"Hye cik adik manis…termenung jauh nampak!"Sergah Sofiya apabila melihat gadis kecil molek itu asyik meninjau pemandangan luar melalui tingkap biliknya.Awin agak terkejut,kemudian dia tersenyum menoleh ke arah Sofiya.Sofiya terus menghulurkan secawan nesface panas kegemaran mereka berdua kepada Awin.Awin terus mendapatkannya,lalu melabuhkan punggungnya di birai katil Sofiya.
"Aya,kadang-kadang aku teringat kat kawan baik aku,si Adeq dan Dean.Dah lama tak dengar citer dari dorang.Sejak aku pindah masa form 3,terus lost contact.Dorang merajuk kot aku tinggalkan dorang.Emm…macam mana la keadaan Adeq dan Dean tu..Humm…"keluh Awin.Dia begitu merindui sahabat baiknya.Awin gadis kecil molek yang cukup lasak di zaman persekolahan,hanya Adeq dan Dean lah kawan baiknya sejak dari umur tujuh tahun.Ke mana saja,mereka pasti bertiga.Bagaikan belangkas.Hidup mereka banyak suka dan duka,masing-masing saling berkongsi rasa.
"Tengok tu..kau termenung lagi.Win,ape cite kawan chatting kau tu?Hensem tak?"Sofiya teruja ingin mengetahui jawapan Awin yang berada di depannya.Peha Awin ditepuk-tepuknya.Awin menolak tangan Sofiya,lalu bingkas bangun dan menghampiri pintu keluar.Sofiya tergamam dengan tindakan teman serumahnya.
"Aya..Hensem macam brad pitt tau!"Jerit Awin dari luar bilik.Sofiya terus berlari anak mendapatkan Awin yang sudah tiga tahun dikenalinya.Sofiya menyelinap masuk ke bilik Awin.Sofiya agak tertarik dengan hobi baru kawannya,suka berkenalan melalui chatroom.
Deringan telefon di waktu kuliah,memeranjatkan Awin.Semua mata yang berada dalam dewan kuliah memandang ke arahnya.Win..asal lak kau tak silent handphone hari ni,bentaknya dalam hati.Awin terkulat-kulat memandang kawan-kawan dan pensyarah selepas itu,sambil mengangkat tangan meminta maaf. Sape yang call aku ni,tak kenal pun nombor ni,Awin bermonolong.Nombor luar negara pulak tu.
"Awat hang loklaq dalam kelas ni?Sape call kau?"Soal Sofiya sejurus pensyarah keluar.Awin mengangkat kedua-dua bahunya,tanda tak tahu.Sofiya cukup geram dengan sikap Awin yang suka berahsia dengannya.Telefon bimbit yang berada di tangan Awin,dirampasnya.Awin terkejut.Sofiya terus melihat nombornya dan mendail.Tapi tiada jawapan.Dia tersenyum sinis kearah Awin yang menahan kemarahan atas tindakannya yang kurang ajar.Tangan Awin di raihnya lalu di cium.Awin mencubit pipinya,lalu masing-masing ketawa.
Awin berlari-lari anak mendapatkan telefon bimbitnya yang mendendangkan lagu Wonderful Journey.Huh..nombor yang sama.Walaupun agak malas menjawab panggilan yang tidak dikenali,namun hatinya seolah-olah ingin mengetahui siapa pemanggilnya.Awin menekan punat di tengah-tengah telefon bimbit jenis nokia 6610.
"Hello.."Suara lunaknya kedengaran.
