Qistina memandang sayu ke hadapan rumahnya.Halaman yang dilitupi oleh tanaman bunga yang di jaga rapi oleh ibunya.Bunga ini juga kadang kala teman ketika dia berasa ingin bercakap.Kepada bunga-bunga ini dia meluahkan segala pahit dan duka yang di alaminya selama ini.Kadang-kadang dia juga menolong ibunya menyirami bunga-bunga ini.Rumah mereka yang agak mewah ini, banyak ditutupi oleh bunga.Tak kira bunga hidup atau pun bunga palsu.Boleh di buat kedai bunga.Tiba-tiba dia berasa bahunya di sentuh.Lantas Qistina menoleh.
"Napa adik muram saja hari ini" Tanya Puan Miranti.Qistina membalas dengan senyuman pahit.
"Tak ada apa-apa mama.Adik Cuma binggung nak belajar di kolej mana.Dah nak masuk awal tahun…"luah Qistina.Dia sudah mendapat keputusan SPM.Agak cemerlang juga keputusan yang diperoleh.Kini dia binggung kolej mana yang harus dipohon.Puan Miranti tersenyum.
"Napa adik tak masuk universiti terus?Adik kan dapat keputusan baik…" Puan Miranti bertanya hairan.
Qistina berjalan lalu duduk di atas katil yang empuk.Kemudian di ikuti oleh Puan Miranti.
"Adik nak mula dari bawah dulu mama….." jawab Qistina perlahan.
Puan Miranti bingkas bangun seolah-olah teringatkan sesuatu.Dia pantas memandang ke arah perempuannya.
"Adik tahu tak yang adik dapat tawaran dari politeknik Seberang Perai??" Tanya Puan Miranti tergesa-gesa.
Qistina lantas menoleh kea rah Puan Miranti.Terdapat cahaya kegembiraan di wajahnya.
"Apa?Betul ke mama??Politeknik Seberang Perai??" Tanya Qistina bertalu.
Puan Miranti hanya megangguk perlahan.
"Tapi mama tak nak adik masuk politeknik.Mama lebih suka kalau adik masuk universiti terus…"
"Tapi mama, adik nak masuk poli dulu.Adik nak masuk poli tue..Mama tolong uruskan, boleh tak??" pujuk Qistina.
Puan Miranti agak hairan dengan perubahan mendadak anaknya.Mengapa anaknya itu hendak masuk poli.
"Adik napa adik tak nak ikut jejak 3 abang adik tue??"
Qistina tunduk.Sebenarnya Adam juga masuk politeknik tersebut.Jadi dia pun mahu dekat dengan Adam.Adam adalah jejaka yang Berjaya mencuri hati Qistina.Jejaka yang penuh berkarisma dan kacak.Bukan itu sahaja Adam juga baik dan peramah.Itu yang Berjaya menarik minta Qistina untuk terus berdamping dengan Adam.Lantas Qistina terkenang akan 3 abangnya, Qazam, Qais dan Qash.Ketiga-tiga abangnya sudah Berjaya di menara gading menggunakan platform universiti.Tapi Qistina ingin bersama Adam.
"Mama, kalau adik masuk U tapi adik tak suka, macam mana adik nak belajar?" Qistina cuba mengumpan Puan Miranti.
"Ermm, ye lah tue.Nanti mama suruh papa kamu uruskan" jawab Puan Miranti lalu keluar dari bilik anak perempuan tunggalnya.Qistina berasa sungguh gembira.Lantas di capai telefon bimbitnya.Di dail nombor Adam.Dadnya berdebar sementara menunggu jejaka itu menjawab panggilannya.
"Hello…" kedengaran suara yang amat dirinduinya itu.
"Hai, nie Qis…" jawan Qistina perlahan.
"Ha, Qis apa khabar??Macam mana dah buat keputusan nak masuk kolej mana??"
"Saya masuk politeknik ja..Kat Seberang Perai.."
"Ha, betul ker?Saya pun masuk sana..Dpatlah kita jumpa.Eh, awakkan dapat result bagus.Napa nak masuk poli??" Tanya Adam kehairanana.
Qistina buntut jawapan……
"Ermm, actually saya nak mula dari bawah dulu…Baru rasa best.." jawab Qistina.
Mereka berbual jampir sejam lamanya sebelum Adam mengundur diri.
Qistina kini sudah boleh menyesuaikan diri dengan alam politeknik.Dia juga dapat ramai kawan antara kawan yang paling rapat dengannya ialah Adriena.Qistina hanya panggilnya dengan panggilan Reen.Dia juga merupakan roommate Qistina.Qistina banyak menceritakan tentang Adam kepada Reen.
"Qis, aku jumpa hero kau kat kampus tadi…"
"Sapa?Adam?" Qistina seolah-olah mengerti.Sememangnya Adam adalah heronya.Hero yang paling best.
