itle : Bicara Hati (part 6)
Zahla keluar dari bilik air sejam kemudian. Terintai-intai mencari Tengku syahran dan bibirnya tersenyum puas apabila mendapati Tengku syahran tiada di bilik ketika itu.
“Yes! Dia dah tak ada!”
Zahlia ingin duduk di kerusi panjang. Namun belum sempat dia melabuhkan punggung di kerusi itu, Tengku syahran tiba-tiba terpacul di muka pintu. Zahlia tersentak. Wajah Tengku syahran kelihatan begitu kecewa.
Zahlia ingin bangun dan berniat melarikan diri ke bilik air semula. Namun, tangannya segera disambar oleh Tengku syahran.Zahlia terperangkap.
“Syah! Lepaskan saya,” ucaapnya.
Tengku syahran menggeleng dan semakin kuat mencengkam pergelangan tangannya.
“Syah,please.”
“Kenapa dengan Alia ni? Kenapa Alia nak lari dari abang?” soalnya lembut.
“Abang?”
Zahlia pelik dengan bahasa yang digunakan. Mana perkataan aku,kau yang biasa terkeluar dari bibir Tengku syahran. Zahlia semakin gerun.
“Syah!”
“Panggil ‘abang’ sayang.”
“Syah, apa dah jadi pada awak ni? Awak dah lupa syarat-syarat yang patut awak patuhi. Mengucap Syah.Kita berkahwin atas dasar apa? Ingat sikit.”
“Tapi abang dah sayangkan Alia. Hari-hari abang mengadap Alia. Abang dah tak tahan. Abang dah tak boleh nafikan yang abang sayangkan Alia. Abang tak mahu kita berlakon aje,abang nak lebih dari tu,” ujar Tengku syahran.
“Tolonglah Alia.Abang terpaksa berterus terang,abang dah sayangkan Alia. I love you so much. Abang tak boleh kehilangan Alia. Kita jangan berpisah,Alia!” kata-kata itu membuatkan Zahlia tersentak.
Zahlia ingin menjerit mengatakan tidak tetapi apa kuasanya? Sedangkan dia tahu lelaki itu berhak ke atasnya? Arghh…..kenapa ini yang terjadi?
“Syah,apa sebenarnya ni? Mana pergi janji awak?. Jangan jadi bodoh syah. Buang perasaan sayang awak tu cepat-cepat. Walau apapun terjadi, saya tetap mahukan perpisahan. Saya tak cintakan awak,” keras Zahlia berkata.
“please Alia. Kita mulakan dari awal.Kita bercinta. Abang sayangkan Alia,” kata-kata yang diluahkan membuatkan Zahlia semakin terkejut.
“Walau apapun terjadi,abang tetap nakkan Alia. Biarlah apa nak jadi pun,” ucap Tengku syahran lagi sambil jari telunjuknya mengusap pipi Zahlia.
Zahlia ingin mengelak tetapi tangan lelaki itu semakin galak menyentuh pipinya.
Kini, bibirnya pula dijadikan mangsa. Lama bibirnya bertaut dengan bibir lelaki itu. Zahlia sudah tidak mampu mengelak lagi.
“Alia,bagi abang peluang? Kita jalankan hidup kita sebagai suami isteri yang sah seperti pasangan yang lain ya?” ujar Tengku syahran.
“Tak….saya tak cintakan awak. Tolong jangan begini syah! Beristighfar banyak-banyak. Tolonglah lepaskan saya dulu,” rayu Zahlia sambil menangis teresak-esak.
“Abang dah jatuh cinta. Alia kena faham…..ini bukan main-main. Abang dah jatuh cinta sebelum kita bercuti lagi,” beritahu Tengku syahran sambil melepaskan tangan Zahlia.
“ Kenapa awak biarkan?”
“Ia datang sendiri. Abang tak sedar,”
“Patut awak elakkan. Benda ni tak mungkin berlaku. Kita takkan bercinta,” ujar Zahlia bersungguh-sungguh.
“Abang dah tak boleh lari, abang cintakan Alia,” ujar Tengku syahran lemah.
Zahlia menggeleng. Dia tidak dapat menerima hakikat itu lantas Zahlia melangkah keluar dari bilik hotel dan meninggalkan Tengku syahran bersama satu perasaan yang sukar dimengertikan.
Syah sudah jatuh cinta pada aku. Dan aku, adakah aku juga telah jatuh cinta padanya?
Soalan itu bermain-main di benak Zahlia.
Zahlia menelan air liur. Setitis air mata menitik ke pipi. Zahlia hanya membiarkannya. Dia terasa langkahnya longlai dan lemah.
Aku nak ke mana? Tanya Zahlia sendiri tetapi kakinya masih bergerak dan Zahlia tidak mahu menjawab persoalan itu. Dia mendiamkan diri bersama langkah kaki yang dihayun tanpa arah……
0 comments:
Post a Comment
tHaNk yOu...