skip to main | skip to sidebar

.

Tuesday, December 7, 2010

novel bicara hati part 1

"Awak dah gila ke? awak ingat saya ni perempuan murahan?" marah Zahlia sambil membeliakkan mata. Tengku syahran berasa gerun melihat wajah bengis gadis yang bertudung di hadapannya itu. Nampak lembut tapi garang.
Tengku syahran masih ingat lagi peristiwa seminggu yang lalu. Kereta Honda Preludenya telah dilangar oleh kereta gadis itu. Tengku syahran sungguh geram. Ingin sahaja ditengking gadis itu yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Alia.
Dahlah hatiku tengah panas dengan kerenah mak yang suka-suka nak kawinkan kaku dengan Linda. Ini pulak, kereta kesayanganku kena balun,bisiknya.
:Tolonglah Cik Alia! Cik Alia ajelah yang dapat tolong saya sekarang ni!" rayu Tengku syahran.
"Tapi... " Zahlia jadi serba salah.

Memang Zahlia terhutang budi dengan Tengku syahran kerana tidak meminta wang ketika keretanya dilanggar. Tapi takkanlah kerana ingin membalas budi,dia perlu mengorbankan hidupnya? Menjadi isteri buat lelaki yang baru dikenalinya seminggu yang lalu.
"Tolonglah Cik Alia, jadi isteri saya. Itu ajr permintaan saya!" Ayat itu masih tergiang-giang di telinganya.
"Arghh!!!!" Zahlia menjerit sambil menumbuk-numbuk meja yang berada di hadapannya. Biar satu dunia tahu dan dengar kebuntuannya ketika itu.
"Bagaimana? setuju? Kita kawin, bukan buat apa. Saya cuma nak minta tolong Cik Alia berlakon depn mak saya aje. Saya janji takkan ganggu Cik Alia selepas segala-galanya selesai."

