Teddy dan Spider merupakan dua nama yang agak janggal atau mungkin juga pelik sekiranya digunakan sebagai nama timangan
atau ‘trade mark‘. Tetapi bagi penghuni Taman Mewah Indah ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan.Setiap penghuni taman
tersebut tidak kira besar atau kecil, tua atau muda kenal sesangat dengan empunya nama tersebut. Sebenarnya disebalik nama
nama ini terselit kisahnya yang tersendiri yang membawa kepada terhasilnya nama tersebut. Manja Nurul Izlien Bt Mohd Nazrur
Izlan memperolehi nama Teddy kerana cinta pandang pertamanya pada teddy bear. Nama tersebut diberikan oleh Norman Hakkim B.
Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Spider iaitu musuh ketat Teddy sejak azali lagi. Entah kenapa si Spider memang
jaki dengan Teddy. Setiap kali mereka berjumpa pasti terletus perang dunia yang ke tiga. Nama Spider pula terhasil kerana
menurut cerita ibunya, semasa Spider berumur lebih kurang 5 tahun dia telah cuba memakan seekor Labah labah besar yang telah
di tangkapnya. Konon Kononnya nak jadi Spidermanlah. Kalau tak kerana diselamatkan oleh ibunya pasti Labah labah tersebut
telah menjadi arwah.
"Along! Tengok tu. Cantiknya teddy bear tu. Jom kita pergi tengok" Teddy yang memang pantang berjumpa dengan saudara
kembarnya menarik tangan abangnya menuju ke arah kedai tersebut.
"Ala manja, besar sangat tu. Lagipun dalam bilik Manja dah tak ada tempat lagi nak letak" Mohd Nazrie Izham cuba memujuk
adiknya.
"Nyonya, apa pasal ini teddy bear banyak besar?"
"Ini teddy bear aa.. amoi, banyak bagus punya. 2 dalam 1 punya"
"Apa itu 2 dalam 1? Shampoo ka?"
"Haiya amoi, bukan shampoolah amoi. Ini teddy bear banyak besar bukan? Jadi dia duduk kalau lu boleh duduk dia punya ataslah.
Dia baring kalau, lu boleh baring dia punya ataslah. Itu pasal wa cakap 2 dalam 1. Ada faham ka?"
"Oo.. jadi kita boleh gunakan sebagai kerusi dan katillah?"
"Yalah. Itu macamlah"
"Along, belilah long. Best ni"
"Tak payahlah, Besar sangat tu. Lagipun dalam bilik Manja dah tak ada tempat nak letak lagi"
"Manja tak kira, Manja nak juga"
"Tak boleh Manja, lagipun tak muat kereta along ni"
"Manja nak ju.."
"Sudahlah tu, along dah belikan yang kecik ni sudahlah"
"Manja nak balik"
"Yelah. Yelah kita balik. Nah pegang ni"
"Peganglah sendiri. Sapa suruh beli? Manja nak yang lain bukan yang ni" Kelopak mata Teddy sudah digenangi air dan mengalir
laju ke pipi Teddy.
"Ala
nangis, bukannya along tak nak beli tapi besar sangatlah Manja. Macam mana along nak bawa balik?"
"Kan diorang boleh hantar"
"Okeylah, nanti along tan.."
"Sudahlah!" Teddy terus memasuki perut kereta Lotus kepunyaan abangnya lalu memasang radio sekuat mungkin. Along yang telah
masak dengan kerenah adiknya hanya mendiamkan diri.
"Manja. Along. Baru balik? Eh, teddy bear pun ada?" Nurul Nabilla, ibu mereka bertanya. Teddy tidak menjawab sebaliknya
terus menuju ke arah tangga untuk ke biliknya.
"Kenapa dengan Manja tu long" Mariza Nurul Iznie bertanya.
"Apa lagi angah kalau bukan pasal teddy bear?"
"La.. teddy bear apa lagi? Kan dah beli tu?"
"Dia tak nak yang ini mak, dia nak yang besar" Along menerangkan kepada ibu dan adiknya.
