?” tanya Hanisham kepada anak buahnya itu. Fareez hanya menggeleng. Qaseh tidak tunggu lama. Dia terus sahaja keluar dari bilik yang terasa bahangnya itu walaupun cukup dilengkapi dengan alat penghawa dingin. Qaseh menuju ke kafeteria. Membeli minuman untuk mereka berlima. Lambat-lambat Qaseh berjalan menuju ke bilik itu. Dia tidak sanggup menghadapi Fareez. Wajah Fareez mengingatkan dia kembali kepada luka lama yang telah sembuh walaupun masih ada parut. Qaseh hanya berdiri tercegat di luar pintu bilik wad itu.
Biarpun hanya mendengar suara Fareez bercakap-cakap dengan Ashwad dan Hanisham, hatinya tetap menangis. Menangis kerana Fareez seperti sudah tidak ada perasaan terhadap dirinya. Fareez tidak mempedulikan dirinya lagi. Fareez sudah mempunyai permaisuri hidup yang barukah? Kalau itu benar, kenapa Fareez tidak melepaskannya secara baik? Kenapa mesti diseksa jiwa dan raga Qaseh?
Qaseh bersandar pada dinding. Air mata berjuraian menuruni pipi. Nasib baik malam itu tidak ramai jururawat yang lalu-lalang untuk memeriksa pesakit. Jadi, tidak ada orang yang menyaksikan air matanya. Qaseh berjalan ke arah kerusi yang disediakan di luar wad. Dia hanya duduk di situ dan menangisi nasib diri.
Fareez keluar dari bilik wad tersebut dengan tujuan ingin mengambil angin. Fareez ternampak Qaseh yang sedang duduk dan badan terhingut-hingut menahan tangis. Fareez tidak tahan melihat air mata Qaseh. Dia seperti hendak berlari ke arah Qaseh dan memeluk wanita itu dan berjanji tidak akan membiarkan Qaseh menangis lagi. Qaseh mengesat air mata. Dia begitu asyik memandang keadaan sekeliling yang agak senyap.
Tiba-tiba, matanya bertentang dengan mata Fareez yang berdiri tercegat menghadap Qaseh. Keadaan bertambah sunyi. Seperti memberikan peluang kepada mereka untuk membuai perasaan masing-masing. Ditundukkan mukanya. Dia memang kalah kalau bertentang mata dengan Fareez. Diangkat semula muka. Berharap dia hanya membayangkan Fareez. Bukan Fareez yang sebenar berada di situ. Tetapi dia silap. Memang Fareez yang ada disitu. Dia tidak bermimpi.
Dosakah aku bila
mencintaimu
Bila jalinan hati kini
Menderaku
Tapi haruskah diriku pasrah
Diriku mengalah
Memang cinta
tiada bermata
Bisa ciptakan sedih
juga bahagia
Terngiang-ngiang sepotong lirik lagu nyanyian artis kegemarannya di telinga Qaseh. Air mata Qaseh turun sekali lagi. Kali ini seperti tidak mahu berhenti pula. Bait kata-kata itu sudah cukup menggambarkan hati yang lara. Qaseh tidak boleh hidup tanpa Fareez. Masih tidak sedarkah lagi lelaki itu?
Fareez hanya merenung Qaseh tidak berkedip. Hatinya kembali membara. Entah kenapa dia berasa begitu gembira berjumpa semula dengan Qaseh. Terasa seperti hendak dipeluk dan dilap air mata yang turun berjuraian itu. Tetapi Fareez sedar, situasi sekarang berbeza dengan situasi dahulu. Qaseh segera mengelap air mata apabila dia ternampak Ashwad berlari ke arah mereka berdua.
