Title : Bicara Hati (part 3)
“Lega hati mak,kamu dah kahwin Syah. Ttercapai impian mak nak tgk kamu naik pelamin,” ujar Tengku Badariah tiba-tiba. Matanya tepat memandang anak lelaki keduanya.
Zahlia terharu mendengar ucapan yang baru lahir dari mulut emak mertuanya. Bagaimana agaknya hati wanita ini bila mengetahui cerita sebenar?
“Sekarang mak dah ada cucu perempuan. Alia, lahirkan mak cucu lelaki pulak,” pinta Tengku Badariah membuatkan Zahlia tergamam. Segera matanya melirik ke arah Tengku syahran yang sedang tersenyum-senyum itu. Matanya dialih ke arah Tengku Ismail yang juga sedang tersengih penuh makna. Kenapa dengan syah ni? Selamba aje. Mak dia tengah mintak yang bukan-bukan, dia boleh tersengih macam kerang busuk. Baik!! Aku guna cara aku! Hatinya memberontak.
“Bolehkan Alia?” Soal Tengku Badariah lagi.
Zahlia mengetap bibir. Wajahnya tunduk dan sesekali jari telunjuknya menggaru-garu dahinya yang tidak gatal.
“Alia?” sapa Tengku Badariah lagi.
Zahlia menarik nafasnya dalam-dalam.
“Mak tanyalah pada abang. Kalau abang mahu anak dalam setahun ni,Alia tak kisah” tiba-tiba Zahlia menjawab.
Tengku Ismail dan Tengku Badariah berpandangan manakala Tengku syahran bagaikan tidak percaya dengan jawapan yang baru didengarnya.
“Kalai itu jawapan Alia, mak gerenti Syah takkan membantah. Dia mesti ikut cakap mak,” jawab Tengku Badariah dalam nada gembira.
“Tapi sebelum kahwin, abang dah pesan yang dia tak mahu anak dalam setahun ni. Susah katanya! Kalau ikut Alia, memang Alia nak,mak,” ujar Zahlia lagi. Tengku syahran terkejut mendengar kata-kata itu. Beraninya dia!
“Eh, apa pulak begitu? Anak kan pembawa rezeki.” Tengku Badariah berkata seolah-olah marah.
Zahlia mengerling ke arah Tengku syahran dengan senyuman yang terukir sedikit di riak wajahnya. Lelaki itu sedang mengerutkan dahi. Tengku Syahran masih tidak lepas merenung wajah isterinya. Wah, pandainya dia mengenakan aku. Jaga dia!
“Laa….abang ingatkan Alia yang tak mahu beranak awal. Abang cakaplah macam tu. Alia pun bukannya nak beritahu abang yang Alia nak anak cepat.” Tanpa diduga Tengkku syahran berkata.
“Maknanya abang tak kisah ada anak dalam masa setahun ni?” soal Zahlia kepada Tengku syahran.
Biar benar perempuan ni! Suka-suka berjanji dengan mak aku. Kalau mak aku tuntut macam mana? Dahlah kahwin pun tak tentu hala,bisi hati Tengku syahran
“Abang?” suara gemersik itu berbunyi.
Tengku syahran tersentak. Entah mengapa tiba-tiba Tengku syahran mengangguk. Tengku Badariah dan Tengku Ismail tersengih.
“ Mak bersyukur dapat menantu seperti Alia ni. Pandai Syah cari,” puji Tengku Badariah.
Zahlia tertawa kecil.
“Janganlah puji sampai macam tu mak. Malu Alia,” jawab Zahlia malu-malu.
Tengku Ismail tersenyum melihat keramahan menantunya itu. Sedangkan Tengku syahran masih membisu mencari jawapan sebenar tentang permintaan Tengku Badariah tadi.
“Okeylah mak, ayah. Alia naik dulu. Nak rehat. Lagi lama Alia kat sini, lagi kembang hati Alia dibuat mak,” tambahnya.
Tengku Ismail dan Tengku Badariah ketawa.
0 comments:
Post a Comment
tHaNk yOu...