Part10
Zahlia sudah lama terlelap di atas katil. Ttengku Syahran juga masih terlena di kerusi panjang. Masing-masing tidur dengan nyenyak tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Lenanya tidur kedua-dua insan itu tanpa diganggu dengan apa-apa bunyi biarpun kedinginan malam yang meniup sesekali mengacau tubuh yang tidak berselimut.
Zahlia terus melayani tidurnya. Sesekali kelopak mata yang terpejam rapat itu bergerak-gerak apabila terasa sesuatu berjalan-jalan di sekitar lehernya. Kuat mencengkam dan kemudian merayap di tangannya.
Zahlia masih memejam mata tanpa menghiraukan benda yang masih berjalan-jalan di merata-rata tubuhnya. Cengkaman yang tajam menyucuk kulitnya terasa menjalar diseluruh tapak kakinya. Sikit-sikit beralih ke betisnya dan kemudian bergerak perlahan-lahan ke pahanya.
Zahlia mula tidak sedap hati. Pantas membuka mata. Kemudian bangun dan duduk di katil bagaikan terpinga-pinga. Zahlia menggaru-garu kepala. Dalam kesamaran cahaya yang terbias dari luar rumah, Zahlia ternampak seperti ada sesuatu yanh sedang melekat di baju tidurnya. Zahlia membesarkan mata yang masih mengantuk. Benda kecil yang berwarna hitam itu bagaikan jelas dipenglihatan.
Tiba-tiba Zahlia panik! Laju jantungnya bergetar. Lipas!! Dengan sendiri bulu romanya meremang tegak. Serangga yang paling ditakuti sedang melekat dibaju yang sedang dipakainya.
Zahlia makin cemas. Matanya terpejam rapat. Tiba-tiba dia teringatkan Tengku Syahran.
“Abang….”Zahlia memanggil. Mendayu-dayu suaranya menahan gementar.
Tiada respon yang lahir dari Tengku Syahran. Zahlia semakin gentar. Peluh dingin hadir dengan sendiri membasahi seluruh tapak tangannya.
“Abang…”Zahlia masih mencuba.Kali ini semakin kuat suaranya. Berharap suaminya terjaga.
Tengku Syahran dilihatnya tetap kaku. Nafas Zahlia makin sesak.
“Abang!” jeritnya kuat.
Kali ini Tengku Syahran terjaga. Suara Zahlia yang nyaring masuk ke lubang telinga amat memeranjatkan.
“Apa hal menjerit tengah-tengah malam ni? Abang mengantuklah,” jawab Tengku Syahran sedikit marah.
Zahlia mengetap bibir. Rasa ingin menangia pun ada dengan sikap acuh tak acuh Tengku Syahran.
“Kenapa?” Soal Tengku Syahran sedikit meninggi.
“Alia…Alia takut,” jawab Zahlia pendek.
Tengku Syahran bingkas bangun dari kerusi tempat tidurnya dan menuju ke arah Zahlia.
“Alia takut apa?” Tanya Tengku Syahran.
“Tu…” Zahlia memuncungkan bibirnya ke arah serangga berwarna hitam di bajunya.
Tengku Syahran menoleh. Selamba wajahnya.
“Lipas? Laa…. Abang ingatkan apa benda! Buang ajelah kat tingkap tu,”
Dahi Tengku Syahran berkerut. Kakinya mula bergerak menuju ke kerusi panjang semula tanpa apa-apa tindak balas. Namun, langkahnya terhenti sendiri.Telinga Tengku Syahran tiba-tiba menangkap bunyi tangisan kecil dibelakangnya.
Segera Tengku Syahran memusing. Wajah pilu Zahlia mengundang rasa simpati dalam dirinya. Berkaca-kaca mata yang kuyu itu membendung air jernih yang ingin melelh ke luar dari kelopak mata.
Ya ALLAH! Apa yang telah aku lakukan ini? Boleh buat tak endah waktu Alia sedang dalam situsi begini!
Tengku Syahran terus melangkah ke arah Zahlia dan pantas tangannya mencekup lipas yang melekat di baju isterinya lalu dibuang ke luar tingkap. Tengku Syahran berpaling ke arah Zahlia semula. Wanita itu masih kaku.
Tengku Syahran terus melangkah semula ke arah Zahlia.Matanya menjilat segenap wajah yang kelihatan benar-benar ketakutan. Dengan lemah Tengku Syahran duduk disisi isterinya.
Pandangannya masih belum lari dari memerhati seluruh wajah yang sudahpun basah dengan air mata. Matanya menumpu pada bibir Zahlia yang merekah. Nampak menggigil. Timbul rasa bersalah kerana membiarkan perasaan takut menjalar dalam diri isterinya tadi.
“Maafkan abang Alia. Abang tak tau Alia takutkan lipas,” pujuk Tengku Syahran. Air mata isterinya diseka dengan jari kasarnya.
Zahlia membeku dalam duduknya.
Tengku Syahran runsing melihat kesepian Zahlia. Lantas diraihnya tubuh wanita itu ke dalam pelukan. Berharap ketakutan Zahlia dapat diredakan.
Zahlia rebah dalam pelukan Tengku Syahran. Dia menangi tersedu-sedu di dada lelaki yang erat merangkul tubuhnya. Sedikit hilang perasaan gementar yang menguasai diri.
Tengku Syahran terasa tangan isterinya kuat memeluk pinggangnya. Simpatinya tumpah di situ. Perlahan-lahan dicium lembut bahu Zahlia.
“Sudahlah saying. Abang ada dekat sini” Tengku Syahran berbisik dan sempat mengucup telinga isterinya. Ciuman itu terus menjalar ke sekitar wajah Zahlia.
Zahlia tidak membantah. Malah belaian suaminya bagaikan menghalau ketakutan yang terasa. Buat pertama kali Zahlia hanya membiarkan kelakuan lelaki itu.
Tangannya semakin erat memeluk Tengku Syahran sehingga Tengku Syahran lupa segala-galanya. Tangan Zahlia yang kuat memeluk pinggangnya terasa kemas. Tengku Syahran dan Zahlia KALAH!
Akhirnya malam pun merangkak pergi membawa bersama rahsia yang tersendiri………
0 comments:
Post a Comment
tHaNk yOu...