“ Abang Fareez, Qaseh…Kak Maria dah selamat bersalin.” Kata Ashwad dengan suara riang. Fareez hanya tersenyum hambar. Qaseh segera berlari ke arah wad yang menempatkan Maria. Qaseh menguak pintu wad tersebut. Wajah Maria yang masih lemah ditatapnya. Adib mendukung anak lelakinya itu. Adib mengazankan anaknya itu. Maria tersenyum lemah. Ini adalah anak Maria yang ketiga. Pertama, lelaki. Kedua perempuan dan yang terakhir sekali lelaki. Tiba-tiba, Qaseh teringat pada kedua orang anaknya yang berada di rumah. Anak-anaknya itu pun Adib yang tolong azan dan qamat. Qaseh memandang Fareez melalui ekor matanya. Fareez yang berdiri di sebelah Adib hanya memandang bayi yang masih merah itu dengan penuh kasih sayang. Adakah Fareez boleh menjadi seorang ayah yang penyayang terhadap anaknya? Mengapa mesti diragu samada Fareez boleh menjadi seorang ayah yang penyayang atau tidak? Bukankah Fareez telah menjaga Amirul dan bersusah payah mendapatkan hak penjagaan anaknya itu? Kata hati Qaseh berlawan sesama sendiri.
Adib menyerahkan anaknya itu kepada Fareez untuk didukung oleh Fareez. Adib tahu perasaan Fareez yang teringin hendak memegang anaknya sendiri. Zuriat yang dilahirkan oleh Qaseh. Semasa Amirul bayi pun, dia tidak pernah memegang anaknya itu. Sebaik sahaja Shilea bersalin, Amirul diserahkan kepada Fitri Azharina untuk dijaga oleh kakaknya itu. Fareez tidak pernah tahu akan perasaan memegang bayi. Aku kasihankan kau, sahabat. Kau tidak pernah merasai memegang zuriat kau yang masih merah dengan tangan kau sendiri. Aku berikan perasaan ini kepada kau melalui anak aku. Aku harap ada sedikit kasih sayang yang kau tumpahkan kepada anak aku, hati kecil Adib berkata-kata. Fareez tersenyum memandang bayi kecil itu.
Sesekali Adib memandang Qaseh yang begitu asyik merenung Fareez yang memegang bayi itu. Adib memandang semula kepada isterinya yang masih lemah. Sudah banyak tenaga yang Maria keluarkan untuk melahirkan zuriatnya. Perasaan sayang semakin hari semakin bercambah dalam diri Adib terhadap Maria. Adib menggenggam erat jari jemari Maria. Qaseh yang hanya melihat perbuatan itu dari jauh agak cemburu dengan kebahagiaan yang dialami oleh Maria. Kenapa dia tidak dapat merasai kebahagiaan itu? Adakah kebahagiaan untuk dirinya sudah tiada?
Fareez meminta diri untuk pulang kerana sudah lama dia berada di situ. Lagipun, esok Hari Raya. Adib bersalaman dengan sepupunya itu. Qaseh juga ingin meminta diri. Dia berjalan ke arah Maria yang terbaring. Dipeluk sahabat itu. Pelukan dileraikan apabila Maria berkata sesuatu.
“ Just tell Fareez about his children.” Kata Maria. Masih memujuk Qaseh untuk memberitahu perkara sebenar. Qaseh mengeluh. Adib masuk semula ke dalam wad selepas menghantar Fareez keluar.
“ He already know about his children.”
“ Ya. But he doesn’t know that he had twins.” Kata Maria lagi.
“ She’s right. Adib nampak Fareez benar-benar sayangkan Q. Kenapa Q tak nak beritahu pasal Farah dan Faizal? The twin has the right to know about their father. You can’t stop them from seeing their father.” Adib menghenyakkan punggungnya di atas katil. Maria mengangguk. Qaseh melepaskan keluhan besar.
“ Just ask for forgiveness. Tomorrow is Hari Raya, right? Hari untuk memberi dan meminta kemaafan.” Kata Maria sambil membetulkan kedudukannya. Qaseh memandang Maria. Dia tidak sangka Maria akan berkata begitu.
“ Aku akan fikirkan perkara ni.”
“ Q, ini bukan masanya untuk kau berfikir. You’ve already wasted your time for 6 years. And this is definitely…not the time.” Maria berkata. Qaseh membetulkan tudung yang dipakainya. Benar kata Maria itu. Sudah 6 tahun dia menghabiskan masanya untuk berfikir. Kini, adalah masa untuk berhadapan dengan hakikat yang sebenar. Dia tidak boleh elak atau melarikan diri lagi.
