30 Disember 2007, merupakan antara tarikh penting giles dalam idup aku yang belum tentu dapat aku lupakan! Mana taknye, itulah hari di mana aku diwajibkan untuk melapor diri di Kem Guar Chenderai, Perlis Darul Sunnah. Akulah salah sorang rakyat Malaysia yang telah bertuah siot di pilih untuk mengikuti program latihan khidmat Negara (rasa terharu tol!). Memuler dapat tau aku kena pegi PLKN, aku bimbang tahap gaban! Serius! Iyela, sepanjang idup aku selama 17 tahun 23 hari (hihi besday aku 8 Disember) aku hengat lepas SPM aritu, azab aku dah lepas, tapi alih alih kena pegi PLKN laks! Cemberut tol… aku dah la bukan makhluk yang suka sangat bersukan ni. Nak lari kliling padang pon senak perut cam nak mati. Azab siot!
Maka aku pown berpurak purak ler berani dan dengan penuh konfidennya melangkah masuk ke Kem Guar Chenderai yang tersorok dalam hutan tu.. sebenarnya bukan hutanla sangat…tapi pokok banyak la…monyet kecik pon ader kat sini…ganas2..
Alkisahnya bermulalah pengembaraan aku di Kem Guar Chenderai tu. Hari demi hari berlalu hingga terhimpun masa seminggu aku disana. Aku jugak, mula memahami rutin harian di sini. Mulanya aku hengat susah sangat nak survive kat PLKN tapi akhirnya aku rasa okey je kat sini (mak cik kantin masak lauk ayam hamper tiap ari). Tak gampang banget tapi aku sukakan rutin yang structured, padat,meriah dan yang paling best, aku leh himpun kawan ramai2 buat koleksi. Nanti leh bukak muzium..
7hb januari, aku ngan geng PLKN yang len suma berkumpol kat dewan untuk mendengar ceramah mengenai pertolongan cemas. Awal awal lagi aku ase mengantuk semacam. Cikgu DZ kat depan nun punyalah dedicated bagi ceramah, aku pulak untuk menewaskan rase ngantuk aku, aku buat ceramah sendiri kat kengkawan. Dok cambest berbual, si Nabila pown menyebok tumpang buat lawak, sakit perut aku tahan ketawa. Tetibe Nabila berenti ketawa. Dia senyap, tak kata apa2. aku paling kiri kanan sebijik cam orang nak lintas jalan nak check line, takot Cikgu ada, tapi takde. Line clear je.. Pelik aku nengok minah ni senyap cam kena cubit ketam dek Cikgu Chik. Last2, dia bisik kat aku, dia gtaw ada sorang mamat dok perati arah sini, dok syok senyum2.
Rupanya memang ada sorang mamat dok tengok arah sini. Yang bestnya mamat tu comey je senyum. Mata dier tak berkelip dok perati. Memula aku ingat dia tengok orang lain, so aku cuba la check dia dok masyuk main mata ngan sape tapi takde pon. Last2, aku pon memberanikan diriku ini untuk membalas tenungan mata dia. Si dia berkompeni Charlie itu membalas dengan senyuman maha hensem. Pergh! Aku yang selama ini tidak punya apa2 experience dengan budak laki, terus terkesima. Honest! I’m sort of a virgin when it comes to this!
Lalu bermulalah episod di antara aku dan dia. Seminggu berlalu dengan kami hanya tersengih2 dari jauh, main mata dan bertukar2 isyarat tangan aje. Nak pi masuk dekat, cek maluuuuu!!!!! Nak pi tegur, cek lagilah maluuuu!!!! Maka perubahan aku yang sedikit aneh ini dikesan oleh rakan se-dorm denganku, Ema. Malu siot pabila aku ‘tertangkap basah’ bermain mata dengan sorang budak yang aku tak tahupun nama dia. Sehubungan dengan penemuan maklumat ini lalu si Ema pun sibuklah suruh aku mengenali mamat itu dengan lebih dekat. Malah, secara sukarelawannya Ema telah melantik dirinya menjadi pembantuku yang jauh dari rasmi. Oleh kerana sikapnya yang setia kawan, Ema jugak telah memberitahuku bahawa mamat yang ku kenal itu adalah mamat jati Perlis. Orang Kangaq, habaq dia. Namanya pula? Dia suruh aku cari sendiri, cuz dia kata lebih romatik begitu. Banyak dia punya romantik! Cawan tol!!!