"Ye lah sapa lagi hero kau kalau bukan Adam.Tapi ada bad news lah…."
Qistina mula tidak sedap hati.Takut!!
"Apa bad new?" Tanya Qistina gelabah.
"Kat kampus mula heboh yang Adam kini kawan denga Elly.Depa pun selalu jalan dua"
Qistina mula rasa semacam.Dia kenal Elly.Orangnya cantik juga.Ramai lelaki yang mendambakan teman wanita seperti Elly.Elly pandai dressing dan bergaya.Qistina terasa yang kedudukannya mula tergugat.
"Macam mana nie?Kalau Adam suka kat Elly macam mana??"
Reen hanya tersenyum pahit sambil menjuihkan bahunya.
"Kalau Elly ambil Adam, kau terima je lah Zaki.Dah lama dia tunggu kau.Kau yang jual mahal…." Rungut Reen.
Reen kenal akan Zaki tue.Orangnya baik dan sopan.Zaki jugalah yang meluahkan kepada Reen perasaannya kepada Qistina.Tapi sahabatnya itu tak mahu terima Zaki kerana hatinya hanya pada Adam.
:Ishh, kau nie.Macam mana nak terima Zaki kalau hati kat orang lain"
"Alah kalau hero kau tue suka kat kau tak pe lah jugak.Nie tak, kau jer yang tergila-gilakan dia…" balas Reen.
Qistina terkesima.Memang betul apa yang Reen cakap.Dia sahaja yang regila-gilakan Adam, tapi Adam bukan minat kat dia pun.Tapi dia dah jatuh hati kat Adam bukan Zaki.Zaki dianggapnya sebagai teman sekuliah dan tak lebih dari itu.Dia tidak kisah jika Zaki masih lagi menyimpan perasaan kepadanya.
"Qis, aku tak tahu nak cakap apa dah kat kau.Baik kita suka kat orang yang suka kat kita, bukan kita yang suka kat orang tue.Tie dah tak berbaloi…" jawab Reen sambil bangun keluar dari bilik.
Qistina hanya mampu termenung.Memikirkan semula apa yang di cakap oleh sahabatnya itu.Memang setiap kata yang ditutur oleh sahabatnya itu benar belaka tetapi hanya dia yang tidak dapat menerima hakikat sebenar.Oh Adam!!!!
Qistina berjalan sampan berpimpinan dengan Reen.Dalam perjalanan mereka bertembung dengan Zaki.Qistina hanya memandang ke lantai.
"Hai Qis…" sapa Zaki.
Qistina diam.Dia segera menarik Reen untuk segera berlalu.
"Qis napa dengan kau nie…" marah Reen.
"Tak ada apa-apa..Napa?"
"Yang kau tarik tangan aku napa?Zaki tadi sapa kau napa tak balas?"
Qistina menjadi serba salah.Tiba-tiba Adam dan Elly berjalan.Mereka berpimpin tangan.Qistina terkejut!!
"Hai Qis…" sapa Adam.
"Ha, hai!!" jawab Qistina dalam terkejut.Dia segera menoleh kea rah Reen.
"Tak balik lagi ker??" Tanya Adam.
Elly mula menunjukan riak muka yang tidak senang.
"La, darling jom lah..I dah lapar nie.." runggut Elly.
Qistina bagai di tampar.Adam segera berlalu tanpa memberi salam.
"Ha, kau dah Nampak dah kan!!"
Qistina mengangguk perlahan.Kini dia sedar yang Adam bukan lagi heronya.Adam bukan miliknya.Tanpa di sedar air matanya mengalir.Dia sangat pedih.
"Hey, Qis napa ngan kau!!"
Qistina diam.Dia terus berlari balik ke biliknya.Dia terpaksa ponteng kuliahnya hari ini.Dia memang tidak ada mood untuk belajar.Adam telah musnahkannya.Qistina cuba untuk membuang nama Adam jauh-jauh dari benaknya tetap dia gagal.Nama itu masih lagi melayang-layang.Dia meraung!!!
Reen hanya mampu melihat sahabatnya berkurung di dalam bilik.Di bilik kuliah sudah banyak kali dia di tegur oleh lecture.
"Qis, yang berlalu tue biarlah…Jangan di fikirkan lagi…" Reen cuba memberi semangat.Namun tidak Berjaya.
"Qis, janganlah macam nie.Kau daaing sini untuk belajar.Lupakanlah Adam kau tue.Nanti dia bakal jadi pemusnah kerjaya kau" Reen mencuba lagi.
"Reen, aku tahu aku bertepuk sebelah tangan…" jawab Qistina perlahan.
"Ermm, tahu pun.Qis baik kau lupakan apa yang berlaku dan mulakan hidup baru tanpa hero kau tue.Adam nothing.He meaningless to you…." Pujuk Reen lagi.