Bagaikan mimpi,Dean yang dirindui kini hadir dalam hidupnya setelah sekian lama menyepi.Sudah lima tahun mereka terputus hubungan.Panggilan telefon dari Dean sejak sebulan lalu,membuatkan Awin semakin merindui saat-saat mereka bersama menghabiskan waktu lapang.Kini,saban hari Awin berhubung dengan Dean,anak teruna berdarah kacukan Filipina sebelah ibunya.Namun Dean telah jauh pergi meninggalkan tanah air.Selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM,Dean melanjutkan pelajarannya di United Kingdom.Namun,sebagai sahabat sejati,Dean berusaha menjejaki Awin yang meninggalkan dia dan Adeq selepas mendapat keputusan PMR.Perasaan kecewa dengan tindakan Awin,menyebabkan dia dan Adeq tekad melupakan Awin.Namun,mereka kini sudah menginjak usia dua puluh tahun,perasaan itu sudah luntur sebaliknya perasaan rindu menguasai diri.
Sejak setahun lalu,Dean cuba menghubungi Awin dan akhir usahanya berhasil apabila sepupu kawannya satu fakulti dengan Awin di Universiti Malaya.Kiriman foto dari lelaki itu ,menguatkan ingatannya pada Awin.Gadis manis yang turut serta dalam foto itu amat dikenalinya dan benarlah Awin yang dimaksudkan.
"Win,Dean pun dah lama tak contact Adeq.So,tak tau dia kat mana.Tapi Dean sure,Adeq masih di Malaysia,"jawab Dean jujur apabila Awin mengutarakan soal Adeq.Syabil atau lebih dikenali Adeq di kalangan teman rapat dan keluarga seorang kawan yang cukup ambil berat pada pandangan Awin.Awin begitu merindui Adeq,apatah lagi terkenangkan saat-saat Adeq yang berkorban menjaganya ketika demam di hospital.Namun,Adeq seorang yang berego tinggi,mungkin sehingga kini Adeq masih tidak dapat memaafkannya.
"Win..Win patut fikirkan kita orang!Jangan buat keputusan untuk kebaikan diri saja."Kata-kata Adeq masih terngiang-ngiang di telinganya.Adeq cukup bengang dengan tindakanya yang ingin melanjutkan pelajaran ke asrama penuh selepas mendapat keputusan cemerlang dalam PMR.Keputusan Adeq dan Dean tidak sebaik keputusannya.Namun tindakannya bersebab,Awin akur menyambung pelajaran di MRSM setelah di paksa ibu bapaya.Ikutkan hati,dia mahu terus berjuang bersama-sama dua sahabatnya.Adeq,maafkan Awin!Persabatan itu semakin keruh apabila keluarganya bercadang berpindah ke negeri lain dan sejak itu mereka tidak berhubung antara satu sama lain.
"Haii Win..Aku tengok kau sekarang jarang berchatting sejak jejak kasih dengan kawan lama.Kau dah main cinta dengan kawan baik sendiri ke?"Perli Sofiya disambutnya dengan gelak tawa.Padanya,hubungan dengan Dean tidak akan pergi sejauh itu.
Awin menghampiri laptop kesayangannya.Sudah lama dia tidak melayari internet,betullah kata si Sofiya.Awin mendaftar masuk ke laman myspacenya.Comment dari seorang kawan myspacenya menarik perhatiannya.Lirik lagu dalam ruangnya di terima dalam bahagian comment.Siapa jejaka ini?Bentaknya sendiri.Awin semakin tertarik,lalu menghantar mesej meminta alamat email untuk di jadikan kenalan chattingnya di Yahoo Messenger.Sebaik saja,mendapat email orang di sana,Awin terus log in YM dan menambah kenalan.
Bermula saat itu,Awin berchatting dengan lelaki yang kenali ‘Dygtanisme’.Pertama kali berchatting,Awin terus memulakan perbualan menggunakan mic.Suara jejaka misteri itu benar-benar membuatkan dirinya di awangan.Ahh..Awin,you cant deny!Saban hari mereka akan berbual di YM melalui mic sehingga jam 4,6 pagi.Walaupun mengantuk,mereka seolah-olah leka dengan perbualan.Mereka mempunyai banyak persamaan terutama dalam konteks muzik.Awin akui dia berasakan ada keserasian antara dia dan ‘dygtanisme’.Dalam masa yang sama,Awin masih berhubung dengan Dean.
