Title : Bicara Hati (part 4)
Zahlia sedang membaca novel Hati Seorang Wanita sambil berbaring ketika Tengku syahran masuk ke biliknya lewat malam itu. Segera Zahlia bingkas bangun apabila terlihat wajah lelaki itu di muka pintu. Hati Zahlia berdebar tiba-tiba.
Tengku syahran hanya melirik sekilas ke arah Zahlia sebelum dia melabuhkan punggung di sofa panjang yang terdapat di hujung katil. Heningnya suasana yang menemani mereka saat itu. Zahlia kaku. Tengku syahran membisu. Yang kedengaran hanyalah bunyi angin yang berdesir masuk melalui lubang tingkap yang terbuka luas.
?Kau betul-betul maksudkan kata-kata kau pada mak tadi?? soal Tengku syahran memecah kesunyian antara mereka. Bahasanya tetap kasar sejak petang tadi.
Zahlia menutup novel yang dibacanya itu dan memandang Tengku syahran dengan pandangan yang agak pelik. Zahlia takut sebenarnya. Mana perginya sifat dan bahasanya yang lemah lembut? Dulu bukan main lagi pujuk aku suruh tolong dia, ber?saya? dan ber ?awak? konon. Penipu!
?Kenapa? Awak percaya ke?? tanpa menjawab soalan Tengku syahran, Zahlia menanyakan soalan lain pula.
?Entahla. Tapi tengok gaya kau cakap tadi macam percaya. Kau betul-betul nak? Aku tak kisah! Sekarang jugak kau boleh dapat,? ucap Tengku syahran bersahaja.
Tengku syahran lantas bangun dan mengunci pintu. Zahlia terkesima. Lebih laju jantungnya berdegup. Tengku syahran berpaling dan tersenyum. Makin melemahkan urat-urat sendi Zahlia. Zahlia tidak senang duduk.
?Gila. Awak dah lupa tentang syarat ketiga? Awak tak dibenarkan menyentuh saya walaupun kita halal untuk berbuat demikian.? Zahlia mengingatkan syarat perjanjian.
?Itu kita tolak tepi. Yang penting malam ni kita seronok!? ucap Tengku syahran yang semakin mendekati Zahlia.
?Syah! Saya dah tolong awak. Ingat! Awak pernah kata awak takkan usik hak privasi saya,? Zahlia mengingatkan lagi.
Sebenarnya Tengku syahran masih ingat tetapi dia sengaja mahu mengusik. Kekagetan wanita itu mencuit hatinya. Langkah Tengku syahran terhenti kemudian dia kembali ke sofa.
?Habis, siapa suruh kau bagi mereka harapan? Kalau mereka menanti, bagaimana?. Kau tau tak,, selepas kau masuk tadi, mereka sibuk mencari nama untuk cucu lelaki yang kau janjikan tu,? beritahu Tengku syahran.
?Biarkanlah.Kalau awak tak buat apa-apa pada saya, tak adanya keluar budak tu pun,? jawab Zahlia.
?Dahlah syah! Tadi awak sendiri yang cakap,pandai-pandailah guna cara sendiri untuk buat orang percayakan kita.I?m doing my job,? Zahlia membalas kata-kata Tengku syahran.
?Tadi awak yang cakap tokok tambah apa yang paut. Saya dah ikut. Mak awak yang timbulkan soal anak. Awak nak suruh saya jawab apa? Beritahu mereka yang kita tak mungkin ada anak?? Zahlia berkata sambil melangkah ke tingkap.
?Okay,okay. It?s all my fault. Tapi kau kena janji dengan aku yang kau takkan buat macam tu lagi,? pujuk Tengku syahran setelah mendapati wajah Zahlia sudah mula keruh.
Zahlia mengetap bibir. Masih merenung gelap malam yang memenuhi ruang seisi alam. Perlahan-lahan dia mengeluh. Betapa kerdilnya dia ketika itu. Terasa menyesal pula kerana setuju dengan tawaran lelaki itu.
Zahlia tunduk. Kalau dikesali sekalipun, tidak guna lagi. Tengku syahran sudah menjadi suaminya pagi tadi. Zahlia berpusing. Dia tersentak apabila mendapati Tengku syahran berada betul-betul dibelakangnya. Lelaki itu sedang memandangnya dengan satu pandangan yang agak luar biasa. Zahlia berdebar-debar.
?Syah, apa awak buat ni??
Tengku syahran tersenyum nakal. Kakinya melangkah sedikit ke hadapan untuk menghampiri Zahlia.
?Takkan kau nak Tanya lagi? Tadi kau sendiri yang cakap kau tak kisah ada anak dalam tempoh setahun dua ni. Aku nak tuntut apa yang kau cakap,? ujar Tengku syahran membuatkan Zahlia tersa bagaikan jantungnya direntap.
?Syah, please.Jangan datang dekat saya!? Terketar-ketar Zahlia berkata.
Zahlia cuba bergerak ke tempat lain tetapi tidak berjaya. Tubuh Tengku syahran telah pun berada di hadapannya. Ingin ditolak tubuh tu, namun dia tewas. Malah kedua-dua belah tangannya digenggam kemas. Dia tidak mampu menolak lagi. Tengku syahran mula mendekatkan wajahnya ke wajah Zahlia.
Dada Zahlia berombak kencang. Wajah Tengku syahran semakin hampir. Makin terasa hangat hembusan nafas lelaki itu. Perlahan-lahan Zahlia memejamkan mata. Dia takut menghadapi kenyataan yang bakal terjadi. Ddia benar-benar tidak menyangka sampai begitu sekali tindakan Tengku syahran terhadapnya. Dia berserah pada keadaan.
Tiba-tiba kedengaran ketawa yang agak kuat. Lantas Zahlia membuka mata. Genggaman yang kuat mencengkamnya tadi akhirnya terlerai. Tengku syahran menjauhkan diri dengan tawa yang masih bersisa. Zahlia mengerutkan dahi.
?Kau ingat aku manusia jenis apa? Suka mungkir janji? Mesti kau fikir aku dah hilang akal kan?? soal Tengku syahran sambil melangkah ke katil dengan ketawa yang masih kedengaran. Kemudian dia merebahkan tubuhnya sambil kedua-dua belah tangan dijadikan bantal.
?Kau ni kelakarlah Alia. Aku tak seburuk yang kau sangkakan tau,? ucapnya lagi.
Zahlia memandang dengan perasaan geram. Dia main-mainkan aku? Kurang ajar betul!
0 comments:
Post a Comment
tHaNk yOu...