"Ya Allah, memang hantu teddy bear betullah budak ni. Entah entah masa mak mengandungkan Manja mak terkenan dengan teddy
bear kot?"
"Hisy budak ni, merepek je. Tu hah ayah dah balik. Pergi tanya ayah boleh beli tak?"
"Along. Angah. Manja mana?" Ayah yang baru pulang dari kerja bertanya.
"Dalam bilik yah. Kenapa?"
"Ni hah ayah ada belikan teddy bear untuk dia"
"Aik? Ayah belikan teddy bear untuk Manja? Macam tak caya je"
"Yelah bang. Selalunya abang marah kalau along belikan teddy bear, ni abang pulak yang beli. Kenapa?"
"Tadi abang temankan Badar tu shopping. Dia nak beli teddy bear untuk anak dia. Masa tulah abang jumpa satu teddy bear yang
besar sangat. Jadi abang belilah yang kecil ni. Along, nanti kalau Manja nak pergi beli teddy bear jangan bawa. Kalau dia
nampak mesti dia nak. Nah bagi dia yang ni"
"Ayah, boleh tak ayah belikan Manja teddy bear besar yang Manja nampak tadi?" Teddy yang baru turun tangga bertanya.
Hisy budak ni, kalau pasal teddy bear, dia dulu yang tau. Entah entah esok lusa dia suruh aku belikan bear betul? Naya aku.
Mana aku nak cari?
"Ayah? Boleh tak?"
"Tak boleh. Ambik ni ayah beli tadi"
"Tak nak. Tak nak. Manja tak nak yang ni. Ayah dengan along sama je. Apa salahnya ayah belikan? Bukannya habis pun harta
ayah tu" Manja mula menangis.
"Bukannya pasal duit Manja. Tapi kan Manja dah besar? Tak lama lagi dah 17 tahun kan?"
"Manja tak kira. Manja cakap manja nak, Manja tetap nak"
"Jangan degil manja, betul cakap ayah tu. Lagipun sekarang Manja dah ada 2 teddy bear. Cukuplah"
"Tak nak! Along ajelah yang simpan. Tepi!" Teddy menolak abangnya dan terus berlalu menuju ke luar rumah. Dia menyarung
roller blade ke kakinya dan terus meluncur. Beg kesayangannya yang berbentuk beruang yang tidak pernah ditinggalkan
disangkutkan di dadanya. Dia terus meluncur dan meluncur.
“Hey kengkawan, tengok tu sebijik macam mak beruang dukung anak dia. Tapi kira padanlah tu kan? Sama sama teddy bear?”
“Engkau jangan cari pasal Spider, aku tengah marah ni. Dahlah suka menyibuk. Mana aku pergi ada ajelah muka kau.
Memboringkan aku je. Cubalah kau tukar muka lain. Doraemon ke? Nobita ke? Tak pun kau bertukar jadi Batman pulak”
“Ala Teddy, buat apa aku nak tukar muka aku yang macho ni? Kau tu yang sepatutnya mengubah perangai kau tu yang macam
bebudak tu. Asyik berkepit dengan teddy bear je. Dah tu suka sangat pakai baju macam budak lelaki, dengan seluar
pendeknya,
t-shirt siap dengan cap pulak tu. Cubalah pakai baju kurung, barulah Nampak macam budak perempuan”
“Aku pakai macam ni pun apa kau peduli? Aku punya pasallah nak pakai apa pun. Lagipun aku beli semua ni pakai duit bapa aku
bukannya bapa kau. Lagi satu, mana ada orang main roller blade pakai baju kurung?”
“Ala Teddy, janganlah nangis. Kalau kau nangis aku pun rasa macam nak nangis juga. Tapikan, aku rasa memang padan mak bapa
kau bagi nama Manja sebab kau memang suka sangat menangis”
“Hey Spider, lebih baik kau diam dan jangan ikut aku. Nanti aku bagi penendang Ultraman kau pulak yang nangi”
“Eleh, penendang Ultraman konon, pukul nyamuk pun tak pandai ada hati nak bagi penendang Ultraman. Sudahlah kau”
“Buk” Satu tendangan sehebat tendangan Ultraman hinggap di perut Spider.