Kehadiran jejaka misteri itu,membuatkan Awin alpa tentang niatnya untuk mencari Adeq.Malah,dia lebih banyak menghabiskan masa berborak dengan lelaki itu berbanding Sofiya.
"Win..kau ni dah mabuk cinta chatting ke?"Soal Sofiya dengan tegas,apabila melihat Awin asyik menyiapkan diri untuk menghabiskan masanya di depan laptop.Awin tersenyum manja.Setiap hari,dia tidak sabar-sabar untuk berkongsi cerita dengan kawan barunya.Tepat jam 12 malam,dia akan berborak sehingga rasa mengantok.Walaupun agak liat untuk bangun pagi,Awin puas dapat menghabiskan masanya dengan berborak dengan jejaka itu.
"Win,asal sekarang jarang mesej Dean?Banyak assigment ke?Dean rindu kat Win,"ujar Dean dengan ikhlas.Dean tidak dapat nafikan perasaanya pada Awin.Sejak dapat berhubung dengan Awin,dia mula menyedari kewujudan perasaan yang indah itu,Dean impikan persahabatan yang sudah terjalin sekian lama bertukar menjadi sebuah percintaan yang kekal.Awin terkedu saat Dean menyuarakan hasrat murninya.Ahh…tak mungkin aku dan Dean menjadi kekasih!Ya..aku sayangkannya,aku rindukannya..tapi itu bukan perasaan cinta,itu perasaan untuk seorang sahabat yang sudah sekian lama terbit dalam hatiku.Awin mengelamun sendirian.Namun,untuk menjaga hati Dean,dia memohon agar Dean memberikannya masa.
.Hubungan yang terjalin antara dia dengan jejaka misteri itu sudah hampir sebulan.Perasaan yang sekadar suka-suka bertukar menjadi suatu perasaan yang aneh.Awin sendiri keliru,adakah perasaan sebegini yang wujud dalam hati Dean pada dirinya.Perbualan di internet,kini bertukar kepada perbualan telefon.Saban hari,mereka bermain mesej dan berborak di telefon.Sikap ambil berat lelaki yang hanya ingin di kenali Bill membuat Awin senang dengan persahabatan mereka.Namun,sikap ego yang tinggi dalam diri Bill sukar ditafsirnya.Bill punya tahap keeogaan yang bisa membuat hatinya kadang-kadang geram.Geram dengan tindak-tanduk Bill.
Namun melalui sikap itu,Awin sedar Bill menyukainya,namun kerana sikap yang ego itu membuat Bill tidak mengaku dan banyak berdalih.Walaupun masing-masing tidak pernah mengenali satu sama lain,tidak pernah melihat diri masing-masing,Awin tidak dapat nafikan hatinya mula menyukai Bill.Lagu Cintamu dendangan Dygta yang ditujukan khas buatnya dari Bill menguatkan lagi keyakinannya tentang perasaan yang hadir dalam diri Bill.Hatinya yang dulu kosong,kini terisi dengan kehadiran Bill.Setiap aktiviti yang dilakukan,Awin akan teruja untuk berkongsi pengalamannya dengan Bill.Bill mula mengajar dia erti rindu dan sayang,setiap saat dia tidak pernah lupakan jejaka bersuara macho itu.Malah,Awin percaya Bill juga begitu.Walaupun dia sendiri tidak percaya akan cinta internet pada asalnya,tetapi perkenalan dia dan Bill menyebabkan dia lupa semua itu.Bill benar-benar buat dia lupa akan prinsipnya dan hidupnya kini penuh dengan bunga-bunga cinta.Awin cukup bahagia!