Qistina menangguk perlahan.Dia mengerti.Adam hanya untuk Elly.Qistina hanya untuk…???Zaki??? Impposible.Hatinya bukan untuk Zaki.Dia tidak mahu menghampakan Zaki dengan kasihnya yang palsu.Tapi hatinya akur Zaki memang baik.
Zaki menguis tanah di bawah.Dia masih lagi merenung jauh ke laut.Entah kenapa sekarang masanya lebih memikirkan Qistina walaupun dia tahu yang Qistina tidak akan menerima cintanya.
"Zaki, apa yang kau fikirkan tue?..." tegur rakan karibnya, Ijat.
Zaki lantas menoleh kea rah sahabtanya sambil tersenyum hamper.Ijat tidak akan mengerti gelora di hatinya itu.Ijat beruntung kerana memiliki Ikin sebagai kekasih.Ikin tue baik.Bertudung pulak tue.
"Entahlah Ijat.Aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan sekarang nie.Aku runsing sekarang nie…" jawab Zaki yang masih lagi memandang sepi kea rah laut.
Ijat yang seperti memahami sahabatnya itu mula bersuara.
"Zaki aku tahu perasaan kau terhadap Qistina tue.Tapi tak silap aku dia ada hati kat Adam.Khabar anginlah tapi tak tau lah betul ke tah"
"Aku tahu.Tapi Adam kan suka kat Elly.Tak kan Qis tak sedar lagi kot.." Zaki cuba memberi harapan pada dirinya sendiri.
"Entahlah Zaki..Hati perempuan mana kita nak tahu.Ikin pun aku nak dapat lama jugak.Perempuan nie lebih berhati-hati skit.Kita nie ja yang terburu-buru.Lama-lama baru nak merana…" Ijat menceritakan pengalamannya.
Zaki tersenyum.Memang benar apa yang dikatakan oleh Ijat itu.Perenpuan memang susah untuk dimiliki.Masa untuk menilai mereka sudah mengambil masa yang lama.Tapi apabila terkenang masa pertama bertemu dengan Qistina dia tersenyum.Pertemuan pertama mereka adalah ketika di majlis suai kenal.Qistina hadir dengan ringkas.Berbaju kurung dan solekan yang tipis.Tapi itu yang menarik perhatiannya.Qistina memang istimewa buat dirinya.Zaki akur, ramai juga perempuan di luar sana pernah meluahkan perasaan mereka kepadanya tapi mereka semua tidak sehebat dan seistimewa Qistina.
"Dah lah jom kita balik…Dah nak dekat Asar nie.Nanti terlepas pula saolat aku"
Zaki turut bangun dan berlalu pergi.
2
Qistina berasa lapang sedikit dapat pulang ke rumahnya.Sudah dua minggu dia tidak menjejak kaki ke rumahnya.Tersa rindu pulak.Nasibnya agak baik kerana saat dia pulang, ketiga-tiga abangnya sudah pulang dari oversea.Makin riuhlah rumah mereka.
"Mama bosan tau masa adik pergi.Papa kamu selalu balik lambat.Mama duduk sorang-sorang.." kata Puan Miranti sedikit merajuk.
Qistina tersenyum.
"Adik pun rindu mama tau.Malam tak leh nak tidur teringatkan mama…" ujar Qistina sambil memeluk ibunya itu.
"Nampaknya mama dah lupa ker anak yang ada kat oversea tue??" Qazam bersuara.
"Abang tahu tak, adik pun dah lupa yang ada 3 abang.Lama sangat duduk kat sana…" kata Qistina sambil tergelak kecil.
Encik Syed hanya tersenyum memandang gelagat keempat-empat anaknya itu.Dalam semua anaknya itu, dia paling rapat dengan Qash kerana anak terunanya itu memiliki minat yang sama dalam bidang perniagaan.Oleh itu, dia selalu memberi perhatian yang lebih kepada Qash.Namun ini tidak bermaksud anaknya yang lain dipinggirkan.Qazam, Qais dan Qistina turut dicurahkan kasih saying yang sama rata.Qistina merupakan anak yang paling manja kerana dia adalah anak tunggal perempuan dalam keluarganya.
"Papa, besok kita pergi rumah Pak Long.Dah lama tak jumpa.Adik rindu lah…"
Puan Miranti juga seperti bersetuju dengan cadangan anaknya itu.
"Ye lah bang, lama kita tak jenguk sana.Apa pula cakap mereka nanti…"
"Baiklah…" Encik Syed memberi kata putus.
Rumah di Sungai Buloh itu kecoh dengan suara anak saudara Qistina.Amirul, Dayana dan Izati memang rapat benar denganya.Oleh kerana Qistina dan keluarga sahaja yang tinggal berdekatan dengan mereka, ikatan kekeluargaan antara mereka rapat sedikit.