"Amboi-amboi senangnya awak cakap! Awak tu lelaki, bolehlah cakap macam tu. I'm a woman.Kalau apa-apa berlaku, lelaki mana yang nakkan saya lagi?" petah Zahlia menghuraikan hujah.
Tengku syahran terdiam seketika. Dia terlupa untuk memikirkan hal itu. Selama ini fikirannya kacau memikirkan paksaan emaknya yang mahu dia berkahwin dengan Linda. Tengku syahran tidakmahu menurut kerana Linda tidak dicintai.
"Mak mahu kamu berkahwin dengan Linda! Mak dah bincang dengan Dati Rohana dan dia setuju!" Permintaan emaknya kedengaran lagi.
Tengku syahran memicit-micitkan kpalanya. Tiba-tiba sahaja dia terasa pening. Otaknya berserabut lagi dan dia perlukan seseorang untuk meringankan beban itu.
"Encik syah! kalau awak nak buat keputusan, fikir dulu masalah yang akan timbul. Ini tak, main rempuh aje. Sorrylah... I can't accept your offer."
Zahlia Bingkas berdiri Dia berkira-kira untuk meninggalkan tempat itu. Suka-suka hati dia nak ajak aku kahwin guna cara tu! Gila... dia ingat aku ni perempuan yang senang ditolak dan ditarik sesuka hati. Boleh blahlah!!!
"Cik Alia! saya betul-betul perlukan bantuan Cik Alia. Cik Alia mintalah berapa banyak wang yang Cik Alia mahu, saya sanggup bayar dengan syarat Cik Alia terima tawaran jadi isteri saya."
Zahlia terlopong mendengarnya. Ini dah kes berat. Nahas kalau mak aku tahu! Hatinya berdetik.
"Boleh?"
"Encik syah, please! Jangan paksa saya. Lelaki jenis apa awak ni? Awak ingat kahwin tu perkara main-main ke? Kalau ini caranya nak mencipta ikatan, baik tak usah. Saya tak mahu jadi seorang hamba yang dibenci Allah. Menganggap perkahwinan sesuatu yang boleh ditolak tepi" Panjang lebar Zahlia berkata seterusnya membuatkan Tengku syahran terdiam.
"Saya tahu tapi saya bingung. Saya tak mahu berkahwin dengan gadis pilihan mak saya. Saya dah masak dengan perangai dia!" Tengku syahran bersuara lemah.
"Tolonglah Cik Alia. Kita bernikah seperti biasa. Saya takkan ganggu hak privasi cik Alia. Perjanjian kita lakukan secara peribadi."
"Dan saya terjebak dalam keluarga awak?"
"Tak ada pilihan lain. Itu aje yang mampu saya minta dari awak,please!"Tengku syahran masih merayu.
Zahlia mengalihkan pandangannya ke luar restoran. Berharap ada seseorang yang lalu dan dapat membantunya ketika itu. Terbayang wajah puan Azizah di ruang mata. Teringat Razif yang masih terlantar sakit di hospital dan wajah lembut Fatimah bagaikan menggamit dirinya dengan persaaan berdebar.
"Cik Alia, tolonglah... ."
"Saya takut nak ambil risiko ni. Bagaimana saya nak tahu yang awak ni jujur? Sedangkan kita baru kenal seminggu. Lagipun saya tak pernah terfikir untuk berkahwin dalam waktu terdekat ni."
"Tapi Cik Alia... ."
"Tolong Encik Syah, jangan ganggu saya lagi. Saya nak ucapkan terima kasih sebab awak tak mahu terima wang saya. Tapi saya tk mampu nak tolong... maafkan saya," ujar Zahlia sambil mula hendak melangkah pergi.
"Kalau saya tawarkan Cik Alia wang, Cik Ali sidu terima tak?" Tengku syahran masih tidak berputus asa. "Jangan ingat deng tawaran awak tu, saya akan terima! Perkahwinan apa kalau berdasarkan wang tapi kasih sayang tak ada? Baik awak cari perempuan lain. Saya bukan perempuan jenis itu. Saya taku hari akhirat," ujar Zahlia tenang.
Tengku syahran mengetap bibir. Dia tahu tentang itu. Bukan dia tidak belajar agama.Malah sejak kecil lagi dia telah diajar tentang hkum-hakam Allah. Sehingga guru agama dipanggil datan ke rumah untuk mengajarnya.
Tapi hari ini, Tengku syahran buntu. Dia terpaksa memikirkan sesuatu untuk menjaga perasaannya. Dia tidak mahu Linda bertamu dihatinya. Dia rela tidak berkahwin dari menjadi suami kepada perempuan yang gemar bertukar pasangan ketika di England dulu.
Masih jelas di ingatan,Linda bermesra dengan seorang lelaki inggeris di hadapan sebuah hotel sebelum kedua-duanya melangkah masuk ke dalam hotel itu. Malam esoknya, Linda kelihatan bersama lelaki lain pulan.
Apabila perkara itu disuarakan kepada Tengku Badariah,sedaya upaya emaknya mahu menyangkal. Tengku Badariah tidak percaya anak sahabatnya, Dati Rohana sanngup berbuat begitu. Malah yang paling mengejutka Tengku syahran dipaksa berkahwin dengan Linda.Inilah yang merunsingkan fikiran Tengku syahran sehinggakan dia terpaksa membuat keputusan yang drastik dengan mencari perempuan yang sudi menjadi isterinya.
Kebetulan ketika dia sedang melarikan iri dri kekalutan itu, kemalangan kecil berlaku dan Tengku syahran telahdiketemukan dengan Zahlia.Gadis yang dirasakan sesuai untuk membantunya. Namun, Tengku syahran kecewa apabila Zahlia menolak tawarannya. Serta-merta Tengku syahran terjelepok di atas lantai restoran itu. Zahlia terkejut dengan tindakannya itu. Beberapa pelanggan yang berada di situ juga turut memandang.
"Encik syah! apa awak buat ni? Hei, Bangunlah!" Serentak itu Zahlia terus menarik tangan Tengku syahran dan menuju ke meja yang ditinggalkan tadi. Zahlia melabuhkan punggungnya di hadapan lelaki itu semula. Wajahnya sudah mula nampak resah. Raut wajah itu telah membuatkan hati wanitanya sedikit terusik.