SUDAH 2 minggu Hari Raya berlalu. Qaseh masih lagi belum bersedia hendak berjumpa dengan Fareez. Hatinya tidak keruan untuk bertentang mata dengan mata yang bisa mencairkan hati wanitanya. Dia rasa bersalah kerana merahsiakan mengenai Farah dan Faizal. Tetapi bersediakah Fareez menerima berita bahawa dia mempunyai dua orang anak yang sudah membesar? Sememang Fareez tahu dia sudah mengandung. Tetapi bersediakah Fareez menjaga anak-anaknya itu? Itulah persoalan yang selalu bermain difikiran Qaseh. Sudah puas Zhulianna, Aishah dan Maria menasihatkannya. Mereka hanya menyerahkan keputusan di tangan Qaseh.
Zhulianna keluar dari dapur dan segera menjenguk keluar apabila dia terdengar orang memberi salam. Dicari-cari wajah Qaseh. Qaseh sedang duduk termenung di ruang tamu. Patutlah dia tidak menyedari kehadiran tetamu. Sesekali terdengar keluhan yang keluar dari mulut Qaseh. Zhulianna menggeleng. Dibuka pintu pagar automatik dan mempersilakan tetamu-tetamunya masuk.
“ Qaseh…Ummi datang.” Kata Zhulianna pada Qaseh apabila dilihatnya Qaseh masih berangan jauh. Qaseh tersedar dari lamunan dan segera menuju ke tingkat atas. Dia mencapai tudung yang disangkut di penyangkut baju dan disarungkan ke kepala. Qaseh turun semula ke tingkat bawah dan menyapa keluarga mentuanya itu. Dia bersalaman dengan semua yang ada disitu. Tetapi tidak disangka Fareez juga turut berada di situ. Dia memang tidak dapat mengelak lagi.
“ Makin cantik pula Qaseh pakai tudung sekarang.” Puji Fitri Marlis.
“ Terima kasih, Kak.” Matanya sesekali memandang Fareez. Lelaki itu hanya membuat tidak tahu. Qaseh pasrah. Dia redha. Dua orang anak kecil berlari ke arah Qaseh dan memeluk kaki Mamanya itu. Fareez mengerutkan dahi. Tidak faham.
“ Farah…Faizal…Pergi salam semua.” Arah Qaseh. Bertambah lagi kedutan di dahi Fareez apabila anak-anak kecil itu patuh akan kata-kata Qaseh. Qaseh juga turut mengerutkan dahi apabila Fareez memberikan reaksi sebegitu. Tidak ingatkah dia bahawa aku pernah memberitahunya mengenai kandunganku? Mungkin dia terlupa, pujuk hati Qaseh.
“ Siapa budak dua orang ni, Zhu?” tanya Puan Sri Marlisa.
“ Cucu-cucu kita, Kak Lisa.”
“ Ni cucu-cucu kita, Zhu?” tanya Puan Sri Marlisa. Zhulianna mengangguk. Wanita itu mengerutkan dahi.
“ Anak siapa?”
“ Anak Qaseh dan Fareez.” Kata-kata Zhulianna itu membuatkan Puan Sri Marlisa tercengang. Kesemua yang ada di situ terpinga-pinga.
“ Bila masa Qaseh mengandung?” tanya Puan Sri Marlisa kepada Zhulianna. Zhulianna tersenyum.
“ Hanya Qaseh yang boleh jawab.” Kata Zhulianna dan memandang ke arah anak tunggalnya. Qaseh berdehem kecil.
“ Sebelum Qaseh berangkat ke Luxembourg.” Jawab Qaseh ringkas.
“ Tapi Qaseh tak beritahu Ummi pun. Masa Ummi tanya dulu, Qaseh kata belum ada rezeki. Apa yang sedang berlaku ni? Ummi tak faham.” Puan Sri Marlisa berkata. Qaseh melepaskan keluhan perlahan.
“ Sebenarnya Ummi, masa tu Qaseh dah mengandung. 4 bulan. Tapi Ummi tak nampak sangat sebab perut Qaseh kecil. Lagipun, kalau Qaseh beritahu pada Ummi, tentu Ummi takkan bagi Qaseh pergi sambung belajar. Maafkan Qaseh, Ummi. Bukan niat Qaseh untuk menipu Ummi.” Jelas Qaseh satu persatu. Puan Sri Marlisa memegang pipi Qaseh.