"Win,Dean faham maksud Win.Mungkin kita telah ditakdirkan untuk menjadi sahabat untuk selamanya."Suara sayu Dean amat menyentuh hatinya,namun itulah terbaik untuk mereka.Awin tidak boleh menipu Dean dan dirinya,dia sudah menyerahkan hatinya untuk mencintai lelaki yang tidak pernah dikenalinya.Agak pelik,tetapi itulah hakikatnya.Hatinya semakin berbunga apabila Dean telah dapat menghubungi Adeq.Sudah sekian lama,Awin berhasrat untuk menemui Adeq.Perasaannya cukup teruja berjumpa dengan Adeq hujung minggu ini.Kiriman email yang dihantar,disambut baik oleh Adeq.Awin tidak berani untuk menghubungi Adeq melalui telefon,dia bimbang lidahnya kelu apabila mendengar suara sahabat yang amat dirinduinya.
"Ass,Bill agak busy weekend ni.So,Ass faham la kalau Bill tak mesej Ass ehh."Awin kecewa apabila menerima mesej dari Bill.Ahh…pasti ada date dengan mana-mana perempuan ni,fikir Awin lalu menghempas telefon bimbitnya ke tilam.Awin menjenguk bilik sebelahnya,menyelinap masuk dan melihat Sofiya sedang khusyuk di depan laptop.Sofiya tidak menyedari kehadirannya,Awin memulakan langkah dengan perlahan-lahan,lalu disergahnya Sofiya.
"Win,kau memang siot la!Lemah jantung aku,"keluh Sofiya lalu mencubit lengan Awin yang putih gebu.Awin gelak terkeke-kekeh,kesian tengok Sofiya yang cepat-cepat menutup Yahoo Messenger dari paparan skrin laptopnya.Awin terus menyakat Sofiya dengan ayat-ayat yang ditaipnya bila bersembang dengan kawan-kawan chatting.
"Saya single lagi la,nape awak nak usha ke.Eeee…poyo la kau ni Aya!Dulu tak suka chatting,sekarang kalahkan aku ehh,"ujar Awin sambil tergelak-gelak.Sofiya mencebik,geram melihat reaksi Awin.Tiba-tiba Sofiya juga turut serta ketawa.
Bunyi ayam berkokok dari telefon bimbitnya,menyedarkan Awin.Lalu dia bingkas bangun dari katil dan bersiap-siap untuk berjumpa dengan Adeq.Baju kurung ungu dari kain sutera thai menjadi pilihannya.Selepas mengosok tudung warna ungu pastel,Awin mencalit sedikit mekap dan bibir mungilnya dicalit warna merah jambu.Setengah jam kemudian,Awin siap dan bersedia untuk keluar bertemu dengan jejaka paling dirinduinya.Namun,hatinya sedikit kecewa kerana mesej dari Bill tidak diterimanya pagi ini.Kereta Kenari warna putih yang dihadiahkan oleh papanya meluncur laju menuju kearah selatan.Awin membetulkan tudungnya di hadapan cermin sisi keretanya sebelum melangkah keluar dari perut kereta.Wajahnya kelihatan berseri-seri,namun hatinya berdegup kencang.Dia bimbang Adeq akan bersikap dingin dengannya.
"Sayang…sorry,dah habis jumpa kawan,I will call you ok?"Selepas membaca mesej dari Bill,Awin meneruskan langkahnya.Kakinya semakin berat apabila menghampiri Cafebean di Midvalley.Jejaka memakai t-shirt coklat yang sedang duduk di meja hujung mungkin Adeq.Berkaca mata hitam menambahkan lagi ketampanan lelaki itu,tetapi dia bimbang jika tersilap orang.Tiba-tiba jejaka kacak itu mendongak dan memandang serius ke arahnya.Awin cemas!Lelaki itu mungkin Adeq kerana dia seolah-olah berminat dengan warna baju yang dipakai Awin.Mereka sudah berjanji untuk memakai baju warna coklat dan ungu.Awin mengorak langkah menghampiri Adeq setelah Adeq mengangkat tangan mengajaknya duduk.