"Mak Long ada masak ikan keli masak lemak khas buat Qaish.Kan Qaish suka masakan Mak Long kan…."
Abang Qaish hanya tersenyum.Dia memang suka akan masakan Mak Longnya itu.Mmenag enak.
"Ermm, Miranti bila kami nak merasa nasi minyak anak kau tue.Yang sulung belum tunjuk tanda lagi ker??" Pak Long menyakat.
Abang Qazam kelihatan tersipu malu.
"Insyaallah dalam masa terdekat nie…." Jawan Encik Syed.
Qistina melepaskan penatnya di atas katilnya.Reen sudah enak di buai mimpi yang indah.Qistina pantas mencapai telefon bimbitnya itu.Pesanan ringkas dari Zaki di baca sekali lagi.
Qis, sy tahu sy hnya teman wat awk.Tapi saya x pernah anggap mcm tue.Perasaan sy buat awk lain.Saya cintakan awk.Sy harap awk dapat trima saya.Tolong bg jwpn scepat yng mngkin….. ZAKI
Qistina binggung.Dia masih lagi tiada perasaan yang lain buat Zaki.Dia kasihan melihat Zaki yang masih lagi menagih kasih.Dia teringatkan Adam.Dia tidak mahu Zaki seperti Adam.Dia tidak mahu merasa lagi pedih dalam cinta.Dan Zaki.Dia akan cuba melupakan Zaki seboleh-bolehnya.Dia tidak mahu melukakan Zaki.I’m soory Zaki…..
Qistina berjalan berpimpin dengan Reen ke bilik kuliah.Dia segera masuk.Tempat duduk sudah terisi penuh.Reen juga sudah mendapat tempat duduk.Hanya satu sahaja tempat duduk yang masih lagi kosong.Tapi….disebelah Zaki…Oh!!!!Qistina berjalan lemah ke tempat duduk.Dia segera melabuhkan punggungnya itu.Qistina seboleh-bolehnya tidak mahu memandang kea rah Zaki.
"Awak dapat tak SMS saya?" Zaki mula memulakan bicara.
Qistina terserentak.Apa yang harus di jawabnya..
"Dah…" jawab Qistina perlahan.
"Napa tak balas?"
Ini merupakan masa yang baik untuk berterus-terang dengan Zaki.Lagipun pensyarah belum masuk lagi.Qistina segera menoleh kea rah Zaki.Memandang tepat kea rah bola matanya.
"Zaki, look here.Actually, sehingga sekarang tiada sekelumit pun perasaan terhadap awak.Saya tak nak sakitkan hati awak tapi awak yang mendesak.Saya masih tak dapat nak terima cinta awak lagi.Saya harap awak faham keadaan saya…" luah Qistina.Terasa ringan sedikit bebanannya.Dia kembali menoleh kea rah hadapan.Menunggu masa pensyarah untuk dating.Zaki masih lagi memandang kea rah Qistina.Tanpa disedari Zaki bangun dan terus keluar dari bilik kuliah.Qistina tergamam.Semua mata memandang ke arahnya.Dia menjadi serba salah.Oleh kerana banyak sangat mata yang memandang, Qistina juga mengambil langkah seperti Zaki.Dia keluar dari bilik kuliah dan cuba mencari Zaki.Dia mengejar Zaki.
"Zaki wait!!" teriaknya.
Zaki berhenti.Tanpa menoleh.
"Zaki what happen to you.Saya bagi tahu kebenaran…"
"Dan saya terima.."
"Then kenapa awak keluar dari bilik kuliah??" Tanya Qistina.
Zaki menoleh ke belakang.Dia memandang Qistina yang masih lagi menggalas beg tangan yang berisi dengan buku rujukan.
"Its my privacy…" jawab Zaki terus beredar.
Qistina diam sebentar.Dia tidak tahu mana arah tujunya sekarang.Jika balik ke bilik kuliah, nanti akan kecoh.Lebih baik dia balik ke biliknya semula.Tiba-tiba telefon bimbitnya verdering.Nama Reen terpampang di skrin itu dengan jelas.Dia tahu apa apa hajat Reen menelefonnya.Dia lantas mematikan telefon dan terus beredar.
Kecoh habis politeknik akan kisah cinta Zaki dan Qistina.Ini membuatkan pasangan itu mengambil keputusan mendiamkan diri.Reen juga tak habis-habis bertanyakan cerita itu kepadanya tetapi dia hanya mendiamkan diri sahaja.
"Qis, bagi tau lah apa jadi masa kau duduk sebelah Zaki tue?" Tanya Reen tidak sabar.
"Tak ada apa-apa lah.Kau boleh tak jangan Tanya lagi sebab tue?Aku dah penat dah nak jawab tau tak…."