Namanya Wan. Aku tahu itu kerna aku tercuri jeling kad namanya. Hihihi…bagusnya aku! Curi tengok sebab tak berani pi tanya. Tapi tak pelah kot sebab dia pon curi tengok nama aku jugak. Pertama kali dia sebut nama aku, jantung aku berdegup pantas dari kebiasaan, sinonim dengan masa aku kena buat breast support waktu kena denda. Hehehehe… so, atas kecanggihan teknik passing kertas, aku dan dia bertukar2 nombor telefon..
Aku tak caye yang aku leh jadi gitu punya teruja pasal lelaki sebelum ni. Jika dalam arena persekolahan dulu, aku hanya ase camni masa Cikgu kata aku bagus cuz aku berjaya siapkan esei aje.. tak pun masa ada pengumuman yang kitorang ley balik awal cuz Cikgu kena mesyuarat..dengan itu aku leh lah bergelayangan (jalan2) kat bandor ngan geng. Tapi iyalah kan, mana pernah sebelom ni aku actually ada relationship camni punya kren (baguih,hebat) dengan mana2 lelaki. Aku manalah penah ada masa sebelom ni (ni yang alah ni), dok hadap buku addmath jew aku taw, sambil hafal apa2 ntah dalam kitab biologi.. itulah idup aku.. taklah exiciting ngat kerena aku ni bdak baik sebenanyo..
Last2 aku terhampa keseorangan menunggu panggilan dari Wan. Dah berjam aku renung skrin handphone tapi mesej dari wan tak kunjung tiba. Sedih! Tapi satu sms mengejutkan aku jam satu pagi, mesej dari dia yang aku ternanti, meminta maap dariku kerna kreditnya takdak nak anto mesej, inipon dia pinjam hp kawan. Aku mengeluh, bukan kerana hampa, tapi kerana relief, tadi kemain lagi aku heran campur bimbang. Bukan ape, takot dia tetiba kena kidnap dek alien dan tak sempat nak call aku dulu. Dan aku juga rasa hepi, kerana ternyata aku tak salah. Aku tak salah untuk buat conclusion yang dia tu memang baik dan tak salah untuk aku syok kat dia. Biarpun syok sikit aje.
Tanpa kami sedar, dah berminggu kami selamat bergelar couple. Dalam idupku, aku tak penah terasa begini punya gumbira. Aku terhibur, aku rasa cam bagus je..aku rasa idup ni indah cam tak hengat! Layanan wan terhadapku buat hatiku lapang je. Kami bermain mata apabila sedang berbaris waktu roll call, kami menikmati pemandangan indah empangan Timah Tasoh apbila kami ke sana untuk aktiviti air, kami berbual bersama sambil menyaksikan aktiviti flying fox tika ada family day kat kem, kami ke kedai runcit bersama sama, makan ais krim (aku comot tol, aku memang tak expert makan ais kerim neh..malu toh ngan wan waktu dia hulur tisu kat aku..) dan tak akan aku lupakan saat bersama aku dan dia berbual di telefon.
Aku suka caranya merenungku, aku juga suka cara dia buat buat terperanjat apabila aku pakai baju sama kaler dengan dia.. tapi yang aku akan cherish forever adalah apabila aku lihat dia begitu terpesona lihat aku pakai baju kurung. Senyumannya waktu itu terbawa hingga dalam lenaku. Fuh, tak ada A dalam dunia nih leh buat aku rase cenggitu. Even ternampak dia walau sesaat di perhimpunan pagi sudah buat aku rasa hari aku begitu complete. Camtu punya hanyut aku waktu tu.