“Adoi. Apa ni Teddy?”
“Kau ingat aku lembik sangat ke? Amacam? Sedap tak?”
“Amboi.. dia ingat kalau setakat penendang macam tu dah kira handallah? Kalau kau rasa kau tu bagus sangat kita bet. Siapa
yang sampai rumah dulu dia yang hebat. Macam mana? Kau berani tak?”
“Okey, aku tak kisah. Aku takut kau je yang tak berani. Aku bila bila pun boleh. Bila nak mula?”
“Sekarang” Maka bermula pertarungan roller blade diantara Teddy dan Spider. Mereka meluncur dengan gaya yang tersendiri.
Pada purmulaan pertarungan Spider mendahului tetapi apabila sampai di satu selekoh, Teddy melepasi Spider. Teddy terus
meluncur tanpa menoleh ke belakang. Dan akhirnya pertarungan tersebut dimenangi oleh Teddy. Spider yang sememangnya tak
puas hati menolak Teddy sekuat hatinya. Teddy yang tak sempat nak mengelak jatuh tersungkur. Lututnya yang tidak dialas
dengan pelindung mengalirkan cecair berwarna merah. Dan matanya pula mula menitiskan manik manik yang berwarna jernih.
“Apasal kau tolak aku? Aku cakap mak aku”
“Ala sorrylah Teddy, aku tersengaja tadi. Kau janganlah nangis sikit je darah tu, bukannya banyak sangat pun”
“Banyak macam ni kau cakap sikit? Aku tak kira aku cakap mak aku. Mak! Mak!”
Mak, ayah, abang serta kakak Teddy segera keluar apabila terdengar akan jeritannya.
“Ya Allah! Apa dah jadi dengan anak manja mak ni?”
“Sebenarnya mak cik, kitorang tenga main roller blade tadi, tiba-tiba saya tertolak dia. Lepas tu dia jatuh. Maka
terjadilah insiden yang tidak disengajakan ni. Macam tulah ceritanya mak cik”
“Dia tipu mak, dia sengaja tolak Manja tadi. Dia sendiri yang cakap tadi”
“Apa ni Norman? Kau orang berdua ni tak pernahnya berbaik, asyik nak bergaduh je memanjang. Dah pergi balik!” Dengan tidak
membuang masa Spider berlari masuk ke dalam rumahnya yang terletak bertentangan dengan rumah Teddy.
“Kesian anak ayah, meh saying kita masuk dalam” Tangisan Teddy mula reda. Dia kemudiannay terus menuju ke biliknya.
“Manja. Mehlah dekat sini. Along tolong sapukan ubat je?” Along melaung dari bawah tangga. Teddy terus masuk ke dalam
biliknya tanpa memperdulikan mereka. Dia kemudiannya menhidupkan hi-finya. Volumenya dipulas sehingga ke paras yang
tertinggi.
Teddy memandang biliknya yang boleh dikatakan mewah, apa yang diperlukan ada di dalamnya. Dia beralih pula kepada saudara
kembarnya yang berdozen dozen, iaitu teddy bear yang terdiri dari pelbagai saiz. Dia sedar biliknya memang dah macam kedai
menjual teddy bear tapi selagi dia tidak mendapat tedyy bear yang dia Nampak pagi tadi hatinya tak akan puas. Dia betul
betul cinta padang pertama pada teddy bear tersebut. Mengenangkan perkara itu, air matanya mengalir laju lalu jatuh
mengenai luka di lututnya. Sakitnya bukan kepalang. Sakit hatinya bertambah membara, dia berazam untuk membalas dendam.