“ Terima kasih, Qaseh. Akhirnya tercapai jugak impian Ummi untuk mendapat cucu melalui Qaseh. Tetapi tak sangka sampai dua.” Puan Sri Marlisa berseloroh. Mereka hanya ketawa. Fareez sedikitpun tidak rasa hendak ketawa. Sebaliknya dia lebih senang mendiamkan diri.
Puan Sri Marlisa mencium pipi mereka berdua bertubi-tubi. Qaseh tersenyum. Dia rasa bersalah kerana memisahkan kasih sayang nenek dan cucu-cucunya. Walaupun Puan Sri Marlisa tidak pernah berjumpa dengan mereka berdua tetapi dia dapat rasakan ibu mentuanya itu akan menyayangi anak-anaknya itu seperti mana Zhulianna menyayangi Farah dan Faizal. Seorang demi seorang Farah dan Faizal menyalami mereka. Pipi-pipi kecil itu menjadi sasaran ciuman mereka semua. Farah dan Faizal berdiri tercegat dihadapan Fareez. Fareez kini semakin faham dengan situasi yang sedang berlaku dihadapannya. Ini adalah zuriatnya. Zuriat bersama Qaseh. Fareez memandang Qaseh. Ingin meminta kepastian. Qaseh mengangguk perlahan. Fareez segera memeluk dua orang anak kecil itu. Air mata Zhulianna dan Puan Sri Marlisa tumpah.
Fareez memeluk mereka berdua seperti tidak mahu dilepaskan. Sewaktu Fareez meminta diri untuk pulang, kedua anak kecil itu merengek hendak mengikut Fareez pulang. Akhirnya Qaseh mengalah dan membenarkan mereka bermalam di rumah Puan Sri Marlisa.
ZHULIANNA memandang Qaseh dan tersenyum. Qaseh pelik dengan ibunya itu. Mereka masuk semula ke dalam rumah.
“ Kenapa Ibu pandang Qaseh macam tu sekali?”
“ Qaseh dah berjaya berdepan dengan hakikat.”
“ Ibu, sebenarnya…” ayat Qaseh dipintas oleh Zhulianna.
“ Ibu tahu. Qaseh masih sayang dan cintakan Fareez. Tapi Qaseh takut. Takut Fareez sekarang bukan macam Fareez dulu.” Kata-kata Zhulianna membuatkan Qaseh tercengang. Ibunya itu seperti boleh membaca fikiran orang lain. Qaseh mematahkan jari jemarinya.
“ Mana Ibu tahu ni?” tanya Qaseh.
“ Qaseh, Ibu lebih lama makan garam. Ibu tahu perasaan Qaseh. Ibu juga macam tu. Walaupun Papa dah tak ada, Ibu tetap sayangkan Papa. Ibu mintak cerai bukan atas kehendak Ibu. Bukan saja-saja. Tapi bersebab. Ibu dah tak tahan. Sampai sekarang, perasaan tu masih ada. Sebab Ibu dan Papa yang semaikannya. Macam Qaseh, Qaseh yang berusaha menyemai cinta Fareez terhadap Qaseh. Anak Ibu ni yang terlebih dahulu mencintai Fareez. Perasaan tu tak boleh nak dihalang. Walaupun dah 6 tahun, tapi perasaan tu masih ada, kan?” Zhulianna berkata. Qaseh tersenyum kecil dan mengangguk. Dia memegang erat jari jemari ibunya. Dia tidak mahu Zhulianna mengingati kisah lampau. Kisah itu biarlah ia menjadi kenangan dan pengajaran hidup.
Biarkan ia berlalu pergi. Biar awan kelam yang meliputi hidupnya suatu masa dahulu berlalu meninggalkannya. Biarkan sepi berlalu. Biarkan cinta dulu lenyap dibawa ombak ganas. Biar kisah dulu menjadi penutupnya. Biar cinta baru bersemi. Biar kisah kini menjadi pembuka jalan cerita hidup yang baru. Biarkan cinta datang lagi.