Reen segera berlalu pergi tanda merajuk.Qistina mengeluh perlahan.Dia tahu rajuk Reen sekejap sahaja.Dia kenal benar akan perangai kebudakan Reen.Oleh kerana itulah dia semakin rapat dengan seorang gadis yang bernama Adriena itu.Qistina tersenyum hambar.
"Qis, soory kalau aku kacau privacy kau…" Reen tiba-tiba bersuara selepas mendiamkan diri.
Qistina lantas menoleh dan tersenyum.Kan dia dah kata rajuk Reen sekejap sahaja.
"Reen, aku bukan nak sembunyi apa-apa dari kau.Cuma aku tak nak perkara kecil nie dihebohkan"
"Aku faham Qis.Tak per lah kau simpan sahajalah rahsia kau.Aku tak akan Tanya apa-apa lagi dari kau.Bila kau rasa perlu teman nak luahkan apa-apa, jangan risau aku ada untuk kau" jawab Reen.
Qistina beruntung kerana memiliki sahabat seperti Reen.Reen memang perempuan yang baik baginya.Dia memang ingin kenalkan Reen kepada mamanya nanti.
"Thanks Reen…."
Reen tiba-tiba mula menunjukan muka yang berubah.Qistina dapat menangkap perubahan itu.
"Napa Reen??"
"Actually Qis aku ada benda sikit nak bagi tau kat kau…" Reen bersuara perlahan.
"Apa dia??" Tanya Qistina ingin tahu.
"Sebenarnya…..Zaki….dia… kemalangan!"
"Ha?Apa? Kemalangan?!"
Qistina memandang sayu kea rah sekujur tubuh di hadapannya.Air mata menitis perlahan lalu jatuh.Dia menyesal dengan apa yang terjadi kepada Zaki.
"Qis….."
Qistina lantas memandang ke arah tubuh itu..
"Zaki…" Qistina memanggil perlahan.
"I’m really soory.Saya dah susahkan awak…
Qistina tidak dapat menahan air mata lalu menangis teresak-esak di hadapan Zaki.Hati wanitanya tidak dapat menahan rasa pilu lagi.Kasihan melihat keadaan Zaki.
"Zaki….Napa awak macam nie??"
Zaki masih lagi memandang kea rah Qistina.Perasaan pada wanita di hadapannya masih lagi tebal.Tidak akan pudar sama sekali.Biarpun Qistina membencinya sekali pun.
"Qis saya mintak maaf........" Zaki berkata perlahan.
Qistina masih lagi menghamburkan air mata.Dia kesal dengan apa yang berlaku.Dia menyalahkan dirinya dengan apa yang terjadi pada Zaki.Jika dia tidak berkasar sudah tentu Zaki tidak terlantar begini.
"Saya tahu saya punca awak jadi begini.Im really soory" ujar Qistina sambil mengesat air mata.
"Tak! Bukan , salah saya…"
Qistina pantas melihat wajah Zaki.
"Salah awak?"
Dengan tersengih-sengih Zaki menjawab…" Kalau tak lintas jalan elok-elok, mestilah kena langgar.."
Kedua-dua mereka ketawa.
Sejak kejadian tersebut. Qistina dan Zaki menjadi rapat.Tapi Qistina masih tidak dapat lagi menerima Zaki.Zaki amat memahami dan tidak pernah mendesak Qistina untuk menerimanya.
"Qis, kau tahu tak Adam dengan Elly tue kan dah breake dah tau…." Kata Reen ketika mereka sedang makan di cafeteria.
"Apa.." Tanya Qistina kurang percaya.Air yang diminumnya hampir sahaja tersembur.
""Ye lah.Adam now is solo…."
Qistina kelihatan agak gembira.Tiba-tiba Zaki menuju ke arah mereka.Qistina memberi isyarat kepada Reen agar tidak membincangkan perihal Adam di hadapan Zaki.Reen mengangguk faham.
"Hey, tengah wat per.." sapa Zaki.
"Tengah minum lah, tak kan tak Nampak kot…" jawab Reen dalam nada memerli.
Qistina ketawa kecil.
Zaki seperti menahan malu.
"Napa Zaki tak keluar ngan kawan ke?" Tanya Qistina pantas.
"Tak, tak ada mood lah hari nie…Ingat nak duduk dalam bilik ja kot…" selamba Zaki menjawab.
"Owh… Tak ada mood ke atau nak keluar ngan Qistina?" pantas Reen menyakat.
Zaki sekali lagi malu.Dia memandang ke arah Reen dengan pandangan yang tajam.
"Ooops, someone is angry…Better aku chow dulu.." jawab Reen lalu terus beredar.
"Reen!!!" jerit Qistina namun Reen terus beredar.
Qsitina kembali memandang kea rah Zaki.Zaki hanya tersenyum pahit.
"Lepas nie Qis nak pergi mana?" Tanya Zaki.