"Lama tak jumpa,Win.Kau semakin comel,"puji Adeq ikhlas tetapi membuatkan hati Awin semakin berdebar.Suara itu!Suara Adeq menjadikan dirinya semakin berdebar.Lidahnya kelu untuk menjawab,Awin diam membisu.Wajah Adeq ditatapnya penuh pengamatan,Adeq semakin kacak.Adeq agak hairan dengan reaksi Asswin tetapi dia hanya tersenyum,menampakkan gigi yang putih tersusun.Perasaannya ini tidak seperti perasaannya pada Dean.Awin meminta diri ke tandas,tanpa berlengah dia terus bangkit dari kerusi dan menuju ke arah tandas.Tiba-tiba wajah Adeq berubah,suara Awin seolah-olah amat dikenalinya.Namun,cepat-cepat dia membuang khayalan itu.Bagi Adeq,mungkin kerana biasa bercakap dengan teman istimewanya itu menyebabkan suara perempuan lain pun kedengaran seperti suara gadis itu.
Awin menarik nafas,dia ingin melupakan Bill buat seketika.Win,kenapa dengan kau ni,suara Adeq pun kau dengar macam suara Bill?Bentaknya lagi.Awin sudah mabuk cinta!Mabuk cinta dengan lelaki yang tidak tahu asal-usulnya,agak gila tapi itulah hakikatnya.Awin kuatkan semangat,keluar dari tandas dan kembali duduk di hadapan Adeq.Mereka meneruskan perbualan seperti biasa,walaupun hati Awin tidak pernah tenang.
Setengah jam kemudian,Adeq meminta izin untuk menelefon seseorang.Adeq mula bimbang apabila menerima mesej dari temannya sepuluh minit sebelum ini.Entah kenapa hatinya kuat untuk menelefon gadis itu,sekalipun dia sedang rancak bersembang dengan Awin.Malah Adeq tidak segan silu,mengiyakan bahawa gadis ini adalah kekasihnya apabila disoal Awin.Adeq menekan punat telefon,mendail nombor berkenaan.Awin hanya memerhatikan Adeq,bertuah gadis yang berjaya menambat hati jejaka kacak ini.Tiba-tiba telefon Awin mendendangkan lagu Cintamu.Adeq terkedu,begitu juga Awin.Adeq tetap meneruskan panggilannya,sementara Awin menjawab panggilan dari Bill.
Tiba-tiba,suara kedua-duanya saling kedengaran di corong telefon masing-masing.Sepantas kilat,kedua-duanya menamatkan panggilan telefon.Adeq dan Awin memandang satu sama lain.Wajah yang penuh dengan tanda tanya.Apa maksud semua ini,bentak hati Awin lagi.Tiba-tiba telefon Awin berdering lagi,lagu Teman Tapi Mesra pula yang kedengaran.Awin pantas menjawab panggilan dari Sofiya.Selepas berbual beberapa minit,Awin terus meminta diri dan meninggalkan Adeq yang masih kebinggungan.
"Apa Win???Bill dan Adeq orang yang sama?So,selama ni kau bermain cinta dengan kawan baik kau sendiri?Wah…sounds great,Win,"soal Sofiya bertalu-talu.Awin masih bingung.Dia rasa bersalah meninggalkan Adeq begitu saja.Tapi dia tidak mampu duduk mengadap lelaki yang sudah mencuri hatinya dengan cara yang agak unik.Unik benar kisah mereka,berkawan sekian lama tetapi cinta mereka berputik di alam maya tanpa mengetahui kebenaran di sebalik itu semua.
"Win..Adeq dah bagitau Dean semuanya.Kalau korang love each other,apa salahnya carry on.Dean tumpang gembira."Nasihat Dean tempoh hari melalui panggilan telefon masih terngiang-ngiang di telinganya.Sudah seminggu dia tidak berhubung dengan Adeq atau Bill.Mesej dari Bill dibiarkan tanpa sebarang balasan.Fikirannya kusut.Awin keliru,walaupun hatinya semakin berbunga apabila mengetahui lelaki misteri yang dicintainya adalah kawan baiknya sendiri.Dia bimbang hubungan sahabat tidak dapat di tukar kepada sebuah percintaan yang abadi.
