Title : Bicara Hati (part 5)
Zahlia berasa semakin pelik. Semenjak sampai ke bandaraya Tokyo, sikap Tengku syahran berlainan sekali. Layanan Tengku syahran begitu romantis membuatkan Zahlia tertanya-tanya di dalam hati.
Sudah dua minggu Zahlia dan Tengku syahran meninggalkan Vila Sakura. Setelah tamat mengerjakan umrah, Zahlia dan Tengku syahran bertolak ke Tokyo.Mereka sampai di lapangan terbang Narita lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Terus Tengku syharan mencari teksi untuk membawa mereka ke Tokyo Station Hotel.
Seharian masanya dihabiskan di dalam bilik dengan berehat. Zahlia tidak sedar bila dia tertidur. Dia Cuma tersedar apabila jam tangannya berbunyi menunjukkan pukul 3.00 petang waktu Malaysia.
Daia bingkas bangun dan mendapati Tengku syahran sudah tidur di kerusi panjang. Terus Zahlia melangkah ke bililk air untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat Zohor. Selesai bersolat, Zahlia menuju ke arah Tengku syahran dan tubuh lelaki itu digoyangnya perlahan-lahan. Nafasnya kedengaran terlalu letih.
“Syah…” Zahlia memanggil.
Beberapa ketika kemudian barulah Tengku syahran tersedar.
“Em…nak apa?”
Sejak menunaikan umrah bersama-sama, hubungan mereka semakin baik. Mereka sudah boleh berbual dan kadang kala bergelak ketawa bersama. Zahlia berpuas hati kerana Tengku syahran tidak lagi menggunakan bahasa kasar bila berbicara dengannya. Itulah doanya!
Selepas menunaikan solat Zohor, Tengku syahran duduk di birai katil. Ketika itu, Zahlia sedang duduk membelek peta Tokyo di kerusi panjang yang mengadapnya.
Gerak geri wanita itu diperhatikan tidak jauh dari tempatnya. Lama matanya jatuh ke pipi wanita itu. Kemudian jatuh ke bibirnya pula. Tengku syahran menelan air liur.
Hati Tengku syahran bergelodak lagi. Mahu sahaja dia menarik Zahlia ke dalam pelukannya saat itu. Perlahan-lahan Tengku syahran bangun dan menuju ke arah Zahlia. Punggungnya dilabuhkan di sisi wanita itu.
“Alia tengok apa?” soalnya lembut.
Zahlia menoleh sekilas ke arah Tengku syahran yang sedang merenungnya. Bibir Zahlia mengukir senyuman. Tengku syahran tidak membalas. Tetapi matanya tepat memandang bibir wanita itu yang merekah.
“Tengok peta ni.” Ringkas Zahlia menjawab.
Kertas di tangan ditunjukkan kepada Tengku syahran.Tengku syahran tidak berminat dengan peta itu. Yang sedang berlegar-legar difikirannya ialah Zahlia. Perlahan-lahan tengku syahran menghampirkan wajanya ke arah wanita itu.
Zahlia tersentak. Dia cuba menolak wajah itu tetapi tidak berjaya. Hidungnya sudah bertemu dengan bibir lelaki itu. Zahlia terasa wajahnya sudah bertukar warna. Apabila lelaki itu menjarakkan wajahnya, Zahlia cepat-cepat bingkas dan berlalu ke katil.
Zahlia duduk di birai katil.Tengku syahran melangkah ke arahnya. Zahlia ingin melarikan diri tetapi tubuh Tengku syahran telahpun berada di hadapannya. Zahlia terkedu. Dia menelan air liurnya yang dirasakan tersekat dikerongkong. Mmata Tengku syahran masih merenung wajahnya. Tengku syahran menolak tubuh Zahlia ke katil. Zahlia terpempan.
“Apa ni syah?” marah Zahlia dengan perasaan berdebar.
Tengku syahran membisu. Rambut wanita itu dibelai halus. Bibirnya mengukir senyuman.
“Aku cintakan kau.”
Zahlia terdengar ucapan lelaki itu. Zahlia rasa ingin pengsan.
“Jangan….” Zahlia hampir menjerit.
“Aku cintakan kau Alia.” Tengku syahran mendekatkan wajah.
Tetapi Zahlia bertindak pantas. Dia bangun setelah menolak tubuh Tengku syahran. Zahlia berlari menuju ke bilik air membiarkan Tengku syahran dilanda perasaan kecewa.
1 comments:
suka bca novel nie...
Post a Comment
tHaNk yOu...