"Errrm, Qis ingat nak balik bilik and packing barang.Besok Qis nak balik…"
Zaki mengangguk tanda faham.
"Okeylah, Zaki, Qis balik dulu…." Qis kurang selesa berdua-dua dengan Zaki.
"Okey…"
Zaki hanya melihat kelibat wanita idamannya beredar.
Puan Miranti kelihatan gembira Qsitina pulang.Hilang sedikit rindu kepada anak perempuannya itu.
"Adik, mama rindu sangat kat adik tahu tak…"
"Mama……Adik pun dua kali ganda rindu kat mama…" jawab Qistina sambil memeluk lengan ibunya itu.
Qais, Qazam dan Qash hanya memandang sambil tersenyum.Memang kedua-dua beranak itu begitu rapat.Kadang-kadang mereka pun cemburu.
"Adik tak ingat kat abang ke?..." Qazam bersuara.
Qistina bangun lalu duduk di sebelah abangnya itu.
"Mana adik leh lupa abang.Abangkan my finance…"
"Ha?Oooo, selama nie adik ingat macam tue??" Qazam bangun menghambat adiknya yang sudah mula berlari.
Puan Miranti tersenyum melihat gelagat anak-anaknya
3
Reen memandang Qistina yang seperti kemaruk sesuatu.Dari tadi Qistina seperti tidak boleh berenggang dengan telefon bimbitnya itu.
"Hey Qis napa ngan kau nie?" Tanya Reen apabila mula hilang sabar dengan perangai Qistina.
Qistina terkejut apabila tiba-tiba disembur soalan sebegitu.Dia memandang Reen kemudianya tersenyum.
"Aku tunggu panggilan dari seseorang ler…" jawabnya sambil tersenggih.
Reen mengerut dahi.Dari seseorang istimewa???
"Sapa plak"
Qistina menghadiahi seukir senyuman sebelum menjawab.." Adam…."
Reen bingkas bangun dan menuju kea rah sahabatnya itu.
"Apa?? Adam?? Mimpi apa pulak dia nak telefon kau nie?"
"Tadi kami bertembung kat depan library.Pastu kami sembang, then kawan dia panggil dia masuk library and dia sebelum masuk kata dia nanti telefon aku!!!"
Reen kelihatan kurang senang.Adakah Qistina masih lagi menyimpan perassaan kepada jejaka itu.Adam baik orangnya tapi Zaki seribu kali ganda baik.
"Kau tak nak terima Zaki ke?" Tanya Reen sambil memeluk bantal busuknya.
Qistina diam.Zaki?? Zaki memang baik tapi hatinya bukan pada teruna itu.Hanya Adam.
"Reen, aku tak boleh terima Zaki lah.Dia memang baik tapi aku tak boleh terima dia la.."
"Entahlah Qis, aku tak taulah cinta tiga segi korang nie…"
Adam dan Qistina berjalan seiring menuju kea rah Cafeteria.Pelajar lain melihat dengan jelingan yang tajam terutamanya kaum hawa.Mungkin cemburu melihat Qistina berdampingan dengan Adam.Siapa tak kenal Adam, jejaka kegilaan ramai penuntut wanita.Mereka mengambil tempat yang agak hujung sekali.
"Napa Adam nak jumpa Qis?...." Qistina memulakan bicara.
Adam kelihatan kaget untuk menjawab pertanyaan Qistina.Dia tunduk sambil memandang lantai.Qistina mula risau melihat perubahan daripada Adam.
"Adam ada masalah ke?"
Adam masih lagi membisu.Namun setelah beberapa minit mendiam, Adam akhirnya mula bersuara.
"Qis sebenarnya Adam ada benda sikit nak cakap dengan Qis.."
Qistina mula membetulkan duduknya kea rah posisi yang lebih selesa.
"Apa?...."
"Sebenarnya Adam… Adam…"
Qistina mula tidak senang melihat Adam seolah-olah cuba menyebunyikan sesuatu daripadanya.
"Adam… just straight to the point.."
"Adam sebenarnya sudah jatuh hati kat Qis…" akhirnya Adam Berjaya meluahkan jua.
Qistina terlopong.Adam meminatinya??Yahoo!!! Akhirnya heronya melamarnya.Huh, akhirnya Adam mengerti juga cintanya.
"Qis, Adam tak paksa dalam hal nie.."
"Adam… actually Qis dah lama minta kat Adam, Cuma takut je nak luah…" jawab Qis jujur.
Riak wajah Adam menunjukan dia agak senang dengan jawapan wanita di hadapannya itu.
"Qis… Betulkah apa yang Qis katakan nie?" Tanya Adam untuk memastikan apa yang didengarinya itu benar.
Qistina mengangguk kepala.