“Mak, Manja nak pergi sekolah ni. Pagi ni ada latihan drama dan nyayian”
“Tak payahlah pergi Manja. Lagipun lutut Manja tu kan belum baik lagi? Lagi pulak hari ni hari Sabtu. Berehat jelah”
“Manja dah baiklah mak”
“Tapi kenapa pakai seluar pendek? Nanti kalau jatuh lagi macam mana? Dahlah tak pakai pelindung lutut dan siku. Nanti kalau
jatuh mak juga yang kena marah dengan ayah, along dan angah kau tu”
“Ala Manja dah biasalah Mak”
“Lagi satu, tinggalkan ajelah gitar dengan beg beruang kau tu, buruk benar mak tengok”
“Apalah mak ni? Kalau tak ada gitar ni macam mana kitorang nak buat latihan nyayian? Beg ni pula sumber inspirasi Manjalah
mak”
“Yelah tu. Sarapan dulu. Along dah tunggu dekat luar tu. Suruh dia hantarkan”
Teddy menuju ke arah kea rah pintu lalu menyarungkan roller blade di kakinya. Kemudian dia memulakan langkahnya. Along
memandang dengan tajam. Manja tau abangnya sedang marah tapi dia tetap meluncur perlahan. Entah macam mana Manja jatuh
tersungkur seperti semalam. Lututnya kembali berdarah.
“Itulah, kan along dah cakap jangan pakai roller blade tu lagi tapi Manja ni degil sangat. Sekarang along nak Manja masuk
dalam. Hari ni tak payah pergi sekolah”
“Mana boleh, Manja dah janji dengan kawan kawan. Kalau Manja tak pergi nanti mesti diorang cari kat rumah”
“Along tak peduli. Along cakap masuk Manja mesti masuk jugak. Degil sangat ni kenapa hah? Along rasa mungkin pasal kitorang
dah manjakan sangat Manja ni pasal tulah Manja tak nak dengar cakap kitorang lagi. Sekarang along nak Manja masuk dalam.
Hari ni tak payah pergi sekolah. Pergi masuk!”
“Along, Manja dah janji jadi Manja mesti pergi juga walau apa pun yang terjadi”
“Ya Allah budak ni. Degil betul. Geramnya aku”
Along bertindak menolak Teddy menyebabkannya jatuh terduduk. Kemudian Along menanggalkan roller blade yang tersarung di kaki
Teddy. Along kemudiannya menarik tanggan Teddy sehingga ke biliknya.
“Sekarang along nak Manja duduk sini jangan pergi mana mana. Sekejap lagi along suruh angah bawakan sarapan. Faham?!”
Teddy yang tak pernah diperlakukan sebegitu berasa amat marah tetapi bukan pada along, marahnya adalah untuk Spider.
“Ini semua pasal Spider, kalau dia tak tolak aku semalam semua ni tak akan terjadi. Aku mesti balas dendam. Rasanya lebih
baik aku bertindak sekarang sebelum angah sampai”
Teddy menuju ke arah anjung bilik. Langsir labuh yang menutupi pintu kaca tersebut ditolak. Seterusnya dia mengunakan
tangga pusing yang terdapat di situ untuk turun ke bawah. Sampai ke halaman rumah dia menyarung selipar ke kakinya dan
melangkah keluar dengan perlahan lahan.
Lebih kurang 15 minit Teddy mennghilangkan diri tanpa disedari oleh ahli keluarganya, kawan-kawan Teddy mencarinya di
rumah.
“Assalamualaikum..!”
“Waalaikumusalam. Nak cari siapa dik?”
“Kitorang ni kawan Ted… er.. Manja bang. Dia ada tak?”
“Ha.. masuklah dulu nanti abang panggilkan”
“Kenapa dia tak datang sekolah hari ni bang? Kitorang tunggu dia lama sangat” Salah seorang kawan Teddy bertanya setelah
melabuhkan punggungnya ke atas sofa.
“Dia tak sihat. Terjatuh masa main dengan Norman petang semalam”
“Teddy main dengan Spider semalam? Aku macam tak percayalah. Diorang dah berbaik ke?”
“Entahlah. Aku pun macam tu juga” Kawan-kawan Teddy berbisik sesame sendiri.
“Angah , pergi panggil Manja. Kawan-kawan dia nak jumpa. Along dah sakit tekak jerit dari bawah tangga tu tapi tak nampak
bayang langsung”
“Angah nak pergilah ni” Angah melangkah menuju ke bilik Teddy sambil membawa dulang yang berisi secawan milo dan sepiring
kek.