Semakin lama dia mendiamkan diri dari Adeq,hatinya semakin rindu pada lelaki itu.Awin menarik laci mejanya,membelek diari lamanya.Gambar raya semasa tingkatan tiga bersama Adeq di tatapnya.Malah,wajah tampan Adeq sering mengganggu lenanya.Sah..Awin cintakan Adeq!
"Win,we should discuss about it."Mesej dari Adeq dibacanya berulang kali.Selepas membuat solat istiqarah sebanyak tiga kali,Awin semakin yakin dengan pilihannya.Hari ini dia bersedia untuk bertemu Adeq dan berbincang tentang hubungan mereka.Berjam-jam mereka berbincang sehingga mendapat kata sepakat.
Adeq kacak bert-shirt putih dan berseluar denim.Apabila melihat kelibat Awin yang berpakaian sedondon dengannya,Adeq tersenyum nakal.Awin yang baru perasan pakaian mereka sedondon mencebik geram.Adeq tergelak melihat gelagat gadis manis itu.
"Tak malu tiru baju sayang,"ujar Awin yang menghampiri Adeq yang sedang bersandar di kereta Chevrolet Aveo miliknya.Pipi Awin dicubitnya manja.Awin cuba menepis tapi Adeq lagi pantas darinya.Tangan Awin diraihnya dan dicium bertalu-talu.Adeq bahagia dikurnia tunang yang cukup memahami dirinya.Kehadiran Awin benar-benar bermakna dalam dirinya.Bermula dengan sebuah persahabatan,mereka sendiri tidak menyangka akhirnya berakhir dengan percintaan.Awin mahupun Adeq hanya mampu tergelak mengenangkan hubungan mereka yang agak unik ini.
Hubungan percintaan yang sudah terjalin lima bulan itu,disempurnakan dengan ikatan pertunangan buat sementara.Perancangan untuk berkahwin tahun depan akan dilaksanakan seperti yang dirancang,setelah sahabat baik mereka Dean memberi kata putus untuk pulang ke Malaysia pada hari mereka di satukan sebagai suami isteri.Selepas menjawab panggilan telefon dari Dean,Awin melentokkan kepala di bahu lelaki yang paling dicintainya.Adeq tersenyum bahagia,aksi manja Awin sering menghiburkan hatinya.Adeq yang sedang memandu,membelokkan keretanya kearah utara.Lagu Cintamu kedengaran dari corong radio keretanya,mereka memandang satu sama lain.Mereka tersenyum manis.
"Sayang,aku ingin selalu dalam cintamu…"ucap Adeq ikhlas sambil mengenggam erat tangan Awin.Awin mengeratkan lagi genggaman itu.Bibirnya mengukir satu senyuman yang cukup menawan hanya untuk pencintanya.
Cintamu.by Dygta Feat Ira
Cintamu,
Yang ku rasa walau tak terucap,
Semakin dalam.
Cintamu,
Telah terukir dibataskan cintaku,
Selamanya.
Tak pernah ku mencuba,
lepaskan cintamu walau sesaat,
Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu,
KU INGIN SELALU DALAM CINTAMU.
Dan tiada yang kan memisahkan,
Selamanya.
Cintamu,
Yang terlintas,terbias matamu.
Selama Ini.
Adakah dihatimu,
Terbisik satu harapan untuk ku
Tuk berjanji selamanya,
Kau selalu miliku.
Satu cinta.
Tak pernah ku mencuba,
lepaskan cintamu walau sesaat,
sejujurnya diriku terlalu sayang padamu,
KU INGIN SELALU DALAM CINTAMU
0 comments:
Post a Comment
tHaNk yOu...