Tapi aku sedar, masa makin menghimpit kami berdua. Kem makin tamat, kami akan menuju ke haluan masing masing nanti. Aku akan pulang ke Kelantan tanah kelahiranku, wan pula akan stay di Perlis. Tempat asalnya, Kangar. Kami pula, kini makin suka pulak gado. Menda2 kecik leh bawak gado. Tapi sumpah, aku dah jatuh sayang kat die. Dia yang aku baru kenal, dia yang aku taklah kenal sangat, dia yang penah ajak aku jumpa mak dia tapi aku malu so aku tak ikut pegi. Jadi, aku gtaw kat dia yang aku tak kisah ngat sal long distance relationship, cuz aku ngaku aku dah giler kat dia. Aku sayang ngat kat dia. Aku tak leh bayang law aku berpisah dengan dia. Itulah penangan cinta PLKN.
Tadi aku ada cakap sal aku tak leh idup tanpa dia kan? Tapi one morning, aku kena gak cuba. Kerna entah mengapa, Wan tetiba end relationship kitorang, aku yang terkejut ni terdiam jew. Relationship ni berakhir dengan sebuah sms darinya. Pedih!
Please jgn slh sngka tp sy ase kita jd kwn jelah.
Punyalah senang, sikit punya simple. Waktu itu, sayang aku bertukar jadi bahan bakar untuk amarah yang maha hebat. Ego yang memang aku suka perap, meledak kerana tercalar dek lelaki ini. Lalu, aku membalas mesejnya.
Klaw e2 yg Wan nak, Irene akn kotakan. start skrg, kita kwn aje.
Serius, aku sendiri terkezut dek tindakan sendiri. Tapi apakan daya, butang ‘send’ sudah ku tekan. Masa tak leh dikaral kembali. Aku memang tak pakar control cool dalam situasi begini. Aku memang jenis spontaneous, jarang piker sebelom wat aper2. mak aku selalu kata camtu.
Kita jd tman. Tman tpi msra. Sy still syg awk.
Lagilah menggelegak jiwa aku membaca balasan darinya. Entah kenapa. Bukankah aku sayangkan dia ni?
Sorry Wan.e2, Irene x mampu nak buat.
Nak menyesal tak guna gak, tapi itulah mesej terakhir yang aku hantar pada Wan. Tak ada aku tanya ‘kenapa’ kat die pasal nak end kitorang pnye hubungan. Aku rasa baiklah aku tak taw. Kalau aku tahu wat sakit ati je. Makinlah aku payah nak lepaskan dia. Orang yang pertama aku sayang, orang yang ajar aku apa itu rindu, kasih dan keindahan cinta. Kem Latihan Khidmat Negara Sesi 5 Kumpulan 1 2008 berakhir pada 11 mac 2008. kali terakhir aku lihat wan adalah pada malam perpisahan.
Aku nangis hingga lecun sapu tangan. Wan gak ada renung aku yang berbaju kebaya ungu sekejap tapi aku tak ada ‘jiwa’ nak balas renungannya malam itu. Semagat aku betul2 melayang, kalu aku ikut jiwa mahu jugak aku rebah. Aku tunduk, tengok lantai. Siap kira jubin lagi nak kembali rilekskan diri. Itulah malam terakhir aku lihat wajah dia lagi, takder senyuman pun kat bibir kitorang, aku dan dia saling membisu. Dia berpaling dan mengatur langkah, aku tercegat terpacak ke bumi, menangis tersedu sedan hingga hilang dalam dakapan Ema.
Namun begitu, setiap langkah wan aku sertakan doa, agar dia sentiasa gembira, agar dia sentiasa sihat, agar dia sentiasa ingat kenangan di kem bersejarah ini. Aku mintak dia ingat kem ini, tak ingat kat aku pun tak pe, aku tak kisah.. asal dia ingat, Guar Chenderai.. nama indah yang di ambil dari sepohon pokok yang berbunga cantik. Yang kuntuman bunganya luruh pabila di sapa angin lembut, yang luruh bagaikan sakura di Jepun, luruh hingga melitupi rumput di akarnya dengan kelopak merah jambu comel.