“Tuk! Tuk! Tuk! Manja, bukalah pintu ni. Ni angah ada bawakan milo dengan kek coklat yang Manja suka sangat. Lagipun kawan-
kawan Manja dah lama tunggu tu”
Angah menunggu sekejap tetapi apabila tiada jawapan yang diterima angah mengambil keputusan untuk memasuki bilik adiknya
itu. Dulang yang dipegangnya diletakkan ke atas meja yang terdapat di luar bilik Manja. Tombol pintu itu dipulas perlahan
lahan. Ternyata pintu bilik itu tidak berkunci. Mata angah melilau mencari kelibat adiknya. Namun hatinya hampa apabila
mendapati adiknya tiada disitu, yang kelihatan hanyalah teddy bear yang bertimbun timbun.
“Banyaknya koleksi teddy bear adik aku ni, macam kedai jual teddy bear pulak. Tapi mana pulak dia ni? Dah bertukar jadi
teddy bear ke? Hisy.. apa aku merepek ni? Dalam bilik air kot?”
Angah melangkah kea rah bilik air pula. Kali ini dia teragak-agak untuk membuka pintu bilik air tersebut kerana adiknya
yang nakal itu memang gemar mengejutkan kakaknya yang sorang tu. Oleh kerana itulah angah terlalu jarang memasuki bilik
Teddy.
“Nak buka ke tak? Nak buka ke tak? Kalau tak buka tak tau dia ada kat dalam ke tak. Kalau aku buka pula nanti dia
terkejutkan aku. Macam mana ni? Ahh tak apalah, kali ni aku sanggup Manja terkejutkan aku yang penting dia tak apa-apa”
Pintu bilik air itu dikuak. Alangkah terperanjatnya angah apabila mendapati adiknya tiada di dalam. Sepantas kilat angah
berlari ke arah anjung. Langsir labuh yang menhalang ditolak kasar. Tetapi malangnya adiknya tiada di situ. Di saat yang
mencemaskan itu angah terpandang tangga pusing yang boleh digunakan untuk turun ke bawah atau naik ke atas bumbung. Di
atas bumbung rumah mereka terdapat sebuah pondok yang biasanya digunkan oleh along, ayah dan juga Manja untuk mencari
ilham. Hanya angah dan ibunya sahaja yang tidak pernah menjejakkan kaki di situ. Gayat.
“Tak kan kat atas kot? Manja?! Manja?! Tak menyahut pun? Nak bunuh diri ke? Takkan pulak. Apasal mulut aku ni cabul sangat?
Kali ni aku terpaksa naik juga ke atas. Mungkin manja ada kat atas tu”
Angah menaiki tangga tersebut untuk mencari Manja. Namun hampa sekali lagi kerana Teddy tiada di situ. Angah lantas menuruni
tangga dan mencari ibunya.
“Mak! Mak! Manja mak”
“Kenapa pulak dengan budak Manja tu angah?”
“Manja dah.. dah.. Manja dah..”
“Ni apa bising bising ni? Hah angah, Manja mana? Kawan-kawan dia dah lama sangat menunggu tu. Kau tak pergi panggil lagi
ke?”
“Mak.. Manja dah lari” Angah mula menangis.
“Apa? Lari? Jangan nak bergurau angah, ni bukan perkara main-main”
“Ini semua salah along. Kalau along tak marahkan Manja mesti dia tak lari”
“Biar betul ni angah? Takkanlah si Manja tu nak lari dari rumah. Dia kan tak pandai berdikari lagi? Lagipun dia tak boleh
hidup tanpa kita”
“Tapi mak, angah dah cari semua tempat tapi tak jumpa. Lagipun kalau setakat main kat luar mesti dia bawa beg beruang dia
sekali. Ini tidak, semua dia tinggalkan”
“Apa mak nak buat ni? Kalau ayah korang balik nanti mesti mak juga yang kena marah. Heii Manja. Manja. Apasal Manja buat
macam ni? Risaukan orang je budak ni”
“Ini semua salah along. Along kejam. Along kejam. Sampai hati along bu..”