"Saya pernah nampak Linda masuk ke dalam hotel. Setiap malam dia bertukar pasangan.Saya tak mahu terikat dengan Linda.Dia perempuan yang tak pernah puas dengan hidup!" Hambar sungguh suara Tengku syahran ketika itu. Zahlia memasang telinga. Berkerut dahinya mendngar cerita yang baru diucap oleh Tengku syahran.
"Kalau saya tak tunjukkan perempuan lain kepada emak saya dalam waktu terdekat ini, saya tak ada pilihan lagi selain terpaksa bernikah dengan Linda. Mak saya tak pernah percaya dengan apa yang saya beritahu. Dia hanya pentingkan persahabatan!"
Zahlia mengetap bibir.Suara Tengku syahran yang mendatar membuatkan dia terharu.
"Bantulah saya... .saya sanggup menawarkan wang jika itu yang Cik Alia pinta sebagai balasan,"ujar Tengku syahran berharap pujukannya kali ini diterima. Zahlia menelan air liur.Fikirannya bercelaru sama ada mahu menerima atau tidak! ingatannya terus kepada Razif dihospital.
Tiba-tiba Zahlia mengeluh.Lamunannya terhenti.Mula mengingati situasinya ketika itu. Zahlia memerlukan wang untuk rawatan Razif.
"Baiklah encik syah! Saya terima tawaran awak itu.Tapi saya ada syarat yang perlu awak turuti." Akhirnya Zahlia memberikan persetujuan.
Tengku syahran mengangkat wajah dan terus merenung gadis bertudung putih itu. Anak mata gadis itu yang berwarna hazel ditatapnya lama. Cuba mencari cahaya keikhlasan dan akhirnya bibir Tengku syahran menguntum senyuman lega.
"Syarat pertama; saya tak mahu tinggal dengan famili awak selepas berkawin.Kita pindah dan cari rumah lain. Saya tak mahu pergerakan saya terbatas.
Syarat kedua; saya nak terus bekerja tanpa ada sekatan memandangkan kita hidup dengan duit masing-masing.
Syarat ketiga; tidur di bilik masing-masing demi menjaga kelakuan dan tindakan kita daripada hilang pertimbangan dan menjadi rapat. Awak tidak dibenarkan menyentuh tubuh saya,walaupun perkahwinan kita sah.Setuju?"Begitu panjang lebar Zahlia menyuarakan syaratnya.
Tengku syahran termenung seketika.Sekejap duduk.sekejap berdiri.Memikirkan syarat-syarat yang dikenakan oleh Zahlia.Akhirnya dia bersuara.
"Kenapa banyak sangat syarat?"
"Awak nak terima atau saya batalkan hasrat saya? Saya dah terima tawaran awak ni dah kira bagus.Atau... .."
"Okey..okey... saya setuju!"
"Kan senang.Hah! Satu lagi."
"Ada lagi?"
"Tentang duit yang awak tawarkan tadi. Saya rasa elok awak tentukan sendiri jumlahnya.Pasti awak dah dapat agak berapa jumlah nilai pengorbanan saya ni kan?Saya tak suka cakap banyak.Kalau boleh saya nak depositnya secepat mungkin"
Tengku syahran masih memikirkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Syarat kedua tu,tak kisahlah.Tapi syarat yang lain tu,macam mana aku nak ikut.Senang-senang nak suruh pindah.Ingat mak aku setuju?Dahlah kawin pun atas pilihan sendiri,mengamuk pulak orang tua tu nanti! Hatinya berkata-kata.
"Bagaimana Encik syah? Setuju atau tak?" soal Zahlia lagi.
tengku syahran mengetap bibir dan perlahan-lahan mengangguk lemah.
"Saya setuju.Tapi,saya pun ada syarat yang perlu cik Alia ikut.: kini giliran Tengku syahran pula mengenakan syarat.
"Awak pun ada syarat?' soal Zahlia separuh menjerit.
"Mestilah.Cik Alia kenakan saya tiga syarat dan saya hanya kenakan Cik Alia satu syarat aje."
"Apa dia?"
"Saya nak Cik Alia panggil saya dengan panggilan yang sesuai.Saya mahu watak yang bakal Cik Alia lakonkan berkesan.Okey?"
"Panggilan awak dengan pangilan yang sesuai? Nak panggil apa?"
"Panggilan isteri untuk seorang suami,"ujar tengku syahran.
"Apa?"
"Abang"
Zahlia tertelan air liur.Dia nak suruh aku panggil dia dengan panggilan tu? Hisy... .bagaimana aku nak sebut perkataan tu?Tak pernah terfikir nak sebut sampai macam tu sekali.Jiwanya meronta.
"Cik Alia setuju?"
Lama Zahlia terdiam tetapi akhirnya Zahlia mengangguk
"Kalau begitu,esok saya akan siapkan dokumen tentang syarat tu,"tambah Tengku syahran.
Zahlia mengangguk dan terus bangun.Kemudian dia melangkah dan pergi meninggalkan Tengku syahran setelah masing-masing mencapai kata sepakat.
Aduh! bagaimana ni?Apa aku nak cakap dengan mak kalau dia tanya kenapa nak pindah?Takkan nak bagi alasan nak hidup berdikari.Mak mesti tak abgi punya! Takut jadi macam alonglah... duduk jauh cepat bercerai.Itulah,inilah.Tengku syahran seolah-olah mengajum percakapan emaknya.
Tengku syahran menggeleng.Membisu sambiljari-jemarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja.Lama dia terdiam dan akhirnya tersenyum.Ah,pandai-pandailah elakkan diri dari syarat tu.Gunakan ayah sebagai orang tengah.Mesti perempuan tu akan kalah kalau ayah pujuk. Aku takkan pindah! Muktamad katakata Tengku syahran. "Yes!:Tengku syahran tersenyum kecil.
Posted by AshKosuke at Tuesday, December 07, 2010
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