Sedar tak sedar dah masuk dua taun lebih peristiwa tu dah berlalu, aku juga sudah punya cinta baru. Seniorku di kolej yang begitu memahami. Oranganya kacak, tinggi lampai. Muhammad Hakimi yang kini pengarang jantungku. Namun hari ini keutuhan cinta aku teruji apabila aku kembali menjejakkan kaki ke Guar Chenderai yang begitu bersejarah. Aku tersenyum sorang cuz teringat kenangan lama. Pohon chenderai masih gagah berdiri bersama bangunan lain dalam kem PLKN ini. Hari ni saje je aku melawat ke sini nak berjumpa Cikgu lama. Sepupu aku kawin dengan orang Padang Besar, so on the way nak balik KL, aku singgah ke kem jap after pergi majlis kazen aku tuh. Mungkin jap lagi aku nak ke pekan Kangar, tengok apa yang dah berubah.
Lepas kuar dari kawasan kem, aku pandu kereta ke Bandar kangar yang comel tu. Saja nak round2, nak cari kedai topup gak. Kedit henfon dah abeh la.. aku masuk la kedai celcom tu, beli kedit nak telepon kat cayang aku. Rindu dah neh.. tetiba ada mms masuk. Cayang aku kirim lagu laks! Dia ni memang jiwang siket. Huisy, tambah ah sayang kat dier..
Lagu Imran Ajmain, Seribu Tahun menjadi pilihan cayang aku untuk menjadi halwa telinga aku ari ni. Tahu tahu je dia aku suka lagi ni. Gebu jiwa dengar utusan dari pakwe aku ni. Lagu ni jugak la aku dan seseorang suka dengar dulu..
Relaku menunggumu…seribu tahun lama lagi...tapi benarkan hidup akukan selama ini..biar berputar utara selatan...ku tak putus harapan...sedia setia…relaku mengejarmu...seribu batu jauh lagi…tapi benarkah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini...biar membisu burung bersiualan...tenggelam gelombang lautan...ku masih setia…adalah engkau yakin ini cinta?...adakah engkau pasti ini tuk selama lamanya?..
Kedua dua lelaki dalam hidup aku. Kedua dua kisah cinta aku memang kenalah dengan lagu ni. Aku leka dengar lagu yang dikirimkan Kimmy hingga tak perasan lak aku dah menghalang laluan seorang lelaki. Aku cepat cepat minta maap dan bukak laluan supaye dia lalu. Tapi dia lak tak berganjak. Aku angkat muka. Eh!!! Ya ALLAH!!! "Irene…" dia panggil lembut nama aku. aku terkesima. Membeku. Tak terkata.
Wan renung aku dalam diam dari atas hingge bawah. Lagu Seribu Tahun masih berkumandang dari henfon aku. Tergocoh gocoh aku mematikan lagu itu. Agaknya ada yang lawak di pandangan mata die cuz dia tersenyum. Dah lama aku tak tengok senyuman tu.. hanyut aku jap.. sepotong "hai" terlepas dari mulut dia. Aku jawab seadernya.. seikhlaslanya..sewarasnya aku waktu tu. Dah dua taun aku cuba lupakan dia. Alih alih muncul gak dia depan aku. Dalam ati aku asa nak sepak je diri aku sendiri (tapi tak leh la..) kenapalah aku gatai nak mai Kangar padahal da taw Kangar ni territory dia. Padan muka aku…
Last2 Wan ajak aku minum kat kafe berdekatan. Demi tak nak buat owang tengok anak mak ni sombong, aku terima pelawaan mamat yang penah cabut jantung aku dari dada ni, pijak2 jantung aku, cincang hingga bersaiz kiub ayam knorr, dan sumbat balik masuk dalam dada… wah, over reacting tol aku..emosional jumpa bekas pakwe… nervous lak tu. Takut dia ase aku dah tak se-cun mase zaman gila2 remaja dulu… Aku pretend kami ni kawan lama, untuk memudahkan kami berinteraksi. Hari ni, turn Wan belanja. Aku cakap mekasih kat dia sebelom minum.