“Ah.. sudah tu angah. Jangan nak berdrama swasta dekat sini. Manja tu tak kemana-mananya. Dia mesti ada dekat kawasan ni
juga, biar along pergi cari” Along melangkah ke arah ruang tamu.
“Korang semua ikut abang pergi cari Manja” Kawan-kawan Manja yang tidak mengerti apa-apa hanya mengekor tanpa bersuara
sepatah pun. Ayah yang baru pulang dari pejabat menyapa.
“Ni yang ramai-ramai ni nak kemana? Ada kenduri ke?”
“Kitorang nak pergi cari Manja ayah”
“Hai, nak cari budak Manja tu pun sampai empat orang? Main nyorok nyorok pulak ke?”
“Taklah ayah. Manja dah hilang. Angah dah cari merata tapi tak ada. Tu yang kitorang nak pergi cari ni”
“Apa hilang?!” Dia pergi cari bear betul ke? Ah sudah.
Along menceritakan apa yang berlaku dari awal hingga akhir. Setelah keadaan yang kelam kabut itu menjadi sedikit tenang
mereka mencari Teddy beramai-ramai.
Sementara itu Teddy yang baru selesai membelasah Spider mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Hatinya puas. Entah dari
mana dia dapat kekuatan untuk membelasah Spider. Teddy menoleh ke belakang. Spider terbaring lesu di tengah jalan.
Melihatkan Spider yang berusaha sedaya upaya untuk berdiri membuatkan Teddy berasa bersalah kerana memukul sebegitu teruk.
Langkahnya terhenti. Teddy kini berdiri betul betul berhadapan dengan Spider. Dia ingin memastikan yang Spider mampu
berjalan pulang. Setelah mencuba beberapa kali akhirnya Spider berjaya berdiri. Teddy tersenyum lega. Tiba-tiba, Teddy
terpandang sebuah kereta yang bergerak laju ke arah Spider. Senyumannya mati serta merta. Teddy berlari ke arah Spider
yang berada lebih kurang 2 depa darinya. Spider yang baru hendak mengatur langkah ditolaknya ke tepi hingga jatuh
tersungkur
di atas rumput. Tapi malangnya Teddy tidak dapat mengelak hanya mampu memejamkan matanya.
“Buk” Kereta tersebut melanggar Teddy menyebabkan Teddy rebah ke bumi.
Spider yang pada mulanya amat marah pada Teddy kemudiannya berasa bersalah.
“Sungguh mulia hati kau Teddy, walaupun kau bencikan aku tapi kau tetap selamatkan aku. Terima kasih Teddy. Terima kasih”
“Adoi sakitnya dekat mana aku ni? Rasanya ni bukan hospital. Macam rumah aku je?”
Setelah pengsan selama 1 hari akhirnya Teddy sedar. Mujur dia tidak mengalami kecederaan yang parah cuma cedera ringan maka
dia di rawat di rumah sahaja. Teddy memandang kelilingnya. Along dilihatnya sedang tidur di tengah tengah longgokkan teddy
bear yang disusun di atas lantai. Angah pula dilihatnya tidur di atas sofa. Manakala ibu dan bapanya pula tidur di atas
katilnya.
“Hai semua tempat diorang dah sapu habis aku ni kat mana?” Teddy mengangkat kepalanya dan menoleh ke kiri dan kanan.
Rupa-rupanya dia sedang berbaring di atas teddy bear yang diidam idamkannya.
“Akhirnya dapat juga aku memilik teddy bear ni. Bestnya. Rupa-rupanya ada juga hikmah disebalik kejadian ni semua. Yahoo!”
Teddy menjerit sehingga mengejutkan ahli keluarganya. Mereka memandang penuh dengan kehairanan tetapi akhirnya mereka
ketawa melihatkan Teddy yang beriya iya cuba memeluk teddy bearnya yang merangkumi kerusi dan katil
0 comments:
Post a Comment
tHaNk yOu...