BAB 43
“ KENAPA awal sangat Qaseh nak balik? Tak puas Ibu bermanja dengan Farah dan Faizal.” Kata Zhulianna sambil memerhatikan gerak-geri anaknya mengemas bagasi. Saling tidak tumpah wajahnya seperti Tuan Nizam. Perangai dan perwatakannya juga serupa. Degil dan keras kepala. Qaseh memandang sekilas pada Zhulianna yang sedang duduk di atas sofa di dalam bilik Qaseh. Walaupun Zhulianna sedang memerhatikan jasad Qaseh tetapi fikiran Qaseh bukan berada di situ. Dapatkah dia memisahkan dua orang anak kecil itu daripada Ayahnya? Bukan niatnya hendak memisahkan mereka. Qaseh sendiri tidak tahu apakah jawapan yang paling tepat. Dia melarikan diri daripada Fareez? Ya. Dia memang melarikan diri dari Fareez kerana takut akan jatuh cinta semula kepada suaminya. Tidak salah bukan kalau dia jatuh cinta lagi. Tetapi cukuplah dia terseksa sekali.
Zhulianna meninggalkan Qaseh seorang diri. Zhulianna tahu Qaseh memerlukan masa untuk bersendiri. Qaseh berhenti mengemas dan melabuhkan punggungnya di atas katil.
‘Kau ni hipokrit, Qaseh,’ kata hati Qaseh mula berkata.
‘Aku bukan seorang yang hipokrit,’ jeritnya lantang.
‘Kalau kau tak hipokrit, mengapa mesti kau melarikan diri dari
Fareez? Diakan suami kau. Suami yang masih sah,’ hujah suara hatinya. Qaseh menangis di dalam hati.
‘Aku takut,’
‘Apa yang kau nak takutkan?’
‘Aku takut terluka,’
‘Kau fikir kau seorang saja yang takut terluka. Bagaimana dengan
Fareez? Dia juga pernah mengalami perasaan seperti itu. Tetapi dia
tidak takut untuk bangun semula dan belajar mencintai seseorang,’ pintas kata hati Qaseh. Qaseh terpana. Ada benar juga kata-kata itu.
‘Kalau perkara itu terjadi lagi? Aku tak mahu mengingatinya. Terlalu
perit,’ teresak-esak Qaseh menahan tangis.
‘Fareez sudah berubah. Belajarlah menerima dirinya yang baru. Dia
terlalu mencintai kau. Sepenuh hatinya. Cinta yang telah kau bawa
pergi sewaktu kau meninggalkannya dahulu, masih tetap membara.
Walaupun dia tidak mengatakannya melalui kata-kata. Janganlah kau
ragui kasih sayangnya,’ suara hati Qaseh masih mempertahankan Fareez. Qaseh mengesat air mata. Qaseh nekad dengan keputusan yang diambil. Dia akan tetap kembali ke kehidupannya yang lama. Kehidupan yang menunggu di Luxembourg. Dia menyambung semula mengemas.
Sudah bermacam-macam pujukan dan rayu Zhulianna tetapi satu pun tidak berjaya menghalang hati Qaseh dari kembali ke Luxembourg. Dia akan tinggal di sini apabila….Apabila apa? Hatinya sudah bersedia untuk terus menetap di Malaysia? Keluarga mentua memujuknya? Ataupun Fareez menghalangnya? Dia sendiri tidak ada jawapan yang pasti. Air mata Zhulianna berjuraian menuruni pipi apabila terpaksa berpisah dengan cucu-cucu yang baru sahaja dimanjanya selama sebulan lebih. Entah bilalah Qaseh akan pulang ke Malaysia.
Zhulianna dan Zurain menghantar Qaseh ke KLIA. Kenangan sewaktu pertama kali dia meninggalkan Malaysia semasa sedang mengandung, menerjah di fikiran.
Fikiran Qaseh tidak setenang tadi. Hatinya meronta-ronta. Hendak melihat wajah Fareez sebelum dia berangkat. Satu persatu wajah keluarga mentuanya muncul di kaca mata tetapi Qaseh tidak nampak akan kelibat Fareez. Dimanakah dia? Benarkah dia tidak sudi melihat wajah Qaseh lagi? Pengumuman terakhir sudah dibuat. Qaseh bersama dua orang anak kecilnya berjalan masuk ke dalam balai berlepas. Tiket diserahkan kepada pegawai yang bertugas. Qaseh melambai ke arah keluarganya. Tiba-tiba Qaseh terperasan akan satu wajah yang cukup dikenalinya. Adib tersenyum ke arah Qaseh. Qaseh membalas senyuman itu. Adib sudah membuat keputusan hendak menetap di Malaysia setelah Maria menyuarakan hasrat hatinya untuk menjaga ibubapa Adib yang sudah tua. Puas Adib menolak cadangan itu kerana takut Auntie Rosemarie tidak membenarkan Maria tinggal berjauhan dengannya. Tetapi ibu mertuanya itu telah pun memberi ‘lampu hijau’. Adib begitu gembira dengan keputusan isterinya itu. Lagipun Auntie Rosemarie masih ada Devon untuk menjaganya. Walaupun Adib tidak begitu yakin Devon akan menjaga Auntie Rosemarie. Tetapi saudara-mara Auntie Rosemarie ramai yang menetap di kawasan itu.
