skip to main | skip to sidebar

.

Tuesday, December 7, 2010

novel bicara hati part 9

Title : Bicara Hati (part 9)

Zahlia menggosok matanya berkali-kali. Rasa malasnya hendak membuka kelopak mata. Lalu dibiarkan matanya terpejam. Sesekali tangannya menggaru-garu kepala dan membetulkan rambut yang menutup muka. Kemudian tangannya dijatuhkan semula ke tilam.

Tilam? Kerasnya tilam ni? Zahlia teraba-raba. Matanya masih pejam. Lama tangannya memegang benda yang disangka tilam. Cahaya yang terasa merecik-recik ke wajah memaksa dirinya untuk bertindak. Perlahan-lahan dia membuka matanya.

Berderau darahnya apabila mendapati dirinya berada disisi Tengku Syahran. Sedang berbaring memeluk tubuh suaminya itu. Segera dia bangun. Terkejut dengan situasi yang terjadi. Nafasnya berombak kencang.

Wajah Tengku Syahran yang masih terlentang diamatinya lama. Tengku Syahran terjaga dan melemparkan senyuman nakal. Dengan pantas Zahlia menarik selimut menutupi tubuhnya. Mujurlah baju tidur berlengan panjang yang dipakainya tidak terdedah sedikitpun anggota tubuhnya.

“Dah puas hati dapat tidur dengan abang?” Tengku Syahran bersuara tenang. Zahlia mengerutkan dahi. Nafasnya terasa sesak. Apa maksud lelaki ini?

“Kenapa awak tidur kat sini? Nak ambil kesempatan ya?” marah Zahlia keras. Dia sudah terlupa apa yang berlaku.

Tengku Syahran bangkit. Duduk mengadap Zahlia dengan wajah selambanya.

“Siapa yang ambil kesempatan? Abang atau Alia?” Tengku Syahran bertanya.

Zahlia mendengus.

“Syah, kan awak biasa tidur kat kerusi. Kenapa awak tidur di sini?” marah Zahlia lagi. Suaranya sedikit meninggi.

“So…abanglah yang ambil kesempatan? Alia tak ingat ke apa yang berlaku semalam?” Tanya Tengku Syahran sambil menjungkitkan keningnya.

Semalam? Zahlia terkedu. Terus menelan air liur. Pahit. Fikirannya mula teringat peristiwa semalam. Suaminya itu ada memberitahu untuk tidur di katil itu. Zahlia sudah mendengar terang-terang. Jadi siapa yang ambil kesempatan sebenarnya? Akuakah? Alamak!

“Kenapa senyap? Cakaplah! Setahu abang, semalam abang dah beritahu Alia kan yang abang nak tidur atas katil ni. Jadi, sekarang ni salah siapa?,hmm?”

Zahlia kehilangan kata-kata. Segera tunduk. Malu dengan setiap kata-kata Tengku Syahran.

“Pandang mata abang waktu abang tengah bercakap. Kenapa tunduk? Malu? Atau Alia takut jatuh cinta dengan abang?”

“Kenapa dengan Alia ni? Kita dah jadi suami isteri hampir dua bulan. Apa salah abang kalau abang tidur atas katil ni? Sampai hati Alia nak biarkan abang tidur atas kerusi? Alia memang tak pernah nak faham perasaan abang.” Tengku Syahran melepaskan lagi kemarahan.

“Syah! Ini semua kehendak awak. Kita takkan jatuh cinta. Awak sepatutnya takkan jatuh cinta. Itu kata-kata awak sewaktu kita baru bernikah. Saya takkan lupa. Tapi, awak tengok sendiri. Siapa yang mungkir janji? Awak berkeras tak mahu jatuh cinta pada saya dan sejak saya terdengar perbualan awak dengan Adli di rumahnya dahulu, saya jugak dah tanamkan dalam diri takkan jatuh cinta dengan awak !”

Tengku Syahran hampir ternganga. Maknanya dia sudah mendengarnya?

“Ingat Syah! Kita tetap akan berpisah. Saya tak mahu jadi isteri awak lagi……ego awak tinggi.”

Mendengarkan kata-kata Zahlia, Tengku Syahran tersenyum. Dahulu egonya memang tinggi tetapi disebabkan Zahlia, Tengku Syahran sanggup merendahkan egonya. Dia sudah jatuh saying dan dia akan pastikan Zahlia menjadi miliknya.

“Abang akan berusaha mendapatkan Alia. Kalau Alia berkeras lagi…tunggulah harinya. Macam-macam cara abang boleh buat. Keras atau halus, nantikan. Alia tetap akan jadi isteri abang sampai bila-bila,” balas Tengku Syahran.