" tak sangka jumpa awak Rene. Awak lansung tak berubah." Aku diam ajer dengar Wan susun ayat. "Buat apa kat Kangaq?"
"Kazen saya kawin ngan orang Padang Besar. Saja jer singgah kat Kangar, jalan jalan." Wah, professional tol aku jawab soklan dia. Tapi sebenarnye aku nervous gile, aku sorok tangan kat bawah maja takut Wan nampak tangan aku ketar.
"Awak still comel cam dulu gak, Rene." Aku tersentak. Malu yang amat dengar dia cakap camtu. Jantung aku mula berdegup kencang, aku mula merasakan satu perasaan yang familiar, perasaan yang aku penah rasa 2 taun dulu.. ah!! Tidaaaaaaaakkkk!!!!!! Tak nakkkkkk!!!! Noooooo!!!! Aku berusaha merilekkan diri. Oleh krane dia puji, aku cakap mekasih skalik lagi. Akhirnya pertemuan kami end ngan kami bertukar2 phone number. Aku mintak diri, dan Wan antor aku hingga masuk keta. Lalu, sekali lagi aku tengok dia berlalu dari aku, dan seperti dahulu, aku masih mendoakan kebahagiannya. Bye, Wan.
Aku memberhentikan keta kat empangan Timah Tasoh. Satu laie tempat banyak kenangan. Hampeh gak aku ni, sendiri mengungkit menda lama. Nombor Wan aku tenung lama lama. Aku bawa tapak tangan ke dada. Merasai degupan jantung yang dah stabil. Memang tak betul apa aku buat ni. Tak adil bagi Kimmy. Aku rase guilty sangat2 kat Kimmy bila aku terasa perasaan camni kat Wan lagi. Tapi, nak wat cane?? Aku bukan mintak menda ni.. aku imbas balik pertemuan tadi. Wan makin segak. Berkemeja dan seluar jeans. Tutur katanya teratur, senyuman dia bermain kat bibir. Satu menda yang aku rindu selalu, dan memang aku tak penah lupa pun… dia cinta pertama aku, walau singkat, walau se-childish mana pun, dialah yang pertama, yang first, yang pernah jadi istimewa…..
Deringan kat tepon menendakan ada sms masuk.. sender, BabY cayAanG. Aku bukak inbox. Simple je mesejnya. Tapi berbekas dalam ati aku.
I miss you.
Dulu aku penah baca kat mana ntah, dia kata, bila ada seorang lelaki yang berkata bahawa dia merindukan kamu, itu bermakna dia benar2 menrinduimu,lebih dari segalanya. Ada air mata yang mula menjenguk ke tubir mata aku. Kenapalah aku emo sangat sal menda simple ni? Menda yang tersangatlah simple.. soklan exam aku lagilah payah dari ni, tak pon berair mata aku nak manjawabye..isy…bukanke konklusinye dah jelas depan mata aku. Lalu aku cari nombor talefonnya.
"Hello.." suara mersik dia yang aku rindu siang malam menerpa gegendang telinga.aku senyum. Lebar gila. (bukti aku ngah bahagia la ni..)
"Hai sayang… I missed you too.." aku leh bayang, kat KL, Kimmy pun ngah senyum sama…
Note: bila seorang perempuan berkata "aku merindui mu", dia sebenarnya merinduimu lebih dari itu … bila perempuan itu berjauh darimu selepas berpisah itu maknanya dia masih mahu bersama denganmu namun dia takut akan terluka lagi … bila kamu melukai seorang perempuan, dia masih boleh merasainya walau 3 tahun sudah berlalu … bila kamu terlihat seorang perempuan merenungmu walau seketika, dia mahu kamu membalas renungannya dan menghadiahi sekuntum senyuman kepadanya. (just in case korang nak taw…)
0 comments:
Post a Comment
tHaNk yOu...