0 comments:

Post a Comment

tHaNk yOu...

Newer Post » « Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Google+

Pages

  • Home

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2012 (7)
    • ►  December (5)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (49)
    • ►  December (7)
    • ►  May (1)
    • ►  February (15)
    • ►  January (26)
  • ▼  2010 (99)
    • ▼  December (86)
      • novel-miss selipar jepun sepatu high heels
      • k0leksi bismillah
      • inf0 s0und
      • novel-harum subur di hati
      • novel-dari KL ke Luxembourg
      • novel-cintamu mylove
      • novel-cinta kedua di ym
      • novel-cinta fakulti
      • novel-cincin 3 permata
      • novel-budak smart
      • novel-antara teddy dengan spider
      • novel-airmata malam pertama
      • novel-adam vs qistina
      • novel-5 tahun 5 bulan
      • novel bicara hati part 10
      • novel bicara hati part 9
      • novel bicara hati part 8
      • novel bicara hati part 7
      • novel bicara hati part 6
      • novel bicara hati part 5
      • novel bicara hati part 4
      • novel bicara hati part 3
      • novel bicara hati part 2
      • novel bicara hati part 1
      • Baju Cinta Nenek
      • Kisah Pontianak, Drakula dan Toyol
      • Kad Pengenalan Syaitan
      • Nasihat Untuk Bujang Terlajak
      • Pak Pandir di Lebuhraya
      • Ada Untung Wooo...
      • Disko XYZ
      • Si penjual telur
      • Adik-beradik
      • Lawak Kat Sekolah
      • Mouse Tersepit
      • Kaki Ayam
      • Penculik Yang Bangang
      • Khasiat Anggur Dan Pisang
      • Pertandingan Memancing
      • Surat Perokok Tegar
      • Tersalah rendam...
      • Kisah tiga anak dara
      • An Email for Bill Gates from the Indian Customer
      • Salah Tafsir
      • Top 10 Ways To Handle Stress
      • Don't Worry
      • Jet Li and Steven Spielberg Jokes
      • Angkat Beg
      • Rokok Dan Motosikal
      • Awek Bogel Naik Beca
      • Hadiah Dari Mak Mentua
      • 3 Sahabat Kemalangan
      • Cara Orang Tua
      • Zinadine Zidane
      • Tidur Seranjang Dengan Suami Orang
      • Shampoo, Sabun Dan Ubat Gigi Baba
      • Masalah Orang Tua
      • Juruterbang
      • Panggilan Sayang Untuk Isteri
      • Tangguh Lagi
      • Yang Paling Berharga
      • Penyakit Suami
      • Puisi Dari Suami Kepada Isteri Untuk Kahwin Lain
      • Menantu Hantu
      • Kisah Buang Bayi
      • Menantu Yang Luar Biasa
      • Robot Kesan Bohong
      • Sejarah Nama Negeri Pahang
      • Kentut
      • Senario Perkahwinan
      • Saat Indah Awal Perkahwinan
      • 5 Tips Tidak Di Rompak Oleh Pencuri
      • Dilema Seorang Lelaki Bergelar Doktor
      • Rahmat Dan Peguam (Isu Kahwin)
      • Lelaki Dambaan Wanita
      • Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun
      • Windows (Tingkap) Atau Windows (OS)
      • naik pangkat
      • terkesima
      • Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan
      • bangkai gajah
      • suami kedekut
      • kentut dalam kelas
      • mengapa perlu kahwin?
      • perihal bl0g
      • lawak-cik tina
    • ►  November (13)
 
Copyright © .. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block. Price India. Hostgator Coupon.