“Dahlah. Abang nak pergi mandi! You want to join me?”

Tengku Syahran turun dari katil. Soalan yang sengaja diajukan kepada Zahlia sekadar usikan baginya. Hatinya bagai digeletek melihat wajah Zahlia yang merah padam. Baru tahu aku siapa!

“Aaaa…satu lagi abang nak pesan. Next time kalau nak tidur off lampu dulu. Mmembazir. Mata dah tertutup, bukan nampak apa-apa kalau pasang lampu. Tak taulah pulak abang kalau Alia ambil kesempatan yang ada nak menatap muka abang yang handsome ni puas-puas!” ujar Tengku Syahran sambil melangkah bersama ketawanya.

Arghhhhhhh………Zahlia terasa ingin menjerit sekuat hatinya. Melepaskan segala tekanan yang terbuku di hati ketika lelaki itu melangkah ke bilik air.
Posted by AshKosuke at Tuesday, December 07, 2010
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

0 comments:

Post a Comment

tHaNk yOu...

Newer Post » « Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Google+

Pages

  • Home

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2012 (7)
    • ►  December (5)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (49)
    • ►  December (7)
    • ►  May (1)
    • ►  February (15)
    • ►  January (26)
  • ▼  2010 (99)
    • ▼  December (86)
      • novel-miss selipar jepun sepatu high heels
      • k0leksi bismillah
      • inf0 s0und
      • novel-harum subur di hati
      • novel-dari KL ke Luxembourg
      • novel-cintamu mylove
      • novel-cinta kedua di ym
      • novel-cinta fakulti
      • novel-cincin 3 permata
      • novel-budak smart
      • novel-antara teddy dengan spider
      • novel-airmata malam pertama
      • novel-adam vs qistina
      • novel-5 tahun 5 bulan
      • novel bicara hati part 10
      • novel bicara hati part 9
      • novel bicara hati part 8
      • novel bicara hati part 7
      • novel bicara hati part 6
      • novel bicara hati part 5
      • novel bicara hati part 4
      • novel bicara hati part 3
      • novel bicara hati part 2
      • novel bicara hati part 1
      • Baju Cinta Nenek
      • Kisah Pontianak, Drakula dan Toyol
      • Kad Pengenalan Syaitan
      • Nasihat Untuk Bujang Terlajak
      • Pak Pandir di Lebuhraya
      • Ada Untung Wooo...
      • Disko XYZ
      • Si penjual telur
      • Adik-beradik
      • Lawak Kat Sekolah
      • Mouse Tersepit
      • Kaki Ayam
      • Penculik Yang Bangang
      • Khasiat Anggur Dan Pisang
      • Pertandingan Memancing
      • Surat Perokok Tegar
      • Tersalah rendam...
      • Kisah tiga anak dara
      • An Email for Bill Gates from the Indian Customer
      • Salah Tafsir
      • Top 10 Ways To Handle Stress
      • Don't Worry
      • Jet Li and Steven Spielberg Jokes
      • Angkat Beg
      • Rokok Dan Motosikal
      • Awek Bogel Naik Beca
      • Hadiah Dari Mak Mentua
      • 3 Sahabat Kemalangan
      • Cara Orang Tua
      • Zinadine Zidane
      • Tidur Seranjang Dengan Suami Orang
      • Shampoo, Sabun Dan Ubat Gigi Baba
      • Masalah Orang Tua
      • Juruterbang
      • Panggilan Sayang Untuk Isteri
      • Tangguh Lagi
      • Yang Paling Berharga
      • Penyakit Suami
      • Puisi Dari Suami Kepada Isteri Untuk Kahwin Lain
      • Menantu Hantu
      • Kisah Buang Bayi
      • Menantu Yang Luar Biasa
      • Robot Kesan Bohong
      • Sejarah Nama Negeri Pahang
      • Kentut
      • Senario Perkahwinan
      • Saat Indah Awal Perkahwinan
      • 5 Tips Tidak Di Rompak Oleh Pencuri
      • Dilema Seorang Lelaki Bergelar Doktor
      • Rahmat Dan Peguam (Isu Kahwin)
      • Lelaki Dambaan Wanita
      • Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun
      • Windows (Tingkap) Atau Windows (OS)
      • naik pangkat
      • terkesima
      • Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan
      • bangkai gajah
      • suami kedekut
      • kentut dalam kelas
      • mengapa perlu kahwin?
      • perihal bl0g
      • lawak-cik tina
    • ►  November (13)
 
Copyright © .. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block. Price India. Hostgator Coupon.