skip to main | skip to sidebar

.

Tuesday, December 7, 2010

novel bicara hati part 2

itle : Bicara Hati (part 2)

Majlis perkahwinan Tengku syahran dan Zahlia telah diadakan secara besar-besaran bagi meraikan kedatangan orang baru di Vila Sakura. Walaupun Tengku Badariah sedikit terkilan dengan keputusan anaknya mengahwini orang kebanyakan, namu dia terpaksa juga menerima hakikat tentang jodoh pertemuan di tangan yang Maha Esa.Kini dia redha dengan kehendak anak keduanya yang beria-ia minta dikahwinkan segera dengan pilihan hatinya.

Nak buat macam mana kalau dia dah suka? Ikutkan ajelah.Lagipun perempuan tu nampak dari golongan yang baik-baik.Emmm….ada chancelah aku dapat cucu dalam setahun dua ni! Bisiknya di dalam hati.

Di kejauhan,kelihatan Tengku syahran sedang leka memerhati Zahlia yang berada di taman mini itu.Dia sedang rancak berbual dengan saudara mara yang rajin mengusik. Tengku syahran tersenyum.Pandai betul dia berlakon.Mujurlah dia pandai membawa diri. Bukan senang nak bergaul mesra dengan orang-orang kenamaan yang banyak kerenah,bisiknya.

“Syah!!!!” Tengku syahran tersentak apabila namanya dipanggil. Dia berpaling apabila bahunya dicuit.Abangnya, Tengku Hakimi sedang tersengih memandangnya. “Apahal kau tenung isteri kau tu lama-lama? Kalau ye pun sabar-sabarlah sikit,” usik abangnya. “Along ni merepek ajelah!”
“Apa yang merepeknya.Hei,Along dah ada pengalaman tau! Kau ingat along tak nampak apa yang kau buat tadi? Perhatikan Alia macam nak telan. Along pun pernah rasa perasaan tu syah,” tambah Tengku Hakimi lagi.Tengku syahran bersikap selamba.

”Along ni suka-suka nak mengata orang.”
“Along cakap ikut pengalaman.Kan Along lebih dulu makan garam,lebih dulu rasa nikmat rumah tangga,” ujar Tengku Hakimi sambil membelai rambut Tengku Murni. Tengku syahran memandang wajah Tengku Murni.Cantik,macam mamanya Raja Jasmin. Namun dia berasa kasihan dengan Tengku Murni. Kecil-kecil lagi sudah kehilangan kasih saying mama. Pada Tengku syahran,Raja Jasminlah yang bertanggungjawab di atas penderitaan abangnya dan anak buahnya itu.

TENGKU SYAHRAN duduk di birai katil yang dibaluti cadar baldu yang berwarna hijau lumut. Dia termangu seketika.Matanya terus merenung tubuh Zahlia yang sedang berdiri membelakanginya.Apakah jawapan yang harus kuberikan?Tengku syahran mati akal.
“Syah, cakaplah cepat! Apa yang harus saya buat lagi? Hari tu awak kata caranya senang! Sekarang?”
“Eh…janganlah jerit! Nanti orang dengar,” marah Tengku syahran. “Ah,saya tak peduli! Awak memang nak perangkap saya. Ada niat lain awak mengahwini saya. Awak hanya mahu mengambil kesempatan ke atas diri saya,” jerit Zahlia lagi. Kali ini lebih kuat.Tengku syahran terkejut. Segera dia menerpa ke arah Zahlia.Mulut Zahlia ditekupnya dengan tapak tangan. Tubuh Zahlia ditolaknya tepat ke dinding.

“Diam! Jangan jerit. Aku tak suka dengar.Aku benci dengar perempuan yang suka menjerit!”

Zahlia terkesima dengan tindakan Tengku syahran.Bahasa lelaki itu bertukar kasar tiba-tiba. Wajahnya direnung begitu tajam sekali.Rasa ingin menangis kerana diperlakukan sedemikian rupa.

“Bila mereka Tanya,kau buka mulut.Bukannya susah!Aku dah bagi kau upah.Ingat surat perjanjian tu ada pada aku.Sekali kau buat silap,kau tahulah akibatnya.Aku akan tuduh kau perempuan bukan-bukan,”ujar Tengku syahran berbaur ugutan. Berlinang air mata Zahlia jatuh ke pipi.Dia cuba melepaskan diri.Tangan Tengku syahran ditepis kuat.

“Don’t you dare to touch me! Tolong hormati syarat-syarat yang patut awak patuhi.” Zahlia sudah menangis teresak-esak.Segera dia mencapai tuala tang tergantung di penyidai dan terus melangkah ke bilik air.

Tengku syahran bergerak ke katil.merebahkan tubuhnya di situ.Dia cuba mententeramkan dirinya.Perlahan-lahan dia memejamkan mata.

Beberapa minit kemudian, Zahlia keluar dari bilik air setelah lengkap berpakaian. Baju kurung pesak yang baru dipakainya menyerlahkan lagi kulit kuning langsat miliknya.Cuma, kepalanya tidak dilitupi tudung seperti tadi kerana rambutnya basah.

