skip to main | skip to sidebar

.

Wednesday, March 23, 2016

Kuota Asialive 20gb??

Ramai phreak² di luar sana yg masih tertanya² cara ingin mendapatkan kuota asialive 20gb..

Sebenarnya senang sahaja caranya, tp memerlukan sedikit kesabaran kerana jika kalian tergopoh-gapah hendak renew kuota asialive pada awal bulan, anda akan RUGI dan serugi² nya....

Ok, kita mulakan dengan first step..

1= tgok expired date kuota asialive masing².. Sekiranya kuota anda expired 4hb, maka tunggu time dia expired dan renew automatic... Diingatkan kat sini, kuota akan renew jika kuota al anda tgl sedikit...

2= bila dah renew auto kuota tu, so mulakan kerja spam kuota anda di webpage digi...Maka tup...anda sudah berjaya dapatkan 20gb total kuota

Kurang Jelas??
Boleh ke link dibawah utk tutorial lengkap

Full Tutorial Kuota AsiaLive 20gb

Posted by AshKosuke at Wednesday, March 23, 2016 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Sunday, December 23, 2012

Kos Menggaji Pembantu Rumah

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai kos pengambilan Pembantu Rumah.
Ada yang kata mahal dan ada juga yang katakan tak masuk akal harganya.
 Sebenarnya kos Pembantu Rumah ini berbeza – beza harganya tetapi yang membezakannya ialah cara anda mengambilnya.
 Kos yang dikenakan oleh pihak Jabatan Imigresen adalah standard, tak lebih dan tidak kurang.
 Baiklah, jika anda ingin tahu faktor cara mendapatkan Pembantu Rumah itulah yang menentukan sesuatu harga itu ditetapkan.
Apa maknanya?
 Jika anda mengambil daripada Syarikat Agensi lain harganya,
Jika anda mengambil dari Negara asal Pembantu Rumah lain harganya dan jika anda mengambil Pembantu Rumah yang telah berada di Malaysia lain pula harganya.
Inilah yang akan saya kongsikan secara ringkas kepada anda.

 Anda tak percaya. ???
Saya terangkannya disini ..

 1.Melalui Syarikat Agensi Pembantu Rumah Ini adalah salah catu cara bagaimana anda boleh mendapatkankan Pembantu Rumah pertama anda. Tapi,anda jangan tertipu. Di luar sana banyak syarikat – syarikat agensi haram (bertopeng) dimana modus operandinya hanyalah untuk menipu dan mendapatkan duit anda sahaja. Ada sesetengahnya menjanjikan pelbagai alsan apabila wang telah diberikan. Inilah yang patut anda elakkan. Tetapi tak kurang juga agensi yang betul – betul ingin membantu anda dalam mendapatkan Pembantu Rumah. Mereka ini selalunya berdaftar dengan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA). Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memilih mana yang sesuai buat anda. Tetapi kenapa kos yang mereka kenakan adalah sangat mahal dan tak masuk akal. Ini kerana pada waktu sekarang keperluan Pembantu Rumah semakin meningkat . Demand terhadap keperluan Pembantu Rumah lebih daripada supply. Selalunya kos yang akan dikenakan oleh Syarikat Agensi ini adalah dalam lingkungan RM7000 ke RM8000 seorang. Tetapi berdasarkan case study yang telah saya lakukan ada yang mencecah sehingga RM10,000. Mahal bukan .. Jadi macam mana, yang mana anda sunggup bayar, RM1010 atau RM8000? Anda yang tentukannya ..

 2.Ambil terus dari Negara Asal Pembantu Rumah Ini juga adalah salah satu cara yang lagi yang pernah saya lakukan untuk mendapatkan Pembantu Rumah. Apa yang perlu anda lakukan ialah berhubung terus dengan Ejen yang berada (sebagai contoh Indonesia) dimana anda mengetahui terdapat seseorang yang ingin bekerja sebagai Pembantu Rumah di Malaysia. Kerjanya tidaklah sesusah mana yang anda sangkakan. Tetapi satu yang perlu anda ketahui ialah berurusanlah dengan Ejen yang diiktiraf. Selalunya kos yang Ejen di Negara asal Pembantu Rumah tersebut kenakan tidaklah semahal yang dikenakan oleh Ejen yang anda berurusan di Malaysia. Kebiasaannya kos yang dikenakan adalah dalam lingkungan RM2000 – RM3000. Itu belum lagi kos berurusan dengan Jabatan Imigresen. Kosnya bergantung kepada Negara asal Pembantu Rumah tersebut. Jika Indonesia kos yang dikenakan ialah lebih kurang RM1010. Jadi keseluruhan kos yang perlu anda bayar ialah lebih kurang RM4000 ++ sahaja. Jadi ia lebih murah daripada mendapatkan dariEjen di Malaysia.

 3.Ambil Pembantu Rumah yang telah berada di Malaysia. Jika anda ingin mendapatkan Pembantu Rumah dengan segera dan murah, inilah caranya. Anda hanya perlu mencarinya sahaja. Tetapi berhati – hati semasa pencarian ini kerana kalau tersilap anda bukan sahaja rugi tetapi masalah lain pula akan anda hadapi. Disini, saya berikan salah satu cara bagaimana anda boleh mendapatkan pembantu Rumah yang telah berada di Malaysia. Caranya ialah bakal Pembantu Rumah tersebut datang menggunakan Pas Pelancong. Mengapa saya katakan anda hanya perlu membayar RM1010. Ini kerana, RM1010 itu adalah untuk urusan Jabatan Imigresen + FOMEMA. Anda tidak perlu membayar sesen pun jika Pembantu Rumah tersebut datang dengan sendiri menggunakan Pas Pelancong tanpa berurusan dengan 'ibu; yang berada di Malaysia. Apa yang anda perlu lakukan ialah berurusan dengan Jabatan Imigresen dan FOMEMA sahaja. Ya itu sahaja .. Sebenarnya saya telah menggunakan cara ini semasa pembekuan penghantaran Pembantu Rumah di Malaysia dan alhamdulillah Pembantu Rumah tersebut masih lagi bekerja dengan saya sehingga kini. Anda juga boleh lakukannya seperti saya .. :-)
 Jadi itulah perkongsian saya bagaimana anda boleh mendapatkan Pembantu Rumah dengan harga RM1010. Diharap dapat membantu bakal - bakal Majikan yang ingin mendapatkan Pembantu Rumah pertama anda. 

MAHUKAN INFO YANG LEBIH LANJUT???

  JOM KLIK SINI!!!!!!!
Posted by AshKosuke at Sunday, December 23, 2012 0 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

« Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)
Google+

Pages

  • Home

Blog Archive

  • ▼  2016 (1)
    • ▼  March (1)
      • Kuota Asialive 20gb??
  • ►  2012 (7)
    • ►  December (5)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (49)
    • ►  December (7)
    • ►  May (1)
    • ►  February (15)
    • ►  January (26)
  • ►  2010 (99)
    • ►  December (86)
    • ►  November (13)
 
Copyright © .. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block. Price India. Hostgator Coupon.