skip to main | skip to sidebar

.

Tuesday, December 7, 2010

novel bicara hati part 8

itle : Bicara Hati (part 8)

“Maafkan saya.” Ringkas zahlia berkata dengan suara yang tersekat-sekat. Ada air jernih mengalir dari matanya.

Perkataan maaf yang halus tersemat di tangkai hati Tengku Syahran hampir-hampir membuatkan lelaki itu menyerahkan keegoaan. Siapa perempuan ini sebenarnya? Kenapa aku boleh jadi selemah ini bila berhadapan dengannya?

“Saya tau saya tak menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri yang sempurna. Walaupun perkahwinan kita adalah sesuatu yang drastic, saya patut melayani awak dengan baik. Tapi saya terpaksa Syah! Saya tak mahu wujudkan perasaan saying dalam diri saya mahupun awak dengan perhubungan ini. Saya takut kita sama-sama kecewa.” Panjang lebar Zahlia meluahkan apa yang terbuku di hati.

“Alia gagal! Perasaan sayang dah pun wujud dalam diri abang.” Suara Tengku Syahran terkeluar juga. Zahlia menelan air liur.

“Dahlah…..abang bagi Alia masa untuk fikirkan tentang hal kita. Jangan terburu-buru.”

“Tapi…” Zahlia cuba membantah.

“Alia…fikirkanlah..Kita tak ada apa-apa yang mengikat ke arah tanggungjawab lain,” ucap Tengku Syahran lembut.

“Atau Alia dah ada orang lain dalam hati?”

“Awak syak saya ada hubungan dengan Razif?” Tanya Zahlia.

“Habis tu, ada lelaki lain?”

“Stop it Syah!” Zahlia mula menjeling membuatkan Tengku Syahran mengangkat kening.

“Tak kena pada tempat.”

“Apa yang tak kenanya? Alia isteri abang kan?”

“Stop saying that word boleh tak? Jangan lupa yang perkahwinan kita ni atas dasar apa?”

“I don’t care! Lantaklah dengan perjanjian tu. Yang penting sekarang, Alia dah pun jadi isteri abang. Abang takkan lepaskan Alia.” Tengku Syahran tersenyum nakal.

Zahlia megetap bibir. Geramnya dia dengan kata-kata suaminya itu. Penipu besarlah dia ni! Mungkir janji. Harap muka je handsome, perangai macam budak-budak.

“Sekarang abang perintahkan Alia urut badan abang. Abang penat ni,” katanya dengan muka selamba. Ditumbuk-tumbuk bahunya dengan riak yang menyakitkan hati.

Zahlia membeliakkan mata.

“Jangan nak mengada-ngada,” ujar Zahlia.

“Eh…eh…sepatutnya awak bersyukur sebab abang hanya suruh Alia urutkan badan abang. Kalau abang minta hak abang sebagai suami, Alia rela mengabdikan diri untuk abang? Alia sanggup jalankan kewajipan Alia sebagai isteri yang sempurna?”

Zahlia terdiam seketika.

“Okeylah. Kalau macam tu, tidur dengan abang malam ni.”

Zahlia ternganga.

“Syah!”

“Kenapa? Takut? Ingat Alia! Abang ada hak ke atas diri Alia. Abang boleh paksa kalau Alia tak rela. So..Alia nak buat apa? Jerit? Jeritlah kuat-kuat biar semua orang tahu. Bila orang Tanya, abang boleh cakap Alia tak nak ikut permintaan abang,” potong Tengku Syahran lagi sambil ketawa.

Zahlia menjeling Tengku Syahran yang masih ketawa. Sakitnya hati! Sabar..sabar…

“Berdosa ingkar perintah suami tau” pintas Tengku Syahran lagi dengan mata yang sengaja dibuntangkan.

Zahlia mengeluh. Lambat-lambat dia bangun dan melangkah ke belakang Tengku Syahran. Sebaik sahaja tangannya melekat di bahu suaminya itu, Tengku Syahran membuka mulut untuk bersuara.

“Nanti kejap. Abang nak baring dulu. Alia urut abang masa abang tengah baring okey saying?” Tengku Syahran bingkas bangun.

Tengku Syahran melangkah ke sofa panjang yang telah menjadi tempat lenanya kini. Namun, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah ketika melintasi katil yang diselimuti cadar tebal. Tengku Syahran mengangkat kening.

“Aha! Katil ni nampak best. Malam ni abang nak tidur kat sinilah!”

Zahlia terlopong mendengarnya.

“Kalau awak tidur sini, mana saya nak tidur malam ni?” bantah Zahlia.

Tengku Syahran mengungkit bahu.

“Syah!”

“Opss! Abang dah tak sabar nak rasa urutan Alia ni. Alia urut sampai abang tertidur tau. Jangan curi tulang. Cepatlah!”

Tengku Syahran menarik t-shirt yang tersarung di badan. Lantas merebahkan diri ke atas katil. Em, nikmatnya!

“Cepatlah sayang!”

Zahlia tersedar. Tengku Syahran sudahpun berbaring di hadapannya. Dengan lemah, Zahlia memanjat katil dan duduk di sisi Tengku Syahran. Tangannya menggigil-gigil mendekati tubuh lelaki yang tidak berbaju dan menampakkan separuh tubuhnya itu. Semakin hampir………hampir……dan terus melekat.