Qaseh menyorong beg kecil yang diletakkan barang-barang yang amat disayanginya. Dia memimpin tangan kedua anaknya. Mereka begitu girang kerana dapat pulang semula berjumpa dengan rakan-rakan sebaya. Tetapi hati Qaseh tidak segirang wajah mereka berdua. Lama-kelamaan bayangan Qaseh hilang dari pandangan.
QASEH tiba di lapangan terbang Luxembourg selepas 14 jam berada di dalam kapal terbang. Qaseh mengambil teksi dan terus sahaja pulang ke rumahnya. Sebaik sahaja Qaseh membuka pintu pagar, seorang budak lelaki menerpa ke arahnya dan memeluk Qaseh dengan erat. Qaseh agak terkejut dengan tindakan tersebut.
“ Mama…Mirul rindukan Mama.” Kata Amirul. Qaseh terpana. Dia tidak menyangka akan berjumpa semula dengan anak tirinya itu. Qaseh meleraikan pelukan dan menatap wajah Amirul sepuasnya.
“ Mirul datang dengan siapa?” tanya Qaseh sambil mengelap air matanya yang menuruni pipi. Dia juga turut mengelap air mata Amirul. Sudah besar budak ini. Betapa dia merindui pelukan anak kecil itu. Amirul menjuihkan bibirnya ke arah seseorang. Qaseh sekali lagi terpana melihat kehadiran seseorang yang amat dinantikannya semenjak berada di KLIA lagi.
“ Abang….” Hanya itu sahaja kata-kata yang terluah dari bibir Qaseh.
“ Qaseh jangan bercakap. Biar Abang bercakap dulu.” Pintas Fareez.
“ Abang tahu Abang banyak buat salah pada Qaseh dan anak-anak. Tapi bukan niat Abang nak melukakan hati Qaseh. Abang rasa cemburu apabila melihat kemesraan yang terpancar antara Qaseh dan Ashwad. Abang sememangnya buta. Itu hanyalah sekeping gambar yang Shilea berikan hanya untuk mengaburi mata Abang. Abang tak dengar cakap Qaseh. Abang tak nak dengar penjelasan yang keluar dari mulut Qaseh. Abang rasa terseksa setiap kali melihat gambar Qaseh tersenyum manis di sisi Ashwad. Abang rasa tercabar. Pada masa itu, Abang sering tertanya-tanya. Dimanakah hak Abang sebagai seorang suami? Benarkah Qaseh menyintai Abang? Atau sekadar hendak menutup belang? Soalan tu masih berlegar-legar di fikiran Abang. Masa Qaseh tinggalkan Abang, rasa menyesal datang bertimpa-timpa. Abang cuba cari Qaseh di seluruh Malaysia. Bila tak jumpa, Abang cuba alternatif lain. Abang datang ke Wiltz. Tapi jawapan yang Abang terima daripada Auntie Rosemarie dan Maria menghampakan. Mereka juga tidak tahu ke mana Qaseh pergi. Abang tak tahu nak cari Qaseh kat mana. Abang dah buntu. Tapi Abang tak putus asa. Abang pergi cari Qaseh kat rumah Kak Rina. Tapi Kak Rina kata, Qaseh tak datang ke rumahnya apatah lagi menelefon. Abang risaukan keselamatan Qaseh. Abang macam orang gila. Ke hulu ke hilir mencari Qaseh. Tapi Qaseh tak dapat dikesan. Tapi, ketahuilah Qaseh bahawa Abang tak pernah berputus asa mencari Qaseh. Dan cinta Abang semakin hari semakin mendalam terhadap diri Qaseh. Kalau Qaseh nak gelakkan Abang atau nak menyindir Abang, Abang tak kisah. Mungkin dah ditakdirkan nasib Abang jadi begini. Abang menghukum Qaseh tanpa usul periksa. Maafkan Abang, Qaseh.” Kata-kata Fareez walaupun panjang berjela tetapi cukup bermakna terhadap diri Qaseh. Qaseh segera meluru ke arah Fareez. Dipegangnya muka Fareez. Kemudian dia memeluk lelaki itu. Kehangatan pelukannya masih terasa.