Heboh satu politeknik kisah percintaan antara Adam dan Qistina.Zaki agak kecewa dengan khabar itu.Dia masih lagi dengan harapan yang Qistina akan menerimanya satu hari nanti.Biarpun Qistina kini bahagia dengan jejaka idamanya, Zaki akan terus menanti Qistina.Hatinya tidak dapat melupakan gadis tersebut.
"Zaki…." Ijat memanggil.
Zaki lantas mendongak.Dia tersenyum pahit.Ijatlah yang paling memahaminya.Dia tidak kekok untuk menceritakan segala perasaannya terhadap Ijat.Ijat seorang kawan yang amat memahaminya.
"Zaki, aku tahu perasaan kau, tapi kau kena terima hakikat yang Qis dah jadi milik orang lain…"
Zaki tersenyum hambar.Sudah banyak kali Ijat mengatakan perkara yang sama tapi ini tidak akan memadam cintanya itu.
"Ijat, walau apapun yang terjadi aku tak kan lupakan Qis..Dia cinta pertama aku.Macam mana aku nak lupakan dia.." luah Zaki.
Memang benar.Sebelum ini belum pernah ada gadis lain yang singgah di hatinya itu.Cuma seorang yang Berjaya iaitu gadis bernama Qistina Adayana.
"Entahlah Zaki, aku pun tak tahu macam mana nak pujuk hati kau lagi.." ujar Ijat lalu berlalu pergi.Biarlah hati sahabatnya itu bersendirian sekejap.
Ini adalah kali pertama Reen dapat meluangkan masa dengan Qistina.Sejak berpancaran dengan Adam, belum pernah lagi dia keluar lunch dengan sahabatnya itu.
"Qis, kau dah lupa aku…." Reen mula merajuk dengan perubahan sikap Qistina.
"Mana ada.Bila aku balik bilik kau dah tidur…"
"Ye lah, kau balik bilik pun jam 10..Kau kan tahu lepas sembahyang Isyak aku dah tidur…"
Qistina serba salah.Sjak berkawan dengan Adam, dia sukar untuk meluangkan masa dengan sahabtanya sendiri.Dia harus berkepit dengan Adam 24 jam.Kalau tidak heronya itu akan merajuk.
"Soory lah Reen, aku bukan tak nak spend time ngan kau tapi, Adam…"
Reen mula hairan.Apa kena mengena Adam dalam hal nie.
"Napa dengan Adam kau tue?"
"Kalau aku pisah dengan dia seminit pun dia akan merajuk…"
"Eee, aku tak suka lah lelaki macam boy kau tue…Macam perempuan.." rungut Reen.
Qistina hanya tersenyum.Dia pun kurang senang dengan Adam.Adam harus faham yang dia juga harus lepak bersama kawan-kawan yang lain.Ahhh, baru dia teringat..Zaki!! Lama dia tidak dengan khabar dari jejaka itu.Merajuk ke dia?
"Lama aku tak Nampak Zaki.Dia tak lepak dengan kau dah ke?"
"Tak dah..Ye lah, kau kan dah dapat Adam.Dia nak tackle sapa lagi?" ujar Reen.
Qistina seperti rasa bersalah dengan perubahan pada Zaki.
"Dia ada mana sekarang.."
"Entah dah lama aku tak jumpa dia dah..Entah-entah dia dah keluar dari poli nie.."
Qistina berlari dengan pantas untuk mendapatkan Ijat yang sedang berjalan dengan Ikin.
"Ijat….!"
Ijat lantas menoleh.
"Ijat, ada Nampak Zaki tak?"
Ijat tunduk melihat lantai.Dia tidak tahu sama ada harus memberitahu Qistina tentang perkara ini ataupun tidak.
"Ijat… Mana Zaki?"
Ijat menarik nafas yang panjang.Dia memandang tepat pada bebola mata Qistina.
"Qis, Zaki dah pergi London…" jawab Ijat sambil menarik tangan Ikin pergi.
Qistina tergamam.Zaki ke London?
Dia mula berasa bersalah.Adakah Zaki pergi ke London kerana dia tidak menyambut cintanya?
Arhh!! Banyak perkara yang menyinggah benaknya.Zaki!
Kini telah 5 tahun berlalu…
Qistina kini mencapai hidup bahagia bersama Adam.Adam sudah berubah.Dia bukan lagi playboy, tetapi lelaki yang setia padanya.Adam menyintainya sepenuh hatinya.
"Qis, kau dah hantar laporan pada bos tak?" satu suara mematahkan lamunannya.Qistina lantas mendongak mencari siapa gerangan suara itu.Kemudian satu senyuman terukir di bibirnya..Gerangan suara itu adalah Nora, gadis yang kampong yang mencari reeki di Bandar.
"Dah, Nora…Eh, sekarang waktu lunch kan?"
"Ye lah Qis..Kau tue mengelamun sampai lupa perut dah berbunyi.."
Qistina tersengih.
