Title : Bicara Hati (part 7)
Zahlia baru sahaja menunaikan solat Isyak. Setelah habis berdoa, terus dia menyidai telekungnya di balik pintu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang berdiri di tepi tingkap. Sengaja dibuka tingkap itu seluas-luasnya. Ingin membiarkan angin malam menyusup masuk.
Hati Tengku Syahran begitu geram melihat perangai Zahlia. Baru seminggu ini dia pulang ke rumah. Tengku Syahran masih lagi berdiri di situ. Hatinya benar-benar tertekan dengan tindak tanduk Zahlia beberapa hari kebelakangan ini. Zahlia lebih suka berdiam diri. Setiap hari dia akan pulang lebih dari jam 10.00 malam. Tengku Syahran betul-betul geram dengan perangai Zahlia.
“Kenapa balik lambat?” nada suara Tengku Syahran yang meninggi memeranjatkan Zahlia.
“Banyak kerja.” Dengan pantas Zahlia menjawab.
“Jangan tipu abang, Alia! Abang tau Alia keluar dari Sinar Iram pukul berapa!” tempelak Tengku Syahran menyanggah jawapan Zahlia.
Zahlia terlopong seketika. Bagaimana dia tahu?
“Betul kan apa yang abang cakap? Alia dah keluar dari Sinar Iram pukul 5.00?” Tengku Syahran masih bertempek. Dada Zahlia bergetar. Tempikan yang nyaring dan kuat itu amat menakutkan dia.
“Apa Alia buat lepas pukul 5.00?? Waktu sekarang baru ingat nak balik.”
Zahlia diam membatu. Hilang kekuatan untuk menuturkan kata-kata.
“Alia ingat abang ni apa? Tunggul? Sejak bila timbul hokum suami yang kena tunggu isteri balik kerja?” Tengku Syahran melepaskan kemarahan yang kian meledak. Zahlia tunduk.
“Saya…” tidak terkeluar kata-kata itu dari mulut Zahlia.
“Lepas Alia keluar dari Sinar Iram, Alia pergi shopping kan? Mana barang-barangnya? Bagi pada lelaki yang kat hospital tu kan?” berkerut-kerut dahi Tengku Syahran melafazkannya.
Zahlia mula mengangkat wajah. Memandang raut Tengku Syahran lama. Hairan dengan kata-kata lelaki yang tahu setiap aktivitinya hari itu.
“Awak intip gerak geri saya ya?” Tanya Zahlia tiba-tiba.
“Kalau abng intip Alia kenapa? Alia takut rahsia terbongkar?”
“Apa awak repekkan ni Syah? Rahsia apa ni?” Zahlia mula membentak. Geram dituduh bukan-bukan.
“Jangan nak tipu abang! Hari hari Alia ke Hotel Istana, apa yang Alia lakukan? Alia jumpa lelaki lain kan?”
“Syah,tolong jangan berperangai macam budak-budak boleh tak? Otak saya tengah berserabut ni!”
“Berserabut? Memikirkan masalah Razif?”
Razif? Kenapa pula nama lelaki itu yang disebut-sebut?
“Syah!”
“Baik Alia cakap betul-betul! Alia ada simpan jantan lain kat hotel tu ya?”
Ppang! Satu tamparan hebat mengena pipi Tengku Syahran.
Zahlia tersentak. Tidak menyangka tindakan yang dating secara spontan itu terlalu melampaui batasan. Berombak-ombak dadanya menahan kesabaran yang telah hilang.
“Jadi semuanya betullah?” bentak Tengku Syahran sambil melangkah keluar. Hempasan pintu yang kuat seolah-olah menyedarkan Zahlia dari mimpi ngeri. Setitis mutiara jernih menitik di pipi. Menangisi hatinya yang makin dilanda pilu.
Tengku Syahran memulas tombol pintu perlahan-lahan. Hatinya berdoa moga-moga wanita yang diyakini telah terlena itu tidak akan tersedar dengan kepulangannya. Esok pagi-pagi dia akan keluar. Itu rancangannya sebelum masuk ke bilik itu.
Namun rancangannya terbantut. Ketika daun pintu ditolak, raut yang sejuk mengetuk pintu hati yang sedang kepanasan segera menerpa ke anak mata. Dia tewas lagi! Riak yang tenang menyambut kepulangannya gagal memberi peluang untuknya terus melayani rasa kecewa.
Zahlia sedang menggosok baju apabila ternampak kelibat Tengku Syahran masuk ke bilik. Sengaja dia menanti lelaki itu,. Pada awalnya dia ingin terus tidur tanpa memikirkan hal yang baru berlaku. Tidak berjaya kerana rasa bersalah terus-terusan mengacau fikirannya.
Tengku Syahran mengerling sekilas ke arah wanita yang sedang leka memancutkan air ke arah baju kemeja berlengan panjang yang terbentang di papan gosok. Pandangannya beralih ke arah longgokan baju berhampiran isterinya itu. Kesemuanya milik Tengku Syahran. Hanya beberapa helai pakaian yang dikenali bukan miliknya.
Tengku Syahran melangkah ke arah tingkap. Berdiri di situ melayani perasaan yang kian bercampur aduk di dalam jiwa. Marah, saying, cemburu, terharu dan resah menjadi satu. Semuanya kerana Zahlia!
“Gunakan kuasa kau sebagai suami untuk mengikat dia dalam hidup kau! Takkan itu pun aku nak ajar.” Ungkapan Adli terkeluar dari ingatan diosertai sengihan nakal lelaki itu.
Tengku Syahran memejamkan mata. Tidak dapat membayangkan betapa kecewanya Zahlia jika dia melakukan sesuatu yang wanita itu tidak rela. Astahfirullah-al-azim! Kalimat suci itu terkumat-kamit di bibirnya bersama raupan di muka yang berulangkali.
Tengku Syahran berpaling. Terperanjat apabila melihat Zahlia berada dibelakangnya. Sedang duduk tertunduk di permaidani..
0 comments:
Post a Comment
tHaNk yOu...