Bahu suaminya itu dicengkam lembut dan dirurt perlahan-lahan. Seumur hidupnya,inilah pertama kali Zahlia berbuat demikian dengan lelaki. Berdegup kencang jantungnya. Rasa hendak tercabut lutut.

Tengku Syahran hanya senyap dan kadangkala kepalanya sahaja yang bertukar ke kiri dan ke kanan. Posisi tubuhnya tetap seperti tadi. Mungkin sedang merasai kenikmatan urutan isterinya itu. Zahlia terus mengurut.

Semakin lama urutan Zahlia semakin perlahan. Dirinya sudah terlalu letih. Berkali-kali tangannya menutup mulut yang tidak henti-henti menguap. Adakalanya kepala Zahlia tersenggok-senggok menahan rasa mengantuk. Apabila tangannya berhenti bergerak, suara Tengku Syahran akan kedengaran. Dia akan mengurut semula dengan mata yang terpejam.

Kali ini, dia sudah terlalu mengantuk. Matanya tertutup rapat. Segalanya menjadi sunyi dans enyap tiba-tiba. Lampu yang terpasang sudah tidak kelihatan cahayanya lagi. Jari jemari Zahlia semakin longgar mencengkam tubuh lelaki itu. Tanpa disedari tanga halusnya terkulai layu di situ bersama-sama tubuhnya yang tiba-tiba rebah di sisi suaminya...
Posted by AshKosuke at Tuesday, December 07, 2010
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

0 comments:

Post a Comment

tHaNk yOu...

Newer Post » « Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Google+

Pages

  • Home

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2012 (7)
    • ►  December (5)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (49)
    • ►  December (7)
    • ►  May (1)
    • ►  February (15)
    • ►  January (26)
  • ▼  2010 (99)
    • ▼  December (86)
      • novel-miss selipar jepun sepatu high heels
      • k0leksi bismillah
      • inf0 s0und
      • novel-harum subur di hati
      • novel-dari KL ke Luxembourg
      • novel-cintamu mylove
      • novel-cinta kedua di ym
      • novel-cinta fakulti
      • novel-cincin 3 permata
      • novel-budak smart
      • novel-antara teddy dengan spider
      • novel-airmata malam pertama
      • novel-adam vs qistina
      • novel-5 tahun 5 bulan
      • novel bicara hati part 10
      • novel bicara hati part 9
      • novel bicara hati part 8
      • novel bicara hati part 7
      • novel bicara hati part 6
      • novel bicara hati part 5
      • novel bicara hati part 4
      • novel bicara hati part 3
      • novel bicara hati part 2
      • novel bicara hati part 1
      • Baju Cinta Nenek
      • Kisah Pontianak, Drakula dan Toyol
      • Kad Pengenalan Syaitan
      • Nasihat Untuk Bujang Terlajak
      • Pak Pandir di Lebuhraya
      • Ada Untung Wooo...
      • Disko XYZ
      • Si penjual telur
      • Adik-beradik
      • Lawak Kat Sekolah
      • Mouse Tersepit
      • Kaki Ayam
      • Penculik Yang Bangang
      • Khasiat Anggur Dan Pisang
      • Pertandingan Memancing
      • Surat Perokok Tegar
      • Tersalah rendam...
      • Kisah tiga anak dara
      • An Email for Bill Gates from the Indian Customer
      • Salah Tafsir
      • Top 10 Ways To Handle Stress
      • Don't Worry
      • Jet Li and Steven Spielberg Jokes
      • Angkat Beg
      • Rokok Dan Motosikal
      • Awek Bogel Naik Beca
      • Hadiah Dari Mak Mentua
      • 3 Sahabat Kemalangan
      • Cara Orang Tua
      • Zinadine Zidane
      • Tidur Seranjang Dengan Suami Orang
      • Shampoo, Sabun Dan Ubat Gigi Baba
      • Masalah Orang Tua
      • Juruterbang
      • Panggilan Sayang Untuk Isteri
      • Tangguh Lagi
      • Yang Paling Berharga
      • Penyakit Suami
      • Puisi Dari Suami Kepada Isteri Untuk Kahwin Lain
      • Menantu Hantu
      • Kisah Buang Bayi
      • Menantu Yang Luar Biasa
      • Robot Kesan Bohong
      • Sejarah Nama Negeri Pahang
      • Kentut
      • Senario Perkahwinan
      • Saat Indah Awal Perkahwinan
      • 5 Tips Tidak Di Rompak Oleh Pencuri
      • Dilema Seorang Lelaki Bergelar Doktor
      • Rahmat Dan Peguam (Isu Kahwin)
      • Lelaki Dambaan Wanita
      • Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun
      • Windows (Tingkap) Atau Windows (OS)
      • naik pangkat
      • terkesima
      • Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan
      • bangkai gajah
      • suami kedekut
      • kentut dalam kelas
      • mengapa perlu kahwin?
      • perihal bl0g
      • lawak-cik tina
    • ►  November (13)
 
Copyright © .. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block. Price India. Hostgator Coupon.