“ Qaseh maafkan Abang. Abang tak bersalah sebenarnya. Qaseh yang bersalah kerana tidak cuba mempertahankan diri Qaseh. Qaseh tak sepatutnya lemah. Qaseh tak patut tinggalkan Abang. Qaseh tahu Abang terlalu sayangkan Qaseh dan takut akan kehilangan Qaseh. Qaseh tak pernah membenci dan menyalahkan Abang. Qaseh masih dan akan selama-lamanya menyintai Abang. Percayalah, Bang. Tiada sesiapa di dalam hati Qaseh selain Abang.” Pelukannya semakin dikemaskan. Seperti tidak mahu dilepaskan lelaki dihadapannya. Fareez tersenyum mendengar kata-kata Qaseh. Dia tahu perasaan Qaseh tidak pernah berubah. Perasaannya juga sama. Dia berjanji tidak akan menyakiti Qaseh lagi. Lama mereka berkeadaan begitu. Amirul tersenyum melihat kedua ibubapanya sudah kembali bersatu. Farah dan Faizal mengajak Amirul untuk bermain Playstation bersama mereka. Mereka bertiga berlari-lari masuk ke dalam rumah.
Qaseh masih memeluk Fareez. Dia mahu selama-lamanya begitu. Tidak ingin dileraikan pelukan. Fareez lega kerana cinta hati yang sudah lama hilang kini hangat membakar dirinya serta Qaseh.
“ Qaseh tak terfikir nak dapat seorang lagi?” bisik Fareez di telinga Qaseh tiba-tiba. Qaseh pelik dengan soalan Fareez. Dia merenggangkan sedikit pelukan dan memandang wajah Fareez dengan kerutan di dahi.
“ Dapat apa?” tanya Qaseh seperti orang bodoh.
“ Anak.” Pelukannya terlepas. Terkejut Qaseh dengan kata-kata Fareez.
“ Kita dapatkan seorang lagi perempuan. Barulah cukup korum.” Kata Fareez secara berseloroh.
“ Abang ni. Ada-ada sajalah.” Qaseh memukul lengan Fareez lembut. Fareez tersenyum. Dia memeluk bahu Qaseh. Terpancar sirna cintanya.
QASEH, seorang pencinta yang setia. Walaupun dia tahu, hati lelaki dihadapannya sukar dimiliki tetapi dia tidak pernah berputus asa. Dia cuba menggapai cinta yang sememangnya ditakdirkan untuk dia. Akhirnya, dia berjaya mendapat kembali sekeping hati milik si lelaki. Dia memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana mengurniakan cinta terindah buat dirinya. Dia hanya menunggu dengan sabar. Dan, kesabaran itu terbalas. Dengan sepenuh hati, sang suami mengaku mencintai dirinya. Gembira bukan kepalang.
FAREEZ, cintanya sukar ditafsirkan. Terlalu dalam cinta dia buat perempuan yang bernama isteri. Dia tahu cintanya pernah dipersiakan tetapi dia tidak pernah meragui kasih sayang seorang isteri. Dia percaya cinta itu ada. Dia percaya cintanya datang lagi. Muncul kembali di dalam hidup yang kosong. Dia tahu kasihnya akan pulang semula ke pangkuan dia. Tetapi tidak tahu bila. Hanya menunggu. Dia percaya jodoh itu ada. Dan, jodohnya bersama sang isteri akan berkekalan. Dia yakin satu hari nanti mereka akan dipertemukan dan bila tiba saat itu, dia tidak akan melakukan kesalahan lagi. Dia berjanji dan janji itu akan dikekalkan sehingga akhir hayat.
FIN…….
0 comments:
Post a Comment
tHaNk yOu...