Tengku syahran dilihatnya sedang baring di atas katil sambil lengannya diletakkan di atas dahi.Mata Tengku syahran yang terpejam terus terbuka apabila terdengar derap langkah yang berbunyi.Tengku syahran terpandang Zahlia.Terkesima sebentar dia melihat diri sebenar Zahlia.

Selama ini, dia hanya melihat keadaan Zahlia yang bertudung. Kini nafsu lelakinya tiba-tiba bergelora. Pandangannya masih tajam menjamah tubuh wanita yang sedang menghadap cermin.Rambut lurus Zahlia yang basah direnungnya lama.

“Kenapa pandang saya macam tu?” soal Zahlia keras.

Gementar hati Zahlia melihat panahan mata nakal Tengku syahran menjamah tubuhnya. Namun, Zahlia pura-pura bersikap berani. Terus menyapu losyen di lehernya yang putih. Tengku syahran menelan air liur. Zahlia tidak peduli dengan renungan itu.

Kemudian Zahlia mencapai sejadah dan membentangkannya. Dia hendak menunaikan solat Asar.Tengku syahran masih lagi memerhatikan perbuatan Zahlia.Zahlia tidak ambil pusing dengan renungan itu.Dengan pantas dia mencapai tudung dan bersiap-siap untuk turun ke bawah. Zahlia terus melangkah ke arah pintu.Tengku syahran masih lagi terbaring di atas katil.Rimas dia melihat renungan lelaki itu.Lantas tombol pintu dipulasnya dan sebelum dia melangkah keluar,sempat dia berpesan.

“Solat Asar jangan lupa.Nanti terlepas pulak!”
Posted by AshKosuke at Tuesday, December 07, 2010
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

0 comments:

Post a Comment

tHaNk yOu...

Newer Post » « Older Post
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Google+

Pages

  • Home

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2012 (7)
    • ►  December (5)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (49)
    • ►  December (7)
    • ►  May (1)
    • ►  February (15)
    • ►  January (26)
  • ▼  2010 (99)
    • ▼  December (86)
      • novel-miss selipar jepun sepatu high heels
      • k0leksi bismillah
      • inf0 s0und
      • novel-harum subur di hati
      • novel-dari KL ke Luxembourg
      • novel-cintamu mylove
      • novel-cinta kedua di ym
      • novel-cinta fakulti
      • novel-cincin 3 permata
      • novel-budak smart
      • novel-antara teddy dengan spider
      • novel-airmata malam pertama
      • novel-adam vs qistina
      • novel-5 tahun 5 bulan
      • novel bicara hati part 10
      • novel bicara hati part 9
      • novel bicara hati part 8
      • novel bicara hati part 7
      • novel bicara hati part 6
      • novel bicara hati part 5
      • novel bicara hati part 4
      • novel bicara hati part 3
      • novel bicara hati part 2
      • novel bicara hati part 1
      • Baju Cinta Nenek
      • Kisah Pontianak, Drakula dan Toyol
      • Kad Pengenalan Syaitan
      • Nasihat Untuk Bujang Terlajak
      • Pak Pandir di Lebuhraya
      • Ada Untung Wooo...
      • Disko XYZ
      • Si penjual telur
      • Adik-beradik
      • Lawak Kat Sekolah
      • Mouse Tersepit
      • Kaki Ayam
      • Penculik Yang Bangang
      • Khasiat Anggur Dan Pisang
      • Pertandingan Memancing
      • Surat Perokok Tegar
      • Tersalah rendam...
      • Kisah tiga anak dara
      • An Email for Bill Gates from the Indian Customer
      • Salah Tafsir
      • Top 10 Ways To Handle Stress
      • Don't Worry
      • Jet Li and Steven Spielberg Jokes
      • Angkat Beg
      • Rokok Dan Motosikal
      • Awek Bogel Naik Beca
      • Hadiah Dari Mak Mentua
      • 3 Sahabat Kemalangan
      • Cara Orang Tua
      • Zinadine Zidane
      • Tidur Seranjang Dengan Suami Orang
      • Shampoo, Sabun Dan Ubat Gigi Baba
      • Masalah Orang Tua
      • Juruterbang
      • Panggilan Sayang Untuk Isteri
      • Tangguh Lagi
      • Yang Paling Berharga
      • Penyakit Suami
      • Puisi Dari Suami Kepada Isteri Untuk Kahwin Lain
      • Menantu Hantu
      • Kisah Buang Bayi
      • Menantu Yang Luar Biasa
      • Robot Kesan Bohong
      • Sejarah Nama Negeri Pahang
      • Kentut
      • Senario Perkahwinan
      • Saat Indah Awal Perkahwinan
      • 5 Tips Tidak Di Rompak Oleh Pencuri
      • Dilema Seorang Lelaki Bergelar Doktor
      • Rahmat Dan Peguam (Isu Kahwin)
      • Lelaki Dambaan Wanita
      • Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun
      • Windows (Tingkap) Atau Windows (OS)
      • naik pangkat
      • terkesima
      • Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan
      • bangkai gajah
      • suami kedekut
      • kentut dalam kelas
      • mengapa perlu kahwin?
      • perihal bl0g
      • lawak-cik tina
    • ►  November (13)
 
Copyright © .. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block. Price India. Hostgator Coupon.