"Mesti Adam tunggu aku kat bawah.Nanti kita jumpa ok.." lantas saja Qistina mencapai beg tangannya dan terus berlalu pergi.Dia berlari anak-anak menuju ke lif.
"Soory Adam..Qis lambat lagi.." mohon Qistina pada jejaka idamannya itu.
Adam menunjukan raut muka merajuk.
"Alah soory la…Qis terlupa dah sampai waktu lunch tadi…" jawab Qistina sambil memeluk lengan Adam.
Adam masih lagi dengan raut mukanya itu.
"Adam…Soory ler..Okey hari nie biar Qistina yang belanja okey?"
"Tak payah…Nak makan mana?" Tanya Adam dengan wajah yangs serius.
Qistina kurang senang sedikit dengan sikap Adam hari nie.Kalau sebelum nie rajuk Adam sekejap aja.Tapi hari nie berpanjangan pulak.
"Napa Adam nie? Ada masalah kat pejabat ke?" Tanya Qistina
Adam masih lagi membisu.Dia masih lagi menumpukan perhatian pada pemanduannya itu.
"Adam…!" panggil Qistina dengan suara yang sedikit tinggi.
Adam terserentak.Dia lantas menoleh.Butir-butir jernih jatuh dari kelopak mata Qistina.Adam mula gelabah.
"Qis..!Napa nie?" Tanya Adam sambil memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.
Qistina menoleh ke arah lain.
"Soory la, Adam tak bermaksud nak buat macam tue kat Qis.."
Qistina lantas menoleh kea rah Adam.Dia memandang tepat pada matannya itu.
"Napa Adam dah tak suka kat Qis ker..?" Tanyanya dalam esakan.
"Bukan macam tue lah sayang.Adam Cuma nak main-main je dengan sayang..Salah ke?" jawab Adam sambil memeluk bahu Qistina.
Qistina mengelap air mata.Tapi hatinya masih lagi terguris dengan Adam.
"Tapi Qis tak sanggup tengok Adam masam muka dengan Qis.."
"Okey, Adam tak buat lagi kat sayang okey?.."
Qistina mengangguk kepalanya.
"I love u sayang.." jawan Adam sambil mengucup dahi Qistina.
Qistina tersenyum hambar tapi bahagia.
Qistina melabuhkan badanya pada katilnya itu.Huh!! Tiba-tiba pintu biliknya terkuak.Satu tubuh masuk.
"Napa Nampak letih sangat anak mama nie…"
Qistina tersenyum.
"Tak lah mama.Adik cuma baring jer..Mama dah makan?" Tanya Qistina.
"Belum lagi, mama tunggu adik ler.."
Qistina lantas bangun.
"Mama, kan adik dah kata adik akan balik lambat.Lepas nie jangan tunggu adik lagi.." jawab Qistina dengan nada tegas.
"Napa adik dah makan ke?"
"Iyelah, adik dah makan dengan Adam tadi.Sekarang nie adik kenyang sangat.Mama pergilah makan..Nak adik teman ke?"
Puan Miranti sedikit kecewa kerana sekali lagi dia gagal untuk makan bersama dengan anaknya itu.
"Tak per, mama dah tak lalu nak makan dah..Selamat malam.." jawaB Puan Miranti terus keluar.
"Mama…." Tapi Puan Miranti terus berlalu pergi.
Qistina segera bangun dan mengekori mamanya sampai ke bilik.Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Puan Miranti.
"Mama, kan adik dah kata, yang kerja adik memerlukan adik pulang lewat dan terpaksa makan kat luar.Mama jangan tunggu adik.Nnati mama yang jatuh sakit…" ujar Qistina sambil memeluk tubuh mama kesayanganya itu.
Puan Miranti masih lagi membisu.Qistina melepaskan satu keluhan yang berat.
"Mama…Jangan lah macam nie..Adik tak suka mama buat macam nie…"
"Adik, mama penat.Adik pergi tidur.."
Qistina masih lagi tidak berganjak dari tempatnya itu.Dia memandang tepat pada mamanya.
"Mama, adik dah tak tahu macam mana pujuk mama lagi.Good night!!" jawab Qistina sambil berlalu pergi.
Puan Miranti hanya memandang tubuh anaknya dengan pandangan yang sepi.
Dia perasan sejak anaknya memasuki alam pekerjaan, perhubungan mereka sedikit renggang.Qistina sudah berpunya.Sudah tentu masanya banyak dihabiskan bersama Adam berbanding dirinya ini.Puan Miranti kini mula mengerti erti kesepian.Suaminya selalu pulang lewat dan mereka jarang dapat bersama.Anak-anak terunanya pulak sibuk bekerja selepas hampir 4 tahun di oversea.Dia benar-benar perlukan seseorang untuk meluahkan isi hatinya itu.
0 comments:
Post a Comment
tHaNk yOu...